Jom ke KLIA2


Salam sayang semua!

Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga tak jadi ke mana-mana. Lepak di KL sahaja sambil menjamu perut dengan segala makanan yang terhidang. Keluar masuk kedai makan ajelah kerjanya ...

Hajatnya nak ke Melaka, jalan-jalan sambil pekena ikan bakar. Sebelum puasa ni, memang teringin nak cari terubuk bakar dan seafood bagai (Nampak tak siapa sebenarnya yang tamak haloba nak makan apa sahaja dalam keluarga MD ni?)

Tiba-tiba dapat panggilan daripada my brother, minta Hubbydearie fetch him at the airport. Nak balik dari honeymoon yang entah ke berapa kali, and this time dari Bali sana ...

Hubbydearie pun tanyalah kat isteri mithali, nak ke tengok airport baru .... I angguk je tanda setuju dah plan termusnah begitu sahaja. Kesian kat superheroes. Marilah anak-anak sayang kita gi tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Nak bawa naik tak tahu bilanya dek kerana Hubbydearie (Oh, yes! Tak tipu tapi pelikkan...) takut naik flight. Kalau tak jadi perkara wajib nak terbang, memang Hubbydearie mengelak. Itu pasal Langkawi pun tak jejak lagi (anak-anak dan HD, I dah banyak kali...) 

Maka, MD sekeluarga pun menuju ke KLIA2 ...

Alahai Abang, kenapa tutup mata?


Sampai sahaja di KLIA2, haruslah nak tengok-tengok kapal terbang tapi Abang tak rasa hairan pun. Si Adik pula tertidur dalam kereta, masih mamai lagi bila sampai. Dah lama sikit barulah dia sibuk 'Adik nak naik kapal  terbang!' punya statement ...

Sejak berblogging dan pandai letak gambar ni, memang superheroeslah yang kena berposing. MommyDaddy posing maut gak tapi untuk koleksi peribadi *__* 



Nak tak nak, kenalah Abang dan Adik beralah dengan kehendak Mommy sampailah penat. Adik ikut mood, kadang-kadang dia yang suruh kita ambil gambar ... 









Menguap Adik? Kesian kena dera berposing dek Mommy ya!

Macam biasa bila dah penat, tekak haus dan perut dah kembali lapar, kenalah cari tempat makan. Superheroes ni nampak KFC je memanjang. So, kita berehat seketika (makpak je berehat sambil makan, superheroes melenjan macam KFC  tu merekalah shareholder terbesar...)

Tengoklah keletah mereka berdua nih ...







Oh, ya nasib baik tak terlupa! Cuba tengok siapa punya kerja mengasingkan sayur dalam Zinger Burger nih ...



Jangan terkejut ya, burger tu kepunyaan Mommy superheroes!


Yes, yes, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus! Memang pandai...

Sebenarnya, I tak makan sayur jadi gene I lah tu yang turun 100% (malah lebih teruk lagi) kepada Bubbly Abang. Kehkehkeh ....

Sebaik nampak my brother dan isterinya di balai ketibaan, kami pun geraklah balik ke KL. 

Selesai agenda sepanjang Sabtu lalu, walaupun lari jauh dari plan asalnya. 

Ahad malam sebelum tidur, Bubbly Abang kenalah marah sebab tak baca buku, tak buat kerja rumah dan asyik main Roblox depan pc. I gertak Abang, tak mahu tunjuk ajar homework dan pukul 12 tengah malam hari Ahad (di mana Isnin sekolah bermula) baru I remind him suruh buat homework. Padanlah muka....

Terus ambil buku nak buat homework sambil ajak Mommy duduk sebelah tolong tunjuk ajar. Dalam menunggu I free, Abang tertidur. Pagi Isnin sewaktu di pejabat, Abang telefon menangis-nangis sayu pilu kecewa dengan perbuatan Mommy...


Sampai hati Mommy tak tunjukkan macamana nak buat homework yang susah tu... Kan Mommy dah janji semalam!


