Salam 20 Ramadhan kawan-kawan!
Ahah, jangan tak percaya! Walaupun katanya bulan puasa, berjalan tetap juga ^_^ Bukan apa, bukan untuk bersukaria tapi kerana HD hendak membawa ibu tersayang merendam kaki dalam kolam air panas. Setakat ni banyak juga tempat yang mereka pergi tanpa I dan cuma ini satu-satunya tempat yang I ikut serta kerana kami pergi hujung minggu.
Bukan hujung minggu baru-baru ini tapi dua minggu sudah, kalau I tak silap kiralah! Hujung minggu yang baru ni lagi best. Kalau I cerita tentu tak percaya ~_^ Kata mak mertua, dekat sini mudah untuk pergi berbanding dengan di sana. Adalah juga terdapat di sana tapi bayaran untuk sekali masuk sangatlah mahal, macam bermalam di hotel lima bintang! So, bila dengar begitu apalagi, dibawalah oleh anakanda tersayang ke serata kolam air panas yang ada di KL ni. Kiranya HD memang expert dah sekarang. Mana ada kolam air panas pun dah tahu *_*
Ke kolam air panas di Hulu Yam ni kira yang pertama kalilah. Sebenarnya kami tersilap. Selalu dengar my sister yang di Selayang tu pergi kolam air panas. Ingatkan di sini rupa-rupanya ada satu di Selayang. Masa on the way balik tu baru perasan signboard di tepi highway ~_^
Yang ini sebab first time pergi terasa begitu jauh sekali. Entah hutan mana yang kami lalui pun tak tahu. Habis segala empangan (Empangan Batu kot...) kami temui. Kiri-kanan jalan orang menjual buah-buahan terutama durian, manggis dan rambutan. Entah kenapa tak pulak terliur nak berhenti. Hinggalah nak sampai di kolam air panas, kami terjumpa gerai. Ingatkan kami dah sesat jalan maka HD pun turunlah bertanya dengan penjual di gerai buah-buahan tersebut. Dah terlanjur bertanya, kita beli jugalah mangga (Sedap sungguh tau, manisnya terasa sampailah ke hari ini. Menyesal beli sikit aje...)
Rupanya kena teruskan perjalanan lagi sikit ^_^ Sampai di kolam air panas ni pun dah pukul 12 tengahari. Memang bestlah terbakar kulit dek matahari yang mencanak naik! Masa kami sampai pun takda orang. Adalah 2,3 keluarga Cina sedang asyik merendam kaki. Maklumlah bulan puasa, mana ada orang nak duduk membakar kulit bawah terik matahari...
Hampir sejam kami di sini lepas tu teruslah balik. Dek kerana terasa jauh sangat perjalanan ketika ke sini, I suggest HD ikutlah Rawang. Rupanya lagilah terasa jauh ~_^ (Menyesal hingga ke hari ini tak singgah beli air kelapa segar 3 biji RM1...hehehe...)
Sampai rumah masing-masing dah flat. Semua pun bantai tidur lepas solat Zohor. Mereka bolehlah berehat lama tapi I ni kenalah kembali jadi bibik di rumah yerk. Nak kena angkat pakaian di jemuran, nak kena memasak untuk berbuka. Nak uruskan anak-anak lagi. Pendekata jangan haraplah kalau ke mana-mana tu bila balik dapat terjun tiruk landing atas katil. Sungguhlah angan-angan Mat Jenin tak pernah jadi nyata!

