Salam 26 Ramadhan kawan-kawan!
Minggu ni dah masuk minggu terakhir Ramadhan sebelum menyambut kedatangan Syawal. Bagaimana dengan persiapan menyambut hari raya? Dah selesai semuanya?
I ni baru aje nak mula membeli persiapan Sabtu lepas. Kali ni tak beria-ia membeli sebab macam tak berapa ada mood pulak nak raya. Oh, by the way, HD ada kata nak balik kampung on the eve of hari raya tapi itu pun tengoklah macamana ceritanya... (Yeah! 50% macam tak jadi raya di perantauan, rindulah IKEA kat kami satu family raya ni!)
Minggu lepas kami tiga beranak ke Aeon manakala HD dan emaknya pulak ke tempat lain. Memang sengaja berpecah kalau tidak memang tak dapatlah nak mencari apa mahunya... Okeylah, kali ni bukan nak bercerita tentang persiapan menyambut raya tapi kisah my bujang bongsu ni.
Dah 2,3 hari I tengok matanya bertahi mata. Ingatkan sakit mata tapi takdalah merah pulak. Hari Sabtu lepas, balik aje dari Aeon I tengok matanya merah. I pun teruslah bawa ke klinik. Rasa tak sedap hati betul bila tengok anak jatuh sakit ni. Sebelum Adik Cute, si Bubbly Abang dulu dah kena. Tetiba aje pepagi tak boleh buka mata sebab penuh tahi mata. Tapi sehari itu ajelah takda pulak melarat. Beberapa hari kemudian barulah si Adik Cute pulak tak boleh buka mata sebab penuh tahi mata! Aduh, susah hati rasanya!
Sampai di klinik, tak lama pun menunggu. Bila masuk aje, belum check lagi doktor dah kata something about makanan. I pun tanyalah sekali lagi apa sebabnya. Doktor pun check sikit lepas tu terus beritahu yang nak kena refer ke hospital terdekat sebab ada nampak macam small white dot kat dalam mata kanan Adik yang merah sikit tu...
I pun bila dengar nak kena rujuk hospital, rasa nak luruh jantung. Rasa macam berhenti berdegup masa tu juga. I ni bukan boleh dengar nama 'hospital', sakit kena rujuk hospital dan sebagainya. Dahlah masa tu I dengan anak saudara aje. HD takdakan...
Doktor tak check lanjut dan tak bagi apa-apa ubat. Cuma tulis surat refer ke hospital. I dalam bilik doktor pun tak sampai 5 minit rasanya. Bila bayar kenalah RM40. I pun dok peliklah sebabnya takda ubat, konsultasi pun tak tahu pasal apa tetiba kena bayar RM40. Bila ditanya rupa-rupanya ianya untuk konsultasi (yang tak tahu hujung pangkal dan sekejap sangat rasanya) dan surat rujuk hospital!
Okeylah, malas nak fikir tentang itu sebab hati I dah jadi tak keruan. Masuk aje dalam kereta, I yang bantai menangis! Terus call HD suruh balik rumah cepat sebab nak ke hospital. HD bila dengar I menangis, tentulah rasa kelam-kabut juga. Mahu I tak risau. Bab anak-anak ni kalau apa-apa berlaku memang I lah yang tumbang dulu! Si Abang pun bila tengok I menangis dalam kereta, dia pun dah tersedu sama. Sedih tengok Adik kena pergi hospital. Sebabnya masa umur Adik bawah 2 tahun kot, Abang pernah tengok tangan adiknya kena cucuk jarum ambil darah. Itu yang dia tak boleh lupa, sedih sangat kalau adik jatuh sakit!
Hospital paling dekat dengan rumah dah tentulah HUKM makanya itulah yang dituju. Dalam pukul 3 lebih kami tiga beranak ke HUKM. Abang pulak dihantar pulang ke rumah dulu. Sampai kat HUKM nasiblah orang tak ramai. Lepas check first time, kena buat payment. Lepas tu kena tunggu doktor. Mujur juga masa menunggu tak lama, tak macam ketika HD terlekat tulang jauh ke dalam tekak sikit hari dulu.
