Ah kak is marah nih ...

Salam sayang semua!

Haittt, napa takda yang jawab salam ni? Dah cuti raya ke they all ni semua? Puasa pun tak start lagi, bayar puasa  pun tak habis lagi nih....

Entahlah mengapa sekarang ni sibuk je sebelah pagi. Tak dapat nak ngap langsung. Nak berborak, gosip lite-lite pun tak dapat. Macam tahu je, puasa dah nak dekat. Macam tau je, kena kurang-kurangkan aktiviti borak kosong masa bulan puasa nanti. (Habis tu, balance lagi 11 bulan setahun tu boleh mengumpat secara berjemaah dengan jayanyalah yek! Sila jangan ikut teori sesat MD nih...)

Bercakap pasal puasa dan raya, baju raya I dah lama siap tau... I kalau beli kain  memang sekali harung. Lepas tu buat sikit-sikit sampailah naik jemu tailor tu tengok muka I. 

Pakaian superheroes pun dah beli 'sikit-sikit' je. Mana yang tak cukup kita balun 2-3 minggu sebelum puasa berakhir. Yang penting, nak kena terjah Semua House satu hari di bulan puasa nanti untuk bawa superheroes berdua pergi beli baju Melayu. Tema ah kak pun tak tahu nak warna apa... Kalau ikutkan warna kesukaan tahun ni purple tapi macam tak nak je bagi mereka pakai baju purple. Nantilah last minute baru fikir. 

Tapi dalam hati sebenarnya nak beli sekali lagi sepersalinan jubah seorang satu untuk Hubbydearie dan superheroes. HD tak suka pakai baju melayu makanya memang tak payah susah-susah tempah/beli satu untuknya. Kalau mereka berjubah, I pun kena beli jubah gak nampak gayanya nih .... *__*  (Ada peluang... ada peluang nak gi shopping lagi!)

Eh, apasal melalut pasal baju raya ni! 

Sebenarnya I nak cerita hal lain .... Keh3x... Biasalah tu menyimpang jauh dari niat asal. Memang tabiat semulajadi yang sukar ditempis kalau menulis nih...

Alkisah, nak cerita pasal kejadian di atas jalanraya. Ah kak takdalah tension mana cuma geram rasa cam nak belasah-belasah je si pelaku nih... Rasa cam nak kungfu+karate+judo+taekwando+MMA jek kat si polan nih .... (Don't worry, ah kak tak buat pun, berangan jek lebih-lebih ...)

Balik dari ambil Abang di sekolah, I pun pergilah ke bank. Walaupun dah petang, cari parking punyalah susah. Maklumlah selang berapa pintu, ada kedai mamak 24 jam. Maka penuhlah segala tempat parking yang ada. 

Anyway, perempuan Melayu terakhir ni dapat gak parking dan macam biasa, menyenget je kereta bila parking. Selesai urusan di ATM, I dan Abang terus masuk kereta dari arah belakang keretalah. 

Dah masuk baru nampak ada orang block my kereta. I pun apalagi dengan sopan tekan hon 2,3 kali. Senyap. Takda pulak sesiapa yang berlari ke arah kereta tersebut. I pun hon 2,3 kali lagi. Senyap juga. 

I pun honlah 2,3,4 kali lagi....

Berlari satu pemuda Cina dari arah belakang my kereta. Bila lalu di sisi, dia menjeling dengan muka yang tak semegah mana tu....  

This guy buka pintu keretanya sambil menjeling ke arah I. Ah kak buat muka selamba bodoh sombong jelah. Ingatkan dia nak masuk kereta start enjin dan blah, rupanya nak ambil sesuatu kat dashboard keretanya.

Dengan bangga dia pun menunjukkan signboard bertulis nombor he-honya pada ah kak. Dipampang beberapa kali sambil beri isyarat dengan muka masam mencuka. Ok, I faham! Katanya dengan bahasa isyarat dari luar,

Wa dah letak besar nyer signboard nombor handphone wa pun lu tak leh call ke? Apa hat nak hon-hon macam pelempuan gila???

Ni dia cakap dalam hatilah tu, I tolong baca isi hatinya ....

I pun buat muka selamba derk bodoh sombong jekkk....

Ok, fine... Ni ah kak punya pendapat bernaslah ya untuk Ah Chong nih ....

