Salam sayang semua !
Dah mula rasa malas bekerja ke? Maklumlah hari ni dah Khamis, esok dah Jumaat. Lusa dan tulat dah boleh berhujung minggu. Mahulah terasa malas je nak buat kerja pejabat. Eh, I sorang je yang feeling-feeling malas, orang lain tidak? Nampak sangatlah I yang paling malas dalam dunia ni, ek !
Rasa simpati yang menebal pula pada diri sendiri ...
Alkisah, baru-baru ni Bubbly Abang 'terkena' lagi dengan Mommynya yang suka menyakat ni. Eh, seronok tau I menyakat superheroes ni ! Suka tengok muka comel mereka bila tengah tension kena sakat dengan orang yang paling dipercayai dalam dunia ni a.k.a. beloved Mommy *__*
Abang ni ada habit luarbiasa - suka gigit kuku. Puas dinasihatkan, langsung tak peduli. Lepas tu dengan hairannya I tak tahu ke mana pergi kuku-kukunya. Kot ditelan masuk mulut sampai ke perut tak tahulah. Kuku Abang sentiasa pendek. Belum pernah ya I tolong potong kuku jari tangannya. Kalau si Adik yalah, seminggu sekali.
So, beberapa hari lepas Abang mengadu tepi ibu jari tangan kanannya sakit. Abang ni asal sakit jari je semua nak tampal plaster, tak kiralah apa masalahnya. Kalau tangan lebam terlanggar bucu pun nak diplasterkannya.
So, I pun belek-beleklah kuku tangannya....
Alahhhhh.... Abang tak nak ! (Dah mula dah bergenang air mata, mencemik muka...)
(Sobsobsob makin kuat dah ni ...)
Makin kuat, makin bingit satu rumah dengan tangisan Abang... Si protective ever Adik apalagi, terus berhenti main dan berlari ke arah Mommy dan Abang. Terus Mommy kena 'belasah' sebab membuatkan abang kesayangannya menangis. Berlepuk-lepuk tangan Mommy kena dera dek anak sendiri tau ! (Hihihi...padan muka Mommy !)
Adik terus pujuk Abang,
Bila Abang tetap nangis, apalagi Adik pun join the orchestra - mendayu-dayu dua beradik berpeluk-peluk (dah macam kisah sedih dalam cerekarama pulak ...)
Agak-agak dah cukup menyakat, Mommy pun pujuklah Abang ....
Melambak-lambak air mata membanjiri pipi gebu (Ish, rasa nak cubit je pipi gebu si Abang ni...) Adik pun bukan main, memang pelakon drama air matalah cam ni ! Rasa cam nak gomol-gomol je my superheroes berdua nih ! Comel gila.. (oppss, maaf terpuji anak sendiri !) Bila dah dipujuk teruslah Abang nak duduk atas riba Mommy (OMG, OMG! Kecutlah lemak kat paha Mommy kena hempap dek Abang nanti ! )
Dah nama anak, Mommy bagi aje Abang nak bermanja duduk atas riba walaupun Mommy kena menahan keberatan Abang yang ohsem nih...
Bila Adik nampak, Adik pun 2 x 5 nak duduk kat riba yang satu lagi... Aduh, parahlah kedua belah paha Mommy cam ni ...
Mommy selalu tau macam nih.... (terus hug, hug sayang Mommy tak mahu lepas ...)
Kesian Abang selalu jadi mangsa bahan sakat Mommy. Nak sakat Daddy of courselah tak boleh *__* Adik pulak tak makan samanlah. Adik tak hairan pun Mommy cakap apa....
Standard je jawapan Adik .... Siap dengan buat muka macam panda comel jek, sambil terkelip-kelip mata dan terjuih-juih mulut !
Aduh, macamana nak menyakat kalau cam ni gayanya si Adik ni....
Huhuhu...padanlah muka Mommy. Barulah bertemu buku dengan ruas. Fair and square *__*

Hah, Abang tengok ni hujung jari Abang macam bengkak je...Kalau macam ni orang tua kata, dah macam cagu dah ni...
Apa sakit tu, Mommy? Tampal plaster tak boleh ke ?
Eh, kalau cagu tak boleh tampal plaster, Abang ! Kena pergi jumpa doktor ni...
Doktor nak buat apa?
