Oh, janganlah salah sangka ya!
Entri ini bukan didedikasikan buat Hubbydearie tetapi untuk buah hati yang lagi seorang ni, si Adik Cute ^_^
Esok, 9 Nov 2013 genaplah umurnya 2 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Baru semalam rasanya I dengar suaranya menangis buat kali pertama selepas dilahirkan, tahu-tahu dah dua tahun si kecil yang banyak keletah dan suka buat muka comel bila orang memerhatikannya.
Adik Cute sepatutnya lahir pada 11.11.11 tetapi entah kenapa dia ambil keputusan nak melihat indahnya dunia baru ni dua hari lebih awal. Berbanding dengan Abang, semasa mengandungkan Adik ni memang sangat mencabar. Dari awal kehamilan sehinggalah ke peringkat akhir, memang terseksa jiwa raga.
Macamana Abangnya dulu begitulah juga dengan Adik. Cumanya kali ini I sendiri dengan rela hati masuk hospital. Dok dalam labour room sejak pukul 3 petang sehinggalah 10 malam selepas kena induce malangnya Adik tak mahu juga keluar-keluar. Terpaksalah akhirnya ditolak masuk ke bilik pembedahan dan adik lahir pada 12.30 pagi. Dia dah berpakat siap-siap dengan one of my sisters untuk berkongsi tarikh lahir ni. Jimat budget nanti ~_^
Adik ni sejak lahir comelnya mengalahkan baby girl. Selalu aje orang salah-sangka walaupun dipakaikan sepersalinan pakaian berwarna biru. Bila bawa berjalan, sama aje tekaan orang yang pertama kali melihatnya,
Alahai, comelnya baby! Perempuan eh, kak? Sapa namanya?
Bila I sebutkan nama, terus tercengang-cengan sambil geleng kepala tak percaya!
Menjaga Adik semasa baby tidaklah sesukar mana tapi being a super freaking mak, memangnya bimbang tak bertempat. Nasib baik masa Adik lahir my eldest sister sudi nak tolong menjaganya. Lega hati dapat ahli keluarga sendiri yang tolong tengok-tengokkan Adik.
Bagusnya Adik sekarang dah pandai menolong Mommy. Mintalah dia ambilkan apa-apa, memang segera dia lari kelam kabut, berebut nak tolong dengan Abangnya. Kalau kita menonton TV, cepat aje dia ambilkan remote control bagi kat tangan.
Bila Mommy jemur pakaian, Adiklah yang tolong hulurkan pakaian pada Mommy ~_^ Adik juga sekarang ni tak suka makan bersuap. Tak macho mungkin. Dia belajar makan sendiri dan of courselah, lebih banyak tumpah ke lantai berbanding yang berjaya masuk ke mulutnya.
Keletah Adik memang cute sangat-sangat sekarang ni. Sejak boleh sebut beberapa perkataan ni, Adik suka panggil 'Mami' kalau nak tidur. Yalah dia nak Mommy baring sebelah supaya dia boleh gulung-gulung rambut Mommy. Kadang-kadang tu bila kita dodoikan dia, tangan dia pun sama mendodoikan kita. Akhirnya mak dan anak terbongkang tertidur atas katil ^_^
Kalau Adik nak Mommy happy, Adik cuma perlu jadi anak yang baik dan mendengar kata. Mommy tak minta apa-apa balasan pun daripada Adik mahupun Abang atas segala pengorbanan dan kasih-sayang yang Mommy curahkan.
Doa Mommy untuk anak-anak cuma satu : Semoga anak-anak Mommy menjadi orang yang berguna dan sentiasa menjalani hidup yang diredhai oleh Allah.
Selamat Hari Jadi buat matahari, bulan dan bintang Mommy yang sangat berharga ni!
happy birthday adik..moga jadi anak yg soleh ye..comel dia..
ReplyDeleteThank you :D
DeleteMoga-moga Adik jadi anak yang baik. Amin.
