Salam Isnin semua!
Hari Isnin mood bercerita memang sangat baik. So, sebelum mood merundum, marilah sama-sama mengikuti pengembaraan sehari my family and I ke Bukit Malawati, Kuala Selangor.
I ni warganegara memanglah Malaysia, tak tipu punya tapi bab-bab tempat di Malaysia-tanahairku-tercinta ni memanglah lembap sikit. Hubbydearie lebih hebat tentang ini.
I pernah pergi ke Bukit Malawati years ago, masa zaman field trip ketika di universiti. Lepas tu tak pernah jejak kaki ke sana lagi. Maklumlah I nikan very busy with KL life gitu *__*
Sejak hari Sabtu si Bubbly Abang dok merengek nak ajak ke Zoo Negara. Tapi both superheroes bangun lewat on Saturday, makanya plan terbatal gitu aje. On Sunday morning, memang dah bersiap masing-masing nak ke Zoo Negara. Sampai aje di depan pintu masuk parking, alamak banyaknya kereta! Tentu umat manusia pun ramai juga. Makanya kita terbatalkan lagi plan tersebut. MommyDaddy tak suka crowded places ler ...
Untuk tidak menghampakan Abang, I pun berilah cadangan nak melawat Cik Monkeys sekeluarga di Bukit Malawati. Hubbydearie pulak entah mimpi apa terus aje setuju tanpa banyak tanya (Napa bila I pasang waze tetiba I seakan berada di Timbuktu pulak ni ....)
Maka, Hubbydearie dengan skill mencari jalannya yang ohsem itu telah menemui jalan ke Kuala Selangor dengan kudratnya sendiri tanpa bantuan gadget. Ish, my Hubbydearie ni memang dah jadi Malaysian more than me tau!
Sepanjang perjalanan, warga KL ni macam orang jakun je gamaknya. Macam tak pernah tengok langsung kehijauan di Kuala Lumpur. Kejap-kejap terjerit, 'Tengok tu, cantiknya pemandangan!' Memanglah terasa sangat kasihan (Bukan Bubbly Abang dan Adik Cute aje, Mommynya pun sama tahap kejakunan ...)
Maka terpacullah kata-kata hikmat dari Hubbydearie,
Tengok tu Abang, kalau Daddy tak bawa ke sini, Mommy memang tak pernah sampailah. Nama aje Mommy tu Malaysian tapi country sendiri pun dia banyakkkk tak tahu!
Sampai hati you, Dear beri I berdas-das kata-kata hikmat depan superheroes. Cover uplah sikit bila nak ngumpat ....
Bila sampai di tempat yang dituju, si Adik Cute memanglah takut tengok banyak sangat monkeys. Terus diterpanya Daddydearie, berpeluk dan tak mahu turun-turun dari dukungan. Bubbly Abang pulak nampak ok aje. Mommy pun sebenarnya geli tengok monkeys ni tapi saja kuatkan iman depan superheroes. Nanti tak pasal-pasal kena berdas-das lagi dari mereka bertiga. Dalam hati berdoa panjang agar monkeys and family yang sedang bersantai tu tak terpa I tau !
Kami sekeluarga malas nak beriadah memanjat bukit makanya kita naik trem ajelah. Harganya :
RM5 untuk dewasa
RM3 untuk kanak-kanak (3-12 tahun)
Kanak-kanak bawah 3 tahun tidak dikenakan caj
By this time, superheroes berdua dah okey dengan kehadiran monkeys di sekeliling. Kami tak beri makan pada monkeys pun sebab Mommynya penakut ya amat. Superheroes berdua pun tak mahu.
Mehlah tengok gambar mereka berdua. Gambar MommyDaddy dah kena sensored siap-siap, memanglah takda dalam blog *__*
Masjid ni memang menggamit kenangan lalu. Kan I dah kata, I've been here before. Long time ago...
So, I pernahlah bersembahyang di sini bersama kawan-kawan yang sekarang entah di mana berada. Masa tu kami sibuk mengkaji pasal monkeys dan juga ikan belanak kot... (dah tak berapa nak ingat sebab takda insan terlalu istimewa dalam trip yang sama...keh3x)
Let's the pictures berbicara ...
Eh, ni baru gambar-gambar without my superheroes. Meh tengok gelagat mereka pulak. Ni si Adik Cute bila dah get along dengan suasana meriah si monkeys bersantai,
Ini pulak gambar si Abang dengan haircut yang baru (Entah apa-apa si Gana ni potong rambut my son tau...)
