Hahaha..... gelak kuat-kuat ....
Alkisah, saja je nak bagi sakit hati berdebar tengok ada Part III pulak.
Eh, takdalah.... I main-main aje. Cukup-cukup sudah lah ada Part I and Part II sebelum ini. Kalau nak suruh menulis pengalaman ketiga, I boleh aje. I auta cukup-cukup dah sebabnya mana I ada pengalaman melahirkan anak no. 3 ni ^_^
Lagipun kesan cik epal dora (baca : e-pi-du-ral) dua kali tu memanglah membuatkan I kini goyah badannya..hehehe....sakit wo segala sendi mak nek dah macam zaman kilauan emas pulak rasanya ...
Lagipun kesan cik epal dora (baca : e-pi-du-ral) dua kali tu memanglah membuatkan I kini goyah badannya..hehehe....sakit wo segala sendi mak nek dah macam zaman kilauan emas pulak rasanya ...
Hari ni tak mahu cerita pasal kenangan indah sepanjang hidup lagi. Kita ceritalah hal yang lain-lain. Sebenarnya apa yang I nak tulis kali ni, ek? Dalam kepala ni mencurah-curah ayat keluar tak tahu jari-jemari yang mulus ni nak tulis mana satu. Yang pasti, esok ada entri luahan perasaan gitu (alahai....ngengadanya dia... macamlah ada orang nak ambil tau apa dia nak cerita!)
Hari ni keputusan UPSR keluar,kan. Semoga ibu-ibu dan bapa-bapa yang ada anak nak ambil result exam hari ini tenang menghadapinya. Janganlah pulak bila anak tak dapat score, kita yang kena heart attack. Redha ajelah. Lepas tu nasihatkan anak-anak tersayang suruh berusaha lebih lagi pada masa mendatang. Chewah, ada gaya cikgu sekolah tadika tak?
My buah hati baru aje Tahun 1. Jadinya lama lagi baru merasa kesengsaraan dan debaran melihat anak masuk dewan peperiksaan dan mengambil keputusan exam. Pun begitu, si Bubbly Abang dah dapat keputusan penuh peperiksaan Tahun 1. Eloklah tu untuk yang tak rajin nak belajar kerana ada otak geliga katanya...
I beritahu Abang, next year Mommy akan ada another title dalam rumah : Cikgu All in One! Semua pun Mommy yang ajar daripada alif ba ta, jawi, mengaji, semua subjek kat sekolah Cina, kemahiran hidup dan lain-lain. Kiranya Mommy nak jadi cikgu yang gila kuasalah cam tu sebab anak Mommy liat nak buka buku kalau Mommy takda. Kalau tak sungguh-sungguh belajar, Mommy akan rotan aje, senang...hahaha...
Abang tanya sakit tak kena rotan? Mommy jawab, ala Mommy rotan manja-manja gitu sampai terkopek kulit .... huahuahua.... takut pun dia...itu baru versi manja, kan. Tak tahulah Mommy macamana rasanya kalau versi gila meroyan pulak.
Hari ni kata Abang cikgu dah pesan jangan bawa beg besar Marsrocker, beroda bagai, bawa ajelah beg macam Mommy (Apa? Cikgu suruh bawa handbag ke apa?) sebab hari ni tak payah belajar. Buat apa suka dalam kelas. Besok cikgu kata tak datang pun takpa. Ya, biar benar Abang nih...
Kalau Mommy tak percaya, Mommy hantarlah Abang gi sekolah esok. Biar Abang dok kat sekolah sorang-sorang. Mommy nak anak Mommy sorang-sorang kat sekolah? Mommy tak takut ke nanti kena tangkap orang jahat?
Oh, Abang....kelasnya mulut! Ikut gene sapalah ni yek ...
Dan Abang pun dah 'mengarahkan' Mommy suruh sampul semua buku baru untuk tahun depan. Katanya tahun depan bukunya semua 'gemok-gemok' tak macam masa Tahun 1. Kelas pun dah naik taraf. Dok kat tingkat 1 berbanding sekarang di tingkat bawah. Ini for surelah tahun depan Mommy tak perlu bergegas fetch Abang kerana this year, kelasnya yang keluar dulu. Dah doknya di tingkat atas, tentu Abang lambat keluar. Kena ikut turutan, kan.
