Salam kawan-kawan!
Hari ni dah masuk hari ke-10 Ramadhan, sekejap ajekan masa berlalu. Tahu-tahu aje esok dah nak raya 😊
Pagi tadi I terbabas tidur. Lepas bersahur boleh tidur semula. Lepas tu bangun untuk solat Subuh. Boleh pulak mata tak boleh buka dan sambung tidur atas tikar sejadah. Bila tersedar kembali, sambil lap air liur tengok jam dah pukul 7.45 pagi. Apalagi, lintang-pukanglah bersiap.
Siap-siap mesej my colleague suruh beritahu bos yang I akan lambat sampai. Tapi nasib baiklah pukul 8.11 pagi berjaya sampai di pejabat 😊 Lega! Nasib baik rumah dekat dengan pejabat dan jalan pun takdalah jem mana pagi tadi!
Itulah bahananya bila tak boleh tidur malam. Mana tidaknya, balik dari iftar di luar teruslah sambung menggosok pakaian sampai pukul 1.30 pagi. Lepas tu bergolek-golek tak boleh lelap mata sampailah pukul 2.30 pagi! Oh, siksanya!
Bulan ni I pun nak slow down sikit mengemaskini blog. Bukan sebab malas, bukan sebab takda idea tapi memang letihlah nak menghabiskan hidup seharian menghadap blog aje. Ramadhan pun datang setahun sekali, oleh itu apa kata kita dahulukan perkara yang lagi penting di alam nyata 😊
Pagi tadi I terbabas tidur. Lepas bersahur boleh tidur semula. Lepas tu bangun untuk solat Subuh. Boleh pulak mata tak boleh buka dan sambung tidur atas tikar sejadah. Bila tersedar kembali, sambil lap air liur tengok jam dah pukul 7.45 pagi. Apalagi, lintang-pukanglah bersiap.
Siap-siap mesej my colleague suruh beritahu bos yang I akan lambat sampai. Tapi nasib baiklah pukul 8.11 pagi berjaya sampai di pejabat 😊 Lega! Nasib baik rumah dekat dengan pejabat dan jalan pun takdalah jem mana pagi tadi!
Itulah bahananya bila tak boleh tidur malam. Mana tidaknya, balik dari iftar di luar teruslah sambung menggosok pakaian sampai pukul 1.30 pagi. Lepas tu bergolek-golek tak boleh lelap mata sampailah pukul 2.30 pagi! Oh, siksanya!
Bulan ni I pun nak slow down sikit mengemaskini blog. Bukan sebab malas, bukan sebab takda idea tapi memang letihlah nak menghabiskan hidup seharian menghadap blog aje. Ramadhan pun datang setahun sekali, oleh itu apa kata kita dahulukan perkara yang lagi penting di alam nyata 😊
Oh, by the way! My chrome browser dah pulih dari 'chroma' (baca : koma) makanya I pun happily buka segala macam websites menggunakan my lovely chrome. Tak mainlah nak guna IE yang sopan lagi bersantun tu...
Pun begitu, ia tetap juga tak mampu membuat I teruja untuk update blog 😒
Alhamdulillah, Ramadhan kali ni ada menampakkan perubahan yang lebih baik walau hanya dalam beberapa aspek tertentu aje. Bab solat tarawih nampak lebih konsisten berbanding tahun sebelum ini. Syukur juga my anak-anak bujang turut serta walaupun Adik Cute tu separuh jalan dah penat.
Cumanya bab bertadarus masih lagi ketinggalan di belakang. Entahlah dapat khatam ke tidak tahun ni. Tapi takpa, kita buat ajelah apa yang termampu selagi ada Ramadhan. Tak dinafikan banyak sungguh halangan bila nak membuka helaian AlQuran ni...
Persediaan menu berbuka
Hari Jumaat sebelum berpuasa, my sister dah sibuk menghantar whatsapp dok bertanya nak berbuka di mana hari pertama berpuasa. I pun beritahulah, hari pertama kena berbuka di rumah. Kebanyakan tempat pun takda buat buffet iftar hari pertama. Bukan main lagi Ngah dok hantar whatsapp tempat-tempat berbuka untuk tahun ini... 😊
Tahun ini pun sama dengan tahun-tahun sebelum ni; nak mengelak daripada menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan. Dua kali juga I pergi menemani Ngah. Ngah aje yang beli makanan dan I pula sibuk main Lolipop sambil menunggu dalam kereta. Tak kuasalah nak keluar, takut terkantoi membeli sama!