Taman Ikan Air Tawar kami tak masuk pun manakala Taman Alam tu pulak macam tutup. Dari luar pun tak nampak menarik langsung, jadi kami tak masuklah. Macam takda apa-apa pun. Dari pembacaan di blog pun katanya takda apa yang menarik di dalam. So kita ikut trem, malas pulak nak turun.
Dalam perjalanan pulang, ternampak Cendol Bakar. Kita pun drive thru ajelah nak merasa kenikmatan Cendol Bakar yang diheboh-hebohkan ni. First time I dengar pasal Cendol Bakar puaslah otak I yang geliga ni dok fikir macamana cendol tu dibakar. Rupanya itu nama tuan empunya cendol jek...
Dalam perjalanan pulang, ternampak Cendol Bakar. Kita pun drive thru ajelah nak merasa kenikmatan Cendol Bakar yang diheboh-hebohkan ni. First time I dengar pasal Cendol Bakar puaslah otak I yang geliga ni dok fikir macamana cendol tu dibakar. Rupanya itu nama tuan empunya cendol jek...
Kami cuba cendol VIP berharga RM2 dan cendol durian berharga RM3. Gambar takda sebab Mommy sibuk bersilat dengan superheroes di dalam kereta. Cuma gambar pondok ni je sempat snap tanda pernah ke sana *__*
As for me, rasanya quite manis dan takdalah havoc mana pun. Janji dah cuba, dah tahu rasa so oklah...
Kita bergerak balik ke Kuala Lumpur dengan hati gembira dapat menghirup udara tenang di atas Bukit Melawati walau dikelilingi si monyets sekeluarga.
Cuma yang tak best of courselah sebab kena bayar tol tiga kali satu perjalanan - Tol Taman Rimba Templer, Tol Kuang dan Tol Ijok. Setiap satunya RM2 so untuk perjalanan pergi balik kenalah bayar tol RM12 jumlahnya.
Sampai di rumah, Mommy memulakan aktiviti mengembara mengemas dan memasak untuk dinner pulak. Next week tak tahu apa plan. Ad hoc plan better kot ...
Acik mula sampai dikuala selangor ni tahun 1980..MD pun tak lahir lagi kan..
ReplyDeletedulu petang2 ngan kawan serumah jalan kaki je naik atas tu..dulu mula2 pi jgak la tengok.macam2 tinggalan sejarah..lepas tu..saja jalan2 je..ibarat jogging..tapi kalan perlahan je..atas bukit mana larat nak lari kan MD
Sesekali orang KL dapat gi sana Acik rasa macam best pulak. Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Manalah ada kat KL nikan, Acik :) Ada tu ada gak tapi angin sepoi-sepoi berabuk gitu ...
DeleteSempatlah tengok meriam, tengok monyet, tengok tinggalan sejarah, makam ke apa tu... tapi nak gak naik trem sebab masa sampai cuaca tengah berdeting panas. Terbako lak kulit ni kang...hehehe....
rasa baru je jejak taman malawati masa p kuala selangor. MD, p tengok kelip2 sekali tak? hihi...
ReplyDeletekuala selangor memang banyak tempat makan yg kena dengan tekak saya. tapi nak sampai lagi entah bila..
jumpa monkey buat anak2 sudah jadi satu kegembiraan buat mereka. samalah dengan 2 Abdul. ikut mereka, jangan ikut kita..ikut kita,
Kelip-kelip siang tidur kan...Hahaha.... Part kelip-kelip ni pun satu hal, saya tak pernah lagi dapat pergi. Eh, tipu lagi! Dah pernah sampai masa field trip dulu tapi ngan suami dan anak-anak belumlah. Nak gak pi Pasir Penambang (ya ke betul ni...) dan makan-makan di Kuala Selangor tapi tak sempat. Setakat Cendol Bakar jelah yang nyempat. Karipap monster tu pun tak sempat nak beli. Huhuhu...
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKak!! akk ade hantar hadiah eah? tq so much kak...baru arini dpt sbb baru masuk office arinih...
tqqqq sangat ea kak :)
regards,
Triplesmiley
kita g ambil pos laju hr jumaat terus pkai esoknya x basuh pun ambil bau fresh2..ha.ha
DeleteWa'alaikum salam,
DeleteBetullah tu dari akak kalau ada tulis MD kat slip tu.... Tak tahulah Sofia suka apa, itu yang akak main beli je, main masuk kotak, main hantar. Part hantar tu yang termahal experiencenya. Kah3x...
