Salam Isnin kawan-kawan ...
Akhirnya bertemu juga kita di bulan Ramadhan yang mulia ini...
Minggu lepas keadaan kelam-kabut sikit di tempat kerja, makanya my mood menulis pun jadi kelam-kabut. I bercuti Jumaat lepas kerana both superheroes demam bergilir-gilir. Abang dah kebah dari demam dan elok sahaja pergi sekolah hari Khamis. Si Adik pula tetiba badan panas di malam hari.
I pun ambil cuti hari Jumaat kerana hendak membawa Adik ke klinik dan menjaganya di rumah. Bila anak demam, Mommy memang susah hati banyak rasanya. Lepas berjumpa doktor, Adik okey aje. Lega sikit.
Petang Jumaat ketika mengambil Abang di sekolah, sebaik nampak Mommy menunggu di depan pintu pagar sekolah terus Abang menangis tersedu-sedu.
Katanya kepala sakit sejak pukul 2 petang. Tak makan dan minum. Tak juga dia beritahu pada guru kelasnya. Cuma kawan-kawan aje memujuk supaya jangan menangis. Tentu sakit sangat kalau tidak tak mungkin Abang berkelakuan begitu.
Balik dari sekolah lepas makan ubat, Abang terus tidur dan badannya demam sepanjang malam. Adik pun sambung demam semula. Dek kerana susah hati demam berulang, I bawa Abang dan Adik berjumpa doktor lagi pada pagi Sabtu.
Bimbang melihat Abang dah hampir seminggu demam kebah demam, I setuju ajelah bila doktor nak ambil darahnya. Doktor kata platelet countnya 'separa normal', lebih kurang 195 berbanding 206. Kalau hari Isnin masih demam lagi, memang kena ambil darah sekali lagi. Adegan semasa ambil darah tu tak payah ceritalah. Memang meraung ...
Nasib baik semalam demamnya kebah, begitu juga dengan Adik.
1 Ramadhan disambut sederhana sahaja oleh kami sekeluarga dek kerana keadaan Abang dan Adik yang tak berapa sihat. Alhamdulillah, berjaya juga Abang menghabiskan puasanya semalam. Hadiah paling bermakna buat Mommy ...
Plan nak berbuka di luar terpaksa dibatalkan kerana keadaan dua beradik ni. Lagipun semua tempat pilihan cuma akan menyediakan bufet Ramadhan seawal 1 Julai nanti.
Walaupun berpuasa, Abang tak demand banyak mana. Puas bertanya apa keinginannya untuk berbuka nanti, dijawab tak tahu sepanjang masa. So, Mommy agak ajelah apa yang Abang nak makan. Kami cuma buat pilov, sup ayam dan mi goreng sahaja. Itupun tak habis kesemua makanan yang ada ...
Sebaik berbuka, Abang kata nak makan aiskrim yang dibelinya kerana dah tak boleh ditahan-tahan lagi kehendaknya itu. Okeylah, Abang... makanlah apa mahumu ! Mommy izinkan aje.
Lepas berbuka, Abang hulurkan ini ....
Baru ada tenaga katanya hendak buka komputer dan mencetak sebab sebelah siangnya kelaparan yang amat. Lagipun pagi-pagi dah hug Mommy buat ucapan. Kad pun ringkas sahaja sebab Abang tak sihat ~_^
Mommy tak kisah sebenarnya. Ingatan dan hug-hug, kiss-kiss tu yang lebih penting. Apapun, ini dah cukup buat Mommy terharu walaupun selalu aje dapat kad dilayangkan oleh Abang ....
Dalam masa I sedang sibuk mengemas, my niece and nephew datang membawakan kejutan ....
Nah, buat aunty yang satu nih ....
Oh, sungguh terharu pulak rasanya !
Hubbydearie pulak rasa bersalah sebab tak belikan kek untuk isteri mithali. I tak kisah pun. Memang kami terniat nak beli kek buat ingatan sahaja tetapi memikirkan ini hari pertama berpuasa, kemungkinan besarlah kek tu tiada siapa yang sudi menjamu. Kenyangnya cepat bulan Ramadhan nikan ....
Lagipun for me, ingatan dan doa tu pun dah cukup sebenarnya. Bukan anak kecil lagi yang merengek-rengek kalau tak dapat hadiah mahupun kek harijadi. Saat-saat itu telah lama berlalu. Sebagai Mommy, I yang selalunya mengingati harijadi anak-anak dan suami mahupun adik beradik dan juga anak-anak saudara yang terawal.
Maka, pada tarikh 29 Jun bersamaan dengan 1 Ramadhan tahun ini, menginjaklah usia MD setahun lebih tua dari sebelumnya....
Moga hidup akan lebih diberkati dan dipanjangkan umur untuk terus bersama insan-insan tersayang *__*
Lamanya dee tak dtg sini kan..anyway happy birthday mummy dearie..selamat berpuasa..sian abang ngan adik demam ye..hopefully dah sembuh..
