Salam kawan-kawan!
Malas rasanya nak bekerja lepas cuti umum macam ni... Nasib baiklah dah takda lagi cuti umum dalam masa terdekat. Kalau tidak, rasa macam nak ambil cuti tahunan aje setiap kali ada cuti umum. Lama sikit dapat 'berlemak-lemak' di samping keluarga ^_^
JJCM kali ni masih segar dalam ingatan ya sebabnya kejadian baru berlaku semalam. Terima kasih kepada cik ahkak ni - Adianiez kerana telah 'memperkenalkan' restoran untuk kali ini - Restoran Lobster Garden ^_^
Setelah puas mengukur jalan tiga beranak semalam memang takdalah adegan masak- memasak di dapur rumah sendiri. Yang sempat untuk sarapan pagi aje, lepas tu kami dah keluar berjalan. Jangan ditanya mengapa bertiga aje kerana kenalah buat entri lain pulak untuk aktiviti melenjan tanpa HD ni. Kalau semua nak dimuatkan dalam satu entri, memang jenuhlah you all nak membaca my nukilan ^_^
Sebenarnya ada banyak JJCM yang dah lekang dek masa kerana kemalasan I untuk mengupload dan watermark gambar yang ada. Tapi entah kenapa pagi ni tetiba rajin pulak nak upload dan watermark gambar dalam kereta (sebelum tertidur menunggu pintu pejabat dibuka). Itu pun mana dapatlah ya. Dan, yang paling sadis sekali, dah siap entri ni digarap tetiba tertinggal satu gambar. Bila I upload guna smartphone, habis hilang seluruh entri yang dah siap tadi! Makanya terpaksalah I mengarang ngomelan untuk hari ni semula...
Asal cerita kami nak ke restoran Arab berhampiran rumah, Restoran Sawarabina (eh, betul ke nama restoran ni?) Siapa yang dah pernah cuba, sila angkat tangan! Kalau sedap, habaq mai ler... Bolehlah kami menjejak kaki di sini pulak...
Dalam pada nak ke restoran Arab, tiba-tiba dah separuh perjalanan boleh pulak bertukar arah! Biasalah tu... Makanya tau-tau tiba-tiba dah sampai di Sg Ramal, Kajang ^_^ Macam kena pukau aje kekdahnya. Hahaha!
Kami sampai di sini lebih kurang pukul 8 malam lebih sikit. Pelanggan pun tak ramai. Kalau sampai awal, bolehlah pilih nak duduk di celah mana. Ada tempat duduk empuk, kerusi keras dan juga boleh pilih untuk duduk bersila.
Kami taklah duduk bersila kerana kebetulan pulak lokasinya berhampiran dengan tandas. Oh, tak mungkinlah! Tak nak! Maka kami pun masuk ke dalam...
JJCM kali ni masih segar dalam ingatan ya sebabnya kejadian baru berlaku semalam. Terima kasih kepada cik ahkak ni - Adianiez kerana telah 'memperkenalkan' restoran untuk kali ini - Restoran Lobster Garden ^_^
Setelah puas mengukur jalan tiga beranak semalam memang takdalah adegan masak- memasak di dapur rumah sendiri. Yang sempat untuk sarapan pagi aje, lepas tu kami dah keluar berjalan. Jangan ditanya mengapa bertiga aje kerana kenalah buat entri lain pulak untuk aktiviti melenjan tanpa HD ni. Kalau semua nak dimuatkan dalam satu entri, memang jenuhlah you all nak membaca my nukilan ^_^
Sebenarnya ada banyak JJCM yang dah lekang dek masa kerana kemalasan I untuk mengupload dan watermark gambar yang ada. Tapi entah kenapa pagi ni tetiba rajin pulak nak upload dan watermark gambar dalam kereta (sebelum tertidur menunggu pintu pejabat dibuka). Itu pun mana dapatlah ya. Dan, yang paling sadis sekali, dah siap entri ni digarap tetiba tertinggal satu gambar. Bila I upload guna smartphone, habis hilang seluruh entri yang dah siap tadi! Makanya terpaksalah I mengarang ngomelan untuk hari ni semula...
Asal cerita kami nak ke restoran Arab berhampiran rumah, Restoran Sawarabina (eh, betul ke nama restoran ni?) Siapa yang dah pernah cuba, sila angkat tangan! Kalau sedap, habaq mai ler... Bolehlah kami menjejak kaki di sini pulak...
