Bila singa menunjukkan taringnya....

Eh, apa ke hal macam pelik aje bunyi tajuk hari ni? Padahal takda pun nak berstory mory tentang singa ke, gajah ke,  harimau ke, zirafah ke (ini takleh ambil ada orang dah booked siap-siap buat trademark dalam blognya) .... Pendekata memang takdapun kisah pasal haiwan lah...

Ni nak cerita kisah shopping sebenarnya. Walla, jauh sungguh macam langit dengan bumi pulak tajuk dengan isinya, betul tak? Tak tahulah macamana zaman belajar dulu-dulu I sepanjang zaman pun dapat  A untuk Bahasa Malaysia (sombong bongkaknya hal kisah 'silau' pun nak beritahu orang....) 

Tapi I tak pernah pun masa tu tinggal nota kaki untuk cikgu macam ni,

 "Cikgu,  tolonglah saya... saya budak Melayu ni!"

ataupun, 
"Cikgu bagilah saya A walaupun karangan saya tak bagus, kalau tidak teruk saya kena sebat dengan bapa saya!" 

Ataupun tetiba aje siap tulis jawi bagi salam kat cikgu yang menanda kertas!

OK 3x, sampai situ aje intro yang merapu. Ni nak ceritalah ni. Kalau ya pun bersabarlah....

I ni memang suka shopping. Itu standard kebanyakan orang perempuanlah, kan. Jarang pula jumpa orang perempuan yang tak suka shopping ni. Kalau ada sesiapa yang kenal, bagilah I contact number. I nak berkawan dengan orang yang cam ni untuk belajar mengawal nafsu yang satu ini. Yang ada sekarang ni sama aje kekdahnya... @_@

Kalau kat pejabat tu, asal aje ada katalog, tak kiralah katalog hypermarket ke apa ke, semua pun letak atas meja I. Paling tidak pun ada aje yang interkom beritahu ada sale kat mana. Maklumlah akak ni sibuk tau pada suatu masa dahulu, memang takda masa nak check pasal ni. 

Sebelum zaman 'pergi kerja tapi takda kerja menimbun' ni berlaku, kami ada Mama Club lagi. Asal ada aje potongan harga untuk diapers ke, susu tepung ke, barang keperluan dapur ke, pakaian budak-budak ke, memang sering aje calling-calling bagi tau. I have a mama friend yang tolong checkkan weekend sale for me ^_^ Almaklumlah akak wanita berkerjaya yang maha busy masa tu @_@

Sekarang ni kerja bershopping menjadi mudah dengan adanya online shopping. Lega akak. Tak payahlah susah-payah nak dress up, make up tebal bagai lagi dah.... Lepas tidurkan anak pun boleh aje shopping dengan baju kelawar sambil tempek mask kat muka.

Kalau tetiba terjaga pukul 2, 3 pagi dari mimpi tentang shopping pun ok aje. Bangun  teruslah click, click mana yang patut. Eh, mudah betullah sekarang ni. Macamanalah nak bertabah supaya kewangan tak terjejas ni?

Kerja shopping-shopping tu memang semakin mudah. Yang tak mudahnya bila barang berada di tangan kita ataupun ketika penghantaran berlaku. Oh, pening kepala nak memikirkan alasan yang macamana harus diberi kepada Hubbydearie. Sememangnya Hubbydearie dah sedia maklum akan kegemaran membeli dan menyimpan isterinya. 

Masa inilah I selalu gunakan taktik kotor ni. Rasanya ramai pun yang buat begini... ~_^

Selalunya selepas membeli, I simpan dalam kereta dulu. My car tu hanya I yang pandu pergi balik kerja. Takda orang naik kecuali si Bubbly Abang masa ambil dia balik sekolah. So, itu tempat paling selamat dalam dunia ni untuk menyembunyikan barang.

Lepas simpan dua, tiga hari (kadang-kadang berminggu-minggu) barulah 'diseludup' masuk ke rumah. Selalunya masa buat kerja tu pun, Hubbydearie tak tahu. Terus baling sembunyi di celah-celah almari mana yang dapat @_@

Kalau online shopping lagilah senang. Hantar aje ke pejabat. Lepas tu sumbat dalam kereta, bila line clear barulah seludup masuk dalam rumah. 

