Marilah bercerita ...

Salam hari Isnin yang indah, murid-murid!

Jadi, macamana sekarang? Nak sambung pelajaran Geografi lagi ke? Huahahaha .... Mesti ramai murid-murid cikgu dah mengaku kalah ^_^

Macamana ni... cikgu baru buat mukadimah aje; itu baru Mukasurat 1, Bab 1, sukatan pelajaran Geografi peringkat sekolah rendah untuk tahun 2020 nanti. Itupun ramai alahai 'anak murid' cikgu yang gagal. Tak efisien betullah cikgu ni mengajar! Sedih tau --_ -- 

Lain kali kalau cikgu nak mengajar lagi, kenalah tempek muka mamat Uzbek yang bergetah pulak. Tentu pasti anak-anak murid cikgu lulus dengan cemerlang walaupun mereka semuanya mak-mak budak dan cikgu pun berjaya diangkat sebagai Geography Teacher of the Year @_@

Oklah, murid-murid, kita lupakan tentang pelajaran buat masa ini kerana sekarang ni pun dah cuti sekolah. Tak best pulak nanti kalau cikgu sibuk nak mengajar. Kedatangan pun dah mencecah level bahaya dah ni ...

Hujung minggu yang baru ni terjeling-jeling manja juga kat Hubbydearie. Yalah, nak check sama ada beliau ada buat spot check ataupun tidak. Nampaknya tiada, so selamatlah sikit. Kalau tidak, sudah tentu akan terpacul ayat-ayat sensasi,

Hey, apa you cerita ni?

Hey, apa pasal pula bangsa I masuk dalam blog you?

Hey, siapa suruh you tell people about your husband?

Banyaklah nanti 'hey' nya. Dan kalau momen itu terjadi, I jeling-jeling lagi manja supaya tak kena  hempuk... hahaha... 

Sebenarnya masa kecil-kecil dulu, I suka membelek globe siap dengan kanta pembesar lagi. Dalam pada sibuk membelek tulah I terjumpa banyak nama negara-negara yang pelik (for me) seperti Uzbekistan, Tajikistan, Burkina Faso, Cote d'Ivoire, Liechtenstein, Soviet Union (known as Russia and NIS countries now), Moldova, Saint Kitts and Nevis dan lain-lain.  Yang mostly kita tak belajar pun dalam Geografi sebenarnya. 

Berbeza dengan Hubbydearie, beliau pernah belajar tentang negara-negara Asia terutamanya Singapura dan juga Malaysia. Katanya kalau di sekolah dulu mereka kata di Malaysia ada orang makan orang dan juga kita masih panjat pokok. Kesiannya kita kan... tak berapa glamour walaupun masuk dalam sukatan pelajaran mereka. Bila Hubbydearie datang ke Malaysia for the first time, memang terkejut sungguh. First time menjejakkan kaki di KLIA, beliau terasa kagum sangat. Bila on the way nak ke Kuala Lumpur, sukanya beliau melihat tumbuhan hijau.  Itu yang terus nak berpiknik bawah pokok pisang, pokok getah bagai sebab takda orang makan orang kat Malaysia ni sebenarnya!

Bangsa mereka pun kalau ke mari cukup suka ke Taman Warisan di Putrajaya kerana  teringin nak tengok pokok getah, nenas dan koko. Macam tak percaya aje bila tengok mereka excited gila membelek dan berposing bagai nak rak!
Sejak berkahwin dengan buah hati speaking Russian ni, I dah pandai membezakan muka-muka mamat/minah dari this part of the world. Kalau orang Rusia tu biasanya rambut blonde dan bermata biru. Kalau Kazakh (Kazakhstan) pula kulit mereka putih macam omputih tetapi featuresnya more like Chinese.

Pernah tengok gambar dalam satu blog ni yang mana si Dee yang baru melawat Beijing bergambar dengan seorang lelaki yang katanya 'hensem' gitu. Itu pula adalah bangsa Uyghur yang tinggal di sempadan negara China. 

Dalam ramai bangsa dari NIS dan Rusia ni memanglah orang Uzbek yang jadi juara dalam bab-bab rupawan ni. Eh, ni bukan nak memuji Hubbydearie sebab dia buat spot check tetapi memang kebenarannya. Kalau tak percaya, nanti kita susun ramai-ramai dan tengok mana satu yang paling cantik, menarik dan tertarik ~_~

Al-kisahnya kata Hubbydearie, gene Melayu I ni kuat sangatlah sampai anak-anak tak 100% ikut muka beliau @_@ Menurut kata mak mentua, si Adik tu memang rupa Hubbydearie masa kecil-kecil dulu but of courselah Daddynya masa kecil rambut blonde. Si Abang pula nampak macam Hubbydearie versi-besar-lepas-kahwin especially part mulut kecil dan dagu tu...