Dalam pada nak ke restoran Arab, tiba-tiba dah separuh perjalanan boleh pulak bertukar arah! Biasalah tu... Makanya tau-tau tiba-tiba dah sampai di Sg Ramal, Kajang ^_^ Macam kena pukau aje kekdahnya. Hahaha!
Kami sampai di sini lebih kurang pukul 8 malam lebih sikit. Pelanggan pun tak ramai. Kalau sampai awal, bolehlah pilih nak duduk di celah mana. Ada tempat duduk empuk, kerusi keras dan juga boleh pilih untuk duduk bersila.
Kami taklah duduk bersila kerana kebetulan pulak lokasinya berhampiran dengan tandas. Oh, tak mungkinlah! Tak nak! Maka kami pun masuk ke dalam...
Sampai di dalam, kami mulanya pilih untuk duduk di kerusi empuk. Oh, sekali lagi tak jadi sebab berhampiran dengan dapur. Walaupun restoran nampak bersih dan nyaman aje mata memandang, lokasi yang ini malap sikit. Tak kuasalah nak bercandle light dinner bila anak-anak ada bersama. Mahu hiruk-pikuk nanti terutama I lah!
Lepas dapat menu, pensel dan kertas untuk membuat pesanan, kami tukar tempat duduk lagi ^_^ Kali ni duduk di bawah kipas, berhampiran dengan jalan. Sejuk sikit terasa dan terang lagi. Barulah keinginan untuk makan malam memberontak ^_^
Dah katanya tadi nak makan di restoran Arab berhampiran rumah aje, maka my superheroes pun keluar rumah dengan pakaian seadanya. Masing-masing bila kata nak keluar makan, malas nak tukar pakaian. Okeylah, pakai selipar pun seliparlah! Nak makan aje pun, bukan nak pergi IKEA, MyTown mahu pun Sunway Velocity (Wootwootwoot! Banyaknya shopping malls berhampiran... ^_^)
Asal kejadian, I nak cuba shell out di sini. Nampak tak betapa ketinggalannya I ni. Bukan apa, HD dan anak-anak tak makan seafood. Kalau nak makan seafood, memanglah I sorang-sorang aje yang syok sendiri! Lain kalilah bila ada peluang, kita cuba...
Kami ni bila kali pertama mencuba makan di restoran baru, memang akan memesan menu yang biasa dinikmati sekeluarga. Kalau sedap bangat, lain kali kita boleh ulang-tayang adegan di restoran yang sama ~_^
Maka kami pun orderlah menu di bawah...
Ayam Goreng Kunyit kegemaran my superheroes especially Bubbly Abang. Licin dikerjakan mereka berdua manakala saki-baki sayuran diuruskan oleh HD. Harganya RM9.00
|
Kami order 4 pinggan nasi putih yang didatangkan dengan ulam dan sambal belacan. Apa yang best, sambal belacannya 'menyengat'. Habis sambal belacan anak-anak, I yang tibai semuanya ^_^ Selain tu kami ada juga order sate ayam, konon-konon untuk 'dessert' lah. Kahkahkah!
Kesimpulannya, portion makanan di sini agak besar dan kenyanglah untuk the whole night menanti breakfast esok pagi ^_^ Dari segi rasa pun tak mengecewakan. Boleh datang lagi untuk menikmati hidangan yang lain. Pilihan menu pun banyak sebenarnya; ada western food dan juga makanan bergoreng. Nasib baiklah masa order makanan tu I boleh terlupakan menu ikan! Bila tengok meja sebelah order ikan sweet sour ke entah apa, barulah teringat! Mujurlah kami dah separuh jalan, dah hampir kenyang. Kalau tidak, mahu nak order lagi ^_^
Selesai makan, kami pun segeralah pulang ke rumah semula. Time to sleep ^_^
Lain kalilah kita datang lagi untuk menikmati hidangan yang lain...
apa yg saya dapat simpulkan kat sini, mummy mereka lah yg paling byk lauknya. anak2 makan ayam, HD nya mkn sayur...hehehe, selain sate lah ya ^_^
ReplyDeleteHahaha! Janganlah buat kesimpulan macam tu. Nampak sangat saya yang ikut nafsu masa mengorder makanan ^_^
DeleteYang sebenarnya kami selalu order tomyam ayam sebab anak-anak dan suami tak makan seafood. Tapi dek mata ni tak nampak pun tomyam ayam dan tak request pun, maka kita orderlah tomyam seafood dengan harapan adalah isi ayam 'berlingkar' dalam kuah tomyam tu nanti. Dek kerana takda, memang sayalah 'mangsa' kena perabiskan isi tomyam tu. Mangsa tau ^_^
Murah lah tu ..
