Mommy, Abang dan makanan ....


Salam Jumaat yang mulia, kawan-kawan!

Wah, sekejap je dah hari Jumaatkan! Padanlah sejak semalam I dah rasa malas nak buat kerja kat pejabat ni tau ... Eh, tapi dari Isnin sampai Jumaat pun memang I malas nak buat kerja, macam pelik jek statement yang mula-mula  tu .... 

Hari ni intro tak panjang sebab idea nak menulis lebih panjang, lebih laju dan lebih berliku-liku dalam kepala ni. Haruslah cepat-cepat ditintakan ...

Warning : Entri tiada bergambar dan panjang sehingga semput nafas!

Si Bubbly Abang ni walaupun nampak besar, tinggi daripada biasa tapi bukan sebab Abang kuat makan. Itu penangan susu S26 tiga level yang Abang minum sampai umurnya 3 tahun. Abang yang sebenarnya tak kuat makan, and very picky eater.  


Mommy memang selalu komplen pasal Bubbly Abang yang cerewet tentang makanan. Mommy pelik kenapa dan mengapa Abang mesti nak cium bau makanan yang first time dia nampak, mesti nak mengasingkan segala maknek sayur-mayur yang dia tak suka walaupun hanya  racikan halus bawang dan tak mahu menjamah makanan kalau baunya tak sedap di penghiduan pertama hidung si Abang ni.


Mommy dah penat psiko - dari selembut-lembut jiwa sampailah sekeras-keras tangan ni tau. Malangnya Abang langsung tak berubah. Hari ni terdiam, tertunduk sayu kena marah, esok buat lagi. Kadang-kadang tak sampai sejam, the next makan-makan time Abang dah buat perangai buruknya tu ....

Kalau Mommy masak, menu Abang mesti jauh tersasar daripada menu seisi rumah. Kalau ikutkan Daddy, memang kena marah. Sebab itu Mommy senyap-senyap je memasak sendirian di dapur. Tak mahu Daddy tahu Mommy prepare different menu for Abang.

Mommy ni prihatin sebenarnya. Mommy tahu apa Abang suka, apa yang tak disukainya. Yalah, salah seorang anak kesayangan Mommy, pengarang jantung dan penglipur lara di kala sendirian. Kalaulah Abang macam Adik, memang senang banyak kerja Mommy. Semua pun sumbat masuk mulut ikut style Daddy (Ini pun Mommy tengok lately Adik dah tiru perangai Abang, cium bau makanan, merasa dan kalau tak suka, Adik pui terus keluar mulut... at least Adik cuba rasalahkan....) 

Kalau makan di luar, Mommy kena always careful. Mesti pilih tempat makan yang Abang suka, yang ada makanan sesuai untuk Abang dan dalam masa yang sama, Daddy tak tahu taktik Mommy. Kalau Daddy tau, tentu Daddy marah. Kan Daddy dah warning dulu,

Eat whatever your parents eat and not what you want to eat differently from us!

Keras tu warningnya, Abang. Sebab itu Mommy takut kalau selera makan Daddy jauh berbeza dengan Abang. Memang Mommylah yang pening di tengah-tengah. Menenangkan kedua-dua belah pihak. Yang satu pihak marah-marahkan Mommy sebab ikut saja kehendak anak manakala pihak yang satu lagi tertunduk sedih rasa tidak disayangi ... Memang diluah mati bapak, ditelan mati emak sungguh tau! (eh, betul ke ni....)  


Mommy dah hilang pedoman, hilang cara nak mengubah sikap Abang. Mommy terpaksa redha ajelah.... 

Pengalaman melihat cerewetnya melayan Abang makan ni mengingatkan Mommy kepada sikap sendiri. Teringat Mommy zaman dulu-dulu, masa Mommy kecil. 

Sikap memilih makanan ni sebenarnya sikap Mommy .... 

Malang sungguh Mommy telah perturunkan sikap buruk ni pada Abang *sedih tahap Ultraman mati terbunuh*

Sebenarnya Mommy tak pernah pun tunjuk dengan penuh kejelasan pada Abang yang Mommy memilih makanan, tak makan sayur. Mommy selalu buat secret-secret je. Masa Abang kecil dulu, Mommy selalu sumbat Abang dengan segala sayur-mayur yang Mommy sendiri tak pernah rasa. Mommy tengok Abang okey je tapi makin lama makin terserlah sikap memilih Abang.

