Salam sayang semua!
Tengah buat apa tu? Tengah cuba nak keluarkan gelas dalam gelas? Sambung tidur kat workstation? Walayweh, sungguh tak sopan tau! Kalau blogwalking tu alrightlah juga *__* (Eh, sama ke curi tulang juga? Tak samakan ...)
Hmmm, bermula dengan bulan Jun ni ada banyak perkara yang perlu diingati. Sebelum 29hb Jun ni nak kena renew lesen memandu (Hah, apa maksud tersirat nak diberitahu ni? Of courselah, lesen memandukan ikut tarikh lahir... lambat pick up betul ler terpaksa ah kak pecah rahsia!)
Dah terlanjur nak renew lesen memandu tu, I ingat nak jugalah tukar kad pengenalan. Dah tak boleh dikesan memori ni bila last time I tukar kad pengenalan baru. Gambar pun dah makan bertahun-tahun. Tahulah nak kekal awet muda macam dalam gambar tapi... sampai bila ya tak? Nanti tak pasal-pasal pulak kena denda.
Lagi seminggu Hari Bapa, kan. Kenalah inform si Abang tentang Hari Bapa. Kenalah superheroes berdua tu fikir nak beli apa untuk Daddydearie mereka. Ikut kemampuanlah walaupun dah tentu Mommy yang keluarkan duit. Coklat Cadbury dah tak boleh jadi hadiah lagi. Dah tawar hati nak makan ....
Eh, ni cerita apa pulak melalut jauh dari tajuk? *buat-buat terkejut macamlah tak biasa*
Mehlah tengok muka si jejaka idaman Al-Hijrah ni....
Puas I dok pujuk ajak balik rumah tetap gak 'No' memanjang... I umpan ajak solat sama-sama, barulah nak keluar dari rumah my sis.
Katanya baru balik dari 'skool' . Kat mana skoolnya, Mommy pun tak tahu sebab kalau ikut ingatan Mommy memang belum register lagi....
Kalau ikut Mommy ke sekolah Abang, mahu dia keraskan badan tak mahu keluar dari kawasan sekolah. Boleh pulak ajak Mommy main basketball kat sekolah Abang. Adik, Mommy ni kan perempuan Melayu terakhir, manalah boleh melenjan sampai berpeluh in public ...
Happy dapat 'cilok' beg Mars Rocker Abang yang tunggu masa nak kena lanting |
Imam Muda yang satu ni gila glamor, kuat berposing....
Salah
Mommy jugalah sebab teruja dok snap foto. Nanti kalau besar sikit anak
sibuk nak berselfie, memanglah Mommy tak boleh nak marah. My mistake ...
Adik dah pandai baca one to ten (minus six, seven tak tahu kenapa ...) dan kalau baca alif, ba, ta memang laju semacam aje tapi sampai 'kho' ajelah...pastu hancur berkecai boleh pulak sambung dengan 'Oppa-Dol' (Oppa Gangnam Style). Ni memang kes Imam Muda tak bertauliahlah, Dik. Boleh pulak main campur tibai bantai semua jadi satu ... Camna nak menang nak lawan 2 Luth tu?
Ini pulak si Abang kepada Imam Muda. Yang ni tak nak jadi Imam Muda. Ada materialistik sikit. Cita-cita nak buat game komputer supaya dapat jadi jutawan. Sekarang ni tengah kumpul botol plastik untuk dikitar semula dengan harapan dapat beli Bugatti Veyron idaman kalbu.
Apa buat gaya mamam gini, Abang? Bedak penuh tepuk bawah dagu, nak kasi runcing muka ke apa nih? |
Bila dah independent sikit (di mana Mommy tak jerit suruh berjalan 1 meter di hadapan Mommy), Bubbly Abang ingin ke US untuk melawat 'kilang buat game' katanya ...
Hari Sabtu memang liat nak bangun untuk ke Art Class kecuali kalau kena pergi Kem Solat. Subuh belum masuk waktu, Abang dah get ready nak gi sekolah!
besar nanti leh join prgm imam muda tu kan !