Bila doktor panggil hati I dah tak tentu arah jadinya. Berdebar-debar macam nak rebah kat situ juga! I ni kalau bab-bab masuk hospital memang rasa parah sungguh! Takut alahai. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan kesihatan anak, lagilah I punya khuatir Allah sahaja yang tau!
Bila doktor periksa, katanya mungkin ada jangkitan kuman. Dia pun tanyalah sejarah apa bagai. Tetiba HD mengaku bawa anak pergi pantai (Ya, bulan puasa ni HD bawa anak-anak pergi pantai sebab emaknya nak berendam dalam air masin katanya...) I tak cakap apa pun walaupun I suspek memang itulah puncanya tapi malas nak bertelingkah!
Doktor pun mengiyakan. Katanya kalau air swimming pool lagilah teruk. Makanya doktor bagi ubat titis dua jenis dan ubat demam kalau perlu. I tanya juga apa white dot dalam matanya yang merah tu. Kata doktor kemungkinan besar tahi mata statik aje kat situ. I punyalah lega. Tanya juga serius ke tidak. Dek kerana doktor tengok I yang tentu arah dia pun kata,
Macam nilah, Puan! Saya bagi ubat untuk seminggu. Kalau tak okey, saya boleh tulis surat rujuk pakar mata. Kalau puan risaulah...
Bila dengar 'rujuk pakar mata' lagilah rasa nak berhenti jantung I ni berdegup!
Perlu ke tidak, doktor? Serius ke?
Takdalah... bagi ubat dulu. Kalau puas risaulah boleh bawa jumpa pakar!
Oh, gigil satu badan I rasa!
Kita ni bila sakit memang jumpa doktor. Bila dah jumpa doktor tu, memanglah kita kalau boleh nak doktor 'comfort' diri kita yang sakit dan susah hati ni. Kalau tak serius, kata tidak. Kalau serius, terus-terang aje kata serius. Kalau tidak, memang menjerut hati aje mendengar explanation doktor. Kalau tengok riak wajah doktor tu, rasa macam takda apa-apa, takdalah serius mana. Tapi bila dia keluarkan statement macam tu, hati I jadi tak tentu arah betul!
Kata HD tak perlulah risau. Mungkin takda apa-apa. Tapi jadi emak macam I ni, memang emosi sungguh. Takda apa-apa pun sampai kena rujuk hospital, memanglah I bantai menangis aje! Mujurlah si Adik tu tak banyak buat hal. Pandai pulak cakap kat doktor di hospital,
Tadi doktor kata ada benda dalam eyes! (merujuk kepada doktor di klinik earlier...)
Itu jugalah alasan yang I guna untuk tidak membenarkan Adik bermain dengan tab di rumah buat masa ni. Tapi sesekali aje yang didengarnya, most of the time memang merengek juga nak main.
Doakan my beloved son takda apa-apa masalah serius, ya kawan-kawan! Dahlah nak raya, hati ni memang takda mood nak kerja. Ditambah lagi dengan kerisauan tentang kesihatan anak, memang hati ni meronta-ronta nak balik rumah aje duduk tengok anak depan mata!

Sayang anak Mommy! Janganlah sakit, luruh jantung Mommy kalau tengok anak sakit tau! Biar semua sakit tu hinggap kat Mommy, jangan sesekali hinggap pada anak-anak permata hati! |

Moga takda apa2 yg serius . Sian adik.. Huhu
ReplyDeleteTapi sian MD jugak. Kita ibu ni mmg rasa nk gugur jantung klu ank sakit. Dgr perkataan hospital mmg tak keruan kan MD, ni pula bila disebut pakar mata. Huhu
Kalau melarat MD nak jmp pakar mata blh juga jmp kawan saya dr azlindarita aisyah. Dia kat hospital sg buloh. Baik orgnya. Mana tau kot MD nak msj dia tny psl adik cute dulu sblm antar jmp mana2 doktor ke. Rasanya dia senang hati sudi bg pendapat.
Apa2 MD tinggal komen kat blog nnt ye. Nnt sy tinggal nmbr tel sy.
