Salam 19 Ramadhan kawan-kawan!
Pejam- celik, pejam-celik, tak lama lagi rupanya kita di bulan Ramadhan ni. Lepas ni menyusul Syawal pulak... Cepat betullah masa berlalu pergi. Memang tak terasa. Walaupun tekak kering ketika berpuasa kerana cuaca panas, tahu-tahu aje dah hampir 20 hari kita berpuasa ^_^
Sebelum Ramadhan kali ini, memang I dan keluarga selalu berbuka puasa di luar bila tiba hujung minggu. Bukan I yang malas masak tapi my sister tu yang selalu mengajak ~_^ Makanya kita on ajelah plan nak berbuka di luar.
Tapi, tahun ni aktiviti berbuka di luar agak merundum kerana kehadiran mak mertua. Tak tahu bagaimana persepsinya kalau berbuka di luar. Makanya, semua plans put on hold dulu sampailah ada peluang untuk pergi berbuka.
Cerita ini pun bukan baru sebenarnya. Kami berbuka di Hotel Maluri pada 27hb Jun yang lalu. I tempah tempat bila masuk minggu kedua berpuasa. Itu pun tak pasti sama ada boleh pergi atau tidak. Bila kata HD rancangan berjalan seperti biasa, lega!
Masuk tahun ini, sudah 4 kali kami berbuka di hotel ini. Sejak sebelum ada blog pada tahun 2013, sehinggalah sekarang. Kisah sebelum ini boleh rujuk di sini dan di sini kerana tahun ini memang entri ni tiada gambar makanan dek kerana azamnya tak mahu bagi orang terliur (kononlah nak tunjuk baik ~_^) dan juga malas nak ambil gambar disebabkan hal-hal tertentu ~_^
Kali ni kami sampai di Raintree Cafe, Hotel Maluri agak lewat, selepas pukul 7 malam. Dan apa yang pasti, tetamu kali ini pun terlalu ramai sampai hilang selera nak ambil gambar dek kerana bergesel punggung aje ~_^
Tahu ajelah bila dah ramai, macamana perangai masing-masing bila nak berbuka. Ada yang sibuk berbual sampai tak sedar menghalang laluan. Ada yang sibuk memilih sampai queue panjang di belakang. Ada yang kalau boleh semua pun nak ambil masuk pinggan lepas tu tak habis... Pendekata, memang pelbagai ragam boleh dilihat bila berbuka secara buffet ni ~_^
Menunya memang banyak sehingga tak mampu nak menjamah semua. Walaupun you all kuat makan, I tak rasa kita dapat merasa semua hidangan yang tersedia dek kerana banyak manalah perut boleh sumbat selepas berbuka puasa! I pun cuma 'kejar' air aje. Bergelas-gelas, honestly speaking ~_^
Makan jugalah nasi putih, ayam masak lemak, lala goreng bercili, ketam (sepit aje yang I dapat, lupa pulak masak apa...), mi kari dan sedikit dessert. Lepas tu senak dah perut tak boleh nak masuk lagi. Mak mertua den pulak enjoyed juga nampaknya walaupun sama aje tak boleh nak makan banyak!
Pejam- celik, pejam-celik, tak lama lagi rupanya kita di bulan Ramadhan ni. Lepas ni menyusul Syawal pulak... Cepat betullah masa berlalu pergi. Memang tak terasa. Walaupun tekak kering ketika berpuasa kerana cuaca panas, tahu-tahu aje dah hampir 20 hari kita berpuasa ^_^
Sebelum Ramadhan kali ini, memang I dan keluarga selalu berbuka puasa di luar bila tiba hujung minggu. Bukan I yang malas masak tapi my sister tu yang selalu mengajak ~_^ Makanya kita on ajelah plan nak berbuka di luar.
Tapi, tahun ni aktiviti berbuka di luar agak merundum kerana kehadiran mak mertua. Tak tahu bagaimana persepsinya kalau berbuka di luar. Makanya, semua plans put on hold dulu sampailah ada peluang untuk pergi berbuka.
