Aktiviti Abang pra-cuti panjang

Sekarang ni Abang tengah seronok bersantai di rumah. Katanya peperiksaan dah tamat dan sekolah pun dah nak dekat cuti panjang jadi tak perlulah berhempas-pulas belajar mahupun buat kerja sekolah. Macamlah Abang sentiasa belajar aje di rumah. Selalunya pun kalau Mommy tak jerit, tak juga dia ambil kisah. 



On Monday, Abang kena buat kerja seni. Bukan susah pun, buat tikar aje pakai kertas warna. Itupun cikgu dah sediakan tinggal nak gunting dan buat tikar. Boleh pulak  tu dia menangis-nangis telefon I di pejabat kata tikarnya dah dikoyakkan si Adik Cute! 

Padahal Mommy dah sembunyi elok-elok dalam buku latihan untuk Abang buat. Dek kerana katanya susah bagailah nak meng'repair' tikarnya yang dah koyak, dia nak beritahu cikgu ini,

I'm sorry, Wang Laoshi! My brother 'broke' my tikar this morning when I went to toilet. My Mommy cannot help me to 'repair' because she is at her office!

(Abang ni cikgu bersusah payah cakap Mandarin dengannya, dia bantai jawab balik dalam English or BM  darilah awal tahun sampailah nak ke hujung tahun...) 

Bila I balik tengok 'tikar warna' alahai, bukan apa-apapun. Koyak sikit aje. Setakat tampal dengan tape semula dah ok. Memang tau dasar  'M' menebal dalam diri dah nak dekat-dekat cuti nih. Angin aje Mommy satu badan!

Yang sebenarnya I pun takdalah memaksa sangat si Bubbly Abang ni. Lagipun dia baru Tahun 1. Kasi peluanglah dia bergelak-sakan dan bersenda -ria sepanjang tahun. Next year, memang kena kawal segala aktiviti pembelajarannya dari A to Z. Kalau tak Mommy yang kawal semua, memang dia tak kisah pun. Nak harapkan Daddy,  oh alahai... si Daddydearie sudah menurunkan petua ini kepada anak bujangnya :

Kita orang lelaki memang geliga kepala otak. Walaupun tak rajin belajar, otak kita memang super power. Senang aje nak kalahkan budak-budak perempuan yang rajin memanjang tu!

Adakah patut macam itu nasihatnya? Nak nangis Mommy bila mendengarnya. Yalah, harapkan otak geliga kalau tak rajin nak buat apa, kan! Si Bubbly Abang kalau bab-bab common sense ni memang cepatlah dia punya perhitungan tapi kalau disuruh belajar, mulalah buat muka tempe! Geram tau!

Walaupun kuasa veto ke atas anak-anak masih di tangan Mommy, mereka berdua ni memang dah tahu kelemahan Mommynya yang lovely ni. Sekejap aje amarahnya, lepas tu dah tentu nangis-nangis sebab tersedih asyik menjerit kat anak-anak. Macam biasalah Mommy akan kata,

Time is passing very fast, my babies! Mommy nak spend quality times with you, so I promise I tak mahu marah-marah tak tentu pasal macam ni lagi!

Of courselah anak-anak berdondang-sayang bila dengar Mommy dah menyesal sebab terjerit-terpekik kat mereka. Yang pasti, drama airmata anak beranak itu akan berulang tayang selalu macam cerita P. Ramlee  ~_^



Abang sekarang balik aje sekolah lepas mandi terus menghadap komputer. Katanya banyak kerja nak buat. Yalah tu, banyak games yang nak dimainnya. Kalau tak dijerit, memang tak keluar bilik. Boleh pulak tu time makan malam, beritahu Mommy,

Abang nak makan late night nanti, Mommy! Sekarang tak lapar lagi!

