Adab

Salam kawan-kawan!

Aha, I dah tau dah sekarang ni! Asal I kata susah aje nak buat sesuatu, tetiba aje jadi senang. Itulah tak boleh kata dulu, kena fikir dulu sebelum berkata ^_^
 
Kelmarin baru aje mengeluh macamanalah nak menaip entri bila semua browser (kecuali IE) tak boleh digunakan lagi. Dahlah nak upload gambar pun siksa, ditambah pula sekarang ni dengan masalah nak menaip entri, ditokok-tambah lagi dengan font yang tetiba mengecil tetiba membesar, top-upkan pulak dengan emoji yang mula buat hal, memang menjunamlah mood nak berblogging.
 
Tapi sebaik aje up entri kelmarin, terus teruja nak menaip entri satu dan satu dan satu dan satu lagi. Eh, tidak! Satu aje entri yang I taip kelmarin dan awal pagi semalam baru published! Tetiba tahu idea datang mencurah-curah bak hujan lebat saban petang...
 
Okey, berbalik kepada kisah hari ni sebenarnya I nak bercerita tentang kerenah manusia. Maklumlah lain orang, lain perangai. Manusiakan bermacam ragam. Adakalanya buat kita geli hati dan ada masanya boleh buat sakit hati...
 
Beberapa minggu lepas  I sekeluarga pergi makan di Bagan Lalang. Oh, well! Kisah makan-makan lama dah tak keluar cerita dek gambar sukar nak upload katanya. Itu kita tolak tepi dululah ya. Nanti-nanti kalau rajin kita bercerita. Ni kisah ragam manusia katanyakan tadi...
 
Kami sampai awal. Restoran belum buka lagi. Maka, bolehlah pilih nak duduk di mana. Mommy yang kaki fobia dan freaking macam I ni, memanglah tak akan benarkan mereka pilih tempat makan atas air. Kotnya malang tak berbau tetiba runtuh, kan ke payah ^_^ Kita pilihlah tempat yang lebih selamat - atas darat *_*

Tak payahlah susah-susah nak hirup udara laut ke apa. Kita datang nak makan aje. Kalau perut dah lapar, udara segar pun takda maknanya. Mengeluh lapar aje mungkinlah sambil menahan jangan sampai bunyi kelaparan tu kedengaran di pendengaran orang ^_^
 
Setengah jam lepas dapat tempat duduk, barulah boleh pilih makanan laut kegemaran. Masa ni pelanggan dah mula memenuhi ruang. Sewaktu memilih tu pun nasib baiklah I antara yang terawal. Takdalah bersesak-sesak, terlanggar bahu kiri-kanan tak kira perempuan lelaki. Maklumlah, manusia ni bila nampak makanan terus jadi tak sabar. Kalau disuruh beratur pun mereka buat muka selamba aje tak faham. Potong queue tu tabiat hidup!
 
I pun bukan nak pilih sampai dua, tiga bekas. Maklumlah yang makan pun cuma 4 orang. Paling-paling pun mencari ikan siakap seekor, kerang atau lala atau sotong atau udang sepinggan. My superheroes termasuk HD memang tak makan seafood. Apa kes kita ke mari pun tak pasti. Tapi dah namanya suka JJCM, layan ajelah ke mana pun dibawa pergi...
 
Selesai membuat pesanan, kenalah menunggu. Masa menunggu ni memang gempaklah ya. Paling-paling pun sejam dua... Masa ni lah mata melilau tengok orang di sekeliling. Terjeling jugalah melihat pelanggan yang duduk di meja sebelah...

Masa ni meja dah penuh. Yang datang lewat memang terpaksalah meninjau tengok mana ada meja kosong. Kena lamalah menunggu sebab yang ada pun belum sempat makan lagi, baru lepas buat pesanan.

