Hujung minggu bila tiada aktiviti luar biasanya my family and I dok dendiam aje di rumah. Selain aktiviti 3 in 1 (masak-memasak, kemas mengemas dan gosok menggosok), movie marathon, tidur kesiangan dan melayan keletah anak-anak, I suka sangat tengok rancangan di Channel 727 (Foodnetwork Asia). I suka tengok Giada at Home, Barefoot Contessa, Down with the Neelys, Good Eats, Iron Chef dan banyak lagi lah tak tersebut di sini *senyum senget sebelah ala-ala celebrity chef *
Paling best bila menonton Iron Chef America. Bukan senang nak menggunakan bahan rahsia dan-dan tu juga. I paling suka Iron Chef Geoffrey Zakarian. Menu yang disediakan memang super awesome lah (walaupun I rasa kalau I jadi judge, macam tak cukup aje makanan untuk judges rasa untuk bagi markah...)
Tetiba aje rasa macam Iron Chef MD pula yang masuk TV dan bertanding menentang pencabar yang tak sabar-sabar nak mengalahkan kita (Bila pula Iron Chef MD ni jadi warga Amerika dengan rambut blonde dan mata coklat cair without contact lenses) Bermulalah aktiviti potong memotong, cincang mencincang dengan dua pembantu chef yang bukan calang-calang sambil sesekali tersenyum manja menjeling pada pencabar yang terkial-kial nak fikir menu hebat untuk mengalahkan si Iron Chef MD nih *gelak besar*
Biasanya lepas habis menonton, semangat memasak memang di tahap tertinggi dan kalau Hubbydearie tanya,
You tengah buat apa ni, dear?
Shhh... jangan kacau! Iron Chef tengah sibuk memasak ler!
Yalah, nak menyediakan lima hidangan super hebat dalam masa 1 jam, kan mana boleh orang kacau nanti kelain pulak jadinya.
Tapi tak tahulah mengapa... selalunya ending menu yang sama juga : ayam goreng, sayur goreng dan satu lagi menu yang a bit heavy untuk hidangan keluarga. Kalau tidak pun, mi goreng atau berspaghetti ajelah kita. Kotnyalah kan Iron Chef MD ketandusan idea nak menggunakan bahan rahsia ataupun memang tak reti masak ni?
Takpa, takpa tak payah susah-susah sampai berkerut dahi nak memikirkan. Tak baik tahu main tuduh tuduh kita tak pandai masak *gelak lagi besar*
Lepas tu boleh tengok Restaurant Impossible. Tetiba aje Iron Chef MD terdesak sangat sampai terpaksa buat panggilan SOS ke Chef Robert untuk menyelamatkan bisnes makannya yang dah nyawa-nyawa ikan dan nak gulung tikar. Chef Robert ni macam adiwira tau. Nampak tak tetiba dia turun ke tanah ala-ala superman dengan Iron Chef MD dalam pelukan sambil matanya merenung tepat ke mata Iron Chef (Eh, dah macam kisah cinta pulak!!) Dengan USD10,000 dia mampu menyelamatkan bisnes makan kita tapi kena tahan mulutnya yang tak boleh blah tu...
Lepas tu Iron Chef MD pun ke dapur dan memeriksa segala perkakasan. Mana yang tak patut simpan kena buang dan fikirkan menu baru untuk menyelamatkan perut lapar keluarganya ^_^
And then, kita boleh menonton pula rancangan pertandingan macam FoodNetwork Star, Chopped, Food Network Challenge mahupun Sugar Dome. Alahai, they all ni entah apa-apa agaknya. Maklumlah amatur katanya. Cuba suruh I yang masuk bertanding. For sure keras kejung kat situ juga. Kejang. Tak tahu nak mula kat mana dan nak masak apa. Akhirnya berlari nangis-nangis masuk bilik persalinan dan jadi peserta pertama dalam sejarah pertandingan tersebut yang kalah tanpa bertanding.
Tapikan bila tengok peserta tersingkir, I pula yang emo. Siap merembes air mata kat pipi. Punyalah terukkan, tengok rancangan masakan pun boleh nangis-nangis. Si Abang memang suka buat sport check kalau Mommy tengok TV sorang-sorang dan kemudian garu kepala pelik sambil dalam hati berkata,
Apahallah Mommy ni...tengok orang kalah pertandingan memasak pun nangis! Betullah dalam hati ada taman. Kita ni mesti dapat gene kememeh daripada Mommy nih!
And then bila I selesai memasak dan sedang menjamu selera bersama my family, keluarlah kata-kata penghinaan seperti ini,
Bukan main hebat Iron Chef ni memasak. Kita tetap juga makan menu yang sama aje!
Belajar goreng ayam kat Food Network Asia ke???
Eh, helo! Nasib baik masak tau...
And then bila I selesai memasak dan sedang menjamu selera bersama my family, keluarlah kata-kata penghinaan seperti ini,
Bukan main hebat Iron Chef ni memasak. Kita tetap juga makan menu yang sama aje!
Belajar goreng ayam kat Food Network Asia ke???
Eh, helo! Nasib baik masak tau...
P.S. Hahaha...kesian! Sampai habis pun takda gambar dan resepi masakan Iron Chef MD, kan. Maaflah I ni memang suka berangan!
