Superheroes Mommy ...


Salam sayang semua!

Hah, dari tajuk pun dah tahu nak cerita tentang apa! Jarang-jarang berlaku ni. Selalunya tajuk tak pernah sama dengan isi entri. Rajin betul merapu sampai terkeluar tajuk. Harap dimaafkanlah habit MD yang satu ni. Kalau tidak, tak cerialah pulak rasa hidup berjiran alam maya nih!

My superheroes memang kena beri laluan selalu dalam blog Mommy mereka. Maklumlah buah hati pengarang jantung, pengerat kasih MommyDaddy. Mestilah nak dok cerita je 24-7, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan so on ...

Meh, tengok apa superheroes berdua ni buat di rumah jika tak ke mana-mana ...

Hai, saya Bubbly Abang! Saya suka lepak depan pc *__*


Bubbly Abang memang sentiasa bertafakur depan komputer. Penat dah I jerit, I psiko, memang tak jalan. Bukan 100% salahnya, of course Mommy yang silap. Tak dibendung sejak awal. Tapi I sentiasa pantau apa dibuatnya depan komputer tu ...

Adik Cute pula kalau berada di rumah memang tak jauh dari tab, kereta sports dan jentera beratnya ...






Biarlah Adik bermain sendirian kalau nak aman. Kalau tidak, memang hiruk-pikuk suara dua beradik ni (termasuk jeritan Mommynya) bergaduh, bergasak dan sebagainya. Siapa yang sukakan keamanan dan ketenangan, silalah tak payah bertandang ke my house. Memang tak akan jumpa ketenanganlah *__*

Berbanding dengan Abang, Adik ni ada ganas sikit. Segala mainan Abang dapatlah diperturunkan kepada Adik walaupun beza umur mereka berdua lima tahun. Segala mainan Adik pulak, kadangkala belum sampai rumah dah hancur berkecai. Itu kes mainan murahlah.

Hello, sayalah Adik Cute yang glamor tu!


Teasing Mommy memang No.1 si Adik ni!

Kalau mainan mahal pulak, pun akan diusahakan untuk ditebaraikan semampu yang boleh. Si kecil ni memang boleh tahan lasaknya walaupun sejak azali bercita-cita nak jadi Imam Muda. Solat tak pernah tinggal tapi yalah .... 1 rakaat je, namun lengkap ya segala tertib sampai kumat-kamit baca doa lagi. Doa apa, yang itu Mommy tak berapa nak pasti...

Kalau I sendirian di rumah bersama superheroes ni, memang 'aman' sangat rasa duniaku. Tak pernah lekang dari keriuhan dan jeritan. Ada-ada sahaja yang ditanya, dibicarakan dan digaduhkan. Bila Mommy penat, memang Mommy biarkan aje. Tak larat dah nak jerit sama, warning anak ni, anak sana buat hal; warning anak sana, anak yang sini pulak buat hal. 



Si Abang ni tak reti tidur di siang hari. Katanya, sangat membosankan tidur tak buat apa-apa. Masa tidur 8 jam sehari tulah yang paling dibencinya. Kalau suruh dok main Roblox depan komputer selama 8 jam, mungkin akan diusahakan bermain sebaik yang termampu ...

Bubbly Abang juga seorang yang suka menonton horror movie. Lagi horror, lagi bagus. Kadangkala dua beranak ni menonton horror movie sambil tergelak-gelak dan ada masanya sampai tertidur kerana jalan cerita seram tak up to our standardlah.

Pernah sekali Abang pujuk Mommy tengok satu movie omputih ni. Mommy pun suruh Abang get ready bantal busuk. Tak mainlah tutup mata dengan jari, nanti boleh je tengok celah jari kalau Mommy tak nampak. Tetiba movie yang katanya horror tu boleh pulak banyak adegan-tak-patut-dilihat. Kejap tutup bantal, kejap buka tengok TV je si Abang ni atas arahan Mommy yang berkuasa mutlak. Akhirnya selepas 15 minit,  dia bosan kerana lebih banyak tutup muka berbanding tengok movie. Lebih baik tutup TV dan main Roblox lagi best. Mommy ikut sahaja mana yang elok. Dapatlah Mommy tengok cerita Korea ...