La, buat apa nak nangis. Rilekslah...Malam nanti Mommy tunjuklah!


Nak tunjuk apa...tengahari nanti nak pergi sekolah kan....


Abang, ada 7 hari lagi cutilah! Isnin satu lagi baru naik sekolah. Pandai takut ye tak siap homework. Mommy ingat berani bukan main!


Betul ke Mommy? Alah, Mommy suka tau main ugut-ugut cam ni!

Hiks...kesian anak Mommy terpedaya rupanya!





Comments

  1. posing dah hebat.. tp mcm nyanyi lagu negara ku je.. nasib baik mommy dia x letak gmbr dia..
    huk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini namanya posing penuh keterpaksaan. Kejap-kejap Mommy suruh berposing. Penat dah, diri terpacak pun jadilah. Mommy demand tak tinggi mana ... :)

      Delete
  2. Haha. Malu-malu kucing nak cakap MD yang penentu makan dalam family ya? Eh, saya tahun ni xda pulak perasaan macam tu. Selalunya ada juga fikir ada makanan yang nak dimakan sebelum bulan puasa.

    Baiknya HD, suka Malaysia tu, naik jalan di dalam negeri je. Taknak naik flight jalan jauh2.. bagusla tu menjana ekonomi negara tau. Kalau suami saya, alasan kalau travel yang naik flight 2,3 tahun sekali sebab tak sesuai dengan anak kecil ni. Ek eleh?

    Eh kali ni dua hero tak pakai baju sama warna.. haha, nampaknya Abang nak ke sekolah tu.. siap nangis tak siap homework.
    Bab sayur tu tak dapat nak kata apalah..
    lain kali jangan marah anak tak makan sayur ya..
    Kata orang besar sgt KLIA2 ni kan.. syokla jalan jalan kat sana tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pilih makanan kuasa mutlak saya tapi bila pilih kenalah juga fikirkan kesemua hero yang ada dalam rumah. Kalau ikut anak tekak sendiri, memang sendirilah yang kena habiskan semuanya!

      Tak tahu kenapa HD takut naik flight. Ajak gi Singapore, suruh drive naik kereta ... Ajak gi Langkawi pun sampai la ni tak jumpa kata sepakat. Padahal, HD yang lebih banyak naik flight berbanding saya. Nak sangat ke Langkawi bawa anak-anak ...(sebenarnya Mommy yang meroyan nak gi Langkawi...shopping ...)

      Dua superheroes ni nak kena rombak almari pakaian mereka. Raya pun nak dekat. Baju semua dah mengecil nampaknya. Adik tu kalau minat baju dan kasut, itu je yang dia nak pakai.

      Huhuhu....camna ketam nak ajar anak berjalan lurus? Cuba habaq sikit caranya ....

      Delete
  3. dah sampaipun kat sana yerk.. akak sampai dari luarjer boleh.. macam gak tempat boleh posingni ..harus pergi gakni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dinding kedai yang belum buka, Cho. Nanti kalau kedainya dah buka, takdalah wallpaper gitu gayanya.... Best sesekali dapat tengok kapal terbang AirAsia, nak naik takdalah dalam waktu terdekat ni :)

      Delete
  4. suka je adik ngan abang jadi model mami dia..senyum suka je adik tu..
    acik tak rasa teringin lak nak pi klia2 tu MD..dah tak rajin nak jalan2..anak2 dah besar..orang tua jalan berdua setakat nak tengok2 tak kuasa acik hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik, kalau nak rasa muda kenalah ikut rentak anak tapi takpalah Acik memang dah awet muda :)

      Saya ni selagi larat, selagi itulah nak bawa anak-anak jalan merewang gitu. Nanti dah tak larat, takdalah nak pi jenjalan. Duk rumah jek, lagi best.

      Sesekali Acik ngan suami leh apa jalan-jalan berduaan ambil udara segar tepi pantai ke, tepi laut ke tak pun tepi pasar :)

      Hahaha...gurau je ya Acik. Jangan marah, nanti cepat tua!

