Ke mana hujung minggu ni ...


Salam Jumaat kawan-kawan!

Lambat sikit bersiaran hari ni. Takda mood nak buat apa-apa coz macam biasalah, bila hari Jumaat je dari pagi fikiran dah melayang sampai ke rumah. Tak sabar rasanya nak bersantai dengan anak-anak dan suami di hujung minggu.

Minggu ni takda plan apa-apa tapi macam nak juga berjalan ke luar dari Kay El ni. Nak pergi mana pun tak tahu. Kalau ikutkan hati, macam-macam nak dibuat, banyak tempat yang teringin nak pergi *__*

Kalaulah dapat makan ikan bakar di Melaka mahupun di Kuala Selangor alangkah nikmatnya ...

Kalaulah dapat pekena nasi ganja di Ipoh mali sana, tentu terbayang-bayang kelazatan sampai pulang ke KL ...

Kalaulah dapat bercruise sambil menikmati keindahan Masjid Kristal di Terengganu, tentu memberi satu pengalaman berbeza ...



Kalaulah dapat bermandi-manda di pantai, mahu pun di swimming pool milik hotel penginapan pun, best juga rasanya ... 



Kalaulah dapat melenjan di Legoland bersama superheroes sambil berposing bagai nak rak, pasti havoc dunia Mommy yang memang havoc sentiasa nih ....



Kalaulah dapat beli handbag, kasut mahupun cosmetics buat Mommy... eh, jauh pulak mengelamun sampai terkeluar tajuk ^__^

Jomlah kita balik ke pangkal jalan dari jenuh berangan ni!

Conclusionnya, kami sefamily memang tak tahu nak buat apa hujung minggu kali ni. Setakat lepak-lepak  kat KL ni, rasa macam tak ohsem pulak. Cubalah suggest sikit mana kami empat beranak nak pergi di hujung minggu kali ni...

Oklah, hari ni malas nak bagi kawan-kawan pening kepala dok baca entri panjang berjela. I nak sambung berangan with my favorite 'kalau' sampailah tahu mana nak dituju esok *__* 

Nota buku lima : Gambar semua pakcik google tolong snapkan!

 

Comments

  1. Kalau la acik pun berangan macam MD ni..hi hi
    Kalau acik..memang boleh berangan je MD..kalau MD..berangan berangan pun sampai jugak nanti kan
    tapi tu la angan2 ikan bakar kuala selangor tu buat acik teringin nak pi aroma ikan bakar di jeram k.sel.ikan siakap 3 rasa dia memang tak cukup order sekor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan bakar dah lama tak pekena ni, Acik. Walaupun kat Bellamy tu famous amos, nak juga merasa jenjalan jauh sikit :) Rasa macam boring pulak dok kat KL hujung minggu ni. Tinjau-tinjau hotel last minute, takdalah pulak kosong.... Kalau anak-anak takda,leh tidur dalam kereta jek!

      Delete
  2. byknya kalau kan.. hehehe..
    tu lah Lyn pun tak plan kemana2 lagi.. mcm bosan lah pulak, balik2 kat klang & S alam (mum & my house)..
    klu lah dpt pergi pantai syok gak... dah Lyn pun kalau jugak kan.. hahaha
    anyway happy weekend kak.. klu tak kemana2 tidur saja hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya kalau tak juga tahu mana nak tuju, memang dibuai mimpilah kat rumah Lyn. Kalau dok rumah, kena masak. Kalau tak masak, kena makan kat luar. Ohhh... banyaknya kalau!

      Delete
  3. Assalamualaikum MD, tumpang lalu ya. takut nak komen ni, takut bukan apa, nanti kena halau gi menanda kertas. Nak join bergosip pun bukan lama ni tau... dah hilang lenguh badan, saya masuk menanda semula k..

    Sebelum lupa, rasanay saya tak pernah baca MD tulis pasal kes di Pavilion, ke ada cerita? Yang di sekolah Abang tu saya pernah baca, tak nak share kisah ke? hihi, bukan mudah nak naik tow truck...

    Nak gi mana ya? Nak bagi cadangan pun, saya sebenarnya dalam dilema macam MD juga. Asalnya dah plan awal tak nak pergi mana2 minggu ni sebab ada program lain minggu depan, suami pun dah amik cuti. Tapi tiba2 kejadian terpaksa dibatalkan. Jadi esok hingga habis cuti sekolah ni masih tak ada plan nak ke mana. nak terjah je takut hotel penuh, kang naya nak tidur 4 beranak dalam kereta. jadi, mungkin berjalan di tempat dekat ajelah kami..Ipoh ok gak, banyak pilihan tempat makan atau berjalan, tak pun Gambang jom?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ngada tau! Macamlah tak biasa bergurau melampau gitu dengan jiran sebelah :) Bukan saya yg tak bagi AN baca blog, PapaN tu yang warning suruh siapkan kerja sekolahkan...Oh, dah ada plan rupanya minggu depan! Kami 4 beranak ni kalau plan memanjang aje tak jadi. So kita adhoc jelah senang... tengok gak hotel kalau ada yang boleh dibooking, semuanya ilek, penuh....nak tidur dalam kereta mcm kata AN tu kalau berdua oklah, ni ada budak-budakkan...