Cerita ini pun bukan baru sebenarnya. Kami berbuka di Hotel Maluri pada 27hb Jun yang lalu. I tempah tempat bila masuk minggu kedua berpuasa. Itu pun tak pasti sama ada boleh pergi atau tidak. Bila kata HD rancangan berjalan seperti biasa, lega!
Masuk tahun ini, sudah 4 kali kami berbuka di hotel ini. Sejak sebelum ada blog pada tahun 2013, sehinggalah sekarang. Kisah sebelum ini boleh rujuk di sini dan di sini kerana tahun ini memang entri ni tiada gambar makanan dek kerana azamnya tak mahu bagi orang terliur (kononlah nak tunjuk baik ~_^) dan juga malas nak ambil gambar disebabkan hal-hal tertentu ~_^
Kali ni kami sampai di Raintree Cafe, Hotel Maluri agak lewat, selepas pukul 7 malam. Dan apa yang pasti, tetamu kali ini pun terlalu ramai sampai hilang selera nak ambil gambar dek kerana bergesel punggung aje ~_^
Tahu ajelah bila dah ramai, macamana perangai masing-masing bila nak berbuka. Ada yang sibuk berbual sampai tak sedar menghalang laluan. Ada yang sibuk memilih sampai queue panjang di belakang. Ada yang kalau boleh semua pun nak ambil masuk pinggan lepas tu tak habis... Pendekata, memang pelbagai ragam boleh dilihat bila berbuka secara buffet ni ~_^
Menunya memang banyak sehingga tak mampu nak menjamah semua. Walaupun you all kuat makan, I tak rasa kita dapat merasa semua hidangan yang tersedia dek kerana banyak manalah perut boleh sumbat selepas berbuka puasa! I pun cuma 'kejar' air aje. Bergelas-gelas, honestly speaking ~_^
Makan jugalah nasi putih, ayam masak lemak, lala goreng bercili, ketam (sepit aje yang I dapat, lupa pulak masak apa...), mi kari dan sedikit dessert. Lepas tu senak dah perut tak boleh nak masuk lagi. Mak mertua den pulak enjoyed juga nampaknya walaupun sama aje tak boleh nak makan banyak!
Menurut kata HD, Mami sukalah juga dapat makan buffet Ramadhan kali ini kerana memang takda jumpalah bab buffet Ramadhan ni di Tashkent. Apatah lagi bab nasi dan lauk-pauk memang jauh sekali. Itu pun tetap juga Mami tanya berapa harganya dan anak kesayangannya selamba aje menjawab - RM30 seorang!
Kalau ditanya pada I yang dah jadi regular customer sejak 4 tahun lepas setiap kali tiba bulan Ramadhan, memang dah biasa-biasa jadinya. Lauk-pauk yang banyak itu pun rasa macam biasa aje dek kerana kami memang dah tahu pun apa menu yang ada setiap tahun ^_^
Harga untuk tahun ini tetap sama seperti tahun lepas walaupun ada GST yerk this year. Harganya ialah RM68 nett untuk dewasa, RM41nett untuk warga emas dan kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun manakala di bawah 6 tahun adalah percuma.
Hujung minggu yang baru ni kami tak berbuka di luar kerana my emak, sister dan anaknya (team berbuka my family) pulang berpuasa di rumah my another kakak di Batu Pahat. Maka, kami berbuka senyap-senyap aje di rumah and dah tentulah I yang masak yerk!
I tempek sekali lagi alamat Raintree Cafe, Hotel Maluri ni manalah tahu ada yang teringin nak mencuba sebelum Ramadhan berakhir...
