Friday, September 23, 2016

Jom ke Perak : Kellie's Castle

Salam 21 Zulhijjah kawan-kawan!

Hari ni barulah berkesempatan nak menyambung kisah yang tertangguh ~_^

Kisah hari raja haji macam dah tak relevan pulak nak bercerita. Kita kumpulkan sekalilah sambutan hari raya haji tahun ni dan tahun depan, senang cerita ^_^

Berbalik kepada tajuk, kami ke Perak pada cuti Hari Malaysia yang baru berlalu. Ada majlis perkahwinan di Seri Iskandar sebenarnya tapi dah terlanjur ke sana, apalah salahnya kita melenjan sekali.

But then again, kami tak tahu nak melenjan kat mana ^_^ Lupa nak tanya kat kawan kita KB tak pun Cho yang pakar bab negeri Perak ni, maklumlah negeri sendiri ^_^

Kalau tanya kat MD, memang tak berjawablah semua soalan. Geografi Negeri Perak ni memang I gagallah. Tak tahu hujung pangkal. Masa nak ke sini, I tanya HD (baguslah alahai tanya kat Suamiku Bukan Warganegara ~ tajuk drama Melayu terbaru di TV10 ^_^), Seri Iskandar ni belah selatan ke atau utara Perak? Mana sampai dulu, Seri Iskandar ke Ipoh ke Taiping?

Well, KB janganlah ngengada nak gelak-gelak sambil tutup mulut ya! I takmo kawan dengan kome nanti ^_^

Perjalanan 9 buah keluarga ni berlainan waktu. Of courselah, my family yang gerak dulu. I sefamily memang punctual. Kalau kata nak gerak pukul 7 pagi, memang 7 pagilah kita keluar rumah. Tak kiralah masa tu cuaca mendung ke, hujan tengah lebat ke, tetap juga gerak keluar rumah!

Kami ikut highway dan keluar di tol Gopeng sebab HD macam ada rancangan rahsia aje. Lambat sikit perjalanan kali ni sebab my pemandu F1 tetiba sakit kepala. Jadi, bila co-pilot @ MD ambil alih kerusi driver di pertengahan jalan, memang sopan-santun aje perempuan Melayu akhir zaman ni memandu tau! Maklumlah, nak kekalkan prestasi free saman sepanjang karier memandu katanya ^_^

Masa masuk tol Gopeng ni sebenarnya masih pagi lagi tapi dek kerana MakJilapah tu dok promote Restoran Adily, makanya Kak Ton sekeluarga pun teringinlah nak mencuba! Rupa-rupanya inilah sebab HD nak masuk tol Gopeng dan adalah sebab yang lain juga ^_^ Buah hati I ni kalau nak ke mana, memang menggoogle tempat makan/menarik aje tapi no worries, bab jalan HD memang mahir walaupun kali pertama jejak. Takda sesatnyalah, insyaAllah!

Sekali tengok, baru nak prepare lauk-pauk untuk makan tengahari! Nasib baik tertoleh ke kanan jalan, nampak pulak ini...



Masa pergi ke Penang dulu dah teringin nak singgah. Bukan apalah, sebab kalau tempat macam ni mesti ada kuih-muih tradisional. Nak jugalah mencari sagun, wajik sirat, kotnya ada pisang salai (^_^) ke kan, boleh borong.

Dah  terlepas sebenarnya tapi demimu isteri mithali, sanggup HD berpatah semula ^_^

Bila sampai di sini, lenganglah. Takda apa-apa pun. Macam tak 'hidup' aje tempat ni. Macam baru kena serang zombie pulak! Tak tahulah kotnya banyak kedai tutup sebab cuti umum; atau pun memang tutup tak pernah dibuka-buka pun ~_^ Cuma singgah kat Mydin aje beli jajan untuk my superheroes! Mak depa ni kan, dapat membeli di Mydin Gopeng pun boleh ^_^

Dah terlanjur masuk tu, apalah salah kita bergambar di atas pentas kosong katanya ...



Bila Adik Cute nampak ada playground, apalagi... kenalah singgah bagi tenang sikit hati si anak. Bubbly Abang malas nak layan kerenah adiknya dan terus  masuk kereta menemani Daddy. 

Seronoklah dia bermain sendiri sambil berkata,

Mommy! Nanti birthday Adik belikan playground macam ni satu eh!

Oh, alamak! Dia nak bawa playground ni masuk rumah! Pitam Mommy mendengarnya!