"Adik, agaknya kolam mana kita nak try dulu?" |
Sibuk juga si kecil ni nak rendam kaki juga! |
Sampai rumah masing-masing dah flat. Semua pun bantai tidur lepas solat Zohor. Mereka bolehlah berehat lama tapi I ni kenalah kembali jadi bibik di rumah yerk. Nak kena angkat pakaian di jemuran, nak kena memasak untuk berbuka. Nak uruskan anak-anak lagi. Pendekata jangan haraplah kalau ke mana-mana tu bila balik dapat terjun tiruk landing atas katil. Sungguhlah angan-angan Mat Jenin tak pernah jadi nyata!
jauhnya la hai pergi merendam kaki.panas-panas pulak tu.yang penting, Mami hepi..nanti boleh dia cerita pada orang-orang di Tashkent
ReplyDeleteItulah katanya berjalan-jalan di hujung minggukan. Ingatkan dekatlah Hulu Yam ni sebab selalu dengar my kakak kata pergi rendam kaki kat kolam air panas Hulu Yam. Rupa-rupanya salah dengar. Yang mereka pergi di Selayang aje. Perghhh...macam separuh perjalanan balik kampung jerk ~_^
Deleteamboi... amboi dia jalan jauh no di bulan puasani.. layan orang jauh dan tercintakan...
ReplyDeleteakakni tak pernah ler sampai ke situ lagi.. tak rasa nak rendam kaki gamaknyer..
Bukan selalu pergi pun, Cho. Dah mak mertua kata nak rendam kaki di kolam air panas, ikutkan ajelah. Budak-budak pun teruja nak merendam kaki sebab kami memang tak pernah pergi. Lepas tu mereka pergi yang dekat-dekat KL aje *_*
DeleteKskcik pernah pergi ke kolam air panas di Hulu Langat je... :)
ReplyDeleteYang itu saya rasa pernah nampaklah, Kakcik. Yang tepi jalan, terbuka bawah terik matahari tu ke? Sebabnya masa pergi ke Sungai Congkak ternampaklah ramai orang duduk sambil rendam kaki kat situ *_*
DeleteBestnya.. syok dapat rendam kaki..
ReplyDeleteSaya tak rendam kaki pun, Maria. Tengah panas berdenting tu, tak tahanlah berjemur. Saya lepak kat tempat berteduh tu jerk *_*
DeleteBila mak ada sekali dengan kita, toksah berangan nak join anak2 tidur sekali.. hehehe.. flat pun flat lah janji kerja rumah dapat diselesaikan..
ReplyDeletedah sampai rumah, teringat2 pulak dengan buah yang tak beli atau beli sikit je tu kan.. huhuhu..
Aha, itu memang sudah pasti! Kalau gatal nak join suami dan anak-anak tidur masa mak mertua ada sama, tak tahulah apa yang dikatanya nanti! Tapikan dulu saya pernah tertidur siang masa nak tidurkan si Adik Cute. Masa tu mak mertua pun ada. Hahaha!
DeleteSelagi tak siap kerja rumah, memang tak boleh berehatlah, Aiza! Tapi kerja rumah mana pernah siapkan tak kiralah cepat mana kita buat kerja!
sempat lagi tu kekolam air panas.memang tak kuasa kan bulan2 posa ni nk keluar..nk ke mall tu ok lagi kot.hahaha..tp untuk mami apa salahnya kan..Bukan selalu mami nk dtg sini..
ReplyDeleteehh MD kt Kedah ni ada satu kolam air panas kt ulu legong.tp yg tu bley beremdam sekali..takde rendam kaki saja..dh lama tak pi..dh tua2 ni malas..time belajar dulu best..4bijik keta kami konvoi pi siap camping lagi
Nak buat macamana, dah permintaan mak mertua. Haruslah anaknya menunaikan. Hahaha.... Saya tak buat apa-apa pun. Panas berdeting macam tu dengan matahari tegak atas kepala, tak kuasa nak rendam kaki dalam air panas. Nanti-nantilah lain kali. Kalau bukan bulan puasa, seronoklah jugakan. Boleh rebus telur juga. Hahaha!