ReplyDeleteUh, dah ramai saingannya, Angah...Aunty kena start vote dari sekarang ler kalau nak masuk tahun 2020 nanti :)
Deleteamboi pancing undi..
DeleteHehehe... kalau nak anak menang, mestilah kena usaha lebih. Usaha eskalator kejayaan tau !
Deletejap kita nengok pic imam muda nih dulu...baru baca hehe....
ReplyDeletededua hencem imam muda ngan abangnyer bersuai sangat dah jadi imam muda versi kanak2 gitu...
lizz baru renew lesen haritu dah 2 bulan kat dah tamat lesennyer hehe....saborjerla..
lepastu menggelabah pi buat n ambo sememeh tak hingat....
samala abang uwais pun pi kem solat gak
Sebelum ni setakat bawa kereta lesen dah berbulan tamat tu, saya dah biasa. Shhh...jangan cakap ngan pak polis tepi jalan tu. Naya I tau ...
DeleteJangan tengok je gambarnya Lizz. Tolong vote juga untuk jadi Imam Muda 2020 nanti :)
anak2 kecil kita didik sebaik mungkin..doa2 biar ada agama sampai ke besar..
ReplyDeleteinsyallah..
md, kita x post lagi sb 2 org tu x email pun kita.. agaknya g holiday kot..
Betul tu, PB. Setuju sangat-sangat. Harapnya mereka hidup sentiasa ingat pada agama. Sekarang boleh diajar, kita ajarlah. Kalau dah besar panjang, takut tak makan ajar pulak. Hopefully tidaklah, harap jadi anak yang soleh dan taat pada ibubapa.
DeleteTakpa, takpa... nanti bila free boleh pos. Kita pun ambil masa sebulan lebih apa nak mengepos :)
Eh? Gelas dalam gelas.....pernah ku baca kisah itu....tp dimana ya? Hehe
ReplyDeleteHaiiiii untunglah PK dapat menantu encem macam tu .....harus letak harga mahal cik Pia ni....
Mak manalah yg tak bangga tengok anak bijak gitu.....semua perkembangan dpt hadap depan mata....Mmg imam muda sungguhlah ....Apa taknya nak mengumpan pun kena solat berjemaah baru mau ikut...jarang jumpa ni...Abg pun sama aktiviti Kem Solat laju jer perginya....Wah mmg untung mami mcm ni....
dpt anak solehah....
Cepatnya published.....standby depan blog ke apa ni hihi....
DeleteOppsss....bukan solehah.......solehhhhh...kang ada yg kena beranak anak pompuan pulak ni kehkeh....
DeleteHah, mulalah tu, mulalah tu... Saja nak ajak jiran exercise mulut -bertekak bagai :)
DeleteNapa pulak Cik Pia kena letak harga mahal? Kitalah patutnyalah letak harga kat anak lelaki utk PK -dahlah cute, imam muda pulak tu ... *sah nak kena hempuk 18kali nih*
Bila Khamis je rasa cam Jumaat. Bila Khamis je kurang kerja. So dok melanguk depan pc ler nih sambil sengih sorang-sorang!
Cerita gelas tu entahlah pagi-pagi saya dah dengar riuh rendah minta petua... Saya malas ler nak bagi petua, takut pulak orang guna pakai. Tapikan.... dah terbagi dah pun :)
Ek eleh....mcm le petua dia boleh pakai!!!...
DeleteKita lum balik rumah lagi ni, kita terus balik kampung ....so maknanya gelas tu masih kat tepi sinki lagi hehe
Amboi lamanya mak budak cuti sekolah. Buat apa lama sangat dok kampung? Papazir cuti panjang ek?
DeleteEleh, kalau petua lain tak jalan, of courselah kena ikut petua kitakan...campak baling hempaskan aje ke lantai :)
Imam pon pandai ber k pop...hheee...
ReplyDeleteHehehe... imam muda tak bertauliah ginilah... All in one... sambil zikir leh sambung lagi twinkle, twinkle little stars...ajaran sesat dah ni...nak kena bendung sebelum berleluasa!