Doktor kena potong bahagian yang bengkak cam cagu tu, kasi trim sikit kulit atas kuku Abang ni... tapi nanti tangan Abang cacat sikitlah...pendek-pendek je lepas doktor potong semua kulit yang ada masalah tu !
Alahhhhh.... Abang tak nak ! (Dah mula dah bergenang air mata, mencemik muka...)
Habis tu, kenapa tak dengar nasihat Mommy? Mommy dah kata jangan gigit kuku pastu telan masuk perut. Ni baru bahagian kulit kat jari nak kena trim. Yang kuku masuk perut tu, lama-lama berkumpul kena operate pulak tau nak keluarkan !
Alahhh... Mommy ! Abang takut ! Takda cara lain ke nak selamatkan jari Abang ?
(Sobsobsob makin kuat dah ni ...)
Lain kali dengar nasihat Mommy. Tuhan marah kalau tak dengar nasihat emak tau ! Ni lah akibatnya tak dengar cakap Mommy ....
Abang tak nak potong kulit kat hujung kuku tu, Mommy. Abang takut ....
Nak takut apa... dah pandai buat kenalah berani tanggung akibat. Takpa, nanti Mommy temankanlah masa doktor tu potong kulit .... tak sakit mana ....
Makin kuat, makin bingit satu rumah dengan tangisan Abang... Si protective ever Adik apalagi, terus berhenti main dan berlari ke arah Mommy dan Abang. Terus Mommy kena 'belasah' sebab membuatkan abang kesayangannya menangis. Berlepuk-lepuk tangan Mommy kena dera dek anak sendiri tau ! (Hihihi...padan muka Mommy !)
Adik terus pujuk Abang,
Abang, Abang ! Angan angis eh....
Bila Abang tetap nangis, apalagi Adik pun join the orchestra - mendayu-dayu dua beradik berpeluk-peluk (dah macam kisah sedih dalam cerekarama pulak ...)
Agak-agak dah cukup menyakat, Mommy pun pujuklah Abang ....
Dah, dah, dah... jangan nangis. Mana ada boy nangis cam gegirl ? Abang tak malu eh, nangis-nangis ? Cengenglah Abang nih....
Melambak-lambak air mata membanjiri pipi gebu (Ish, rasa nak cubit je pipi gebu si Abang ni...) Adik pun bukan main, memang pelakon drama air matalah cam ni ! Rasa cam nak gomol-gomol je my superheroes berdua nih ! Comel gila.. (oppss, maaf terpuji anak sendiri !) Bila dah dipujuk teruslah Abang nak duduk atas riba Mommy (OMG, OMG! Kecutlah lemak kat paha Mommy kena hempap dek Abang nanti ! )
Dah nama anak, Mommy bagi aje Abang nak bermanja duduk atas riba walaupun Mommy kena menahan keberatan Abang yang ohsem nih...
Bila Adik nampak, Adik pun 2 x 5 nak duduk kat riba yang satu lagi... Aduh, parahlah kedua belah paha Mommy cam ni ...
Mommy, Mommy.... Mommy just teasing je kan tadi?
Agak-agak Abang ?
Mommy selalu tau macam nih.... (terus hug, hug sayang Mommy tak mahu lepas ...)
Kesian Abang selalu jadi mangsa bahan sakat Mommy. Nak sakat Daddy of courselah tak boleh *__* Adik pulak tak makan samanlah. Adik tak hairan pun Mommy cakap apa....
Adik, turun dari situ !
Tak mahuuuuuu !
Adik, pergi tidur !
Tak mahuuuu ! !
Adik, kemas mainan semua !
Tak mahuuuu !!!
Standard je jawapan Adik .... Siap dengan buat muka macam panda comel jek, sambil terkelip-kelip mata dan terjuih-juih mulut !
Adik, Mommy beat beat nak tak?
Mommy, beat beat nak? Nak ?
Adik jangan main air !
Mommy, Adik nak main air ! ! !
Adik, quietlah !
Mommy, QUIET !
Aduh, macamana nak menyakat kalau cam ni gayanya si Adik ni....
Huhuhu...padanlah muka Mommy. Barulah bertemu buku dengan ruas. Fair and square *__*
syg beno ngan abangnye..hehehe
ReplyDeleteOhhh... adik yang sangat protective! Janganlah cuba sakat Abangnya. Tak kiralah Mommy ke Daddy, memang kena hempuk punya !