Abang ni sejak masuk Tahun 2, solat pun dah semakin baik. Kalau Daddy ada di rumah, semua orang akan diingatkan tentang solat. Jangan lewat. So bila sampai bulan penuh, Mommy je yang tak solat. Lama Abang dah perhatikan tapi tak terluah nak tanya.

Satu hari bila Mommy suruh Abang segera solat, Abang pun ambillah wuduk. Mommy dah pesan, bab solat sekali je Mommy cakap. Kalau dua, tiga kali Mommy suruh tapi tak solat juga, memang Mommy psiko - Jangan cakap dengan Mommy, jangan minta apa-apa sampai waktu solat seterusnya! 

Maka, satu hari ni Abang pun komplen. Katanya, mengapa Abang je kena solat tapi Mommy tak buat pun. Kebetulan Mommy bulan penuh masa tu. So, nak tak nak kenalah Mommy jawab soalan yang tertangguh sekian lama.

Orang perempuan ni Abang, ada waktu uzur. Biasanya dalam sebulan tu seminggu tak boleh sembahyang....

Kalau nak sembahyang juga Allah marah ke Mommy?

Memang Allah kata, masa uzur yang seminggu tu tak boleh solat!

Abang pun diam, tak kuasa nak tanya banyak. Kalau Mommy sambil lewa maknanya Mommy tak mahu ditanya penuh terperinci. 

Satu hari di bulan yang lain pulak, Daddy tanya kat Abang,


Tanya Mommy dah solat ke belum ...

Abang pun jawab,

Daddy, dalam sebulan kan ada seminggu yang orang perempuan tak boleh sembahyang. Macamana Daddy dah besar pun tak tahu? Daddykan husband Mommy....

Oh, tentulah Daddy angin satu badan!

Salah you juga, Dear. Anak-anak lelaki, youlah yang kena lebih rapat dan ajar hal-hal luar dalam. I ni kan the only gegirl dalam taman ...

Si Adik pun kalau tiba time solat, dia nak 'berjemaah' ya. Memang sungguh mengganggu hingga hilang khusyuk nak solat. Tertoleh-toleh masa sujud nak tengok orang di sebelah dah bangun ke belum.... 

Bila tengok Daddy baca surah, Adik pun kumat-kamit membaca ikut gerakan mulut Daddy. Entah apa dibaca, wallahu a'lam. Memang tak dapat dikesan. Yang jelas kedengaran cuma 'Allah hu Akbar' dan 'Amin' jek ...

Time belajar Iqra pun sama juga. Belum tiba turn, dah sibuk mengacau Abang. Kalau disuruh baca dulu, tak mahu pulak. Kita ajar alif, dia baca alif, ba, ta.. Kita baca ba, dibacanya jim, kha, kho... kira memang advance beberapa langkahlah walaupun tunggang-langgang. Bila tiba turn Abang, mulalah Adik nak menempek dok atas riba Mommy, saja nak minta perhatian supaya Abang tak dapat concentrate. Memang pendengki si Adik ni, jelas terserlah....

Bab makan pun kedekut ya si Adik ni. Tak mahu main share walaupun dengan Mommy, Daddy dan Abang. Kalau kita ambil nak merasa makanannya, disuruhnya kita buka mulut dan selamba je boleh ambil balik makanan dari dalam mulut kita..

Kedekut betul entahlah ikut perangai siapa.... Mommy pemurah, Daddy lagilah pemurah  tau ...

Bercerita kisah anak-anak ni memang tak akan habis. Ada sahaja keletah mereka yang menjadi ingatan indah buat kita sebagai ibubapa. Sebab itulah I suka berceloteh tentang my superheroes. Kalau you all tak sanggup membaca kisah my superheroes, ampun maaf dipinta walaupun raya belum menjelma lagi *__*



































Comments

  1. kahkahkah! kot si Daddy pulak yang kena khutbah! lol

    ReplyDelete
  2. Cerita anak2 memang panjang celotehnya MD .. boleh buat novel kan ehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak bercerita pasal anak-anak pun sama gak gaya saya menulis panjang lebar. Hehehe ...