Hari pertama, I beli tomyam ayam dan daging masak pedas dari Restoran Pormthip. Balik rumah cuma goreng telur dadar dan potong buah-buahan aje. Kenyang tiga beranak dibuatnya. Tiada pembaziran yang berlaku.
Hari kedua, seawal pagi dah sibuk HD menggoogle tempat untuk berbuka. Jadi memang berbuka di luarlah gamaknya. Kami ke Restoran Ayu & Syara nun jauh di Shah Alam (belah mana jangan ditanya, I lupa pulak. Malas nak google balik... Nama restoran pun tak berapa pasti betul ke tidak 😉) Buffet Ramadhan di sini memang mampu milik - RM25.90nett untuk dewasa dan RM14.90nett untuk kanak-kanak. Tidak seperti di restoran lain yang menawarkan harga buffet murah, di sini pilihan menunya banyak dan sedap. Kalau habis, ditambahlah sekali lagi.
Masa kami berbuka di sini, tiadalah amaran 'pembaziran 100gram dikenakan bayaran RM10'. I agak, mungkin selepas dua, tiga hari buat buffet Ramadhan, banyak pembaziran yang berlaku. Bagus juga kalau mereka buat begitu. Takdalah berlaku pembaziran berleluasa. Kasihan mereka di luar sana yang nak makan nasi sepinggan pun payah. Kita pulak seronok sakan melakukan pembaziran...
Lepas berbuka kami pulang dengan perut 'kebatang' dibuatnya. Terus terfikir, kalau buffet yang baru RM25.90 boleh buat perut kembung begini, macamana nak melantak buffet yang dua kali ganda dan ke atas lebih mahal harganya. Maka, kami pun ambil keputusan, tak mahu iftar di luar secara buffet macam ni. Walaupun boleh melantak, tak mampu rasanya nak makan segala jenis makanan dalam masa yang pendek 😊
Ahad malam Isnin 'tobat', hari Isnin pagi dah sibuk menggoogle tempat untuk berbuka hujung minggu seterusnya... 😊 Janji tinggal janji, tobat hanya seketika...
Hari Isnin pulak I berbuka di rumah my sister. My anak-anak bukan main lagi tau, bertambah-tambah makannya. Best sungguh MakNgah masak. Tapi kalau ditanya mana lagi best Mommy ke atau MakNgah masak, jawapannya sentiasa Mommy menang satu markah. Nampak sangat kemenangan tu sekadar nak ambil hati aje; kalau tidak Mommy dah suruh pack beg pakaian dan pindah terus ke rumah MakNgah!
Hari Selasa I masak sepenuhnya. Macam biasa, masak dua, tiga jenis lauk aje. Yang pasti, hari-hari ada menu ayam. Kalau tidak, kasihan pulak my anak bujang tersado yang berpuasa tu. Tapi setiap kali waktu berbuka, tetiba lauk-pauk jadi 4,5, 6 jenis. Tak tahulah datang dari mana!
Hari Rabu, baru masak dua jenis lauk tetiba gas habis! Inilah kes paling ngeri sekali berlaku di bulan puasa tau. Mana tidaknya, tengah kita sibuk nak menyediakan juadah berbuka (Amboi, bunyi macam penuh meja aje juadahnya...) tetiba api bertukar jadi oren dan malap dan terus malap sehingga hilang terus dari pandangan mata! Memang scary untuk mak-mak yang kena masak juadah berbuka 😊
Nasib baiklah ada kakak. Cakap ajelah gas habis, kejap lagi sampailah lauk-pauk extra...
Hari Khamis masak macam biasa. Pun begitu, sepanjang bekerja di pejabat, dok tengok juga kotnya ada mesej dalam whatsapp berbunyi begini :
Tak payah masak hari ni. Akak dah masak. Buka di rumah akak aje!
Hehehe...
Hari Jumaat berbuka di rumah Ngah lagi dan hari Sabtu, masaklah macam biasa...