      Delete
  5. Akak tak lepas lagi ke KLIA2 ni MD.. cantik2 tengok pic yg MD ambil tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wall paper kedai belum buka je tu... Nanti-nanti kedai dah buka, takdalah lagi wall paper tu. Kena gi cepat nih ...

      Delete
  6. nakal ni mommy main ugut2 ni...hheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Abang kalau slow talk tak leh terima. Kalau main ugut-ugut, laju je dia balik ke pangkal jalan :)

      Delete
  7. hahaha... lawak je mommy ni. Boleh plak dia ugut anak dia mcm tu. Seronok kan boleh mengusik anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terniat pun. Tak sangkalah dia fikir esok hari Isninnya sekolah. I cakap pasal Ahad minggu satu lagi nih .... :)

      Delete
  8. La... barulah kakak tahu MD yg hebat bukan main tak makan sayur dan turun pulak pada abang ye. Betul tak sangkalah kakak. Jadi gene MD turun pada abang manja-manja gitu walau abang anak sulung tak macam mummynya. Homework tak siap mestilah cuak. Lupa cuti berapa lama ye sayang hihi.... aduhai anak... anak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuti, memang lupa bila naik sekolah. Sentiasa tak cukup. Samalah macam Mommynya dulu-dulu :)

      Tang apa yang hebat tu, kak.... Saya memang tak makan sayur tapi sekarang ni dah banyak berbeza dari dulu. Dulu langsung tak sentuh, sekarang adalah ambil satu, dua jenis gitu ....

      Delete
  9. apa nak buat, abg & adiklah yg jadi model dlm blog ni..
    mak pak tak nak show off. hahahaha
    ok.. blum round2 pun lagi dlm KLIA2.. fetch org jer hari tuh.. tak masuk pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makpak low profile, orang Perancis kata ....

      Takdalah besar mana (Eh, tak besar ke...) tapi arrival and departure tempat beza-beza bangunan tak silap... Syok tengok kapal terbang tapi nyampahlah ada logo Air Asia. Eh, apa ke hal mendengki kat AA ni, tak faham ler pulok nape ...

      Delete
  10. cuti sekolah kali ni mmg mcm lama lah sgt . tak pe . sabtu ni blh tgk floria d' putrajaya lak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama....sampai kita yang bekerja ni pun menggigil-gigil nak cuti sama 19 hari ....

      Oh, ada floria di Putrajaya ke? Baru nak plan tidur terbongkang kat rumah... Ahad dah tentu havoc menyelesaikan masalah rumahtangga eh bukan, sekolah Abang!

      Delete
  11. makanya tak tercapai la hajat nak pergi langkawi ye.. suruh bubbly abg pujuk HD. hihihi

    x sampai pon lagi KLIA2 tu..

    sian abg n adik.kena jdi model tak berbayar mommy.. sampai xterdaya dh adik nk melayan kerenah photographer...

    agak2 tahun bila erk.dpt tatap wajah mommy superheroes ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa nak gi Langkawi naik kereta, naik feri... Penatlah. Nanti sampai Langkawi, terbongkang tidur dalam hotel. Kalau naik flight kan kejap je dah sampai. Tak mahu juga HD ni...nak berkereta, berferi gak....Dia jealous tu sebab dia tak pernah naik ferilah tu :)

      Eh, Ciksu...Mommy bayarlah jadi model pak sanggup! Macam-macam superheroes dapat tau....

