Kembali seperti selalu ...

Salam sayang semua!

Cuti sekolah dah tamat. Maka dengan rasminya tamat jugalah kerja cari makan di luar rumah buat I sekeluarga. 

Sepanjang 2 minggu cuti sekolah ni, memang dapur tak berasap. Takda apa-apa pun yang rentung dikerjakan. Malas sungguh jadinya. Mood memasak merundum tahap serius. Asyik keluar masuk kedai makan je, apatah lagi hujung minggu.

Makanya, bermula dari hari ni, kenalah isteri mithali ni kembali ke pangkal jalan. Kenalah memanaskan dapur dengan air tangan sendiri. Lama dah rasanya superheroes semua makan air tangan tukang masak restoran. Bahan-bahan mentah dah kena restock. Bawang, bawang putih dan sebagainya rasanya dah tumbuh subur. Kalau masuk dalam pasu kemungkinan besar menjadi tumbuhnya walaupun tangan I ni takdalah sehijau Incredible Hulk.

Ada jugalah alasan untuk bersantai sambil buat grocery shopping. Yalah, balik kerja kena bertafakur di sekolah Abang sampai pukul 6.15 petang. Daripada duduk dalam kereta membaca novel lepas tu tertidur ataupun main Candy Crush yang takda faedah tu (tapi main gaklah walaupun tahu tak berfaedah langsung ...), lebih baik jalan-jalan kat shopping mall.

Eh, novel yang separuh jalan dibaca dalam kereta sampai la ni masih di takuk lama. Maklumlah bila cuti sekolah, I pun cuti membaca novel. No time, you see ... (banyaklah no timenya, tengok cerita Korea, tengok movie ada pulak time ...)

Seperti selalu, malam semalam I pun checked lah kerja sekolah Abang yang katanya dah hampir siap, tinggal yang susah-susah je nak Mommy tunjukkan. I ni walaupun tak baca Mandarin tapi memang pakarlah dalam Dunia Sains, Matematik dan Mandarin itu sendiri. I biasanya dapat selesaikan segala permasalahan Abang yang 'tenat' tu kononnya.

Maka Mommy mithali  ni pun buka buku aktiviti satu persatu. Dalam tu ada 5 subjek, maka congak sendirilah berapa latihan yang perlu buat. Seperti yang dijangkakan, si  Abang ni kelentong je lebih. Hari Jumaat lepas I dah warned him, kalau I balik kerja dia masih tak siapkan saki-baki kerjarumah, I tak mahu tolong. Rupa-rupanya kata my sis, sebaik Abang tahu Mommy nak balik teruslah duduk dengan tekun buat kerja rumah. Sebelum tu tekun bermain ...

Alright, Mommy tak mahu marah-marah. Mommy psiko cam biasa. Ugut sana-sini sikit. I beritahu Daddynya suruh belikan tiket kapal terbang ke Tashkent hari Isnin malam. Biar Abang duk dengan Buvi-jon, belajar makan tomato dan watermelon. Belajar makan sayur dan belajar hidup susah di perantauan. Lepas setahun nanti, bolehlah balik ke Malaysia.

Melambak-lambaklah air mata Abang merembes keluar.  Beriya-iya tak mahu pergi. First, takut naik kapal terbang seorang diri. Second, tak mahu hidup susah. Third, tak boleh live kalau Mommy takda .... 

I biarkan aje Abang menangis. I pun pura-pura nak cari bag nak pack pakaian. Beritahu kat Abang, nanti lepas sekolah teruslah pergi airport. Flight sebelah malam. Uncle akan tunggu di airport Tashkent. Kenalah belajar berdikari mulai saat itu ... 

Mommy ni pun jahat juga tau. Dah puas si anak mendayu-dayu meratap pilu, barulah pujuk... I pun tanyalah kat Abang,

Abang rasa serius ke Mommy nak hantar Abang tinggal dengan Buvi-jon?

Mommy dah tak sayang Abangkan....

Mak Ngah ajak tidur rumahnya pun Mommy tak bagi Abang pergi, balik kampung dengan orang lain pun Mommy tak bagi, Abang rasa Mommy nak bagi ke Abang naik flight sorang-sorang dan tinggal dengan Buvi-jon setahun? Seminit Abang takda pun matilah Mommy nanti!

Teruslah peluk Mommy. Mommylah 'my beloved Mommy' ....

Ok, boleh pergi habiskan homework! Esok nak sekolahkan... Dek kerana menunggu Abang siapkan homework yang bersisa, kerjarumah Mommy semuanya tertangguh. Nasib baik Adik tak buat hal. Akhirnya, Mommy tidur pukul 4 pagi... Kesian, Mommy!