DeleteOh, ya saya ada baca! Yang itu penginapan pun cantikkan, PK? Nasib baik bulan puasa. Kalau tidak, haruslah kami dah sampai di Kedah nak merendam kaki dalam kolam air panas. Macam kat KL ni takda ~_^
kita pernah pergi kolam air panas kat selayang tu pun zaman sebelum beranak pinak katanya.. Yelah,dah tukar status ni memang balik dari mana2 tetap tak boleh landing macam kapal terbang rosak.. balik tu settle anak, settle segala mak nenek kat rumah ni lepas tu baru boleh melepaskan lelah di tangga katanya
ReplyDeleteYang Selayang tu tak pernah pergi. Pendekata sebelum mak mertua datang, semua kolam air panas ni tak pernah sampai ~_^ Mulanya nak pergi yang kat Selayang tu lah. Ingatkan my kakak kata kolam tu kat Hulu Yam. Itu yang kami menonong aje terus pergi Hulu Yam! Rupa-rupanya Selayang ajelah!
DeleteOh, rutin biasa mak-mak budak! Jalanlah sejauh mana, sepenat mana, balik rumah teruskan kerja. Jangan nak mengaduh penat!
Lyn pernah pg yg kat selayang. Berkurun lamanya dah..
ReplyDeletetau jugak skrg dah ade 2 tempat, tapi tak pernah pegi lagi.. jauh woooo
Akak memang tak pernah pergi pun kolam air panas tu, Lyn. Ni pun sebab mak mertua ada. Kalau tidak, memang takdalah sampai juga. Nantilah dah tua-tua bila datang sakit kaki, bisa sana-sini, kita melawatlah kolam air panas juga ~_^
Deletesemua kolam air panas area kl sy x pnh pergi
ReplyDeletekiranya mil mommy raya di kl la this year
mesti ada menu special kn
Samalah kita, Ciksu! Ini pun first time! Itu pun sebab mak mertua ada. Saya rasa kalau bukan bulan puasa, maybe penuh juga orang kat kolam air panas ni!
DeleteEntahlah... menu biasa-biasa aje kot - nasi impit, kurma daging, ayam masak merah, lodeh dan sambal kacang. Itu aje kot!
Kak, hulu yam ni bukan jalan nak pegi Genting tu ke? Rasanyaa macam pernah lalu srea ssitu masa nak pegi Serendah hari tu. Hihii. Nani ni bab bab tempat memang kelaut nak ingat. Hahah. Bestnyaa dapat pegi kolam air panas. Adik nak rasa jugak macam mana rendam air dalam kaki kat tempat macam gitu. Hahaha :D
ReplyDeleteEh, akak tak pastilah Nani! Tapikan memang ada nampak tulisan nak pergi Genting! Yalah tu kot.... Akak ikut MRR2 terus ke Taman Sri Gombak ke apa ek. Lepas tu main potong jalan kampung aje. Jumpa empangan and then jauh lagi perjalanan barulah sampai Hulu Yam ni! Balik tetiba aje tengok dah sampai Rawang! Kalau tanya akak pasal jalan, besar kemungkinan akak sesat barat, Nani ^_^
DeleteAdik teruja apa dapat rendam kaki dalam kolam. Tapi yang tempat dia rendam tu bukan air panas pun...
tak kering tekak ke kak rendam tengahri rembang tu huuuuu. tapi demi bonde tersayang ye tak ekekekeke... takpe la sekali sekala kannn ;)))
ReplyDeletekann berjalan seronok tapi balik dari berjalan tu orang lain boleh landing kita ni kena sambung penat tak boleh rehat lepas tu mula azam xmau merayau dah tapi next weekend nya merayau lagi hahahahhaa
**manja kededek tu manja sangat2 ;)
Hahaha... apa kena mengena ni rendam kaki dengan tekak kering? Kalau kata berjemur bawah terik mentari tu mungkinlah kering tekak, Kira ~_^ Akak duduk rileks aje main Candy Crush. Tak kuasa nak berjemur bawah terik mentari *_*
DeleteBerjalan memang seronok tapi bila balik home sweet home, nak patah riuk tulang temulang ni menyambung kerja rumah! Never ending storykan!
Oh, lain kali bolehlah guna perkataan kededek ni... ke kena guna dengan manja jerk barulah betul maksudnya?
