Riang ria di Taman Tasik Cyberjaya

Salam 6 Zulhijjah kawan-kawan!

Hari ni sambung lagi kisah di Cyberjaya dua minggu lepas ya. Nampak gaya kisah di hari merdeka memang tak masuk bloglah senang cerita ^_^ 

Ini pun baru menaip sebaris, dua ayat dah kena berhenti. Selesai kerja sambung pulak watermark gambar. Lepas tu berhenti lagi...  Tengok-tengok dah nak lunch break rupanya!

Itulah, kalau kerja banyak memang tak sedar masa berlalu pergi. Cubalah kalau takda kerja, merana badan weyh nak berdrama hebat di pejabat. Dahlah bos asyik skodeng dari belakang aje dek kerana tempatnya di belakang nun ^_^

Okey, mari masuk  jalan cerita ya ^_^

Selesai aje merasa nikmat makan sedap di Restoran Sebulek, anak-anak pun mulalah pasak kat telinga ni nak ajak pergi taman. Mommy depa ni kalau boleh, naklah juga rileks-rileks pekena dessert pulak tapi tak boleh tahanlah bila superheroes dah ajak ke taman.

Mereka memang suka Taman Tasik Cyberjaya ni. Playgroundnya luas. Seronoklah untuk budak-budak termasuklah bapa budak.  Maka, jomlah anak-anak kita beriadah di bawah panas matahari yang tak berapa panas (nasib baik!)!

Meh tengok gambar kegembiraan my buah hati ~_^

Gambar ni ambil bersebab. Kami ada koleksi gambar yang sama macam ni semasa Adik kecil sikitlah. Kalau Adik nampak gambarnya di sini, teruslah dia meraung. Nak tau kenapa? Sebabnya, rambut Adik masa tu memang kelakarlah, dah macam rambut si Mowgli ^_^

'Adik nak panjat ni!' Panjatlah dik! Mommy tutup mata aje walaupun kalau boleh Mommy nak terlolong terpekik tak beri!

Believe me or not, ini kali pertama Bubbly Abang merasai nikmat 'diayun buaian' Dulu-dulu dia tak mahu naik buai sebab takut. Mommynya lagilah suka sebab Mommy takut alahai tengok Daddy ayun anak tinggi. Kalau jatuh tersembam nanti siapa yang susah? Mommy juga yang susah tau! La ni, kome mainlah apa suka. Mommy bertabah menahan diri daripada melarang ^_^ Lepas tu berpuluh kali Bubbly Abang ucap terima kasih pada Daddy kerana 'mengajarnya mengayun buai' ~_^

Kalau nak tahu, ini kali pertamalah I 'lepaskan' anak-anak di taman tanpa menjerit terpekik terlolong itu tak boleh ini tak boleh! I nak jugalah tengok my diri ni mampu ke tidak jadi tak terlalu protective ^_^ 

Tinggi tau Adik Cute panjat. Sampai Daddy pun kena panjat sekali nak menolongnya. Bubbly Abang gayat lagi sebab la ni takda sapa nak tolong kalau abang tertonggeng. Berat weyh! Masa Adik turun gelongsor panjang tu dari atas sorang-sorang, berdegup kencang jantung Mommynya ni tau! Bubbly Abang dah 'tamat tempoh' nak main gelongsor sebabnya saiz besar. Kalau nak juga, kena baringlah kalau tak dah tentu sangkut. Dek kerana itu, Mommy larang Abang masuk gelongsor yang 'berliku-liku' takut sangkut ^_^

Siapa di sebelah satu lagi kalau dah dua-dua di sebelah sini? Siapa lagi kalau bukan Daddy mereka ~_^ 

Panjat kome, panjat! Jangan tak panjat sementara Mommy tengah mengeraskan hati tak mahu melarang itu, ini!

Gaya apalah ni, Abang! Itulah jadinya kalau nak juga masuk dalam gelongsor bila tak berapa nak muat ^_^

Selalunyalah, memang kecoh my mulut ni ya bila anak-anak mula memanjat. Dan kerana itulah akhirnya mereka (terutama Bubbly Abang) jadi semakin tak teruja dengan aktiviti-aktiviti 'ganas' (according to Mommy punya definitionlah!) 

Kali ni bila dapat lepas bebas lebih sikit, bukan main gembira alahai hati my superheroes bergelak ketawa dua beradik. Satu jam lebih di sini pun tak cukup ya! Memang my anak-anak ni paling gembira kalau di bawa ke tamanlah!

Last kopek bermain katanya. Mommy dah jerit ajak pulang!


Mommy mereka di mana masa ni?

Tengah makan aiskrim ^_^ 

Bila nampak ada penjual aiskrim, cepat-cepatlah lambai suruh datang dekat sikit. Sambil tengok anak-anak bermain, sambil-sambil makan aiskrim. Alahai... nikmatnya!

I terus kata kat HD,

Dear, next time pergi taman I rasa I nak berkelahlah. Masak serba ringkas bawa ke taman, bentang tikar, main game baca novel sambil you tengok anak-anak bermain!

