Kisah hari cuti dan jiran sebelah ah kak ...


Salam sayang semua!

Amboi, kalau nak ngumpat pasal jiran tetangga, laju jek pasang telinga ya! Siapalah yang jadi mangsa gosip kali nih .... 

Eh, baca dulu! Kita tak main gosip-gosip menjatuhkan orang lain. Kita bercerita hal kebaikan orang je tau... 

Hari Selasa, I ambil cuti sehari ada urusan peribadi. Sambil dah bercuti tu, kita lenjanlah jalan-jalan. Hajat di hati nak beli peti sejuk baru tapi pening kepala nak memilih. Kita nak ini, orang tu nak itu. Padahal yang banyak guna isi dalam peti sejuk dah tentu-tentu MDkan... Kenapalah kuasa mutlak tak jatuh kat tangan I sahaja ...

Lepas selesai urusan peribadi, kita singgah di The Mines. Lama sungguh tak ke sini. Last time dulu, pergi sekejap je masa Mami datang. Ingat nak juga naik 'sampan' (kehkehkeh) tapi si Adik belum sempat buat apa-apa dah mula mengada-ngada. Ada je yang nampak berkenan di matanya, menjadikan sakit di hati MommyDaddy.

Sempat jugalah makan tengahari di sini. Ingat nak nonton movie, pun tak dapat dek kerana superhero kecil ni merengek. Lepas satu, satu nak dibelinya. Adik fikir MommyDaddy ni kerja cop duit palsu ke?

Dalam perjalanan nak ke parking kereta tetiba Hubbydearie bertanya,

You ada kasut tak? Kalau nak, pergilah beli....

Apa???

Terkejut I rasa tahu. Offer bukan datang berkali-kali. Makanya, mestilah kecik tapak tangan, sebesar planet Marikh I tadahkan ...

Kiranya untuk bulan Jun ni, setiap kali jalan je mesti Hubbydearie akan tanya nak beli apa buat isteri mithali ni. Maklumlah... birthday gegirl punya monthkan June nih.. 

Tapi minta maaf, segala hadiah dan pemberian tidaklah dapat dipotretkan gambarnya kerana hak milik eksklusif gitu *__*

Dalam pada dah dapat macam-macam, boleh pulak isteri hilang ingatan ni beri hint lagi kat suami ....


Dear, bilalah agaknya I nak dapat cincin ke, gelang tangan ke, rantai baru ek... You tahu kan I suka pesen camna ....


Eh, bukan ke you tak suka barang kemas selama ni? Masa kahwin dulu pun you tak bagi hantar barang kemaskan !


Alah, Dear... sebelum tangan berkedut seribu nak juga pakai barang kemas walaupun I tak berapa suka ....

Nampak tak betapa mengada-ngadanya dia .... Padahal sebelum ni memang tak ingin pun berbarang kemas, rimaslah! Sila jangan mencemuh saya yang down to earth nih ya... ^__^

Lepas balik rumah, lewat petang tu kita keluar lagi dengan misi mencari durian. Hampagas betul, satu gerai durian pun kami tak jumpa. Eh, you all tau tak kat mana boleh beli durian barang selori gitu? Nak ler rasa kenikmatan melahap durian sebelum puasa nih.... 

Dek kerana kehampaan tak dapat durian, kita pergi dinner kat Al-Rawsha lagi. Gambar tak ambil ler, cukuplah sekali tu dah suruh anak-anak berposing. Hubbydearie pun dah membising dek kerana I dok sibuk suruh posing, ambil gambar food sana-sini (PK, Adik sempat 'dating' dengan gegirl baru kat playground dalam Al-Rawsha ni, tak sempat I nak menghalang perbualan terlarang tau.... Sorry ek, my youngest superhero tu walaupun nak jadi Imam Muda tapi ada kebolehan mengurat gegirl di luar sana jugak!)

So, itu kisah tanpa gambar masa cuti hari Selasa yang lalu... (Ada orang kisah? Takda siapa pun tanya mana MD pergi! Oh, sedihnya hidup nih...!)

Hari Rabu, sampai aje pejabat tengah sibuk merenung breakfast yang tak seberapa pepagi itu tetiba guard interkom....

Puan, ni ada parcel dari Poslaju...Kalau dipegang rasa-rasanya macam ada bedak baby je dalam ni...