Kalau nak diikutkan, bangsa anak-anak sepatutnya mengikut bangsa bapa tetapi anak-anak I diberi pilihan ketika mendaftar kelahiran dulu sama ada mahu ikut bangsa mak atau bapa. Being a Malaysian, mestilah nak ikut bangsa mak! 

Bagi bangsa Uzbek, surname mereka akan berakhir denga '-nov' untuk anak lelaki dan '-nova' untuk anak perempuan. So bayangkanlah kalau nama anak 'Adam' , bapanya 'Rashid' dan surnamenya 'Osman' maka akan berbunyi beginilah nama  si anak : Adam Rashidovich Osmanov. Oh, panjang woooi! So conclusion selepas berbincang dengan Hubbydearie, kita guna nama lazim di Malaysia cukuplah for our two boys.

Ya, memang seronok bila berlakunya perkahwinan campur ni. Ada banyak perbezaan yang nyata dalam kehidupan masing-masing yang perlu diterima dengan hati terbuka supaya kita dapat bertolak-ansur dalam kehidupan masing-masing. 

As for me and Hubbydearie, segala kekurangan dan keburukan itu memang sudah terserlah lama dan alhamdulillah, kami berjaya terima dengan seadanya. Kalau setakat tergigit lidah dek bertikam lidah perkara yang remeh temeh tu, takdalah menjadi kudis dalam kehidupan kami sekeluarga. Apa-apa pun, kami masih lagi cuba memahami dan mempelajari perbezaan budaya masing-masing.










Comments

  1. yg penting terima kelebihan & kekurangan psgn kita dan tolak ansur dlm apapun kan !... Done clik2 nuffnag dah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, KA. Terima kasih kerana tolong 'cepat kaya' hehehe...

      Delete
  2. Assalamualaikum...

    bg sofia, xkisah negara mana pun..kelebihan n kekurangan mmg harus kita terima..kadg2 sama2 bangsa pun sofia tgk ada je yg guna alasan tak serasi lepas kahwin..pada sofia, dalam perkahwinan..toleransi tu amat penting kan kak?

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah lama bersama memanglah akan terserlah segala keburukan/kelemahan diri masing-masing. Yang penting kita kena terima seadanya. Kalau tidak, memang susahlah sikit.

      Delete
  3. akak cer dpt baby girl plak kak...sure 90% ikut cik abg akak kak heheheeh...kalo kalo anak pompuan kuat sikit ikut gene papanye....mesti nampak mix nye kan kak...sonok lieya bace kisah kawin campur ni kak...sonok sbb due budaya bergabung sekali....akak belajar budaya baru, cik abang akak pun belajar budaya baru.....seronok jekkkk....

    tegelak lieya bace tang belajar pasal malaysia org makan org, panjat2 pokok2 tu kak....tu kaum jaman batu tu kot heheheeh sekali sampai sini kemain canggih, cnatik dan gah negara malaysia kak yeak heheeheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, Lieya...anak akak yang sulung tu 90% ikut Mommy cuma certain parts aje ikut Daddynya. Kata mak akak, yang kecil macam akak masa baby tapi mak mentua pun kata si kecil tu macam Daddynya masa baby. Tak tahulah ikut siapa yang banyak nih!

      Delete
  4. eh..thx for the info sis..dee baru tau apa nama bangsanya..mmg dorang ni hensem2 kan..mesti hubbydearie u pun hensem sbb tu takleh tjuk kat blog..bahaya2..hahaha...

    Btw..kalau nak anak muka suami mmg kena anak perempuanlah..hihihi..baru real..mesti jadi rebutan ramai..sure cun punyalah..maka itu, bila nak pregnant? hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. Ooiittt, soalan cepu mas tu dah lama ada jawapannya. Sila belek entri yang terdahulu..hahaha... Uyghur tu memang macam 100% Cina tidak, nak kata cam Tibetan pun bukan, ya tak? Yang penting ada orang teruja tu masa bergambar dengan pakwe hensem :D

      Delete
  5. Salam MD

    kalaulah blh block seseorg dr tgk blog kita,tentu sy suruh MD block hubbydearie tu...hehehe....blh la cikgiu mengajar dgn tekun tanpa perlu mengerlingkan...?murid2pun cpt dpt ilmu....hehehe....