I ni bila tengok orang berdiri menunggu meja, memang tak sampai hati. Lagi-lagi kalau ada yang bawa anak kecil. Rimas pun ya juga bila anak-anak berkeliaran berlari tak tentu arah. Kalau dah sudah, lebih baiklah beri aje pada mereka yang memerlukan. Senyap sikit bebudak tu dapat tempat duduk, maklumlah penat berlari katanya...
 
My superheroes ni pulak memang ada habit tau. Mereka tak suka perjalanan yang terlalu jauh dan menunggu lama. Faham ajelah kalau pergi makan di tempat sebegini, waktu menunggu tu boleh qada' tidur satu, dua jam katanya. Mulalah masing-masing mengeluh tak tahan itu, ini. Yang bagusnya tentang mereka, dua beradik ni memang tak lasak. Walaupun jemu dan penat menunggu, mereka tetap duduk di kerusi masing-masing. Takdalah berlari ke hulu ke hilir buat bising. Sebab kalau mereka bising, mulut Mommynya lagi bising nanti ^_^
 
My order sendiri sampai selepas satu jam setengah. Memang masing-masing dah kebulur. My superheroes terutama Adik Cute dah letih-longlai menunggu. Merengek aje kerjanya. Si Bubbly Abang pula dah separuh air minuman dikerjakannya. Bila makanan sampai, terus nak terjah tapi...
 
Haippp! Nanti dulu ya, Mommy nak snap photo dulu!
 
Bersabarlah another 30 seconds ... ^_^
 
Dek kerana lapar, kami pun makanlah dengan penuh berselera. Laju-laju makan. Bukan apa, sebab lapar punya pasal ^_^ Lagi pun hari dah lewat. Nak balik ke KL lagi, penatnya... Masa tu baru terasa penat mencari makan jauh keluar dari KL ^_^
 
Dalam pada tu sempat juga melihat gelagat meja sebelah... ^_^
 
Mereka dapat makanan jauh lebih awal daripada kami. Bila dah terhidang tu, apa lagi makanlah. Tak akan nak tunggu makanan sejuk pulak. Tapi yang I tak berapa gemar, bila si suami-isteri ni sedang seronok menikmati hidangan, anak-anak mereka dibiarkan aje. Entah berapa kali si anak melanggar belakang kerusi HD. Bermain-main dan buat bising berhampiran tempat duduk kami. Entah berapa kali Bubbly Abang terpaksa betulkan kedudukan kerusinya kerana budak-budak ni kerja berlari ke sana-sini berhampiran meja kami. I tengok makbapaknya seronok betul makan 'slow motion' gitu...
 
Bila makanan kami sampai, mereka suami-isteri masih lagi menikmati hidangan...
 
Bila kami dah separuh makan, mereka masih lagi menikmati hidangan...
 
Bila kami dah nak habis makan, mereka masih lagi menikmati hidangan....
 
Kebetulan meja mereka telah ditempah oleh pelanggan seterusnya dan pelanggan tu bersama keluarganya ada berdiri di sebelah my meja...
 
Agak-agak HD dah nak habis makan, I pun tanya kalau kita dah selesai nanti, boleh tak I beri tempat pada keluarga tersebut. Kasihan pulak tengok keluarga yang berdiri berhampiran dengan meja kami. HD angguk kepala aje. I pun suruhlah HD cepat sikit habiskan makanan yang ada. I pulak kena jeling dengan suami ~_^

I pun beri signal pada si isteri yang sedang mendukung anak kecil tapi si suami pulak yang membalas sambil menuding jari mengatakan mereka dah 'reserved' meja di sebelah kami (meja suami-isteri yang seronok sangat menikmati makanan tanpa peduli orang menunggu). I pun menjelinglah kat meja sebelah. Oh, dua ekor ikan besar dah habis diratah,  tinggal tulang aje! Dah nak habislah tu...
 