Moga adik cpt sembuh. Nak raya ni sayang.. Sian dia
Terima kasih, LM. Harapnya takdalah sampai perlu jumpa pakar mata tapi terima kasih banyaklah bagi nama kawan LM ni.
DeleteMemang tak keruan hati bila doktor kat klinik cakap macam tu. At least, beritahulah serba-sedikit. Explain pada kita yang tak tahu lebih lanjut perihal perubatan ni. Sekurang-kurangnya kalau kita faham punca dan akibatnya, takdalah hati ni berderau tak memasal.
Tengok gaya doktor yang merawat di hospital takda apa-apa tapi bila dia pun bagi surat kalau nak refer pakar, aduhai...sekali lagi terhenti rasanya jantung ni.
Harapnyalah ya LM takda apa-apa. Adik Cute macam biasa, happy aje....
kesiannya Adik...semoga takde apa-apa yang buruk terjadi kak MD.jaga dia elok-elok k..jangan skip ubat.basuh tangan sebelum sapu ubat mata n paling penting, jangan gosok mata..
ReplyDeleteHarapnya takda apa-apalah. Risau tau akak bila doktor kat klinik suruh refer pada hospital. Luruh jantung ni rasanya. Macam nak berhenti berdegup aje. Air mata tak payah cerita. Akak ni kan cengeng. Apalagi bila bab anak-anak ni!
Deleteaduh kak....risau plak bace...ape2 hal update kami yeak kak...in sha Allah takde ape tu...asalkan akak konsisten titik ubat ikut time die.....
ReplyDelete****************
Assalamualaikum…
Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat akak sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….
Terlebih bias tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti akan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….
Harapnya takda apa-apalah, Lieya. Dia pun takda mengadu sakit ke, tak selesa ke. Doktor kat hospital kata mungkin juga dia gosok mata tak pun kena apa-apa. Tapi dalam jagaan akak, rasanya takda apa-apa berlaku.
DeleteSelamat Hari Raya buat Lieya sekeluarga. Kosong-kosong yerk kalau ada tersalah kata ketika mengomen dan sebagainya. Hati-hati pulang ke kampung halaman nanti...
Alahaii. Semoga adik sembuh dan tak dek apa apa. Memang risau bila tengok dorang tak sihat T_T
ReplyDeleteRisau tak tahu nak kata macamana lagi, Nani. Anak satu hal. Part mata tu satu hal. Bukan boleh pandang remeh aje. Ni tengah berusaha titis ubat mata setiap 3 jam sehari. Harapnya takda apa-apalah. Mungkin betul juga kata doktor di hospital tu, jangkitan kuman je...
DeleteInsyaAllah takde apa2..
ReplyDeleteDoctor yang pertama tu.. eerr.. nak untung lebih ke hape..?
ai pernah bawa anak2 pergi jumpa doc sebab kes lebih kurang macam ni..
Doc bagi ubat titis.. doc cakap kena jangkitan kuman ni.. lain2 takde apa..
Itulah geram rasanya. Sebab itu saya tak suka pergi klinik yang tak biasa pergi especially bila bawa anak-anak ni. Tak check betul-betul, tak explain betul-betul tetiba bagi referral letter suruh pergi hospital. Mahu saya tak bantai menangis dalam kereta mengenangkan anak. Hilang terus mood nak shopping raya. Doktor hospital bagi ubat titis aje dua jenis -satu untuk once a day, satu lagi 6 kali sehari.
DeleteBukan kat mata hitam. Mata putihnya yang merah macam sakit mata lepas tu doktor kata macam ada small white dot. Tapi Adik takdalah mengadu sakit ke, gatal ke. Dia macam biasa sahaja. Saya ni pulak yang risau. Yalah, anakkan...
ReplyDeleteDoktor pulak kalau tak serius, cakaplah tak serius. Ni dia tengok kita risau, dibaginya referral letter lagi kalau-kalau nak rujuk pakar. Manalah tak bertambah risau jadinya. Harapnya jangkitan kuman biasa aje. Kalau tengok cara doktor kat HUKM tu merawat, takdalah nampak macam resah aje....
