Panjang berjela-jela

Dari tajuk pun sudah boleh dibaca apa yang I nak mengomel di sini ~_^

Rasa-rasanya bagi yang dah terbiasa menjejakkan kaki di blog ini, memang sudah arif dengan I punya trademark ni. Memang tak kenal dan tak begitu mencintai titik noktah ni. Cubalah bayangkan zaman tuan empunya blog ni bercinta dulu. Masa tu masih main pos-pos surat lagi atau paling manja sekalipun boleh bercakap kat telefon rumah.

I ni kalau menulis memanglah suka panjang berjela-jela. Jadinya sesiapa yang sudi membaca hasil coretan di sini, dinasihatkan untuk ambil nafas dulu. Tarik nafas dalam-dalam. Buat senaman ringkas sekejap, ya. Kalau tidak, memang terpengsanlah nak menghabiskan satu entri. Harapnya takdalah yang main tali skipping, main skip-skip aje memanjang tau-tau dah the end of the story. Well, takpa-takpa. I do understand. I tak kecil hati pun. Yalah, siapalah I ni nak main kecil-kecil hati pulak kalau orang tak mahu baca ~_^

Biasanya bila buat entri, I do it on the spot. I jarang buat draft and simpan pendam lelama. Ataupun buat auto publish aje (kalau macam ni kan senang hidup I, tak payahlah dok menongkat dagu fikir apa nak ditulis) Tetapi bila dah mula menulis, sama laju jari jemari menaip kat keyboard dengan idea dalam kepala otak ni datang. Macam air hujan turun mencurah-curah begitu ...

Jadi, inilah hasilnya : entri yang panjang berjela dan tak tahu nak baca part mana *gelak mengilai-ngilai gitu*

Bila cerita pasal menulis ni, I teringatlah satu masa dahulu. Yang ini kisah sedih sikit. Ambil tisu siap-siap ya sebab I tak provide tisu free this time.

Waktu tu arwah abah baru meninggal dunia. I ni kan namanya anak manja pada zaman dulu-dulu. Jadi masa tu rasa macam betul-betul hilang dahan tempat bergantung hidup. Arwah abah pula memang orang yang paling sayangkan I dalam keluarga. 

Dek kerana terlalu sedih, tiap-tiap malam I menangis seorang diri dalam bilik. Kebetulan pulak ketika arwah meninggal, I sendiri sedang mengalami kesedihan ya amat disebabkan sesuatu yang tak mahulah berkongsi di sini. Of course, bila teringatkan arwah abah, I sedekahkan bacaan yasin untuknya. 

Tapi I ada juga buat something yang a bit weird tau. Nak tau apa?

I dok depan komputer dan menaip surat untuk my father. I menaip, menaip dan menulis segala apa yang berlaku pada diri I setiap saat, setiap masa. Merintih-rintihlah I dalam surat tu sambil meleleh-leleh airmata menangis sambil menaip surat. Berjela-jela panjangnya. Bila dah terasa penat dan surat dah pun siap, I terfikir pulak...ke mana nak dipos ya? (tak ke gila namanya nak pergi pos surat untuk arwah abah) 

Bila tak tahu apa nak buat dengan surat tu, I pun menangislah  tersedu-sedu depan meja komputer tengah-tengah malam sampai tertidur. Lama tau buat kerja merintih macam ni. 

Oklah, I tak mahu cerita lelebih kenangan silam yang mengusik jiwa ni kerana I ni kan emo tahap serius. Nanti kalau dah sampai berair mata dan merah hidung, siapa nak jawab kalau orang tanya. Takkanlah I nak kata I terasa emo kerana tengok hari nak hujan di luar nih!

Alright, I nak cubalah memendekkan setiap patah perkataan dalam entri yang akan datang. Tak tahulan boleh ke tidak sebab dah jadi lumrah gaya menulis I macam tu. Tapi takpalah kalau tak suka baca, boleh aje skipkan. Bukan I tau pun ....

P.S. Pendek tak entri kali ni? Sebab mata dah nak merah ni...huhuhu....

Comments

  1. n3 ni buat KA sebak teringatkan arwah abah sbb KA mmg rapat dgn arwah abah. Apapun bila rindu jgn sesekali lupa sedekahkan Al fatihah yer. Satu lg even pjg berjela2 & KA ambik nafas 4 -5 kali utk habiskan mmbaca satu n3 hingga ke penamat, but I luv it !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni tak mahu provide tisu tau KA, kena lap kat lengan bajulah rasanya :D

      Betul tu, KA. Sesekali bila terkenang, memang sedekahkan alfatihah jelah. Kalau balik kampung tu boleh juga pergi ziarah.