Time nak menggunakan barang  tu, of course Hubbydearie akan dapat tahukan. Of course juga dia akan tanya macam-macam :- barang baru ke tak pernah nampak sebelum ni, bila beli, berapa harga, etc. etc.

Masa itulah kita pun berpura-pura dapat penyakit lupa. Semua pun lupa...

I tak ingatlah Dear berapa harga, dah lama dah ni I beli sebenarnya!

atau,

Eh, I pernah pakai sekalilah, mesti you tak perasan nih!

atau,

Eh, kan hari tu I ada beritahu, you kata ok go ahead! So I belilah...you ni selalu lupa tau!

atau,

La... sebenarnya I pun tak tahu bila I beli, baru terjumpa dalam almari!

atau,

Eh, masa  tu ada diskaun. Harga asal RM199 sekarang tinggal RM99 aje, Dear!

atau,

I beli murah aje, Dear... ada 70% diskaun!
(kadang-kadang takda diskaun pun, pandai-pandai bagi diskaun sendiri)

Walaupun ada tendency nak kena hempuk, kita berlagak rileks ajelah sebab benda tu dah terjadi pun bukannya boleh go head, go stan scene yang macam ni. Kalau nak dipulangkan pun dah tertulis kat resit tak boleh dipulangkan, takda refund!

Pernah juga sekali masa kemas almari, I terjumpa beberapa helai pakaian si Adik yang I sembunyikan dalam almari, masih lagi siap ngan tag harga dalam shopping bag. Baju tu untuk 12-18 bulan tetapi adik dan terlebih berbulan-bulan dah. Nasib baik masih boleh pakai, kalau tidak memang kena hempuk juga ni kang Mommy ni!











Comments

  1. hahaha cerita yang lebih kurang sama dgn mummy2 bekerja yang lain... done nuffnang yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah taktik kotor yang paling glamor sekali yang boleh kita amalkan, KA. Thanks again!

      Delete
  2. hahaha.. kita serupa kak..
    selalunya byk lah mencipta alasan kat my mum.. especially brg2 yg online ni. sume courier kat rumah my mum. umah sendiri takde org. so menjawap jugak lah mcm2.
    tapi klu beli kt shopping mmg letak dlm bonet, mmg berminggu2. klu kasut senang lah kan, leh terus guna. klu pakaian mmg kena seludup msuk.. terukkan kita.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, belum lagi jadi blogger terhebat dah terlupa nak reply komen...heheheh...

      Memang camtulah Lyn akak buat. Bukan kena marah pun tapi takutlah kalau kena interrogate. Takut pulak mengaku kesalahan yang lampau nanti... :D

      Delete
  3. haa pandai makan pandailah simpan. good2. takpe sis, shopping ni kan reward untuk diri sendiri..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ni saya memang expert. Penyakit lupa tu memang selalu ajelah datang lepas shopping :D

      Delete
  4. sama la kitew...dulu memang suka letak dalam bonet skang guna taktik lain pulak peram kat opis dulu lepas tu bawak balik..susun dalam lemari elok2..bila pakai hubby tanyer ckp dah lama bel padahal baru minggu lepas beli hah.... lepas tu memang alasan harga murah giler sale gegile kalo tak beli mau gile dibuatnyer haha memacam alasan nak ngelak kena bebel...tapi kena bebel ngan cik hubby ni sikit2 jer habis2 dia perli belila sampai lebam selagi tak lebam beli la lagi sampai meletup lemari tu...muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonet tempat yang paling selamat setakat ni. Tapi tak tahulah kalau HD ada buat spot check dan terjumpa entri ini, memanglah kena cari port persembunyian terbaru... Beli sampai lebam sampai meletup lemari tu ek, best juga pepatah cam ni...hahaha...

      Delete
  5. Ada seorang wanita yang saya amat, amat kenal...memang bukan kaki shopping.
    Perempuan itu ialah isteri saya. Hahahahaha..
    Sampaikan kadangkala, saya paksa dia shopping baju baru, jeans baru, blaus baru...hahahaha..
    Boleh la awak berkenalan dgn wife saya tu nanti....kikikikik..

    Tektik menyorokkan barang shopping tu adalah tak baik tau! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni, DZ nak suruh saya berkenalan supaya saya dapat mempengaruhi wife DZ untuk bershopping ke atau supaya dia dapat nasihatkan saya mengawal nafsu bershopping ni? Eh, tak kisahlah....bak sini phone number. Nanti boleh gak saya share dgn dia cara-cara menyembunyikan hasil rembatan.