Walaupun kita serupa anak beranak, Mommy tak pernah merungut bila nampak sayur dalam hidangan. Mommy asingkan dengan jolly-molly ke tepi pinggan dan kalau kecil sangat macam hirisan bawang tu,  Mommy telan je jangan kunyah. Lepas tu Mommy teguk air kasi hilang itu taste.

Napa Abang tak buat gitu? Napa Abang selalu je nak mogok bila nampak sayur dalam pinggan? Jenuh Mommy tolong asingkan siap-siap... For example, Abang suka makan mi goreng so bila di rumah, memanglah Mommy buat togel sesaja, free dari segala bahan yang Abang tak suka (Abang tak suka tomato, bawang goreng, sayur dalam mi, mesti letak ayam, daging ikut mood Abang, jangan sesekali letak selain daripada ayam manakala Daddy tak suka mi letak udang, sotong, sosej ke,  hanya ayam atau daging saja). Kalau makan mi goreng di luar, Mommy kena order cam ni,


Mi goreng basah satu, tak mahu bawang goreng, tak mahu sayur langsung, letak ayam je ....

Selalu juga tukang masak di restoran tu terbubuh segala sayur-mayur dalam pinggan mi goreng Abang. Jenuhlah Mommy mengasingkan satu persatu tepi pinggan dengan tension tengok muka Abang yang mencemik tak sudah tu....

Adakalanya bila mi sampai atas meja dan cukup ikut citarasa tetiba Abang tanya,


Alah... Mommy! Kenapa mi ni gelap sangat tak merah, napa tak pedas...blah,blah,blah.... 

Ada aje tau Abang nih .... manalah Daddy tak mendidih BP bila mendengarnya!

Abang perasan  tak Mommy selalu 'tak cukup makan' bila kita keluar. Dengan Adik yang lasak, dengan Abang yang cerewet, dengan Daddy yang cool fever sedap je Daddy makan dengan aman sambil tengok Mommy lintang-pukang, terjerit terpekik melayan anak-anak. Bila Daddy dah kenyang, terus cakap kat kita tiga beranak ...


Okey, cepat makan lepas tu kita gerak! Dah lewat nih, nanti orang ramai!

Aduhai, Daddy.... nak tercekik-cekik makanan masuk mulut Mommy!

Masa Mommy kecil dulu, mak abah Mommy tak pernah komplen pasal sikap Mommy. Oh, ya... dalam sepuluh orang siblings, Abang Mommy yang tengah tu tak makan ayam, kakak Mommy yang No.2 tu tak makan daging, dan yang paling teruk sekali of course anak kesayangan mak abah Mommy (siapalagi kalau bukan Mommy) yang tak makan sayur langsung dan memilih ya amat.

Masa kecil-kecil dulu, Mommy tak makan buah-buahan tempatan. Mommy makan oren Sunkist, buah epal dan anggur tapi kalau ada pisang, betik, tembikai ke, jangan haraplah Mommy nak jeling. Lepas tu boleh mogok tu kalau takda favorite food. Tapi Mommy gila durian... hehehe .... Abang pulak tak bolehkan cium bau durian...

Mommy ada perangai pelik. Mommy ada makanan yang tak boleh makan, boleh makan tapi tak suka makan dan suka sangat-sangat bila takda je Mommy mengamuk. So, macam Abang, Mommy pun ada list yang panjang makanan yang Mommy benci...

Satu lagi tekak Mommy ni pelik sungguh. Kalau tak tahu, Mommy boleh telan. Kalau tau, mulalah nak muntah, nak marah dan nak memberontak. For example, Mommy tak makan daging kambing tapi Mommy tak berapa nak tau membezakan daging lembu dan kambing. Katanya daging kambing ada bau, ada tulang tak macam daging lembu.

Maka, kerap juga Mommy termakan daging kambing masak kari. Kalau tak tahu, Mommy telan je dengan aman tapi bila ada orang beritahu yang itu daging kambing, mulalah Mommy berlari masuk bilik air, korek-korek anak tekak, nak muntahlah, nak itulah, nak inilah...Eh, pendek kata mengada-ngada betul perangai Mommy ni.

Insiden paling mengada-ngada yang berlaku ketika Mami/buvi-jon ada di sini. Daddy dan Mami memang penggila daging kambing. Maka mereka beli dan simpan dalam fridge tanpa pengetahuan Mommy. Suatu hari Buvi-jon nak masak tapi tahu Mommy tak makan, dia cancelled plan. Daddy yang mengada-ngada telah pecahkan rahsia besar Mommy. Masak aje katanya, kalau Mommy tak tahu, dia akan makan.

