Wednesday, May 24, 2017

JJCM : Medan Ikan Bakar Pantai Jeram & Restoran Terapung HM Sri Bagan

Salam kawan-kawan!
 
Hai, I dah penat ni meng'watermark' gambar yang ada. Tak sanggup nak letak gambar banyak-banyak sebab menggunakan smartphone. Naik juling mata rasanya ditambah dengan kerabunan yang ada walaupun berspek mata!
 
Gambar JJCM memang penuh dalam smartphone tu, nak transfer pun belum menyempat-nyempat lagi. Ni nak kena clearkan sebab bulan Ramadhan pun dah just around the corner. Bulan puasa takdalah nak bercerita tentang JJCM kan. Bab iftar di luar tu entahlah tahun ni tak pasti macamana. Korum macam tak cukup je...
 
Maka kali ini kita gabungkan dua tempat ni menjadi satu walaupun masa ke kedua-dua tempat ni dah quite lama berlalu ~_^
 
Adalah satu hujung minggu tu kami tak tahu nak ke mana tapi tetap juga nak keluar rumah. Bersiap keluar pun selepas Zohor. Bila masuk kereta, start enjin barulah HD tanya ke mana kita sekeluarga nak pergi ^_^
 
Ingatnya nak ke Sekinchan, nak tengok sawah padi. Dah lama plan nak suruh anak-anak selfie lompat katak di bendang katanya tapi sampai ke hari ni plan tetap tinggal plan. Tak lama lagi sawah dah berubah warna rasanya...
 
Kali yang itu pun terpaksa batalkan rancangan nak ke Sekinchan sebab dah petang dan masa itu pun setiap petang selalu aje hujan lebat. Buatnya sampai ke sana hujan lebat dengan petir sambar-menyambar, nak selfie lompat katak apanya!
 
Jadi, kita ke MidValleylah dulu. Bangun tidur dah lewat; sarapan tidak, brunch tidak, lunch pun tidak lagi. So kesian kat anak-anak dapat emak yang satu begini. So kita carilah late lunch di MV dulu...
 
Waktu tengah late lunch tulah tetiba dok tanya HD nak tak kalau try pergi Ikan Bakar Pantai Jeram tu ^_^ HD lah punya salah sebab buka cerita tentang ikan bakar. Teringin katanya nak makan pari bakar. I ni kan isteri yang prihatin. Walaupun I tak masakkan, tetap juga kasihan kat suami. Maka, jalan paling mudah jomlah kita pergi makan ikan bakar. Takda pari, ikan lain pun kita 'bako' ajelah!
 
Keluar dari MV dalam hujan lebat, kami menuju ke Jeram ^_^
 
Kalau dah mahu tu, hujan tak hujan tetap juga tak peduli. Kalau driver tak kisah, kenapa pulak front passenger @ I nak kisahkan...  Terjah ajelah!
 
Eh, dah satu mukasurat intro aje yerk ^_^
 
So, ke Medan Ikan Bakar Pantai Jeramlah kami empat beranak...



Menunggu makanan sampai dari sebelum masuk Maghrib sampailah nak masuk Isyak. Hebat ke tak hebat penangan makan kat restoran ikan bakar ni.
Sampai aje di sini, macam biasa memang tugasan I lah yang memilih makanan. Macam selalu juga, kami takdalah order sampai penuh meja sebab makannya empat beranak aje, tolak Adik Cute yang diet memanjang tu, memang lagilah tak boleh order banyak-banyak.
 
Macam I selalu kata, kalau kali pertama singgah makan di restoran memang kami akan order makanan 'ruji'. HD memang tak lari dari tomyam ayam. Bubbly Abang pulak memanglah tak jauh dari ayam goreng kunyitnya. Apa motif nak pergi jauh-jauh macam ni kalau sekadar nak makan menu yang sama, I pun tak pasti ^_^
 
Ini aje yang kami order tapi ada ikan siakap masak sweet sour yang lambat sampai, makanya tiadalah dalam gambar ya! Total kos makan malam tu kalau tak silap I lah sebanyak RM101.50. RM0.50 pun I tak larat nak minta diskaun. I memanglah macam ni, payah betul nak bargain-bargain nih!
 
 
Kalau ikutkan review yang I baca banyak betul komen negatif - makanan tak sedap, harga mahal dan servis lambat! Bab makanan tu bergantung pada citarasa anak tekak masing-masinglah. Mungkin pada orang ni tak sedap, tapi pada orang tu sedap sangat.
 
