Alahai, bangsaku....

Salam 28 Zulhijjah kawan-kawan!

I ni ada masanya suka juga buka laman gosip atau pun membaca hal ehwal semasa. Sejak media sosial menjadi 'penting' kepada manusia sejagat, adakalanya rasa seronok bila membaca sesuatu tu.

Lebih-lebih lagi kalau dapat banyak response dari para keyboard warriors. Memang best jadinya aktiviti membaca yang santai.

Mulanya I terbaca satu kisah ni di blog si LekatLekit @ rakan seperjuangan menyelusuri alam ghaib katanya (^_^) dan kebetulan malam semalam bila berkesempatan menonton berita di Astro Awani tetiba muncullah kisah yang sama ~ si penjual daging online dengan salah seorang 'potential customer'nya yang sedikit racist.

Ada you all baca kisah ni? 

Boleh klik di link yang diberikan. Dipendekkan cerita, seorang pembeli ni tak jadi membeli daging dari si penjual bila mendapat tahu yang budak dalam gambar profile si penjual adalah anak si seller, mixed blood Melayu-Negro. Alasan yang diberikan kerana suami si pembeli tidak suka si pembeli berurusan dengan Negro kerana mereka 'dahlah buruk, jahat perangai' lagi... 

Bila si seller ni menjawab dengan kata-kata yang agak 'menyakitkan hati' si potential buyer, maka si buyer ni pun mulalah kata si seller kurang ajar dan nak viralkan conversation mereka! 

Eh, dia yang mulakan, dia pulak yang terasa di'mangsa'kan.... ^_^

Pada my pendapat, memang kelakarlah kisah ni! 

Okey, tak dinafikan memang bangsa yang satu ni terkenal dengan sikap negatif bagai. I sendiri pun tak berapa gemar kalau nampak seorang berhampiran ^_^ So, kiranya I pun adalah juga sifat perkauman tu.

Tetapi, kita tak bolehlah main hentam ikut pepatah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga' ^_^ Bukan takda langsung yang baik, ada aje tapi mungkinlah sedikit dan mungkin juga kita tak berpeluang langsung mengenali hati budi mereka yang baik ini.

Teringat pada pengalaman my Japanese friend ni. Rasanya I pernah cerita dalam blog juga dulu-dulu. Bila kawan sebangsanya tahu yang dia berkahwin dengan lelaki Melayu, mereka pun bertanya kenapa berkahwin dengan Melayu? Bukan ke orang Melayu ni malas, tak bagus, suka 'menyekat' kebebasan isteri dan boleh kahwin empat?

Jadi my friend ni pun jawablah yang mereka kena faham, setiap bangsa pun ada orang baik dan jahat. Bukannya kalau seorang tu jahat, seluruh bangsa tu jahat juga! Even bangsa sendiri pun katanya ada aje penipu, jahat, pengotor dan sebagainya ^_^

I respeklah dengan jawapannya tu ~_^

Yang sebenarnya, kita ni memang ada sifat perkauman tu cuma kecil atau besar, nampak ketara atau tidak aje. Contoh paling mudahlah, kalau kita ada satu barang tapi kena beri kepada dua orang staff yang berlainan bangsa - satu sebangsa kita dan satu lagi bukan. Tentu immediate response dalam hati nak beri pada staff sebangsalahkan! Itu pun dah kira racist jugalah walaupun alasannya demi kebaikan bersama ^_^

Yang seronoknya bila sesuatu perkara menjadi viral sekarang ni ialah membaca response para pengomen. Oh, alahai, yang ni memang boleh bikin hati sejuk, panas, sejuk, panas terus berbara api tau! Akhir cerita, kisah yang diviralkan tu takda apa-apa tapi pengomen yang menyokong pihak berbeza tu pulak bertelagah dan berpuak-puak jadinya menyuarakan pendapat 'benar' masing-masing. Oh, memang kelakar tau!

Antara yang I sempat baca, adalah pengomen yang kata si potential buyer tu mungkin orang kampung.com, guna duit laki pun tak minta izin, guna nama laki kata tak boleh deal dengan Negro bagai and etc. 

Eh, janganlah main tuduh orang kampung pulak! Apa kes ni...

