JJCM : Orchid Bistro

Salam 26 Zulhijjah kawan-kawan!

Lama sungguh tak singgah di Orchid Bistro ni. Kalau tidak dulu-dulu memang rajin terjah ke sini. Maklumlah kalau dah ke Wangsa Maju ni, memang situ-situ ajelah kawasan lepak makan-makan katanya...



Kalau dulu makan di sini agak murah juga dan boleh tahanlah sedapnya. Nak kata sedap sangat tu tidaklah, tapi bolehlah diterima oleh anak tekak kami sekeluarga.

But then baru-baru ni kami makan, takdalah murah lagi dah walaupun masih kurang daripada RM100. Berbanding dahulu, memang nampaklah perbezaan harganya. 

Meh tengok apa yang kami minum dan makan di sini ~_^ 





Menu dua di bawah tu dah tentulah kepunyaan Adik Cute. Sejak kebelakangan ni, Adik Cute ni kuat makan tau. Habis licin pinggan. Kalau dulu letak nasi separuh pun tak habis, sekarang ni licin! Boleh kutip sebutir-butir nasi tu sampai licin berkilat pinggannya! Well, baguslah sikap makan macam tu! Lega hati Mommy ^_^

Itu ajelah nak cerita untuk hari ni. Bila dah masuk pertengahan minggu ni, fikiran pun dah melayang sampai ke hujung minggu. Mood malas dah sampai ^_^
















Comments

  1. lama tak makan kat Orchid Bistro ni..suka gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun lama tak singgah ni. Baru-baru ni tak tahu mana nak makan, singgahlah sekejap ^_^

      Delete
  2. Semakin besar semakin berseleralah adik
    Yg disuka pun lebih kurang dgn abang juga
    Dah nama pun adik-beradik kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa penangan Caliph rasanya tapi tak pastilah. Memang berselera sungguh si kecil ni sekarang. Yang lagi best bila makan nasi, memang dia kutip licin setiap butir nasi dalam pinggannya tu. Suka hati pulak menengoknya!

      Delete
  3. Assalamu'alaikum MD...

    apa khabar? lama kakcik tak singgah ke sini. Macam-macam hal kebelakang ini...

    Apa-apapun kakcik berharap satu hari nanti akan terserempak dengan dua orang hero kacak dalam gambar di atas itu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, Kakcik!

      Alhamdulillah, sihat sahaja saya ni. Hidup pun macam biasa, takda yang luar biasa. Harapnya Kakcik sekeluarga pun dalam keadaan sihat juga.

      Apa salahnya kalau dah terserempak, tegur ajelah. Tapi saya ni pemalu sebenarnya lagi-lagi depan suami, memang ala-ala perempuan Melayu terakhir sungguh ^_^ Belakang suami, lain ceritalah Kakcik ^_^

      Delete
  4. Bagusnya adek tak membazir kan makanan.Akak suka tengok budak2 kecik suka makan.Anak akak Iman ni dah 10 tahun...makan nasi setengah pinggan pun payah nak abis..lauk pauk pun cerewet.
    MD suka JJCM kan...kalau sesat kat Cheras Lama cuba lah singgah 'warung bistro' restoren kawan sekolah akak....hihii tolong promote je :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Kak Saniah beritahu Cheras Lama belah mana ni, kak? Saya memang pun kat area Cheras ^_^ Nanti saya googlelah kalau jumpa tempat ni, memang namanya Warung Bistro ya?

      Boleh aje nak JJCM tolong support orang Melayu katanya. Tapi saya ni kalau review percuma memanglah seikhlas hati kak buat review. Hahaha!

      Delete
    2. Baguslah MD dah Google...sebenarnya akak pun tak pernah tiba dan tak pernah jumpa pun kawan akak tu sejak lepas sekolah.Sekadar sembang kat FB dan wasap group je.Tak pastilah boleh memenuhi citarasa MD sekeluarga.

