Ala-ala JJCM yang tak kesampaian

One fine day, my sis datang bertandang ke rumah untuk bergosip mesra. Sis yang satu ni memang tahu yang adik manja sekeluarga memang suka pergi jalan-jalan cari makan bila tiba hujung minggu. Lalu my sis pun bukalah cerita tentang satu tempat makan yang keluar dalam rancangan JJCM hari sebelumnya.

Katanya  nampak macam sedap aje kuey teow kerang, mi goreng dan macam-macam lagilah. Lalu adik manja pun tanyalah apakah nama tempatnya. Kata sis lupa pulak namanya walaupun beliau dengan penuh khusyuk menonton JJCM. Lalu kami pun mencari dalam internet episod JJCM semalam itu.

Dok belek-belek, takda pulak kisah kuey teow kerang bagai dalam episod tersebut. So tanyalah kat sis lagi sekali, ingat tak lain-lain klu yang melekat dalam kepala. Katanya ada sebut pasal Zooview. Oklah, kita cuba cari lagi. Walla, berjaya jumpa si kuey teow kerang ATZ ni.  Alright, adik manja dah simpan memori dalam otak gitu nanti weekend kita pergilah Dear, yek!

Lepas tu masa adik manja sibuk jjcm kat internet terjumpa pulak review pasal Restoran Sedap di Kota Damansara. Walla, tengok gambar restoran aje dah marvellous gitu. Haruslah disimpan segala point penting dan masuk dalam memori sekali lagi.

Satu hari adik manja tengah belek-belek surat khabar, ternampak pulak statement ni,

Khadijah Ibrahim.... yang  telah membuka cawangan Khadijah's Kitchen di Setapak dua bulan yang lalu....

Alright, simpan nama restoran ni elok-elok dalam memori walaupun info lain  takda. Khadijah's Kitchen ni kalau tak silap ada satu di Petaling Jaya. Tang peta Setapak tu, it's ok. Hubbydearie sangat clever bab-bab jalan di Malaysia ni kerana diakan lahir di sini, I yang lahir di overseas sampai satu tempat pun kat KL ni tak pandai cari walaupun berpandukan  GPS

Maka pada suatu weekend yang indah, kami sekeluarga pun ambil keputusan nak pergi melawat kawasan. First sekali kita pergi yang paling dekat, Gerai Kuey Teow Kerang ATZ. Berpusing jugalah mulanya tapi bila dah sampai tetiba Abang kata,

Mommy, tak mahu makan kat sini!

Macamana ni? Si Abang tu cerewet tentang makanan. Being Mommy yang prihatin, makanya kita cancelled plan nak mencuba. So, Hubbydearie dengan geramnya bertanya ke mana pulak selepas itu. I pun beri suggestion yang sikit punya baik,

Kita gi Khadijah's Kitchen kat Setapaklah!

Kat mana alamatnya you tahu tak?

I tak tahu sebab tak  tulis pun dalam suratkhabar. You google cuba tengok kat mana... ataupun kalau you tak mahu, kita pergi yang kat PJ, nak tak? 
(sampai melentik-lentik bulu mata terkelip-kelip menggoda supaya tak kena marah)

Jauhlah lagipun dah petang sangat ni...

Oklah, kalau you taknak kita gi errrr.... yg ni lagi jauh kat Kota Damansara.

You suka jjcm kat depan komputer, takkan takda tempat yang lagi dekat?

I tak boleh ingat sekarang ni sebab lapar. So mana kita nak pergi ni, Dear? Budak-budak dah lapar dah ni...
(Padahal mak budak yang dah lapar sangat)

Makanya bila tersembul perkataan 'OK' dari mulut Hubbydearie, kita pun geraklah ke Kota Damansara mencari Restoran Sedap. Sampai aje di sini, kami empat  beranak terus tercengang, melopong depan restoran. Punyalah besarnya restoran satu umat pelanggan pun takda!

I pandang Hubbydearie, Hubbydearie pandang I....

Nak tahu kita ended up kat mana?
Kat Char Kuey Teow Simply Delicious milik Serina Rizuwan yang takda dalam senarai jjcm we all ^_^ Ini bukan kali pertama. Sebelum inipun selalu terjadi adegan yang tidak diingini. Lain yang nak diterjah, lain tempat pula yang kami pergi.

Apa-apa pun Char Kuey Teow Simply Delicious ni bagi I setakat ok ajelah. Bolehlah kalau dah lapar buat alas perut gitu. 