Deletekot ada porgram imam muda junior boleh lah suruh adik masuk kak.. hehehe
ReplyDeleteberangan jerlah kan ada program gitu... sah2 popstar lagi byk org suka.. mcm kilauan emas jugak.. oppssss..
Manalah tahukan Lyn ada yang teringin nak produce rancangan kanak-kanak cam tu. Haruslah akak suruh superheroes cuba nasib. Kang disuruh baca doa, dibantainya rhymes, mahu Mommy sembunyi bawah kerusi :)
Deletecomelnya dia...
ReplyDeleteIkut Mommynya... hehehe :)
DeleteUntungnya anak2 dia rajin gi school. Ingatkan adik cute je yg rajin, skali baca kat bawah, abang nye yg bubbly tu lagi hebat kalo pegi kem solat sebelum subuh dah bangun. Malu la gajah2 yang solat subuh lambat kat bubbly abang.
ReplyDeleteTakpe, takyah lawan 2 org luth tu. Kita main sama2 je. Kalau yg ni tak pandai, yang tolong ajarkan, begitu la sebaliknya. Haa, see, betapa ilmiahnya jawapan mama Luth. hehe.
Yang termalu tu termasuklah omaknya ni, Lyd. Biasa jek lompat katil sebab tak sedar awal :)
DeleteYalah, tu...jawapan paling ilmiah dan bijak dari seorang ibu buat seorang anak bergelar ustaz. Eh, anak you ngan PB kecil lagi kalau berkawan dengan Adik, memang dialah jadi ustaz yang dua lagi tu kena jadi student :)
anak i dgn anak PB lompat kelas, sebab terlampau genius. Jadi, boleh sekelas dgn adik cute. heheh.
DeleteI tak leh imagine lah kalau 2 Luth berkomunikasi dengan Adik ni. Dahlah Adik cakap laju macam train tak sempat nak tafsir percakapannya ditambah pula 2 Luth yang baru nak kenal apa itu berbual bicara...Mahu gempar dunia mak-mak terbahak gelak sebab tak faham speaking London mereka nih!
Deletein sha Allah..dah besar jadi imam muda..
ReplyDeleteInsya Allah, harapnya termakbul doa Mommynya supaya anak-anak jadi orang yang soleh, taat dan berguna.
DeleteEncem bebeno imam muda dan abang nya nih..ce MD pakaikan baju melayu pink lagiiii encem
ReplyDeleteHahaha...superheroes saya memang dijauhkan dari baju warna pink ni, Acik. HD tak suka warna-warna yang penuh 'keperempuanan' ni katanya...
DeleteTahun ni superheroes belum beli baju raya. Tak tahu nak pilih warna apa... merah kot ...
Kisah jiran-jiran sebelah pun masuk sini ya.. prihatin ni. Doa ibu insya Allah, dikabulkan. Nati Adik jadi imam muda, barulah boleh tengok muka Mommy dia kot. Pemalu sangat Mommynya nak tepek gambar jelita dia kat blog ni. Sampai sekarang kalau saya tengok muka dua heroes ni, saya membayangkan muka MD. Yang katanya copy paste je. Alahai. Cer pakaikan budak2 ni tudung r shawl.. hihi. Lari.. eh, rasanya penah ada entry MD yang adik ke abang pakai tudung neneknya kan?
ReplyDeleteAbang , semoga tercapai hasrat nak jadi kaya k..
Hahaha...ni dah bukan prihatin lagi ni AN...dah kepohci namanya :) Sikit-sikit je nak mengusik. Rasa cam best pulak kalau menyakat jiran tetangga...
DeleteAwak tak pernah tengok macamana boleh kata jelita ni? Hah, nampak tu memang tinggi imaginasi masing-masing bila suruh menggambarkan rupa paras MD ni ya...Lagilah malu tak mahu tempek muka. Keh3x...
Kalau HD ada mahu kena marah tengok superheroes pakai shawl/tudung. Selalunya buat belakang HD jek :D
Mesti jelita tu. Kalau tak takkan mamat uzbez tu jatuh cinta dan dah jadi macam melayu tulin di bumi malaysia ni.. penangan isteri dia tu kan?