So malam tu, Mommy pun makan dengan penuh berselera menu Uzbek yang Buvi-jon prepared tu. Mommy pelik gak kenapa Daddy asyik tanya sedap ke tidak masakan ibu kesayangannya itu. Maybe sebab makanan Uzbek yang Mommy tak pernah jamah, itu yang Daddy dok tanya.

Sehari lepas tu, barulah Daddy beritahu. Kata Daddy, Buvi-jon dah pesan tak payah beritahu. Kalau Mommy makan, biar ajelah tapi Daddy kan pegang prinsip tak boleh simpan rahsia dengan isteri. Maka dipecahkan rahsia. 

Apalagi, Mommy pun mulalah check peti sejuk. Bila nampak ada baki daging kambing mulalah tu nak pegang pun geli, nak tengok pun nak muntah. Oh, sampai perang mulut dengan Daddylah. Kata Daddy,


Mengada-ngadanya! Macam budak-budak! Kalau tak beritahu ok je you makan... 

Mommy nangis merengek-rengek sebab kena tipu, tau tak!

Masa kecil-kecil dulu pulak, kalau makan jemput-jemput bawang dan ikan bilis tu, Mommy letak bowl atas pinggan, pastu Mommy tarik keluar bawang dan susun elok-elok atas pinggan belakang bowl tu. Konon-konon jangan bagi abah Mommy nampaklah tapi of course abah Mommy nampak, Mommy jek yang ala-ala pak pandir fikir idea bernas gitu.

Sekali, dua kena marah pastu abah Mommy yang garang tak larat dah nak marah. Oh, ya ... abah Mommy (grandfather yang Abah tak berpeluang bertemu) sangat garang! Boleh marah sehari suntuk, tidur dan sambung masa breakfast esok pagi. Tapi abah Mommy pun sangat prihatin, penyayang dan protective apatah lagi dengan Mommy ni .... 

Kalau mak buat mi rebus ke, mi sup ke, mi bandung ke, memang kena asingkan satu mangkuk special untuk Mommy yang free dari segala sayur durjana yang Mommy tak suka. Mak Mommy baik sangat, tak pernah mengeluh, tak pernah marah dan ikut aje rentak Mommy yang manja nih...

Jadi, Mommy fikir ini memang balasan dunia untuk Mommy *sedihnya ...* Dulu Mommy susahkan hati mak abah Mommy dengan perangai ngada-ngada dan manja Mommy ni kerana terlalu memilih makanan, sekarang turn Mommy pula susah hati tengok kerenah si picky eater dalam keluarga kita nih ....

Mommy pun sebenarnya dah berubah banyak. Kalau dulu, langsung tak boleh telan bawang, sekarang kalau secarik dua tertelan tu, Mommy kira okey aje. Kalau dulu langsung tak jeling sayur apatah lagi nak makan, sekarang ni boleh gak makan kubis (part yang lembut je) goreng, kacang panjang goreng  (mesti potong tiris dan nipis, kalau besar-besar Mommy takleh telan gak, ada kentang dan suun). Mommy pun dah pandai makan mushroom tau .... 

Oh, pening kepala Mommy ni sekarang! Macamanalah Mommy nak beri contoh yang baik buat anak-anak kesayangan Mommy sedangkan Mommy sendiri pun tak betul tabiat makannya ....


Ada sesiapa yang boleh bantu selesaikan masalah Mommy ni?

Comments

  1. Sedihnya luahan perasaan mommy pasal mommy tak cukup makan sebab melayan kerenah anak time makan kat luar. Huhu.. Saya nak bantu MD pun rasa mcm hidup segan mati tak mahu, hehe. Sbb saya sendiri pun memilih makanan dulu masa kecik. Walaupun skrg ni peluang utk luth tengok mama dia memilih makanan agak tipis sebab skrg mama dia ni dah insap, dah bedal segala makanan yg ada kat dunia ni, tp dah boleh nampak aura-aura picky eater pada luth ni.