(Seronok tau first time tengok mereka keluar kelas lepas tamat sesi sekolah. Bergesel-gesel bunyi roda tiga beg bagak masing-masing sambil teratur keluar ikut barisan masing-masing, dah macam pramugari tolak beg troli lepas abis kerja aje situasinya ^_^)
Mommy tanya kat Abang kenapa buku latihan sikit sangat cuma lapan buku aje, makanya Abang pun menjawab dengan pantas,
Eh, cukuplah tu Mommy! Kalau banyak-banyak pun bukan habis. Mommy tengok sekarang ni buku cap ayam dengan cap cawan tu langsung tak pakai! Buat apa Mommy nak membazir duit beli buku tak pakai?
(Cikgu tandakan setiap buku latihan dengan cop berbeza supaya mudah untuk pelajar mengingati buku apa yang perlu dibawa ke sekolah)
Masuk bulan Disember nanti memang nak kena shopping barang keperluan sekolah Abang. Takdalah macam tahun lepas kerana semua nak kena beli baru. Tahun ni I cuma perlu tambah aje apa yang dah rosak, yang kurang.
Nasib baik beg beroda tiga Marsrocker Abang bertahan sampai ke hujung tahun. Itupun dah azab Mommy tengok dengan zip tercabut, tali galas pun dah tanggal (Abang tak guna pun kerana dia suka tarik beg berodanya yang quite berat tu)
Peralatan menulis pun tak payah ceritalah. Dah macam mini kedai di rumah tu. Melambak-lambak segalanya. Pakai ajelah mana yang baru dan masih dalam stok ^_^
Tahun lepas sebab first time beli barang untuk anak sekolah, bermewah-mewah jugalah I membeli. Kasut sekolah aje ada 6 pasang (satu untuk setiap hari plus extra satu). Pergi beli seluar pendek 3 helai tapi lepas sekolah sebulan, dua Abang langsung tak mahu pakai. I ingat dia nak berseluar pendek kerana Abang memang takda seluar panjang di rumah (kecuali seluar tidur). Rasanya I letgo ajelah seluar tu nanti.
Baju sekolah memang nak kena gantilah sebab nak tampal lencana baru dan name tag with different colour pulak. Tapi takpa, sebab Mommy dah clever sikit this year. Kalau suruh Mommy pergi sendiri pun, selesai semua tugasan.
Mak mertua pun dah sibuk nak beli tiket kapal terbang. Katanya nak berehat rumah anak menantu kat Melesya ni selama dua bulan kerana sejuk sangat tetiba kat kampung halaman. Eh, my MIL ni manja tau.... selama-lama ni memang musim winter hujung tahun tak sejuk pun tetiba aje tak tahan bila ada anak dok kat Melesya.... ni mungkin juga akan jadi acara rutin hujung tahun ~_^
Dan Hubbydearie dok bagi tahu satu lagi berita-terkejut-I-dibuatnya kerana SIL pun nak terbang from US makan angin di Malaysia masa maknya di sini. Tujuan utama : nak borong tudung kat Al-Humairah!
Akak nak rehat kejap ya...
Akak rasa macam nak pitam pulak!
Zaman anak anak kita, dah takde UPSR lagi....Tak tau la masa tu Kerajaan perkenalkan exam apa pulak...hahahahah....Sebenarnya, score atau tidak masa UPSR ni bagi saya, terlalu awal....Perjalanan masih jauhhhhhhhhhhhhh....Kekadang kesian tgk budak2 yg mak ayah nya terlalu paksa anak pergi pelbagai kelas tusyen...latih tubi...semata mata utk UPSR...sampai takde masa rehat...pagi sampai ke malam!
ReplyDeleteSebab itulah DZ saya tak kisah anak saya tekun belajar ke tidak this year. Taknak saya paksa-paksa sangat. Biarlah dia honeymoon dulu. Tahun depan, baru tingkatkan stamina and belajar tekun sikit. Apa-pun bukannya mengubah nasib 100% kalau UPSR tak bagus, kan. Zaman anak-anak kita exam besar nanti tak tahulah macamana rupanya exam tu....
Deletepandai abang jawab..hi hi..betul la tu..banyak2 nak buat apa tak habis baca nanti
ReplyDeleteTahun depan masuk Tahun 2 Mommynya malas nak minta cuti kononnya. Suruh Daddy ajelah hantar anak gi sekolah first day. Tapi takut nanti si Abang nangis-nangis tersedu ada barang sekolah tak cukup. Cakap memanglah petah. No.1 segalanya bab alasan ni.