DeleteCinta itu buta ... Hahaha ....
DeleteTulah nak buat macamana..... redho ajelah dapat jiran kaki gossip haha ....
DeleteEleh, tiap pagi join sekaki bergosip berjemaah, boleh lupa pulak...
Deletemorning mommy :)
ReplyDeleteaamiin..
comey ahhh, imam muda 2020 ni.. smga terlaksana impian mommy nanti..
tak sabar nk tunggu raya tgk kedua imam muda ni bergaya dgn baju melayu.kemdian ajak pi mesjid. pasti encem..
jgn lupa tau.. tepek 2,3 keping pitcher utk hari raya nnti.. utk tatapan ciksu :)
Tq.... semoga impian saya ni boleh tercapai hendaknya. Amin ...
DeleteSejak Mommy ada blog memang masuk ajelah gambar superheroes bila ada keperluan. Dah namanya blog ni untuk mereka, kan ... :)
alahaiiiiiiiiiiiiii comel imam2 muda akak tauuuu...pipi tu mahal kak...geram, kalo depan lieya dah cubit2 pipi tu eheheheheeh... tegelak2 lieya tang bace alif ba ta tetibe masuk oppa gang nam style tu kak hahahaahah...pengaruh tv betul tu hahaahahaha...mesti rajin layan youtube oppa gangnam style ni heheheheehehe...
ReplyDeleteye ke kak, abg kalo pi kelas art liat tapi kem solat laju jek...ya Allah kak, sejuk perut ko kak.... esok2 ade yg mendoakan akak setiap hari tanpa jemu kalo2 kite dah takde dimuka bumi ni....adoiiii sejuk hati lieya bace kak...kene train dayyan jadi mcm abg la kak.....anak yg soleh gituuuu....
Jomlah Lieya, kita sama-sama lepas geram kalau terjumpa. Akak cubit pipi Dayyan, Lieya cubit pipi Adik Cute....barulah sepadan gaya mak-mak cam kita ni...
DeleteAdik tu kalau membaca mesti all in one. Lepas alif, ba, ta, one, two, three, twinkle-twinkle lepas tu tetiba jek Oppa-Dol dah sampai siap dengan gaya lagi... Dulu-dulu memang gelak aje tapi sekarang dah biasa dah tengok :)
Merajuk dia kalau tak dapat pergi tapi kalau Art Class, suka-suka hati je nak ponteng... Sekarang sembahyang memang tak tinggal...Alhamdulillah :)
comei-comei nya bakal iman muda nanti..InshaALLAH. bagusnya abang, awal dan sangat mudah untuk bangun pagi..dan solat tidak lupa.
ReplyDeleteMasa kat Smart Reader dulu memanglah dok melalak aje. Sejak masuk sekolah, dah bagus. Sentiasa nak pergi school. Saya dah wajibkan dia bersembahyang, jangan tinggal waktu. Alhamdulillah, nampak setakat ni bagus je si Abang ni.
DeleteAdik memang sejak azali dah nak jadi Imam Muda. Bawa Iqra ke hulu ke hilir, baca tetap sampai kho jek!
comelnya imam muda ni..insyaAllah satu hari nanti jadi imam sebenar..aminnn..
ReplyDeleteTips Atasi Kolesterol
Insya Allah, kalau diizinkan Allah memanglah nak Adik jadi imam muda :)
Deleteimam muda sentiasa comel dengan keletahnya..abang walaupun asyik dengan game,jiwa penuh dengan kasih syg..nak jadi jutawan pun nak berbakti utk mommy jugak kan..katanya 24jam suka shopping,anak jutawan bolehlah smbung hobi smp tua..haha
ReplyDeleteBetullah PK. Baru terfikir. Biarlah Abang nak jadi jutawan, kalau tersasar Adik kan ada, si Imam Muda.... Abang tu kena jadi jutawan sebab nak jaga Mommy katanya tapi kadangkala terfikir juga si Abang kalau tak jadi jutawan, tak leh jaga Mommy ke. Hah, startlah kememehnya datang ...
Delete