      Delete
  3. teringat tadi my anak buah tgk citer vampire . mrk mmg suka tgk citer horror . baru 5 minit tgk dah ada adegan tuuut ... maka si kakak2 pi tutup muka si abang . selang beberapa minit ada lagi . cukup 3 kali , my kakak terus jer tukar channel ... perghhh . ada baiknya desktop scrin tu letak tinted la MD utk elak mata si abang tu dr cepat rabun ... klu rumah my kakak ni yg anak seramai 5 org ... 6 to be nasib baik tak 8 ( simpan 2 ) mmg meriah sentiasa dgn gurau senda . mrk ber5 ni mmg rapat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh bayangkan Vee kalau ada anak ramai. Saya yang ada 2 anak pun dah lintang pukang hidup :) Saya rasa Abang memang tak mahu berganjak dari desktop tu walau apa pun yang saya bebelkan. Abang ni kalau tak duduk depan pc, nak Mommynya dok sebelah melayan keletahnya. Aduh...

      Delete
  4. abg ni kira berani la ekk tak takut tgok citer horror,si chubby aiman penakut la pulak..tgok cerita horror tutp muka dengan tgn pastu tgok melalui celah jari.haha..

    biasalah anak soleh macam adik mmg lasak sikit..nak mendidik mummy jadi ibu solehah katanya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab cerita seram Abang memang berani. Kalau terlalu takut sangat adegan, Abang peluk Mommy tak pun tutup muka kat riba Mommy. Manja sebenarnya dia ni dengan saya, PK...

      Tapi kalau adventurous sikit, Abang cepat surrender. Dia kata dia 'nerd' . Entahlah...

      Adik memang lasak dan berani. Tak mainlah nak ugut-ugut. Boleh blah katanya dalam hati :)

      Delete
  5. saya baca sampai habis MD..
    tak langkau2 pun...
    bab kita cuti tu..sampai dah besar panjang ni pun kadang masih bertanya juga. lagi2 nak puasa ni nanti...jeles depa dgn umminya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, so sweet ^__^ Saya pun tak suka main langkau-langkau ni tak kiralah berapa ribu patah perkataan orang menulis ...

      Saya pernah dulu makan dalam bilik (masa bujang), my nephew yang umurnya 9 tahun, dok mengendap bawah pintu bilik nak tengok saya buat apa sebab dia suspicious saya gi ambil nasi dan segelas air masuk bilik tidur ....

      Delete
  6. Good boy lah abang ni... nanti dah besar nak jadi apa?
    Adik tu pulak kalau tak jadi jurutera mungkin jadi ustaz kot... InsyaAllah...

    Rumah yang ada hirok pikok anak2 kecil ni meriah dan ceria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sentiasa riuh rumah saya ni, Bunda. Takda ketikanya yang senyap. Kalau tak anak ini, anak itu. Kalau tidak, makpaknya :)

      Delete
  7. Eh, tahu ye pasal entry lain tajuk lain? Hihi, dah keistimewaan blog ni gitu, kami redha jelah MD. Dah faham jiran ni camna pesen.

    Samalah kita, kemeriahan bila anak anak bermain bersama. Adoi, malu rasanya dengan jiran sebelah kalau dia perhati saya jerit nak kawal budak berdua ni main. Lantakla nak buat macam mana lagi.

    Budak budak bijak ni memang jenis lasak. Dia ada saja akal nak buat Mommy dia kena kemas. Anak tak tidur siang, maknya penat kan. Masa anak tidur, rasa lega sekejap..Abang tu dah besar, mesti dia tak sepahkan apa2 walaupun tak nak tidur siang kan? Kalau Naim ni, dia tak nak tidur, mamanya terlelap kejap, bila jaga abisla, memang hasil kerjanya boleh tahan.

    Paling menggembirakan kita masa cakap pasal anak kita ni kan. Tak kisahla..blog sdiri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, selalu ke macam tu? Ingatkan sesekali jek tajuk lain, entri lain :)

      Kalau bersama anak-anak ni, keindahan dan keriangan yang dirasai memang kekal dalam memori....

      Saya pun selalu juga lari pitching ni, AN especially di luar rumah bila bersama mereka. Macamana kita nak senyap kalau mereka sentiasa hiruk pikuk, gegak gempita aksinya... Kadang tu control ayu gak, kadang tu memang malas nak peduli apa orang kata ...

      Sekarang ni dua-dua dah tidur lewat. Oh, susah betul nak start buat kerjarumah bila dua-dua nak Mommy main sama... Makin limited masa yang ada ...lagi tak cukup masa rasanya!