PB, kita nya gigilnya nak menghantar (sebab tak berapa reti nak berposlaju ni) sampaikan nota cinta untuk awak tertinggal tau! Penat kita mengarang 4H3M tetiba leh nota kat luar, barang dah seal kat dalam sampul. Nak nangis jek rasanya (hehehe...tipu, tipu je lebih dia nih...)
DeleteAkak pergi Taman Malawati ni masa cuti sekolah bulan Mac tu ari.. kebetulan pergi kenduri kahwin di Sekinchan pastu terus singgah sini.. anak2 akak berani pulak bermain dengan simonkeys tu bersama en suami.. akak tukang ambil gambar jer :)
ReplyDeleteAnak-anak datang dekat sikit, dekat sikit je...bila monkeys datang lagi dekat, Mommynya yang lari dulu. Hahaha....
DeleteTak bagi makan pun, HD pulak bukan main sedap dok lepak kat batu mengenang zaman bercinta kot :)
tak sempatlah nk jumpa panda.
ReplyDeletenk g jugk zoo. tak tahu bila. skrg ni ramai kot org tgok pnda.
btwn x pernh g jugk tmn melawati.. kalau jumpa pokok2, monyet2 dah mcm belkg rumh laki kita plk..ha..ha..
My colleague kata panda ni dah dapat MM2H ya... wakakah...tak sangka Panda Cina ni nak gak dok 10 tahun kat Malaysia. Yalah mana tahu dapat PR pulak lepas nih....
DeleteKita nak gi zoo tapi sampai zoo aje dah panas berdeting. Kita tak tahan berjemur-jemur dengan hidupan liar ni. Kita alergik sikit (jangan nak muntah, I nampak ler dari sini you ngejek I tau...)
Itulah kesian orang KL ni apatah lagi orang BP. Kita memang tak pernah nampak haiwan liar mahupun jinak di sekeliling rumah. Kita takut kalau anak-anak nampak itik disangkakannya dinosaur pulak. Dahlah si kecil tu semua pun dulu main panggil 'dog' je termasuklah ayam dan kucing tau!
tak pernah sampai ke Bukit Melawati ni,,, ingat nak kena pegi jugak la sekali ke sana
ReplyDeleteMJ tak mainlah cuti-cuti Malaysia ni. Cuti-cuti antarabangsalah yek..Keh3x....
DeleteSaya yang katanya Malaysian ni pun jakun tau bila nampak ada tempat nama Ijok kat Selangor. Eh, bukan ke Ijok tu di Pantai Timur? Ke saya yang gagal Geografi ni!!!
Sebelum tu nak puji.... ehhh...Come apa Gana tu potong rambut adik.... apa yg tak senonohnya....
ReplyDeleteOhhhh nak gi jugak berjalan hehe.... Bukit Melawati tu ingatnya kat kawasan Melawati aje, awatnya sampai ke Ijok bagai mcm peliklah pulak!...
Rasanya kalau pergi zoo mesti lagi bestkan MD... macam macam boleh depa tengok macam jirapah...hehe...Lain kali pergilah awal awal....ini sampai pukul 10 kat zoo mmg le dah ramai!
TLBD ngan apaknya sebok nak gi zoo jugak nak tengok Panda katanya Sure tiket dah mahal ek sekarang ni....
Mama rajin tu namanya kalau balik berjalan pun masih mampu nak masak lagi...
Bukan Adik ler OKje, si Abang yang rambutnya kena cantas dek Gana Si Tukang Gunting tu...Ada ke leh pulak buat rambut panjang belah depan, taram kiri kanan belakang cam gitu. Ni HD punya pasal ler tu....
DeleteKalau kat Melawati, tak payahlah saya susah payah. Dulu pun dok kat area tu gak. Tak kuasa nak gi makan angin kat situ :)
Nanti kalau pergi zoo, saya nak introduce jilapah kat superheroes dengan kata-kata 'Hah, nilah neighbour sebelah rumah kita. Namanya Aunty (auntylah ye, makcik tak best) Jilapah, leh panggil Aunty Jilap jek!'
Tiket zoo RM30 dewasa with mykad, RM10 kanak-kanak. My HD kena RM50 sebab ketiadaan mykad. Kah3x....
Laaaaa abg ke.....mcm baca lompat katak jer haha....
Deletehish...takkan nak panggik mokcik haruslah aunty....lagi elok panggil nama jer hehe...nmpak mcm sebaya ngan adik hikhik....(melampau nampaknya tahap ketakwarasannya hehe....)