      Delete
    3. Saya dah baca review, katanya sedap dan murah. Saya dah saved dalam handphone saya. nanti kalau free nak terjahlah. Nampak macam sedap dan murah. Kawan akak ni pun bukan calang-calang orangnya ya *_*

      Delete
  5. Ye lah, hari ini kan WW. bolehlah tu...gambar dah lebih banyak daripada ayat, hihi.

    Adik dah besar mestilah banyak makannya. Emak2 ni, kalau anak mahu makan lega rasa hati, kalau tak makan tu yg risau, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada nampak ala-ala WW ke KB entri saya hari ni?

      Mood malas saya dah mula meresap dalam badan, maklumlah dah pertengahan minggu. Rasa nak bersantai-santai aje!

      Seronok sebab suka tengok dia kutip setiap butiran nasi dalam pinggan tu sampai licin. Ikut sunnah betul ni!

      Delete
  6. Sekarang ni apa pun mahei Kak Ton....Spender kat Aeon pun dah mahei sekarang hahaha.... Tapi serious tau, takut mak nak beli spender tau !

    Mak pernah makan kat OB ni masa musim Kak Ton viralkan dulu dulu tu. Tulah....kadang kadang ajak gak Pak Jilap makan kat sini tapi tak nak pulak pakcik tu....hurm....
    Wuiii....tingin pulaklah nak makan mee goreng mamak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, Mak. Mana ada benda murah lagi. Kalau sekali keluar, spend RM100 tu dah kira paling murahlah. Itu yang rasa macam tak mahu keluar rumah, nak bergayut kat grill jerk ^_^

      Lama dah Kak Ton tak makan di sini tapi ada satu hari tu ke hulur ke hilir depa tiga beranak ni tak boleh buat keputusan, Kak Ton terus aje masuk duduk kat dalam restoran ni. Lantaklah depa suka ke tidak. Kak Ton dah penat and mood dah nak marah. Itu kisah belakang tabirlah, Mak ^_^

      Delete
    2. Kikiki...mak tgh bayangkan Kak Ton bergayutan kat gril ni tau ...

      Biasalah tu.....sesekali mak tarzan ada jugak diserang sawan haha...mana boleh tahan asyik kena memendam perasaan jer.

      Delete
    3. Amboi, Mak ni... Dahsyat sungguh imaginasi. Hodohlah Mak pi bayangkan Kak Ton tengah bergayut kat grill rumah ^_^ Kak Ton pun tak sanggup nak bayangkan! Hahaha!

      Letih tau bila kejap-kejap nak ke sini, kejap-kejap nak ke sana lepas tu suruh kita yang buat keputusan. Manalah tak angin kadang-kadang!

      Delete
  7. payah dah nak dapat makanan murah skrang ni..sumer pon kena ketuk GST maunya tak mahal..orchid bistro, pernah makan sekali kat ioi putrajaya..memang rasa biase biase jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekali dapat makanan murah dan sedap, memang mark restoran tu untuk datang berkali-kali.

      Dulu kalau ke sini saya suka makan nasi gorengnya dan mi goreng ala mamak style tu tapi la ni dah macam rasa tak berapa best. Tak tahulah kenapa...

      Delete
  8. menu simple macam tu bawah RM100..mahal lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ya ke? Saya kena dalam RM70 kot masa makan di sini! Mahal ke tu?

      Delete
  9. Sekarang MD makan bawah 100 kira murah lg...tp tgk juga menu pilihan..kadang2 terlajak juga

    Ank2 nk membesar...makan pun dh bertambah..samalah kat rumah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dulu-dulu sebelum GST dapat jugalah makanan dalam RM50 empat beranak. Tapi sekarang ni paling murah pun RM70-RM80 sekali makan. Kalau makanan pure Melayu tu mungkinlah masih dapat lagi harga murah kalau betul-betul rajin mencari!

      Delete
  10. Bagus lah anak mkn MD..
    Anak CH smpi bergaduh suruh mkn..
    Hendaknya Nabil dah underweight tu..
    Doktor dok membebel dgn CH ni..