      Oh, saya pun terlupa pernah cerita dengan penuh details ke kes kat Pavillion tu... kereta lama 3 kali ler saya terkandas..sekali atas jalan, dua kali kat carpark -lewat malam pulak tu...Ambil angin atas tow truck lakibini sekali tu ler masa kat Pavillion. Gila gempak...kita buat derk je tapi HD malu gilalah :)

      Nak gi jauh tu, hotel takda...kalau ada memang awal Subuh esok saya gerak :)

      Delete
    2. So, ke mana kome? Ceritalah nanti ya. Mesti best tu. Tak sabar nak tunggu entry baru ni..

      Delete
    3. Ada di KL. Cuma keluar kawasan sikit je itu pun ada hal. Kita sibuk makan-makan :)

      Delete
  4. Makchaq pulak kalau cuti suka dok rumah.... dah veteren kot... tapi pasai kesian kat Nafisah gagahkan jugak la berjalan. Tapi cuti sekolah ni tak ke mana2 lagi pun..
    Minggu depan la kot baru nak bawak nafisah jalan.. tapi tak tau lagi nak ke mana.... tengokkan kalau2 MD ni macam boleh jugak try salah satu... tapi....rasa penat pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya tak suka berjalan masa cuti sekolah. Sesak, letih tengok orang ramai. Selalu sebelum atau sesudah baru kami terfikir nak berjalan-jalan. Hotel pun penuh jek memanjang, nak book awal-awal takut ada je halangan di sebelah pihak Daddy mereka :)

      Delete
  5. sy ni klu duit berkepuk macam MD nak juga berangan setiap minggu pi holiday..masalahnya duit tak berkepuk tu yg dok rumah diam2 sudah.muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala PK ni saja je tau.. janganla stop blogging sementara. On je macam biasa.boleh?

      Delete
    2. Mana ada duit berkepuk, PK. Saya ingat kalau jadi budak berdua tu, saya nak bagi Al-Quran je kat Afia. Kah3x.... Jangan nangis sebab hantaran takda ya!

      Kalau ada kelapangan, bolehlah pergi. Masalahnya saya dan HD memang tak sukalah tempat crowded. So cuti sekolah memang out of topic lah kalau nak berbicara pasal makan angin ni. Cuti saya pun bukan mengizinkan sangat ...habis dok menjaga anak-anak je...

      Eh , betul AN! Sedih pulak rasanya bila dengar PK nak cuti berblogging tu. Alah, cam tak best je mendengarnya ... tapi nak buat camna. Apa yang penting kenalah diuruskan dahulu..

      Delete
  6. MD selalu ke, ke Ballamy tu?

    minggu la md ke kuala selangor..
    cer try pulak.saya byk dpt komen negatif.
    mommy kn pndi bab kritik makanan, so, cer mommy try..

    kalau pergi hari minggu.pastikan pergi awal k.jgn dh lewat malam.kemungkinan nak dpt lambat tu myb ada.sbb mmg penuh org kebisaannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bellamy tu biasa juga. Selalunya masuk gerai tengah-tengah. Ada kata gerai No.3 yang sedap. Rasa saya sebab terlalu kerap (dululah), tiga-tiga gerai saya dah cuba. Janji dapat terubuk, saya lupa dah yang lain-lain. Sampai dok gerai mana pun saya tak ingat :)

      Makan ikan bakar di Jeram belum lagi. Tergoda dengan entri CikSulah ni. Dah plan nak pergi tapi tak tahu bila. Harapnya dapatlah sebelum bulan puasa. Kalau tidak memang kena puasa niat dulu ler ...

      Delete
  7. Mmg best kalau ' kalau kalau' jadi kenyataankan MD ....Nampaknya minggu ni tak menjadi kalau tu....minggu depan pulaklah yek kita berkalau kalau...
    Bookinglah awal awal barulah menjadi kalau kalau awak tu....
    LEGOLAND tak pernah gi kan.....cubalah gi sana....okje pun tak pernah sampai lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasalnya OKje. Jiran sebelah ni memang suka last minute booking. Tau dah cuti sekolah payah nak merasa tidur kat hotel. Takpalah lepas seminggu naik cuti, kita cuba, terai and test tengok camna...

      Kami dah sampai Legoland tapi masa tu Adik baru setahun so dia takda feeling-feeling penuh syahdu dengan Legoland ni. So kali ni ingat nak bawa gak budak berdua ni gi Legoland, jalan-jalan kat JB. Omaknya ni kan dah lupa daratan, dah jadi tenggang versi pompuan. Tak ingat dah kat kampung halaman. Itu yang rasa cam nak ke selatan jek!

      Delete
  8. Alamak... dah time out ke nak bagi cadangan ni? Entry minggu lepas baru terhegeh2 nak baca. Ehehe.. Sorry ye, career woman katanya. Mesti la bz sikit ye hampun.

    MInggu lepas i pegi muar. *ada u tanya?*. Muar best jugak. bandar yg sangat sibuk walaupun tak sepesat kemajuan puchong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah I tak tanya tapi thank you sebab beritahu. You cari apa kat Muo tu? Kalaulah mek sorang tu tahu, memang kembang kuncup hidungnya... Nape tak gi kampung I kat BP, boleh habaq the latest development. Maklumlah I dah lama tak balik kampung. Tunggu raya je ni baru nak balik...dasar si Tanggang kan!

      Delete

Post a Comment