The End of Blogwalking...

Salam 17 Zulhijjah kawan-kawan!

Shhh.... ! 

Saja nak beritahu ni tengah buat kerja 'illegal' ~_^

Sejak minggu lepas, sistem telah dikemaskini yang mana kebanyakan web address tak boleh dimasuki lagi. Asyik-asyik keluar amaran! 

I bukannya bercuti sepanjang minggu lepas. Ada aje bekerja macam biasa like you all, tiga hari seminggu last week! Tapi nak buat macamana, dah tak dibenarkan maka tak akanlah kita nak langgar pantang-larang bila baru diperkenalkan, ya tak?

Nak masuk maybank2u pun kena tengok amaran, tak ke haru dibuatnya! Shopping online pun tak boleh! Blogspot tak payah ceritalah, ada cerita tapi tiada gambar kelihatan. Blog sendiri pun tak boleh nak dimasuki! 'Haram' katanya ~_^ Tapi bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, belum lagi jatuh ke tanah ~_^

Maka, beramai-ramailah kita download chrome secara haram ~_^ Bukannya pakcik IT di atas nun tak tahu, bahkan sampai ke Jepun nun para IT nya tahu apa yang kita buat. Pepandai ajelah nak hidup. Kalau tidak, memang 'gelap'lah dunia di pejabat ni. Dahlah kerja tak banyak mana. Asyiklah belek suratkhabar mukasurat yang sama berbelas kali. Itu pun nasib baiklah tak baca suratkhabar Cina dan Jepun yang sepatah perkataan pun tak faham!

Nak guna skrin smartphone, alahai... buat sakit mata dan hati ajelah! Dahlah I ni famous dengan rabunnyakan!

Makanya, dengan ini rasmilah aktiviti berblogging dan blogwalking akan tergendala. Kuranglah peluang nak jenjalan ke rumah kawan-kawan.

Update entri haruslah dibuat di rumah, di tengah malam nampak gayanya. Nak blogwalking pun kenalah buat di rumah juga, kalau-kalau ada peluang dan mata tak boleh lena ~_^

But then kawan-kawan, sudi-sudilah singgah ke mari lagi ya! Nanti-nanti kalau ada peluang, kita terjahlah lama-lama rumah kawan-kawan.

Kalau ternampak kita komen tak sesuai dengan gambar, haraplah dimaafkan ya. Memang gambar tak keluar di skrin komputer. Harapkan cerita you all ajelah. Kalau you all merapu keluar tajuk dan tak sama dengan gambar, I pun komen merapu jugalah ikut tuan rumah. Eh, macam tak biasa ajekan dengar I merapu meraban meroyan entah apa-apa baik dalam entri sendiri mahu pun entri orang lain ~_^

Nak berhenti terus, terasa sayang pulak dengan blog ni!

Sekadar ini ajelah entri untuk hari ni. Nanti bila free memalam, I update lagi ya! Just tunggu.... ~_^


Comments

  1. Kena guna laptop sendirilah jgn guna pc di office.
    Cuma tumpang wifi dia boleh tak?
    Memang sendulah kalau ada kekangan MD sebab malam dah dgn anak-anak mana boleh nak berblog. Nanti kena complaint dgn bubbly abg atau adik lagi merah pipi mummy mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gajet personal macam laptop atau tab tak boleh digunakan di pejabat. Nak guna wifi lagilah tak boleh. Memang siksalah sikit kak nak blogging. Ini pun punyalah semangat, sanggup tu berjaga malam nak reply komen dan kalau mampu nak buat entri baru ^_^

      Kalau di rumah memang kena tunggu semua dah lena barulah boleh sentuh laptop. Kalau tidak, bukan setakat superheroes, bapa superheroes pun boleh mengamuk dibuatnya!

      Delete
  2. Hahhaha. Bos nak suruh fokus kerja tu, jangan curi tulang katanya. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah tak tahu apa yang nak difokuskan. Rasanya kena bawa balik semua novel letak kat pejabat dan internet access semuanya limited ^_^

      Delete
  3. La gitu pulak ek......Yelah kan Kak Ton, ikut ajelah. Dah katanya bukan opis mak pak kita kannnn...
    Tak best ar mcm ni Kak Ton tak nampak gambo mak. Buat penat aje mak buat aksi menggedik dengan kekasih hati.....Kiranya adegan muntah kaler dah tak wujudlah ni ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana, Mak. Dah namanya kerja makan gaji, beginilah. Lainlah kalau kerja dengan company bapa sendiri. Bolehlah buat perangai macam anak bos ^_^