Pun, bila si suami bangun (nak basuh tangan atau nak bayar tak pastilah), si isteri masih lagi duduk, menghabiskan saki-baki makanan yang ada. Oh, I don't mind kalau nak habiskan hidangan. Patut pun dilicinkan segalanya, jangan membazir! Tapi bila tengok cara mereka makan yang penuh slow motion sedangkan kiri-kanan, depan belakang pelanggan mencari meja untuk duduk, memanglah I tak faham.
 
Masa kami nak bangun, kedengaran pelayan bertanya sama ada mereka boleh kemaskan meja atau tidak. Perempuan tu menggangguk sambil slowly makan something. Cepat-cepat pelayan tu letak tanda 'reserved' atas meja. Pun dia masih tak bangun. Enak menghabiskan entah apa agaknya...
 
Ahhh... I memang tak faham!
 
Ya, memang betul ikut sukahatilah sebab kita yang bayar, kita yang makan. Tapi kenalah fikir juga tentang orang lain. Tempat makan macam ni bukan boleh berlama-lama. Tak salah menikmati makanan tapi kenalah ada sikap toleransi sikit. Orang dah ramai, apa salahnya habiskan saki-baki makanan tu cepat-cepat dan beransur pergi. Beri peluang pada orang lain nak makan juga...
 
Perkara macam ni bukan sekali dua I nampak. In fact, I sendiri pernah terkena. Kita ni berdirilah macam nak rak kat sebelah, mereka buat tak tahu aje. Boleh lagi tu berbual lepas habis makan... Nak tak nak, kenalah beredar cari tempat lain!
 
Dalam satu insiden lain yang pernah I saksikan di Aeon...
 
I sedang duduk menunggu my sister berhampiran mesin bayar parking, makanya sempatlah menyaksikan kerenah manusia...
 
Dua orang perempuan sedang menolak troli sambil buka bonet kereta. Bila satu driver ni nampak, dia pun teruslah beri isyarat nak park di situ. Perempuan ni keluar masukkan barang dalam bonet, dalam tempat duduk belakang dan I pastilah mereka boleh nampak 4WD tu sedang menunggu...
 
Lama ya aktiviti mereka ni memunggah barang. Boleh berhenti sekejap entah buat apa. Yang driver 4WD ni pun sabarlah menunggu. Kereta kat belakang yang tak perasan si driver ni dah beri isyarat, boleh pulak tunda di belakang. Maka, 'jem' lah sikit...
 
Masih lagi dua orang perempuan ni tak sudah-sudah memunggah barang dari troli ke dalam bonet dan tempat duduk belakang.
 
Berapa troli yang mereka ada?
 
Kalau I tak silap, satu aje!
 
Bila I nampak salah seorang daripada mereka tutup bonet, I pun lega! I bet begitu jugalah dengan si driver 4WD tu...
 
Tiba-tiba dua orang perempuan ni terus berjalan ke lif!
 
Ohh... tak habis shopping lagi rupanya! Mereka masuk balik nak sambung shopping I guess...
 
Dengan penuh kehampaan, si driver 4WD itu pun berlalu pergi...
 
Alamak! Awatlah tak nak beri isyarat beritahu siap-siap yang mereka bukan nak keluar pun dari parking lot tersebut! Kalau I lah, tak tahu dah berapa bakul sumpah-seranah nak terkeluar dek hasutan syaitan. Eh, salah syaitan lagi! Kahkahkah....
 
Sesetengah ragam manusia ni memang I tak faham sebenarnya tetapi betul juga ya - lain orang, memang lain sikapnya ^_^
 
 
 
 
 

Comments

  1. Salam MD,

    Sedang saya membaca peristiwa2 ni hati saya pulak yg membuak2 marah. Sbbnya saya pun pernah terkena macam tu.

    1) Langsung tak peduli keadaan sekeliling, leka dgn dunia dia saja. Boleh pulak anak2 dibiarkan, hai apa nak kata pun tak tahu. Kalau saya, tgk org dah penuh cepat2 nak beredar, kasi peluang org lain duduk. Di kenduri kahwin pun macam tu...takde lah nak berlama-lama.