Beranganlah kata HD!

Hehehe ^_^
    

 

 


Comments

  1. Haha...bagus jugak ada entri hari tu. Gara gara komen geng alamaya, Kak Ton dah banyak berubah....

    Senang sikit hati Bubbly abang, nak buat apa pun mommy kurang melarangnya. Hari tu mulut mommy mcm kena zip, elok jugaklah makan aiskrim sebab tak boleh nak cakap hihi

    Bukan main smart je adik tu siap pakai kasut cantik lagi.

    Heiiii betul ke Kak Ton abg tak pernah naik buai? Ni mmg betul mak tak percaya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah kat kawan-kawan alam maya. Ini first time Kak Ton nak cuba tak risau sangat tengok anak-anak 'berkeliaran' di taman. Tapi faham ajelah Mak, memang susah bangat hati ni nak melepaskan pandangan tau!

      Kita yang sebenarnya nak ke Cyberjaya sebab jalan-jalan, makan-makan tapi dah terlanjur ke sana, pergilah taman terus! Kalau nak main bola aje atau pergi taman aje yang budak-budak ni pakai pakaian sukan!

      Ya, Mak! Memang betul. Abang ni tak suka naik buaian sebab dia gayat kotnya. Mommy pun sukalah hati masa tu sebab macam-macam fikir tengok anak orang berbuai bukan main laju dan tinggi. Baru-baru ni Daddy paksa naik buai. Mulanya tarik muka masam dia. Kali pertama, kedua, ketiga try tak juga suka. Bila dah lama-lama try, suka pulak. Asyiklah ajak pergi taman nak main buai!

      Delete
  2. Kakak baca pun boleh senyum-senyum sendiri tau MD
    Sebab apa tau? Kakak tengok adik ketawa tu dpt bayangkan dia punyalah happy. Mesti mengekek-ngekek. Abg ceria juga tapi taklah macam adik. Geram tengok adik kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik kalau ke taman memang sukanya lain macam, kak. Dia punya ketawa, satu taman boleh dengar. Bising. Hati makpak pun senang tengok anak-anak gembira ^_^

      Abang tu dah tak berapa suka main gelongsor bagai tapi baru kena buaian, itu yang teruja juga ^_^

      Delete
  3. Syok jadi kanak2 ribena macam anak2 tu kan..anak2 kami pun kalau nampak buai memang disuruh benti sebab nak main ayun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah boleh masa tu berulang, nak juga jadi kanak-kanak semula. Bila dah dewasa barulah tahu yang zaman kanak-kanak tulah yang paling best sebenarnya!

      Delete
  4. Nampak tu MD..
    Betapa gembiranya mereka dpt bermain tanpa ada jeritan mommy nya..
    Good job MD..
    Teruskan beri kepercayaan kepada mereka bahawa mereka pandai menjaga diri sendiri ketika bermain..
    Cer cuba bawa basikal pula utk si Abang..
    Belajar di taman lebih selamat sedikit...

    Jap jap nak tanya..
    Tak kan dari kecik si abang tak pernah naik buaian tu...😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Yalah, CH! Ini pun saya tahan diri daripada melarang itu, ini tau. Kasihan pulak kat anak-anak bila membesar tanpa merasai apa yang sepatutnya mereka rasai ketika zaman kanak-kanak! Nanti apa pulak yang boleh jadi kenangan terindah, ya tak?

      Memang nak juga ajar dia naik basikal. Ada plan. Nanti dah pandai, barulah belikan dia basikal hak orang-orang dewasa ~_^

      Ya, memang betul, CH! Asalnya dia yang tak suka sebab takutlah kotnya. Mommynya ni bila anak tak suka, kita lagilah suka. Takdalah adegan yang tak diingini berlakukan! Tapi bila dah besar ni macam kasihan pulak banyak benda yang dia missed sama ada disebabkan oleh sikap sendiri atau sikap Mommynya yang over protective!

      Delete
  5. tempat ni memang best kak, sebab tak ramai orang..tu yang Abang ngan Adik nampak hepi je. Banyak permainan, saya yang besar gedabak ni pun panjat sampai atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Sal. Tak padat dengan umat manusia. Itu yang paling best. Anak-anak pun giranglah berkejar ke sana ke sini macam taman ni mereka yang punya!

      Hahaha! Sal takpalah, comel aje orangnya. Kalau akak dan suami ni lain macam pulak kalau sama teruja dengan anak-anak nak panjat memanjat tau!

      Delete
  6. mummy yang ambik gambar ni la kan sambil makan ais krim.
    hehe..
    hilang stress layan budak2 main.
    kalau sy, mungkin bertambah stress.
    mana tak ye, itu nak panjat ini nak panjat.
    bahaya tul
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Pandai pun meneka! Memangnya tugas snap gambar, tugas Mommylah!