Bab servis tu memang kena fahamlah. Tak pernah sekali pun I pergi makan ke restoran ikan bakar macam ni yang tak perlu menunggu lama. Biasanya pun memang kena menunggu mahu-mahu satu jam. So, itu kita boleh maafkan. Kalau takda orang tapi servis lambat daripada kura-kura, itu bolehlah kita balun kawkaw dalam blog ^_^
 
Jadi, apa rasanya?
 
Pada anak tekak I nikan, tidaklah mengecewakan sangat ikan siakap sweet sournya tu. Sotong tepung tu adalah sedikit masin tapi masih bisa ditelan hingga habis ^_^  Yang lain-lain tu biasa aje. Lepas makan dan nak balik ke KL, HD tanya macamana... Mungkinkah kita akan datang lagi dan lagi sebab kesedapannya sehingga terbawa mimpi? I kata cukuplah sekali. Lepas setahun dua, boleh datang lagi ^_^ Janji dah pernah pergi dan merasa...
 
Trip yang ini pulak sebenarnya berlaku lebih awal daripada trip di atas ^_^  
 
Pun sama juga kekdahnya tak tahu nak makan di mana tiba-tiba dah sampai ke sini ^_^ Tapi I  tak berapa ingat sudah ke mana kami pada mulanya sebelum ke sini. Mungkinlah sibuk dengan sawah padi di Sekinchan tu tetiba tukar haluan sekali lagi ~_^
 
 
Kisah di sinilah yang menghasilkan entri yang ini  *_*
 
Kami sampai di Restoran Terapung HM Sri Bagan ni agak awal juga. Nasib baiklah masa tu tak begitu berkerumun pelanggan. Masih boleh pilih nak duduk di mana. Lepas dapat tempat duduk, teruslah I beratur nak pilih ikan dan seafood.
 
Menu macam biasa sama aje. Paling-paling pun extra seafood sepinggan. Dah sedia maklumkan my family tak makan seafood, makanya memang tugas hakiki I lah untuk balun semua ^_^ A big NO-NO kalau nak order beraneka seafood ya. Mahu balik naik ambulans nanti ~_^
 
Berapa lama kami kena menunggu?
 
Tengok ajelah muka Adik Cute, bertambah letihnya dia menanti makanan tiba sampaikan hilang lapar dan nak ajak balik aje kerjanya. Lain kali katanya jangan pergi tempat macam ni, nak makan pun kena tunggu lama! Yalah, I kata. Tapi selepas tu kami pergi lagi ^_^
 
 
 
 
Dalam pada menunggu, boleh pulak elektrik tetiba takda. 10-15 minit jugalah duduk dalam kegelapan. Nasib baik masa tu makanan tak sampai lagi. Tapi dok risau jugalah fikir macamanalah tukang masak nak masak dalam gelap ni. Ish, tak sanggup nak bayangkan yang bukan-bukan ^_^
 
 
Bila makanan sampai, jomlah kita makan...
 
 
Oh, itu tangan Ngah ya! Yalah... Ngah ikut serta trip yang ini ~_^
 


Again, ikan siakap tiga rasa tak masuk dalam gambar sebab lambat sampai. Itu pun nasib baik juga sampai sebelum lauk-pauk yang lain dah licin.

Apa rasanya?
 
For me, nak kata sedap sangat tu tidaklah. Nak kata tak sedap tu pun tidak juga. Berbaloilah dengan harga. Takdalah mahal mana sebab kami tak order seafood beraneka gitu ^_^ Kalau tidak, mahu peluh sejuk juga keluar duit sekali makankan!
 
Itulah aje kisahnya Jalan-Jalan Cari Makan di dua restoran ni. I sudahi dengan gambar ini pulak... memang tak ingat kat mana tau ^_^ Gambar makanannya pun tak tahu yang mana. Hahaha!
 
 


P.S. Tahu apa jadi dengan projek tanam pokok Bubbly Abang? Semalam dah selamat diberi markah oleh gurunya tapi masih tak tahu berapa dapat ^_^ Pagi semalam my colleague yang beri pokok tu tanya sama ada I siram tak pokok tu. Selamba I jawab, 'Oh, I letak bawah aircond semalaman!' Duh! Pening kepala my friend memikirkan betapa hebatnya 'petani moden' yang ini ^_^ By the way, by yesterday evening, pokok tu dah layu ke arah barat daya. Hahaha!
 