Itulah hoodie yang dipakainya ke tadika yang menjadikan dirinya 'dahlah handsome, macam Justin Bieber pulak' Cubalah kata dia 'Justin Bubur', memang meraung merajuklah semua orang dia 'no friend friend' katanya! 
Bila dah sakan bermain, jomlah kita gerak! Sebelum masuk kereta, Bubbly Abang bukan main menunjuk-nunjuk ke arah sesuatu. Rupa-rupanya dia suruh Mommynya snap photo bukit nun (dalam photo collage pertama, gambar no. 3) Katanya, 

Mommy mesti nak masukkan dalam blogkan....

Hehehe ^_^

Tanya yang lain-lain, rupanya takda seorang pun yang masuk ikut Gopeng. Kata my adik beradik, jalan dah jem. Hahaha! Padanlah muka you all, siapa suruh tak nak keluar rumah sesudah subuh sapi'e katanya ^_^

Lalu sekali lagi kat Restoran Adily tapi decided tak nak singgah pulak sebab HD macam tak nak je makan di situ! Kami memang cam ni perangai, keputusan boleh berubah-ubah dalam sesaat kalau bab JJCM ni tau. Makanya, tak merasalah nak baca review menghentam MD yerk ^_^

Lepas tu dalam perjalanan, kami nampaklah Taman Herba. Kami sekeluarga ni kan memang pantang nampak  taman, asyik nak menyinggah aje. Tapi, dek kerana taman di laluan bertentangan, malas pulak nak menyinggah. Lagipun dah nak dekat pukul 12 tengahari. Panas berdeting, gelap rupa paras nanti ~_^

HD kata nak bawa kami ke satu tempat ^_^

Rupa-rupanya nak ajak singgah di sini...


Eh. salah snap!

Eh, salah snap lagi ^_^ Nampak sangat tak pakarnya ~_^

Ahah! Ni barulah betul Kellie's Castle ^_^
Bubbly Abang tanya buat apa nak singgah sini. I pun jawablah selamba yang kat sini banyak hantu ~_^

Hantu betul ke atau tempat untuk shoot movie seram, Mommy?

Memang ada hantu pun!

Adik, Adik tahu tak tempat ni ada apa? Ada banyak hantulah, Dik!

Baik punya penerangan. Akhirnya my superheroes setakat nak bergambar kat bawah tu aje, tak mahu masuk dalam castle. Menjerit-jerit si Adik Cute merayu tak nak naik atas sebab takut hantu. Si Bubbly Abang pun sama, tak nak naik juga! Seram katanya! Suruh HD naik sendirian, tak mahu pulak. Asyiklah nak bertemankan anak-anak dan isteri mithali ^_^

Hehehe...




Mommynya nak snap gambar sambil mulut membebel, 'Abang! Adik, jangan berdiri kat lubang tu! Belakang tu sungai!' Punyalah Mommy kome ni over-over-over protective ^_^ Bak kata orang, kita cuma berhati-hati aje sebab malang takda smell,smell from afar, okey ^_^

Suka tengok bila mereka dua beradik close like this ^_^

Sebelah toilet yang busuk pun mak kome suruh posing yerk. Kasihanlah anak-anak, semput tahan nafas ^_^
Dan selepas itu, perut pun berkeroncong kerana dari sejak keluar rumah, belum makan apa-apa pun. Melantak biskut chipsmore aje dalam kereta! Nak singgah kat RnR especially Tapah, penuh yang amat. Tak kuasalah nak beratur panjang!

Kita snap photo lagi... ~_^



Akhirnya kita makan di area Kellie's Castle ni aje. 



Jangan pandang remeh pada nasi goreng Cina dan mihun gorengnya yang berharga RM2.50 ni. Boleh tahan pulak sedapnya; ke sebab kami semua dah kebuluran?

Selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan ke Seri Iskandar. Dalam kereta jenuhlah si Bubbly Abang menggoogle kisah Kellie's Castle dan Scottish ownernya, William Kellie Smith. Nampak tak di situ pelajaran Sejarah sedang berlangsung? ~_^

Ahah, berhenti di sini dululah ya sebab gambar yang sempat diwatermark sampai setakat ini aje ^_^

Hah, you all pun memang dah arifkan. Walaupun perjalanannya 2H1M aje, kalau MDlah yang punya angkara buat entri, memang berpart-part jadinya.

Nasib baiklah dia  tak travel obersi ya, kalau tidak nangis korang menghadap entri travelnya yang dua minggu tu. Mahu 100 entri dibuatnya ~_^

Jumpa lagilah next entry ya!

Selamat berhujung minggu!  