    Tapi pernah tgk rancangan Jo Frost kat channel Lifetime. Kalau masalah budak yg makan memilih ni, rasanya dia akan biar je budak tu lapar. Time family makan makanan yg bukan kegemaran anak tu, kalau anak tu nak buat diva, then babai je la. Ahli keluarga lain akan tetap makan. Kalau dia nak buat keras hati, pegi duduk jauh2 selain daripada meja makan. Lepas tu Jo Frost akan suggest utk mak dia tinggalkan satu meal utk dia kat meja. kalo dia dah betul2 lapar dan nak makan nnt, makan je la. Biasanya berhasil. Sbb dia lapar. Nak tanak dia terpaksa makan. Tapi i faham MD, mana la sampai hati mak-mak macam kitew ni nak tgk anak lapar. heheh. MD mmg terbaik, sbb siap tolong asingkan lagi bawang. Ce kalo MD tak tolong asingkan, tgk dia nak muncung sampai bila. *kalau tergamak la, kekeke.* i tahu u takkan sampai hati punye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal... nak nangiskan rasanya bila baca kisah I tak cukup makan ni..*sambil lap hidung dengan hujung lengan baju kurung* I pernah tau Lyd buat cam ni kat Abang. Dia ni bukan saja memilih makanan, minuman pun nak yang best je. Plain water pilihan terakhir. Knowing me by alam maya, you tahulah perangai keibuan I yang sikit mengada tukan. So, pernah I tak bagi dia minum yogurt, vitagen malah tak belikan pun. Dia sanggup berpuasa tak minum air. Padahal plain water melambak tu. Tak mo gak...biarlah haus. I nak je suruh berpuasa 24 jam tapi tak sampai hati pulak. Teruslah I belikan sedozen vitagen dan yogurt Nestle Bliss tu. So, sekarang you nak hempuk ketidakkuatan iman I ni ke atau nak suruh I marah Abang?

      Susah tau jadi mak prihatin nih :(

      Delete
  2. tolong bagi tahu abang..

    abang, kalau abang suatu hari abg ada isteri yang tak secantik mummy sila jgn komplen bini abg masak. sila makan je tahu..ngada2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La PB... Abang dah kata tak mo kahwin. Kalau Allah tak marah, dia takmo kahwin. Sebabnya - nak jaga MommyDaddy bila dah tua nanti !

      Delete
  3. Gitulah hukum karma namanya....sebenarnya anak anak ni adalah refleks dpd diri kita juga....Begitu mak ayahnya gitulah anaknya...
    Sama aje kalau dah katanya manusia ni MD....Si SA dulu tak makan daging tp sejak duk asrama makan pulak semua dah ...

    Dulu Pak Jilap selalu gak marah okje.... dia kata masak jer tak yah nak layan sangat selera budak tu, tp dah namanya ibukan....

    Kalau bubbly abang tu bolehlah jugak layan selera dia lagi tapi kalau dah maknya, mmg nak kena ni hehe.... Serba salah jadinya kalau jadi tetamu....togey tak makan daun bawang tak makan...udang tak leh letak....bis tu nak masak apa jadinya dong???? Fengsan dalam kuali mak kalau cenggini hehe...
    Bawak bekal sendiri ahelah hehe....

    Weyh....guling guling tau mak bayangkan awak makan laju laju sampai nak tercekik hehe...
    OKje suka perhati family yg beranak kecik kat kedai makan...memasing makan berganti sambil melayan anak kecik hehe ...sian nengoknya teringat zaman kita macam tu jugak dolu dolu... pandai pandailah kome ye hehe....

    Rasanya awak kena berubah jugak MD demi bubbly abang...kalau tidak kesian dia....kurang nikmat makan!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Cermin kami empat beranak ni memang terbahagi dua seadil-adilnya. Satu ikut Mommy, satu ikut Daddy :)

      Dah namanya anakkan OKje, walaupun marah ikutkan juga kehendaknya. Yalah tak sampai hati nak dibiarkan walaupun tahu benda/perkara tu tak bagus untuk jangkamasa panjang. Jadi mak ni, inilah cabaran terbesar - tak boleh nak kuatkan hati, bertegas dengan anak-anak.

      Kalau saya berkunjung ke rumah, Okje bagi makan roti jelah...tapi tak mahu garlic bread tau. Kalau nak bagi garlic bread, kena siap-siap prepare mushroom soup. Hah, itu oklah. Pastu jangan bagi air kopi eh...wa tak minum. Ada nanti tuan rumah masuk dapur, kita buang air kopi kat laman rumah - konon dah minumlah sebab nak menjaga hati. Kita pernah je buat gini kat rumah arwah atuk kita dulu Okje .... Hehehe...