ReplyDeleteLala tu dah siap masak RM9.00.
Kat sini belum masak dan RM10.00 ,500 gram
Tengok macam sedap ajer ..
Pastu banyak pulak kan..
Harganya not badlah, CH. Lebih kurang aje dengan mana-mana restoran yang ada. Portion pun besar. Saya ingat sepinggal kecil aje, itu yang penuh konfiden order lala masak pedas untuk merasalah kononnya.. ^_^ Sekali datang, banyak jugalah. Jenuh juga saya nak bantai habis ^_^
Deletetertarik dgn lala masak pedas.
Deletefeveret aida tu.
aida plak and famili memang hantu seafood.
best nyer...
Saya pun suka lala - sama ada di masak lemak cili padi atau pun masak pedas macam ni. Saya ni kalau ada geng makan-makan seafood, memang tak tolaklah kalau diajak, Aida. Nasib baik takda geng! Hahaha!
DeleteWah MD,puas lah makan seafood ... lala tu semangkuk,banyak tu.Kalau akak buat ratah je baru boleh abis.
ReplyDeleteBanyak juga, kak. Nasi dah habis tapi lala tak habis lagi. Terpaksalah saya ratah. Sepinggan tu habis licin saya ratah. Kira hebatlah muntahkedarahkan. Hahaha!
DeleteKesimpulannya,????? arghhhhhh xyah le nak simpul2 UA oiiiiiiii..
ReplyDeleteSepatah kata, nampak sedap..
Ni dah kenapa, UA? Puasa eh hari ni? Hahaha!
DeleteTak yah nak simpul-simpul tali lagi. Dengar aje cakap tuan punya entri ^_^
Wah... Orang jauh dah sampai. Orang yang dok dekat situ tak sampai lagi. Memang dekat dengan rumah iolls ni MD. Lalu jer tapi tak ada rasa nak menyinggah. Lepas ni bolehlah try.
ReplyDeleteKalau suka masak salai, ada medan selera adikku kat area situ jugak. Memang thorbaik masak salai dia.
Biasalah tu, Fiza. Kalau dekat, memang tak terbau sedapnya. Kalau jauh tu yang beria-ia memujuk nak pergi ^_^ Banyak hari juga tau saya nak ke sini, asyik plan terbatal. Tapi malam semalam tu bila yang memandu kereta kata okay, dekat je, tak jauh mana, kita pun apalagi! Jomlah kita makan-makan kat sini! Rasa sayalah bertahun lamanya tak jejak kawasan ni, sejak habis belajar ^_^
Deletemendidih oiii perut saya ni MD tengok lauk2 tu, terus terbayang lala untuk berbuka petang nanti, tapi lala takde dekat rumah hahaha.
ReplyDeletesedaplah tu ya sebab nak buat sesi ulangan nanti, MD sorang je yang makan seafood HD & anak2 tak makan ye hai seronoklah bolot sorang2 lala tu kan, kalau saya dah joget2 tak perlu berkongsi hahaha
Alamak! Sowiiii ^_^ Puasa eh? Kalau ada lala kat rumah, dah tentu ada kejadian lala masak pedas tak pun masak lemakkan, AA ^_^ Orang rajin bila tengok aje makanan teruslah nak buat. Bukan macam saya ni, tengok makanan terus nak beli! Hahaha!
DeleteRasanya memang nak buat sesi ulangan tapi itulah, bulan puasa pun dah nak dekat. Tak danlah kalau nak buat ulangan dalam masa terdekat ni. Banyak lagi ni kedai makan menanti kami datang. Hahaha!
Makan kalau tak berebut tak cukup, tak syoklah, AA. Tapi kalau berlaku adegan tak cukup tu, memang sayalah yang mengalah. Lepas tu saya membebel semua orang tak ingatkan saya, tak utamakan saya sebagai emak/isteri. Nampak tak propanya saya ni kat situ? Hehehehe...
Jangan kao goda aku dgn lauk2 mu itu, aku tak tergoda, yg kubayangkan saat ni hanya sirap bandung laici penghilang haus berbuka nnt.