Semoga anak tercinta cepat-cepat sembuh dan gembira meraikan hari raya :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, hari ni tengok matanya dah tak merah lagi. Lega banyak rasanya dalam hati!
Deletemoga adik tak apa2.. nak raya ni kan. klu tak sihat, kita pun susah hati..
ReplyDeletelately musim demam agaknya... my sis & niece pun demam. Now dah ok dah..
lyn plak yg rasa nak demam skrg ni.. harap2 tak lah. takmau lah raya nnti demam.
Demam masa raya lagilah syahdu, Lyn. Kalau kat rumah kampung akak, memang tak sempat nak rasa demam bila tengok saudara-mara datang bukan main ramai!
DeleteAlhamdulillah, tengok dah kurang merah matanya. Harapnya tak melaratlah...
semoga adik cute sihat2 sahaja,tidak ada apa yang serius ye, tapi kita mak2 ni macam tu lah apa2 jadi kat anak memang risau terlebih2, yang suami pulak mesti cakap alah..takde apa2 lah biasa je tu...ohoiii kita sikit punya risau dia boleh cakap macam tu
ReplyDeleteItulah bila anak-anak sakit, kita yang terasa sakitnya dulu. Itu yang emosi berlebihan. Tak sanggup tengok anak-anak sakit apatah lagi dah nak sampai musim raya ni :)
DeleteBab itu saya setuju. Pada orang lelaki, semuanya remeh sahaja walaupun adakalanya punca datang dari mereka juga!
kiranya bukan sakit mata la yer MD.. aduhh dah nak raya ni..harap takde pape yang serius..
ReplyDeletebiasa kita mak2 ni memang terlebih risau..sang suami steadyyyy jer..
selamat hari raya buat MD sekeluarga..ampun dan maaf dipinta sekiranya ada salah silap sepanjang dok mengomen ni..
Bukanlah rasanya, Zee. Sebabnya tak merah seluruh mata pun. Tepi kiri aje sikit. Alhamdulillah, hari ni tengok dah takda merahnya. Harapnya pulih macam biasa. Mungkin betul kata doktor hospital tu, jangkitan kuman aje.
DeleteSelamat Hari Raya buat Zee dan keluarga. Samalah dengan saya juga. Kalau ada terkasar bahasa, terlanjur kata ketika mengomen tu, minta maaf banyak-banyaklah ya. Kosong-kosong balik ~_^
Alahai dugaan kalau anak sakit ni memang terasa berat.. air mata berguguran rasa nak je kita yang tanggung sakit tu kan.. apa2 pun moga tempoh seminggu ubat ni akan sembuhkan adik ya.. kita doakan byk2 sempena bulan penuh keberkatan ni moga Adik cepat sembuh ya.. jgn sedih2 ya.. insyaAllah tak ada apa2 yang akan terjadi ni..
ReplyDeleteItu sakit sikit-sikit aje. Cubalah bayangkan pada ibu yang terpaksa melihat anak-anak menanggung sakit yang lebih serius. Tak sanggup saya nak bayangkan. Baru macam ni, dah luruh jantung saya mendengarnya. Dah gigil-gigil tangan risaukan kesihatan anak.
DeleteAlhamdulillah, AN. Nampak dah banyak kurang. Saya ikut betul-betul kata doktor suruh titis ubat mata tu 6x sehari. Harapnya okeylah lepas ni...
insyallah..moga xde apa y serius berlaku..mudahan sakit mata biasa2 aje.. mmg lah, bila msk part ank x sihat ni..bgugur jntung...
ReplyDeletemmg mahal sgt la klinik y pergi mula2 tu..just tls surat refer caj rm40.. klo kat sini dia cuma caj RM10 aje..
Alhamdulillah, takda yang serius. Lepas up entri ni, sehari dua lepas tu dah nampak baiknya. Lega hati ni. Kalau tidak, risaunya hanya Allah yang tahu. Dah boleh buang dah surat nak rujuk pakar mata tu!
DeleteItulah, tak tahu berapa harga surat refer hospital ni. Ini kali pertama. Dulu pernah juga saya dapat tapi sebab claim insurance saya, makanya tak ambil pot sangat!
harapnya tak ada yang serius ye MD.. kiranya bukan sakit mata erk! moga makin sembuh adik cute..