ReplyDeleteYalah, lama tak nampak Dee update blog juga :) TQVM ...
DeleteSelamat berpuasa buat Dee dan keluarga juga.
Patut lah lama tak baca bebelan MD.. both superheroes tak sihat rupanya.. Ujian sebelum puasa... Bila anak2 tak sihat, kita mmg tak keruan dibuatnya...
ReplyDeleteMD, happy belated birthday... Semoga terus ceria dan bahagia di samping keluarga tercinta...
Sama la dgn Irfan pun... bila tanya nak berbuka dgn apa, dia cakap, "I don't know"... cool and simple sgt anak lelaki ni, kan?
Banyak hal berlaku di luar sana, malas nak fikir pasal entri. Boleh gitu ya... katanya nak jadi pengomel tegar :)
DeleteAlhamdulillah Abang dah sembuh tapi Adik pulak terjangkit, kejap demam, kejap kebah. Risau gak ni dengan pelbagai penyakit di luar sana.
TQVM for the wishes :)
Abang pun sama, sahur pun tak nak bangun. Suruh makan tak mahu. Suruh minum milo pun sesudu jek. Penat pujuk-pujuk tak jalan pun!
Hai...birthday girl.. seronok ya. Patutla senyap je..dia celebrate bday dia..sedap nampaknya kek tu.. kad birthday abang tu pun nampak lawa. Terharu habisla tu ya..
ReplyDeleteKuat semangat Bang ya.. kebah demam terus puasa. Tahniah. Alhamdulillah juga diorang tak demam melarat ya. Untung MD jenis mudah bercuti. Lega kalau ada kecemasan macam tu.
Senyap bukan kerana celebration, AN :( Banyak sangat hal berlaku di sini sampai tak keruan nak menulis blog. Idea tak putus, mood jek tak mari :)
DeleteAlhamdulillah, takdalah susah mana Abang berpuasa tapi bila kata lapar tu memang jenuh juga memujuk dengan pelbagai cara.
Haha.. ada juga masa mood tak mari ya?
DeleteBila dah geram dengan bos, selalunya mood kedaung sikit :)
DeleteHappy birthday sis dan salam Ramadhan :)
ReplyDeleteTQVM. Salam Ramadhan buat Husna sekeluarga.
Deletealhamdulillah.bertambah lagi usia. angka berapa tu ?? hihi
ReplyDeleteselamat hari lahir mommy
semoga dikurniakan kesihatan yg baik dan sentiasa dimurahkan rezeki hendakNya.aamiin.
cayalah abang.smga abg dpt berpuasa penuh.aamiin.
smga abg dn adik sntiasa dibwah lindunganNya aamiin..
Angkanya 'biarlah rahsia' *sambil nyanyi macam CT Nurhaliza*
DeleteDah tua dah ni, Ciksu. Takdalah semuda Ciksu, itu memang confirmed. Terima kasih atas ucapan tu ya. Moga dipermudahkan segalanya.
Ha.. kan ramai orang yang tertanya2 usia MD ni kan?
DeleteUmur macam size jugakan... Age doesn't matter :)
DeleteAlah, kan dah kata,... saya ni jauh lebih tua daripada AN apatah lagi Ciksu tu...
syabas abang...caiyok.
ReplyDeleteSelamat ulg thn utk mommy...moga sentiasa dibawah limpahan kasih syg Allah.
TQVM. Terima kasih atas ucapan. Alhamdulillah, kali ni puasa Abang lebih bererti berbanding tahun sudah :)
Deletepatutlah dah 3 hari x bersiaran ... semoga both boys cepat sembuh . QV setiap thn sambut birthday pd 1 ramadhan sbb itu tarkh lahir ikut kelendar Islam .
ReplyDeleteBanyak hal nak diuruskan, Vee. Oh, kiranya Ahad lepas ni kita menyambut ulangtahun bersama-samalah ya? Selamat Ulangtahun buat kita berdua :)
Deleteingat2 hr tu MD dah bagitau birthday 29 hb.. ingat kan raya ni..dekat2 dgn birthday Luth 28 july.. ah silap bulan pulak.
ReplyDeleterugi lambat wish..kalau tak mesti dpt hadih.. eh..
hapy belated birthday MD.
Hah, ingat nak buat contest. Sibuk punya pasal terus terlupa, PB. Oh, Luth lahir July ya... sama zodiaklah nih :)
DeleteTQVM. Lambat ke cepat, yang penting wish :) Hahaha ...
happy belated birthday kak.. semoga sentiasa di rahmat Allah SWT. Panjang umur, murah rezeki & sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.
ReplyDeletesemoga dorg semakin sihat yer.
TQVM for the wishes, Lyn.
DeleteAlhamdulillah Abang dah sembuh tapi Adik pulak kejap demam, kejap kebah. Risau gak ni.
Happy belated birthday MD, semoga Allah merahmati usia MD..