Pergh....RM30 henggit ke ...maheinya...lepas makan kedai tomyam anak beranak tu dgn syarat jangan order ikan siakap 3 rasa hehe
Panggil nama dicop tak sopan pulok nanti. Panggil nicknamelah lagi baik. Alah, Papazir yang keluar duitkan, apa OKje nak takut sangat. RM30 tu sorang OKje, kalau tiga, empat beranak macam OKje ni mahunya dekat RM100 ler. Lebih baik gi sewa hotel budget, ya tak? Dapat honeymoon lagi gitu :)
DeleteSebenarnya ramai yg sama macam MD even duduk M'sian tapi banyak tempat yg tidak diketahui berbanding dgn foreigners lagi banyak tahu lokasi cantik dan tempat pelancungan..
ReplyDeleteSenyuman anak-anak pun kakak dah dpt tangkap gembiranya mereka:)
HD memanglah arif bab jalan di Malaysia. Katanya kalau saya hantar ke Johor ke, ke Perlis ke, dia dapat balik KL dengan jayanya tapi kalau sayalah yang dihantar, memang tak jumpa jalan pulang ler... Saya BP tu pun boleh sesat, kak! Kesian sangat rasanya kat diri ini :(
Deleteseronoknya mengembara sampai ker bukit melawati...
ReplyDeletezaman dulu2 ada gak sampainya... skrg ni langsung dah tak jejak dah..
padahal duk selangor jer tuh...
nnti2 lah klu ada masa...
tapi musim panas sgt skrg ni... malas nak kuar.. migrain menyerang nnti.. hahaha
Itulah kesnya, Lyn. Akak pun berzaman dulu pernah sampai sini. Lepas kahwin memang takdalah kalau HD tak bawa. Akak ni teringin nak gi Lumut ler pulak ....nak ajak HD travel ke utara pulak .... Budak-budak nak gi Legoland sesaja!
Deletesaya...pun warga Malaysia..
ReplyDeletesaya....tak pernah sampai ke Bkt Melawati ni!!!
cendol bakar tu pun, saya asyik la baca kat blog aja..tak pernah try pun
:P
Hahaha.... kita orang Johorlah senang cerita DZ. Warga Malaysia tu macam besar pulak maksudnya dah negara sendiri pun tak lepas...Eh, DZ bukan warga Ostolia ke?
Deletepnh sampai sini zaman kecik dulu.. tp betul2 dah lupa mcmana,,
ReplyDeleteke y dekat taman burung tu ..??
Tak nampak pulak burung di sini Lya. Monyet je merata. Ni dekat area kelip-kelip kat Kampung Kuantan tu.
Deletewah. keluarga bahagia :)
ReplyDeleteBila dapat berjalan, bahagia sesaja :)
Deletedah byk kalu lalu bil gi bagan dato' tapi tak pernah singgah ... kat seri kembangan ada mini zoo . namanya Farm In The City . cuba google . my kakak kata kat bandar putra permai / taman equine ... pergi zoo time cuti sekolah ni memang jemlah . ramai org nak tgk panda ...
ReplyDeleteNak juga pergi Farm in the City tu, Vee tapi belum tertunai lagi hasrat di hati walaupun tak jauh mana dari rumah. Nantilah bila kelapangan boleh gak bawa mereka berdua. Time cuti sekolah ni kat mana-mana pun penuh kan. Itu yang tak tahan nih.
Deletenak juga jengah ke situ tapi blom berkesempatan.
ReplyDeletenext time la.
dh try cendol bakar ye, saya blom lagi.
kalau cendol durian borhan dah.sedap.
pergi kuala selangor ikut LATAR mmg xtahan dgn tolnya kan..
skali skala okje :)
Barulah tahu Ciksu itu high way LATAR ya. High way baru ke tu? Saya tengok takda exit pun tapi sampai kena tiga tol..lebih terus pergi Ipoh :)
DeleteCendol Borhan ni first time pulak dengar. Saya tak pernah makan di Kuala Selangor tapi hari tu pergi nampak macam banyak je tempat makan nak diexplore!
Hahaha... lawak je ayat HD pasal tempat kat Malaysia. I gelak golek2.
ReplyDeleteBiasanya tgk gmbr anak2 u indoor je, bila gmbr outdoor ni nampak lain. Cantik. Cendol bakar tu maknanya tak menepati piawaian u la kan? Heheh. I belum penah try. Belum terbuka pintu hati nk mencuba.