ReplyDeletemmg risau kalu anak2 sakit..tak sanggup nak nengok depa menanggung....
Bukan sakit mata. Penangan mandi kat PD lah tu agaknya. Jangkitan kuman. Dah baik dah si Adik Cute ni. Syukur alhamdulillah. Lega sangat. Dahlah nak dekat raya masa tu. Risau tak tentu arah saya dibuatnya!
DeleteEmm.....kalau dah Raya ke 4 , persiapan tak siap siap lagi..... mmg Raya sakan tulah namanya.
ReplyDeleteDari hari tu nak tanya Kak Ton, camne keadaan adik tp memanjang terlupa. So camne adik sekarang?
Biasalah kak Ton gitulah kalau namanya emak, anak mmg perkara utama yg difikirkan.
Jgn risau....jangan risau....tetap akan risaukan...moga adik dah sembuh sekarang ni yek
Mak, statement apakah ini? Raya ke empat apanya? Kak Ton buat persiapan raya last minute, sehari sebelum raya gitu. Mak silap tarikh ni... Lalalalala.....
DeleteDah okey dah. Alhamdulillah. Mujurlah tak apa-apa. Kalau tidak, amukan ablasa Daddynya dapat! Dah kata tak payah pergi pantai bulan-bulan puasa ni, nak juga pergi. Lepas tu sendiri yang mengaku depan doktor bawa anak pergi mandi kat pantai di bulan puasa!
aduh mula2 rasa macam sakit mata biasa je..tp bila MD dah bantai nangis pastu menyatakan segala kerisauan sy pulak jadi terlebih risau..dah la nak raya kan..memang susah la hati ni..
ReplyDeleteso cmna keadaan adik sekarang.harapnya semua dipermudahkan..semoga sakit mata adik sembuh seperti sediakala.Ameen
Ingat pun sakit mata. Sebab dua hari sebelum tu tak boleh buka mata sebab bertahi mata penuh. Jenuh lap dengan kain basah. Rupa-rupanya jangkitan kuman. Tapi doktor kat klinik tu rasa macam nak bantai separuh nyawa aje tau. Cakaplah elok-elok, terangkan betul-betul. Ni main tengok terus cakap ada dot macam benda asing dalam mata kena rujuk hospital! Kita pun teruslah gigil jadi takut!
DeleteApa cerita adik cute MD? Masih menanti sambungan kisah adik
ReplyDeleteAlhamdulillah, LM. Takda apa-apa yang serius. Lepas up entri ni, dah nampak okey mata kirinya. Hilang dah merah tu, dek kerana saya ikut betul-betul arahan doktor, titis ubat ikut masa tak pernah miss sekali pun....
Deletejaga diri adik comell..
ReplyDeleteAlhamdulillah, Adik Cute dah kembali ligat seperti sediakala ~_^
Deletesemoga tiada yg serius.
ReplyDeletemd cepat la update pasai kesihatan adik ni
nk jga tahu..
Alhamdulillah, Ciksu. Takda apa-apa yang serius. Dah baik dah si kecil ni. Buat risau hati Mommynya aje. Doktor kat klinik tu lah punya angkara. Jadi tak tentu arah kita jadinya risaukan keadaannya!
Deleteconsultation sampai 40 hinggit! cekik darah betui!
ReplyDeleteanyway aisyah pun raya demam. kami tak ke mana sangat
dia pun asyik merengek aje
memang jadi mak, gitulah kita ni
selalu kena marah dengan mychintahati sebab risau tak bertempat
of course risau kan? kita mak. punya susah nak bawa ke dunia
sakit pening memang buat susah hati!
Kalau RM40 saya faham apa maksud doktor tu takpa. Ini tak panas punggung duduk kat dalam bilik tu, entah apa butir-butirnya kita tak tahu tetiba kena RM40 - consultation & surat rujuk hospital. Padahal takda apa-apa pun setakat jangkitan kuman jerk...
DeleteBerderau darah mak-mak ni tau bila kata anak sakit... tak senang duduk. Terus luruh air mata tak sempat nak masuk kereta lagi!