DeleteSama weyh ngan kita zaman kerje...hari hari 'M' tapi tiba hari Jumaat jer jadi 'R' keh keh keh...
ReplyDeleteSian abang selalu kena sakat ngan mak dia ....ni mesti sebab track record mama pun pernah kena sakat ngan adik beradik dia ni hehe...
Tak berani pulak nak menyakat HD...hehe...
Jap lagi adik dah berakal macam abang dia, kena siap sedialah adik sure kena sakat ngan mama ....bestlah masa tu yek tabah bahan sakatan...
Budak budak mmg suka gigit kukulah sama jer mcm TLBD...dulu dia pun suka jugak lama lama hilang pulak habbit tu.... tapi plaster tu sampai sekarang.... nasib dah lama tak beli plaster kalau tidak gigit nyamuk pun tampal plaster
Hah, tulahkan OKje... hari-hari M tapi sebab makan gaji, kenalah juga buat kerja. Dah tanggungjawab dipikul atas bahukan.... Saya kalau tiba Rabu je terus ingat esok Jumaat. Tiba Khamis je, terus malas meronta-ronta nak masuk dalam badan tau ! Hari Jumaat memang tak yah ceritalah macamana meroyannya tak nak kerja :)
DeleteSekarang pun akal Adik dah panjang. Asyik suruh Mommy duduk dan dengar cakap dia ... Abang cam biasalah - sayang Mommy, buatlah apa sahaja tetap sayang kat Mommy busyuk-busyuk :)
Geram tengok Abang gigit kuku. Honestly saya tak pernah ketipkan kuku jari tangannya. Selalu kuku jari kaki je. Itu tak leh gigitlah sebab jauh ke bawahkan...Kalau dapat gigit ibu jari kaki, dah lain ceritanya :)
Sawan plasterlah dia orang ni agaknya ....
eh... macam anak-anak kakaklah suka gigit kuku. Anak kakak semuanya suka gigit kuku sampai besar MD. Risau. Sampai kakak menggoogle katanya anak yg suka gigit kuku kurang kasih sayang. Tapi hakikatnya macam tak betul. Sekarang anak kakak yg no. 2 dan bongsu masih lagi tau. Risau. Yg sulung dah baik tak sedar bila berhenti. Siap kalau nampak kakak tepis tapi dia sengih dan berhenti.. bila lupa buat lagi..
ReplyDeleteKesian abang ye... mummy ni dengki. Nasib baik ada adik jadi pembela:)
Kak, apa agaknya yang best gigit kuku ni? Aduh, banyak kali saya tegur, Abang buat tak tahu. Sedap je menggigit kuku dari tangan gebu tu. Saya memang suka je menyakat. Abang ni percaya kat Mommy walaupun dalam hati dah terdetik dah Mommy ni auta je kerjanya :)
DeletePerangai sama mcm my niece suka sgt gigit kuku. sampai kitorang gertak dia, klu gigit lagi mau kena potong jari tuh. baru dia takut. Tu pun kekadang nampak gak dia buat, terlupa katanya. klu tak di tegur nnti jadi habit..
ReplyDeleteAlahaiii touching sungguh adik nyer bila abg nangis. tu baru 2 org kak.. klu ramai mau bergegar rumah hahahaha
Adik memang sayang Abang lebih daripada Mommy. Kalau marahkan Abang dan Abang nangis, memang Adik datang sesegera mungkin nak pukul Mommy lepas tu nangis berjemaah sambil memujuk Abang suruh berhenti nangis :)
DeleteSabo je ka ye abang..lama2 nanti abang pun dah tak heran dengan cerita mami..tau dah dia hi hi
ReplyDeleteSementara Abang heran sangat dengan auta Mommy, boleh jek sakat lagi, Acik :)
DeleteNanti dah besar tinggal kenangan je. Takkan nak menyakat anak lelaki lagi bila dah besar. Takdanya mereka nak percaya dah :)
Saya tak boleh malas hari Khamis sebab kena jumpa penyelia hari Jumaat… Dua hari ni aje lah kalau produktif pun… Awal minggu, sampai ke hari selasa duk layan blues… huhuhu, teruk betul perangai… dari muda sampai ke tua, asyik keje last minit…. entah bila la nak berubah perangai buruk yg satu ni… haih!