Hepy Bezday Adik Cute yang memang cute, geram tengok pipi.....Moga doa mommy dimakbulkan Allah hendaknya....
ReplyDeleteOkje tgh nak scan muka adik cute ngan abang bubbly ni.....nak bayangkan muka mommy ngan daddy.... macamana agaknya...... yelah nak tengok muka mereka real entah bilaaa.... huhu
Alahai OKje, janganlah minta bukan-bukan...hahahaha....
DeleteTerima kasih buat ucapan untuk Adik Cute ye.
Ni nak bagi clue, si Abang ikut Mommydearie dan si Adik ikut Daddydearie. Cuba OKje scan sekali lagi....
P.S. Walaupun dah dapat hp baru, MD tetap nak low profile gitu...hehehe....biarlah rahsia yek!
Emmmm yelah tu .....rahsialah sangatttt....
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteHappy birthday!! may Allah bless you always..may all your dream come true adik!! semoga menjadi anak yg soleh dan sentiasa membahagiakan keluarga :)
a'aa lah kak, bile tgk pic2 adik dr kecik nih, sofia akan soal benda yang sama..die nmpk mcm perempuan
regards,
Triplesmiley
Salam Sofia,
DeleteMommy tak mengidam pun nak anak perempuan tapi bila keluar another boy dan muka 'jelita' begini, semua pun tanya soalan yang sama, "Mommy nak anak perempuan ke?"
Thanks Sofia for the do'a!
alahaiiii dah besar dah dia..
ReplyDeletehappy birthday adik.. semoga menjadi anak yg soleh...
Thanks, Lyn.
DeleteMasa tu sangat cepat berlalu. Belum puas gomol-gomol anak, tengok dah besar rupanya anak bujang Mommy nih!
Ishhh...ter'emo' sekejap!
Memang cute sangat.... Owhhh...cantik kalo keluar time due tu. 11.11.11
ReplyDeleteXpe la... Keluar awal, dapat jumpa abang awal2 :)
Itulah pasal. Bukan main excited beritahu berita gembira Adik nak keluar on 11.11.11 Tup-tup dia tak mahu tarikh tu dan dah excited sangat nak jumpa MommyDaddy dan Abang on 9.11.11!
Deletesekejap dah bakal menantu ni besar ek.hakhak..
ReplyDeletehappy brthday adik cute,semoga cemerlang dunia akhirat..
mmg cute adik ni.tgok pic2 dia macam nk terkam..perangai pun cute,bagus sebenarnya budak yg tak suka tgok tv.besar nti mesti cerdik budaknya..:)
Thanks, PK.
DeleteAt last, dapat juga panggilan bakal menantu yek (walaupun kena beratur panjang masa registration..hehehe)
Hopefully Adik akan membesar dan jadi anak yang berguna. Doa Mommy memang itu ajelah...
Happy birthday adik yang super cute… tgk gambar pun dah rasa geram, kalau dekat confirm dah kena cubit dengan auntie ni…
ReplyDeleteAdik dah tak sabar nak jumpa mommy dan abang, tu yg dia keluar awal…
Moga adik terus membesar jadi anak yang membahagiakan mak ayah :)
Thank you, Nur!
DeleteSekejap aje kan rasanya anak-anak ni membesar. Sekarang ni pun saya dah sedih-sedih sekali sekala bila mengenangkan bila anak dah besar panjang dan kita tak dapat nak gomol mereka sesuka hati lagi. Syahdu pulak rasanya....
Happy birthday adik!!.. Memang kakak tengok adik macam gegirl. Cumiiillll sangat:)
ReplyDeleteThank you, Kakzakie!
DeletePuas nak buat Adik jadi macho tapi tulah mungkin sebab masa kecil muka tembam dan rambut curly-curly ala barbie doll gitu.
Apa-pun Mommynya tak pernah pula teringin anak perempuan masa mengandung dulu. Anak lelaki pun takpa, senang sikit nak jaga..hehehe...
happ birthday Adik suka tgk pic2 dier masa kecik, cute sangat !