Orang kita ni memang adakalanya pemikiran kolot tu tak boleh diajar dan tak mahu belajar upgrade ilmu di dada. Kalau ilmu tak banyak mana, bukan ke lebih baik kita menuntut ilmu sebelum menyebarkan ilmu yang entah apa-apa aje. 

Kalau kita tak tahu, kita belajar. Kalau kita malu orang tahu kita tak tahu, kita belajar senyap-senyap, cari 'guru' yang berkaliberlah. Jangan berguru dengan Mr. Google aje lepas tu sibuk nak mengata orang tu salah, orang ni bengap ^_^

Teringat pulak pada kes kawan my sister ni. Dia tak pernah tidur hotel. So kali pertama kena pergi kursus, tidurlah di hotel berkongsi bilik dengan my sister. Bila dia mandi, bukan main lama duduk dalam bilik air. So satu hari my sister pun tanyalah, kenapa mandi lama sangat! 

Dia pun bercerita, katanya dia tadah air masuk bathtub (ni jenis ada kolah mandi di rumah rasanya, selalu mandi air kolah) lepas tu kena tunggu air tu 'sejuk' ^_^

Nasib baiklah my sister bertanya dan dia bercerita. Maka, my sister pun tolongkan  tukarkan air 'panas' tu ke air 'sejuk' dan dia pun takdalah selamanya jadi malu !

Kalau ada antara si keyboard warriors yang baca kisah ni mesti statement yang keluar,

Orang kampunglah ni! Tak pernah masuk hotel....

Kadang-kadang perkara yang dibincangkan tu kecil aje tapi diperbesar-besarkan sampai menjadi perbalahan dengan alasan yang langsung tak munasabah. Bacalah kisah artis kat Malaysia ni yang kerap kena kutuk. Memang kelakar habis tau. 

Dan lumrah manusia, bila sendiri buat salah walau kesalahan tu sebesar gajah, tetap buat tak nampak. Tapi cubalah kalau orang lain buat salah sebesar kuman aje, habislah dok menghentam tak sudah-sudah! Lumrah alam ya ^_^

Cubalah bayangkan situasi macam ni terjadi kat you all..

Katakan you all ni seller, jual baju kurung. Cantik-cantik design dan harga pun memang berpatutan sangat untuk membocorkan poket para pembeli. Tiba-tiba dapat potential buyer ni yang memang gedik tak tahan nak membeli daripada kita, sibuk tanya boleh hantar hari yang sama jugak ke tidak sebab nak pakai majlis sepupu bertunang esok harinya dan siap tanya akaun bank bagai nak buat payment sesangat ni, tak boleh lewat walau sesaat pun!

Tiba-tiba dia ternampak gambar kat profile kita yang loving gila dengan satu omputih ni. Dek kerana sifat 'curiousity killed the cat' yang menebal dalam hati si buyer ni, dia pun tanpa segan silu memulakan conversation :-

Sis, nak tanya ni? Yang bergambar kat sebelah sis tu siapa ya?

Oh, itu my husband, Dik! Kenapa? Adik kenal ke? (debar dah jantung ni, kotnya ex-gf hubby ke apa nih....)

Ohhhhh...sis kahwin mat saleh yerk?

Ahah ^_^ From America *_*

Dan tiba-tiba tanpa diduga...

Sis, sorry ek! Tak jadilah nak beli baju tadi!

Oh, ya ke? Err.. boleh sis tahu kenapa?

I tak sukalah omputih, kristian ni semua... Sebenarnya kalau boleh memang nak sokong bisnes orang Melayu kita...

My husband was a Christian tapi dah lama convert, dik!

Takpalah, sis! Cancel order bolehkan?

(Sukahati kaulah, Dik....) jawab dalam hati si seller. Mesti seller pun pelik tahap tak terfikir dek akal fikiran yang waras apa kaitan 'suamiku omputih' dengan nak beli baju kurung yang dijualnya ^_^ Tak ke pelik jadinya...

Kalau fikir secara logik memanglah tak nampak apa kaitannya tapi cubalah viralkan dan tanya pendapat para keyboard warriors kita yang sanggup melakukan apa sahaja demi bangsa, agama dan negara, for sure you all akan dapat tahu punca dan logik akalnya di situ ~_^

Oh, ya... inilah rupanya anak si seller yang tanpa sebab jadi mangsa perkauman dek kerana gene bapanya yang 'dahlah hodoh, jahat perangai' pulak...


