Kisah si burung hantu ~_^

Salam 18 Zulhijjah kawan-kawan!

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ~_^

Alkisah, beginilah kisah si blogger picisan yang tegar berblogging katanya!

Memandangkan masa menjadi amat limited di pejabat, makanya I tahankan aje mata ni untuk meng-update blog di malam hari. Of course, kejadian berlaku selepas HD dan anak-anak sudah lena tidur. Dan kerjarumah pun dah selesai semuanya. Sempat jugalah membalas kunjungan kawan-kawan yang datang mengomen hari ni. Kepada yang belum sempat terjah, insyaAllah bila ada kelapangan nanti sampailah jua ~_^

Aktiviti berblogging di siang hari sudah menjadi tidak begitu menyeronokkan. Mengapa? 

Silalah baca sebab-musababnya di sini  ^_^

Sebelum I mula mengomel, ni nak buat ucapan sedikit ~_^

Semalam baru tau rupa-rupanya I menang meneka dalam entri teka harga makan si rakan blogger @ tukang masak tersohor, CH. Tak sia-sia bertafakur di blognya sambil menekan kalkulator yang jadi peneman setia. You all fikir senang ke nak menang sipi gitu? Perlukan semangat yang membara untuk menang dan usaha yang konsisten tau ~_^ (Weyh, weyh, MD! Hang menang pertandingan peringkat dunia kah?)

CH, awak sepatutnya letak entri kemenangan tu sebagai sticky post sampailah pemenangnya baca tau ~_^ Naya aje kalau tak tahu. Terlepas lagi nak makan cempedak madu ~_^

Jadinya, terima kasih banyaklah CH ya sebab menganjurkan contest lepas tu boleh terlupa pulak nak umum nama pemenang. Nampak sangat dah kertu tau! Hahaha!

CH, jangan marah ya! I is tension gitu tak dapat menghadap blog di siang hari. Makanya penyakit meroyan dah mula menyerang tak kira siapa mangsanya ~_^ Selalunya kalau penyakit datang, I memanglah aim tepat-tepat kat jiran sebelah. Memang tak sempat dia nak lari sembunyikan diri ^_^

Oh, by the way! Lupa pulak entri ni sebenarnya nak cerita tentang apa ya?

Aha, cerita sambutan Aidil Adha boleh tak kalau nak skip? Dah seminggu berlalu tapi I takda kelapangan nak bercerita pulak. This time sebenarnya nak cerita kisah lain. Kisah cuti Hari Malaysia...

Nak tahu kami ke mana?

Nah, tengok ni dulu...



Tapi memandangkan jam dah melebihi 12 tengah malam, tak rasa pulak nak berceloteh panjang lebar. Kalau tarik selimut sambil diselubungi aircond sedap gak. Esok pukul 5 pagi nak bangun. Nak menggoreng mi  katanya untuk bekalan anak-anak. Takut pulak adegan terjun tiruk dari katil berlaku lagi.

Kita stop di sinilah jawabnya. Esok-esok malam kita sambunglah story-mory lalaland.

Kasihan alahai kat kawan-kawan yang menongkat dagu membaca, rupa-rupanya takda cerita apa pun.

Hehehe...


P.S.I. Entri ini diauto-published ya. Kak Ton dah menguap-nguap depan laptop maklumlah jam dah pukul 1 pagi...

P.S.II. Tahniah buat kawan blogger kita yang dok menyepi dari alam maya, Cikgu Aisy Nasiha. Tambah ahli ekkkkkk..... ~_^





Comments

  1. Yalah MD akak punya lah scoll nak tau apa yg nk di celotehkan....last2 dh penutup.
    Takpelah waktu terbatas kan...esok masih ada :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Dah terkena ya, Kak Saniah ^_^

      Sebenarnya saya nak menaip entri tentang ke Perak masa cuti Hari Malaysia tempohari tapi dalam pada mengomen di blog kawan-kawan, dalam pada menaip entri tetiba aje rasa mengantuk pulak. Kak, semalam saya berjaga sampai pukul 1.30 pagi tau demi kawan-kawan blog. Hahaha!