ReplyDeleteThanks, KA. Adik tu cute sebab ada gene Mommynya...hahahah...
DeleteDone clik2 nuffnang juga yer
ReplyDeleteAlahai, KA. Terima kasih banyak-banyak. Tak sangka pulak KA pun tolong klik kat sini. Thanks ye!
DeleteHappy birthday!
ReplyDeleteHehe. Muka jambu sangat, tu yang orang konfius baby gurl or baby boy. Tapi dah besor nanti elok la nanti jadi hensem muka tu.
Hopefully jambu sampai tahap ni ajelah. Dah besar nanti Mommy nya nak yang macho aje, namapun anak lelaki kan :D
Deletecomelnya adik!!
ReplyDeletehepi beday adik!! jadi anak kebanggaan keluarga ye sayang...
Thanks, Wahida!
DeleteKecil-kecil dah lasak sesangat budak nih....
happy birthday adik..
ReplyDeletetgk muka sgt cute...alahai..admire dgn rambut tu..
Thanks, Ummialyaanas!
DeleteNampak macam gegirl ek? Rambut si Abang masa kecil dulu lagi cun tapi tersalah potong pulak dah. So tang Adik ni, takut sungguh kalau silap potong lagi :D
betul kak...mmg iras muke gugurl pun kecik2 heheeheh skrang dah nampak boiboi nye...hensem plak tu.....siap le jd idaman gadis besar nanti ...auwww!!
ReplyDeleteselamat hari lahir sayang...moga jadi anak yg bijak, sihat dan soleh...moga jadi kebanggaan mama n papa dunia dan akhirat....amin...
Thanks, Lieya!
DeleteItulah, macam-macam anak2 sedara pi bega-bega. Dipakaikan shawl ler, inner ler, topi gegirl ler...naik risau Mommynya. Takpalah ek, kiranya ni dah nampak boboi sikit kan!
happy birthday adik moga panjang umur,,murah rezeki dan jadi anak yang solehhh...kenapa la cute sangat adik ni putih gebu tau geram nengok pipi dia tu.....
ReplyDeleteThanks, Lizz!
DeleteAdik putih gebu tu ikut Mommylah tu..hahaha :D
Happy birthday adik.. ...memang comel sangat adik ni.. semoga membesar jadi anak yg soleh dan berjaya k..
ReplyDeleteDah boleh minta adik tu...
Thanks, AN!
DeleteAuww,,,tang tu tak terfikir pulak. Dua dah cukup kot :)
cute dan comel sangat adik...
ReplyDeleteSelamat hari lahir dear...semoga mnjadi anak soleh..
Thanks, MP!
DeleteMoga-moga Adik akan jadi anak yang baik. Amin!
Alololo. . cutenya adik. .memang ada nmpk mcm gugirl sket sbb adik sweet mcm unty. . hehe,tumpang glamour kejap
ReplyDeletehapppy bday syg. .moga membesar menjd anak yg soleh
Thanks, WA!
DeleteAdik tu ada gene Mommy ler sebab itulah comel gitu...hahaha :D
Happy birthday adik.
ReplyDeleteMata dia lawa
Thanks, Yatie!
DeleteAgaknya mata tu boleh buat gegirl 'cair;' tak ? Hehehe :D
hepi besday adik!! Be a good son tau..!!
ReplyDeletesyomel giler dia eyh
Thanks, ML!
DeleteInsya allah, Adik akan jadi anak yang baik. Amin!
dtg jgk xde n3 baru, xpe KA sedekah clik2 nuffnag dulu hehehe
ReplyDeleteThanks, KA sudi juga singgah walaupun takda entri baru. Tuan rumah bercuti itu yang mendung sikit rumah banglo nih :D
Deletecomel-comel anak you ni....
ReplyDeleteTerima kasih ya, Angah!
Deletesalam..mekasih singgah blog m3h..comel2 hero berdua ni..
ReplyDelete