      Makanan mewah di rumah tu. Saya tak melarang dia nak makan apa. Saya pun still masak sayur-sayuran untuk HD. Kalau buat sup, tetap juga tabur daun saderi, bawang goreng sebagainya...pastu adalah kejadian yang tak ingin dilihat - proses pengasingan anasir sayur ke tepi pinggan :)

      Delete
  4. hmm... mmg kdg dtg mngda tu, mengada juga, alhi2 sy x msk, sy bg nasi dgn kicap aje.. ikut dia lah.. sy agak keras hati berbnding suami sy yg rajin layan karenah anak2... terbalik pula gayanya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak leh berkeras dengan anak-anak ni. Mula-mula je nak bertegas, lepas tu menyerah kalah je. Ikut aje apa kemahuannya. Anak-anak pun dah boleh baca pemikiran Mommynya. Dah tak heran kalau Mommy kata 'tidak' !

      Delete
  5. Ini yg kakak rasa pelik bin ajaib. Kalau bebudak yg tak makan sayur biasalah tapi bila dah jadi mummy budak itu yg memang jarang. Sungguh kakak tak sangka. Tapi bagus juga tak makan bawang pun makruh sebenarnya kan..

    Bab makan di luar lain kali bagi HD layan anak-anak. MD buat tak tahu aje boleh tak agak-agak. Sebab kakak dulu masa anak kecik-kecik layan anak makan di luar semua abang buat. Dlm rumah kakak buat. Sebab kat luar kakak payah, mana lengan baju boleh masuk pingganlah, tudung lagi, handbag lagi, kalau org lelaki kan senang:)

    So cuba lain kali bagi HD layan anak bila makan di luar hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulukan kak saya rasa macam saya je yang pelik dalam dunia ni. Itu tak makan, ini tak makan. Itu tak suka, ini tak suka. Yang lagi pelik, bila kena hidang makanan yang tak suka/tak makan, boleh datang angin puspus nak mogok, nak marahkan orang. Padahal, sendiri punya salah tu. Sapa suruh memilihkan...

      Saya takdalah pengalaman buruk dengan makanan sampai memilih cam ni sekali tapi tak pasti apa puncanya saya langsung tak suka sayur. Bab ulam ke, sayur kampung ke kirim salamlah. Sebab itu banyak makanan saya tak kenal :)

      Nak suruh HD layan anak-anak di luar? Oh, HD cam raja berdaulat kak kalau di luar rumah. Tak mahu nampak 'dikuasai' isteri. Takyahlah nak suruh tolong jaga anak ke apa. Tapi ada masanya, HD akan makan pastu tolong tengokkan Adik yang aktif. Ikut moodlah ....

      Delete
  6. hehe...cerita Mummy mmg best! Mummy, sekrg daddy dah tahu dah klu daddy baca entry ni huhu:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy jarang buka blog. Daddy sibuk. Setakat ni rahsia masih tetap rahsia walaupun dah dibocorkan di alam maya. Hehehe ...

      Delete
  7. Replies
    1. Hehehe...sure tak pernah jumpa orang macam sayakan, Cindy :)

      Delete
  8. macam2 cerita anak2 yang kadangkala suka dan marah,tapi bila diingatkan balik,macam tula kita semasa kecil kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah macam flashback, kan... Barulah sekarang tau apa rasanya mak melayan kerenah kita dulu-dulu.

      Delete
  9. Perghh... memang panjang... :)

    ermm.. kat rumah idah tu pun ada sorang gak camtu... tapi idah biasakan dia dengan makan mana yang dia boleh makan... dan tepikan mana yang taknak tak perlu bising2... mula2 memang agak susah... tapi lama2 dia sendiri faham... dah sebab diri sendiri yg cerewet kan so bukan salah orang lain... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernahlah menunjuk-nunjuk saya ni picky eater gak (Eh sesuai ke utk mak budak cam ni? Hehehe ...) Abang tu time ok, oklah pilih sendiri mana nak tolak tepi pinggan. Time mood cengeng, mulalah semua pun tak kena.

      Delete
  10. hehehe.. akak tak makan sayur rupanya.. patut abg pun ikut. hahaha
    takpelah kak slow2 nnti dia makan lah tuh.. tapi budak2 tk boleh paksa sgt.. nnti langsung taknak makan..
    mcm my niece.. puteri tuh.. dia tak makan buah2an.. sogok mcm mane lah dia takkan mcm punya.. dia hanya makan strawberry (ikut mood) & cherry jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, itu pasalnya! Tak boleh nak marah-marah, nak salahkan Abang sepenuh jiwa raga dah Mommy pun 2x 5 pun sama gak perangai. Tapi akak cakap gak dengan Abang, akak no problem pun senyap je makan tak kecoh macam Abang dengan sayur-sayur di pinggannya. Tapi kes Abang ni lagi teruk cerewetnya. At least akak takdalah semua pun kata tidak. Abang ni baru kenal air Milo, kalau telur jangan harap dia sudi nak rasa.