Wa taulah lu sudah letak itu notis suruh call nombor he-ho lu tu. Itu sudah bagut. Sifat terpuji banyak worr.... Tapi wa masuk ikut belakang keleta wa, mana wa nampak lu tulis apa kat dashboard keleta expensive cheap skate lu tu.... Sebab itulah wa kasi tekan hon sopan-sopan suruh lu alihkan keleta expensive cheap skate lu tu... Lagipun lu dah blocked olang punya keleta, lu kenalah minta maaf. Mana boleh lu nak malah-malah olang sebab tak nampak nombor he-ho  lu tu... Eh, lu datang dari mana ek? Timbuktu ka? Lu buat salah, lu malah sama gua pulak, apa hat?

Itu cakap marah-marah dalam hati je. Hakikatnya, perempuan Melayu terakhir tak boleh menyinga kalau berlaku kes sebegini. Lagipun kita dua beranak dalam kereta. Tak mahulah tunjuk lagak sangat. Kalau wa punya hubby ada sama, memang lu gua wa semua pun bertekak sama *__*

I pun blah dengan penuh kesombongan tanpa peduli kat mamat nih .... (Aksyen gak rupanya MD nih yek! )

Eh, menyampah tau orang cam ni! 

I ni kalau nak block kereta orang, fikir setenang-tenang hati 18kali tau. Tak mahulah menyusahkan hidup orang lain. Kecuali kalau terdesak sangat barulah I buat. Kalau tidak, sanggup I cari parking sampai dapat meskipun kena berjalan jauh. 

I pun ada gak tulis nombor he-ho atas batu eh, atas kertas letak kat dashboard dengan ucapan - Boleh tak call nombor ni kalau nak keluar  nanti !

Dengan harapanlah si polan yang keretanya diblock oleh my car ada kredit telefon untuk dibazirkan. Dan pernah juga bila I kena hon sebab block kereta orang, dengan kadar segera (sampai semput rasanya) I berlari ke kereta, start enjin dan turun cermin tingkap sambil bagi isyarat bermaksud - minta maaflah sebab susahkan cik/en polan yek!

See... perempuan Melayu terakhir sentiasa menjaga manners tau *__*

Teringat pulak dua kisah sebelum tu. Lama dulu. Kejadian yang satu berlaku di BP. Tak sangka kampung halamanku yang tercinta pun ada mamat-mamat sengal cam ni ....

I tengah drive lepas traffic light.  Ada satu bas sekolah di depan, dipandu dengan penuh sopan oleh apek tua sambil menyoyot rokok (Eh, entahlah apek ni hidup lagi ke tidak.... lama dah kes ni!)

I pun tunda dengan penuh sopan gak. Nak over take kereta banyak. Tetiba kereta di belakang I pun hon my car pastu terus over take my car dengan penuh menyinga marah. Eh, I pulak yang kena apahal ni? 

I pun honlah apek tua ni. Sama je dia bawa 20km sejam. Bila ada peluang, I pun over takelah. Tetiba masa tengah over take tu apek tua toleh kat I sambil tunjuk satu jari di tengah .....

Apakah??? 

Tak mo mengaku satu bandarlah apek ni. No manners betul !

Kejadian seterusnya berlaku berhampiran Hospital Tawakkal. Ada jalan susur keluar di situ. Satu mamat Cina and the gang nak keluar tapi terasa sayang nak bagi signal. I pun hari tu tengah kalut dan marah (kot?) maka dia tak bagi signal, I pun  tak mo bagi jalan. Dihimpitnya kereta I serapat mungkin. I tetap dengan prinsip, tak mo, tak molah...

Mamat ni jeling-jeling dengan muka marah. Kereta kami memang rapat ketika tu. Kalau sikit lagi gerak memang bercium. I tetap jalan juga tak mo bagi laluan dah dia sombong sangat nak minta laluan, bagi signal pun tak mahu. 

Bila I gerak sikit lagi, maka side mirrornya pun terkehel. Mamat ni apalagi. Siap tunjuk-tunjuk jari juga kat I sambil vroom enjin cam nak merempit je gayanya. Abang di sebelah dah takut (Sebenarnya Mommy pun takut gak tapi control macho, eh bukan, control ayu....)

Tak mahu kejadian lebih teruk sebab sayangkan body my car I pun cepat-cepat jalan bagi si sengal ni minta izin nak masuk dari kereta belakang. Maybe driver di belakang ni pun dah nampak kejadian tak diingini yang berlaku di antara perempuan Melayu terakhir dan mamat dari Nosivikland ni, maka dia pun beralah dengan penuh sopan beri laluan ....