Oh, biar benar! Siapa pulak nak bagi set barangan bayi kat I ni... 'Bayi' yang ada di rumah tu dah lama meninggalkan zaman bayi-bayi ni. Dah jadi anak tarzan bujang dah tu. Dah ada Cik Pia future girlfriend gitu ...

Maka I pun segeralah keluar. Pantang dengar ada parcel, mestilah nak laju-laju gi ambil. Dahlah I pakai kasut baru sikit punya tinggi hasil pembelian sang pujangga a.k.a. my beloved Hubbydearie, nasib baik tak jatuh terjelepuk tau! (Nak juga beritahu pakai kasut baru, riak sungguh...)

Sampai kat workstation, kurobek ganas-ganas sampul Poslaju tu. Inilah isi di dalamnya...

Tadaaaaa....

^
^
^
^
^
^
^


Nampak tak kotak spek mata ah kak pun warna sama?

Cantik tak? Logo Polong tu yang mahal tau ... Dah siap isi segala khazanah make-up I kat dalam tu. Didatangkan khas dari pengirim dengan isi (yang security guard kata bedak bayi tu tetapi bukanlah...) Hari ni telah dirasmikan penggunaannya. Macam tau je, bag make up lama I dah nak kena lanting. Macam tahu je yang tahun ni tahun melawat malaysia warna rasmi MD adalah purple gitu ...

Pemberian jiran tetangga yang bakal jadi my editor, ahli lembaga pengarah dalam restoran yang akan kami usahakan bersama tak tahu entah bila grand openingnya, one and only CSI NY yang tercampak di Melesya ni yang sibuk mencari culprit si DNA Cik Vavi dan ibu kepada pesaing Imam Muda 2020. Eh, panjang sangat intro untuk neighbour sorang ni, makan ruang entri dah nih....

Siapa dia?

Siapa lagi...  peserta Kilauan Emas Musim ke-20 (by this time you dah masuk umur kilauan emas, kan ...) yang amat I sayangi nilah, mak si Luth, si Petak Bunga tu.....

Eh, ada nota cinta sekali tapi tidaklah hamba paparkan di sini. Dah katanya nota tu khas untuk MD tersayang (ya ke you sayang I ketat-ketat ni, PB....) 

PB, I lap you so much you know... Lenkali kalau balik kampung jangan lupa belikan yang hot-hot jek untuk I tau... Nantilah, nantilah... I bagi tahulah pesen camna yang I nak... you ni... mana leh bagi tau semua dalam blog. Nanti jiran tetangga yang lain cemburu pulak tengok I nyer 6 packs... Keh3x... 

Itu ajelah kisahnya nak distory-mory lalaland today .... Esok-esok kita sambung berceloteh ya... Nak cari hotel nih, nak shopping online lagi...Eh, banyak kerja ah kak nak buat hari ni yek kecuali kerja pejabat!

Adios ..... 

P.S. Lupa nak habaq.... PB hantar hadiah sebab MD kan pemenang 'Aku Tahu Aku Sudah Jatuh Cinta' .... dan sorrylah PB, you tak dapat surat cinta dalam sampul hadiah yang I hantar dulu sebab I kalut...masukkan Cik Lora pastu seal sampul, tengok-tengok nota cinta ada lagi atas meja (meja ke?) kat pejabat pos .... I know, I know, my mistake *__* 














Comments

  1. Bedak baby yang hot untuk orang-orang yang hot macam kita berdua je tau..
    hihik..

    i baca dengan sabar-sabar, turun scroll slow-slow..mana ni..mana nama i ni..huk..huk..sabar, sabar cerita kasut dia lagi.. sabar je..

    intro apa benda Md, tu ending namanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, itu bukan ending penuh bergaya ke untuk you? Cerewetnya my editor sorang ni. Taknak tulis novel cinta monyet nanti baru tau.... I nak cari editor lain ler....I dah tak mahu tulis kisah cinta lagi dah ni. Majuks dah ni....

      Ish you ni, PB... I bagi grand story mory lalaland buat you hari ni. Of courselah korner baring I memang banyak tapi see, kalau tak ikhlas, I tak letak link you tau....Keh3x. I nak si kax tu nape you tak masukkan sekali? Takdalah guard ingat ada bedak baby dalam makeup bag tu....

