Thursday, November 21, 2013

Cerita kasut tumit tinggi

I ni dah lama sebenarnya tak berkasut tumit tinggi, tumit halus dan seangkatan dengannya. Kalau ya pun nak beli kasut, mesti nak tengok berapa inci yang tinggal. Kalau lebih daripada 2.5 inch tu memang menempah padah ajelah kalau gatal tangan nak ambil juga. Eh, tetiba teringat tangan yang gatal ni ada beli dua pasang kasut yang sama, lain-lain warna sebelum raya hari tu dan masih tersimpan rapi dalam kotaknya. Matilah kalau Hubbydearie tahu, mahu kena hempuk kang ni! Jap, jap eh I nak gi tengok dalam bonet kereta. Itu I punya stor kasut tu, kalau nak tau. Hasil-hasil yang disembunyikan daripada Hubbydearielah tu.

Sejak jadi mak superheroes a.k.a superwoman/bionic woman/supermom ni memang I cuma membeli sandal dan wedges ajelah. Lain-lain dah kurang membuas nafsunya dek kerana sepasang kaki yang dulunya aktif bercatwalk ini sudah tak tahan kena dera, sakit aje memanjang (ke dah  tua dah ni? congak sendirilah ya, kalau gatal tangan tu nak mencongak...hehehe)

Teringat pula pada zaman kegemilangan dulu-dulu. Eh, takpa kan I nak cerita zaman kegemilangan I, you all baca ajelah senyap-senyap jangan menguap dan jangan mengumpat lebih-lebih ya!

I ni dah bertumit tinggi sejak first day belajar di universiti lagi. I gi belajar pakai baju macam secretary nak pergi kerja tau padahal selalu aje kena buat field trip pakai kasut sukan. Itu tidak mematahkan semangat I untuk bercatwalk tanpa mengira masa dan tempat. Dalam dewan kuliah pun I catwalk aje. Peduli apa...

Sampaikan masa semester pertama first year belajar, ada kengkawan satu course yang tak kenal tanya kat kengkawan yang I kenal,

Eh, lecturer tu Melayu ke Cina hah? 

Aha, pakaian dan catwalk akak sampai dapat title pensyarah tak bertauliah gitu...tak payah susah-susah belajar bersengkang mata tau...

Alkisahnya dulu-dulu masa zaman 20-an memanglah I kalau keluar rumah lebih selesa bertumit tinggi. Banyak jugalah kejadian yang tak diingini berlaku. I ni dulu-dulu kejar bas pun bertumit tinggi. Rileks aje... Setakat bertumit tinggi berjalan dari Jalan Silang ke Sogo  tu kira perkara biasa aje. Takda masalah adik manja nak buat dulu-dulu. Cubalah sekarang ni suruh I buat perkara yang sama, mahunya tertonggeng, buat aksi lawak depan public lagi.

Kalau dulu orang sibuk cari buku rujukan, I pula sibuk cari kasut. Memang minat sungguh menyusun kasut depan rumah (masa tu I duduk dengan my eldest sister). Kasut I pergi kuliah lebih banyak daripada kasut my sis nak pergi kerja ^_^ Macamana tu? Sekarang ni  memang takdalah I buat kerja menyusun kasut macam budak salesgirl kat kedai kasut tu. Semua pun masuk aje dalam kotak, simpan dalam boot kereta. Itu antara langkah-langkah keselamatan daripada terpaksa masuk bilik untuk sesi soal-jawab bersama Hubbydearie @_@

Pernah sekali I ikut my ex-bf pergi his konvo. Siap beli tumit tinggi baru. I ingat lagi kasut tumit tinggi halus berwarna hitam. Entah mengapa tersilap pula saiz, tapi nak juga pakai kasut tu gi his convo. Apalagi, meranalah I sepanjang masa dek kerana kasut yang longgar dan belakang tumit luka kerana kasut baru (Orang suruh gigit kasut lepas beli tapi kita gelilah nak main gigit-gigit ni so nasiblah kan...)

Setakat tumit kasut patah tu kira takdalah masalah besar pada I tapi nasib baik bila ia berlaku I memang selalu aje dalam shopping mall. So, teruslah gi beli sandals. 

