Masjid Raja Hj Fisabilillah, Cyberjaya

Salam 5 Zulhijjah kawan-kawan!

Hari ni marilah bercerita kisah kami ke Cyberjaya...

Eh, ini bukan kisah hujung minggu baru ni tapi hujung minggu yang sebelum tu ~_^ 

Yalah tu! Yang I kata banyak 'events' tapi tak tercerita-cerita pun dalam blog!

Kami memang kerap pun ke Cyberjaya ni, baik kerana mencari makan atau pun saja jenjalan buang masa. Tapi, belum pernah sekali dapat tinggal jejak di masjid baru di Cyberjaya ni.

Kebetulan, pada minggu tu kita jalan-jalan cari makan hampir waktu tengahari, makanya jomlah singgah di sini untuk solat Zohor. Lama juga menunggu waktu zohor sebab kami sampai like 45 minit sebelum masuk waktu solat. Biarkan ajelah anak-anak menerokai sekeliling masjid.




Setiap kali ke masjid, si Adik Cute memang sentiasa with me. Bubbly Abang of courselah dah kena ikut Daddynya, takkanlah nak berkepit dengan Mommykan...

Tengoklah anak-anak yang teruja nak solat di masjid ni... 



Sungguh-sungguh ambil wuduk ^_^


Si Adik Cute ni memang I bawa ikut I lah. I pilih tempat hujung-hujung supaya tak mengganggu jemaah lain. Si kecil ni memang baik kalau dalam masjid. Takdanya dia nak berlari ke hulu ke hilir, cekau itu, ini bila kita tengah solat tapi biasalah, hati Mommynya ni memang tak tenang tau kalau terpaksa tinggalkan dia sendirian ketika berjemaah. Khusyuk ke tidak solat jemaahnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui ^_^ 

Bila selesai azan, I pun suruhlah dia solat dulu ~_^  Wah, lelaju nak solat Zohor 4 rakaat. Yang paling best, lepas rukuk, terus terjah menyembah lantai nak sujud. Dah mengalahkan aksi superhero pulak ~_^  Tak sanggup I nak gelakkan dia. Bila I suruh buat balik, boleh pulak tu toleh kat kita dan repeat rukuk dan sujud berulang-kali! Alahai, anak...

Apa yang penting, dia nak solat sudahlah...

Nanti-nanti kita perbaiki lagi solatnya ya, adik ~_^

Jadinya, tercapailah hajat nak bersolat di masjid baru ni. Ada satu lagi masjid yang I nak pergi bersolat ~ masjid baru di Shah Alam tu. Seksyen 13 kan, CH?

Lepas solat, kami pun pergilah ke Restoran Sebulek buat kali pertamanya. Cerita makan di sini dah berkisah dalam blog ni kan ^_^ Cuti hari merdeka baru ni pun kami ke restoran ni sekali lagi. Kali ni bawa Ngah pulak. HD kan kalau ada tempat makan yang best dan menepati citarasa serta tekak Melayu kakak iparnya, memang sibuklah suruh I ajak Ngah pergi merasa!

Lepas kenyang makan di Sebulek, jomlah kita pecahkan lemak di Taman Tasik Cyberjaya pula ~_^ 

Itu ajelah ceritanya untuk kali ni ya. 

Lain kali jom 'jenjalan' lagi ikut MD sekeluarga ya ~_^  



    

  


Comments

  1. tu rumput karpet kan.. boleh letak kat kebun i tak? hihi..
    i bawa luth solat terawih bulan puasa br ni kat masjid, tak tenang i.. time smbhyang, memang dia sembanhyang celah budak2 besar.. tp asyik dengar dia ketawa.. x tahulah apa yg geli hati sgt dia tgok org sembanhyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumput 'bela'. Elok ajekan menghijau pandangan ^_^ Ni kalau letak kat kebun you tu pun okey juga. Barulah saujana mata memandang gitu ~_^

      Oh, I kalau kena berjemaah memang kurang khusyuk rasanya walaupun anak dah besar gitu. Kalau kecil-kecil dulu, memang I solat sendirian! Itu pun dapdupdapdup jantung berdebar risaukan anak-anak!

      Delete
  2. Tak pernah lagi sampai Cyberjaya. Bestnya dapat jalan-jalan dan kutip pengalaman berharga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga kalau ke Cyberjaya ni. Tenang aje rasanya berbanding dengan di KL.

      Delete
  3. Nampak cantik dan terjaga masjid tu ye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid baru ni, Mia. Dan saya pun baru aje berjaya jejakkan kaki ke masjid ni. Alhamdulillah!

      Delete
  4. Weyh.....banyak entry hari ni Lak Ton. Kitaorang jarang sangat gi Cyberjaya Kak Ton. Best ke ?