    Bistro kira kedai mamak ye MD..
    Kalau mamak mmg mahal MD..
    Kalau CH ni cari yg murah jer hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak makan aje pun susah hati, anak tak makan pun susah hati, CH. Biasalah emak-emak nikan. Saya ni happy tengok si kecil tu makan sampai mengutip segala butir nasi dalam pinggannya. Si abang pulak sebab terlebih makan kalau tengok dia makan lebih aje, sudah kena sound. Eh, pening kepala juga tau! Anak suka makan salah, tak suka makan pun salah!

      No, yang ni bukan mamak. Saya ni mamak memang kurang sikit kecuali dah terpaksa-paksa sangat, saya pun paksa rela masuk mamak ^_^

      CH rajin dan pandai masak. Lebih baiklah pakai apron masak di rumah aje, beri anak-anak dan suami makan hasil air tangan sendiri. Macam saya ni, ke kedai rajinlah ^_^

      Delete
  11. nampak sedap makanannya tu. bagus adik cute dah berselera makan tu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata si Bubbly Abang, mi goreng mamak style di sini sedap tapi entahlah saya tak pernah cuba. Balik-balik kalau ke sini beli nasi goreng aje. Itu aje yang saya rasa sedap. Tapikan teh o ais limaunya memang mengancam anak tekak tau ^_^

      Delete
  12. kalau harga camtu dan makanan yang camtu je saya pun rasa agak mahal juga. baik pi makan kat manhattan fish MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Manhattan Fish Market lagi murah ke dari sini? Saya jarang masuk Manhattan Fish Market ni sebab anak-anak tak suka walaupun saya suka aje ^_^

      Kalau nak keluar makan kena dahulukan selera anak-anak. Kalau tidak, memang saya suami isteri ajelah yang syok sendiri makan sampai kenyang. Anak-anak terkebil-kebil tengok makpaknya makan ~_^

      Delete
  13. mai aii!
    mee goreng nyer.
    telur mata kebo nyer.
    memang cantik menarik tertarik...
    kebetulan ni hah kul 1 ~ waktu lunch. sib baik la.
    skang ni mostly kedai da mahal la MD.sedih.
    kopak poket laki kita kan hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kalau makanan sedap, memang gambar pun cantik tau ^_^

      Sekarang ni asyik nak salahkan GST kalau harga barang mahal. Dulu salahkan minyak mahal, sekarang GST pulak. Tapi yang sebenarnya kalau minyak tak mahal, GST takda, tetap juga harga barang makin meningkat. Betulkan kak imigresen? Hehehe...

      Delete
  14. wangsa maju plak.
    aisey man mommy ni. tempat den slalu bli brg dpur ni
    npe la susah nau nk ketemu ni..

    lama dh x msk sini. last masuk msa pnh buat entry tu lah.
    skrg ni kalau ke aeon.
    slalu mkn mee tarik kt bwah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangnya tempat kita bergrocery shopping dan ni beriadah, lebih kurang aje, Ciksu. Cuma belum berjodoh katanya nak terjumpakan ^_^

      Saya pun bukan selalu sebenarnya ke Aeonbig Wangsa Maju ni datang. Bila perasaan teruja berlebihan aje kita ke sini. Tapi kalau dah ke sini, memang asyik tuju Jom Bali memanjang...

      Delete
  15. Sekarang ni klu mkn dimana-mana , sama Ada harga mahal atau kuantiti ciput... Redha je la . eh , johor hapuskan gst ... Jom balik johor ... Heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, Vee. Jaranglah dapat apa yang memuaskan hati. Sebab itulah rasa makanan sangat-sangat penting kalau makan di luar. Nak bagi sedap hati ni sebab kena bayar mahal-mahalkan!

      Delete
  16. Replies
    1. Makin lama makin naik. Takda yang makin turun nampaknya sekarang ni. Gelap masa depan bank akaun nampak gayanya kalau macam ni...

      Delete

Post a Comment