Pernah juga sekali masa tengah sibuk bercatwalk tetiba tumit kasut termasuk dalam lubang kat pavement. Terus I terduduk kat situ juga. Dahlah sikit punya ramai orang masa tu kerana peak hours orang sibuk nak ke tempat kerja. I pulak baru start kerja kat satu company ni di Jalan Ampang. Kebetulan masa tu ada bas berhenti di sebelah nak turunkan penumpang. Apalagi, untuk mengelakkan malu (walaupun muka dah merah padam) dilihat penumpang dalam bas dan orang-orang keliling yang maha ramai ketika itu, I pun bangun macam ala-ala ahli gimnastik gitu and terus jalan catwalk! Tapi muka merah betul wooi...

Sampai kat pejabat terus masuk bilik air, menahan sakit dek luka di kaki ..hahaha...

Paling tak boleh blah bila satu hari I tengah berjalan di Ampang Park (ni cerita zaman umur 20-anlah, ya)  tetiba datang seorang lelaki  mengejar I dari belakang. I dengar macam ada orang menjerit, "Excuse me! Excuse me!" so I pun tolehlah. Mamat tu terus bagi his business card and told me this, "I like the way you walk!" Aduhai, sadis sungguh bunyinya.

(Well, he's a lawyer and sempatlah berkawan beberapa bulan...kahkahkah....)

Sekarang ni lebih banyak rasa teringin membeli aje berbanding memakai tumit tinggi. I dah seriklah. Sakit kaki ni Tuhan ajelah yang tahu. Sekarang kalau pakai wedges pun hanya sempat dari dalam kereta masuk ke pejabat. Lepas tu terus tukar selipar cabuk kekadang ^_^ Tak kuasalah akak nak catwalk-catwalk lagi sekarang ni. Badan pun dah berat. Dulu lainlah badan maintain 42-45 kg aje, yalahkan zaman anak-anak dara selalu dapat bunga dulu memanglah indah ~_^

Eh, nak stop sinilah sebab bila terkenang zaman dulu-dulu ni mulalah syok sendiri bermaharajalela. Nanti muntah kuning pula bila you all membacanya...

Adios!
 

 

 




16 comments:

  1. hahaha suka sgt cerita ni, ia macam mengimbau cerita KA zaman muda2 dulu (mudalah sgt !)
    Plg x boleh blah kejar bas dgn kasut tumit tinggi, alih2 nak turun baru tau tumit kasut tinggi tu dah patah sebelah... hahahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa zaman kegemilangan tu KA kita nak orang nampak kita cantik memanjang aje. Takpalah walaupun sengsara bertumit tinggi, yang penting kita nampak tinggi (eh, pecah tembelang pulak kita ni tak tinggi rupanya...)

      Delete
  2. dah mcm lyn suka simpan kasut baru beli dlm bonet kereta. takut kena bebel dgn my mum sbb tak sudah2 beli kasut, sampai penuh rak.
    tumit tinggi lah best kak.. baru ade confident berjalan gitu.. yeker.. hahahha
    tapi mmg lyn tak reti pakai flat shoes, rasa mcm tak pakai kasut jer.. klu pg kedai selipar jer lah. takkan nak pakai high heels kot hahaha
    so kemana2 mmg dah biasa dah pakai high heels.. baik kerja or jalan2.. kata nak catwalk kan.. hahahhaa
    cuma klu lama sgt keluar tuh lyn prefer wedges jer. comfort.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib buat gitu tu, Lyn. Nanti kena soal jawab, interrogate bagai pulak. Masa tulah tetiba aje kena penyakit lupa - lupa bila beli, lupa harga dan lupa ada kasut baru tapi tak pernah pakai. Hidup mestilah bijak, kan....

      Delete
  3. eh betulla kita dulu masa anak dara memang la suka pakai kasut tumit tinggi...kalo tak pakai memang tak sah rasa togel jer kaki ni...kejadian yang sama jugak berlaku kat saya yang tersadung terjatuh pun ader...tapi bila dah mak2 ni nak pakai kasut tinggi ni leceh..last2 pakai kasut leper jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam jalan berkaki ayam, kan. Lagipun macam saya ni yang tak begitu tinggi (hehehe) seharusnya tumit kasut mesti tinggi. La ni, mana boleh nak kejar anak-anak pakai tumit tinggi. Haru biru pulak insiden mencuit hati tu nanti. Jadi bahan gelak aje...