    2) saya pernah bagi signal nak masuk parking sbb nampak ada org tu dah masuk kereta dan nak keluar. Boleh pulak dia dok bersembang di hp lama2. Eeeiii geram betullah saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam!

      Perkara macam ni memang kerap berlaku. Itulah, kalau kita jenis pemarah orangnya, memang hari-hari boleh jadi 'bengis' dengan situasi macam ni. Dahlah nak marah pun tak perlukan sebabkan!

      Saya tak boleh terimalah dua situasi ni. Kenalah bertoleransi sikit. Kasihan pihak yang menunggu. Yang buat perangai memanglah tak rasa apa. Cuba kalau diri sendiri yang kena, mahu angin juga dibuatnya!

      Delete
  2. ok marah yang cerita last pasal parking tu.. Patut keluar sekeh kepala sedap perempuan tu. Kami ni sejak ada anak.. memang jarang nak melenggang perut lepas makan tak kira la ada yang menunggu atau tak.. maybe sebelum ni anak kurang behave kat public buat kami laki bini selalu cepat2 makan.. even anak saya ada masalah ADD yang effect behavior dia suka bergerak tu tetap kami tak pernah lepas dia berlari sana sini ok! Kalau terpaksa makan bergilir gilir.. tetap kena duduk statik kat situ.. sekarang Alhamdulillah dah boleh duduk.. mak bapak dia boleh makan ala2 candle lite dinner katanya.. pun camtu sebab dah terbiasa lepas makan & angkat bontot.. jadi tak biasa bermalas malasan kat mana2 tempat makan hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak memang buat mukalah tanda tak puas hati!

      Sepatutnya kalau kita keluar makan dengan anak-anak, kenalah jaga anak-anak tu. Nak ke hulu ke hilir takpa, janji kita perhati dan jangan sampai mengganggu orang lain. Tak faham kadang-kadang bila ada ibubapa yang lepas tangan.

      Salah seorang anak mereka ni boleh pulak memanjat tepi nak tengok laut katanya. Dahlah papan tu Nampak macam tak teguh aje, kalau malang tak berbau bukan ke boleh terjatuh pulak nanti. Dah lain kisahnya!

      Akak pun jenis makan cepat-cepat. Takdanya nak sopan-santun sangat kalau berada di tempat tumpuan macam ni. Lagi orang berdiri di sebelah menunggu, lagilah kita yang jadi tak keruan nak cepat angkat punggung katanya!

      Delete
  3. Sakitnya jiwa jk berdepan situasi ini..

    Byk kali juga berlaku dpn mata terutama di tempat kenduri, jk bab2 makan n ada yg menunggu, x senang duduk, lagi2 jk ada yg memandang kita sdg mkn, kalau boleh nak cepat habiskan sisa2 mknn yg ada, jk x pn, bg laluan terus kpd mereka yg menunggu..

    Jnji perut beralas, alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Bila kita tengok orang menunggu dan orang dok tengok kita makan, memang tak selesa rasanya. Kalau boleh nak makan cepat-cepat dan beredar.

      Delete
  4. Bagusnya abang dengan adik sebab tak lasak dekat tempat tempat macam tu. Nani ni pun tak berkenan tengok kalau budak budak yang jenis tak duduk diam lepas tu mak bapak dia buat tak tahu je. Haih, paling paling tak pun tegur lah kan anak sendiri. Kita pulak yang rasa nak pergi sound dekat anak dia. Lagi lagi kalau masa dekat majlis yang ramai orang. Hahah!

    Betul kak, even kita bayar makan apa semua dekat situ tapi kalau dah tengok ramai orang mesti lah cepat cepat kan makan. Ini spesis takdek common sense. Hahah! Fikir diri dia je, kesian lah yang nak kena tunggu dia siap makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut mereka nak lasak nanti tak pasal-pasal suara Adele Mommynya terkeluar tau! Hahaha!