Deletetime abg nnti, ntah2 dah tukar format kan. takde dah UPSR. ntah ape ntah namanya nnti..
ReplyDeletedia sebaya dgn my niece. cikgu kata tak payah dtg sekolah, dia mesti nak dtg. budak tu tak boleh kata tidak. she's enjoy the school moments. Alhamdulillah result pun sgt bagus..
kak, dah pgi ker cari laksa kat sek 7 tuh? cati mesiniaga sure akak jumpa kat shop lot tuh.
ada dua. tapi akak singgah yg ramai org tau..
klu lagi rajin roger lah Lyn, kot leh cemolot cepipi ker...
dkt je dgn rumah my mum
Terkejut pulak si Abang begitu rajin nak sekolah bila dah last week of school ni. Takda pulak telefon kata kaki sakit, perut sakit, hati sakit dan sebagainya ...
DeleteAkak kalau jenjalan cari makan semestinya weekends, Lynn. Oh aritu akak lalu kat sek 7 tapi tak nampak...dekat area shop lot yeah... nanti kalau ke sana lagi akak tengok one more time....
eh..bijaknya anak u sebenarnya..cuma dia belum rasa belajar itu perlu..kena didik slow2lah..jangan paksa..eh..MIL u dok overseas ke? bestnya..hihihi..
ReplyDeleteAbangkan anak Mommy. Kalau Mommy sergah baru ler ketetel gi belajar. Kalau tidak, lebih baik main game aje mengasah minda yang geliga bebenor katanya...
DeleteMy MIL dok kat her home country. Kalau terasa rindu kat anak mak yang sorang ni (hubby I lah tu), nanti-nanti datanglah menziarah kami di sini...
Abang n abang sebaya darjah satu...perangai pun lebih kurang...kalo disuruh belajar kemin meliat..ader jer aladan...tahun dpn kita jd cikgu yg multitasking semua subjek nak diajar hehe....
ReplyDeleteYalah, Lizz. Marilah kita berusaha lebih sikit sebab harapkan mereka ni memang tak boleh jadi. Lebih baik mereka fikir pasal mainan daripada buku pelajaran.
DeleteTapi betul lah, autmn tahun ni rasa sejuk yang amat… Autumn pun dah nak cecah zero degree, tak boleh nak imagine bila winter nanti…. Rasanya sejuk tu alasan jer, MIL mesti la rindu kat anak dia… kan kan kan?
ReplyDeleteOh, sudah semestinyalah Nur. Anak dia tu aka my hubby is ala-ala si Abang, anak emak katanya...
DeleteNi yang gelisah meresah ni bila mak mentua nak datang...kenalah letak buku atas kepala sekali lagi nak belajar berjalan dengan penuh ketimuran katanya ... hehehe...
ye la mummy hujung2 hari nk cuti sekolah hujung tahun mana belajar dh..aiman kata kt sekolah siap pasang cd upin ipin..dasyatnya kasut smp 6pasang...kelasss sgt sehari sepasang kasut..huhu..
ReplyDeletedengar MIL SIL nk dtg rumah otomatik nak pitam.kena igt tetamu bawak rezeki tau.muahaha..
Itu ada maksud tersirat tu, PK. Kalau dah kasut sampai 6 pasang itu tandanya Mommy malas nak basuh kasut anak selalu :D Kasut si Abang kotor ya amat kerana kena duk bersila atas lantai di dewan sekolah menunggu nak masuk kelas. Letih Mommy menyental hari-hari so senang cerita, kita beli terus 6 pasang!
DeleteRezeki murah tu memanglah suka, PK. Ni fobia mak mentua tu yang seriau. Semestinyalah bila sesekali datang, nak tunjuk sikitlah kesopanan budi pekerti wanita Melayu terakhir tu....
aiman ada sepasang je kasut sekolah..ye la kt skol kasut tinggal kt luar,mmg tak pakai jadi sentiasa anggun kecuali la klu ada aktiviti padang kt luar..2 3 minggu sekali baru ibu basuh kasut dia..malas tak malas la kan.hakhak
DeleteHehehe...seronoknya dpt anak sebijak itu...
ReplyDeleteUshhh..mak mentua nak dtg,dok sini sepanjang cuti...selamat melayan mak mertua ye MD....hehehe....
