Aktiviti Menjahit

Salam 23 Zulkaedah dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Aduhai, sibuk betul nampaknya hari ni! Tak dan nak telan air liur!

Dah, dah! Habis dah kisah over protective bagai tu. Sila jangan kecam ahkak lagi. Kan I dah beri amaran siap-siap, memang I lah yang paling over among you all mak-mak tau!

Yalah, yalah! Nanti I cubalah 'merelakan' perkara-perkara kecil  walaupun bermacam fikiran negatif bermain di kepala. 

Ya! Ya! I know. Lain kali I tak menjerit macam bini Tarzan bila anak-anak bermain. I sopan-sopan aje baca novel sambil makan aiskrim kon ketika my anak-anak sedang bermain.

Hari ni marilah kita masuk kelas menjahit ~_^

Apa MD? You nak ajar kita orang semua menjahit?

Matilah mak, nak! Ada juga yang terjahit lima jari macam nih (sambil gigil-gigil badan takut alahai ^_^)  

Ehhhhh.... baca sampai habis okey! Jangan berani-berani nak keluar kelas tekan button 'X' kat atas nun. I merajuk kang, merajuk kang! Tak nak tulis entri lagi!

Al la kisah, I rasa you all memanglah dah lama tahu I ni tak reti menjahit butang baju. Kan you all dah tahu sejarah silam I sebagai anak perempuan kesayangan makpak. Kalau my anak-anak tak dapat pegang jarum, I pun samalah. Tak pernah ler dipaksa buat kerjarumah. Rasanya masa tu my mother tentu berangan dok fikir anaknya ni akan kahwin anak raja kot. Satu kerja rumah pun takda dipaksanya I buat. I pun masa tu remajakan, lagi tak disuruh, lagilah suka ~_^ 

Tu yang tak pasal-pasal dengan bangganya beli taugeh 1kg untuk mak nak masak tengahari; nasib baiklah pakcik naik motor jual ikan dan sayur tu tak bagi ^_^ Memang tak pernah-pernah dibuat oleh my mother sebelum tu kalau membuat pesanan tau ^_^

Oh, tu kisah silam! Marilah kita concentrate sikit dengan cerita hari ni!

I nikan cukuplah bercinta kalau terpaksa menjahit. I memang buta ilmu menjahit sungguh. Malas pun ya juga tapi kalau tengok pakar-pakar menjahit, bukan main berbunga hati ni nak belajar menjahit. Sampailah I menyimpan impian bila dah tak bekerja nanti, bolehlah I menghabiskan masa dengan menjahit (untuk keluarga tercinta), menyulam dan menggubah bunga. Ada hati lagi nak beli mesin jahit tau walaupun jahit yang simple-simple pun tak lepas! 

Lagilah sekarang ni dah rabun, memang tak payahlah susah-susahkan diri nak masukkan benang ke jarum. Memang tertusuk jarumlah jari tu jawabnya! Satu task yang tersangatlah menyiksakan hati sekarang ni tau! Selalunya I minta tolong HD untuk masukkan benang ke jarum, tak pun I guna jarum paling besar yang ada dalam simpanan ^_^

Dah beberapa minggu I perasan kaki seluar sekolah Bubbly Abang dah mula tetas. Bertangguh-tangguhlah I nak mengeluarkan peti simpanan alatan menjahit. Ahah! I ada satu complete set tau walaupun tak pandai menjahit, jangan jealous! Bukan satu, banyak pulak tu. Yang kotak besar untuk di rumah. Satu dalam handbag. Satu dalam kereta. Satu kat pejabat. Hah, hebat tak Kak Ton ni?