      Delete
  2. gigihnya MD menaip di awal-awal pagi. Tapi apa boleh buat ya, tak bolehlah nak berdolak-dalih, kalau hendakkan juga ber'update kenalah seribu daya. ye kan? hihi

    selamat datang ke Perak. ke Seri Iskandar je ke perjalanannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja KB ^_^ Maklumlah dah tahu kat pejabat tak boleh menaip on the spot. Tapi yang kelakarnya baru pagi tadi saya perasan yang pc saya ada the latest IE ^_^ Kalau Firefox tak boleh guna, IE ada ~_^

      Oh, destinasinya memang Seri Iskandar aje, KB!

      Delete
  3. terjun tiruk..hihi..senyum-senyum..wink..wink

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak sempat terjun tiruk pagi ni, Mar. Nasib baik masa alarm berbunyi terus terbangun. Kalau tidak, mi goreng ke mana... Bekal rotilah nanti anak-anak pergi sekolah/tadika.

      Delete
  4. terjun tiruk ye MD..hahaha oklah tu janji terbangun dari tidur. saya pun susah juga nak dtg mengomen ke blog kawan2 sekarang nih, kebusyan yang melampau mengalahkan PM pula.

    itulah senyap2 je si aisy tu kan dah tambah ahli baru, dapat gambar babynya semalam, comel betullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kalau tidur lewat, memang terjun tiruk aje pepagi tu. Mana nak sedarnya kalau dah tidur 2,3 jam aje lenanya...

      Saya pulak bukan masalah sibuk sangat tapi security system ni depa dah upgrade. Tapi takpa, saya dah jumpa jalan penyelesaian supaya kerja blogging saya tak tergendala ^_^

      Ahah! Saya pun baru tahu pagi tadi tau tak! Depa ni kalau senyap lama-lama memang 'buat kerja' tau! Hahaha!

      Delete
  5. haha.. kita dah bc semlm pasal It tu.. x sempt nak balas..
    x pelah.. kita pun dah jd blogger sendu..hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kalau boleh masih nak aktif lagi, PB tapi itulah, harapnya takdalah halangan di tangan jalan gitu T_T

      Delete
  6. Kak Ton....hari tu lagi mak dah tau Kak Ton menang tau.....tapi oleh kerana jeles punya pasal, malas mak nak inform haha....

    Tak sabaulah tu nak dpt hadiah! Ceh.....

    Emmmm....tak payahlah nak gebang sangat pergi kemana Hari Malaysia hari tu. Mak dah tau hokey!!! Eleh... konon konob nak tunjuk traffic tergantung pulak!!...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak memang tau. Hasad dengki tinggi ~_^ Tapi yang sebenarnya Kak Ton legalah sebab Mak tak menang. Kalau tidak 3H2M Kak Ton terbayang-bayang gambar selfie Mak dengan PakJilap yang takda kena mengena dengan kemenangan tau! Lega...

      Ahah, bila CH beritahu, blog dia dululah Kak Ton terjah. Maklumlah pemenang katanya ^_^ Mak ni jealous kenapa pulak? Macamlah tak biasa kalah. Hahaha!

      Eleh, ni pun kes jealouslah! Saja nak juga letak traffic light tergantung tu kat dalam blog macam orang tu...tuttttt!

      Mak, Mak nak tahu tak... ada orang stalked Kak Ton kat Seri Iskandar Mak oi! Dia pergi booked bilik sebelah budget hotel Kak Ton, Mak. Mulanya dia berangan nak book kat D Hotel sebab nak 'surpriseeeee' Kak Ton ler tu tapi tak menjadi, hotel penuh. Kahkahkah!