Terus member vroom masuk lane kanan dan jeling-jeling bila kereta kami jalan seiring. I wat muka cam rasa tak bersalah je. Macam hilang ingatan je, tak kenal siapakan makhluk di sebelah tu ....

Selalu tak you all berdepan dengan drivers 'prihatin' cam ni? Kalau terjadi, apa yang harus dibuat? Mengalah sesaja ke? Mereka ni kalau dah nampak pompuan yang drive kereta, pandang rendah ajelah. Tapi ada juga driver sesama pompuan yang mengada-ngada nak tunjuk kedivaan di atas jalanraya....

I biasanya berhemah tapi bila mood tak berapa nak stabil, memanglah angin puspus datang gak tapi tak lebih-lebihlah sebab - Wa sebenarnya takut gak! Hiks!  *__*
 
 



 






 

 

 



Comments

  1. Dulu kakak satu ofis akak capat cakap.. besok bila ko bawa kereta tau lah macam mana tensen melayan orang sengal bawa kereta.. masa tu akak tak de lesen lagi.. sebab selalu tengok dia membebel jer bawak kereta.. hahahha..
    Bila dah bawa kereta ni memang betul lah.. puas nak menjaga org sengal kena langgar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh, memang tension! Apalagi bila kita nak jadi pemandu berhemah dan orang tak suka... Rasanya lebih cepat BP naik kalau tengah memandu ni. Sakit kepala tengok ramainya orang sengal dapat kebenaran memandu !

      Delete
  2. Hihi..
    Lya pnya bju raya pom dh settle.. gnapakai bju y buat utk wedding cousin.. tp x pkai sbb lya eksiden aritu. Nk bjimat.. trs fwd raya je. Y asya pom.. lya dh ada beli skit2 kat on9 sblm ni.. blh la fwd k raya gk kot.

    Ermm.. psl tulis no fon tu.. biasanya kt akan.msk direct dlm.kete kan.. mna nkprasan no hp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lya. Akak pun selalu beli banyak lepas tu hantar tailor tak ambil. Kita consider baju yang belum pakai untuk raya tu, baju raya jelah. Senang ceritakan....

      Oklah, betullah tu dah tulis no. hp. Mmg tak salah. Tapi still lah, dah block kereta orang manalah leh nak marah-marah pulak orang tak nampak no. hp dia.... ada gak orang cam ni kan ...

      Delete
  3. wahhh kelas akak ku sorang nie...dah ready dah baju raya die...lieya plak kak beriya laa anta awal kat tailor...tup2 aritu pergi nak collect tak siap jahit labuci bagai...takpe laa rela ku tunggu asalkan cantik jadinye haahahahaahah


    kat opis lieya ni selalu gak dable parking mcm nie...mmg kat dashboard penoh kertas nombor tipon heheheeh.... yg hangin kalo call2 tapi tak angkat2....berjanggut tunggu panas2...
    lieya pun mcm akak, baju raya budak2 ni mcm baju jalan dah beli sikit2...kang kalo beli sekali harung terase plak duit keluar...mane nak bayar kuih raya tempah nanti, nak soping kasut bagai hahahahahah




    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ahlah, aritu cam terbaca nak ambil baju raya ke nak hantar baju rayakan Lieya. Tak siap lagi labuci laplip tu...Eh, takleh amik lagi nanti tak cukup vogue pulak di pagi raya :)

      Hah, tulah kan...dah block kereta orang tu dahlah! Nak marah, nak sound, nak majuks2 orang honk apasal pulak... Lepuk kang baru tau. Hehehe....

      Si Adik semua pakaian dah sendat. Badan makin montok. So, kenalah cari selori pakaian baru, bukan untuk raya je... tapi akak beli 'sikit-sikit' jek !

      Delete
  4. Lyn klu tgh drive mmg tak bagi chance klu org2 menyelit ni.. lantak apa nak jadi pun jadi lah.. yelah kita penat2 q dia senang2 jer nak menyelit. mmg tak kasi muka lah.. pasal kes honk tu mmg pernah gak kena.. nasib baik dkt.. klu jauh mau berpeluh jugak lari...

    tapi lyn pernah jugak honk cina duk block kete lyn. punya lah lama tau. tgk kat dashboard tak no nak call. jadi bertahan jer lah. nasib baiklah dia dtg & say sorry. klu tak mau lah lyn menyinga.. to be honest mcm2 gelagat org kt jalanraya.. nak taknak kena hadap gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak no. hp bila call tak dapat, sedih gak. Sama gak tak letakkan... Kita bukan suka-suka nak main hon. Sakit telinga ni. Tapi kalau tak dihon, si driver yang berkenaan tak tahu pulak ada orang nak keluar. Leceh tau kalau double parking cam ni. Paling tak suka.