Hari Ahad semalam, kami berbuka di Bangi Golf Resort. Ini bukan kali pertama ke sini tapi kali ini dapat makan dengan aman sebab takda stalker. My stalker berada nun jauh di Arau, Perlis sedang sibuk 'menabung' air mata dua, tiga kontena 😉 Oppss!
Buffet di sini masih lagi RM56nett untuk dewasa dan RM27nett untuk kanak-kanak 3-12 tahun kalau menempah secara online ya! Ada gerai durian tapi kenalah bayar, bukan termasuk dalam buffet Ramadhan.
Nasib baiklah boleh kawal nafsu sebabnya sebaik aje selesai berbuka, bayang durian pun tak mahu terlintas depan mata tau!
Kali ni lebih meriah sebab disertai oleh Ngah, my anak saudara Iwan suami-isteri dan juga my niece sekeluarga. Lagi seronok sambil makan, sambil borak, sambil makan lagi... 😋
Kali ni lebih meriah sebab disertai oleh Ngah, my anak saudara Iwan suami-isteri dan juga my niece sekeluarga. Lagi seronok sambil makan, sambil borak, sambil makan lagi... 😋
Makanan di sini memang banyak pilihan dan tempat pun luas. Paling I suka dah tentulah teh tariknya. Entah berapa kali berulang-alik, bergelas-gelas teh tarik dibantainya 😊 Beria-ia 'melantak' kali ni. Memang puas hatilah. Bila tiba masa untuk pulang, memang jenuh membawa perut. Lepas tu dok salahkan penimbang barang cheapskate konon bila jarumnya tak pernah menunjukkan nombor yang lebih kurang dari semalamnya 😊
Nampak gaya projek melantak masih belum dapat dibasmikan sepenuhnya...
By the way, thanks to my anak saudara Afiq and Sara yang 'belanja' kami dari kejauhan. Dah dipesan suruh bawa emak mereka makan sedap-sedap di mana mahunya. Nak berbuka sama tak dapatlah sebab jauh nun di Kuwait, maka kenalah transfer money aje 😊
Buat COO@ Sara, jangan tahun ni aje tau! Tahun-tahun berikutnya dapatkan juga kelulusan dari CEO bila tiba Ramadhan; maklumlah katanya jasa Aunty mengangkut pergi balik zaman sekolah dulu tak terbalas! Hahaha!
Lepas kenyang makan, memanglah kami buat pengakuan yang sama. Sekurang-kurang seminggu ni boleh makan nasi dengan telur hancur dan ikan bilis goreng aje. Cukup dah zat besi, multivitamin, kolesterol baik dan jahat bertapa dalam tubuh dek iftar di sini semalam. Lupakan aje niat berbuka di luar untuk saki-baki Ramadhan yang ada. Kita tengoklah betapa lama boleh bertahan!
But then, semalam sebelum tidur, sibuk skrol tempat berbuka puasa yang baru... 😉
Sahur
Sahur kami memang seringkas yang boleh. For me, memang tak boleh masuk apa-apa makanan berat. Tak lalu nak makan. Cukuplah sekadar Milo/teh 'o' panas dan 1,2 biji kurma. Ada masanya kena juga memaksa diri makan saki-baki lauk-pauk yang ada untuk mengelakkan pembaziran. Tapi itu sangat jaranglah berlaku, adalah sekali, dua aje.
HD pun tak suka makanan bergoreng, berminyak ketika sahur. Biasa pun minum susu dan makan kurma aje. Si Bubbly Abang pun sama, makan ala kadar untuk mengelakkan lapar di siang hari. Sekali aje dia makan nasi dengan ayam goreng, permintaan khas katanya. Selalu pun dia minum susu dan makan roti atau melantak nutella!
Of course, I lah yang paling happy dalam dunia kerana tak perlu berkelentang-kelentung di pagi hari!
Pun begitu bila naik penimbang di sebelah petang, takda pun nampak penurunan berat 😨
Bubbly Abang
Alhamdulillah, kali ni Ramadhan jatuh pada cuti sekolah. Makanya, takdalah payah sungguh si Bubbly Abang menahan diri dari lapar dan dahaga. Tidaklah nampak letih-lesunya sebab berpuasa. Katanya,
Kalau Mommy beri main komputer sepanjang hari, tak terasa pun penat berpuasa!
Amboi, banyak sado! Mana boleh tanpa bebelan panjang dari dapur ke ruang tamu, ruang tamu ke bilik tidur!