P.S. Malas eh nak adjust gambar yang ada dalam entri ni. Biarlah terkeluar gitu, janji boleh tengok ^_^
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

24 comments:

  1. kedua-dua tempat itu juga saya pernah pergi, ye lah kan ikut tekak masing2 kadang kita rasa sedap orang lain rasa tak sedap gitu la kekdahnya, tapi bagi saya dua2nya pun oklah sebab saya tak tahu istilah sedap sangat tu macam mana, asalkan cukup rasa masam manis masinnya kita sedap dah bagi saya. harga pun kira ok oklah.

    apa MD letak bawah aircon je pokoknya?? aduhhh gi mana tu ya, memang moden sungguh petaninya ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat pekena macam-macam aneka seafood rasanya boleh juga saya review dengan lebih baik. Tapi dah kita pun tak order seafood beraneka, macamana nak kata ya...

      Bab ikan tu sedaplah. Bab tomyam biasa-biasa aje rasanya. Jauh lagi baik daripada ni pun boleh dapat di KL ^_^

      Habis tu nak letak kat mana? Kalau saya rasa panas, tentulah pokok tu pun panas jugakan, AA. Itu pasallah saya letak bawah aircond, bagi sejuk sikit ^_^

      Delete
  2. sedap2 semua saya tak berkesempatan lagi ke bagan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas puasa nanti bolehlah terjah, Raihanah. Sesekali pekena seafood takpa jangan selalu ^_^

      Delete
  3. Ikan bakar jeram tu CH pernah pergi mkn..
    Adalah 2 3 kali kot..
    Sebab keluarga CH penggemar seafood..
    Mmg penuhla meja..
    Lambat jgn ckp..
    Puaslah budak2 ni selfie sana sini 😆

    Yg Bagan tu tak pernah pegi...

    Jap jap jap
    Nak gelak guling2 ni 😂😂😂😂😂
    Apa motif letak pokok tu bawah aircond...
    Bukan ada keluarkan air pun..
    Kalau letak bawah cucur atap ada juga dpt air hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya kalau ke sini kenalah makan ikan bakar, seafood segala bagai. Saya memang nak pun, terliur tengok ketam, sotong, lala, kupang, udang tu semua tapi apakan daya, siapa yang nak join melantak?

      Saya rasa kalau ikutkan rasa ikan tu, sedap lagi Jeram tapi entahlah lain orang, lain citarasa. Ni saya nak cuba Aroma Ikan Bakar pulak walaupun hamper semua review begitu mengecewakan. Hihihi!

      Eh, mana CH tahu bawah aircond takda air? Manalah tahu ada percik-percik air gitu ^_^ Kata nak suruh pokok tu sejuk, saya bagilah aircond sikit. Kawan sayalah salah sebab tak pesan a) suruh siram pokok b) jangan letak direct bawah matahari c) jangan letak bawah aircond.

      Hahaha!

      Delete
  4. Jeram? Sekinchan? Terapung apung? Apa ni? Adoiyaiii....kang mak teringin kang susah tau!! Pak Jilap marah kang. Asal kawan blog dia ckp sedap, dan dan tu jugak nak cuba...

    Entahlah Kak Ton, mak rasa kalau makan ikan bakar tu, eloklah pergi umbai, service pun cepat. Makanan pun rasanya tak mengecewakan. Malas dah nak cuba area sini sini tak pasal kena marah dengan Pak Jilap kang sebab lambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak akanlah Mak tak tahu pasal dua tempat ikan bakar ni! Famous amos glamourous tu, Mak! Kalau setakat nak selpie lompat katak kat restoran terapung tu elok sangat Kak Ton rasa tau! Tapi hati-hatilah jangan jadi bahan lawak pelanggan lain - manalah tahu tengah selpie melompat tetiba terus berendam di lautan dalam katanya...

      Kak Ton dah pergi Parameswara tu, Mak. Eh, takda cerita dalam blog ke? Lupa dah! Kak Ton tak berapa suka tapi yang satu lagi tu, memang bestlah sebab orang tak ramai dan rasa pun boleh tahan juga.

      Delete
  5. Untung kita disinikan, macam2 pilihan makanan ada..

    Urmmm bab menunggu tu mmg x sanggup rasanya, dari lapar terus kenyang sblm sempat menjamah makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam pilihan ada UA lepas tu kita membazir pun tak sedarkan... Kasihan pada mereka yang nak dapat makanan ruji sehari sekali pun payah!

      Suami saya memang tak suka bab-bab menunggu ni tapi bila moodnya baik, okaylah... dapatlah merasa makan di tempat yang jadi tumpuan ramai orang macam ni!