Time nak ambil gambar tu yang paling best.

Dear, pinjam he-ho kejap. Nak ambil gambar food!

Bila sampai makanan, terus melahap lepas dah kenyang baru teringat, Alahai.... gambarnya tidak dipotretkan, bu!

Itu perkara biasalah, kan... Macam tak tahu pulak ^_^






Comments

  1. Haaa... samalah kita.. kalau tgk kat tv tu beriya nak pergi tapi alamatnya selalu terlupa.. papa N nanti bisingla.. saya diamkan je.. tahu dia terror cari..haa, kan?

    Kenapa abang taknak makan kat tempat pertama tu? Pandailah dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni penggeli dia tahap serius. Cerewet pun ya juga. Makanannya mesti Mommy yang settled kan dulu apa yang dia tak suka.

      Delete
  2. Bila dh lapar semua lupa kan..selalu jgk terjadi pada SA....lain yg tekak nak..lain yg di terjah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu kerap kejadiannya, SA. Kadang-kadang tu ada juga rasa nak marah, mogok dan macam-macam lagilah. Tapi lepas dapat makan tu kira mood bergembira on baliklah :D

      Delete
  3. aiseh..baru nak tengok pic makanan..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kempunan selalulah, Dee. Blog ni memang jarang ada gambar...hehehe...

      Delete
  4. OKje kan MD kalau nak ajak my Arjuna tu makan kat mana mana pun, kena siapa siap cari address....kalau tidak, ada yg kena hempuk kepala macam awak kata semalam tu hehe walaupun jenuh mengelip bulu mata tak habis habis...dia bolayan hehe...
    Oooo ada perasan Char Kuew Teaw Serina Redzuan tu kat TV... dah namanya artis berbisneskan... tak sedap sangat pun macam sedap jugaklah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik HD ok aje sebabnya dia memang pun suka jjcm ni. Kaki makan orang, eh bukan...kaki makan aje.

      Kadang-kadang baca review macam sedap, macam best aje. Kita pun beriyalah menonong pergi dengan perasaan yang teruja tapi endingnya sedih alahai....

      Delete
  5. Assalamualaikum..

    Haaa..sofia sekarang pun selalu dah macam malas sangat nak ambil gambr mknn..mmg selalunya mknn dpn mata dh lupa niat suci nak ambil gambar tuh

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu ada keluar paper kan Sofia pasal orang yang suka snap gambar makanan ni ada penyakit mental ke apa? Hahaha...kiranya Sofia dah recover dari penyakit tulah...Akak ni beriya pulak nak dapatkan penyakit snap gambar tak ingat dunia nih!

      Delete
  6. hahaha, selalu klu dah dpn mata sure lupa..biasa tuh..
    tapi yg paling tak syok, lain yg nak, lain yg dpt, haruslah mencari lagi lepas tuh...
    dah merasa baru puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah pasalnya. Lain tempat nak pergi, lain yang dituju. Kadang-kadang tu dah separuh jalan tetiba aje terfikir nak patah balik dan pergi tempat lain. Klasik tak?

      Delete
  7. kira oklah md siap gole carik tempat makan yg best..kiteorg pegi balik pegi balik makan kt tempat yg sama je..nk harap sy ygg suggestkan tmpt mmg tak la..mana en suami bawak ikut je,astu membebel boring asik makan kt tmpt yg sama,makanan tak sedap siap la kena maki.hakhak..

    nk rasachrkotea sedap mai penang la.terbaik punya.charkoteaw kedah pun tak bley lawan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huih, jauh tu PK. Macamana kalau tetiba dah separuh jalan ke Penang nak makan char kuey teow boleh pulak nak merasa briyani gam kat Batu Pahat, Johor? Mahu kebulur kami anak beranak dalam kereta. Takut pulak bertukar jadi zombie kang ;D

      Delete
  8. hehehe sgt2 lucu, seb baik dpt en hubby yang ok, kena kat hubby KA, setahun x habis ulang2 citer tu.... done nuffnang yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun dia mengungkit ya, KA :D

      HD oklah bab-bab jjcm ni dia ada rasa rasional lagilah. Sebab dia pun suka :)

      Delete
  9. Kami pun sama. Mana yg dkt terus pergi. Mknn kalo dah masak, sanggup simpan buat mkn mlm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita... Masa dululah memang cam tu. Kalau dah teruja nak jjcm, buat sarapan ajelah makanan yang home made tu. JJCM tu memang best yang tak bestnya bila lain dalam kepala, lain tempat pula yang sampai!