Adik Cute
Si kecil ni pun sejak hari pertama ya dia ber'kuasa'. Maklumlah bangun tidur pun lewat. Lepas bangun tak terus minta Milo macam biasa. Jadinya, most of the time, dia ber'kuasa' sampai pukul 11, 12 tengahari. Okaylah tu menahan lapar dan dahaga sehingga setengah hari katanya.
Hari Ahad semalam dia ber'kuasa' sampai pukul 3 petang! Itu pun kerana kami keluar mencari barang dapur dan terus meninjau fidget spinner. Teruja gamaknya dapat fidget spinner seorang satu, sampai terlupa dia sedang ber'kuasa'. Balik rumah, kami terkunci di luar rumah selama sejam. Masa keluar bawa kereta masing-masing. Lepas selesai urusan bersama, HD ke tempat lain dan I pula pulang ke rumah. Sampai depan pintu rumah baru teringat my kunci ada di dalam rumah! Telefon Ngah pulak tak berangkat-angkat sebab sibuk shopping di Sogo. Kalau tidak, boleh juga lari kejap ambil kunci rumah yang ada pada Ngah. Bertafakur sejenak dalam kereta...
Bila dapat masuk rumah, Adik Cute dah penat; terus buka TV, tekan channel pilihan dan baring di sofa sambil menganyam bunga ros di kepala (si kecil ni suka gulung rambut sampai jadi gubahan bunga ros ya!) dan mengetap bibir 😊 Tiba-tiba Bubbly Abang berkata,
Mommy! Adik dah mula buat projek bunga ros! Mesti nak minum Milo tu!
Eh, tak naklah! Adik tak nak Milo!
Alah, Dik! Lebih baik Adik minum Milo! Adik bukan niat puasa pun semalam!
Arghhhh!
Okeylah! Mommy... nak susu strawberi dalam botol! (sambil buat projek bunga ros atas kepala!)
Adoi, si kecil ni! Selalunya dia niat puasa sebelum tidur. Ada masanya dia niat berbuka puasa sebelum tidur dan baca doa tidur ketika berbuka...😊
Nampak gaya memang sahlah dia akan sebulan TAK PUASA!
Solat Tarawih
The 'star' untuk solat tarawih ni of courselah Adik Cute. Tahun ni dia ikut serta tapi sukahatilah berapa rakaat dia nak berhenti. Ada masanya, selesai Isyak dia dah datang penyakit malas. Kekhusyukan orang lain pun selalu terganggu dek kerana keletah si kecil ni terutama Bubbly Abanglah. Kasihan kadang-kadang, sampai tergelak pun ada tak tahan tengok gelagat adiknya.
Pernah sekali Bubbly Abang tengah tahiyyat akhir, boleh si kecil ni tekan jari telunjuk abangnya suruh tutup! Ada sekali tu pulak bila dia nampak abangnya beri salam, teruslah datang menerpa dan berbisik entah apa-apa.
Dia jugalah punya angkara bila kita beri salam, dia boleh beri salam dengan pusing kepala 360 darjah sampai terpelanting kopiahnya. Pendek kata kalau Adik Cute turut serta, memang kena tahan diri dari gelaklah. Kesian Bubbly Abang dibuatnya!
Oh, panjang sudah entri ni I karang ya!
Elok sangatlah berhenti sampai di sini. Haus pulak nanti walaupun sekadar membaca di dalam hati. Siapa yang susah? I juga nanti yang kena minta maaf!
Elok sangatlah berhenti sampai di sini. Haus pulak nanti walaupun sekadar membaca di dalam hati. Siapa yang susah? I juga nanti yang kena minta maaf!
MD nasib baik budak cuti sekolah kan ,kalau tidak nyaya pi sekolah lewat bubbly abang.
ReplyDeleteWah bahagia nya...tak payah nak bersilat kat dapur sedia kan juadah .Bertuah MD ada kakak yang suka memasak kan untuk adek kesayangan nya.
Hihii...bertabahlah abang nak berterawih ya...lawak betul adek cute ni..ada2 je...