      Delete
  5. kereta saya kereta kecik MD..
    nak cakap lebih2 pun tak leh, hihi..
    tapi saya cukup pantang kalau lorong laju orang bawa slow..
    selalunya bila masuk penang lah..
    nak bg damp light...pikir banyak kali juga
    akhirnya, aku potong kiri saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, racerlah ni.... Hehehe .... Kereta kecik senang menyelit. Kalau tak menyusahkan takpa, tapi kalau selit sana-sini menyusahkan orang, mahu nak marah gak nih :)

      Saya kalau rasa nak bersantai, saya tak pergi lane laju. Ada juga si sengal yang bawa kereta santai bukan main duduk kat lane laju. Orang honk pun buat muka tak tahu jek...Ahhh, itu memanglah selamba bodoh sombong nyer perangai ....

      Delete
  6. klu saya kena pun marah gak apalah salahnya apek tu alihkan kereta pas tu dptlah ambik parking md pulak kan ... saja cari marah org kot apek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jatuh status perempuan Melayu terakhir bila orang tengok asyik tekan hon kereta je tau .... ^__^

      Apek tu kalau hidup lagi memang tak nak ngaku satu kampung ler !

      Delete
  7. Wah.. dah siap baju raya? Berapa pasang tu ya agak2? Beraya 7 hari ya? Hihi.

    Menarik juga idea nak berjubah anak beranak tu.. nampak lawa je budak kecil pakai jubah. Eh, kalau jumpa jubah yang sesuai, saya pun nak beli jugalah utk budak bedua ni.. HD tak suka pakai baju melayu? Bagus juga tu. Jimat kos tempah. Tapi tak bolehla melawak Madu tiga.. hihi..

    Situasi macam ni, sokmo tau saya kena kalau balik sekolah. Menyampah betul. Dah la saya berebut keluar sebab nak elakkan sesak kat lorong belakang yang memang ada 2 buah sekolah. Tapi kat lorong tu juga, ramai pemandu berlagak yang tak berhemah yang perasan hebat suka himpit ataupun mencelah masuk sesukalah jlhati dia.. mulalah syaa mengutuk yang patutla anak2nya biadap di sekolah, 😑😢, mak bapak nya memandu pun biadap bawa kereta. Haha..kena mengenakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puasa tak penuh mana boleh raya lama-lama, AN :)

      Ingat tahun ni nak beli jubah tiga beranak tu warna coklatlah. Itupun kalau adalah. HD memang tak suka berbaju Melayu. Baju Melayu yang ada cuma 2 ke 3 pasang termasuk baju nikah dulu :) Si Abang ikut perangai ayahnya juga...Dah umur 8 tahun, cuma ada 3 pasang je baju Melayu. Dulu saya tak kisah tapi bila dah bersekolah ni susah sikit. Bila ada event kena pakai baju Melayu, terkial-kial Mommy nak mengadjust baju. Dahlah baju pakainya untuk setahun lebih je lepas tu tak muat. Tahun ni fikirnya nak juga belikan Abang dua pasang baju Melayu bukan untuk raya saja tapi untuk dipakai kalau ada event kat sekolah ke...

      Kami sekeluarga memang tak pernah pakai sedondon. Pernah dua ke tiga tahun lepas, pakai sedondon, masing-masing mengamuk panas (abang dan HDler...) nak tukar baju. Mommy pun mengamuk terus terkoyak baju raya *__*

      Delete
  8. Baju raya kami dah selesai.. Tinggal tshirt dan sluar maisarah je x beli lagi. Hihi.. Ahad lepas dah siap beli konon readymade jelah tahun ni. Jenuh mencarik aritu


    MD... Smuanya cina kopet dlm kejadian tu.. Nmpk tak? Kaum dorang ni mmg *#¥€!

    Susah nk jmp yg elok perangai x samseng. Sbb tu kalau ada jmp yg elok perangai LM rasa .. Owh baik nya chayanunalif ni.

    Kadang2 bila hadapi situasi mcm
    Ni ikut mood kita gak. Klu tgh stress atau mood x baik mmg jd gaduh atau kita layan perangai bongok dorang tapi klu mood baik kita buat dek je dan malas layan dorang ni. Nak masuk, masuk la.. Nak potong.. Potong la . Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu je siap-siap tempah long before raya tapi tetiba nak raya boleh pulak cari readymade :) Dasar mengada-ngada dan tamak halobalah tu ...