26 comments:

  1. saya belajar di tronoh dulu. sekalipun tak prnah terfikir nak ke kellies. sebab saya penakut. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka aje nak naik castle ni tapi dah anak-anak ada, takdalah saya nak bawa mereka naik. Si kecil tu sensitif sikit. Kang terbawa-bawa dalam tidur, dah demam meracau pulak.

      Murah aje bayaran nak masuk castle ni kan - RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak! Lain kalilah kalau anak-anak dah besar dan berani sikit, kita masuk castle!

      Delete
  2. haha..patut dah nak balik baru citer yang Kelli's Castle tu seram. Ke tu trick MD tak nak naik? Taulah istana di kaki bukit,kena mendaki. Haha. Adik dan hoodie berpisah tiada. Hensem macam Justin Bubur, eh..Bieber

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dia tanya ada apa kat sini? Kenalah akak menjawab dengan jujur. Dengan budak-budak tak boleh menipu! Hahaha!

      Akak sebenarnya dah lama nak naik Kellie's Castle ni tapi memanglah tak mahu bawa anak-anak especially si Justin Bubur tu! Tapi kalau akak naik, anak-anak nak ditinggalkan dengan siapa. Tak mungkinlahkan Mommy yang over protective ni boleh tinggalkan anak gitu aje. Lain kalilah bila mereka dah besar, kita naik empat beranak. Nak tengok juga betul ke seram Kellie's Castle nih!

      Delete
  3. kita x sampai lagi kat sini MD.
    Balik raya hr tu lalu ikut perak, jauhnya nak sampai kelantan.. cemuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ikut Perak? Takut LPT jem ya?

      Kita pun yang sebenarnya dah lama tak sampai Perak tau, PB! Kelantan apatahlagi!

      Delete
  4. Salam MD... long time no see... hahaha.. (spekeng plak)...sihat hendaknya...
    selalu tau baca ttg Kellie's Castle berhantu.. smpai hero kita ni klu konon2 nak ajak ke sini tak mau..takutt hantuu...klu ikutkan cantik jugak kawasan sekitar tu kan MD... harga makanan pun murah tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, Atie!

      Samalah kita, long time no see each other gitu ^_^ Sibuklah Atie, lagi-lagi sejak dua menjak lepas pejabat upgrade security system. Semua pun tak lepas nak membaca! Nasib baik ahkak ada Plan B ^_^

      Menarik juga Kellie's Castle ni, bersih dan cantik. Tapi bab toilet awam tu, sepelaung dah boleh tahan nafas dibuatnya!

      Delete
  5. Assalamualaikum MD,

    Saya hanya mampu membaca sajalah. Saya tak pernah lagi jejak kaki kat sini. MD buat saya rasa teringin nak pergi tapi apakan daya.. Tunggulah anak dah besar sikit, bolehlah nak sambung jalan-jalan cari makan..

    Murahnya harga nasi goreng cina tu?! Biar betik?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, Gee!

      Ada anak kecil kenalah banyak bersabar. Tunggu anak besar sikit. Saya pun dulu macam itulah juga. Nak ke mana-mana kena fikirkan anak yang masih kecil. Tak akan nak angkut ke hulu ke hilir mana kita nak pergi. Tapi ada juga sesetengah orang tak kisah, bawa aje jalan-jalan!

      Entahlah ya, kenapa murah! Kawasan kampung aje kot. Satu tupperware RM2.50 aje. Dah tiket nak masuk Kellie's Castle pun cuma RM5 dewasa, tak akan harga makanan nak mencekik pulak kat area ni. Mahu tak laku nanti!

      Delete
  6. Dah MD kata ada hantu memang lah budak2 tu tak nk naik ...Kalau akak pun rasa nya tak berani nk jelajah kat atas tu...takut pulak hantu ikut balik :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Si abang yang tanya nak buat apa kat situ. Saya pun berterus-terang ajelah ^_^ Dia pun sempat menggoogle lepas tu, meesti tau kisah sebenarnya.

      Ahah, itu yang buat saya tak mahu naik dengan anak-anak. Kalau saya aje, takpalah juga!

      Delete
  7. Memang tempat ni seram. Ada byk kisah disebalik pembikinan kellie castle ni..dulu rasanya tempat ni memang terbiar berhantu..smplah kerajaan negeri bangunkan utk pelancongan

    Sy pun belum pernah smp sini..tp masa sekolah dulu memang minat sungguh dengan kellie castle ni.habis sejarah n cerita hantunya sy baca.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rajin juga baca kisah seram di Kellie's Castle ni. Sebab itulah bertangguh tak mahu bawa anak-anak. Tapi tetiba HD ajak singgah di sini. Saya pun cuak jugalah nak bawa anak-anak naik. Itu yang siap habaq kat anak-anak kat sini ada hantu ^_^ Tetiba mereka pun tak mahu naik!