Betul tu, kak. Nasib baik cuti sekolah. Tapi kalau bukan hari cuti sekolah, memang saya tak berani nak tidur balik. Takut terbabas. Alarm pun satu, asyik tak berbunyi on time. Hahaha... salahkan alarm pulak ^_^
DeleteUntunglah part tu, tak payah nak sengkang mata menyediakan menu bersahur. Makan apa adanya. Tapi setiap malam saya tanya anak dan suami nak makan apa untuk bersahur. Setakat ni memanglah tak perlu susah-payah. Akan datang tak tahulah kalau demand tinggi pulak suruh masak pepagi buta!
Dalam pada slow mengupdate blog tu tapi karangan tetap panjang kan MD. Dalam seminggu ni buka puasa belum pernah masak sendiri, apa taknya pasar ramadan tepi rumah ja, banyak pula pilihan tu, tu yang jd malas nak masak. hehe
ReplyDeleteTapi sahur kena masak pula. Mia anak beranak tolak hubby yg diet atkins dah biasa makan nasi waktu sahur. Lauk tak kisah, telor goreng pun ok.
Bab kepanjangan dan patah perkataan tu memanglah tak kurang walaupun penat katanya berpuasa. Yalah, tak perlu bercakap aje, taip saja ^_^ Tapi memang takdalah update entry hari-hari di bulan puasa ni, Mia. Letih ^_^
DeleteSaya memang bertahan tak pergi PARAM. Kalau pergi, memang macam-macam berkenan, mengalahkan budak baru belajar berpuasa nanti jadinya!
Saya pun waktu berbuka mesti ada nasi. Kalau tidak, tak kenyang. Tak boleh solat tarawih nanti. Hahaha! Tapi bila pagi tu memang tak bolehlah nak makan nasi walaupun nasi panas-panas. Tak terliur langsung.
mujur sangat ramadhan sama dengan cuti sekolah, adam saya pun cuba berpuasa tahun ni, alhamdulillah masih lagi penuh.
ReplyDeleteTudia bersungguh saya membaca cerita ramadhan MD tau, inshaAllah asalkan kita dah berniat tu pasti ada jalannya, saya pun niatnya nak khatam al-quran juga tahun dalam ramadhan ni harap2nya berjayalah.
Wah dimana pula restoran yang di shah alam tu ya, murah pun murah tu, makanan pun macam sedap saja bunyinya. Ok lah tu MD masak 2.3 jenis lauk tiba2 jadi 5,6 jenis ini mesti ngah yang bagikan, untung duduk dekat dengan kakak ni kan, nak pula kakak yang rajin masak. kakak saya dekat juga dengan rumah tapi tak rajin sangat memasak hahaha, sesekali dia masak tu dapat jugalah sebekas lauk. alhamdulillah jugalah.
saya waktu berbuka kena ada nasi, waktu bersahur pun mesti makan nasi, kalau tidak memang mengigil lah kaki ni ha menjelang tengah hari..adehhh
Kebetulan pulak cuti sekolah jadi legalah anak-anak sebab boleh bertahan lebih baik tanpa terasa letih-lesu.
DeleteOh, walaupun takda mood nak update hari-hari, kalau berupdate memang semputlah juga nak menghabiskan bacaan, AA. Lagi baik baca Al-Quran. Hahaha!
Hopefullylah dapat khatam kali ni tapi kalau ikutkan rentak slownya, memang lambat sungguh. Kena kurangkan lagi masa tidur tapi itulah, kalau terlebih masa tidur, dah tak boleh tidur pulak! Jadi macam pagi ni, lompat katil sebab tak sedar!
Alamak, saya lupalah sebenarnya seksyen berapa. Tapi ada tak tempat namanya Sg Rasau? Dekat dengan Ken Rimbalah senang cerita. Boleh cuba kalau nak AA sebab bagi saya sekeluarga, makanannya sedaplah. Boleh diterima anak tekak!
Ngah saya memang terlebih rajin, AA. Memang tak kebulurlah kalau berjiran dengan Ngah. Lagipun seminggu pertama ni, dia berbuka sendirian aje. So, ada ajelah adik beradik yang temankan dia berbuka.
Saya waktu berbuka memang perlu makan nasi tapi waktu sahur entah kenapa langsung tak boleh nak makan. Masalahnya, berat tak juga turun merundum!
