Ini birthday sayalah ~_^

Salam 7 Zulhijjah dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Oh, bukan! Bukan!

Hari ni bukan my birthday. Birthday I dah lama berlalu! Takkanlah setahun berkali-kali nak sambut birthday pulak! Ngengada sangatlah tu, mengalahkan budak-budak. Kena sedar diri, kita ni dah jadi mak budak-budak ~_^

Ini nak cerita tentang birthday si Bubbly Abang, yang dah genap seminggu berlalu...


Sebelum bercerita, mari tengok gambar dan cerita selingan dulu ~_^ 


Bubbly Abang ni kalau dapat aje pegang my smartphone, mulalah dia buat bukan-bukan. Habis gambar entah apa-apa dibuatnya! Bila I nak mendelete gambar lepas ditransfer, macam-macamlah nanti I jumpa!

Baru-baru ni Daddynya reformat laptop. I tengok dia dah susah hati. Tanyalah kenapa. Katanya dia terlupa password game Robloxnya. Email yang digunakan pun email yang created by him, makanya dengan email dan password semua pun lupa. Susahlah hati sebab tak boleh nak proceed main Roblox.

Tapi sebaik aje Daddynya lepa lepas reformat laptop, dia pun diam-diam dok terjah nak mengaccess gamenya. Berjaya pulak tu retrieve passwordnya! Dek kerana itu, both smartphones Bubbly Abang dan Adik Cute, I dah sembunyikan! Tapi I takut juga sebabnya cuma I aje yang tahu di mana I sembunyikan. Buatnya datang penyakit lupa, tak ke jenuh nanti nak menyelongkar satu rumah mencari smartphone dua beradik '4eva' nih! 

Garu kepala kejap!

Dua tab dah lunyai dikerjakan, dah tak boleh pakai lagi. Takdalah nak beli baru! 

Okey, berbalik kepada cerita harijadi Bubbly Abanglah kita ya ~_^

Kan dah kata Jumaat lepas I, merangkap 'timbalan' gurubesar sekolah/tadika, telah mencutikan kedua-dua anak kerana hari itu merupakan harijadi my anak bujang tersado. 

Punyalah penatnya I hari Khamis malam Jumaat tu sampaikan hadiah dan kad harijadi anak pun tak berbalut/bertulis! (Oh, ya, tahun ni tak buat kad sendirilah sebab hodoh pulak rupanya, dahlah tak kreatif!) Jadi I pun set jam awal pagi untuk bangun dan balut hadiah anak bila mereka tidur. Hadiah-hadiahnya sudah dibeli dua minggu sebelum, tinggalkan di pejabat aje. Hari Khamis, sehari sebelum harijadinya, barulah I bawa balik rumah.

I pun letaklah hadiah-hadiah tersebut dan kad harijadi di meja komputer. Si abang ni kalau bangun aje tidur, mesti tuju meja komputer dulu. Dan seperti biasa, Adik Cutelah akan bangun dulu. Bila dah bangun tu dan dia termasuk dalam bilik komputer, ternampaklah hadiah-hadiah di atas meja. Kecohlah mulutnya bertanya pada Mommy ada hadiah atas meja dan siapa punya! I pun katalah hari ni harijadi abang. Nanti harijadi adik kita beli hadiah untuk adik pulak. Nasib baik dia tak banyak cerita, nak minta hadiah juga! Tapi doklah pasak  kat telinga I ni bila harijadinya, berapa lama lagi kena pergi school baru sampai harijadinya! Jenuh I mengira dengan tangan duplohlapankali dah harijadinya jatuh pada Nov 9!

Si abang ni lewat pulak bangunnya. Mesti merajuklah tu sebab Mommy tak kiss pun his head and wish happy birthday tepat jam 12 tengahmalam macam tahun-tahun sudah (Alkisah, Mommy tertidur ~_^) Mulalah dia pura-pura tak nak bangun!

Si Adik Cute bukan main lagi hug and kiss abangnya sambil wish happy birthday sambil kecoh beritahu ada hadiah dalam bilik! So, pakpukpakpuk, bangunlah si abang ni and buka hadiah. Peluk erat lagi melutut kat Mommy minta maaf, minta ampun segala kesalahan dengan linangan air mata pulak dah! Hah, itulah! Kalau tak kerana Mommy ni, memang harijadi pun berjalan macam hari biasa tau tak!