      Taktik tu DZ untuk menyelamatkan diri dari kena hempuk, untuk mengimbangi kebahagiaan keluarga juga.... adui matilah kalau Hubbydearie buat spot check dan terjumpa entri ni. Kena interrogate juga camni!

      Delete
  6. hahaha...saya pun bukan kaki shopping..kalau beli pun bila penting je..dan sgt murah..contoh shawl rega RM5..kalau gi overseas..saya tak heran sgt ngan shopping2 centre ni..pada saya kat Malaysia pun berlambak..kalau beli pun cuma FM utk kawan2 rapat dan t-shirt utk keluarga tersayang..contoh..handbag saya ni..pemberian kawan2 masa birthday 2 tahun lepas..saya masih pakai..handphone pun sama..kalau tak hilang or rosak mmg tak tukar..sbb tu kot saya boleh simpan duit gi travel..saya tgh aim Istanbul ni..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, lagi sorang ni. Bak sini phone number. Orang-orang cam Dee ni memang bagus dibuat kawan. Kalau keluar pun duit mesti selamat. Takdalah buat amal jariah tak kena tempat :D

      Delete
  7. Wah..bahagia amat MD ni. Saya kalau dapat shopping memang mood elok je jadinya. Macam semalam beli bukan banyak pun, kaki lenguh tapi hati senang..balik senyum sampai tidur malam. Kagum betul kalau MD sampai kena sorok barang, ni mesti banyak sangat sedekah duit online tu ye..

    Alhamdulillah dengan rezki yang ada ye.. lain kali kalau dpat tips cara berjimat, jangan lupa share ye.. saya yang tak shopping banyak ni nak belajar..kot nanti tershopping banyak.. haa... makin byk keje makin rasa nak menyenangkan hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikmat shopping tu memang tak boleh nak cakaplah :) Walaupun penat, hati puas aje. Aduhai, janganlah berani minta tips kat saya. Terpengsan pulak nanti cik abang tengok tetiba aktiviti shopping si isteri naik mendadak. Saya jugak yang kena hempuk nanti...hahaha...

      Delete
  8. tak pernah buat lagi ghope gini
    selalu beli sama sama kalau online pon minta izin juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... oleh itu janganlah 'ditiru' taktik kotor macam ni :D

      Delete
  9. semangat baca bila cerita pasal shopping… mmg gitu la org pompuan ni… Duk tgh baca paper pun, boleh lagi jenguk website shopping… kalau kat UK ni, saya suka follow hotUKdeals…. dlm tu, ramai la yg post pasal harga2 barang yg murah… masa tu juga istighfar byk2 takut elaun melayang… hahahha
    Masa mula2 datang UK lagi la rasa separuh gila tgk harga barang… mostly baju bawah GBP10… dah la cantik2… asyik meroyan jer kalau tgk sale baju bajan ni… toys tu lagi la… kalau boleh rasa nak beli semua sekali… Tapi masih baik boleh control lagi…. skrang ni musim sale utk krismas.. hari-hari pujuk hati… sabar2.. lambat lagi nak balik…
    Tapi my other half pun hobi sama jer… so takde istilah sorok2 ni… dia pun faham apa tu nikmat shopping…. hahahhaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik separuh gila, Nur... :D

      Untunglah kalau sama 'level' ngan your other half dalam part-part cam ni. My hubbynya style bershopping memang tak best. Buat semput aje... semput sebab tak dapat ronda-ronda langsung...start enjin, beli, bayar, balik... manalah ada nikmatnya ...

      Delete
  10. hahaha macam lebih kurang je perangai kita..sy dedulu masa kerja dijohor selalu buat cmni.brg smp dekat opis sbb masa tu dk kuartrs dlm kem.jadi senanglah nak sembunyikan aktiviti menyopng supaya en suami tak tau..dh pakai en suami tnya tak pernah nmpk pun..mula la berdrama kata dh lama beli,dh lama tak pakai..hakhak kelasss kan kita..:)

    skang ni terbantutu sikit la aktiviti.dok sini semua brg pun smp depan pintu rumah.nk beli apa2 terpaksa inform dulu..tp ok gak takdelah pemboros sgt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bukan nak menipu tapi kita nak menyelamatkan rumahtangga dari berantakan dek kerana nafsu shopping yang buas ni...hahaha....