Sumber dari sini
Okey, sudah-sudahlah ya berburuk sangka! Ahad ni dah Awal Muharram. Marilah kita jadi orang yang lebih baik demi bangsa, agama dan negara ~_^










Comments

  1. Ada ternampak gambo tu kat FB pagi tadi.....La pasal tu ke kisahnya...
    Setuju dengan Kak Ton tu. Semua bangsa pun ada yg baik dan yg jahat, namanya pun manusia kan. Tapi tak patutlah kalau sebab kaum ni jadi issue. Kita ni semuanya sama je. Kejadian pun dari air yang jijik. Sapalah kita nak sombong. Semuanya milik Allah huhu.....

    Gasaklah korang nak bergaduh..... malas mak nak campur, bauik mak baca blog kisah santai santai..... Kak Ton ni kan saja je tau! Penat tau nak perah idea mengomen pasal ilmu manusia ni huh! Babye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, Mak ni! Sekali-sekali Kak Ton nak berdiskus, Mak kecam pulak! Nanti Kak Ton kerja meroyan aje, Mak kata Kak Ton kuat bebel, tak tahan telinga Mak mendengar bebelan ^_^

      Semua bangsa sama aje, bukan semua baik mahu pun semua jahat. Bangsa yang dipertikaikan di atas tu memanglah terkenal dengan sikap buruk mereka tapi kita kena akur, ada juga yang baik-baik di kalangan ramai yang buruk tu.

      Senang ceritakan Mak, kalau kita tak suka, suku-sakat, kaum kerabat, kenalan, jiran tetangga si musuh pun kita tak suka juga. Hahaha!

      Mak ni kan, sesekali kena juga perah otak tu kasi clear, tambah ilmu sikit-sikit. Huhuhu...

      Delete
  2. lepas baca entri ni, saya laju2 buka link yg diberi. entah apa-apalah sifat manusia ni, ya MD. yg sebenarnya si pembeli itu yg buruk perangai!

    sesetengah orang ni suka melebel sesuatu tu, kalau dah buruk maka buruklah semuanya. sampai bila2 pun engkau akan buruk. kena bukalah sikit minda tu kan. bukan semuanya yg suka membuat onar. ada yg baik. malah Bilal bin Rabah pun berkulit hitam yg dijanjikan syurga. Tak gitu, MD?

    kalau macam tu, mesti saya menantu Indon ni dipandang serong ek? Apa boleh buat, janji suamiku warganegara! haha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kelakarkan kisah ni sebab tak nampak di mana logiknya nak memulakan argument ^_^

      Kasihan alahai budak tu tak pasal-pasal jadi punca viral. Pada saya kala tak suka, tak perlulah beritahu si seller ni sebab takda kaitan pun dengan urusniaga yang berlangsung. Kata ajelah tak jadi nak beli, habis cerita. Yang lurus bendul tak bertempat tu apa hal. Lepas tu pandai pulak marah bila rasa orang kurang ajar.

      Saya ada kawan, kalau orang kata dia kurang ajar, selamba aje dia akan ucap terima kasih sebab beritahu yang dia kurang ajar. Kalau tak diberitahu sampai bila dia tak tahu. Makanya bolehlah dia improve diri untuk menjadi tak kurang ajar! Hahaha!

      Entahlah, PB. Sebab berdasarkan pengalaman, saya dilayan 'elok' sebab suamiku bukan warganegara dan yang paling penting berkulit sangat putih ^_^ Hahahaha! Aduhai...tak tahan nak gelak!

      Delete
    2. Hahaha...alamak! , suamiku berkulit gelap ala2 negro juga w/pun malaysian. Mcm mana niii. Tak aciiii...

      Delete
    3. Tak dapatlah den nak menolongnya ^_^ Make sure kalau nak jual barang, jangan posing dengan suami. Nanti kalau orang salah sangka, habislah tak jadi nak beli produk dari KB tau. Hahaha!