Okey, kisah hadiah habis di sini! Hadiah apa yang kami beri, biarlah rahsia. Janji anak tersenyum girang dapat hadiah ^_^

Lepas tu keluarlah kami empat beranak mencari breakfast. Kita ke Sang Dewi ajelah, senang. Dekat sikit dengan rumah. Ingatnya lepas solat Jumaat nanti tu naklah bawa Bubbly Abang jalan-jalan ke mana hendaknya.  Dah puas melenjan nanti, sebelum balik rumah nak juga belikan kek harijadi. Tapi bila abang tahu I nak beli, dia menegah. Katanya dia bukan suka sangat makan kek, so tak payahlah beli kek harijadi. 

I ni bukan apa... Kalau boleh naklah adil dan saksama. Si adik nanti tentu nak belikan kek sebab dia ni asal nampak ada kek birthday depan mata, tersenyum simpul sibuk nak potong macamlah kek dia tau padahal orang lain punya kek! Tak mahulah I nanti kata abang kenapa harijadinya takda kek tapi harijadi adik ada kek! I kan Mommy yang adil dan saksama ^_^

But then, pakpukpakpuk punya cerita, plan  tak berjalan lancar sebab ada masalah sikit. Malaslah nak cerita panjang! Sempat ke Bangsar Village aje!

Malamnya kita orderlah McDonald. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Nak letak alamat rumah, langsung tak boleh edit. Maka letaklah alamat terdekat dengan harapan deliveryboy akan call sebelum sampai sebab tak jumpa rumah ~_^ Lepas dua jam, I check delivery rupa-rupanya dibatalkan sebab 'cawangan berdekatan telah ditutup' ! Weyh, cerita apa ni! Cawangan merata keliling, apa yang tutupnya! Tak pastilah kenapa main cancel order customer macam tu aje tanpa dihubungi. Nak menghubungi mereka dah tak valid lagi nombor toll free tu!

Makanya, ambil kunci kereta dan angkutlah semua makan di Mc Donald yang berdekatan. Seronok juga spend time ramai-ramai dengan MakNgah dan kakak sepupu kesayangan sampai pukul 10 lebih ~_^

And, nasib baiklah segala plan tak hancur begitu sahaja walaupun apa yang dirancang tersasar! Ada surprise gifts untuk both of them dari kakak sepupu...







Happy betul mereka dua beradik! Sampaikan Adik Cute kata nanti masa harijadinya nak buat macam ni juga! Dia dah siap-siap minta hadiah apa yang dimahukannya bila sampai harijadinya nanti ~_^ 

Tengok ni, sampai esok paginya suruh I ambil lagi gambarnya dengan hadiah dari kakak sepupu ^_^


Itu ajelah kisah di harijadi Bubbly Abang tahun ni. Walaupun tak seperti yang dirancangkan, okeylah janji ada juga buat something different untuk hari kelahirannya. Kami anak beranak sebenarnya memang jarang potong kek masa harijadi sebab HD tak berapa suka sambutan birthday macam ni. But then, macam selalulah, I selalu jadi punca segala kisah berbeza dalam keluarga kami ~_^    

P.S. By the way, dalam entri ni, Bubbly Abang sendiri ya yang approvedkan gambar mana yang dia benarkan masuk dalam blog ni. And, dia dah baca semua surat-surat di harijadinya sejak tiga tahun sudah. Gelak-gelak Bubbly Abang bila baca komen kawan-kawan alam maya Mommynya. Sampai ditanya pada I, Mommy 'besan' tu apa? Hahaha! 

    

   

 

Comments

  1. sooo cute la adik..senang sikit keje mommy kalo dia dah request awal awal..tinggal nak carik jer takyah pening nak memikir..hahahaa..

    abang luth dapat hadiah ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah siap-siap beritahu nak ni, ni, dan ni. Nanti gift dari kakak sepupu pun mesti macam ni juga. Hahaha!

      Oh, abang dapat dua hadiahlah, kegemarannya ^_^

      Delete
  2. alahai nape ttup plak.
    mmg x di inform langsung ke mommy
    sama lah kes i ni mommy sampai skrg cari kamera x jumpe2
    last tgk ari tu msa pack brg nk p spital salinkan rania.
    pastu nyorok lah konon lngsung x jupe. adeii

    alahai comey je pesanan ringkas yg terselit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannya cawangan McD tu tutup, Ciksu tapi tak tahu kenapa mereka cancelled order online tu dengan statement macam tu. Padahal ada aje cawangan McD berdekatan!