      Delete
    2. alah.. i suka gile entry ni..
      hik..hik.. kax memng bukan utk Luth.. utk mak Luth.

      Delete
    3. Hahhhh.... tau takut! I ni valued love story novelist tau...you kena jaga I baik-baik memandangkan you tu I nyer editor. Nanti I berpaling tadah kang...you juga yang rugi tak dapat baca cerita cinta yang you suka....

      Takpa, takpa.... kitakan share partners restaurant, mesti bertolak ansur selalu. Kalau banyak untung restoran tu nanti, I ambil 80%, you ambil 20% okey *__*

      Kalau dah kax tu mak Luth punya, nape you tak masukkan dalam beg perpel tu???

      Delete
    4. Apa yang you hotkan sangat ni, Lyd .... Huhuhu...

      Delete
  2. pssttt kak dah pilih ke esbok pilihan hati...amik due pintu kak... senang nak sumbat barang2...auwwwww.....heheheh

    amboi kak..cik abe offer kasut plak...harus leee terima dgn hati yg terbuka kan kak hahahhah...kasut raya belakang cite kite paw lagi kang heheeheheheh lieya suke gak lepak mines tu...sbb miamija suke tgk ikan keli gemok2 kat situ...campak tulang ayam pun telan hahaahahah

    comel beg make up akak ....tahan lame kalo jenis gini...leiya pakai yg beli kat daiso tu masuk 3 bulan dah tertetas hahaahaha...adoiii tak berbaloi betul....murah rezeki yg memberi yeak kak....kalo ade, beri la lagi kan kak heheeheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kalau dua pintu memang mewahlah petisejuk akak! Memang tak akan kosong-kosong ler kan....

      Orang dah offer, takkan kita nak menolak, ya tak Lieya? Tak baik gitu :) Eh, akak tak nampak pulak ikan keli gemok-gemok? Mungkin sebab si Adik ni buat hal, tak sempat nak menjenguk-jenguk dalam air ada ikan :D

      Orang beri, kita rembat jelahkan dengan gumbira rasa gitu .... Akak dah sumbat segala khazanah dari laut akak dalam tu. Senang nak zass gi bilik air, pastu tepek apa nak...semua bedak leh masuk, semua benda ada dalam tu :)

      Delete
  3. walaupun entri MD tak ada gambar, tapi ayat-ayat yang MD karangkan menjadi seronok... issh, malu benar, sampai sekarang tak pos-pos lagi barang yang menang tempoh hari..nampak gayanya bulan poser baru dapat poskan ni...sorri M..tunggu punya lama, nanti hadiahnya entah apa..eh, kita pula melalut pasal lain tak ada kena mengena pasal entri pun.. samalah kat rumah peti ais kena tukar..sekarang pakai satu pintu jer..bila cakap kat suami, nak tukar peti ais..tapi dia akan cakap"ala, mama bukannya rajin masak pun". telan air liur jerlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tempek gambar, nanti lagi panjang celotehnya... hahaha...cam tak biasa ek...

      Takpalah Ema, nanti dah pos bagi tau. Saya terus update masuk blog bikin heboh kasi cemburu jiran tetangga yang suka bergosip berjemaah kat sini. Kah3xx...Niat pun dah serong ni, haruslah hadiah kena tarik balik :)

      Eh, peti sejuk bukan kena beli sebab nak memasak aje...Banyak benda tau kita boleh isi....Suami Ema tu saja cari alasan tak munasabah...Cer usha sekali lagi nak peti sejuk baru untuk raya tahun ni...Duit anugerah cemerlang belum luak lagikan...Hiks!

      Delete
  4. Hehe...dah namanya pompuan...walau kata tak suka gelang, nak jugak seketul yek!..... OKje pun kurang suka gak emas ni....lagi suka yg emas putih gitu....nampak muda sikit weyh...hehe..

    Yelah...yelah.... bagi chance le pegang bulan ni...mentang mentang le besday dia. Ohhh baru terperasan....tu yg beria nak booking hotel tu yeh...nak celebrate kat hotel lew tu..... indah sungguh dunia jiran mak ni hehe...

    Kalau dah suka fefel tu apa lagi...tukar le kulit ...kasi warna fefel ini blog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, kalau bagi free, nak aje walaupun tak suka! Betul tak, betul tak? Hehehe....