      Delete
  6. teringin nak ke sekinchan. ada sorang member fb, org sekinchan.
    always la post gambo sekinchan yg ohsem tu.
    few days ago kan sultan selangor mencemar dulu utk rasmikan apa ntah kat sekinchan tu.
    memang marveles lah view nyer...

    area selangor sebelah situ memang terkenal dgn seafood kan MD?
    adik aida selalu ke sana makan2. umah dia kat kjg, dekat aje.
    aida? x pernah lagi gi. jauh bebeno.

    standard la kedai makan memana pun. kat melaka pun gitu.
    lambat. kena faham. kena tolak ansur.
    kang kalu cepat, tak sedap, marah la kita plak kan :) hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya yang selalu baca ni pun rasa macam best aje tau. Ingatnyalah nak juga selpie lompat katak kat situ tau! Tapi anak-anaklah yang kena paksa, saya tidak ^_^

      Banyak tempat makan di sini tapi yalah, kalau tak sungguh memang malas nak pergi. Kira macam jauh jugalah dari KL. Nak makan pukul 6 kena gerak pukul 4 dan balik nanti dah dekat 10 malam! Ooi alahai...

      Kalau orang ramai dan lambat, kita faham. Tapi kalau takda orang tapi lambat, memang betul-betul tak faham!

      Delete
  7. Kannn kak. Kalau pergi tempat ikan bakar macam tu memang lah lama sikit kena tunggu menu sampai. Mana mana tempat pun macam tu. Terliur pulak tengok macam macam macam makanan tu. Hahah!

    Amboi, modern sangat ni pokok duduk bawah aircond. Hahah! Ok lah tu asalkan cikgu dah bagi markah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Nani. Kena banyak-banyak bersabar, urut dada sentiasa. Nak beratur pilih seafood pun dah makan masa inikan pulak nak tunggu semua siap masak. Kadang tunggu air sampai pun makan masa! Kenalah bersabar ya!

      Habis tu, kalau tak duduk bawah aircond, panaslah pokok tu nanti Nani. Dahlah cuaca sekarang panas ^_^

      Delete
  8. Wow, MD! Makan sedap2 again, ah? Fasting is coming very, very soon. So makan puas2 dulu, right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi nak dekat Ramadhan, lagilah macam-macam anak tekak ni nak PH. Dah macam ibu mengandung - mengidam 24-7 padahal baby fats yang 5,6 tahun lepas pun tak habis lagi dimusnahkan. Hahaha!

      Delete
  9. saya kalau setakat suruh tunggu takpe lagi, jangan kena beratur berjam-jam demi nak makan. tu x suka. dari cara review MD, dua restoran ni kira level 'bolehla'..haha.yang cerewet mesti x suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah betul tu. Kira bolehlah. Kalau tak termengidam sangat-sangat, tak pergi pun takpa. Akak okay aje menunggu tapi ahli makan yang lain memang tak suka menunggu. So, kalau nak ke tempat macam ni, mood mereka kena dipelihara ^_^

      Delete
  10. Acik pernah sampai jeram ikan bakar yang tepi laut tu.jauh pun acik pergi juga.sebab x lama sangat menunggu dan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Acik pergi awal kot. Saya pergi ke Jeramlah ni, sebelahnya ada Aroma Ikan Bakar pulak ^_^ Waktu sampai tu pun orang dah ramai. Makanya masa beratur memilih ikan dan seafood, masa ambil order dan masa dapat makanan semua memang berjam jugalah. Dari sebelum Maghrib bawa ke selepas Isyaklah senang cerita kena bertabah!

      Delete
  11. Bab menunggu tu yang paling tak suka tapi itulah hakikat nya kan kalau pi restoran seafood...
    Aduhai,lain macam petani moden ni jaga tanaman...bukan ke lebih baik letak kan dlm toilet ada juga disirami air sikit2 tapi jgn pulak terlebih nyaya pokok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Kak Saniah. Kalau nak makan kat tempat begini, memanglah kena banyak bersabar. Masalahnya family saya tak sabar. Setidak-tidak sabar saya ni, ada masanya saya okay aje menunggu lama. Jangan mood saya pun teruk. Memang jomlah balik aje!

      Hahaha! Itulah namanya petani alaf baru. Petani dulu-dulu tak buat kerja macam ni ^_^

      Delete
  12. Hehehe muka adik cute memang bosan giler menunggu makanan lama eh... kesian dia... nak pergi tempat makanan seafood macam tu memang kena tengok timing. Kalau malam memang masak la menunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat sangat dah tu. Mommynya boleh terlupa bawakan bekal minuman. Memanglah lagi bertambah letih-lesu. Dia pun bukan teruja sangat nak makan. Balik-balik dua anak saya ni makan ayam goreng kunyit aje. Apa motif Mommynya nak ajak makan kat sini pun depa tak pasti. Hahaha!

      Delete

Entri Lepas Geram

Salam kawan-kawan! Alamak! Nak mencari emoticon yang sesuai dengan tajuk, tak jumpa pulak! Tapi takpa, walau tanpa gambar mahu pun ...