Oh, memang nak kena naikkan pitchinglah kalau cakap macam gitu! Mommy jerit-jerit sampai Abang tak tahan dan keluar makan. Kalau tak mahu juga makan, jangan harap Mommy nak hidangkan makanan for his supper. Tidurlah dengan perut lapar. But then, dia tak berani sampai to that extent sebab of courselah tak tahankan dengan Mommynya pitching yang super extra awesome gitu bunyinya *_^

Ni tengah gian main game ala-ala lego gitu. Siap sign up bagai. Semalam I pun menghendaplah apa dia buat  sampai ketawa gelak-gelak seorang diri waktu main game. Rupanya dia guna nama 'MyOggy123' (his favorite cartoon for now is Oggy and the three little 'gangster' cockroaches tu) siap letak email address Daddynya masa sign up gitu. 

My Hubbydearie beritahu I,

Dia boleh interact dengan other players. Sebab itulah dia gelak sorang-sorang. Cuba you check apa dia tulis?

I pun apalagi teruslah masuk bilik and check. Nasib baik dia tak buat benda bukan-bukan. Itupun Mommy tersayang dah pesan,

Abang, kalau Mommy tahu Abang tulis bukan-bukan, memang kena nanti! Kalau Abang chat-chat dengan gegirl ke apa, Mommy kahwin kan nak tak?

Alah, Mommy ni... Abang tak buat apa-apalah. Napa Mommy nak kahwin-kahwinkan pulak!!! Eisshhh...tak sukalah macam ni. Mommy suka threaten-threaten tau!

(Sambil mencemik muka nak nangis supaya Mommy tak keluar ayat power yang seterusnya)


Tahupun takut ...

P.S. Beberapa hari lepas Abang tanya kat his lovely Mommy,

Mommy, boleh tak belikan Abang Macbook Air satu?

Opocot! Nasib baik Mommy tak tergolek jatuh longkang masa tengah catwalk tau !

 








Comments

  1. Assalamualaikum...

    Hahaha...peel bile ngadap game tu mmg sebijik mcm adik sofia yg bongsu..lupa makan lupa tido lupa segalanya..sampai parents sofia warning kalo syg kan adik awk jgn beri sebarang jenis video games..kite juga yg kena marah -.-

    Haha comel la abg...oklah tuh kak, mnta notebook..budk2 ni tgh rajin explore..sofia tak pelik 1 day, even masih sek rendah, diorang boleh advance dlm komputer..zmn budak sekrg semuanya berasaskan digital kan..

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Budak-budak sekarang ni memang jauh berbeza dengan kita dulu-dulu. Kalau setakat nak ipad mini tu bolehlah diusahakan lagi, ini nak Macbook tu. Makbapak pun tak pakai lagilah adui....

      Delete
  2. wah..panjang akal abang ni ye..sebenarnya kan budak2 lelaki bab belajar mmg main2 sket..banding girls..girls kan matured cepat..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak main, nya Dee. Kalau tak dipaksa, memang selamba aje. Girls memang rajinkan...

      Delete
  3. hahaha.. terus mintak mac book ko..
    ingat doposen ker kan.. hahahah

    but kids skrg mmg bijak2.. dia sebaya dgn my niece. otak pun lebih kurang sama. petah sgt2. sampai2 tak tau nak jawab ape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 20 sen satu Macbook tu akak beli sedozen dah...buat spare kat rumah, kan! Dia cuma tahu duit RM10 tu aje. Apa-apa pun tanya berapa banyak duit RM10 tu kena ada kalau nak beli something...

      Delete
  4. Huhuhu....abang2...daddypun satu....hehehe....tp memang betul la MD..org lelaki ni kalau tk belajarpun otak geliga...hehehe..abg tu jenis mcm tu la..tp bab kemahiran tu dh kira bidang lain dh tu......yg itu memang kena belajar...abg kena tau tu....

    Abg ni byk permintaan ye MD.......hehe..cute je ada anak yg keletah mcm tu...kdg2 smpai tk terlayan n tak terjawab.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun rapat dengan Mommy tapi dia dengar kata Daddy. Kalau Daddy yang ajar apa-apa, cepat aje dapatnya.