Raintree Cafe
Hotel Maluri
No.1, Jalan Permaisuri
Taman Maluri
55100 Cheras
Tel : 03-9287 8833
(Hotel ni senang aje nak cari, di belakang Aeon Taman Maluri yerk ~_^)
Nah, ini aje gambar yang boleh masuk blog menandakan kami dah sampai ke buffet Ramadhan di sini ~_^
Bagi kakcik memang terasa 'sayang' sangat berbuka secara buffet ni. Pekena segelas air dan makan sepinggan, yang lain-lain dah tak boleh nak masuk. Tapi bila anak dah beriya2 mengajak, turutkanlah juga agar takde rasa terkilan... :)
ReplyDeleteMemang banyak duit melayang kalau nak makan sekeluarga di buffet Ramadhan ni, Kakcik. Bukan sikit-sikit alang. Ini pun kira murah lagi. Ada tu sampai RM100++. Kena tengok juga limit perut berapa banyak boleh masuk. Kalau dah bayar sampai RM100++ seorang lepas tu tak boleh nak makan, memang lagi haru-biru.
DeleteYalah, sesekali anak-anak mengajak nak belanja, apa salahnya Kakcik ^_^
Mestilah mak suka dan teruja melihat hidangan buffet di Malaysia ini. Berlambakj-lambakj makanan sampai tak terhabis di sana-sini. Adik tu makan ke? Kakak rasa adik makan sikit yg lebih main aje. Abang ajelah bagus juga bagi dia peluang makan apa yg dia suka - budak belajar puasa kan..
ReplyDeleteHD tu mentang-mentanglah mak dia tak tahu harga dia pukul RM30/- betuah punya anak hihi... Kalau mak dia tahu mesti kata alahai mahalnya!
Nampak gaya suka pulak ~_^ Yalah, pengalaman baru yang tiada di tanah tumpah sendiri. Gembira juga rasa hati bila tengok anak dan keluarga gembira sampai tak ingat nak balik negara sendiri ^_^ Itulah pendapat saya. Nak tanya banyak-banyak pun, bukan faham ^_^
DeleteAdik memang tak makan pun, Kakzakie. Saya bawa tumbler airnya, itulah sekali diminum tak bertambah. Makan aiskrim dan minum sup ayam + garlic bread. Nasib baik percuma aje. Kalau kena bayar, mahu nangis nak keluar duit ^_&
Abang pulak kali ni beria-ia makan. Maklumlah, tak perlu Mommy temani lagi nak ambil makanan. Macam-macam hendak dicubanya selagi daya. Nasi aje bertambah 3 kali tapi lauk tetap standard, semuanya berasaskan ayam!
Kalau cakap mahal for surelah emaknya tak mahu makan di luar lagi. Makanya 10 dollar tu kira okeylah ^_^ Terus kata bukan main sedap dan seronok suasana makan buffet macam tu *_*
Kalau pergi buffet ramadhan memang lah macam tu kekadang kan. Ramai sangat orang sampai kekadang rasa tak selesa. Nani minggu ni baru nak gi buffet ramadhan dekat Bangi, harap harap lah ok aje nanti. Hehehe :D
ReplyDeleteOh, Nani nak pergi buffet Ramadhan kat BGR tu ke? Akak pun ada hati tapi mengenangkan jauh tu yang malas. Lambat keluar rumah nanti penuh dah orang. Keluar awal sangat, termangu-mangu menunggu masa nak berbuka pun tak best juga.
Deletebetul la tu..kalau berbuka di hotel standard gitu la harganya, kita ni pula perut jenis makan sikit dah kenyang..jenuh juga pilih mana yang nak makan dulu. Lepas tu, selalunya tak amik nasi pun, takut cepat kenyang, untungnya berbuka di tempat seperti ini ialah org yang jenis kuat makan, baru la rasa berbaloi membayar harga sekian itu..huhu
ReplyDeleteSebab itulah kena juga tengok harga. Kalau murah sangat pun tak payah pergi. Memang takda kepelbagaian dan tak bertambah lauknya. Kalau mahal sangat pun, pelbagai lauk ada tapi perut kita pulak tak boleh nak terima semuanya on the spot. Senak pulak nanti *_* Selalu saya ambil yang tengah-tengah, mahal tak, murah sangat pun tak. Sekadar mencuba.