      Saya takdalah nak menyalahkan pemandu jalanraya ni based on bangsa tapi kebetulan pulak dalam semua cerita ni sebangsa. Ada juga saya kena dengan bangsa seagama especially lelaki tapi entahlah... Betullah Malaysians ni kalau dah dok bawak kereta, berubah 360 darjah perangainya. Kita pun kadang-kadang sama, ikut angin puspus bertiup dari arah mana :)

      Delete
  9. Pernah sekali tu bunda tumpang adik lelaki bunda balek kampung...
    Mamat Cina ni dengan berlagaknya tak nyempat2 hon2 nak potong....

    Memang lah adik nak bagi dia potong ...tapi sabar lah...ada adik ni baik hati masa tu...dah jadi sakit hati...di pecut lagi lah....

    Maka jadilah macam kejar mengejar pulak...bunda punyalah takut dan tenangkan adik suruh beralah..."kita balik nak tengok mak sakit..nanti kita pulak sakit pehal?!"...

    Adik pun beralah....Lepaslah Mamat Cina kurang sjar tu... Tapi masing2 takmau mengalah signal2 tangan (lucah)...

    Bunda urut dada...sabo jerlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau perjalanan jauh memang tak mahu drive, Bunda. Bosanlah tengok orang berlumba atas jalanraya. Menyusahkan hidup orang lain jek.

      HD pun bila bawa kereta boleh tahan baran. Nak disamakan orang Malaysia ni dengan Russian. Katanya kalau di Rusia, terus keluar kereta bertumbuk jek. Oh, tidak ! Saya selalu je suruh HD bersabar kalau ada insiden tak diingini. Ingat Tuhan, ingat keluarga yang penting ingat isteri dan anak-anak :)

      Delete
  10. memang bawak kereta di Malaysiani menguji keimanan.. tu pasal akak suka naik motor... ha.. ha.. tapi tu kalau gi tempat kejeler.. kalau jauh kena drive gak.. yang peliknya orang Malaysiani bila pegang sterengjer dah garang... akakpoun sama.. kalau bawak kereta jenuh marahkan kereta sebelah nyebelah.. anak akak pun kata ibuni kalau bawak kereta semua orang bodoh.. soriler anak2 tunjukkan teladan tak baikkan... isyh tiba2 rasa insaf pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Napa ya Cho, Malaysians ni memang terkenal dengan sikap berbeza bila memandu? Hilang segala sopan santun. Saya pun dulu pernah juga tercakap 'bodoh' lepas tu kena tegur Abang. Katanya saya selalu cakap tak baik panggil orang 'bodoh' kenapalah pulak saya boleh cakap gitu pada orang. Arghh, sudah ! Termakan kata nasihat sendiri !

      Delete
  11. kita jrg drive kt bndar2.. jd memng jrg lah situsi blok2 kereta org ni.. parking kt ofis pun kita takut nk blok kete org. ada gak kena blok, tunggu je lh..kalau x tau sapa punya, nk buat annaucemnt operator dh blk. nk tolak, x larat eh, biar x angkat hndbreak pun.. kan tercabut urat perut, xleh mngndung lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pernah jek menolak kereta orang, PB. Kira all rounderslah... drive boleh, tolak kereta boleh, himpit sikit2 kereta orang boleh... hehehe !

      Kita dah tak kisah dah sekarang urat tercabut ke tidak. Kita takda plan pun nak tambah bilangan. Hahaha ....

      Delete
  12. Pergh....dahsyatnya beli kain sekodi pas tu hantar tailor sikit sikit....ikut bulan yeh hehe...
    OKje satu apa pun tak beli MD...entahlah bila dah tua tua gini, rasa takut pulak nak beli awal awal ....emm...entahlah... Yelah zaman Okje muda muda dulu mmg siap awal dah satu family sedondon sama hehe....Zaman tu rasa suka nak menyambut rayakan....tapi sejak dah berhenti kerja ni, mood pun ikut berhenti jugak hehe...So sambut secara sederhana ajelah....pakai baju lama hehe

    Agaknya tema apa yeh tahun ni?