      Delete
  8. Tunggu anak2 besar..
    Takut MD dah bongkok tiga..
    Terdaki ke nak naik ke atas tu MD.. :p

    Cukuplah bergambar kat kaki bukit tu MD ..
    Sekurang2 nya bila org tanya dah sampai KC ni..
    Boleh kata dah kan..
    Macam CH ni langsung tak jejak wlpn kaki bukit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kononnya tunggulah kalau anak-anak ada berani sikit. Tapi betul juga kata CH, masa tu saya pun dah bongkok tiga pulak ^_^ Memang kisahnya tak naiklah juga Kellie's Castle tu.

      Tapikan CH, dari jauh pun dah nampak keseramannya tau. Hahaha!

      Delete
  9. Mak yg dah berpuluh kali ke Seri Iskandar tu pun belum pernah naik Kelly's Casttle tu lagi. Adalah dulu sekali kalau tak silap tu pun berhenti ambik gambo je..... Nak naik melawat ke dalam castle tu mcm malas pulak nak mendaki. Lutut mak kang berlaga laga sapa nak jawab haha.....

    Betul ke sedap meehoon dengan nasi goreng tu Kak Ton. Mcm tak caya jer. Ni mesti sebab lapo ni tau!

    Kat Agro tu ada satu kedai pastri ngan roti ( menghadap food court) sedap tau Kak Ton...mcm roti yg jual kat Shell tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton berhenti ambil gambar aje tapi dek kerana lapar tak berhenti makan di Restoran Adily, Kak Ton pun suruhlah mereka tiga beranak makan apa aje adanya di sini. Murahlah Mak, RM2.50 aje satu bekas mihun/nasi goreng tu.

      Kak Ton teringin nak naik tapi malas nak bawa anak-anak, yalah bab-bab keseraman ni biarlah kita sorang aje yang terlebih berani tak bertempat. Takut juga kalau anak-anak ada sama! Ahah, jangan kata Kak Ton penakut pulak yerk ^_^ Sendi lutut pun takdalah longgar mana lagi, boleh naik tapi semputlah. Hahaha!

      Delete
  10. pic kt kellie castle nmpk klasik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira pandai jugalah akak snap photo ya, Lya. Dah pakar kata gitu. Hahaha! Perasan!

      Delete
  11. eh jgn risaulah MD. saya ni nama je org Perak, tp kalau diajak jadi pemandu pelancong mmg gagallah jawabnya. mana taknya, selalu berjalan asyik duduk seat sebelah jer. Ipoh pun tak lepas2 lagi, hahaha...

    normallah kalau negeri orang, mana nak tahu utara selatan. kalau saya ke Johor pun, entah tahu entahkan tidak, MD.

    Adik saya ada ajak ke Batu Gajah, jln2 ke KC ni cuti minggu lepas, mujur kita tak ke sana tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ya ke? Sama sekodilah kekdahnya kita ni ya, KB. Saya pun part jalan ni lemah betul. Selalu aje tak ingat jalan, lagi-lagi kalau minyak kereta penuh. Asyik sesat aje nak bagi minyak habis! Maklumlah, minyakkan murah sekarang ^_^

      Huhuhu...nasib baik tak terserempak. Kalau tidak kacau bilau Seri Iskandar tu dek kerana MakJilap, Kak Ton dan kome berada di satu tempat bersama-sama. Hahaha!

      Delete
  12. perak ni aida lom rata jenjalan lagi.
    makne nyer tak pernah le sampai castle ni.
    teringin nak gi perak, MD.
    ntah bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah macam saya Aida. Perak ni dah lama tak jejak. Sejak kahwin kot sampai la ni belum tinggal jejak kat Perak. Ni baru tinggalkan kesan tapak kaki kat Kellie's Castle dan Seri Iskandar aje. Tempat lain nanti-nanti dululah nampaknya!

      Delete
  13. Teringat kwn my kakak cerita , lepas balik dr Kellie's castle , 'Ada benda' ikut balik katanya . hah , MD Ada tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itu yang saya takut nak pergi ke sini sebelum ni! Saya tak berapa berdiri bulu romalah tapi mengenangkan ada anak-anak, itu yang buat nak dengan tidak aje plan ke sini. Rupa-rupanya anak-anak saya pun penakut ^_^

      Delete

KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...