      Itu yang saya takut juga dok sembunyikan barang, takut terlupa. Naya nanti! Satu rumah kena selongkar mencari satu-satu barang!

      Harapnya takdalah kejadian macam tu!

      Delete
  3. 2nd gambar tu Abang yang edit ke? hihi

    FYI, keluarga saya pun jarang sangat nak sambut2 birthday. apatahlah lagi nak adakan majlis. kami sekadar wish saja. kalau tetiba datang angin ganjil, baru ada kek-kek ni tp makan tahunlah ya. saya baru perasan, dah lama takde kek birthday.

    cantik gift dari kak sepupu mereka tu. nanti aunty nak tirulah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dialah tu punya kerja. Lagi satu dia suka main smartphone saya sebab dia tahu saya ada banyak gambar. Paling disukainya edit gambar si adik. Melolonglah si adik tu nanti bila tengok gambar dia tak 'cun' dan jadi bahan ketawa abangnya!

      Kek birthday ni memang HD tak sukalah kalau ada lilin, main tiup-tiup bagai, wish happy birthday sambil tepuk tepuk tangan. Memang pantangnya tapi saya selalu juga beli kek bila sampai birthday. Lilin tak ambillah! Kalau pasang juga memang saja nak cari gaduh nampaknya!

      Aunty kreatif bolehlah tiru. Kalau suruh saya meniru, tak tahulah jadi apa nanti surprise giftnya ^_^

      Delete
  4. suka tengok.seronoknya mereka berdua.lagi2 adik montel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka ni memang best buddies tapi ada masanya best enemies ^_^

      Delete
  5. Salam Singgah Jumaat. Selamat hari raya Aidiladha in advance juga. wah mesti seronok abang kan.. adik pulak dapat juga tempiasnya he3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidil Adha buat KA sekeluarga juga. Biasalah tu KA. Kalau sambut tang abangnya, adik pun kena tempias. Kalau tak tempias, kecoh nanti satu rumah!

      Delete
  6. Hahahha..
    Dah banyak kali ko MD upload cerita Besday abang..
    Yang CH ni masih lagi terkial2 nak memilih gambar dak kakak nabilah tu hari..

    Best pulak tengok hadiah belon macam tu..
    Nak buat utk nabil lah nanti hihihi..
    Tahun depan lah insyaAllah..

    Meh meh meh MD gi terjah blog CH..
    Ada cerita best tau ~__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada banyak kalinya, CH. Masuk entri ni, dua aje ~_^ Mesti sebab panjang tu yang CH suka-suka hati aje bahagikan dua entri ni menjadi banyak ^_^

      Yalah, kalau tak masuk dalam blog, takda kenangan pulak katanya! Kalau ada masa, kita masukkan ajelah buat tatapan di hari tua atau untuk tatapan mereka nanti...

      Delete
  7. Makin lama makin suka tengok Bubbly Abang ni. Nampak comel dan hensem. Happy Belated Birthday Abang, semoga membesar dan menjadi anak yang berguna pada Mummy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Ada maksud tersirat ke? Nak kenenkan dengan siapa tu, dik? Anak bujang akak ni masih single and available and under age gitu ^_^ Maka Mommynyalah yang kena buat decision untuk masa depannya. Hahaha!

      Terima kasih, ya dik!

      Delete
  8. Hahaha.. jenuh la mummy nk kira berape hari lg birthday adik cute..
    Betul la kan.. sbg mak ni.. kita mesti nk berlaku adil dgn anak2.. takut ank terasa hati..
    Sekejap je bubbly abg da besar.. skit lg dia pun ada blog mcm mummy.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekarang ni ditanya, soon lah jawabnya. Tapi mungkin dia dah lupa yang harijadinya nak dekat dah. Dah tak tanya lagi tapi dah tahu nak apa untuk hadiah harijadi. Kenalah kumpul duit buat bajet hadiah anak. Hahaha!

      Memang cepat Ira masa berlalu. Tengok-tengok anak dah besar panjang macam tu sekali. Terasa pulak diri dah semakin tua!