      Delete
  11. Minum S26 mmg sihat badan...hahaha...anak bongsu saya si Zayydan tu, dah tegap badannya, sekarang umur 11 bulan...Tapi sekarang, kami tukar angin kpd Lactogen setelah almost 11 bulan guna S26.

    Like mommy, like son la ni..
    Mommy tak makan sayur, tu pasal abang picky eater...hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, DZ. Anak yang pertama, belum setahun dah berat sampai sakit pinggang nak mengangkatnya. Tak larat. Banyak yang tak dapat main sebab saiz drumstik kakinya memang luar biasa. Kesian pulak. Anak kedua saya dah insaf pilih susu lain tapi memang jenis badan tak besar mana cuma tinggi je...

      Memanglah like Mommy like son sebijik habis... Sorang lagi like Daddy like son jugak. So, adillah kan pembahagian genenya :)

      Delete
  12. MD tak keseorangan... macam tu lah bila kita makan kat luar..dan sebab tu jugalah saya dan suami tak berapa suka makan diluar... makan gerenti terganggu punya... bertabahlah kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecohkan. Kadang rasa malu juga, kadang tu dah tak tahu nak sembunyikan muka kat mana. Dah nama anak, kenalah layan. Nak salahkan mereka 100% pun tak boleh juga !

      Delete
  13. alolo dian pulak dengar luahan perasan mommy.

    sama mcm adik sy yg no 3 suka.cium mknn sebelum nk makan.katanya nk.check sama ada makanan tu dh basi ke belom. ntah pa pe
    hahaha.

    kalau sy memilih bab ikan.sayur.ok je.boleh telan.tapi kalau ikan, haaa.. jgn dipaksa le.
    xlist mommy tak tahu pon dgg kambing still blh telan jga.

    in shaa Allah smga dipermudahkan buat mommy sekeluarga.mmg tersepit di tengah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya nak kongsi pengalaman si ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Memang sesuai benar perumpamaan ini untuk Mommy dan Abang bila menyentuh bab makanan nih :)

      Ikan pun saya memilih gak, Ciksu. Semua nak yang mahal sesaja :) Setakat ikan kembung, tak pandang. Memang melampaulah perangai saya ni. Napalah arwah Abah saya tak hempuk je saya masa dulu. Kalau takut, mesti saya cuba juga kot...Hehehe ...

      Delete
  14. Salam..

    Jgn risau mommy, ank LM pun mcm tu jugak tak mkn sayur. Kalau order makanan mmg pesan kuew tiau x mo sayur dan jgn pedas.nasik goreng cina takmo sayur jgn letak lada putih ye( sbb ada kedai yg letak)

    Kat rumah akn masak apa yg dia nk mkn sbb LM tak mau dia lapar. Kalau ayah dia tau mesti marah dan bebel paksa anak mkn tp kita ibu ni tak smpi hati so xde lah merungut sbb kena msk benda yg pelbagai jenis walau letih.

    Hihi.. Sbb LM pun mmg cerewet bab mkn, bawang hiris tu mmg lah x mkn. Sgt lah bosan klu mkn mee goreng mamak ada byk bawang yg hiris. Dlm hati duk bebel haiya .. Nape ko x blend bawang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu. Masak special di rumah untuk Abang. Itu yang Daddynya marah tu. Kenapa satu anak berbeza menu berbanding seisi keluarga. Masa nak mentua datang, memang teruklah saya melayan kerenah Abang ni. Semua masakan mak mentua, dia tak mahu makan sebab mereka guna banyak karot, bawang dan sebagainya. Nak nangislah kena marah left and right :(

      Delete
  15. picky eater tahap gaban, MD ni. pernah baca entry MD sebelum ni tapi tak sangka banyak betul pantangnya, hihi. patutlah abang ikut ya..
    zaman kita tak banyak pilihan MD. kalau selera anak2 generasi Y dan Z ni tak sama dengan kita..dah zaman dia. samalah dengan si abdul sulung saya tu. bila p mana2 kena tanya dia dulu nak makan apa sebab seleranya tak sama dengan kami ber3. kena car restoran/tempat makan yg macam2 ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sebenarnya jadi picky eater ni. Saya kalau boleh tak mahu makan di rumah orang kalau datang bertandang. Saya rasa bersalah menyusahkan tuan rumah kalau mereka tahu. Pernah dulu saya beraya di rumah atuk, saya buang air kopi dalam cawan ke luar rumah kerana tak mahu atuk kecil hati kalau saya tak minum. Susah sebenarnya jadi picky eater ni. Selalu cakap kat Abang, kita ni kalau hidup zaman perang bukan mati kerana perang tapi mati tak makan !