      Biasanya memang mereka tak reti nak ke hulu-hilir tanpa kebenaran. Adakala bagus sikap macam tu tapi ada masanya, terasa kasihan pulak kat anak-anak sebab tak bebas bermain ^_^

      Kan!Walaupun kita yang bayar harga makanan tu dan kita ada hak nak menikmati makanan yang kita bayar, kenalah toleransi sikit. Buat orang menunggu pun tak bagus juga...

      Delete
  5. betul tu MD kadang tengok dorang macam sengaja je makan lambat2 bila ada orang tengah tunggu meja, pada hal kita dah tunggu sebelah meje dorang tu, sudahnya ada la orang lain yang baik hati bagi duduk tempat dorang..huh patut bagi makan dengan tulang2 ikan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham tau. Kadang tu bila nampak aje ada orang menunggu, mulalah buat-buat lambat. Kalau takda orang, mungkin okey je - lepas makan terus bangun!

      Manusia ni pelbagai ragamkan. Kalau sama semua, takdalah timbul hasad dengki dan iri hati. Dunia pun tak indah gamaknya..

      Delete
  6. Tulah ragam manusia namanya, mcm org mcm2 ragamnya rynn, barulah meriah dunia katanya, kalo semua manusia baik,cam takde kalerla plak dunia ni. setan dah pencen letew, hewhew.
    Mmgla geram kekdahnya, cam nak sekeh je kepalanya, mcm nak maki hamun berbakul2 kan, tapi kalo buat camtu sapo agak eh yg monang.

    Penyelesaiannya, ermmmm...ontahle, sabo jelah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, KakG. Kalau tak bermacam ragam, tak meriah pulak duniakan. Tapi dah namanya manusia, memang tak larilah dari rasa panas hati, sakit hati dan iri hati semua ^_^ Siapa yang gembira sebab menang? Syaitan ler... ~_^

      Delete
  7. jenis yg fikir diri sendiri je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Pentingkan diri, langsung tak fikir tentang orang lain. Tapi yang pelik bila diri sendiri terkena, pandai juga marah!

      Delete
  8. aida pernah terkena sekali dgn parking. da abis la dipunggah brg masuk bonet. kita menunggu. dia dlm kereta sekeluarga. lama tak gerak kereta dia! kereta belakang da beratur panjang. tetiba ada plak kereta lain dari side kiri aida nak keluar, alhamdulillah.

    aida pun masuk la parking kosong tu. aida keluar kereta, MD tau apa kereta vengong td tgh buat???!!! si drebar tgh makan! drebar nyer pompuan. hadoi! menyirap betol darah aida...

    aida dok belakang kereta dia, sambil my asben uruskan anak2 keluar kereta. dok stare je si drebar dari cermin sisi dia. menggasak dia tgh makan. ada kereta lain tgh tunggu nak masuk parking ni. aida kuarkan phone. buat2 konon nak snap gambo dia.

    dia perasan kot aida tgh tgk dia. nak amik gambo dia. aida maintain berdiri aje. then trus dia kuar dari parking. memang dia tak boleh elak aida. dia terpaksa lalu tepi aida. aida buat2 amik gambo dia.

    biar dia tahu. alamak. aku bakal diviralkan!!!
    langsung takde perikemanusiaan. dlm mall tadi x makan ke? kat umah kang tak boleh makan ke? kat parking jugak ko nak melahap!

    ok sekian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakit jiwa raga kalau terkena pada diri sendiri. Saya ni kalau Nampak orang menunggu, kita yang lintang-pukang. Panik semacam nak cepat. Padahal ada aje orang lain yang buat tak kisah aje, kau nak tunggu, kau tunggu. Berapa lama aku tak tahu! Bolehkan gitu...

      Orang-orang macam ni tak tahulah apa yang mereka fikirkan. Adakah mereka fikir orang lain yang salah sebab tak sabar? Entahlah ya. Bukan mudah nak menyelami isi hati manusia nih...