      Kalau tengok anak-anak gembira memang hilang segala stress tapi adakalanya bila bising sangat, kembali stress semula ^_^

      Adatlah ada anak-anak kecil nikan, Gee!

      Delete
  7. oklah tu, mommynya dah beri kebenaran bermain.
    senang hati tau MD, saya tengok anak-anak ni bermain di taman. kalau dah dtg ke taman tak boleh bermain itu ini, tak best jugakkan. Kasihan mereka nanti. hihi
    tak sangka, Abang first-time naik buaian. ololoh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermain tu takpa, boleh lagi, KB. Yang tak boleh selama ni aktiviti panjat memanjat tanpa halangan. Asal anak nak panjat aje, saya bimbang kemain lagi. Tapi kali ni saya berilah pelepasan supaya anak-anak merasai nikmat dapat panjat memanjat ni. Tapi itulah, Bubbly Abang dah tak berapa teruja lagi. Si adiknya panjat tinggi-tinggi, abang pulak yang dok merisau kat bawah tu tak beri kita benarkan takut adiknya jatuh!

      Memang betul. Dia tak suka naik buai sebelum ni. Tapi bila diajar beberapa kali oleh Daddynya, barulah datang nikmatnya ^_^ Asyiklah sekarang ajak pergi taman sebab nak naik buai!

      Delete
  8. Bukan kata budak2 , mak2 budak pun suka ke taman permainan mcm gini dan buat aktiviti mcm2. kat cni. Ni kat nak story satu cerita Adik pun kdg2 tersinggah jugak main kat cni dkt sepupu sepapat dier yg tggal dkt dgn cyberjaya ni he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rajinlah juga ke Cyberjaya/Putrajaya ni, KA. Itu pun ikut moodlah. Kalau mood melenjan kat taman mai, ke tamanlah kita. Kalau tidak, makan-makan, jenjalan ukur kawasan ^_^

      Delete
  9. Kamipun lama daa tak bawa Alya ke Taman, lagipun dia dah tak spt dulu, tengok buaianpn wat derkkkk, maklumlah dah rasa diri tu besar panjang..

    Budak2 jer main kat taman, ahakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya bujang tersado tu baru teringin nak naik buaian pada umur 10 tahun. Makanya memang keraplah saya bawa anak-anak ke taman sebab mereka berdua masih lagi suka melenjan di taman dua beradik.

      Delete
  10. Kawasan luas macam ni seronok kalau nak duduk melepak satu keluarga. Hehehe. Bebas aje nak berlari sana sini kalau budak budak. Ada pulak playground, boleh jadi tak nak balik. Hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, Nani. Rileks aje rasanya. Hati pun tenang tengok anak-anak gembira bermain sesama mereka. Anak-anak akak memang sukalah pergi taman ni. Ada masanya memang tiap-tiap minggu kita melenjan di taman!

      Delete
  11. Wah... seronoklah dua beradik tu, merdeka sekejap... hehehhehe nampak sangat mereka happy sangat-sangat... main sakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak kalau dapat ke taman memang rasa seronok lain macam ni. Kita mak-mak ni pun bila nampak anak-anak berseronok, kita pun tumpang rasa seronokkan, Nora ^_^

      Delete
  12. seronok anak2 dapat lepas bebas macam tu, tapi kita sebagai mak nih memang mata tu tak lepaslah dari memandang risau jugakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam selalulah, AA. Kalau dah namanya emak ni memang kena berhati-hati selalu, tak boleh main lepa aje. Tapi kali ni saya berilah mereka peluang enjoy sepuas-puasnya tanpa halangan macam selalu ^_^

      Delete
  13. huntunglah akak anak2 akak dengar kata kalau kata jangan panjat2 tu. kalau kira ni hhurmmmm. biar jela dorang main. dah bila menjerit pun bukan ada sape nak dengar. buat sakit tekak aje!!!! lagi pulak abi dorang memang penyokong tegar dorang buat aktiviti2 lasak. lastnya ummi pun jadi pejam mata biar dorang lasak. anak jantan kata abi mereka. anak memang tak takut. kita yang terlebih fikir mcm2 ni yang takut sangat haihhhh

    tapi memang bestttt nya taman ni kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka takutlah Kira ^_^ Mommy mereka ni macam singa kadang-kala. So, kalau Mommy kata tak boleh, tak bolehlah jawabnya. Kalau Mommy kata boleh, aha masa tulah mereka melenjan sehappy-happynya ^_^

      Anak-anak akak ni memang kurang lasak sikit sebab akak jugalah. Memang senang cerita, salahkan akak ajelah kerana terlebih protective katanya!

      Delete
  14. terbaik la riadah riang ria gini.
    i like.
    sesungguhnya aida lom penah jejak kaki kat cyberjaya, MD.
    ntah ler nape tak penah. jauh kot hu hu hu....

    yes. next time kena bentang tikar.
    goreng kerpok ker. sandwich sardin ker. karipap pusing panas2 ker...
    mantop gitu.

    ReplyDelete

Post a Comment