      Delete
  3. Seronok pulak baca bebelan MD harini...panjang lebar pulak membentang kan isu perkauman ni ya :-)
    Sebenarnya tak kira bangsa warna kulit ke semua nya kalau dah namanya manusia ada yang baik dan ada yang jahat juga.Mereka2 yang diskriminasi tu yang sebenar nya tak faham.
    Anak kacuk negro tu cantek kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik membebel aje, sesekali nak juga berkongsi sesuatu yang boleh diajak berbincang ^_^

      Sekali tengokkan kak, comel juga budak tu. Takdalah 100% ikut gene bapaknya. Tapi adatlah kita ni, orang putih yang menjajah kita kita sanjung tinggi-tinggi, asal warna tak putih aje, kita lumat-lumatkan maruah mereka letak bawah tapak kaki kita. Maklumlah kita Melayu yang berdaulat katanya ^_^

      Delete
  4. Wah MD..
    Bikin topik hangat juga lah ye..
    Mujur MD kahwin dgn Usbek kan..
    Terkenal dgn kebaikan ...

    Tak yah lak nak beli..
    Kalau perkauman yg difikir..
    Pastu jadi gaduh ..
    Aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannya apa CH, saya rasa isu ni macam kelakar betullah. Tak tahu apa kaitannya urusniaga dengan latar belakang perkahwinan si penjual. Kalau macam ni punya gaya, bila buat urusniaga kenalah hantar resume latarbelakang bagai. Kotnya ada orang yang bila seller ada anak ramai dia tak mahu beli produk sebab kebarangkalian untuk dapat produk rosak amat tinggi dek kerana anak seller ramai. Hahaha!

      Tak nak beli, tak payah beri alasan yang tak logik. Kata aje tak nak, habis cerita. Seller pun okey walaupun rasa tertanya-tanya juga kenapa. Ini lurus bendul betullah! Kalau saya jadi seller tu mahu saya nak juga jawab tak mahu jual kat dia sebab dari profile si pembeli nampak sangat suaminya tak handsome, so tak mahu jual daging kat dia! Hahaha!

      Delete
  5. Eh eh eh ... bukan semua bangsa tu x bagus dan bukan semua bangsa tu bagus .. paham2 sendiri lah kan. Kita ni yg diberikan akal, pandai2lah timbang baik buruk. Jgn ikut perasaan .. gitu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh main sekali harung aje kata tak bagus, tak elokkan hanya kerana segelintir (walaupun majoritinya) buruk perangai. Kita ni kalau tak suka, habis 7 keturunan kita nak buruk-burukkan. Saya pun tak berapa suka juga tapi takdalah saya nak beritahu kat semua orang saya tak suka bangsa ni, bangsa ni kerana alasan yang mengarut!

      Guna akal yang katanya bijak tu, ya tak ^_^

      Delete
  6. terkejut betul baca tajuk MD hari ni.. besar ni isu ni.. ada baca juga.. tp tulah, biasalah mentiliti mcm ni kat mna2 pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik ya saya berdiskus pulak hari ni bukan meroyan tak tentu arah. Tertarik sebenarnya dengan kisah yang diviralkan ni. Nak gelak ke, nak marah ke, tak tahulah mana satu nak dibuat! I is confused gitu ^_^

      Kita ni terbiasa dok bawah 'tempurung' walaupun tak mahu mengaku. Bukan kata suruh ikut harus peredaran masa tapi kenalah ambil tahu adab dan budaya. Bukan kita aje bangsa dalam dunia ni.

      Delete
  7. Kalau berpegang pada agama yg kita diajar utk saling hormat-menghormati semua ini tak terjadi. Usah kata yg converted to Muslim tapi even yg non-muslim pun kita kena hormat selagi ia tak melanggar hakiki Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak relevan betul alasan yang diberi tu pada pendapat saya, kak. Kita kena ada sedikit rasa hormat pada bangsa dan budaya masing-masing walaupun adakalanya kita memang tak suka pun pada mereka. Beralas sikit sebab tu kenapa membenci, tak gitu ke kak?