Aha, lupa pulak! Hari Sabtu keluar berdua dengan Abang. Mencari hadiah untuk Hari Bapa buat Daddy. Abang belikan sebesar-besar mug dan key-chain yang ada nama Daddy. Kad pun Abang yang pilih, Abang yang  tuliskan juga mewakili mereka dua beradik. Pos ke rumah my kakak untuk my niece tolong bungkuskan. Mommy kalut, tak sempat nak ambil gambar. Dah masa Daddy buka hadiah, Adik pun berebut sama nak mug Daddy....

Yang Mommy ingat Abang tulis ini untuk Daddy,

Happy Father's Day, my beloved Daddy! I love you so much because - You 'send me to school everyday, take care of me and Adik 

Bila Daddy dapat, nampak kesayuan di wajah Daddy. Memang Daddy tak expect pun Abang akan beri hadiah sebab Daddy tak perasan aktiviti kami keluar mencari hadiah ( I told Hubbydearie kami nak keluar cari baju dan kasut sekolah Abang...) 

Cuma masa peluk superheroes Daddy kata ....

I love both of you, so much. Tak sangka anak-anak Daddy dah besar. Baru semalam rasanya Daddy tengok Abang dan Adik lahir!

Oh, touching pulak Daddy ni ....








Comments

  1. Hahahha tergamak ko MD nak hantar anak flight sorang2 tu .. gempak jer kan.. budak2 memang cam tu lah MD.. bila gertak sikit baru lah rajin nak buat kerja sekolah...'pergghhhh pukul 4 pagi ko baru nak tido MD.. akak dah sebaldi air liur keluar tau hahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke baru sebaldi jek? Bukan berbaldi-baldi ek? Hahaha.... Anak lambat siap homework, Mommynya pun lambatlah tidur, kena siapkan 'homework'/kerjarumah gak ... :)

      Delete
  2. ingat Md beli tiket kapal terbang ke Tashkent nak pergi melancong, tinggalkan abg sorng2.. rupanya nak hantar abg. teruk sgt ke tmpat tu? x de nasi ek? kena makan sayur je ek?
    jap, tu kat mana? kena check peta dunia ni..hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu rumah datuknenek belah Daddynya. Kat sana menu harian memang sayuran memanjang especially tomato dan suku sakat, hari-hari petik anggur, kutip watermelon buat makan. Hah, Abang tak suka tu semua....

      Delete
  3. Hari ni bizi ke beb?
    Patut pun selama ni tak nampak asap kat dapur belakang tu rupanya duk gantung kuali memanjang. Eh.....bukan budak aje yang suka buat keje last minute ni, mak budak pun kadang kala suka jugakkan hehe....
    Ni sapa yg buat homework ni....mommy ke bubbly abang.... sampai pukul 4 bersengkang mata...
    Hehe percaya jugak yek abang dgn temberang mommy tu...

    Alahai sweetnya......sure daddy banggakan ....
    Daddy kat sini tak dapat apa pun haha....sian daddy Jilap ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam ada busy sikit, itu yang up entri pun lambat. Memang tak memasak langsung OKje sepanjang cuti sekolah. Kerja mengkayakan restoran, menipiskan poket sendiri je. Dasar pemalas, mood memasak ikut zamankan...Hiks3x.

      Abang buat homework dari pukul 9 malam sampai 12 tengah malam. Lepas tu Mommy kenalah sambung 'homework' Mommy kat rumah tu sampailah pukul 4 pagi. Saya gosok baju sebenarnya yang lama :)

      Daddy terkejutlah sebab Daddy bukan suka hari-hari peringatan ni tapi kalau Mommy ada, memang lumayanlah hadiah Daddy. Bila tiba turn Mommy nanti, lagi kesian....

      Delete
    2. Nape? Bila turn mommy? Lagi kesian daddy sebab daddy kena pau kaw kaw dengan mommy yeh hehe

      Delete
    3. Alah... buat-buat lupa ! Berapa kali dah hint :)

      Daddy tak pandai sepakat dengan anak-anak. Takdanya nak surprise, surprise ala-ala Eric deko-deko tu ...

      Hari Ibu, Mommy dapat kad buatan sendiri oleh Abang je. Daddy buat ucapan jek...Sedih hati Mommy tau... Keh3x....

      Delete
  4. Tidur pukul 4 pagi! Aduh kalau kakak tak laratlah MD.