      Delete
  16. Saya paham sgt kalau ibu2 kpd anak picky eater ni bercerita sbb anak sy yg 1st picky eater..pernah terbaca satu artikel..actually dia mengutuk satu produk yg dikatakan boleh bantu anak2 picky eater..tp yg xsyoknye dikatanya anak picky eater tu maknya malas2 dan kurang berusaha pelbagaikan masakan..pada pendapat saya penulis mgkin tiada masalah ank picky eater..atau tiada anak..sedih bila dikatanya kita ibu2 ni tidak berusaha beri anak makan..dia tidak tahu macamana kita masak khas untuk ank bukan sekali pulak tu..bila nk suap geleng2..kalau disumbat dilueh pulak merata2..huhu maaf emo pula..

    Penipuan Email

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke kata kita malas? Memanglah tak bagus sungguh :) Macam saya ni walaupun sendiri cerewet tapi saya tetap masak sayur yang saya tak makan. Saya galakkan juga anak-anak makan walaupun adakalanya terasa macam kena kat muka sendiri je kata-kata nasihat. Saya pernah juga prepare makanan untuk attract mood mereka mencuba, tapi tak diherankannya sebab memang si Abang especially memang tak peduli kalau dia dah boleh terhidu benda-benda yang tak disukai dalam makanan. Macam si Adik, at least dia mencuba. Kalau tak suka, dia tak makan lagi. Si Abang memang all out tak peduli punya !

      Delete
  17. alhamdulillah , anak cuma 2 ... klu tdk lagi pening MD . perlahan-lahanlah suruh dia mkn sayur . klu terus paksa , lain pulak jadinya nanti kan . rugi sebenarnya kalau tak makan sayur ni sebab kat sayurlah paling banyak khasiat . malah macam - macam . cerewet makan ni susahnya klu bertandang ke rumah org . kesian tuan rumah klu terasa . QV pun ada anak buah camni . bila dia mai sini , kami dah jadi serba salah . mujurnya dia blh makan telur dgn kicap ... heh heh . sonang keje den . tapi klu pi umah sedara mara ... adeh ... tapi manusia kan blh berubah . sekarang tak suka mungkin esok lusa blh jadi suka . mcm cinta la kot . anak2 my kakak pun masa kecik tak suka sayur tapi my kakak ni lasak . dia masak jer apa yg dia n hubby nak makan . yg special utk budak2 cuma telur goreng jer ... kami masa kecik mmg hidup susah . jadinya dah biasa mkn apa yg ada depan mata . tulah yg my kakak buat utk anaknya . bila budak2 tgk kami mkn sedap n berselera , akhirnya mrk pun cuba makan juga . sekrg ni alhamdulillah , segala jenis ulam pun mereka pulun wpun si kecik 6 tahun ... mendidik anak mmg x blh keras . perlahan2lah ya MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik dua, itupun dah pening-pening lalat asyik tampal koyok je, Vee. Kalaulah ramai macam mak saya, tak tahulah apa-akan-jadi-dengan-hidup-saya :)

      Saya kalau boleh bila bertandang ke rumah orang, memang nak skip waktu makan. Saya tak mahu tuan rumah serba salah melayan saya seorang. Kalau makan dengan office mates pun kadang-kadang tension juga bila orang dok tengok menu kita. Adakalanya nak naik angin juga apahal dok sibuk apa orang makan, bukan suruh bayar pun .... Itulah pasal, susah sebenarnya jadi picky eater. Saya banyak kali cakap pada Abang, rugi kalau jadi cerewet makan macam Mommy. Banyak nikmat makan yang tak dapat dikecapi.

      Delete
  18. Acik sama ngan kakzakie..kalau makan diluar..bezanya..makan dirumah pun en.suami yang layan anak makan..acik masak je..bagi anak2 makan ayah dia.
    Acik pun tak makan sayur MD..dulu.masa baru2 kawen..acik tak masak sayur..sebab tak makan sayur..lama2 baru dia tau..lepas tu dia masak sayur sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya Acik. Satu dalam seribu ni. Kalau sayalah makan dulu suruh HD jaga anak-anak, mahu kena hempuk membelakangkan status suami katanya. Hahaha ....