    Emmmm...biasalah dah tentunya kita pun pengguna jalan raya jugak mestilah ada jumpa gak driver yg sengal macam tu. Tak dia yg sengal kita ...hehe ....Rasa mcm selalu betul jer kitakan...orang yg salah ....betul tak...
    Selalu gak menyumpah sorang sorang dlm kereta..... dan selalu jugak bawak laju sambil potong kalau keta depan slow sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tua-tua ni memang malas sebenarnya, OKje. Sebab itulah kita beli kain sekodi terus. Senang cerita. Tak payah nak pergi selalu. Sambutan raya pun tak macam dulu-dulu sebenarnya. Hanya untuk anak-anak sahaja. Saya beli je baju raya lepas tu berkelawar ler sampai tengahari kadang-kadang :) Nak jalan nanti barulah tukar baju raya !

      Saya pun takdalah sambut raya besar-besaran. Biasanya peralatan rumah pakai yang sama je selagi boleh pakai. Nak tukar pun tak pernah tunggu rayalah. Ikut kesesuaian bila perlu.

      Kami anak-beranak tak pernah sedondon masa raya. HD tak suka baju melayu. Abang pun sama. So saya pakai je apa warna baju kurung saya nak. Tahun ni macam nak belikan jubah je...senang boleh juga pakai tak kiralah raya ke tidak...

      Wah, akak expert gak ni memotong sana sini sinun. Kita jauh berhemah lagi OKje. Kecuali ada traktor atau jentolak di hadapan. Haruslah berusaha memotong :)

      Delete
  13. Assalamualaikum,

    Ahhhhhh sofia selalu...dan sofia plk jns cpt hangin kt kereta..pantang sofia org tak reti pakai signal...mmg sofia buat dekkkkk je even blh agak diorg nk masuk lane kite...sape suh xreti buka signal...lps tuh ade je bw 20kmj pagi2 time ari keje...bygkannnnnn aduhhhhh kalo time lps office xpe..nih pagi nk pegi office blh die bw makan angin ekkk...mmg sofia geram btl..selalu sofia main lampu je dgn org2 peel pelik nih...xtau kenapa tgn nih sush skit tekan hon...kalo kat highway sofia selalu berdepan dgn lorry atau bus yang rs diorg drive kereta mini agaknya suka main selit2 tanpa beri signal...mmg sakit hati btl

    regards,
    Triplesmiley



    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Biasanya akak ni berhemah orangnya (chewah...skema nampak...) tapi tulah kadang-kadang berasap gak kepala ni... Kalau dah kurang ajar sangat mestilah nak marahkan...

      Lori, bas tu mereka fikir jalan tu untuk mereka dan kita yang kecik-kecik ni takutkan mereka. Sebab itulah semakin berleluasa kemengadaan masa drive kenderaan berat macam nih :(

      Delete
  14. wah bestnya dah siap ye.. saya raya haji je la tahun ni.hihi.

    cik abe saya pulak x suka nak tukar baju melayu.kalau tahn lepas dh pakai thn ni pon okje.saya aje yg kena bertukar.last2 dua2 pakai apa yg ada.xda nak melaram pong.gini le org blom ada rezeki anak beraya. pakai apa yg ada.

    memang hangin..
    saya klau org belakang hon. relax je.
    kasik dia jalan dulu.nak kalut mana kan.

    kalau bab letak no he ho ni.kdng ada bgusnya.bila call terus angkat, dan dtg alih kenderaan secepat yg mungkin. kalau letak no he ho tp bila call x berjawab acaner.serupa tak letak la jugak.lagi menyakitkan hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakaian saya memang dah siap. Budak-budak tak boleh beli awal sangat, cepat membesar. Kalau HD memang tak heran pun raya ke tidak. Jimat kos di situ :)

      Kalau kalut tak menyusahkan orang takpa Ciksu. Ini menyusahkan hati dan perasaan orang, itu yang tak leh ditahan-tahan rasa nak marahkan !

      Itulah, letak no. he-ho tapi tak mahu angkat serupa dengan tak letak. Tapikan dah dia yang blocked kereta orang, nak marah apanya bila orang hon atau call hp...terima ajelahkan....nak jeling-jeling pulak !

      Delete
  15. Kalau husben mmg dia tak bg ruang. Siap kejar kalau ada yg buat silap kat jln raya. Dan dia selalu ckp, langgar je kalau ada yg xde manners kat jln raya nih. Kdg2 mmg geram. Tp nk buat mcm mana. Dh xde sivik tu redakan je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lebih-lebih kita ni perempuan. Mula jek berani lepas tu takut gak :) Geramkan bila kena macam ni selalu. Nak diajar, dah besar panjang, dah bertahun bawa kereta. Menyusahkan hidup orang jek, tolong tambah dosa dok marah-marah umpat keji mereka!

      Delete

Post a Comment