*Gambar macho chef Zakarian telah digooglekan*
*Gambar macho chef Zakarian telah digooglekan*
hahaha..kuat berangan ye..dee suka juga tgk..tp skrg xde masa u..hehehe..
ReplyDeleteBerangan itu mesti. Percuma kan :D Yalah tu masa menonton, punyalah excited. Tak sabar-sabar nak check resepi. Abis rancangan, lemah semangat balik!
Deletemy fav channel. klu duk sorang2 mmg channel ni gak yg di tengoknya..
ReplyDeletelepas terliur2 sorang2.. hahahah
Mungkin inilah sebabnya Lyn suka makan kot... :D Akak memang excited sungguh tang rancangan masakan nih.
DeleteSalam ukhuwah dan Salam Maal Hijrah dari Bunda...
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah, Bunda!
DeleteAkak jarang tgk rncangan masakan kat tv tapi akak suka kumpul resepi..nmpak jer buku resepi beli..lepas tu belek tak hingat dunia. Tapi hari2 masak ayam pedas dan ayam kicap jer...hihihi..
ReplyDeleteOh, memang standardlah tu. Sebab mengejar masa, kan. Maklumlah emak-emak ni memang kena buat banyak kerja dan pantas :D
DeleteSama macam saya juga, akhirnya lauk yang dihidangkan tak sama pun dengan resepi dalam tangan!
Waa.mesti sedap dia masak2 ni...maklumla lepas nengok iron chef bagaikan...kalo saya pun sama ..hehe..semangat masak3 berkobar2 biler nengok ranc masakan saya suks nengok license to grill tu...
ReplyDeleteOh, Lizz... janganlah mengharap sampai ke bulan dan bintang! Saya rajin tengok rancangan masakan tapi tak serajin Lizz memasak untuk anak-anak. Janji masak aje, nak makan tak nak makan, nasiblah...mak dah penat oooi!
Deleteserius KA mmg suka tgk citer2 masak2 cenggini.. sampai Adik komen ummi ni semua dier nak tgk masak tak jugak hehehe
ReplyDeleteHahaha...kelakarlah! Tulah masa tengok tu bukan main excited nak mencuba. Lepas tu aduhai... ayam+sayur+lauk biasa-biasa aje :D
DeleteSaya ni MD..kalau bab masak memasak ni memang lemah tp tang makan tu laju je....sy lebih cenderung pd kerja seni n kemas rumah...hehe....
ReplyDeleteSaya pula memang langsung tak pandai kerja seni ni. Nak jahit butang baju pun menggelupur :D
DeleteBab kemas mengemas ni saya pun suka juga :)
kalau tgk rancangan memasak mmg nampak mcm eh simplenye.. eh nampak sedap tp bila nak try.. jadi len ataupun selalunye hmm nanti2 lah cuba heheh :)
ReplyDeleteItulah kan...macam eh baling-baling, campak-campak dah siap. Tapi bila kita nak cuba buat ahah..mulalah menggelupur tak tentu pasal :)
DeleteKakak rasalah MD kalau dah nama isteri, ibu dan wanita sukalah menonton rancangan masak-memasak.. and the best part walau cadangn nak masak sedap tak tercapai tapi kita tetap masak juga kan...
ReplyDeleteBetul tu, kak. Masak tetap masak tapi tang nak mencuba resepi baru tu memanglah alahai, malas sungguh. Masa menonton aje rasa teruja lepas tu lemah semangat balik :D
Deletesy suka juga tgok rancangan masak..masa pregnant afia dulu la.skang macam takde masa sgt nak mengadap tv..balik kerja mengadap anak,nk mengadap blog lagi kan..klu kerja pagi sy tak on9 kt opis tahu,.keja petang sorg2 je.malas pun klu dh bwk anak pegi opis tak sempat nak usha blog dah..hehe
ReplyDeleteuntung jugak msk ye..klu tak larat ke nk hadap nasik bungkus hari2..haha samalah kita pi mai pi mai benda tu je la sy masak..
Kira PK ada juga alasan kena kerja shift kan. Mcm saya dah lah waktu kerja sampai 4.30 ptg, balik aje rumah mmg terus pakai uniform bibik gitu...
DeleteMak pon suka gak tgk rancangan masak memasak ni. Latest 1, baru je abes tgk MKR. Laki bini jd penonton setia tetiap malam! Ahaha..
ReplyDeleteMasak?? Ujung2 minggu klu xouting mmg adalah masa utk mak kluarkan resepi2 tok nenek segala la..Errr supaya tak lupa, x ilang resepi dlm kepala..
Oh, Mak lagi terrer rupanya! Saya resipi siap simpan dalam file gitu. Bila nak masak mulalah pakai spek beso sebab mata rabun nak tengok resipi. Lepas tu, pikir punya pikir punya pikir, kita masak yang biasa-biasa ajelah tak payah tengok resipi :D
DeleteHaha...dah itu aje faveret family yeh MD....macamana nak bertukar menu lain pulak hehe.....
ReplyDeleteJarang pulak okje tengok channel omputih masak MD hehe ....tengok malaysia punya je....senang sikit nak faham haha....
ohhh spesis kememeh jugak ke ni? Hehe
Oh, iyalah OKje! Memang yang dalam hati banyak taman tu sayalah...MD ni kalau tak betul-betul tengok cerita kartun pun leh nangis tau.... sama taraf tak kita?
Delete