      Delete
  9. salam MD,
    selamat menyambut Aidiladha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Kak Yon.

      Salam Aidil Adha walaupun dah seminggu berlalu. Baru hari ni dapat membalas komen katanya!

      Delete
  10. Salam aidiladha,cantik plak si abang edit gambo...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantang lepa, memang kerjanya mengedit gambar yang ada. Gambar si adiklah yang paling suka diedit sebab boleh buat hiruk-pikuk dalam rumah nanti!

      Delete
  11. nasib baik jatuh hari jumaat lepas cuti panjang senang je nak sambung terus ... heheheee ... kat umah ni , dah wajib ada kek bila sambut birthday . just kek ! hadiah , klu ada ok , klu x de pun ok ... tapi klu tanya nak kek apa , jwpn sama je . kek coklat/ brownies ataupun keju . sekrg x yah tanya doh ... heh heh heh ... tak memasal kang abg skodeng blog besan tu . mana lah tau dia berkenan ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah itulah, nasib baik tau! Ni si adik ni, dah tengok kalendar. Birthdaynya jatuh hari bekerja, tengah minggu pulak tu. Alahai, nak buat macamana ya. Kena mclah nampak gaya. Saki-baki cuti yang ada, dah nak reserve untuk hujung tahun. Boleh cuti straight seminggu sebelum akhir tahun, ditambah lagi straight seminggu selepas awal tahun ~_^

      Nampak tak plan Mommynya membazir cuti macamana? Hahaha!

      Delete
  12. Hb bubbly abang, alahai auntie tercicir nak ucapkn..

    Budak2 skrg ni, untungkn boleh minta hadiah apa yg digemarinya, zaman akak dulu, xder bezanya hari2 biasa ngn hari bday, mklm le asalnya dr kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, UA!

      Memang betul. Kita dulu-dulu manalah berani nak buat wish masa harijadi. Apa yang dapat, terima ajelah dengan senyuman. Takda nak demand apa. Tapi cuba tanya anak-anak zaman sekarang, bukan main demand lagi.

      Bubbly Abang dok ushar Daddynya nak tahu apa hadiah-hadiah yang Mommy dah sediakan. Bila disuruh teka, boleh pulak tu teka 'laptop'!

      Amboi, bukan main lagi!

      Delete
  13. Seronoknya meraikan bezday bubbly abang...nampak keceriaan. mereka MD.Semoga anak2 MD menjadi anak2 soleh dan sentiasa menjadi mata MD dan suami.
    Nampaknya 2/9 kita kongsi peristiwa yang bermakna,cuma bezanya akak kenangan duka .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita tak buat mereka seronok di hari istimewa macam ni, siapalah lagi, Kak Saniah!

      Ya betul tu, kak. Kita berkongsi tarikh bermakna yang sama tapi situasinya berbeza...

      Delete
  14. Jangan asyik main Tab & HP.
    Ini sangat win.
    Haha.. memang kebanyakan saya tengok bebudak sekarang esp.anak buah memang pantang nampak gajet2.
    Terus leka tak ingat orang sekeliling dah.
    Huhu.
    Ape pon, selamat hari jadi dan selamat hari raya Aidiladha buat Mummy sekeluarga ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi 'jangan'nya, Gee ^_^

      Anak-anak saya pun tak terkecuali. Selagi kita tak sergah, selagi itulah mereka leka. Sekarang ni kena sembunyikan segala gadget. Itu pun kadang kasihan, terlepas juga ke tangan mereka!

      Terima kasih, Gee!

      Delete
    2. Anak sekarang ni advance.
      Main nyorok2 pon dah makin hebat.
      Kita main nyorok2 dengan orang, dorang main nyorok2 dengan gadjet..
      Huhu.

      Sama-sama, Mummy ^_^

      Delete
    3. Tahu aje kat mana kita menyorokkan gadget tu. Yang kita ni bila asyik berpindah-randah tempat sorokan, last-last terlupa letak kat mana ^_^

      Delete
  15. happy bday. wah seronoklah dapat hadiah best camtu. salam raya MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Raihanah. Beri apa yang dimahukannya, memang seronoklah.