    Sebenarnya mummy yg boleh jadi gila kalau abang dihantar ke Buvi-jon, jgn takutlah sayang, auntie tahu sangat mummy awak tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kena duduk sebelah Abang mengajarnya buat homework 'yang tinggal sikit tu aje'. Dari pukul 9 malam sampailah 12 tengah malam. Lepas tu saya sambung homework subjek rumahtangga saya pulak. Menggosok je dari pukul 1 pagi sampai 3 pagi. Licin dah semua siap iron :)

      Yalah tu, Kak ....ugut manja-manja je. Buatnya Abang kata nak pergi, saya gak yang menangis mendayu-dayu macam orang kena sawan pulak nanti :)

      Delete
  5. Sama la pulak macam en.suami acik dulu.masa tu acik kerja..dia boleh bungkus kainbaju hero sulung acik tu..kemudian pi hantar kestesyen bus..tinggalkan anak meraung2 kat situ..dia nyurok tengok dari jauh..ish2..tapi memang tak kan ada bas pun sebab stesyen bas tu tak digunakan..acik dengar dia cerita balik pun geram je..sian anak acik tu ketakutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kira saya lagi terrorlah Acik kan. Takda perikemanusiaan. Hehehe...gurau je. Ugut-ugut manja sebab kalau cakap slow talk, sopan santun ala-ala ustazah mengajar anaknya berjalan lurus, memang tak jalan Acik. Abang ni dah tahu kelemahan saya. So, kena ugut-ugut keluar dari rumah barulah dia takut sikit ...

      Delete
  6. Bertabahlah la abang dapat mommy yg pandai nyakat sampai mcm tu sekali… Boleh pula abang percaya dgn ugutan mommy… Biasa abang yang pandai kenakan mommy semula… mcm mana ni abang… dah terbalik ni…

    Part gift tu, saya pun rasa sebak… tacing tau… tak sangka DD cakap mcm tu…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy memang famous amos bab ugut-ugut anak ni. Tapi Nur, dengan Abang je boleh jalan cara ni. Kalau dengan Adik, langsung tak dipedulikannya... Kita ugut dia, dia repeat ugut kita pulak...

      Daddy terkejut sebab memang tak suka gift macam Hari Bapa ke, harijadi ke tapi bila Mommy yang plan, memang meriahlah gift untuk Daddy. Kalau turn Mommy nanti, Daddy tak sepakat pun dengan anak-anak. Kesian Mommy tau!

      Delete
  7. kesian abg kena psiko ngn mommy. hihi.
    mommy sndiri pon x sanggup.nak berjauhan dgn anak2..
    ala touching yg last tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Action je lebih, Ciksu... Kalau betul-betul Abang kata nak pergi duduk dengan buvijonnya, mahu Mommy yang meratap hiba, siang malam tak leh buat kerja. Mommy pulak yang beli tiket untuk diri sendiri nak duduk dengan Abang nanti :)

      Delete
  8. kononnya akak ni kan... anak dpn mata sekejap jer takde.. dah risau..
    ni kan lagi nak hantar dgn mummy yg jauh nun disana. mau lah akak yg kelam kelibut nnti rindu kan anak.. hehehehe
    takpe... lakonan kena mantap... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipu-tipu jek... Kalau betul bagai disuruh, bukan anak yang melalak. Omaknya pun melalak lebih teruk lagi, Lyn...

      Delete
  9. Haha.. boleh pulak diugut ke rumah Buvi-Jon ya.. takut Abang nampaknya. Hebat Mommy ya. Memang bijak. Mesti abang takut nak kena naik flight sorang ditambah kena makan sayur bila kat sana nanti.

    Mujur dapat siapkan kerja rumah abang tu ya . Pukul 4 pagi tu. Tahniah MD dan Abang.

    Eh, saya pun pernah ugut nak hantar Naim ke rumah Opah, tapi dia buat dek je. Lepas tu tak adalah saya buat gitu lagi. Tak laku dengan Naim ni.

    Bestnya HD dapat hadiah daripada anak2 ya. Pandai buat kejutan pulak tu.
    Kena simpan baik2 hadiah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Abang sangat takutkan kalau kena berpisah dengan Mommy! Siapa nak sayang dia, nak jaga makan minumnya yang cerewet tu... Siap jugalah kerjarumah pukul 12 tengahmalam. Sikit ajelah tu seperti katanya... Yang tension, takdalah pulak cikgu suruh submit kerjarumah tu bila naik sekolah hari Isnin. Tension Mommy. Sebab kena duduk sebelah Abang tolong buat homework, 'homework' Mommy kat rumah tu terbengkalailah. Pukul 3 pagi baru siap iron baju. Teruslah tak leh tidur, mata dah terang benderang dalam gelap. Tahu-tahu dah bunyi azan Subuh!