ReplyDeleteKesian abang kena sakat dgn mommy… Nasib baik ada si adik sbg penyelamat… sempat la juga berdrama satu dua bab…. saya pun boleh bayang kecomelan mereka berdua…
Irfan dulu suka gigit kuku jugak, tapi ibu jari lah… Tak silap masa umur dia 5 tahun, ibu jari dia kena infection… Dr kata sbb tabiat dia tu lah… Kuku tak dapat diselamatkan, jadi terus tercabut semua sekali… Saya pun sakat dia jugak, "Lepas ni, gigit la kuku2 lain pulak… biar semua jari tak de kuku." Hihihi, lepas tu mmg dia dah tak gigit kuku sendiri.. kalau dia tgk adik2 gigit kuku, dia yg tolong brain wash adik2 pulak… siap tunjuk kuku ibu jari dia dah tak cantik lepas naik yg baru...
Hahaha...adat orang belajar tak boleh malas-malas :) Tapi patutnya orang bekerja makan gaji yang kena rajin. Dahlah dibayar gaji setiap bulan, takkan nak culas. Makan gaji buta tu namanya ... Eh, tapi takpalah bukan selalu pun :)
DeleteOh, ya ke sampai kena jangkitan? Ni kena sakat Abang lagi ni kalau dia masih berani buat. Nak tipu google gambar jari kena infection. Lepas tu cakaplah tu hasil akibat suka gigit kuku. Hehehe.... berdrama air matalah nanti di rumah dua beradik nih saling berpelukan !
laa..anak saya yg kecil tapi besar tu pun ada tabiat yg sama. kadang2 dia menyorok takut saya nampak. bila baca statement nurbijen, risau juga..
ReplyDeleteMD ni mcm encik suami saya. suka menyakat sampai anak menangis. saya ingat mungkin dia dn adik2 nya jauh usia jadi tak berpeluang nak sakat adik. bila pikir2 iya tak iya juga..MD anak bongsu, tak de peluang juga nak usik adik..hahaha
Eh, ya ke anak bongsu sukat menyakat? Tapikan saya ni dari dulu suka sakat orang especially anak-anak saudara. Dah jarak umur kakak-kakak (mak mereka) dan saya jauh berbeza, memang saya dengan anak saudara macam satu generasi pulak walaupun sebenarn jauh lebih tua :)
DeleteSeronok sakat Abang....dia ni cengeng sikit. Kalau saya usik memang menangis mendayu-dayu kerjanya. Kesian tapi lepas tu peluk-peluk, sayang-sayang, hilang terus sedihnya langsung nak bermanja dengan Mommy :)
tak boleh bermalasan pun..ingatkan dua hari nak rehat tapi kena pergi kursus pula..dahlah minggu ni pun kerja kat luar..kesian pula kat anak-anak kena tinggal memanjang.. macam anak buah ema, pun sama suka gigit kuku..sampai rapat-rapatlah kuku habis dia gigit...maknya, asyik marah tapi tetap buat benda yang sama.
ReplyDeleteOh, padanlah tak nampak lama juga :)
DeleteItulah kisahnya si Abang ni. Tak peduli kata-kata beramaran Mommy. Apa lagi memang kena teaselah nampak gayanya. Itu je cara nak takutkan si Abang ...
Hai.. saya pun ikutkan memang tak abis lagi rasa malas. Tengok jam rasa bengang je sebab nak kena masuk kelas. Kerja2 yg ada buat2 tak nampak.
ReplyDeleteMommy dia ni suka menyakat Abang ya. Kelakar juga kan .. bagi abang takut sikit. Habit ni saya perhatikan budak sekolah menengah pun buat lagi tau. Gigit kuku ni.
Kat rumah ni pun sama, si kecil dah pandai nak protect abang dia. Kalau Naim kena marah, kita pulak dibantainya. Sayang sangat abang dia.
Tak tahu apa yang best sangat gigit kuku nikan ... Geram juga tapi oklah dah kata-kata beramaran Mommy tak jalan, kita main psiko-psiko macam selalu :)
DeleteHari ni lagilah rasa macam malas AN. Rasa cam nak angkat beg terus balik rumah je. Malas oh malas sangat nih !
Rasanya anak no.2 lebih protective kot, dan lebih lasak gak....Nazif tu pun lasak tak bila di rumah?
Assalamualaikum...
ReplyDeleteHahaha si abang kena redha jadi 'punching bag' hehehe si mummy terpaksa dengki abang sebab dgn adik tak 'lut' hahahaha
regards,
Triplesmiley
Wa'alaikum salam ...
