Marilah makan-makan ~_^

Salam 5 Zulhijjah kawan-kawan!

Sebelum kita ke entri yang seterusnya, marilah kita 'enjoy' makan-makan dulu ya. 

Bukannya apa, nak clearkan draft gambar aje. Lepas ni nak 'spring clean' komputer pulak ^_^

Ini gambar bercampur-campurlah ya. Rasanya memang masih dalam ingatanlah ketika kejadian berlaku ~_^

Ini menu ulang tayang breakfast murah yang you all semua dah tahu.



The latest trip was on Aug 28. Kononnya ada 5% discount di Aeonbig, makanya kami pun nak juga tumpang menyibuk. Laju-laju masuk ke Jom Bali sebab waktu sarapan dah nak hampir tamat (dah brunch sebenarnya...) Kasihan satu pakcik and family ni, bila kami keluar dan mereka nak masuk terdengarlah sedikit perbualan,

Breakfast dah habis ke belum?

Dah habis dah pakcik.... Sampai pukul 11.30 aje!

So, pakcik and family, silalah datang esok aje sebelum pukul 11.30 ya ^_^ 

Sampai di Aeonbig, tengok ramainya umat manusia yang berlumba-lumba nak spend duit, makanya I menarik dirilah. Jomlah balik. Buat penat aje kena beratur panjang-panjang nanti! HD kata lagi penat setakat datang ke Wangsa Maju hanya nak mengejarkan breakfast jerk! Selamba aje menuduh yang memang I ada intention sebenarnya nak breakfast di Jom Bali, bukannya nak pergi Aeonbig pun. Alah... Aeonbig kat belakang rumah kitakan ada, watpa nak bersesak-sesak dengan orang Wangsa Maju! Itu kata si Bubbly Abang. Oh, berkomplot ya! Takpa! Takpa! Sebulanlah korang anak beranak tak makan!

Entah bila pulak HD suka makan laksa! Selalunya kalau nak keluar makan, sibuklah nak mencari tomyam sedap. Tapi lately, Bubbly Abang nak makan fastfood, HD nak laksa! Adik Cute nak makan sushi, HD nak laksa! I nak makan western food, HD nak laksa! So, macamana? Takkan nak abaikan aje. Suami tu... nanti tak cium bau syurga gitu. Hahaha!

Rasa-rasanya memang puncanya I jugalah. Pernah sekali I beli laksa (untuk diri sendiri sebenarnya) tapi tahu ajelah tabiat makan I ni kan. Suka makan laksa tapi bab segala sayuran tu, I susun tepi. Bila dah habis laksanya dan dah puas hirup kuahnya, I hulurlah kat HD minta tolong perabihkan segala apa yang berbaki. Oh, I dah beri suami rasa sesudu dulu sebelum makan, tak lehlah lebih-lebih. Nanti kalau HD suka, tak merasa I nak makan laksa satu bowl tau!

Tapi setahu I, memanglah HD tak minat laksa tu. Unfortunately, that day, HD kata 'Sedap pulak laksa ni ek!' Since that daylah I rasa HD jatuh cinta dengan laksa! 

Honestly speaking, boleh aje beli laksa kat pasar malam tapi tahu ajelah I ni, dah lama sungguh rasanya tak jejak pasar malam. Keinginan tu ada, kemalasan tu yang berleluasa! 

Apa? Nak suruh I buat sendiri? Minta maaflah ya kawan-kawan. I ni bukan macam kome, kome dan kome, yang bila teringin aje terus terjah dapur ^_^ I ni kalau teringin, memang makan tahun baru buat sendirilah, itu pun kalau terlebih rajin. Lagi rajin membeli yang dah siap. Jimat peluh sikit ^_^

Jadinya, hujung minggu baru ni, kita terjahlah Rasa Utara semata-mata nak makan laksa!