      Daddy guna bapak mug tu untuk minum hari-hari. Banggalah tu dapat hadiah dari anak umur 8 tahun dengan 3 tahun. Tak sangka katanya Daddy dapat hadiah untuk Hari Bapa. Yalah tu, ingatkan bujang lagi kot :)

      Delete
  10. bebudak mmg kena main psiko jer . klu marah mmg x jln . my anak buah yg sekolah menengah lak kena buat homework online guna frog ... 4 pagi ... klu QV ada anak , larat ke nak melayan sampai lagu tu ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada anak, larat tak larat memang kena tolak ke tepi, Vee. Kesian pulak kat mereka kalau kerja sekolah tak siap. Walaupun rasa nak marah, terpaksa jugalah tolong duduk sebelah beri tunjuk ajar :)

      Delete
  11. Assalamualaikum,

    Ohhh sweetnya abang...suka ayat abang bagi daddy die...hehe

    Kak...sy suka cr akk psiko abang...hahaha sy pn psiko adik sy ms exam aritu haha..

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Beriya Abang nak belikan hadiah untuk Daddy. Dia pilih je, ongkos of courselah Mommy tanggung. Nasib baik nak mug ngan key chain jek :) Daddy lagilah suka, terkejut campur terharu. Baru tau anak-anak dah besar rupanya dah pandai ingat hari penting. Oh, touching moments masa tu !

      Abang memang kena psiko je,Sofia. Kalau marah ke, pukul ke tak jalan. Tapi akak pernah gak psiko dia, cakap nak dera dia in public supaya ada orang call polis pastu hantar akak gi penjara cam kes kat Sweden tu. Takut Abang, terus beradab sopan sekejap :)

      Delete
  12. Bmulalah smula rutin y myibukkan.. lya pon dh mula bkeja last week.. body jd letih n sakit y amat

    Hihi..pndai abg ngayat ayah dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena start rutin cam biasa bila sekolah dah bermula. Takdalah nak enjoy-enjoy lepak lama sikit kat rumah, tak memasak dan sebagainya....

      Delete
  13. Erkk byk nya kerja sek yg x siap?? Klu LM mau pitam seploh kali sblm urut2 dada. Huwaaaa

    Tp tulah.. LM pun tiap hari duk bebel siapkan homework. Jenihlah bernanah telinga korang dgr wahai ank2. Bila x siap mmg ummi kena mengadap dan kerja ummi lah yg x siap. Hambekkk pkl 4 pg ke MD tido?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, satu buku aktiviti tu je untuk 5 subjek. Bila suruh buat masa awal cuti, katanya sikit je. Bila suruh buat tengah-tengah cuti, katanya ada yang susah nak minta Mommy guide. Bila dah tinggal esok nak naik sekolah rupanya, semua pun 'sikit-sikit' je dia buat. Auta je lebih ....

      MD pun sama. Dalam kereta balik sekolah dah tanya berapa homework ada. Lepas Maghrib, lepas makan, silalah start. Kalau tidak psiko tak bagi dia tidur sepanjang malam. Mahulah takutkan... :)

      Homework MD sendiri kat rumah tu siap dah dekat pukul 4 pagi disebabkan kena teman Abang, dok sebelah masa dia buat homework. Habis drama Korea, movie ke apa tak dapat tengok :)

      Delete
  14. syiok tu keluar masuk kedai makan.. tak payah nak memasak.. ha.. ha.. tapi lama2 anak2pun mulaler buat drama ibu masak lagi sedap..konon nak pujuk mak dia masak..
    pandai menyakat MDni yerk.. dapat bayangkan muka abang kena sakat...
    alahai syioknyer daddy dia yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar masuk kerap sangat pun rasa dah tak lalu, Cho. Hahaha, bukannya masakan Mommy bertaraf lima bintang pun yang anak-anak rindukan sangat tapi dah penatlah dok makan benda yang sama walaupun kedai berbeza :)

      Abang kalau kena sakat, memang cengeng jadinya :)

      Delete
  15. hikhik.. oke mommy, saya tunggu..jgn tak tegur tau, kalau saya perasn adik n abg in shaa Allah la. masalahnya sy ni rabun jauh..kikiki.eksyen x mo pakai comin mato..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, Ciksu. Kalau saya cam muka Ciksu di luar dan terserempak, saya akan tegurlah :) Saya pulak rabun orang tua, rabun dekat. Hihihi ...

      Delete

Post a Comment