DeleteNasib baik ada dua anak dengan dua karektor berbeza. Oklah buat Mommy. Dengan Abang begini gayanya, dengan Adik begini pulak caranya. Seronok tengok Abang bila kena tease. Cengeng ! Tapi bila Mommy pujuk, mulalah macam baby-baby nak bermanja. Nak hug Mommy, nak kiss cheek, nak manja-manja dok atas riba :)
hehe panjang betull entry Mummy dengan mood malas menulis...konon je lah yek hehe :)
ReplyDeleteHahaha...dah tulis tak leh gostan :) Memangnya malas nak menulis tapi entahlah, ada-ada je nak ditulis walaupun katanya malas :)
Deletekali ni abg pakai baju kaler kuning . selalunya merah memanjang . sungguh menyakat sampai berkumandang satu rumah tu . next klu MD yg kena sakat , jgn cepuk abang ya ... heh heh . tapi bagus lah adik . dia care apa yag berlaku pd abangnya . sampai mommynya pun dia cepuk ... hamik kau ... hahahaaa
ReplyDeleteHahaha...salah omaknya juga. Kalau beli baju je warna merah. Ambil baju je, warna merah. Budak berdua ni pun memilih sendiri baju apa nak dipakai. Itu yang nampak macam tak bertukar baju je...Dah itu jadi kesukaan. Kalau si Adik, apa yang dia tak suka, mulalah merengek kalau kita paksa. So end up pakailah apa yang suka ....
DeleteAbang percaya Mommy 100% itu yang asyik je kena sakat. Jahatkan Mommy ni *__*
tak dpt bygkan saat abg nangis sambil dipujuk adik.mesti sweet kan.dgn mommynya yg buat muka x bersalahtu.hihihi.
ReplyDeletedh jdi habit la pulak ye. mmm, so, skrg msih lg gigit kuku ke.. selepas disakat oleh mommynya?
Dah kurang dah.... cuma kadang-kala automatik tangan masuk dalam mulut. So, saya ingatkanlah kisah 'auta' saya tu. Terus keluarkan balik walaupun tahu itu cerita auta semata. Hehehe ...
DeleteAdik memang sayang Abang ketat-ketat. Kalau dengar Abang nangis atau Mommy marah Abang, datanglah superhero kecik tu menyelamatkan dunia Abangnya !
memang anak2 sekarang suka gigit kuku ke apa ye..aiman pun ada masalah yg sama..bertahun tak pernah servis kuku.dia gigit sendiri je..cuma sejak dua menjak ni je sy perasan dia cari kepit kuku utk kuku kaki..tangan masih lagi servis guna gigi..sebelum ni kaki tangan dia gigit je..kuku dia sama macam abng,mmg tak pernah panjang..
ReplyDeleteamboi over protective sungguh adik ni ye..sifat yg bagus utk seorang menantu.hakhak..
Abang gigit kuku jari tangan jek...Jari kaki tak sampai nak digigitnya :) Kira Aiman lagi terrorlah sampai ke kaki leh gigit nih !
DeleteLepas kena sakat kurang dah aktiviti menggigit. Ada gak nampak sesekali terus saya kata kalau nak kena trim tangan tu, beranilah buat. Terus tak gigit lagi dah walaupun tahu Mommy auta jek lebih :)
Monmy kalau dgn adik terus kalah ek? Haha... Comel je adik. Keaian abang selalu kena sakat dgn mommy. Apa la mommy ni.
ReplyDeleteHehehe...best apa sakat menyakat anak-anak ni. Adik tu tak jalanlah kena psiko. Dia lagi teruk mengpsiko kita. Mahu BP naik :)
DeleteAbang as usuallah, manja ngan Mommy. Selalu jek kena jadi bahan sakat. Hehehe!
mommy memang tau.. budak yang boleh disakat jalanleryerk.. dapat kat adik nanti memang tak bolehler.. nak buat camnertu... kena guna cara lainler pulakkan....
ReplyDeleteYang tu belum fikir lagi, camna nak menyakat si Adik ni. Nampak gaya memang tak jalan ler nak psiko-psiko si Adik. Abang tu trust Mommy so much sebab itulah kena sakat sampai meleleh air mata. Jahat ek, Mommy nih :)
Delete