      Delete
    2. yes. sgt betol.
      kita takot org lain lama menunggu,kan?
      cecepat la buat apa yg patot.

      Delete
    3. Tak selesa rasanya kalau ada orang menunggu kita. Boleh ke nak buat tak kisah aje? Orang yang berhati 'kental' je boleh buat tak tahu macam tu...

      Delete
  9. Hi MD! Your observation is correct. Some people are so selfish and langsung tak bertimbangrasa. I pun cannot understand their mentality. Tengok pun geram, right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most of us pernah kenakan, PH. Tak fahamlah sesetengah manusia ni, langsung takda sifat tolak-ansur. Asyik fikir diri sendiri aje. But then, bila sendiri yang kena pandai pulak marah!

      Delete
  10. Macam tu la manusia kan..
    Mudah2an kita dijauhkan dari perangai mcm tu..
    Stress pulak ira baca entry MD, geram dgn perangai org2 yg xde sikap prihatin. Penah je terkena mcm situasi yg MD cerita kan tu.. Mmg menguji kesabaran.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita yang tengok pun geram, yang melaluinya lagilah geramkan, Ira!

      Baik-baik kita tak stress memang boleh jadi stress kalau melalui situasi macam ni. Sesetengah manusia memang ada sikap pentingkan diri...

      Delete
  11. Dari sini kita boleh tahu perangai orang tu kan
    .
    Pentingkan diri sendiri
    .
    Memang suka suka hati sendiri. Tak fikir kan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah pentingkan diri sendiri, memanglah tak peduli orang lain. Yalah, kalau ditegur katanya itu hak dia. Tapi kita pun ada hak jugakan. Cuba kalau kena ke batang hidung sendiri, marah juga!

      Delete
  12. Lamanya menunggu MD, smpai 1 1/2 jam. Klo lya, aihh..pns montot tunggu lama2 sgt..mmg terlalu ramai k kat sini smpai lama mcm tu tgu..


    Adehhh.. Betullah, bila mkn tmpat awam n ramai org camni kena la tolenrasi..xleh lah nk buat mcm rmg sdri..kesian org y menunggu tu..

    Lya pom pling x gemar, klo parent jns biarkan ank berlari kesana kemari.. Mmg bdk, tp klo parents x tegur n biarkan jer, lg lah bebas.. Ptt kna fikir jgk psl privasi org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah Lya. Restoran makanan laut/ikan bakar macam ni sentiasa penuh. Masa menunggu pun bukan main lama. Baru-baru ni akak ke restoran lain pulak. Pun sama juga waktu menunggunya... Boleh tertidur kat meja makan tau!

      Tempat macam ni biasanya sesak. Kalau nak makan tu, kenalah secepat mungkin janji tak tercekik tulang ikan ^_^ Kasihankan orang lain yang menunggu. Bukan kita aje lapar. Bukan kita aje yang bayar duit nak makan.

      Delete
  13. Menunggu meja makan ni bukan ditempat restoran macam tu jer MD..
    Dimajlis kenduri kawin pun macam tu..
    Boleh lagi dok borak2 dah selesai makan tu..
    Ni terjadi masa CH gi kenduri hari ahad lepas..
    Tak peduli langsung orang duk menunggu sebelah sambil memegang pinggan makanan tu..
    Kita pulak naik lemas menengoknya..
    Sedangkan kita ni sedang makan..
    orang yg dok borak2 tu buat tak tahu jer..
    Sebaliknya en suami pulak ckp dengan anak..
    Jangan makan lambat2 orang tunggu nak makan..
    dah tahu habis makan bangun org lain nak makan pulak..
    Baru lah sekeluarga tu nak bangun.
    hihihi.. en suami dah bengang lah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, salah satu 'hotspot' ni majlis kenduri kahwinlah. Kalau saya memang tak sanggup nak makan sepuas-puasnya CH kalau ada yang menunggu meja dekat dengan kita. Rasa nak tercekik makanan tu nak dihabiskan bila ada orang menunggu tau. Tak fahamlah macamana pemikiran orang macam ni yang boleh buat tak tahu aje, macam tak nampak apa-apa!