      Delete
    2. Haha.. disebabkan komen ni, namaku glamer today. Hihi. Jiran peramah ni, bukanla selalu tapi gitulah ya. Sambil citer a ditop up kisah b , c dan d.. kan dah kata, yu yang specialnya blog MD ni. Banyak info.

      Hairan kan,,macam mana budak2 ni tak mengantuk walaupun dah lewat?

      Delete
    3. Hahaha....dah boleh baca dah gerak hati kita kan....

      Entahlah budak-budak ni dapat energy dari mana. Kalaulah boleh share sikit...Ni mesti terlebih segala-galanya itu yang jadi begini. Penat kalau mereka lambat tidur, kerja rumah pun terbengkalai sama ...

      Delete
  8. acik suka je baca MD..boleh sengih sorang sambil teringat perangai hero2 acik masa kecik..yang suka menjahanamkan mainan yang sulung..habis punah ranah dan musnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung ada blogkan Acik... Boleh simpan memori di sini selain drp gambar dalam koleksi peribadi... Anak-anak saya pun boleh tahan lasaknya. Depan orang memang baik. Bak kata kakak saya, kalau depan Mommynya memang mengada-ngada, menumbuh-numbuh perangai!

      Delete
  9. alhandulillah si abang snng dan cepat paham kan apa yg mommy terangkan..
    lega kan..dpt bg jawpan yg blh anak fahami.

    sian daddy dh kena ngn abg ..

    haaaa..adik2... apa pon x boleh.. dasyat tu siap suruh buka mulut.ikut perangai sape tu mommy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang pemaaf dan lembut sikit hatinya. Si Adik berbeza. Kalau dibelek telek, bila besar rasanya memang Adik yang akan backup si Abang.

      Part korek makanan dalam mulut MommyDaddy tu tak tahulah ikut siapa Ciksu ....

      Delete
  10. sekali kena dush dgn anak yer pasal kes solat tuh..
    hahaha..
    kelakar lah abg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dah Lyn. Nak buat cam na...terimalah nasib. Dah kita je bunga dalam taman mekar sejambak penuh kumbang :)

      Delete
  11. Teman layan jer.....janji kisah gossip hehe...
    Kedekut adik tu mengikut sapa yeh agaknya.....kalau momny ngan daddy bukan takkan ngikut jiran sebelah kot haha...tak mungkin... tak mungkin..

    Yelahkan... serba salah jugak gegurl nak explain ...semua pun boboy..... Nampaknya kilang kena on ni....nak produce tambi kasi kawan itu gegurl dlm taman hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kilang dah tutup. Tak kuasa den. Tunggu menantu masuk rumah, buat kerjarumah. Jangan berangan nak jadi mem. Alah, memang kita pun tahu, awakkan pepagi dah sampai depan pintu dapur nak dengar gosip seantero dunia. Biasalah tu, kalau dah berjiran memang beginilah kekdahnya :)

      Delete
  12. I kan... sebenarnya... nak sgt cerita pasal Luth banyak2 dalam blog. Tapi i tetap ada rasa berbelah bagi, nak ke org baca, tak mcm terlalu over ke, sbb cerita yang i nak cerita mesti la yg berunsurkan puji-pujian terhadap anak, nnt org tak sanggup nak berbulu bijik mata. Tapi, bila i baca tentang anak2 u, i rasa mcm okay je. Mcm seronok je baca pasal kepandaian dan kesyomelan anak org.

    Yg si adik tu siap bawak naik keta atas sofa. hahahah.. tak menahan.
    Abgnya dah tak tinggal solat ye. Bagusnya... Siap tolong jawab mcm tu bagi pihak mummy pd daddy dia. hadoi.. heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, tak kisahlah Lyd...Itukan personal blog you. Sukahatilah apa you nak cerita. Nak cerita pasal you dengan tudung-tudung dan masakan you ke, pasal Mat Azghul ke, pasal Luth ke, sukahati youlah. Kalau orang tak nak baca, I ada lagi ni boleh baca. Ramai mak-mak budak di luar sana yang suka baca perihal anak-anak nih. Tapi kalau tanya pendapat I, sama ada nak cerita pasal Luth ataupun mak Luth, I rasa I lagi suka cerita Luth yang comel. Kecomelan mak Luth tu tak excited pun buat I...Kah3x...Sila jangan terasa hati sampai takmo berkunjung ke sini. Hahaha....

      Delete

Post a Comment