      Delete
  4. haha amboi kemain mengimbau kenangan silam brsama heels,siap berkapel sama abg lawyer lagi..dh tu tak pasal2 dpt title lecturer..haha

    sy dr zaman anak dar smp mak dara tak suka pkai heels..lpun kejap sgt merasa jadi anak dara sudah dipinang.huhu..skang pakai heels bila pergi kursus je..lain tempat pakai selipar cabuk.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dapat mengimbau, memang perasan abis. Ala-ala berangan cam cinderella sekejap. Takut pula yang membacanya tak tahan nak termuntah-muntah. Nak masuk bakul angkat sendiri, tak larat pula sekarang ni kaki dah sakit...hahaha....

      Saya memang minat sungguh tumit tinggi, PK. Itu cerita lamalah. Sekarang ni kalau terbeli pun buat simpan dalam muzium. Anak perempuan takda. Nak tunggu menantulah pulak....entahlah kasut tu leh in lagi ke tidak bila sampai pada menantu..hahaha...

      Delete
  5. Haah...ni kiranya dah tukar kasutlah ye.. bab ni saya kagum betul dgn seorang cikgu senior kat sekolah saya, pakai hampir setiap hari kasut tumit tinggi yang halus tumitnya ke sekolah.. bayangkan akak ni umonya dah 55 tahun.. memang bergaya macam orang 40an.. kagum betul..

    Saya pun macam MD. Sekarang ni pilih wedges je.. selesa dan mudah brgerak...

    Suatu masa dulu berat 42kg, pakai kasut tinggi, jalan catwalk ... hihi.. patutla sampai sanggup mamat uzbez tinggalkan negaranya...pecah rahsia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni pakai sandals ala-ala orang tua aje, AN. Kaki sakit bangat sekarang ni :D Dah tua kan....

      Ada kawan kat pejabat ni pun sama juga, dah lebih 50 tahun tapi masih bergaya cam anak dara. Tumit kasutnya alahai, ngilu saya tengok... tinggi benar pada pandangan saya ni. Bila ada anak kecil ni, leceh sikitlah nak bertumit tinggi apalagi tumit yang halus tu. Mahu terkangkang terkiap kita bila mengejar mereka.

      Itu kisah suatu masa dahulu, AN. Lama dah tu... masa Abang Uzbek jumpa, berat dah tak maintain 42kg... tak sempat Abang Uzbek nak ajak lari-lari bawah pokok getah sambil menari, tukar-tukar baju dan angkat tinggi-tinggi....patah pula pinggangnya nanti...hahaha....

      Delete
  6. Hehe...sy sampai sekarang masih bertumit tinggi..paling rendah 2.5in sbb sy ni rendah...ehehe

    biar siksa asalkan bergaya MD......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya sanggup terseksa, WA tapi sekarang ni dek kerana anak-anak, tak sanggup sudah :D

      Saya pun bukannya tinggi... lepas sikit 5 kaki aje... la ni tak kiralah nampak rendah ke apa, saya memang tak tahan, WA. Mahu nangis-nangis tiap malam sakit kaki kalau pakai tumit tinggi.

      Delete
  7. Ehh...MD pakai kasut saiz apa ye...?yg tak dok sorok dua pasang tu kenapa..?mesti cantik n selesa sbb beli serupa tp lain2 kaler......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai saiz 6 aje. Saya kalau dah minat sesuatu, memang suka beli lain-lain warna. Tak kiralah kasut ke baju ke... Lepas buat entri ni semalam, gi check kasut tu dalam kotak dalam kereta. Hari ni kononnya, pakailah ni...hahaha....

      Delete
  8. Jap ...jap... nak bayangkan awak ni MD.......Saya dapat agak dah character awak ni macamana...mesti suka melawo kan hehe... Tapi kalau pakai tumit tinggi ni jalan kita mmg cantiklah MD...nampak sopan gitu...Okje kurang sukalah bertumit tinggi dari dulu pun, sebab kurang panndai bergaya kot...Paling tinggi tumit tu pun 1.5 inci kot... 2 inci pun kadang-kadang sebab takut terpelicuk....
    Pernah gak weyh terpelicuk depan orang hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu sukalah melawo, OKje sebab free and easy. Sekarang ni ada dua pengikut setia, payah sikit nak berangan melawo bagai... Dulu punya cerita semua pun suka, sekarang ni dah sedar diri anak dua, kurang sikitlah keghairahannya...hehehe....

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...