    Satu keistimewaan bila dpt kawin dgn org luar ni tau MD....jodoh yg dirancang oleh Allah utk hambaNya...pasti ada hikmah yg tersembunyi.....tahniah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,,,kesian Hubbydearie saya... Sebenarnya mungkin beliau tak marah tapi saya ni yang malu bila 'dikesan' nanti. Macamlah Hubbydearie tak pernah jenguk blog ni. Tapi kalau HD jenguk, saya mesti tahu sebab mulut dia 'bising' sikit :D

      Ini dah kes mengumpat suami ni, kenalah saya minta maaf kat HD pulak nanti bila balik rumah!

      Delete
  6. Ish3..siapalah yang makan orang yang diorang maksudkan tu? Sian kita ni... haa.. kalau saya mesti dah gelak besar tu..

    lawanya nama adik dan abang.. makna pun baik..kalau nama ikut tradisi uzbez, mesti cikgu2 payah nak sebut.. haaa..

    Syukur dapat diketemukan jodoh yang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa HD kata kita ni barbarian, cannibal and whatsoever, keluar asap kat telinga saya :D But then lepas tu saya buat joke ajelah....kadang-kadang tanya kat HD agak-agak saya ni nak diklasifikasikan sebagai carnivore ke, hannibal ke, barbaric ke atau perempuan Melayu terakhir ni?

      Masa daftar Abang ke sekolah tahun lepas, saya kena buat cabutan kedua untuk surat beranak untuk mengesahkan anak saya warganegara. Saya pun tak faham. Lepas tu masa buat cabutan kedua tetiba JPN tanya nak ke letak nama penuh anak berserta bin dan nama suami? Masa first time didaftarkan selepas lahir, JPN juga yang kata nama suami saya tak boleh dipendekkan, kena letak semua namanya, bapanya dan datuknya (surname) berserta nama penuh anak saya dan perkataan 'bin'. Pening saya sekejap!

      Delete
  7. tak kisah bangsa ape, negara maner, yg penting tolerate jujur & ikhlas..
    mcm my mum, dia tak kisah lyn nak kwin dgn org mane.. yg penting kena btul2 jujur n ikhlas..
    dah suka kan, takkan nak halang gak...
    meh carikkan Lyn sorang.. hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendaftaran dah ditutup! Hahaha....

      Itu tandanya mak Lyn suruh cari bakal menantu cepat-cepat. Maknya dah tak menahan tunggu bunyi kompang sekali lagi tu, Lyn...

      Delete
  8. Ai MD.. ni komen saya yang pertama ke ada yg sebelum ni? Lupa pulak yg ditaip di sekolah tadi dah tekan publish atau belum. Lupa juga di blog ni ada pakai approval ke tak.. lagi lahi sekali tak kisahla ye...

    Nama yang comel, sesuai dengan kedua2 budak comel tu.. dan ada tak gelakkan suami MD Pasal orang malaysia yang makan orang? Haaa.. lucu2

    Eh, apa lagi komen tadi ye... ndah lupalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yang kedua, AN. Takpalah lagi banyak komen, lagi saya suka aje :D

      Kalau saya letak nama anak ikut tradisi Uzbek, kesian kat cikgu sekolah. Tak pasal-pasal pula tergeliat lidah. Lagipun saya tak mahu anak saya terasa namanya lain macam pulak berbanding kawan-kawan sebaya. Tapi nama tu memang boleh diguna pakai kalau dia menggunakan pasport Uzbekistan lah...

      Delete
  9. oh no, ada orang makan orang kat M'sia? nehi nehi.. kesian kat kita cerita mcm tu yg ada dlm sukatan pelajaran dia orang….
    Bila MD cerita pasal mereka posing bagai nak rak bila tgk pokok durian, tetiba teringat yg orang pun pandang saya semacam bila snap pokok dan buah epal…. hahaha, lantak la apa orang nak kata :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya pun terfikir perkara yang sama. Saya pun jakun juga bila tengok pokok anggur kat pintu rumah. Jadinya saya dan HD memang serilah. Mengumpat mengata tak ingat, padahal back to square one aje!