      Mana nak check in hotel tahun ni OKje..... dah jatuhnya 1 Ramadhan...haruslah check in kat masjid buat tarawih patutnya!

      Eh, tak leh tukar kaler...sebabnya kita ada kaler tahunan. Tahun ni perpel, tahun depan pink, tahun satu lagi kuning diraja...hah gitulah gayanya... tapikan selain besday gegirl jatuh bulan June, 1st besday blog gegirl pun jatuh 1 July....Gegirl nak buat cabutan bertuah ler.... Nak tak, nak tak?

      Delete
    2. Gegirl nak aje....lebih lagi dapat barang free...hehe

      Delete
    3. I know, I know... gegirl jiran sebelah ni selain suka daun pokok yang tinggi-tinggi, memang suka barang free. Nanti kita fikir camna nak bagi cabutan bertuah...awak fikir camna nak menang ok... Hahaha ....

      Delete
    4. Keh..keh..keh...gegirl ok jer ....sapa suruh check in 1 Ramadhan....check in lah hujung minggu depan weyh....dapatlah celebrate atas kelopak bunga ros berbentuk love hehe...

      Delete
  5. aah..kempunan saya MD. nak buat enry utk segmen Ob tu asyik tertangguh dek kerana jalan2..aduhai..hee (macamlah dia menang kalau masuk)

    tahniah weyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, terima kasih *ala-ala Angelina Jolie terima award*

      Nasib baik Anim tak join, kalau tidak belum tentu saya menang. Tapi Anim takda cerita dating kat Tasik Y kan, takda citer lap telefon kan, kan, kan....Hah, memang sayalah menang cam tu.... :)

      Delete
  6. Kasut dah dapat nak gelang pulak dah MD ni tau. Mentang-mentang HD offer satu mahu dia nak dua-tiga demand pulak ye:)

    Tahniah dapat hadiah dari PB. Kakak baca N3 cinta itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngengada je, kak... mencuba nasib kotnya laku lagi kalau nak bermanja ngan HD lepas ada anak dua ni. Kasut tu barang no.3 kak....yg kedua minggu lepas dah beli, yang no.1 mestilah ingatan lovey dovey gitu....Eh, besdaynya belum lagi....1 Ramadhan nanti. Mahu leh kelip-kelip mata ala Che Ta kalau ada offer baru :)

      Delete
  7. kena treat sebulan lah kan, sbb bulan june ni birthday akak..
    mintak lagi dan lagi.. tak pakai emas, pandora kan ada.. cantik jugak tuh..

    wah... seronoknya dapat hadiah..
    nak bercuti kemana tu siap book hotel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, kena treat sebulan walaupun tarikh lahirnya sehari jek....

      Entahlah setakat ni tak terliur pulak tengok Pandora tapi memang cantik-cantikkan....Memana jek nampak kedai Pandora ni tapi akak tak pernah singgah pulak :)

      Ingat nak bawa gak superheroes tidur hotel....tapi bukan minggu nilah...mesti sesak jalan orang balik bercutikan, nak naik sekolah!

      Delete
  8. Wah murah rezeki MD ye dapat hadiah dari PB ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, murah rezeki lagi sekali! Diharapkan sentiasalah murah rezeki. Bukan untuk saya seorang sahaja bahkan untuk semua kenalan juga :)

      Delete
  9. ooo dh agak dah hadiah PB tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah riuh sekampung tu memang confirmedlah jiran tetangga yang havoc, havoc :)

      Delete
  10. Bertuah MD..sebulan sambut birthday..hari2 juga dapat hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngengada namanya tu, Acik. Hari lahirnya sehari je, tapi kecoh dan merengek sebulan lamanya ... :)

      Delete
  11. Best nyer birthday girl dapat kasut baru… Eh, tapi bila birthday nyer tu? Dah lepas ke, atau hadiah in advance ni?

    Mcm mana guard tu boleh agak bedak bayi? Suka hati jer buat andaian sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.... birthdaynya jatuh 1 Ramadhan tahun ni :)

      Hadiah rahsia yang tersembunyi dalam make-up bag tu bentuk macam botol lotion sebenarnya. Entah camna mereka guess bedak baby pulak ....