      Delete
  7. kene bersengkang mata di malam hari lah ni ye.. hihihi
    pa pe pon tahniah md :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak perlulah setiap malam sebabnya dah dapat cari jalan macamana nak berblogging di siang hari ^_^ Tapi bab gambar memang kena upload siap-siap dari laptop di rumah!

      Terima kasih, Ciksu!

      Delete
  8. Hahaha..
    CH pun minggu tu sibuk cuti anak UPSR katanya..
    Tu yg terlupa nak buat sticky emtry..
    Tunggu ye MD kunci Bezza datang 😆😅

    Bertabah ko MD buat entri..
    Inilah dinamakan blogger didikasi terhadap blog..
    KIPIDAP..
    DONGIBAB..
    DUITDEBES..😆😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, masa minggu kena feeling-feeling seram tu eh, CH? Padanlah sampai terlupa siapa pemenang ek ^_^

      Oh, alahai! Dapat kunci bezza yang mini tu ek?

      Takpalah, CH daripada takda langsungkan, kan, kan ^_^

      Sekarang dah tak tabah dah. Baru sehari kena berjaga malam, malam esoknya dah tak sanggup. Nasib baiklah jumpa Plan B ^_^

      Delete
  9. ingatkan nak cerita pasal burung hantu masuk rumah ke ape tadi ihihihi. tahniah kak menang contest. ape hadiah nya? nangka madu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah! Mana pernah entri dan tajuk dalam blog akak ni seiringan, Kira. Kalau sama, mungkin masa tu akak dah tak tahu nak merapu tentang apa ^_^

      Terima kasih. Entahlah, akak pun tak tahu apa CH ni nak beri sebagai hadiah kemenangan. Katanya kunci kereta Bezza yang saiz mini ~_^

      Delete
  10. jomlah sama2 jadi burung hantu.
    saya ni memang ada insomnia, susah tidur..
    kebanyakan entri saya pon autopublished.
    set jam 8. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak lain ceritanya. Kalau lepas aje pukul 12 malam tak tidur lagi, memang tak boleh tidurlah jawabnya. Kalau dulu-dulu sibuk berkemas rumah pepagi hari ni. Tapi sejak pandai berblogging, kalau tak boleh tidur, ngadap bloglah jawabnya. Tapi tahan repeat dua hari aje. Masuk hari ketiga buat rutin sama, memang jadi zombielah jawabnya!

      Delete
  11. haha..tertipu tipah..iye je baca, sekali tuan tanah dah ngantuk.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaflah, Tipah! Ahkak tak tahan rasa mengantuk sebab jam pun dah lewat. Kang kena terjun tiruk lagi dari katil bilikku di pagi hari ^_^

      Delete
  12. Ehh traffic light tergantung tu sama dengan entey jiran sebelah la..sehati sejiwa betul..bila MD ke Seri iskandar..Mak Jilap pun ke Seri Iskandar.Konspirasi apakah ini.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja aje ambil gambar traffic light tergantung ni nak letak dalam blog. Saja je nak dengki ngan Mak Jilap. Itulah motifnya ^_^

      Hah, yang itu, nanti akan menyusul entrinya ya ^_^

      Delete
  13. entri gini pun jadik ekk :) ha haha...
    betapa la kreatif. taip and taip terus lupa hala tuju entri.
    aida skang kurang da masa blogging, MD.
    aduhai.
    update blog aje. blogwalking gagal.
    tu yg aida tak suka. blogging kena both, kan? hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah namanya entri 'melepaskan batuk di tangga' ^_^ Ahah, ginilah kekdahnya blogger tegar katanya. Dah tak dapat nak menulis apa pun masih juga tergedik-gedik nak up entri. Hahaha!

      Ha'ah memang betul! Kalau update entri aje tak BW, tak best. Kalau BW aje tak update entri pun tak best juga. Dia mesti seiringan gitu ^_^

      Delete

Post a Comment