Apa yang cantik? Anak-anak I ke atau backgroundnya? Eh, bukan ke memang my superheroes cute mute cam Mommy? *rasa macam nak kena lempang 18kali jek*
DeleteI bab jalan ni memang gagal dengan bergaya. Senang cerita banyaklah yang I gagal daripada berjaya. You all jek tak tahu sebab I tak cerita. Keh3x.
Cendol bakar tu tak berapa best di tekak I rasanya. Too sweet. Too everythinglah... Tapi sebab nak cuba dek kerana dengar kata orang, so cubalah jugak. Nak mengulang, mungkin tidaklah. Banyak cendol sedap kat KL ni. Kat Shah Alam yang tepi bus stop tu pun best gak.
Tak yah cuba Lyd. Buang duit je nak rasa cendol bayar tol RM12 pergi balik tau :)
bukit malawati? huh, serik dah nak naik walau pun agak kerap lalu kuala selangor ni (nak menuju sungai besar). sebab masa kali kedua kunjungan dulu ada adegan sepak terajang antara aku dengan sekor monyet tu. kurang ajar sangat.
ReplyDeleteberbeza masa kali pertama naik dulu, lebih bersopan. mungkin sebab monyet2 ni dah terlalu jinak (ada jual sayur untuk diberi kepada monyet2 kat sini) sampai jadi agak merbahaya kalau kita tak berhati2.
pasal trem pulak, memang ada sikit bengang dengan driver tu. tau nak laju je. main corner baring. sekali dah menjunam dalam gaung, tak pasal2 masuk muka depan metro.
cendol bakar? hmm, kureng berkenan sebab jadi penyebab kesesakan dari simpang 3 asam jawa sampai bukit rotan (dua2 arah). rasa pun biasa2 je. power lagi cendol mamak bawah pokok.
hehehee...
Hahaha... Monyet tu tak habis belajar, cikgu dah mati. Itulah pasal kurang ajar sikit. Masa kita naik tu, monyet-monyet tu behave sikit punya baik. Bersantai tak ingat dunia, tak tahu malu pun ya juga!
DeleteOh, bab trem tu saya pun gayat! Lupa lak nak citer. Memang driver India tu corner baring tak ingat dunia. Dah sipi-sipi je nampak lurah dendam kat bawah tu...Ish, mengucap panjang. Gigil mak datin tau!
Nak buat drive thru tapi tak teratur lagi. Rasanya tu bolehlah tapi takdalah bersusah payah nak gi lagi. Melambak cendol sedap kat KL.
Errr...cendol mamak bawah pokok mana pulak nih?
Ha.. dia dh sampai ke Bukit Malawati. Kami hari tu lalu je. Pertama saya risau sebab orang kata tempat tu keras dan kedua sebab bimbang peminat cerita kancil da monyet ni jadi hyper kalau jumpa kawan dia. Hhaha.
ReplyDeleteTapi nampak menarik tu. Bagi anak anak merasa persekitaran alam sekitar. Kena usahakan lain kali.
Geram juga dgn kesesakan sekitar kawasan cendol tu. Alahai, letih nak menerangkan kepada Naim bila jalan tiba2 jadi macam tu.
Tunggula dulu nkng zoo.katanya lepas sebulan baru boleh tengok panda. Nati baru pergi ya..hebatnya HD, memang dah sesuai kawin dengan warga Malaysia yang ni. Hihi.. lari...
Adik ni sensitif juga tapi tengok ok aje. Tak pastilah AN keras ke tidak tempat tu. Tapi kalau siang hari, ok kot. Janganlah pergi lewat petang. Saya teringin pulak nak ke Janda Baik tempat AN bercamping dengan jiran tetangga tu. Naklah main splash-splash water yang tulen bukan swimming pool nyer :)
Deleteklu MD [pun tak biasa dengan bukit melawati,sy laglah tak pernah smp kesana..tempat sendiri pun tak habis pusing kan..lumrahlah..klu berjalan tu yg nmpknya tempat jauh,yg dekat2 kadang2 tak pernah smp pun lg..
ReplyDeleteklu bawak afia kesini mesti dia suka..peminat Animals katakan
Mesti Afia peluk cium member ni. Sikit punya banyak kat sini. Dari datuk, nenek, makpak, anak, cucu semua pun ada berkumpul santai. Saya ni penakut sikit ....
DeleteYalah, kalau tanya tentang BP saya pun banyak tempat tak tahu. Minyak Beku di BP tu pun baru kali kedua pergi last year :) Bayangkan ajelah...