Okey, dah tak meleleh lagi air liur HD nak makan laksa ~_^ 

Walaupun laksa Penang di Rasa Utara ni bukan yang paling umpph yang I pernah rasa, cukuplah sekadar melepaskan kempunan katanya. Oh, ya! Kita dah tried makan laksa di Jiran Cafe before this but then tak umpph langsung! Yang ini, okeylah, better sikit rasanya!

Nanti-nantilah I carikan laksa yang lagi gempak rasanya untuk suami tersayang gitu ~_^ 

Well, well, well! Walaupun katanya I ni tak suka berkelentang-kelentung di dapur, kalau kami tak keluar ke mana-mana, I rajinlah juga memasak yerk! Janganlah tuduh yang bukan-bukan ~_^ Kalau I jadi bibik di rumah sepanjang hari, memang I memasak you all ~_^

Ini antaranya...




Menu memang maintain berulang ajelah sebabnya ikut anak tekak selera anak-anak dan suami. Kalau ikut anak tekak I, memang lagi pelbagai jadinya menu  tau ^_^  

Tapi sekarang ni memang I mengidam gulai kawah di Sebuleklah ^_^ Terbayang-bayang kesedapannya sampai sanggup datang berulang kali nak makan di sini ... 

Apa macam? Nak 'bergusti' dengan I di Sebulek ke hujung minggu ni?

Oppsss... ahkak lupa! Hujung minggu ni kena kemas rumah sebab raya nak tiba @_@  

Psstttt.... Mak! Jom pi makan kat Senawang, tak pun kat Seri Iskandar nun pekena cendol ^_^ 

  

   


Comments

  1. Selamatlah Kak Ton sebab minggu ni mak balik kampung. Kebarangkalian nak jumpa kat Senawang tu mungkin nampaknya .....

    Weyh....17 hb tu pun Kak Ton selamat ye sebab mak anak sedara mak kawenkan anak. Maka Kak Ton nampaknya boleh lompat chimpanzielah kat Seri Iskandar tu. Teruslah naik Cameron Highland cari jagung mutiara tak pun, jemput jemput keledek. Seafood goreng tepung pun banyak kat atas tu Kak Ton.

    Kak Ton kalau mak tu harus dah kena marah dgn pak Jilapah tu. Yelah dahlah sarapan dah habis time, terus nak balik pulak. Silap silap mak terus puasa sebab merajuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak selamat rasanya! Bukan ke Kak Ton dan Mak telah bertentang mata, lidah kelu untuk berkata? Apalah yang nak didapdupdapdupkan lagi ^_^

      Kak Ton tak balik kampung raya haji ni, Mak. Kak Ton beraya di Kuala Lumpur aje. So, memang tak jumpalah kat Senawang. Kak Ton rasa kedai tu pun tutup kot sebab raya ^_^

      Hah, tengoklah macamana. Kalau tak jem teruk, bolehlah naik ke CH. Kalau dah tempuh jem, tak kuasalah Kak Ton nak bersesak-sesak kat CH tu! Lain kali ajelah nampak gayanya!

      Eh, dapat kami bersarapan hari tu! Yang tak dapat, pakcik tu n the family, Kak Ton pun tak kenallah siapa pakcik tu ^_^ Tapi bila tengok queue panjang di Aeonbig, rasa macam malas pulak nak beli barang. Buat penat aje beratur lama-lama!

      Delete
  2. Replies
    1. Laksa memang sedapkan. Tiba-tiba teringat laksa lagi hari ni!