Mini sewing machine pun I ada. Dah berkurun beli tapi guna sekali pun tak pernah. Ada hati lagi tu nak mesin jahit Brother ke Singer ke, katanya! Memang nak minta kena hempuklah nampak gaya! Berangan jauh ke puncak tapi tak sedar diri yang hakikatnya masih lagi berdiri kaku di kaki puncak ^_^

Jadinya, bila dok bertangguh, tetas di kaki seluar abang tu semakin panjanglah. Memang tak senonohlah kalau abang pakai juga pergi sekolah. Bukan sekadar tak senonoh dipakai olehnya, tapi tak senonoh perangai Mommynya kalau biarkan juga dia memakai seluar yang dah tetas panjang tu! Jatuhlah maruah I sebagai perempuan Melayu terakhir abad ini tau ~_^ (Nak muntah ler tu, nak muntah kaler-kalerlah tu bila dengar!)

Maka, malam semalam (selepas balik makan ya, LM ~_^) I pun berusahalah merajinkan diri keluarkan kotak alatan menjahit tu. Minta tolong HD masukkan benang. Sekali try je dah berjaya. Kalau suruh I yang buat, berusahalah sesungguh mana, memang sampai ke pagilah tetap tak dapat masuk benang tu!

And then, bermulalah aktiviti menjahit kaki seluar sekolah abang yang tetas tu. Beria-ia I menjahit tau. Tetiba separuh jalan, I tengok ada lagi lubang! Stresslah ahkak! Hari dah nak tengah malam ni!

Rupa-rupanya, I jahit atas benang yang tetas tu! Jahit angin ajelah ya. Sakanlah cucuk tarik benang dan jarum bukan main rupa-rupanya tak berjahit juga seluar tu. Dek kerana hari dah malam, I  teruskan ajelah jahit mana dapat. Nak repeat dah tak kuasa!

Nak tengok hasilnya?

Eh, nantilah! Baca sampai habis dulu!

Bukan senang I nak keluarkan my hasil seni dalam blog ni. Berkira-kira guna calculator tau nak ke tidak! Maklumlah I takut you all rasa cemburu pulak tengok 'kekemasan' jahitan I yang katanya tak pandai jahit ni ^_^

I ni kan kalau datang rajinnya, boleh jugalah jahit lengan baju yang tetas tu walaupun tak senonoh hasilnya. Kalau tak rajin, I biarkan aje sampai habis semua tetas. Kalau I rajin, I keluarkanlah kotak alatan menjahit tu. Semua I jahit serentak laksana menyiapkan order customer aje   

Lagi satu, kalau mood I baik, I carilah warna yang sama dengan warna my pakaian tu. Tapi kalau mood tak berapa nak baik, akan berlakulah colour block ^_^ Eh, bukan pakaian aje ada colour block tau, jahitan pun ada juga you all ~_^

For examplelah ya, kalau pakaian warna merah, I guna aje benang apa yang I nampak dulu dan menarik warnanya di my mata. Kalau benang hijau jumpa dulu, benang hijaulah I pakai nak jahit tetas lengan baju warna merah! I tak kisah pun tapi lepas tu masa nak pakai dah menyesal pulak!    

Pernahlah sekali I terlewat bangun lepas tu bergegas cari pakaian nak pakai. Terambillah pakaian yang silap. Dah sampai pejabat, redha ajelah kalau orang nampak. Tapi dek kerana I ni bagus, orang tak nampak pun I beritahu!

I tunjuklah kat my colleague lengan baju warna oren disulami dengan benang warna biru ^_^

Astagfirullah, kak! Apa dah jadi? Akak tak nampak warna ke?

Tak arrrr... sengaja! Nampak macam colour block tak?

Colour block apanya kak... hodoh adalah!

Awak pandai jahit?

Jahit pakaian tu tak pandailah, kak tapi jahit simple macam ni pandailah!

Eh, bukan ke awak kelas Sains, ambil engineering lagi? Bila masa belajar menjahit?

Saja-sajalah tu nak minta kena belasah aje soalannyakan ~_^ Yang sebenarnya nak cover malu. Masa tu baru terasa malu! Hahaha!

Oh, ya, ya!

Nahlah I tunjukkan hasil seni terkini I kali ni...