      Saya sekarang ni pun dah kurang membuasnya part-part membeli ni...jauh lebih baik berbanding pada suatu masa dulu :D

      Delete
  11. akak pun giler soping..jommmm kita tukar no phone utk meneruskan kegilaan kita..hehehe
    Akak biasanya soping ngan famly..semuanya diaturkan oleh suami akak...Terutamanya pasal pakaian, dia yg tentukan semuanya..Tapi bab soping online ni pun akak giler jugak..yg ni biasanya tanpa pengetahuan suami... selalu jer buat muka tak bersalah kalau ditanya..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...yang ni takleh tukar nombor hp nih....matilah dua-dua kena hempuk kang tak jumpa jalan pulang lepas shopping...hahaha....

      Alasan paling senang ialah shopping tu terapi yang paling baik untuk kita-kita orang perempuan, kan....

      Delete
  12. mummydearie boleh kawan dengan saya sebab saya bukan kaki shopping...heee..
    saya rasa pengaruh keluarga kot sebab masa kecik2 dulu, hidup susah, adik beradik ramai..
    sampai emak saya selalu kata.."nanti dah besar, dah kerja, boleh beli sendiri, duit sendiri"..
    mula2 memang nak enjoy dengan duit gaji kita. tapi bila duit dah ada dalam tangan dan ada keutamaan lain, dengan sendirinya semangat nak berbelanja tu jadi kendur. lagilah bila saya jenis tak pandai dan tak suka tawar menawar, beli barang ikut keperluan saja@p dengan suami sebab dia pakar tawar menawar..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun memang tak pandai bab tawar-menawar ni. Memang gagal sesaja. Jadinya kalau pergi membeli-belah yang boleh buat tawaran harga murah tu, janganlah hantar saya...orang bagi murah 0.50 sen pun saya dah happy, padahal orang lain boleh menawar sampai 10, 20 ringgit untuk barang yang sama!

      Saya pun adik beradik ramai juga tapi sebab anak perempuan bongsu, itu yang tak sedar diri sikit nih....

      Delete
  13. hoh... seb baik baju 12 - 18 bulan tu still bleh pakai. Risiko gak la tektik cenggini.

    Apa kata lain kali kalo nak shopping, shoppng skali utk sisuami. Sejuk sket time2 nak kena marah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya tak minat bershopping-shopping ni. Kalau barang dia pun, saya yang tolong belikan. Kalau suruh dia pergi beli, tunggu tukar tahun pun dia tak pergi. Lagipun gi shopping ngan my hubby ni adalah sangat tidak menarik...tak boleh melenguhkan kaki pun...

      Delete
  14. hahaha...kita serupa lah dear...sorok brg dibeli dalam bonet kete...pastu seluduo masuk ke dalam rumah...memang yg dinyatakan tu memang betulnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. See...memang ramailah sebenarnya geng-geng seludup kita ni kan....

      Delete
  15. Makchaq la ni dah malas dah nak shopping2 ni.. tapi kalau sesekali pi... nangis jugak la tengok perbelanjaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali menangis takpalah lagi makchaq...Kalau hari-hari menangis mengenangkan nasib diri yang takda simpanan ni, lagilah syahdu makchaq......

      Delete
  16. Haha... dulu masa OKje keje...bila bershopping mmg langsung tak de rasa bersalah..... lepas shopping tak inform pun....kadang tu dia pun tak perasan walau tayang depan mata banyak kali hehe punyalah tak perasan my hubby tu MD....Tapi bila dah mengganggur ni nak membeli apa pun kena inform...sebab pakai duit diakan hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, kalau pakai akaun bersama tu memang tak dapatlah saya nak mengajar tips seterusnya OKje. Bagus juga camtu, sekurang-kurangnya terpaksalah insaf sekarang, ya tak?

      Delete
  17. Datang balik ni sebab lupa nak ucap terima kasih tolong promote blog mak hehe......
    Betul tu Okje chop Zirafah yeh..... jangan berani berani nak guna maskot blog OKje tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKlah, deal! Saya takkan gunakan cop zirafah kat dalam blog ni. Saya ambil haiwan2 yang comel aje, yang macam saya aje cute nya yek...hehehe....jgn muntah kat rumah ni ya, tak kosa nak mop mengemop ni....

      Delete

Post a Comment