Salam Ramadhan

Salam kawan-kawan!
 
Hari ini tak mahu berceloteh banyak. Cuma nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga tahun ini kita akan lebih berusaha untuk menjadi umat yang lebih baik. Nak mengubah diri menjadi lebih baik kenalah berdikit-dikit. Jangan ditunggu sampai ilmu penuh di dada, takut tak sempat pula nanti nak berubah. Apa yang penting, nampak perubahan tersebut walaupun sedikit ^_^
 
Di sini, I ingin memohon ampun dan maaf kalau sepanjang berkarya di blog picisan ini, ada yang tersentuh hati atau tersinggung perasaan dek my keramahan. Asalnya hanya nak bergurau-senda tapi manalah tahu kalau gurauannya terlebih sehingga menyinggung perasaan. I mampu memohon maaf ajelah ya di hari baik dan bulan baik ni. Yalah, hati manusia inikan berbeza-beza. Kita anggap gurauan aje tapi yang lain ambil serius sampai terputus ukhuwah pulak...
 
Harapnya takdalah yang sampai begitu sekali ya dek kerana sakat-menyakat yang I selalu buat ^_^
 
Semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang bulan puasa ni nanti akan mampu menambah mana-mana pahala yang terkurang. Kalau dah tahu pahala tak berapa banyak, janganlah dicari kerja menambah dosa. Hehehe...
 
Apa-apa pun, Salam Ramadhan buat semua kawan-kawan alam maya yang ada ~_^
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments

  1. Salam Ramadhan Kareem Kak Ton. Esok jangan buat sarapan pulak haha....Eh lupa ! Mana pernah Kak Ton buat sarapan pepagi ek. Hihi...

    Ni satu lagi nak pesan, esok jangan buat buat lupa minum air pulak. Dah hilang haus baru katanya lupa. Uh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab sarapan tu memang tak lupalah sebab memang tak buat sarapan pun hujung minggu ^_^ Lagipun kita sahur nanti pun dah nak dekat-dekat akhir waktu.

      Oh, Kak Ton rasalah sebab Mak suci dalam berdebu, tentu esok Mak masih lagi minum air lepas tu buat-buat lupa eh...

      Oppss... sorry! Minta maaf balik. Esok dah nak posa ^_^

      Delete
  2. selamat menyambut ramadhan kak MD..asik cute dah start puasa ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same to you, Sal. Semoga kali ni lebih diberkati hendaknya amalan berpuasa kita ya. Adik Cute mungkinlah 'kuasa' juga. Tapi selalunya dia 'kuasa' makan je, air tetap minum macam biasa...

      Delete
  3. selamat menjalani ibadah puasa, MD. Saya pun mohon maaf sekiranya ada kesilapan yang tak disedari.
    Ramadhan Kareem.^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugalah saya ya, KB. Gurau, gurau juga tapi kalau ada terasa hati tanpa diketahui tu, minta maaf banyak-banyak ya!

      Salam Ramadhan!

      Delete
  4. Ramadhan kareem MD.
    Samalah den pun nak minta maaf jika ada terguris rasa atas komen2 yg kita sangka bergurau ttp rupanya melebihi batasan perasaan lalu terluka perasaan yo.

    Sama2lah kita rebut peluang yg Allah sediakan ini, hanya setahun sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugalah ya, KakG. Eh, sedap pulak berahkak-ahkak ni tau padahal berapa tahun je beza ^_^

      Kalau ada tersilap kata ketika berkomen di sini mahu pun di sana, maaf ya. Mulut adakalanya ramah tak bertempat lepas tu baru nak menyesal. Hehehe...

      InsyaAllah! Semoga kali ni kita dapat melakukan lebih banyak amalan di bulan yang mulia ni.

      Delete
  5. Selamat menyambut ramadhan MD, jk ada resepi baru, jgn lupa kongsi dlm group k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita ya, UA. Nampak gaya resipi pun saya kopipes dari dalam folder resipi kopipes yang beribu-ribu lemon tu, UA. Takda pulak buat resepi luar biasa buat setakat ni ^_^

      Delete
  6. Happy fasting, MD! This is a good time to go on diet and lose weight, right? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ, PH. As far as I'm concerned, belum pernah lagi berat badan turun during Ramadhan tahu. Masuk Syawal, double lagi adalah. Hahaha!

      Delete
  7. Selamat menyambut bulan Ramadhan MD

    ReplyDelete
  8. Ramadhan kareem MD.. Moga ramadhan.kali ini lebih baik dr yg sebelum2nya buat kita kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same goes to you, AA. Sama-samalah kita menghargai dan menambah pahala di bulan Ramadhan kali ni.

      Delete
  9. Allahu Akram...

    Selamat berpuasa MD..
    CH pun mohon maaf sekiranya ada komen2 yg mengguris perasaan..

    Semoga madrasah ramadhan ini..
    Akan berterusan hingga bulan2 yg seterus.
    Amalan puasa dan yg lain nya..
    Akan diterima oleh Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa buat CH sekeluarga. First day dah dapat dugaan ya, CH. Besar pahalanya tu. Semoga CH tabah selalu.

      Samalah saya pun begitu juga. Kalau terlebih bergurau di alam maya ni harap-harapnya takdalah sampai terkecil hati ya, CH!

      Delete
  10. Selamat beribadah di bulan ramadhan MD
    Mengharap semuanya dlm redha Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat beribadah buat Kakzakie sekeluarga juga. Semoga Ramadhan kita kali ni mendapat keredhaanNya dan banyak pahala terkumpul.

      Delete
  11. Replies
    1. Takda sawannya Mak di bulan Ramadhan ni. Sawan berhenti seketika ^_^

      Err... Mak dah posa ke belum? Hahaha!

      Delete
  12. Salam Ramadhan kak! =)
    Insyaallah, semoga ramadhan tahun ni lbh baik dr tahun sebelum nya. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan buat Aina suami isteri. Semoga segala amalan kita diterima dan mendapat keredhaanNya di bulan baik ni ya!

      Delete
  13. Selamat menyambut bulan Ramadhan jugak kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat Nani juga. Tahun ni berpuasa di KL ke atau di kampung halaman? Kalau kat kampung hari-hari boleh request suruh emak masak sedap-sedapkan, Nani ^_^

      Delete
  14. Salam Ramadan MD... hari ni dah masuk 8 Ramadan... Moga seminggu yang lepas kita dah berusaha memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ni... insyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan buat Nora sekeluarga juga. Dah seminggu berlalu. Semoga segala amalan baik yang kita lakukan berterusan sehingga ke akhir Ramadhan dan menjadi amalan di bulan-bulan seterusnya.

      Delete
  15. Salam Ramadhan juga kak. Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan buat Ainniah juga. InsyaAllah! Semoga kita terus beristiqomah dalam beramalan di bulan Ramadhan ini.

      Delete

Post a Comment