Siapa gelak sambil tutup mulut, memang nak minta kena hempuk dengan I tau...

Pun begitu, marilah ya kawan-kawan... tanam azam lepas tamat tempoh bekerja nanti, jomlah kita menjahit pakaian untuk suami dan anak-anak tersayang. 

Oh, syoknya!

Auwww... so sweet gitu impian ~_^  
 

 





 
 
 
 


 

 

    

Comments

  1. cantik lah tu kak ton..
    sebatis tersusun je nampaknya..
    tak heran lah ka ton ade mesin itu pastu nak beli yang lain plak kann.

    samaa lah sy pon tingin juge nak mnjahit.. tp tu lah benda kalau x mnat ni lambat nau serunya..

    tapi klau bab masak, tak tahu pon belasah je sbb sudahnya leh juge makann. kikiki

    selamat berhujung minggu kak ton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak tak yang lopong di bawah tak berjahit tu? Penuh konfiden tau saya menjahit rupa-rupanya jahit atas benang tetas jerk ^_^

      Bolehlah tukan janji seluar tu anak boleh pakai sampai tamat persekolahan tahun ni ^_^ Nak beli baru terasa macam sayang pulak. Sesi persekolahan tinggal berapa bulan aje ni!

      Delete
  2. hahaha, saya bukan gelak sebab MD tak pandai jahit atau tgk hasil seluar abg tu tp gelak nak beli taugeh sampai 1kg. hai, macam mana lah kebanggaan muka MD ketika membuat pesanan itu ye. hihihi gelak lagi.

    lebih kurang je kita ni, mata dah rabun, tak kuasa dah nak menjahit. lengan baju dah banyak yg dibiarkan terbuka tak berjahit. bila kawan kata, malas juga ye kamu ni. saya jawab bukan malas, tp takde masa! yg sebenarnya malas.

    baguslah MD ada impian nak jadi tukang jahit utk keluarga tercinta. jgn tinggal sejuk impian tu nanti ye! saya ni kalau sebut nak menjahit, rasa nak termuntah dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius! Memang saya nak beli taugeh 1kg tau KB. Udang yang kecil-kecil tu pun saya nak beli 1kg tapi pakcik tu kata nak buat apa? Ada kenduri ke? Bila pakcik tu pergi rumah jiran saya (kebetulan mak saya ada di sana tengah catch up kisah jiran tetangga ^_^) terus pakcik tu beritahu pada mak saya kisah saya nak 'borong' taugeh dan udang kecil ^_^

      Nasib baik tak beli kalau tidak memang kena cubit di dadalah jawabnya!

      Saya suka tau tengok orang yang pandai menjahit ni tapi tak tahulah mengapa, saya ni memang takda skil 'orang perempuan' tau. Serba-serbi tak tahu. Nasib baiklah boleh juga memasak selepas berkahwinkan!

      Delete
  3. Bab2 menjahit ni, memang gagal walaupun dulu kelas seni rumah tangga.. tak minat, sekali lagi akak ulang, tak minat... hu3

    nasib baik bab masak tu, ok le walaupun tak dapat jadi chef

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Saya ni kalau belajar, pandai juga kot menjahit tapi itulah keinginan simpan dalam hati aje, tak pernah lepaskan keluar dengan perbuatan ^_^

      Saya pun nasib baik boleh masak tau. Kalau tidak, tak tahulah nak beri makan apa anak-anak dan suami! Dulu-dulu masa baru kahwin, tiap-tiap hari saya beli makanan lepas tu goreng drummet aje. Nak goreng ayam, tak reti. Hahahah!