DeleteKalau kuat makan memang untung betul bawa pergi buffet. Barulah berbaloi membayar harga!
Tahun ni tak join mana-mana buffet Ramadhan... Huhu...
ReplyDeleteSaya pun kurang sikit tahun ni. Kalau tidak, asal hujung minggu aje berbuka puasa di luar.
Deleteoo ingat 30 tadi rasa ghogi tak pergi... standardler hargatu yerk..
ReplyDeleteakak memang tak pergiler buffetni.. maalumler duk ngan mertua.. yang kurang cergas dan pakai pampers bagai.. memang payahler nak jalan.. tu sebab sekarangni dah kurang gambar anak2 jalan2...
tapi dalam hati akakni teringin gak nak berbuffet walaupun tahu masalahnyer ... bukannyer makan ngat ...tapi teringin..
Kalau RM30 aje, berkali-kali saya pergi. Terus malas nak masak di bulan puasa ~_^ Yalah, Cho kadang tu teringin walaupun tahu perut bukan boleh sumbat semua sesuai dengan harga. Itu yang kalau sampai RM100 ke atas memang tidaklah saya cuba. Rasa sayang pulak duit membazir gitu aje. Kalau masak tu, banyak dah dapat RM100 seorang *_*
Deletebagi sy klu dlm sebulan sekali tu berbufet oklah..klu setiap hujung2 minggu rasa macam membazir.mkn tak byk mana pun..
ReplyDeleteehh HD tipu sunat ke tu bgtau harga bufet setengah Dr harga asal.haha
tak pernah lg sy cuba berbufet dihotel..en suami kerja ssh nk dpt peluang buka diluar.lgpun pk ni kan ke kemut.hahaha
Oh, bulan puasa ajelah boleh pergi buffet! Selain bulan puasa walaupun tak puasa, memang tak kuasa saya nak makan buffet ni. Tapi tahun ni memang takda mood langsung nak berbuffet bagailah. Tengoklah ni pun dah minggu ketiga. Hujung minggu depan dah raya. Silap haribulan memang ini ajelah tempat kami berbuffet tahun ni.
DeleteMemanglah bohong sunat. Kalau cakap harga sebenar, haruslah emaknya tanya banyak soalan nanti ~_^
saya tak pernah join buffet, sebab perut cepat kenyang..nanti rugi.baguslah Mami mertua suka dan tak kisah, sebab kat tempat dia takde kan.next year try lah hotel lain plak kak..
ReplyDeleteKalau perut kecil memang rugilah Sal pergi makan buffet ni. Tapi Sal kan suka makan. Bolehlah try. Duduk lama-lama sampai habis masa untuk makan buffet ~_^
DeleteSelalunya 3,4 tempat kami pergi sebelum ni tapi tahun ni nampak gaya macam ini ajelah yang sempat pergi.... Minggu ni pun hujung minggu terakhir sebelum raya. Minggu depan dah raya (yeay!)
suka makan, tapi cepat kenyang..lainlah kalau boleh tapau.hihihi.ewah,excited nak raya,cam bebudak gak ni
DeleteBoleh aje kalau nak tapau. Bawalah bekas siap-siap dari rumah. Hahaha....
DeleteExcited apanya Dik Sal... kan dah kata 'rayaku di perantauan'!
wah MD bestnye kan, kaknoor dok sibuk je, lagipun hubby ni tak suka sngt berbuka kat luar, di a suka biniiiiiiiiii nya masakkkkkkk je everyday hahaa, sesekali kena paksa jugak ni kan, nak gantung peyok tak mau masak baru lah heee
ReplyDeleteTentulah tak mahu makan di luar, KakNoor ~_^ KakNoorkan pakar masak. Kalau sayalah ada pakar masak di rumah macam KakNoor ni, memang saya pun tak mahu makan di luar. Main order je minta buatkan ^_^
Deletehaha, kalau saya pun, baik makan masakan kak noor hari-hari.confirm sedap dan halal.