    Bolehlah lepas ni nak gi jenjalan ke sana jugak ar ....Nampak mcm besar je masjid tu ek Kak Ton. Biasanya kalau masjid besar besar ni jauhkan dr tempat wuduk nak ke ruang solat tu....

    Maknya tu mmg.... terover protective...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada banyaknya, Mak. Dua entri aje nih! Cepat-cepat taip sepagi tadi tau ~_^

      Seronoklah kalau ke sini sebab tempat ni berbeza sikit dengan KL. Sunyi sepi tapi tenang tau. Tempat makan pun banyak merata!

      Takdalah besar mana Mak masjid tu tapi memang jauhlah tempat ambil wuduk wanita dan tempat solat.

      Oh, Mak! Susah hati gue tau nak solat bila anak kena duduk diam-diam di belakang nun. Nasib baik ada seorang wanita kelip-kelip mata kata takpa dia tolong tengokkan. Itu pun berderau-derau darah Kak Ton nak solat jemaah!

      Delete
  5. Masjidnya boleh tahan besar.
    Adik tak main sana-sini tu dah kira ok
    Kalau yg jenis merayap tu yg bimbang. Takut kena culik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka melilau aje ke hulu ke hilir dua beradik. Masuk waktu solat, si abang ikut Daddynya dan adik kena ikut Mommy. Bercinta betul saya kalau nak solat jemaah kat masjid ni dek kerana anak. Bukannya tak nak tawakkal tapi perasaan berdebar tu memang payah nak menghilangkannya, kak!

      Delete
  6. masjid ini semestinyalah saya sekeluarga tak pernah sampai lagi. tengokkan pada gambar, nampak luas sangat masjid tu. cantiklah!

    bagus ye Adik, kecik2 dah boleh nak bersolat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, KB. Jauh tu dari Perak! Kalau dekat, boleh juga datang singgah solatkan. Saya pun teringin tau nak ke belah-belah Kuala Kangsar tu. Kalau baca blog, katanya banyak masjid antik di sana!

      Delete
  7. Masjid baru ni, Diana. Saya pun first time singgah sini. Tapi tenanglah kat Cyberjaya ni. Itu yang suka datang sini.

    Betul tu. Kalau dok fikir tentang anak-anak, memang tak tenang hati ni nak solat jemaah. Selalu pun yang solat sendirian aje tapi dek kerana dah berlama dalam masjid dan azan pun baru berkumandang, tak akanlah nak solat sendiriankan. Baiklah berjemaah!

    ReplyDelete
  8. Hr tu ada lalu kat depan masjid ni tp tak singgah pun, besar juga..
    Cyberjaya ni skrg..mcm2 ada dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam-macam ada di Cyberjaya sekarang ni. Suka pergi sini. Bab makan tak usah risaulahkan, memang banyak tempat boleh cuba. Sampai sekarang pun tak habis-habis lagi mencuba!

      Delete
  9. Betul lah tu MD..
    Masjid Al Ikhlas SS13..
    Meh lah dtg..
    Mana tau terjumpa pulak..
    Jangan menyorok dlm tandas lama2 udah leeeee.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah tengah fikir mana nak sembunyi kalau jumpa CH ^_^ Nak sembunyi dalam toilet lama-lama tak bestlah CH, berbau ^_^ Nak datang masa bukan waktu solatlah! Hahaha!

      Nak juga pergi masjid SS13 tu tapi entahlah bila CH. Kalau nak 'mendaki' ke Shah Alam, haruslah hujung minggukan! CH tak balik kampung ke hujung minggu ni? Kalau balik, saya pergilah Shah Alam tanpa perlu rasa gementar bertemu peminat. Hahaha!

      Delete
  10. cantik masjid ni..rumput hijau macam padang golf. Baguslah dah biasakan anak ke masjid dari kecik. Thumbs up to both of you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time pergi. Anak-anak pun suka, makpak apatahlagi ^_^ Lain kali kalau berkesempatan, nak pergi lagi. Kalau boleh segala masjid yang ada di merata Malaysia ni kita nak masuk ^_^

      Delete
  11. Cantiknya suasana masjid ni, sejuk mata memandang..

    Luas lagikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat masuk masjid, memang lain macam rasa tenangnyakan. Masjid ni quite new. Memang nampak menarik dan bersih sangat-sangat. Tapi malangnya, tak ramai pulak jemaahnya!

      Delete
  12. Masjid baru, selesa la nak guna. Hehe :) Nani baru ni first time solat dekat masjid besi. Tercapai lah jugak hajat nak solat dekat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kalau dapat masuk masjid baru, lagi-lagi yang nampak luas macam ni. Seronok pulak rasanya.

      Oh, akak pun suka juga pergi Masjid Besi tu. Besarnya lain macam!

      Delete
  13. Cantiknya nampak masjid tu MD... tenang je nengoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Nora. Memang tenang bila berada dalam masjid secantik dan seluas ini.

      Delete

Post a Comment