ReplyDeleteKitorg pun kalo keluar mkn idokle nk makei proper bebeno, asal yg tersarung kt badan tu idok selekeh sangat jadi je.
Eh, sbl lupo, selamat menyambut Ramadhan yg bakal tiba
Tu, tu, dalam sirap bandung tu ada laicilah tu, KakG. Hahaha!
DeleteOkaylah, sowii lagi! Ramai ya yang puasa hari ni. Lupa pulak! Tapikan KakG bila baca komen ni nampak sangat macam dah merangkak bebenor alahai letih berpuasa ya. Nape? Anak murid buat hal kelakar lagi ke sampai kering gusi gelak terus haus ni?
Amboi, ada dua minggu lagilah nak puasa! Awat cepat sangat ni wish?
kan? sambal belacan nyer best!
ReplyDeleteBetullah, sambal belacannya sedap. Nak kata pedas memijar tu tidaklah juga tapi habis tiga bekas sambal belacan tu saya yang cilok!
Deletesedapnya la.. tempat pun selesa
ReplyDeleteTempat memang bersih dan selesa, Raihanah. Rasa makanan pun sedap. Cumanya kalau beli sate tu terkejut jugalah. Sate ayamnya RM1 sebatang tapi cuma ada tiga ketul aje, kecil-kecil. Cuma itu aje tak puas hati. Tapi ada banyak menu lain boleh order!
DeleteHish....apasal mak tak tau pasal restoren ni?.... Ini yg mak tak suka ni..... Belah mana ni Kak Ton?
ReplyDeleteAnak beranak kita mmg pakai selipar je kak Ton. Pergilah celah mana pun. Dah besar besar ni bukan boleh kita paksa paksa, ikut suka dia je. Gasaklah...
Nama restoren bukan main gempak....jauh jauh datang tu tak order Lobster ke?
Kat Sg Ramal dalamlah, Mak. Restoran ni baru dibuka sejak akhir 2016. Kak Ton pun tahu dari entri Aida.
DeleteKak Ton tak pulak nampak lobster sebab menunya kecil betullah. Nak order kena pakai spekmata!
By the way, Kak Ton dah singgah sini 2x ya, Mak ^_^
Oh...MD, I feel so hungry now! I am on diet (again) and I look at the food you ate, I am very tempted to go crazy and eat whatever I like!
ReplyDeleteAre you sure you are on diet? When I 'come over' your place, all are about food only... Hahaha!
DeleteNot bad the taste of food here. If it is nearby, you should give it a try too ~_^
Sedaaapnya tomyam! Nani kalau tomyam suka jugak hirup kuah tu. Hahah!
ReplyDeleteSuami akak yang suka sangat menghirup tomyam. Buat masa ni tomyam di Pormthip yang jadi pilihan hati. Kami kalau kali pertama makan di tempat baru, memang pilih tomyam dan nasi putihlah. Memang tak lari jauh menu!
DeleteHaiyo, memang x best kalau duduk dekat tandas or dapur. Satu sebab busuk, satu lagi sebab panas. Akak sorang je ke makan seafood n makanan pedas? Jadi sawan lala kalau saya. Pastu menggaru. Haha
ReplyDeleteKan! Kalau nak makan, memang dijauhkan tempat yang macam ni. Hilang selera nanti. Baik-baik makanan tu sedap, boleh pulak review benda lain. Kan lari tajuk. Hahaha!
DeleteAkak no problem makan seafood ni. Ketam, lala dan udang memang favourite. Tapi itulah nak kena jaga tekanan darah. Maklumlah dah tua katanya!
Yang lain boleh makan pedas jugalah tapi ada level masing-masing. Si kecil tu pun boleh tahan pedas tapi air sebotol dibantainya ^_^
Minggu ni memang sy puasa..nasib baca entry diawal pagi..kli tak tobat kakton kena kecam.hahaha
ReplyDeleteSedap2 nampak menunya..sy sejak2 ada anak kecik ni memang cuti sekejap makan luar.hehe
Hahaha! Nasib baiklah puasa ya tapi nasib tak baiknya minggu ini pulak saya cerita pasal makan-makan ^_^
DeleteBetullah PK, kalau ada anak kecil memang malas nak makan di luar. Saya dulu masa anak kecil, sopan aje duduk di rumah. Tak rajin melenjan tau. Hahaha!