      Sedihlahkan Mak tak mampu buat Kak Ton muntah kaler-kaler meluat tengok gambar Mak ngan PakJilap. Tapi Kak Ton lega pulak rasanya, tak tahulah mengapa ^_^

      Delete
  4. dah pernah rasa masa baru-baru masuk kerja sini..tapi lepas dah dekat setahun kerja, baru dapat main internet tau..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah download Chrome tapi baru-baru lagi ni takut pulak nak guna. Tahu pun rasa takut ^_^

      Nak guna Firefox memang tak best sungguh. Kejap-kejap amaran keluar. Kalau pun boleh access memang takda gambar. Zalora tu pun nehi ^_^ Bayangkan betapa sedihnya saya!

      Delete
  5. Lahhh dah tak boleh lagi nak buat entri 1000 patah perkataan ye MD..
    Bertabahlah ye..
    Tapi tolong email pada CH.
    Nama Penuh, Alamat surat menyurat dan no telefon MD pada CH ye..
    Sebab MD lah pemenang Teka Harga Makan Malam Merdeka CH tu..

    email address ch cahaya2569@gmail.com

    Jangan lupa ye MD..
    CH nak kirimkan hadiah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susahlah sikit nak buat entri 10 000 patah perkataan on the spot, CH. Sekarang ni kalau ada entri itu sudah pasti autopublishlah. Kena berjaga malam nak buat entri. Kalau tak datang baca, memang sadislah saya rasa!

      Oh, ya ke? Ish macam tak sabar pulak nak hantar alamat ni. Simpan lama sikit hadiah tu ek, jangan pass kat orang lain dulu. Nanti saya ada free, saya hantar alamat ya, CH ^_^

      Delete
  6. alahai kesiannya MD...hobi merapu di blog dah disekat
    saya pun pernah kena macam ni, semua kena block tp setakat ni blogspot masih on, hihi
    nampaknya lepas ni kena tulis detail lah ya, nak bagi kawan kita yang sorang ni faham jalan cerita...T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress jadinya tau. Mahu naik darah tinggi dibuatnya. Maklumlah selain daripada kerja pejabat yang tak seberapa, bloglah hobi to kill the time gitu ^_^

      Takpa, takpa. Kita usahakanlah macamana. Pelan-pelan kayuh. Katanya blogger tegarkan ^_^

      Delete
  7. Dah memang pc ofis kena ada batasannya lah kan MD...takpe lah boleh sambung berblog kat rumah nanti.
    Akak pulak lebih selesa guna h/p utk berblog dan bila2 masa pun boleh BW .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Kak Saniah. Nama pun pejabat, so buatlah macam dalam pejabat. Asyik dok menghadap blog apa ke halnya, ya tak? ~_^

      Takpala, kalau nak seribu daya. Kalau tak nak, menyerah kalah ajelah!

      Saya lagi stress kalau guna smartphone sebab rabun dekat saya ni teruk betul. Sakit jiwa alahai kalau nak suruh saya taip entri atau komen guna smartphone. Mahu saya retire terus jadi blogger picisan!

      Delete
  8. Nasib baik dok kat 'Jepun'. Kalau dok kat Korea Utara, apa ke bendanya blog pun tak tahu ^_^

    ReplyDelete
  9. hahaha MD sama laaa kita! aritu blog n web web bnyk company block. Apa pun tak boleh.! Sbb tu aina kurang "beraksi" di blog nn x dpt nk blogwalking. Tabah je la MD. Sy yang menurut perintah jadi kena akur kalau company block bagai ni haaa. sobbb tp insyaallah akn cuba curi masa BW rmh jiran2 blog. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa pergi upgrade security system. Ni gambar pun tak boleh transfer lagi. Bertabahlah akak transfer dan watermark gambar siap-siap sebelah malam kalau nak up entri baru.

      Tapi, hari baru akak teringat yang akak ada IE ^_^ Firefox tak boleh guna tapi IE terang, jelas dan nyata lagi tanpa masalah. Yeah!

      Delete
  10. sampai hati depa ye..takpe MD, kalau MD merapu kat blog nih pasti ada yang terjah juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Takpa, saya dah jumpa jalan penyelesaian. Masalah nak upload gambar ajelah. Eleh, itu kerja mudah. Overtime sikit kat rumah ^_^

      Tapi bila fikir balik, dah namanya pejabat. Haruslah ada undang-undangnya. Haruslah utamakan tanggungjawab yang sebenarnyakan!