Anak saya memang pandai berkata-kata, WA. Agak-agaknya ikut sapalah tu...:D
DeleteNi risau ni, debar pun ada mak mentua nak datang. Padahal awal tahun aritu pun makpak mentua dah datang. Sajalah nak ngengada berdebar tak tentu pasal. Saya belum pernah jumpa biras (suami adik ipar yang bongsu) dan anak-anak sedara dua orang tu, cuma tengok gambar aje. So berdebar juga nak berkenalan bertentang mata dengan mereka empat beranak. Kami dah siapkan itinerary dah untuk mereka seminggu di sini :D
Banyak banyak cerita tu OKje suka sangat tang perenggan bawah tu hehe..... tak payah cakap le yang mana.... takut jadi acara rutin tahunan pulak hahaha...
ReplyDeleteDan yang paling tak menahan bila tetiba je orang tu rasa nak pitam haha.... rasa nak tergelak guling guling hehe.... 97% menantu lebih kurang gitu kot hehe
Oh, OKje... supportlah kita, supportlah kita! Semua orang suka gembira MIL kita nak datang cuma kita aje cuak sebabnya 1) Hujung tahun anak tak sekolah, jadi kita takleh lepaking/jenjalan/shopping lepas kerja 2) Kalau MIL ada di rumah, kita kena cepat sampai rumah nanti MIL sound kat hubby "Bini apakah ini pulangnya begitu lambat, anakandaku? (alah-alah citer P.Ramlee aje soundnya dah nak cakap russian I tak pandaikan)... 3) Kita kena minum green tea 24-7 dan breakfast ngan segala jenis roti buatan Uzbek sepanjang 2 bulan (tak ke nanti tetiba orang kata kita dah susut dan nampak tak happy plak?)
DeleteAda idea nak bagi bagaimana nak menangani masalah?
*OK, anak dia memanglah kita sayang gila, tapi bila tang MIL bukan tak sayang tapi terbataslah cerita Hindustan malam-malam nanti...hahahaha*
Yezzz...sama je kita ni MD bukan aku tak sayang kata tajuk lagu tu...tp itulah problemnya...sebagaimana apa yg dikata haha..... tak bebas weyh....lagi lagi yg mmg suka mengukur jalan dan agak agak pemalas macam Okje ni hehe
DeleteSampai la ni kalau mak dia telefon anak dia...Okje yg lebih berdebarnya huahua...terukkan...
DeleteHah, tulah motif kerisauannya. Nasib baik ada yang memahami. Kalau tidak boleh aje call HD kata yang hari ni kita lambat sikit sebab ada kerja lebih masa (nak ukur bangunan mall tu berapa besar) Bila ada MIL, terbantutlah perjalanan si pengukur jalan, kan....
Deleteyg penting sentiasa berikan dorongan & galakan buat mereka, tapi jgn terlalu memaksa. Dan mesti jgn lupa doakan juga !
ReplyDeleteSaya tak begitu memaksanya buat masa ni kerana dia pun baru 7 tahun. Pembelajaran di Malaysia ni bukan mudah semuanya exam oriented. Kalau exam tak bagus maknanya anak kita tak bagus. Saya tak mahu tanamkan mentaliti begitu pada dirinya. Buat masa ni dia memang sangat suka dengan komputer (mungkin ikut Daddynya kot) jadi hubby pun suruh dia buat apa sahaja yang dia suka. Nanti besar sikit, barulah tekankan belajar itu penting walaupun keputusan peperiksaan belum tentu menjanjikan masa depan cemerlang.
DeleteWahhh... mmg mewah la sampai 6 pasang kasut. Hihihi...
ReplyDeleteRasa anak mama ni dah mewah dah. Ini bukan tahap mewah... tahap lain dah ni. Atas dari mewah! Pandai abang kan... mulut macam orang tua. Budak sekarang makin cerdik. Semua dihujung jari
Itu namanya pemalas, MA. Kalau Mommy rajin, 1 atau 2 pun dah cukup tapi sebab tak tahan tengok kasut sekolah kotor betul sebab kena duduk atas lantai dalam dewan sekolah sementara nak tunggu masuk kelas. Mommynya nangis-nangis sental kasut. So dah ada 6 pasang tu kira selesai masalah sekejap. Tahun depan tambah dua pasang lagi sebab dua dah rosak.
Delete