      Delete
  3. Kakak pun suka laksa tak kira laksa apa pun sedap aje di tekak kakak ni
    Tapi kalau dah penat beratur nak makan lepas tu patah balik memang taklah kalau kakak. Kena cari juga utk isi perut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka laksa Penang dan laksa Johor ^_^

      Saya ni bab beratur memang malas sikit tapi bab lain-lain daripada tu kira rajin jugalah. Aha, bab masak pun boleh tahan malasnya ^_^

      Delete
  4. dalam kata MD tak rajin ke dapur, rajin jugalah tu memasak. beraneka jenis nampaknya tu. ye lah kan, kalau tak keluar ke mana-mana dah tentulah kena memasak, nanti nak makan apa pulak MD seisi keluarga. hihi

    saya pun suka laksa. dan tiap2 tahun menu laksa pabila tiba hari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada masa-masanya rajin kalau kat dapur ni tapi overallnya memang tak rajinlah, senang cerita ^_^

      Itulah pasal. Kalau tak keluar, memang kena masaklah. Kalau tidak, memang bibik juga nanti yang kena keluar cari makan! Ish, malaslah kalau dah pakai uniform bibik tu nak keluarkan...

      Tiba-tiba saya teringat laksa. Takpa, hari ni ada pasar malam. Kalau saya rajin, saya turun keretalah. Kalau tak rajin, saya balik masaklah....

      Delete
  5. En suami CH tak makan laksa utara..
    Tapi makan laksa johor..
    Itu pun jatuh hati mkn masa gi kerja di JB..
    Pastu bila mkn laksa johor disini dia kata kurang ummphh..

    Nampak gaya nya..
    Jom lah en suami kita jejalan hujung tahun ni ke JB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka laksa Penang dan laksa Johor. Ni dah beberapa hari pun melilau mencari laksa lagi, CH. Bila terjumpa, taknak pulak beli. Demand lain macam sikit! Laksa pesen apa agaknya yang baru menarik minat padahal kalau dah nama laksa tu sama ajelahkan!

      Ahah! Dah plan nak ke Johorlah ni! Cancellah plan kita balik kampung dan ke JB. Hahaha!

      Delete
  6. tetibe terliur nak makan laksa..ni penangan HD le ni! Adik suka makan sushi? wow..kelas! Selera jepun! Sape ajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Adik suka sushi. Ikut Daddy, bukan Mommy. Mommy kalau makan makanan Jepun hanya ambil yang bergrill dan tempura aje yerk ^_^

      Jom Sal kita jenjalan cari laksa! Bukan satu jenis aje, tapi banyak jenis laksalah! Baru betul-betul kembung ^_^

      Delete
  7. Nak cari laksa yg umpphh gamaknye kena buat sndri le, blh buh bnyk isi ikan baru sedap.... klu cikna makan laksa wajib mkn kuah&sayur dulu pastu baru tambah kuah,sayur&laksa....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak suruh buat sendiri tu yang malasnya... Hahaha!

      Saya suka makan kuah laksa tu dan laksa aje. Yang lain semua tolak tepi, beri laluan kat HD suruh tolong habiskan!

      Delete
  8. Oh ye nk rasa laksa yang umphhh,segar&sedap raya haji ni jemputlah datang rumah cikna ye...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, Cikna! Terlambat pulak dah nak minta alamat rumah! Kalau tidak, percuma dapat makan laksa di pagi rayakan!

      Delete
  9. Laksa??? Wahhhhh feveret akak tu..

    Tiba2 teringin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka juga. Sekarang ni dah berkongsi kesukaan dengan Hubbydearie ~_^

      Delete
  10. Terliur tengok laksa tu. Hahah ! Tak pernah makan lagi dekat RasaUtara tu walaupun cawangan dia merata rata tempat ada. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah kita beramai-ramai cari laksa sedap untuk dimakan ^_^

      Rasa Utara tu kalau kepingin bolehlah terjah, Nani tapi rasanya biasa-biasa aje.

      Delete
  11. Sedapnya nampak laksa tu.. .menu-menu yang MD masak tu pun aduh... terliur... sedap sangat nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu di rumah saya kalaulah hari bekerja memang kering semuanya sebab nak cepat. Tapi kalau hari minggu dan kami bercadang nak duduk rumah sahaja, memanglah main masak-masak sungguh-sungguh ^_^

      Delete

Post a Comment