      Terima kasihlah kerana penat membaca dan tak menguap ketika masuk ke blog saya ni. Saya janji nanti saya pendekkan entri....(adoi, habislah kalau tak tunaikan janji nanti kena delete pulak dah...hehehe)

      Delete
  2. dh jadi ur trademark kan tulis panjang berjela..be urself..yg penting ikhlas menulis..sy tak pernah skip ur entry even satu perkataan..akan baca hingga titisan noktah terakhir..:)

    bila kita kehilangan sesorg yg paling penting dlm hidup mmg la take time utk merawat luka..sy faham..sy pun rapat dengan my late father..lg sadis tau saat terakhir pun tak dpt tgok..smp rumah masa tu dh dikebumikan pun..

    i kt opis..i pegi amik tisu kt dlm kereta skang.muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kalau ada sapa-sapa nak buat contest entri terpanjang, masukkanlah nama saya. Memang 99% akan menang kot (jangan dijudge contentlah yek) Kalau 5 tahun berturut-turut dibuat contest tu, 5 tahun berturut-turut jugalah saya yang menang agaknya...:D

      Delete
  3. Ishhhh....sedih le plak.....tulis surat utk arwah ayah pastu tk tau nk post kat mana....hurmmmm..... :( :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu punya pasal WA. Lama sungguh makan masa nak mengubati rindu. Bila teringat aje, sedih, Makan tahun jugalah... tapi alhamdulillah, dah ok. But then, bukan bermakna tak ingat arwah abah langsung. Kalau teringat sesekali atau tersebut tentangnya, memang masih bergenang lagi air mata nih.

      Delete
    2. Syukur la sy masih punya ayah.tp MD ada juga suami tmpt nk bermanjakan MD...kita tk akan dpt kesempurnaan dlm hidup kita...ayah tu tiada galanggantinya MD..memang la MD x akan lupakan arwah....AlFatihah....

      Delete
    3. Walau apapun saya masih bersyukur kerana mampu merasai kasih-sayang seorang ayah. Yalah sekarang ni memang mengadu pada suami ajelah, WA.

      Delete
  4. dah biasa baca ur entry pjg2..
    touching nya baca akak tulis surat pada arwah abh akak. Lyn lak rasa nak nangis, sbb kita adalah sama. Dah takde Abah. Al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah...

      Masa tu memang tension betul. Dah lah pecut balik dari KL ke kampung tengah malam-malam buta. Sepanjang jalan menangis tersedu-sedu. Bila sampai depan rumah, lemah longlai kepala lutut tak boleh berdiri bila tengok semua org bersongkok putih, sofa-sofa semua dah duduk luar rumah. Tak sempat jumpa abah for the last time. Itu yang merintih macam empangan pecah!

      Delete
  5. Laaaa....tak panjng punnnnn.....entri kontot je hehe...
    Memang satu kehilangan le kalau ditinggalkan oleh org tersayangkan MD....kita senasib le gayanya...sesama anak yatim! Huhu..... Al fatihah utk arwah kita berdua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah untuk arwah abah kita ya, OKje!

      Entri ni memang dikontotkan sebab takut dapat penyakit semput pulak....hehehe

      Delete
  6. Memang sedih dan terharu bila baca ntry ni..
    sabar ya dear...Al-fatihah utk arwah...

    P/s..tak de lah pning sangat ntry ni...akak suka baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, MP. Ini antara entri terpendeklah kiranya. Kalau biasa-biasa tu, alahai memang takda titik noktah entrinya :D

      Delete
  7. sabar je la. penat juga baca entry panjang2 ..haha.. kalu ada gambar lebih menarik..:)

    btw salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal dan terima kasih kerana sudi singgah :D

      Ini kiranya entri yang terpendeklah kalau tidak memang merapu memanjang aje !

      Delete
  8. Tacing la plak ati ni bila MD tulis surat utk ayah yg dah tiada..:(.

    P/s: Err aci tak kalo mak nak request jgn shortkan word2 tu MD..tu dah kira salah laluan dlm arena blogging. Nnt payah kaum2 ibu diusia senja cam mak ni nak paham apa perkataan yg cuba disampaikan! Plus...pokcik google pun susah nak crawl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, mak... terima kasih beri tips. Memangnya ketika mula tulis blog dah angkat tangan berikrar nak tulis ayat tanpa short form tetapi kekadang tu tangan ni mengelitis nak cepat siapkan entri...hehehe...

      Cumanya niat di hati nak pendekkan entri tapi macam tak berjaya ajelah sbb otak keluarkan ayat dengan jari jemari yang mulus ni menaip sama laju jalannya...tak boleh nak main brake-brake gitu :D

      Delete

Post a Comment