      Bila ek....hmmm....arrrr.....uhhhmmm....ehhhhh.... eh, tak cukup tangan sampai sudah tak tahu bila nak keluar blog :)

      Delete
  12. assalamualaikum
    singgah pagi
    lama rasanya sy x blog walking
    hari ini ada peluang so singgah jap =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Thanks sudi singgah sebentar di sini aIEn :)

      Delete
  13. MD..dapat tengok plane pun oraitlah..anak2 saya suka sangat kalau ada peluang tau, hee.

    ada nampak gambar abang dibelakang gambar tertulis muzium gopeng. masa balik dari waterfall hari tu, saya ternampak muzium ni. walaa, tak terfikir nak singgah. famous kot ya sampai ada kat klia2. tak pe..saya nak terjah nanti. tak jauh sangat nak p..tak kuar tol pun, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun excited gak tengok plane nih :) Kalau ada peluang memang nak pergi lagi. Terlupa pulak nak ambil gambar airplane. Katanya gi KLIA2 tapi satu kapal terbang pun takda dalam gambar. Lupa snap. Eh, ada satu, tapi kapal terbang dah hujung landasan, gambar tak cantik pulak :)

      Ha, saya pernah baca pasal Muzium Gopeng tu! Sebab itu beriya-iya saya suruh Abang posing kat depan tu. Belum sampai muzium yang asli, gambar pun jadilah walaupun jauh benar rupa Gopeng dengan KLIA2 tu ...

      Delete
  14. belum sampai lagi KLIA2, tunggu nak terbang ke mana-mana barulah terjah ke sana...nak pergi Langkawi tak perlu naik flight pun tak apa..naik bas naik feri dan sewa kereta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, Ema....penatlah kalau naik kereta pastu tukar feri pastu tukar kereta balik kat pulau. Tak tahulah HD ni napa takut pulak. Ni kes banyak sangat tengok Crime Scene Investigation lah tu.... Feri tidak pulak HD takut....

      Delete
  15. Dah terlambat kot nak makan produk bagai...tak mahu original, kenalah bantai chemical stuff kan. Padan muka saya :)

    ReplyDelete
  16. Nyampahlah.... simpan le muka tu sampai kerepot kehkehkeh....

    Kitaorang pun tak pernah sampai KLIA2 ni lagi. Walaupun cuma tengok kapal terbang naik ngan turun tapi teringin gak nak buat lawatan rasmi sambil makan KFC kat sana....hehe
    Nantilah ajak Pak Jilap pergi ....
    Tak mo naik kapal terbang pergi Langkawi naik kereta kuda aje le....jimat cost. Tahun depan baru sampai haha

    Ooo.....tak makan sayur rupanya.... Kenapa yek tak suka sayur? Bagi 10 sebab... Sayur ni sedap tau MD... cuba le sekeping dua...rugi tau tak makan....

    haha.....sian abang....ingat dah naik sekolah ye! Kat rumah ni ada 2 orang tu...hish geram betul homework tak siap siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, kalau naik kereta kuda pun lagi laju kot daripada kereta ! Letihlah nak bertekak siapa yang akan menang ....

      Nanti-nanti sat kita ceritera kisah tak makan sayur ni ya....sabarlah membaca 10 sebab mengapa dan kenapa ...

      Asal suruh buat homework je, nak suruh Mommy duk sebelah. Si Adik tu kan mengganas aje kerjanya kalau dia ada...Nanti Abang belajar dia ngacau, sibuk nak pensel, nak kertas...tunggu punya tunggu Mommy pulak kepenatan....kesian kat Abang tau!

      Delete
  17. Kih kih kih.. LM
    Ingat burger hero MD yg xde sayur tu:)

    Dulu dr kecik LM tak mkn taugeh tau. Tp peknen nmbr tiga entah mcm
    Mana lak rasa nk mkn. Aduhh smpi skrg suka mkn toge termasuk toge yg mentah dlm nasik kerabu tu. pelik la jugak.

    LM ni x smua sayur gak yg blh telan. Bak kata suami byk sgt pantang nya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sampai sekarang tak makan togeh. Memang tak lalu tapi kalau tertelan sebatang, dua...cepat-cepat minum air supaya hilang rasanya...

      Samalah kita. Tak sangka ada juga dalam dunia ni orang seperti saya. Kah3x.

      Delete

Post a Comment