Ada kolam untuk berendam
ReplyDeleteSekali ke MD? Klu yg celup kaki ni mmg panas kan? Kena badan kejung terus .. Hihi
Ada tiga jenis kalau tak silap. Ada satu part tu kecil ajelah, saya rasa rebus telur pun masak ni. Mak mertua rendam kaki kat situlah sambil berpayung. Bila keluarkan kaki, merah menyala macam terbakar gitu. Panaslah kan...
DeleteSaya tak rendam kaki pun, LM. Saya dok senyap-senyap main Candy Crush. Hehehe...
Panasnya berendam tengah panas..demi ibunda tercinta kenalah turutkan jua ye x..
ReplyDeleteBetul tu, CikSiti. Masa kena ajak ke sini pun dah berkerut dahi, bermasam muka. Yalah di bulan puasa siapa yang suka berjalan-jalan di luar. Tapi bila dah sampai, okeylah. Lain kali kalau sakit kaki bolehlah singgah sini ~_^
DeleteWeyh.......mak pun tak pernah sampai situ lagi tau .... Ada yeh? Best ke? Tak mendidih ke tengah tengah hari rendam kaki? Haha....
ReplyDeleteMacam dlm game pulak .....pungut buah sepanjang jalan sebelum sampai destinasi.
Biasalah kak Ton dah namanya emak....gitulah keadaannya. Penat berjalan pun, balik rumah kena settle gak... pahala weyh
Itulah Mak... kalau mak mertua den tak datang, den pun tak sampai lai kat sini ~_^
DeleteMasa kami datang tu takda ramai orang. Mungkin sebab bulan puasa. So, seronoklah suka hati nak rendam kaki kat belah mana! Tapi dek terik matahari, tak tahan saya nak berjemur di bawah panahan cahaya matahari. Birat sei nanti ^_^
Pipi dia sekarang memang buat orang geram. Bukan setakat nak cubit manja, tapi memang geram pun! Suruh kuruskan badan, lagi kuat dia mengunyah malam-malam!
ReplyDeletebestnyerrr ..teringin nk ke kolam air panas..xpnh smpai lg ni
ReplyDeleteAkak sendiri tak pernah sampai, Lya. Ingatnya nanti nak juga ajak HD pergi. Tapi kalau ajaklah, memang kena soundlah nampaknya. Hahaha!
Deletesukalah tngok anak anak gembira kalau bawak ke air panas kann..
ReplyDeleteBudak-budak kalau dibawa keluar, memang suka memanjang. Tak kisahlah panas ke, hujan ke...happy aje mereka ni ~_^
Deletebest tu pergi tak ada orang tapi yg tak best tang tengahari tu ... depan mak mertua haruslah berganda rajin ... heheheee
ReplyDeleteSekali lagi HD pergi bawa emaknya, penuh orang dah! Yalah, bulan puasa siapa yang nak merendam kaki bawah terik matahari kan!
DeleteHahaha...puas dah berlakon itu pun gagal juga!
saya tak penah pergi mana-mana kolam air panas pun =)
ReplyDeletesampai semua kolam air panas tau ni
kiranya keraplah family u pergi ye MD
nampak sonok, tapi entah zaman bila boleh p
kalau saya, dah penat...memang tidur juga MD
tak kira atas alasan apa sekali pun =)
Saya pun sama, YY. Ni sebab mak mertua datanglah baru pergi. Kira ini yang pertama. HD dan emaknya hampir semua kolam air panas yang ada di KL ni mereka tinjau. Mak mertua terima advice daripada doktor di sana suruh rendam kaki dalam air garam di pantai atau pun mana-mana kolam air panas. Di Uzbek sana nak merendam kaki sama macam duit kita RM500 gitu. Kat sini percuma al tak perlu bayar ~_^
DeleteSaya memang tak boleh tidur di siang hari ni, YY. Lagi-lagi mak mertua ada. Kalau saya penat terlalu sangat, barulah saya tidur-tidur ayam pastu bangun tension, sebab lagi banyak kerja rumah tak siap!