ReplyDeleteMemang risau bila anak2 demam ni MD.. masa hari khamis tu pun akak bawa anak akak Nabilah pergi klinik sebab sakit mata.. Alhamdulillah dah sihat sekarang.. Moga Hero's MD cepat sembuh juga..
TQVM for the wishes :)
DeleteBetul tu. Kalau anak demam, kita mak-mak nilah yang tak keruan lebih. Alhamdulillah Abang dah sembuh dari demamnya tapi Adik pulak kejap baik, kejap demam. Moga cepat sembuhnya!
Happy birthday MD..
ReplyDeleteHadiah paling bermakna juga bila adik ngan abang dah sihat kan
Terima kasih, Acik. Memang betul, kesihatan anak-anak tu yang paling penting buat saya sekarang ni.
Deletesemoga hidup sentiasa diberkati...semoga diberi kesihatan yg baik..semoga sentiasa dimurahkan rezeki..
ReplyDeleteTerima kasih banyak, Kak Kam.
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteHappy belated birthday kak!!! semoga panjang umur, dirahmati Allah swt selamanya..dan semoga segala impian akak tercapai :)
Lebih kurang date dgn auntie sofia...sofia pn buat surprise kat auntie time tuh hehehe..
Utk abang & adik...semoga cepat sembuh taw :)
regards,
Triplesmiley
Wa'alaikum salam,
DeleteTQVM, Sofia! Abang dah okey tapi Adik pulak kerja demam, kebah, demam. Ni dah muntah pulak. Risau gak rasa hati...
ReplyDeletePatutlah sunyi je hari Jumaat baru ni rupanya cuti....
Sebelum tu nak ucap Hepy Belated Bezday buat Aunty Nurin eh...tetiba bajet anak sedara dia pulak hehe...
Moga awak diberkati oleh Allah sepanjang kehidupan awak MD....
Anak anak ni kalau demam mmg kitalah yg paling susah hatikan MD...maklah yg nak menjaga makan ubat... nak pastikan makan dulu sebelum makan ubatlah....tapi tu Mak Jilaplah.....hehe Syukurlah mereka dah kebah...lega sikit hati tu...
Abang tu ambik antibiotik ke tak?
Terima kasih, Mak Jilap. Janganlah perasan muda sangat ala-ala anak dara sunti gitu. Agak-agaklah yek :)
DeleteMahu tak susah hati kalau anak-anak tak sihat. Lagipun banyak kes pulak kat pejabat. Walaupun tempias je, terasa jugalahkan... Bilalah nak balik boss berdua ni. Letih melayan kerenah yang ngada-ngada. Nyampah betul !
Abang tak ambil antibiotik. Adik pun sama. Memang tak mahu ambil. Cuma minta ubat demam je. Hari ni Adik dah muntah pulak. Siksa rasa jiwa raga Mommy nak bekerja!
Nasib office tak banyak hal....senang nak EL...
DeleteAdik muntah pulak dah.....elok ke belum demamnya tu?...
Semalam muntah lagi. Badan naik panas lepas muntah, balik normal. Susah hati gak ni. Semalam petang my sis bawa pergi klinik. Sahur semalam check juga suhu badannya, nampak ok tapi bila saya pergi kerja, my sis kata badan dedo lagi... Susah hati balik ....
Deletehappy birthday mummydearie..moga dipanjangkan umur dan dilimpahi rezeki.
ReplyDeleteTQVM, Ema. Moga diberi masa yang secukupnya untuk beramal dan bersama insan-insan tersayang :)
DeleteHappy belated besday MD..rupanya besday date kita dekat2 je eyh. :)
ReplyDeleteKurang lebih tiga hari je kan, Mak. Eh, mak sambut birthday ke-15, duaploh tahun lepas ek? Siapalah yang tua ni... Hehehe ....
Deleteooo dah bertambahler umurnya lagikan.. selamat hari jadi MD...
ReplyDeletemoga selamat sejahtera hendaknyer selamanyer...
selamat berpuasa MD....
Yalah, Cho. Dah semakin tua dah ni. Nak gi tengok uban banyak mana sekarang atas kepala ni. Keh3x.
DeleteTerima kasih banyak ya, Cho. Selamat menjalani ibadah puasa juga :)
Happy birthday MD....
ReplyDeleteTerima kasih, Bunda :)
Deletehappy belated besday besday besan..sorylah lmbt wish..dh tertinggal keretapi kan..masa berblog terhad skang..harap maklum.
ReplyDeleteabg very sweet af coz tak kisahlah cmna rupa kad,jnji tanda ingatan tu penting..kek nmpk sedap la MD..bulan posa tgok apa pun sedap..:)
Terima kasih, PK. Takpa kita faham. Bukan senang nak jadi mak-mak berwibawa di luar sana....
DeleteOf courselah PK cakenya sedap dah nama Secret Recipe. Kui3x...batuk pulak!