      Delete
  5. comella abang ni...tikar terkoyak telefon mami seih2 yer...abang ni sama ngan abang uwais pantang dengan game...sesenyap jer menyeludup buka lappy main game...hehe..
    kekadang tu bila mummyer jadik singa pun pun dia buat dek jk geram...hehe...
    amboi babang siap nak beli mac book tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lizz, budak-budak sekarang ni memangnya nampak games aje, kan. Kat rumah tu semua pun dia kaut. Ikut mood nak main yang mana...kita ni dok ajelah sebelah telan air liur tak boleh nak pegang apa-apa gadget pun :D

      Delete
  6. adoyai permintaan abang boleh bikin untie KA fengsan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommynya urut dada, KA bila dengar. Macamlah benda tu boleh beli kat pasar malam aje...

      Delete
  7. Hihihhihi, senyum panjang baca telatah abang… he's so cute, indeed!
    Anak sulung saya pun pernah tanya berapa harga komputer satu sbb nak simpan duit utk beli komputer… dia ada tgk flyer yg cuma tulis GBP17, beria check duit dia cukup ke tak… padahal tu harga monthly installment… jenuh la nak bersoal jawab dgn dia lepas tu… huhuhu

    Ada betul juga kata daddy tu… sbb tu saya tak kisah sgt bila Irfan jarang baca buku kat rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya betullah kan Nur 'fakta' yang mengatakan lelaki lebih pandai secara semulajadi :D Senang kerja kita sebagai mak-mak. Macam Nur, boleh concentrate kat anak perempuan sorang ajelah dah katanya anak-anak lelaki memang bijak :)

      Si Abang kalau nak beli apa-apa dia akan fikir nak buat bisnes apa untuk dapat duit. Pernah sekali dia nak menyusun bola-bola kat rak kasut untuk dijual katanya!

      Delete
  8. Anak lelaki ni memang kemaruk game MD....lagi lagi game yang online..... better pantau dari sekarang, limitkan masa main tu, bukan apa takut dia ketagih...esok susah nak ubatkan ketagihan dia... Mcm my anak yg sulung tu...Masyaallah....sampai PMR pun kita yg naik risau...terlampau fanatik ngan game Sudden Attack yg online tu...tak cukup kat rumah pergi Internet cafe....Mungkin Bubbly abang otak dia bijak, so tak delah nak risau sangat, tak study pun boleh score ...ni masalahnya tak gitu....Tu yg memang sangat mencabar bagi OKje dan ayah dia nak mendidik anak supaya sedar akan tanggungjawabnya sebagai pelajar, anak dan hamba Allah!.... pergh berpeluh tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua hari lepas kan ada masuk suratkhabar yang budak main game non stop mati depan komputer. Ish, MD cakap kat Abang katanya bukan dia makan, tidur depan komputer. 1 jam aje...mcm Mommy arahkan. Tapi 1 jam dia tu alahai...berjam-jam ikut firasat Mommynya....

      Delete
  9. mmg betul kata daddy..sbb tu boy banyak main.derang mmg dh dilahirkan semulajadi pandai.hehe

    pasal game tu ssh la nk ckp,org tua pun klu main ketagih inikan pulak budak..aiman tak pandai main game pc,dia main sekejap pastu boring,.klu on9 semedang sy kata line tak ok.dia sellau main ps n game dekat tab je..

    aiman mggu lepas dh lingkupkan android adik sy kena hukuman tak bley main game setahun..kejam tak?muahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul, alhamdulillah! Takdalah Mommy risau ada dua anak lelaki :D

      Si Abang semua pun dia belasah baik PS2, tab, laptop, desktop semua pun dia conquer sorang kat rumah. Kalau Daddy nak pakai barulah kena beralah. Mommynya disuruh tengok cerita Korea kat TV kalau boring :D

      Saya kalau mulut mungkinlah akan hukum setahun tapi hati tak sanggup bila anak merayu-rayu. Lemah semangatlah kita nih...

      Delete
  10. Cabaran membesarkan anak kan? Macam2... saya cuba nak kurangkan naim yg usia 3 tahun drp berkepit dgn ipad dan main game, tapi dia bukan selalu nak dengar pun..

    Bijak jawapan abang tu..tahu pula nak minta benda2 drp mamanya kan, bakal jadi budak bijak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cabaran sungguh nak membesarkan anak-anak zaman sekarang ni. Mereka tahu apa mereka nak, tak macam budak zaman kita dulu-dulu; ikut aje apa kata makbapak.

      Delete

Post a Comment