Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan!

Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara yang nak dibuat 😊

Ini pun ambil masa 10 minit waktu rehat demi kawan-kawan. Harapnya kamu, kamu, dan kamu di sana, sini, situ sentiasa berada dalam keadaan sihat gembira hendaknya. Ramadhan pun dah hampir ke penghujung; dua hari lagi dah boleh raya 😉

Pada sesiapa yang dah beraya dahulu kerana anak bulan Syawal kelihatan lebih awal daripada sepatutnya, tak payahlah teruja sangat nak beraya sakan ya 😊

Hari ni hari last bekerja kerana I akan mula bercuti selama seminggu mulai esok. Jadi, kenalah cepat update blog ni dengan ucapan hari raya sebabnya kalau dah balik rumah, memang jangan haraplah nak menjengah blog katanya!

Di kesempatan ini, I ingin menghulur sepuluh jari memohon maaf andai kata ada tersilap kata, tersalah bahasa dan manalah tahu sekiranya ada yang terguris hati tersayat-sayat bagai dihiris sembilu dek asyik jadi bahan gurauan I ni...

Selamat menyambut kedatangan Syawal 1438H. 

Pada yang masih berpuasa, jangan ponteng puasa pulak lagi dua hari ni. Last day of Ramadhanlah paling menguji kesabaran dengan lapar dan dahaga yang berlipat kali ganda! Jangan kantoi puasa pulak ya  😊


Comments

  1. salam aidilfitri MD..Maaf zahir batin ye kalau ada terkasar bahasa masa komen2 kat blog MD ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu nak balas apa komen ni, AA. Raya pun dah lama habis ^_^ Tapi, bab terkasar bahasa, terkecil hati tu tak usahlah dirisaukan. Saya okey aje apa orang nak komen. Kalau tak okey, dan-dan tu juga saya 'tibai' balik. Hahaha!

      Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adhalah ya...

      Delete
  2. akakkkk !! lieya datang heheeheeh

    selamat hari raya maaf zahir dan batin kak ye...andai sepanjang kite berkawan di alam blog ade kate2 dan tulisan lieya buat akak terase dan kecil hati....moga akak hepy2 dan ceria di hari lebaran nanti....take care kak n hati2 dlm perjalan ke mane2 ye raye nanti....

    Saidina Affan menyusun kata
    Tutur peri yang aulia
    Maaf-bermaafan sesama kita
    Di Aidilfitri yang mulia

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah,Lieya! Ni akak baru datang nak menjawab komen. Hahaha!

      Raya dah lama habis. Kalau ada salah-silap tu, kira 0-0 ajelah ya. Lepas tu terkasar bahasa lagi, kita forwardkan ke next raya. Hahaha!

      Selamat Menyambut Aidil Adha pulak!

      Delete
  3. MD, here's wishing you Selamat Hari Raya! Have a great celebration with your family and eat lots and lots, OK? hah..hah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, PH. So sorry for the late reply. Not in the mood for blogging pulak. Anyway, thanks for the wishes yeah!

      Delete
  4. HI! MD. Baru nak datang menjengah ni hah. Selamat Hari raya buat MD & family. Maaf kalau ada komen2 yang menyentap jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak datang membalas komen, Fiza ^_^

      Salam Aidil Adha pula ya!

      Delete
  5. Srlamat hari raya MD, maaf zahir ba5in..

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya aidilfitri MD
    maaf zahir batin ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same to you, Ainniah but kali ni nak wish untuk raya korban pulak ya ^_^

      Delete
  7. Selamat hari raya maaf zahir batin ye MD..
    Harap gurau senda di alam maya tiada yg mengguris perasaan..

    CH 22.6. Cuti half day..
    Pastu terus balik kg en suami..
    CH cuti smpi 28hb ajer..
    Khamis dah balik keje..

    Tahun ni puasa mencabar buat CH..
    Awal dan akhir kena..
    Bertabahlah mengganti 12 hari tu..
    Ingat isnin ni nak mula puasa 6..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan khuatir, CH. Takda masalah punya sekadar bergurau-senda di alam maya. Takdanya tersayat hati bagai. Saya okey aje ^_^

      Saya yang sekali kena ni pun 9 hari nak diganti, CH. Nasib baiklah dah selesai tugasan ^_^

      Delete
  8. Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Adha pulak ya, Raihanah ^_^

      Delete
  9. Selamat Hari Rayaaa kak 🎉 Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Adha ya, Nani. Raya puasa dah lama tamat. Hahaha!

      Delete
  10. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Kak Ton....
    Mentang mentanglah nama mak dah tak de dalam senarai...tak sudi nak datang menjengah rumai ai kan....Nyampah ah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, Mak! Dalam pada beri ucapan sempat lagi tersayat hati bagai. Nasib Maklah takda dalam senarai. Siapa suruh Mak malas beromen, eh berkomen kat sini!

      Hahaha!

      Delete
  11. Selamat Hari Raya MD .. maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  12. CAK..cak MD...baru nak singgah jgk..lama masuk gua.. haha
    Salam Lebaran buat MD and family.. maaf zahir batin ye..
    kirim salam kt 2 hero hensem tu... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hummmmm Cak!

      Ahah, baru nak jawab balik komen ni,Atie!Sorrylah ya, raya dah lama habis baru saya muncul kembali.

      Apa-apa pun Selamat Menyambut Aidil Adha pulak walaupun lama lagi. Hahaha!

      Oh,salam dah disampaikan. Baca sudah, balas komen aje lembap sikit ^_^

      Delete
  13. Pengsan makan ketupat palas ke hape ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak makan ketupat palas. I makan nasi impit/ketupat. Maklumlah I orang Johor. Eh, sedara ni orang mana yerk?

      Huahahaha!

      Delete
  14. Udah udahlah tu pura pura pengsan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada lagi komen dia!

      I bukan pengsan. I sedang enak melantak, Mak oi~_^

      Delete
  15. lama menyepi ni MD, sihat ke?

    ReplyDelete

Post a Comment