      Lepas ni Nur dan anak-anak nak guling-guling atas salji ke? Winter katanya dah hampir. Nanti ambil gambar boleh tunjukkan kat HD saya betapa kita orang Malaysia ni excited nampak salji macam dia excited membelek pokok pisang!

      Delete
    2. Hari ni dah ada beberapa part kat UK yang turun snow even masih dlm autumn…. kat bradford pun suhu sejuk lain mcm jugak, mcm nak turun snow jer… ok ok, nanti saya update gambar budak2 golek dlm snow…. jgn lupa tunjuk kat HD….
      suka ayat MD "back to square one" tu….
      balik M'sia, mana boleh golek2 lagi… kita golek kat tepi pantai pulak :)

      Delete
    3. Budak-budak golek dia tak kisah tapi kalau orang dewasa golek-golek atas salji, itu yang dia kata 'jakun' dan pelik aje nampaknya. HD tak perasan yang dia tu siap bergambar posing maut nya kat bawah pokok durian. Sama ajelah kejakunannya, ya tak?

      Delete
  10. geography saya teruk zaman sekolah sebab saya suka sejarah. bila berkahwin dapat suami yg minat geografi dan suka tengok peta...tumpang minat tulah. sebab tu part2 cerita cam mummydearie tulis ni saya suka baca. geography plus sejarah....seronok kan kita expert fasal sesuatu bila kita menempuhi pengalaman itu. cam juga bila jumpa "mat salleh", asal jumpa omputih je dulu, kita ingat dr US, dari Britian walhal bila kita dah duduk bersama mereka, boleh agak, ini dari Germany, ni dari Denmark dan sebagainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Hubbydearie pun pelik bila saya kadang-kadang tersasul panggil mat saleh kat semua orang putih kat Malaysia ni. Yalah, mungkin masa zaman dijajah dulu kita rujuk mat salleh tu pada orang british aje tapi akhirnya semua orang putih kita 'mat salleh'kan aje. Masa bawa bakal suami kepada keluarga pun mereka tanya, ni nak kahwin mat salleh mana ni? Berpintal-pintal lidah saya nak menjelaskan Uzbekistan ni kat mana :D

      Delete
  11. ~~~ kata nak dress up kan baby girl. Hahhaha.

    Wahhh.... bagus goegrafi u... MA takat lulus je la. Apatah lagi nak belek globe atau map. Tapi, ada hati... beli atlas beratus.. konon nk bg anak tgk. MA sendiri pun takde hati nak tengok. Huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata ajelah...hahaha....

      Kiranya ada niat nak belajar pun dah kira baik tau, MA. Sekarang ni MD memang ada sedikit kemalasan bab-bab belajar ni (banyak sebenarnya tapi malu nak cerita ...hehehe)

      Delete
  12. Emmm... macamana agaknya kawen campur nikan MD...
    Hehe...apa salahnya puji suami sendiri....pahala you.....Kebanyakan anak anak yg berkawen campur ni selain hensem hensem, mereka pun genius ....Banyak kelebihan di situ atenya... Sukalah tu! hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang tu OKje, kahwin teman satu sekolah aje (silap-silap satu kampung...) hensem-hensem, lawa-lawa aje anak-anaknya. Taknaklah MD beritahu siapakan...nanti kata mengumpat depan mata pulak :D

      Eh, ya ke ni OKje? Simpul-simpul MD membaca tau tapi ada sikit sedih dalam hati sebab bila kawin campur apsal pulak warga asing yang dapat nama? Genes tu kita orang share tau bagi turun kat anak-anak. ...

      Delete
  13. kesian sama malaysia,kok ita msih panjat pokok..sama macam seorang blogger yg tinggl kt peru..org sana boleh tanya malaysia ni mau ke tak..ada jugak yg tk tahu kewujudan malaysia..depa terkejut la tak budget yg Malaysia ni negara membangun...

    seronok kawen mix sbb budaya adat lain2,boleh belajar..anak keluar pun comel2..tak kisah la ikut gen sapa pun..salah sorg ok je muka sesapa pun..jgn dua2 gennya kelain sudah, tu pelik tu.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa sungguh tergigit lidah mempertahankan bangsa masing-masing :D Gaduh-gaduh manja gitu minta dipujuk, kan... Itulah ada ke kita ni spesies panjat pokok, makan orang...sekarang ni baru HD tahu betapa mewahnya kita orang...hari-haripun kat rumah menu ayam, daging, ikan mahal. Takda pulak saya serve daging orang huahahaha...

      Delete

Post a Comment