DeleteKan, Sal! Buat apa nak bayar mahal-mahal. Duit yang kita nak bayar buffet tu, serahkan aje pada tukang masak handalan sambil buat pesanan menu apa hendak ^_^
Deletesyoknya dpt berbuka kat luar sama2.
ReplyDeleteLyn so far mmg takpernah lagi berbuka di luar. mcm takde mood. client ajak pun malas nak pi.
baik buka kat rumah. Klu buffet2 ni mmg tak sesuai utk Lyn. perut kecik. mkn nya secoet jer nnti..
Tahun ini aje yang kurang, Lyn. Kalau sebelum ni memang setiap hujung minggu kami cari makan di luar. Tahun ni macam menjunam pulak mood nak berbuffet di luar :(
DeleteKalau mahal sangat tu memanglah sayang duit sebab berapa banyaklah boleh sumbat dalam perut on the spot. Nak solat pun senak nanti bila semua pun main sumbat aje.
macam best je tapi bab ragam org tu mmg la x lallu nk hadap.
ReplyDeletetambah mcm saya ada baby ni.
baik bbuka di rumah.
last year pon x ke mana pon di rumah juga.hihi sbb mmg dh tahu akan mkn sikit rasa mcm x bbaloi pulak. walaupon teringin juga
ooo dkt jj maluri erk. blh la kan..
bila ? ntah thn bila. hihihi
Biasalah Ciksu bila dah ramai. Pandai-pandailah nak mengelak bila nak lalu. Ada sesetengah orang, block jalan tanpa ambil peduli bersinggul punggung ke tidak. Muhrim tak muhrim! Kita yang pengsan nak mengelak. Bab ambil makanan banyak-banyak ni dah jadi santapan biasa bila makan buffet.
Deletealhamdulilah legaaaaa ye dak ekekeke. tengok2 mil akak ajak lagi pegi weekend ni nanti ekekekekeke :p kira memang tak pernah try buffet. rasa sayang duit nak keluar segedebuk mcm tu untuk sekali makan. perot pun kecik je uuuu
ReplyDeleteMinggu ni pun rasanya tak pergi kot. Sibuklah nak menyiapkan persiapan hari raya. Rumah pun tak berkemas lagi. Nak buat last minute shopping pun ya juga. Tahun ni memang bukan tahun membazir duit untuk ke buffet, tak macam tahun-tahun sudah ^_^
DeletePerut gastrik ni lama dah x g buffet ramadhan. Saya x blh mkn byk. Air je dan sikit nasi. Klu x.. Tak pasal2 kena g spital.
ReplyDeleteOps saya teruja bila nmpk harga rm30 tu.. Hihihi
Oh, ya... orang kalau ada gastrik tak boleh sumbat semuanya serentak! Saya pun baru tahu. Tapi yang takda gastrik pun bukan boleh nak makan semuanya, LM. Mata aje rambang bila tengah berpuasa. Lepas berbuka, takdanya banyak mana pun boleh sumbat!
DeleteOh, kalau ada makan buffet kat hotel dengan harga RM30 aje, memang hari-hari kami terjah ~_^
Best best.sy hrtu bru sekali pergi vistana penang dgn geng blogger utara..lepas tu ank asik ajak pegi hotel 'trivago' nak makan katanya.jenuhla mak nk bawak mkn kat hotel hari2 nak oi
ReplyDeleteOh, yang hari tu kat Vistana Penanglah yerk! Ingat ada baca pasal CikSiti dah berpindah ke Ipoh kalau tak silap. Itu yang konpius Vistana kat mana.... Manalah tahu turun KL ramai-ramai semata-mata untuk berbuka ~_^
DeleteAjak pergi hotel trivago... oh, ho....banyak tu. Kalau hari-hari nak berbuka kat hotel(s) memang parahlah poket emaknya ~_^
Elehhhhh dia yg nak buka luar, menyalahkan kakak lak....padahal dia lah tu yg beriya sangat. Betul tak kak Ton?