      Delete
  16. Wahh seronoklah dedua orang ni dapat hadiah dari mummy, sekali dengan pakej ucapan ucapan keramat tu. Hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka ni beri hati. So, kalau nak beri apa-apa, kena adil dan saksama termasuklah waktu harijadi. Yang sorang tu bukan harijadi dia pun tapi terujanya macam harijadi sendiri ~_^

      Delete
  17. sweetnya anak2 sis, bertuah si ibu bapa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua anak pun sweet di pandangan mata ibubapa mereka, cikgu ~_^

      Delete
  18. Rupanya tk jauh birthday abg dgn birthday maktok ni
    Tapi maktok tkde hadiah lah hahhaa
    Sama lah disini MD pak haji tu mana suka nyanyi2 birthday dan lilin bagai
    Kek pun anak2 je yg sibuk beli kan kalau ikutkan kmi mmg tkdelah jwb nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang dah tak muda lagi ni KakNoor tak payahlah sibuk nak tiup lilin bagai. Kang tertiup api lilin ke tudung pulak kang ^_^

      Delete
  19. Happy belated birthday Bubbly Abang... moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... comeilah dua beradik ni... nampak sweet sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Nora. Semoga anak-anak kita sentiasa di dalam lindungan-Nya selalu. Harap-harapnya anak-anak akan sentiasa mengenang kita sebagai orangtua mereka...

      Delete
  20. Kan Kak ton....kalaulah tak kerana mommynya ke maknya ke ibunya rasanya mmg tak cerialah hidup berkeluarga ni hihi.... Nasib ada insan yg bernama kita kan Kak Ton.....

    Boleh pulak gitu perangai Mc Donaldnya.... patutnya informlah kalau nak batalkan pun. Komplen je Kak Ton...mak jadi batu apa sungguh ni hihi...

    Untung tau jadi adik ni. Bezday abg pun dia dapat hadiah, bezday dia apa tah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang setuju sangat, Mak. Kalau tak kerana Mommynya yang over, mana mungkin ada hari-hari istimewa macam nikan!

      Patutnya call lah tanya kat mana rumah, dah tentu-tentu alamat tu tak lengkap dan tak boleh edit ikut suka hati pulak tu. Tetiba aje cancelled order. Nasib baiklah Kak Ton masih ada mood nak keluar rumah dah malam macam tu. Masa macam tu selalunya budak-budak dah tidur, Kak Ton pulak kalau tak tengok drama Korea, dah tidur juga ^_^

      Bukan setakat birthday abangnya aje, birthday orang lain pun dia nak buat macam birthdaynya sendiri tau si kecil ni!

      Delete
  21. Ni cara buat ayat macam nak minta pinang anak dara jerk, Diana! Hahaha!

    Anyway, terima kasih banyaklah ya atas ucapan!

    ReplyDelete
  22. kalau tak kerana mommy tak meriahlah hari lahir anak2 kan, kalau harap pada suami tak jalan kalau saya ni, hari lahir macam hari biasa je hehehe.

    wahhh dua2 pun dapat hadiah tu,seronoklah adik cute siap dah minta nak hadiah apa nanti ya.

    untuk bubly abang selamat hari lahir ye...semoga berjaya didunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Ini pun bab-bab kek saya selalu skip sebab saya aje yang syok sendiri nak beli kek, potong kek. Anak-anak dan suami tak hairan pun. Tapi, bab tiup lilin tu memang tak bolehlah. Tak boleh means tak boleh, habis cerita.

      Ni anak bongsu saya ni, sibuk nak kek, nak itu, ini untuk harijadinya yang lama lagi bulan November nanti. Tapi bagus juga, boleh sediakan budget siap-siap ^_^

      Terima kasih, AA atas ucapan untuk Bubbly Abang!

      Delete
  23. apa momy jawab bila abang tanya cenggitu? hahahahaha. hepy belated besday abang. moga sentiasa sihat murah rezeki cerdik pandai jadi anak soleh berjaya dunia akhirat.

    comel sangat hadiah besday kakak sepupu diorang bagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tak jawab pun, Kira ^_^ Sengih aje...

      Terima kasih atas ucapan untuk Bubbly Abang tu. Harapannya pun begitu jugalah; jadi anak yang berguna dunia dan akhirat.

      Nanti masa birthday Adik Cute, dia dah pesan suruh buat sama macam ni juga!

      Delete

Post a Comment