      Delete
  11. saya tak faham betullah jenis company yg kedekut macam ni.
    pada saya, tak perlu kot nak sekat2 macam ni. kita bukan hidup zaman batu.
    zaman canggih macam ni dah tak relevan nak sekat2.

    sebab tu lah kot saya tak jadi bos. hehehe..

    schedule post aje mummy. balik rumah boleh terus BW. kan kan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman serba canggih macam sekarang ni manalah boleh main sekat-sekat beginikan. Tak boleh buat ni, depa buat cara tu. Tapi entahlah, memang pun masa pejabat. Kalau kita tak menghiraukan kerja tu lainlah cerita. Ini kerja pun tak banyak, tak akanlah nak suruh menongkat dagu 24-7 sambil-sambil tengok jam bila boleh balik kan. Langsung tak relevan ^_^

      Asalnya memang nak schedulekan aje segala entri tapi la ni dah ada plan B, nasiblah ~_^

      Delete
  12. adeiii. gi mana boleh jadi begini..
    nk bersengkang mata di rumah mcm tak lalu je kan.. iye lah dh lah seharian di ofis, blk rumah nk bermanja dgn anak anak dan hd..

    mudah mudahan ade jln penyelesaiannya buat md. tp jgn stop dr mnlis blog tau.. suka bc celoteh md. hiks kdang tu lambat baca. kdng tu baca tp tak komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya memang takdalah nak duduk depan laptop kalau di rumah tu, Ciksu. Tau ajelah macamana sibuknya jadi surirumahtanggakan. Separa surirumahtangga lagilah sibuk. Siang-malam kena bekerja keras ^_^

      Alhamdulillah! Dah jumpa jalan penyelesaian. Bolehlah blogwalking di siang hari!

      Delete
  13. hahahaha samalah kita kak. nak tgk blog. nak blogwalking dekat opis je. bukan mengulat tak buat kerja lain. tapi sebab kerja takde takkan nak buat2 sibuk tak tentu hala hihihi. akak ada la jugak balik rumah boleh jeling2 blog jugak. kira ni hurmmm. takdenya lah. pkul 9 budak baby dah mengamok ajak tido. dah tu kalau dah dia ajak tido dengan mak2 nya sekali lah tido. subuh besok baru terjaga ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang berblogging dari pejabat. Serius cakaplah tapi bukan curi tulang punya kes. Sebabnya setakat ni kerja tak banyak mana, sampai bertimbun paperwork atas meja! Never! Maka sebab itulah akak ambil masa berblogging. Eleh, lebih baiklah daripada bergayut kat telefon pejabat atau pun online shoppingkan ^_^ Yang penting, kerja didahulukan bila ada dan siap selengkapnya, takda caca-marba punya kerja!

      Kat rumah memang takda masa sebenarnya nak duduk depan komputer. Kerjarumah tak pernah habis. Bila agak-agak nak habis aje, penat pulak!

      Kalau dah tidurkan anak tu memang jawapannya tertidur sekalilah. Bukan Kira aje, semua ibu pun begitu. So, jangan susah hati kalau tertidur sama!

      Delete
  14. kesiannya kak ton..company saya strict gak la.nasib baik blog MD boleh bukak..tapi tak best sebab duduk front desk. customer datang je tinggal blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, Sal. Akak dah jumpa jalan lain, Plan B. Makanya boleh lagilah berblogging ^_^ Nak upload gambar aje masalah sikit sebab tak boleh dah main cucuk cable telefon. Kenalah buat di rumah siap-siap kalau nak ada entri bergambar ^_^

      Ahhh...bisa diatur itukan!

      Delete
  15. Alahai kesian..sy sekarang memang berblog pakai hp je..ni pun dok rasa maa menuju kerabunan jugak shh selalu tgokskrin hp dalam gelap.huhu

    Takpelah MD hidup bukan selalunya indah..klu smpt up entry..blogwalking pun buat bila sempat.tak sempat tak siapa marah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya tak biasa guna handphone, PK! Siksa sungguh rasanya. Nak menaip komen pun payah, inikan pulak nak menaip entri. Memang tidaklah saya guna handphone. Dahlah saya ni rabun dekatnya makin teruk!

      Hahaha! Sebab dah terbiasa, tiba-tiba tak boleh buat itu yang rasa tersiksa. Padahal tak bersalah pun kalau tak buat, ya tak?

      Delete
  16. sabo jer la MD.
    tu nama nyer diskriminasi hu hu hu :)
    alkisah si blogger kan. tegar blogging.
    kena ler kita carik solution.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ceria hidup di pejabat bila masa terluang tak boleh berblogging tau ~_^

      Delete

Post a Comment