Untungnya jadi adik kesayangan, berbuka nnt umah Ngah lagi.. jeles kita, kakak2 semua jauh nun di sana, sob3
ReplyDeleteHahaha! Banyak hari jugalah ni dah skip memasak. Kalau tak berbuka di luar, ada yang 'taja' menu berbuka puasa. Nanti seminggu terakhir puasa kenalah 'berdikari' sebab Ngah nak balik kampung awal!
Deletedah macam mane tak slow nak update blog. tengok2 panjang berjela jgak jadinya. hihihi...
ReplyDeleteselamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. 😊
Sekali menaip, memang tak boleh pendek-pendek. Kalau tak, takda umphhnya. Hahaha!
DeleteEh, ni dah nak raya korban; siap-siap ucap selamat menyambut aidil adha yerk ^_^ Manalah tahu masuk gua balik lepas nikan....
Camanelah melantak sampai tersadai tu yek, sok habis puasa naik timbamgan dari biasa, pastu tambah lagi di hari Raya, aiyokkk, tak tau,haha( dibaca dgn suara sengau sbb ni bukan gelak, ni ngejek gituh)bawak2la insap sbl timbang tu tk dapek nampung boghek eh laei.
ReplyDeleteTapi mmg senangla hati tu kan dpt berbuka ada yg taja kan, berganda sodap eh makannya kan.hihi
Belum balik rumah dah tahu timbangan dah naik!Hahaha!
DeleteKita orang memang malaslah nak main timbang-menimbang ni, buat menyusahkan hati aje nanti. Siapa yang susah kalau kita dah sakit hati? Kita juga...
Benda kalau dapat percuma, nikmatnya lain macam tau ^_^
Hi MD! Cooking gas finish while cooking is my greatest nightmare. It happened before but luckily it was a dish that could be finished off in the microwave. Wah, nice lah your sister. Can tumpang berbuka with her. I used to wonder what it is like to fast, I mean waking up early to eat for sahur. I cannot imagine eating anything so early in the morning. I salute you guys for withstanding no food and water for so many hours. I will pengsan for sure!
ReplyDeleteScary right when your cooking gas just finished like that!
DeleteMy sister is very helpful. Any problem just go to her especially makan part. Just go and tell her, settle the problem ^_^
CH semalam yg terbangun lewat utk bersahur.. 4.52am..
ReplyDeleteAlhamdulillah nasi dah masak..
So lauk instant ada lah sambal telur dan sayur tumis bayam..
Cukuplah bersahur anak beranak..
En suami sahur bubur dan kurma..
Pastu kami ambil susu kurma..
Mlm smlm lah bertarawih dan buka di masjid negeri setelah 10 hari puasa..
Sebelum tu solat dan berbuka dirumah.
Nabil smpi hari ini tak puasa..
Sebab masih lagi mkn ubat hospital..
Dia sibuk nak puasa..
Tapi CH suruh dia betul2 sembuh sakit perut..
Kalau tak pun buka sekolah nanti baru mula puasa..
Setakat ni kami belum terjah mana2 restoran utk berpuasa..
Singgah param tu ada lah sekali dua..
Cerita bulan puasa kali itu macam itu ajelah, CH. Takda apa bezanya cuma terasa meriah kali ini sebab dapat berjemaah solat tarawih anak beranak.
DeleteBazar Ramadhan memang tak menyinggah cuma hari terakhir tu dah siap kemas rumah, pack barang nak balik kampung, stok pun dah habis. Kenalah beli juga!
lama tak singgah sini. alhamdulillah dapat masih menikmati ramadan kan MD. ceria dikeliling anak2 semua.
ReplyDeleteAlhamdulillah, berjaya juga menghabiskan Ramadhan tahun ini. Moga kita semua dapat bertemu Ramadhan lagi tahun depan ya, Raihanah!
DeleteAlhamdulillah.. Berjaya menghabiskan baca entry MD ni.. Hihi..
ReplyDeleteTapi bila part nk komen, tak tau nk komen apa..😅😅😅
Semoga tercapai hasrat nk khatam dlm bulan ramadhan kali ni..
Ira ni bnyk culasnya.. Mengaji ke, terawikh ke.. Ada je culas. Cuma target nk consistent dhuha.. Itu ada juga culas sehari. Apa2 pun, semoga ada perubahan yg baik selepas ramadhan nnt..
Kelakar la adik cute..