      Delete
  8. Ai askum.. eh kena bg salam penuh ni.. assalamualaikum MD.
    Amboi, saya dalam pantang ni terkejut tadi mula2 baca tajuk dah rasa pelik, penuh rasa ingin tahu apa intipati entry ni.. haha.. sekali sekala MD berdiskusi pasal isu berat ni.. ai, kagumla saya.. ingat dah salah masuk blog tadi, haha.. jgn marah..

    Tapi benar bagai dikata tu MD. Kadang kadang saya pun rasa pelik dgn sikap orang sebegini. Ada masanya juga patut ada orang yang berani menegur sikap no daripada terus diamalkan oleh pihak terbabit..tapi biasalah, nak ubah sikap orang lain bukan mudah, kecuali dia sendiri yang nak berubah dengan kesedaran diri dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, AN!

      Dah kenapa geng-geng ni semua? Bila saya baru nak berhujah, tetiba mereka rasa lain macam pulak. Hahaha! Yalah, yalah! Saya tahu saya memang kuat meroyan dalam blog ~_^

      Kita kena ada rasa hormat tu walaupun kita tak suka. Orang Melayu ni sendiri sebenarnya penuh dengan adab sopan dan budi pekerti. Nampak gaya, dah jauh ditinggalkan segala adab sopan dan budi pekerti kita ya!

      Delete
  9. macam ni punya orang pon ada ke? ya allah, buruk betol perangai..kalo taknak beli cakap jer la tak nak beli takyah bagi alasan macam tu walaupon sebab sebenar tak beli memang sebab tu..dok dendiam sudah..buat ape nak kecikkan hati orang?puas hati ke dapat lepas geram dgn bagi dia statement camtu? tak ke dapat dosa free jer sebab sakitkan hati orang!! aishhh pelik betol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bersebablah nak ajak bertekak. Kalau dah tak suka tu, cakap ajelah tak mahu beli. Tak payah nak beri alasan yang tak masuk akal macam ni. Bukannya penjual tu African, suaminya aje. Takkanlah sebab tak suka bapa, anak dan isteri pun wajib tak suka juga? Lainlah kalau mereka memang bersekongkolkan!

      Delete
  10. kenapa yang nampak kolot mesti cakap orang kampung padahal orang kampung sekarang dah open minded & advance gitu.. yang masih berfikir dalam tempurung bukan sebab dari kampung atau bandar tapi dari hati mereka yang tertutup nak menerima bahawa manusia tu tak kira apa bangsa & warganegara ada baik & buruknya.. Apapun terharu nama kita di seru seru kat sini.. patutlah rasa roh terpanggil2 je nak clik blog MD ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Itulah pasal. Sebab orang sekarang ni mereka claim yang mereka dah terlebih bijak, tak sesuai jadi orang kampung lagi. Orang kampung tu definisinya sama macam masa mereka kecil-kecil dulu, 30,40 tahun sudah ^_^

      Kalau dok baca komen kisah viral macam ni, memang teruja habis tengok komen aje. Kolot pulak rasanya si tukang komen semua. Hahaha!

      Delete
  11. eh ada jugak orang perangai macam ni? macam macam hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam hal dalam dunia ni. Rambut pun dah tak sama hitam inikan pulak hati, ya tak?

      Delete
  12. mmmmm.. satu j nk kata. buruk perangainya. ntah pa pe, kan!

    dalam diri tu kenalah pupuk sikap saling hormat menghormati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang faham kenapa kebanyakan orang tak suka bangsa yang jadi isu ni. Memang pun majoriti yang ada semuanya suka buat perangai dan ada banyak sifat negatif. Tapi kena ingat, tak semua bangsa tu dijadikan jahat sesajakan. Kita sendiri pun ada yang jahat dan bila kita dengar orang yang jahat itu dari bangsa kita sendiri, kita pun naik malu. Macam tulah juga mereka agaknya bila sering dilabel sebagai 'orang jahat'. Malu juga...

      Yang tak boleh tahan ni sebab punca pertelingkahan memang tak nampak macam matanglah senang cerita...