      Hahaha!Kalau dah kena macam tu, mesti terasa hati jugakan. Masa buat orang tak fikir tapi bila terkena sindiran, tahu pun marah!

      Manusia, manusia... memang tak faham selalu!

      Delete
    2. ada gak citer nak share.
      kat wedding abg sedara.
      aida dtg. ramai. waktu kemuncak.
      ada la few anak dara & bujang teruna dok kat tepi meja.
      ngadap area pelamin. berborak.
      abis la sederet kerusi di amik nyer.
      aida busy carik kan mak abah seat.
      org tua. x bleh berdiri.
      kita ni kekurangan seat, ko beralihlah berborak tempat lain.
      org lain nak makan.
      terpaksa la aida perli cara sopan.
      toleh toleh, da hilang diorang.
      ramai org lain dpt seat and makan dgn aman...

      Delete
    3. Waktu kemuncak tu lagilah kita kena lebih bertolak-ansur. Lepas makan, bangun. Jangan dok berlama-lama nak berborak ke apa. Carilah port lain untuk berborak sahaja.

      Sebab itulah kalau ke majlis kahwin, saya lebih suka pergi waktu orang tak ramai lagi tapi majlis dah pun bermulalah ^_^ Kalau masa sesak tu, memang menuntut kesabaran betul!

      Delete
  14. Macam2 perangai manusia ni kan....Macam takde perasaan je.Buat macam kat rumah sendiri je berlengah2 ,tak kisah kan anak2 tu satu hal.Kalau akak pun kesian pada yang menunggu...kalau kita ditempatkan mereka,tahu lah....
    Part parking tu pun geram juga akak baca....sakit nya hati ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kita nampak macam mereka takda perasaan tapi saya pastilah, kalau sendiri yang terkena, tahu juga macamana rasa marah!

      Saya memang tak selesalah kalau dah ada orang menunggu berhampiran. Rasa nak cepat habis aje. Tak selesa kalau orang dok perhati kita tengah makan!

      Delete
  15. Namanya manusia Kak Ton ....ada yg beradab sopan ada yg tak tahu adab langsung. Kita rasa mmg mereka patut buat mcm tu, tp masalahnya org tu tak rasa gitu. Itulah masalahnya manusia ni.

    Tu mmg jenis family slowmotion tu kot. Bergusti pun mesti slowmotion jugak tu. Ah lambatnya habis haha....lenguh kaki haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persepsi masing-masing berbeza. Mungkin dia tak rasa yang dia kurang beradab tapi kita yang jadi saksi ni rasa sebaliknya. Mungkin juga ada masa-masanya bila kita buat sesuatu, orang lain rasa kita sendiri kurang adab tapi kita tak sedar. Tapi bagi sayalah, kalau semua setuju dengan scenario sebegini boleh dianggap kurang beradab, memang kurang adablahkan!

      Tak faham kalau slow motion sangat macam ni tau. Rimas saya!

      Delete
  16. Namanya ragam manusia takda adab ni memang pentingkan diri MD..sy yg membaca ni pun naik angin jadinya.hahaha

    Pantang betul sy klu jenis mkn slow motion..jenis yg lmbt habiskan saki baki tu..klu aiman kt rumah buat camtu walaupun takda org yg menunggu kan..dh kena marah ngan saya.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita yang kena, memang mahu tak naik angin, PK! Tapi yalah, si pembuat tak rasa apalah. Pelik aje tengok orang dok perhati. Tak faham perangai manusia ni sepenuhnya, ya tak?

      Saya sama ada ada anak kecil ke tidak, tetap tak reti nak berslow motion ni. Naik rimas dibuatnya. Nak buat apa, kena cepat dan cekap. Habis cerita!

      Delete

Post a Comment