Kalau ira mmg xleh tahan la.. Mesti asik nk ketawa je.. Sabar je la bubbly abang ye..
Hahaha!
DeleteKalau tak panjang bukan entri MD ya, Ira. Daripada dok tercegat aje dalam train, lebih baik singgah blog saya, dengar saya merapu. Tak gitu? Hehehe!
Betul la kan? Bulan posa ni mmg kena gostan sikit perkara2 yg kurang penting. Nin pun dah deactivate FB sejak2 1st ramadhan aritu sbb dah rasa ada aura2 ketagihan di situ.
ReplyDeleteMD sempat juga ber-buffet... Nin sejak puasa ni baru 2 kali makan beli. Sekali beli di pasar ramadhan, sekali order pizza delivery ekekek! Pizza delivery tu dah desperate benornye, senggugut ya ampunnn! Setakat ni, selagi mampu masak, nin masak je lah. Lagipun, nin ni rugi kalau mkn buffet... perut sempit! Mkn sikit dah kenyang. Rugi....
Sepatutnya gitulah, Nin. Kalau boleh bukan setakat bulan puasa aje, bulan tak puasa pun apa yang kena gostan balik tu kita gostankan supaya dapat menjalani hidup yang lebih berkat ^_^
DeleteBuffet ni kalau tak betul-betul, memang membazir. Kena cari partner dan rakan taulan, sedara-mara yang kaki buffet barulah tak terasa menyesal keluar duit beramai-ramai ^_^
Wahhhhhhh dasat ah Ramadhan jiran mak tahun ni. Mak jugak yg asyik ditakuk lama. Aduhhh....Mak asyik mengantuk jerlah Kak Ton. Nak kata tahjud, tidak...tp mengantuknya mengalahkan org tahajud dan tadarus pukul 3 pagi haha....
ReplyDeleteEleh....konon nak jimatlah tu kan. tak pergi pasar Ramadhan, tapi duk menenggek kat restoren sana sini time berbuka tu, apa bezanya....Sebulan ni rasanya complete buffet ramadhan kat KL ni Kak Ton pergi terjah ek haha....
Sajakan...dah tau org nak gi Arau, dia makan kat sana! Nyampah ah....
Alhamdulillah. Ada juga perubahan daripada tahun-tahun sebelumnya. Yalah Mak, umur dah meningkat, makin berkurangan, kenalah buat apa yang patut. Takkan selamanya dapat berjimba riang-riang jerk. Ya tak?
DeleteEh, bukan sebab nak jimat tak pergi bazar. Dah terbukti iman tak kuat, makanan tak sedap, buat apalah nak pergi. Bila beli dan berbuka, kita juga yang dapat dosa kering dok mengutuk tukang jual makanan yang tak ikhlas berniaga katanya!
Dah sekian lama, hari ni baru boleh jln2 rumah kawan2.
ReplyDeleteseronok betul baca kisah MD ni. Untunglah sahur tak payah masak. Berbuka ada org sponsor.
Saya sahur/berbuka masak sendiri, setakat ni belum ke param lagi. Lebih kurang sama jugak pengalaman ngeri, gas habis di hari pertama sahur. Kami minum air dengan makan kurma saja.
Bab anak2 di bulan puasa, kalau diceritakan mmg panjang berjela jadinya. Tmbh2 si Yusuf tu, dia pun berkuasa ajer setiap masa!
Apa2pun, moga segala amalan kita diterima ya MD.
Saya ni dah lama tenggelam, KB. Baru nak rasa hirup udara segar di daratan katanya. Eh, tapi sebelum ni kat gua, camana pulak boleh tenggelam nih! Eh, bantai ajelah mana sedap menaip!
DeleteUntung juga bila anak-anak berkira-kira nak makan apa, emaknya tak payah bersusah-payah di pagi hari berkelentung-kelentang di dapur ^_^
esok ni dah start sekolah mencabarlah sikit anak2 puasa, dahla cuaca pun panas sgt skrg ni
ReplyDeleteAlhamdulillah,nasib baik anak-anak bertahan walaupun 2 minggu terakhir tu kena sekolah.Lega juga. Mula tu naik risaulah juga memikirkan si abang ni, maklumlah kat sekolah Cina semua pun makan, makanya dia pun tertelan-telan air liur tahan lapar dan dahaga.
Delete