      Eh, ramai gak rupanya orang tak makan sayur ek? Saya fikir saya je yang pelik bangat !

      Delete
  19. situasi sama mcm SB jugak lah ni MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, terkejut pulak ! Ramai rupanya senasib dan seperangai dengan MD nih :)

      Delete
  20. akhirnya dapat saya baca habis entry ni. baca dalam musafir, tak sempat nak komen hari tu.

    Simpati saya dengan situasi ni. Memang faham sangat situasi ni, Naim pun jenis memilih makan juga, ayam goreng dan donut dan ais krim je yang dia nak makan setiap hari. Untuk suapkan nasi dan yang lain memang kena pujuk bersungguh-sungguh kalau hari yang dia tak nak makan tu.

    Kalau ikut teori pendidikan, nak ubah kelakukan ni, kena amalkan PUJIAN. Mungkin Abang tak nak makan sayur, tak pe, puji dia pasal tu. cth, " Abang ni bijaklah, mama sayang abang. Tapi kalau abang dapat makan sikit je sayur mama masak ni, lagi bagus abang ni".

    MD lagi tahu apa pujian yang sepatutnya Abang "makan". Jadi, pujilah dia pasal tu. TEknik pujian ni kena iklhas, puji kelakuan dan tunjukkan kesan.

    Saya rasa boleh berkesan kalau kena cara. Tahun ni, sekolah saya amalkan teknik ni untuk kawal murid kelas hujung f2, yang memang muridnya tahun ni cukup bermasalah, memang ramai cikgu yang tak tahan, Bila diaplikasinya pujian setiap hari ni, dah banyak berubah budak ni, Nampak tak lojik bagi saya mulanya, sebab kalau ikut prinsip tu, kalau murid tak bawa buku, cikgu kena puji, "bagus awak hadir ke sekolah hari ni, dan kalau lain kali awak datang dan bawa buku latihan tentu lebih bagus".

    SEmoga berjaya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, AN beri tunjuk ajar. Saya pernah dengar kata Lizz, kawan blogger yang anak-anaknya suka sayur lepas tengok Upin Ipin. Saya pun cubalah guna taktik yang sama. Malang sungguh, tak berkesan pun pada Abang. First, dia tak heran pun dengan Upin Ipin maka mcm takda mood je nak menonton. Beritahu tentang khasiat sayur, nak bagi upah lagi kalau makan sayur, pun sama gak kekdahnya. Marah sudah. Naik tangan sudah. Psiko lembut jiwa raga pun sudah. Dia ni mungkin macam saya. Dah tanam dalam kepala sayur tu tak best, tak boleh masuk tekak. Jadi susah nak ubah persepsi tersebut. Makan masa mungkin nak ajar si Abang sukakan sayur. Kalau boleh memang tak mahu ikutkan sangat kehendaknya yang suka air manis, masakan berasaskan ayam dan menggemukkan sentiasa tapi hati emak ni, susah sikit walaupun tahu benda-benda tu tak elok untuk jangkamasa panjang ....

      Delete
  21. luahan hati seorang mommy y panjang lebar..rugi tak baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul meluah perasaan ni, Mar. Kalau membaca memang semput gak jadinya :)

      Delete
  22. Assalamualaikum,

    Ohhh betul2 luahan nih kak...sabar ye kak ^_^

    Psl abang yg cerewet tuh...sofia rs nnt bila die dh pandai bergaul dgn member2 die...dh mula study luar...insya-allah die ok...die mcm tuh sbb tau mommy die tetap akn layan die..insya-allah akan tiba ms die berubah...adik2 sofia pun mcm tuh jg...diorg bile mula study luar..baru tau appreciate apa yg diorg ada...

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Akak beritahu Abang bila dah besar nak jadi businessman berjaya mesti selalu kena keluar lunch/dinner dengan client. Mestilah nak makan pelbagai, keluar masuk restoran di hotel mewah sebab businessman berjayakan...so macamana Abang nak jadi picky eater...Senang je jawabnya - Takpa, Mommy. Itukan semua client Abang. Mereka nak buat bisnes dengan Abang, mereka tak leh cakap banyaklah. Abang cakap je Abang tak suka makan sayur, itu ini. Takkan mereka nak paksa!

      Aduh, aduh, aduh!!!

      Delete

Post a Comment