      Delete
  4. Untung kalau pandai menjahit...sejak mesin umah mak rosak...tak pegang mesin...jahit yg koyak aja hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak untungnya kalau pandai menjahit. Tengok ajelah saya yang tak reti pegang benang dan jarum ni, kalau pakaian koyak sikit pun berebut nak pergi cari tailor. Buat muka tak malu jerk ^_^

      Delete
  5. antara menjahit dengan memasak...biarlah memasak...menjahit nih memang saya takde bakat langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jatuh cinta dengan memasak juga tapi takdalah sampai tahap chef. Sekurang-kurangnya kalau memasak, lepas tu boleh makan. Sedap tak sedap, belakang cerita ^_^

      Saya pun takda bakat menjahit langsung!

      Delete
  6. AWWW..SO SAWIIITTTTTT...

    nak nangis ke nak gelak ni ???
    hahaha...

    lya pom sama gak..bab mnjahit mmg failed..alatan mjahit lgsung xde..haha..
    jahit lencana fasya pon upah tukang jahit je..haha..
    stres..stress ... 23x jahit senget benget skali.. last2 htr tailor..sng..upah rm5 je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Gelak dalam nangislah, Lya!Sweet sangatkan impian akak. Hahaha!

      Akak bab jahit ni ada minat tapi malas nak belajar tapi kalau tengok orang tunjuk hasil jahitan, tetiba aje terniat nak beli mesin jahit hak mahal tu tau! Hahahaa!

      Dulu pun akak upah orang lepas tu cuba jugalah jahit lencana sekolah abang tu. Dah 3 tahun akak menjahit lencana sekolah anak tau! Hebatkan ~_^

      Delete
  7. Jenuh tau baca. Tak berganjak anak mata ke atas setiap word.
    aida jahit tgn ajer.
    mesin jahit pun xde MD oii. Lagi haru tau :-)
    Memang sedih la kalu tunjuk hasil jahitan aida...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya Aida pandailah jahitkan. Saya ni jahit butang baju pun boleh mendatangkan stress dan boleh menyebabkan MC keesokkan hari bekerja tau! Hahaha!

      Delete
  8. Ok tu MD hasil jahitannya tu. xpe yang penting tetap gigih menjahit dan moga impian untuk menjahit tu terlaksana ye, seronok sebenarnya menjahit ni tapi perlukan minatlah kan. saya minat tapi kadang2 malas heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Teringin tau nak tunjuk hasil jahitan sendiri yang awesome tapi entahlah bila agaknya kejadian tu akan berlaku.

      Sekarang ni kalau tunjuk pun, memang memalukan diri sendiri aje ~_^

      Delete
  9. Weyhhhh nak tunjuk hasil jahitan nuat apa tunjuk bahagian luar, tunjuklah bahagian dalam barulah dapat tengok cara jahitan tu macam mana.....barulah boleh nilai orang tu pandai jahit ke tak. Nampak tak ? Pandai tak mak komen walaupun mak sebenarnya 2 x 5 sama je ngan Kak Ton hihi....

    Mak pun rajin jugak buat keje tak senonoh mcm Kak Ton tu, kaler block hihi...Alah kat dalam, bukan org perasan pun.
    Kenapa tak guna mesin jahit kecik tu je Kak Ton nak jahit abg punya seluar ni....Kan senang guna mesin jahit. Mak suka jugak jahit merepair repair ni....kalau buat baju tak sukalah sebab leceh.

    Ingat mmg nak menjahit jugak ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa... tak cukup ke tu Kak Ton tunjuk hasil seni Kak Ton menjahit? Mak tak nampak ke Kak Ton buat zigzag, lompong di depan, jahitan sebaris di belakang? Lagi sikit Kak Ton nak guna pembaris tau supaya jahitan Kak Ton sebaris aje ^_^

      Yalah, Kak Ton tahulah Mak ada mesin jahit, Mak pandai menjahit lebih sikit daripada Kak Ton tapi berdasarkan pengalaman Kak Ton yang secoet aje ni, Mak tak nampak ke betapa kreatifnya Kak Ton bila menjahit?