      Delete
  13. Emmm... kita kat negara sendiri, perasan bagus nak racist kat pendatang. Tapi cuba kalau kita jadi "pendatang" kat negara orang pulak? I dah rasa dah diskriminasi bangsa ni di negara orang. Memang insaf la jugak, sebab sedar diri kita ni pun kdg2 ter-racist jugak kat orang lain. Bila dah kena kat batang idung, baru tersedar betapa kerdilnya kita. Pun begitu, kadang2 I masih sangat2 berhati2 bila berurusan dengan pendatang terutama yang datangnya tu kita tak pasti secara sah atau tanpa izin. Complicated kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kebanyakan yang suka berkata-kata dan melempar kata sesuka hati ni tak pernah rasa jadi 'pendatang' di tempat orang. Kalau dah rasa, tak sanggup dah nak buat perkara yang sama.

      Kita ni memang adakalanya timbul sikap racist tu tapi pandai-pandailah cover linekan, kan, kan!

      Yang itu memang saya setuju. Kalau bab-bab nak deal dengan mereka-mereka itu, kenalah lebih berhati-hati. Hati orang kita tak boleh baca. Sedangkan bangsa sendiri pun suka gak menipu inikan pulak bangsa orangkan, kan, kan!

      Delete
  14. Selagi kita duduk bawah tempurung tak keluar mana2 ke negeri orang boleh lah bersikap camtu, cer suatu hari kita keluar, orang buat kat kita pulak, apa rasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab duduk bawah tempurung itu ajelah yang menyebabkan kita pandai berkata-kata aje, pengalaman takda. Dok hentam suka-suka hati aje lepas tu orang lain pulak jadi mangsa, yang takda kena mengena pun...

      Delete
  15. itulah...sekrang perkara y simple pom org perbesarkan..cari pasal..
    lumrah kehidupan d zaman viral...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak pandai main internet dan bermedia sosial ni, sikit-sikit nak dok viral, sikit-sikit nak dok hentam orang. Pendekata semua pun nak disampaikan melalui online aje, tak nak bersemuka!

      Delete
  16. memang ada baca kisah ni kat fb, memang teruklah camtu. rasis ni bukan budaya ISlam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah tak tahu nak kata apa tapi memang kelakarlah baca kisah yang satu ni!

      Delete
  17. Perkara pertama saya doa bila buka facebook, janganlah saya jumpa dengan kisah viral yg membodohkan diri dan yang menyakitkan hati.. Dah ada dah baru-baru ni, contoh ada remaja tu membuat rakaman video dirinya berada di bawah kereta api yg bergerak dgn kelajuan yg tinggi. Oohhhh sangat bodoh, mulalah diri ni rasa nak mencarut.

    Dan yg kat atas ni contoh yg menyakitkan hati.. Alahai.. Menyampah sangat dgn mereka yg racist ni. Betul kata MD, semua orang ada rasa perkauman tu. Cuma cara kita berbeza; sama ada nak mempamerkan ia atau tidak kerana ia sangat berkait rapat dengan adab kita pada orang lain. Dalam kes kat atas ni, sangat-sangatlah biadap sampai sanggup nak mengata orang hodoh dan jahat.

    Haaa ini yg malas ni bila terbaca kes-kes macam ni. Mulalah mulut rasa nak membebel je ni.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang malas buka facebook ni. Macam-macam ada. Itu tak kisahlah tapi banyak kisah-kisah yang memang malas alahai kalau tertoleh. Tak nak ambil tahu, rasa nak tahu. Bila dah tahu, rasa alahai bodohnya aku nih! Hehehe!

      Bohonglah kalau kata kita takda sifat perkauman tu. Sedikit sebanyak tetap ada cumanya tunjuk dengan tidak aje. Ada orang ni kadangkala nak kata lurus bendul tak juga, tapi kalau kata bodoh, marahlah pulak ^_^

      Kita pun kalau diikutkan bukanlah cantik dan baik mana, baik dari segi fizikal mahu pun batiniah gitu tapi takdalah kena hentam sebab kita bijak kerana tidak memperbodohkan diri sendiri di khalayak ramai ^_^ Betul tak?

      Delete
  18. Ada terbaca viral pasal ni...ntah pape buyer tu...hahaha...org tak amik laki dia syukur...ekekeke...tetiba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda kaitankan antara suami orang tu warga asing dengan barang yang nak dibelinya. Tak faham kadang-kadang pemikiran sesetengah manusia nih!

      Delete

Post a Comment