ReplyDeleteTak pernah sampai situ lagilah kak Ton..... sejak tak de kontraktor yg nak belanja ni, lama dah tak beriftar kat hotel, tetiba pulak datang kedekut mak nak suh Pak Jilap keluar duit hihi.....
Nampak tak betapa mithalinya mak ni hihi.....
Apa yg kak Ton suka sangat gi sana kak Ton?
Eh, eh... macam tau aje isi hati orang? Hehehe...
DeleteTaklah OKje, sebenarnya this year saya pun takda hati nak berbuka di luar. Entahlah... itu pun sebab Ngah dah berpuluh kali tanya nak pergi ke tidak buffet kat hotel? Saya ni kalau ikut malas dah... faham ajelahkan!
Kalau makan kat rumah dengan harga sebanyak tu dah tentu mewah sampai tak boleh pergi solat tarawikh. Tapi bila makan buffet kat luar, manalah boleh wallop sampai kembung perut.... kuat makan macamana pun, tak mampulah saya rasa!
Dah biasa dengan environment di situ. Tau ajelah saya nikan kalau suka something, itu ajelah yang saya buat ~_^
Bawah meja pun tak sempat nak snap gambar, Diana. Malas sungguh kali ni. Masa datang tu pun orang dah ramai. Senggol-senggolan lagi... Itu yang bertambah malas. Lagipun depan mak mertua, haruslah bersopan-santun walaupun dia dah tahu kita tak sesopan santun mana pun! Hehehe...
ReplyDeleteAnak-anak saya pun cerewet, Diana. Abang tu bayar RM41 hanya untuk makan nasi putih dengan ayam. Nasib baik dia buat hal tambah 3 kali makan nasi dan ayam yang sama! Kalau tidak lagi rugi. Adik pulak belum kena bayar. So, tak kisahlah kalau dia cuma nak makan sup, aiskrim dan air sirap jerk :)
jarang mkn kat hotel melainakn jemputan..lya lg suka berbuka di restoran... sbb kita order menu y kita nk n kt akan mkn semuanya..
ReplyDeleteTahun ni pun sekali itu aje berbuka di hotel. Memang tak macam selalu. Tapi bagus jugalah sebab jimat juga kosnya ~_^
Deletedah lama x buffet di hotel . rasa mcm x berbaloi sbb kita blh mkn sikit je tapi byr byk ... klu org byrkan , ok je ... heheheee
ReplyDeleteKalau perut kecil, memang rugilah Vee makan buffet ni. Tak berbaloi dengan apa yang kita bayar. Nak kata perut saya besar pun tak juga tapi bolehlah sumbat mana dapat. At least setengah jam pertama tu okey lagilah nak sumbat menyumbat makanan bagi penuh. Hehehe!
Deletemesti makanan best kalau 4 tahun berturut turut ke sana..
ReplyDeleteNak kata sedap sangat tu, takdalah Wan. Tapi dah dekat dengan rumah, itu yang jadi tempat wajib untuk berbuka puasa ~_^
Deletefullamak harga dia...memang tak akan sampailah kalau saya MD
ReplyDeletemampu tengok ajelah =)
selama 13 tahun hidup ni, tak penah lagi makan kat hotel...hehe
mesti best this year berbuka dengan MIL kan MD?
Yalah baru 13 tahun, memanglah tak pandai makan kat hotel ~_^
DeleteEntah apa yang sedap janganlah ditanya tapi mungkin juga sebab dekat dengan rumah. Kiranya tahun ni sekali aje kami pergi buffet Ramadhan. Kalau sebelum ni, 4 kali hujung minggu, memang sekurang-kurangnya 4 kalilah berbuffet di luar rumah. Bagus gak, jimat sikit kos ^_^
Hahaha...susah nak jawab pertanyaan tu. Dua-dua pun merasa *_*