      Delete
  10. takde gambar!!! susah nak review tanpa gambar! hahahaha..

    sepinggan CKT dia berapa RM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...blog saya ni memang nak difamouskan tanpa gambar kot :D

      Ada dua jenis kalau tak silap kat CKT Simply Delicious ni : ada udang (pun takdalah besar mana) dan takda udang. Harganya sepinggan RM6,90 (takda udang) dan RM7.90 (ada udang). Kalau tanya pada saya, tak payah pergilah DZ.

      Delete
  11. saya dah sampai restoran serina tu, ermmm, pada saya, biasa2 je rasa dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, Wahida. Takdalah gempak pun rasanya. Sekali aje pergi mungkin tak masuk jjcm lagilah.

      Delete
  12. Terkekeh-kekah kakak dibuatnya. Semua tak menjadi last pergi tempat yg tak ada dlm list ye. Tak apa juga janji kenyang.. kadang tempat baru ni depend on your luck kalau tak sedap nasib badanlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang biasa sangat situasi macam ni, Kakzakie. Dari tak lapar sampailah kebulur berpusing-pusing mana nak makan padahal senarai jjcm dah cantik simpan dalam memori.

      Delete
  13. Kenapa bila tgk dlm tv ok je dan pergi ke lokasi sebenar x seindah dlm tv tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adatlah bila nak menarik pelanggan. Bila tengok pengacara makan, kita ni pun alahai terliur sampai meleleh. Saya pernah beberapa kali juga lepas tengok jjcm terus cari tempat tu. Nan adonya yang macam sedap aje, macam dalam TV.

      Delete
  14. Slm singgah ptg & clik2 nuffnang suda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks PearlVelvet. Nanti saya berkunjung balas :D

      Delete
  15. sama la saya pun…. selalu lupa nak ambil gambar makanan bila perut dan mula menyanyi riang… lepas tu, mula la menyesal bila tak boleh letak dlm blog… hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sangat menyesal. Terlepas satu entri untuk kita buat ngomelan, kan!

      Delete
  16. Makchaq pulak pi makan selalu pi tempat yg dah besa & kami rasa sedap, malas nak cuba yang beru sebab selalunya macam ok2 ja walaupun orang kata sedap..
    char kuey tiew belum lagi jumpa yang sesedap kat penang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang bila dengar orang rekomen tempat bagus, kita pun teringinlah nak mencuba, nak tengok sebagus mana yang dikatakan bagus tu. Malangnya hampa selalu. Akhirnya terpaksa isi perut dengan makanan yang kita biasa makan aje :(

      Delete
  17. saya pulak terbalik. suami yang pakar jjcm sebab dia selalu berurusan dengan kerja. saya ni kalau tahu satu, itulah satu,sampai 2 abdul jemu..heeee

    p/s glamer le tempat makan..kalau di SP, kuey teow sedap bawah pokok je, hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang yang bawah pokok tu yang sedap :D

      Itulah bila dah tak tahu mana nak tuju, akhirnya balik ke tempat makan yang biasa pergi. Muaknya tak tahu nak kata camna lagi...

      Delete
  18. saya pun selalu lupa nak amik gambar...nasib baik husband suka amik gambar sebelum makan. tapi kekadang anoyying sbb tgh lapar, nak layan anak kena amik gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dengan hero bertiga ni memang tak menyempat sebenarnya nak ambil gambar. Nak makan pun boleh tercekik-cekik dibuatnya. Jadi enjoy ajelah mana yang dapat.

      Delete
  19. iye lah kan sis...
    kalo restoran besar takde satu umat tu mesti kita musykil kan sis...
    kalo i pun compom tak masuk situ hehehehehehe...

    biasa sangat ler part2 lupa amik pics tu...
    yg penting, senyapkan keroncong diperut tu dulu hehehehehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, itulah pasal. Pelik pula saya satu family waktu peak macam tu takda orang langsung. Rasa berat pulak kaki ni nak mencuba :D

      Saya selalunya 'main kejar-kejar' dengan superheroes, itu yang selalu aje tak sempat nak snap pic. Takpun kalau dah berbunyi perut kasi malu tuan, lebih baiklah isi dulu, kan!

      Delete

Post a Comment