      Ish, susahlah nak explain kat orang yang tak berapa reti menjahit nih! ^_^

      Delete
  10. Hakak bagi 5 bintsng..
    Ye la untuk orang tak tahu menjahit..
    Tengok dah ok tu..
    Tapi adat lah bagi org tak tahu menjahit ada terbabas tak kena kan..

    CH rasa lebih baik mula dari sekarang kalau nak belajar menjahit..
    Nanti dah pencen lagi byk masalahnya..
    Sekarang pun dah kata mencucuk benang pun suruh HD..
    Esok kalau umur 50+++ ..
    HD pun dah tak dapat nak tolong ..
    Kot kot rabun sama hahahhha..

    CH dulu mula belajar menjahit dgn my kak Alang masa tunggu SPM..
    Jadi boleh lah menjahit sehelai baju kurung pesak utk CH dan anak..
    Baju kurung sekolah anak pun CH jahit sendiri..
    Tapi ikut kerajinan jugak..
    Tapi yg banyaknya hantar kat my kak lang jer hahhahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak tahan tu CH, boleh pulak jahit atas angin. Rasa memang macam dah pakar dah menjahit tu. Dah separuh jalan boleh rasa dok pelik kenapa masih ada lubang lagi seluar si abang tu ^_^

      Yalah, kita tahulah kita rabun orang tua! Entalah ya, tak tahulah impian ni boleh jadi kenyataan ke tidak. Hahaha!

      Saya memang takdanya belajar menjahit ke, menggubah bunga ke, memasak ke masa zaman anak dara dulu. Ingatkan nak kahwin dengan TMJ. Eh, silap! Ingat nak kahwin dengan bapak TMJ ^_^ Hahaha!

      Delete
  11. Bab masuk benang DLM lubang jarum , kita dah geng lah . dulu dok gelakkan my kakak , now I sendiri dah meraba ... Heh heh heh ... Teringat lak saya pada hujung Kain sekolah my anak buah yg dah tetas . dek kerana kemalasan my kakak yg tinggi , akhirnya my anak buah pakai Kain sekolah then lepas . nasib baik masih ngam ... Saya pandai jahit Dan pernah buat Baju kurung moden sendiri cuma saya Ada sifat klu dah berhenti mls nak sambung . akibatnya Ada jahitan saya yg masih terbengkalai sampai Sekarang ... Heheheee ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka betullah at this age, dah tak boleh nak masukkan benang dalam jarum. Meruntun betul hati tau, sedih!

      Saya memang tak reti langsung menjahit Vee. Maklumlah masa kecil-kecil dulu suka bawa haluan sendiri. Tak kuasa nak belajar segala skills/kemahiran hidup ni ~_^

      Delete
  12. Nani lagi lah alah betul dengan segala jenis benang degan jarum ni hah. Dulu dulu sampai habis tingkatan lima ibu yang jahitkan lencana. Hahah ! Eh ok lah tu kak, cantik aje jahitannya tu. Lepas ni macam macam lah boleh jahit pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tak sangka ada yang lagi teruk daripada akak ya. Tapi akak dulu muda-muda memang tak pernah pegang jarum dan benang. Bukan tak suka, tapi tak disuruh pun. Nak mencuba memang taklah. Mak dan dua of my kakaks pandai menjahit tau. Boleh buat pakaian lagi. Tapi itu kisah lamalah. Sekarang ilmu menjahit mereka pun dah tumpul. Untuk emergency jahit apa yang koyak, jahit butang tu bolehlah kot!

      Delete
  13. Ok lah ni. Practice make perfect gittew kan. Kita jahit manual jer. Teringin gak nak beli mesin jahit. Tapi nanti takut buat perhiasan jer...hehehe... Setakat ni masih lulus lagi lah jahit butang baju, jahit lencana skolah anak, Alter kaki sluar yang labuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan reti bab jahit menjahit ni. Kalau terpaksa aje barulah mencari kotak menjahit yang lengkap tu. Peralatan macam tukang jahit tapi nak jahit kaki seluar pun payah!

      Delete

Post a Comment