      Delete
  12. Hahaha.....saya memang kuat gelak, tak reti tutup mulut sampai kena sound dengan suami....tapi peramah pun dengan orang yang kita dah kenal lama, dah biasa...Kalau baru jumpa memang boleh tahan juga menyombongnya :)

    ReplyDelete
  13. bestnya Mummy dapat parcel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kalau sesekali dapat hadiah daripada kawan-kawan alam maya ni, Linda :)

      Delete
  14. Cemana plak beg mekap tu bleh terasa mcm bedak baby? Kena gulung ke? Musykil plak koi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam beg make-up tu ada botol losyenlah .... Keh3x.... Dah terjawab kemusykilanmu ya!

      Delete
  15. ada ke atut guard kata bedak baby.hihi
    tang mana rasanya bedak baby tu? cer kabor..

    syok le. mau nya xnak kan bila dh dioffer..
    esbok dah jupe yg berkenan ke blom?
    mana tahu dpt sblm besday gegirl ke kan..

    la nape mommy tak suka emas?

    tahniah Mommy. rejeki tu..
    nak juga kax tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah3x..Dalam beg make-up ada botol losyen. So dibelek-belek, dirasa-rasa dari luar cam bedak bayi...

      Esbok akan sampai sebelum raya ni :)

      Memang tak sukalah Ciksu. Rasa rimas je tangan. Lagipun saya ni alergi sikit barang kemas tulen. Yang tak tulen, ok je kulit ni. Nampak sangat kulit murahan kan... Kah3x.

      Delete
  16. Wahh MD dpt kasut baru. LM dah brp bulan x beli kasut. Err ye ke lama? Ekeke

    Eh sebut bab durian apa yg LM perasan kat pasar borong selangor ni durian x pernah putus. LM beli situ je kalau kat roundabout yg dkt ngan jusco equine tu xde jual. Atau.. Lari kat desaminium pun byk area2 nk ke kinrara tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu, kalau baru beli kasut semalam pun kiranya dah lama sangat kan...dah 24 jam. Hahaha....

      Saya ketagih durian, Nak juga merembat seguni besar kalau dapat sebelum puasa ni. Dah puasa nanti ketagihannya pelbagai kan....

      Delete
  17. cari durian ekkk ... kat tpt QV ni sentiasa ada . bandar putra permai . tapi org lbh kenal tmn equine . kat simpang traffic light pi puchong / putrajaya . tahniah dah menang segmen PB . QV suka emas cuma klu pakai tu nanti tu ramai yg melirik matanya u ... jadi kiv dulu ... heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gianlah nak makan durian. Cam orang mengidam je rupanya... Hah tulah, LM pun cakap kat area Equine tu ada. Saya kalau HD tak bawa jalan-jalan keliling KL, confirm sesat barat. Nak cari durian, jumpa kasut dengan handbag pulak kang!

      Delete
  18. Wah, dapat hadiah awal tu, bahagianya.. best juga dapat awal tu.. kot di hari kejadiannya boleh dapat hadiah lain pulak..

    Penuh nampaknya, apa yang diisi dalam beg PB kasi tu?

    saya ada tanya apa hari tu? Ha, dah kantoi, pilih2 jiran best datang mengomen je ye, jiran tak best komen ke tidak tak ada beza ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PB kasi bag make-up dengan losyen di dalamnya. Losyen dah dikeluarkanlah..sekarang semuanya khazanah make-up dari laut saya. Kononnya beg make up standby tapi lipstick ada tiga, quad eyeshadow ada dua, eyeliner ada empat.... gunanya...satu jek semua :)

      Eh, tak faham statement ni AN. Pilih apa nya? Jiran best, jiran tak best apanya ni? I is confused dah ni....

      Delete
  19. Assalamualaikum,

    Ohhh mmg happy kebahagiaan apb org offer nak kasut ekk kak..hahaha mst ms tuh muka akk senyum dr telinga ke telinga kannnn hehehe...

    sofia pun tak minat emas...hehehe..kalo tang brg2 kemas ni mmg rimas..tp kalo pakai yg pesen tali2 ke kulit yg fesyen skg tuh sofia tak rimas hahaha

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Rimaslah Sofia pakai barang kemas ni. Terasa macam dah tua sesangat. Dah senior citizen yang jenis laplip laplip bagi signal dengan menghayun tangan yang nak rebeh dok pakai barang kemas tu...

      La ni, costume jewellery pun akak dah kurang. Dah tua kot :)

      Delete

Post a Comment