Salam kawan-kawan!
Argghhh... kenapalah penyakit malas menyerang ni!
Yang sebenarnya I malas nak menaip entri sebab I tengah rajin shopping online ~_^ Bukan bekerja pun, curi tulang memanjang!
Aiyok! Tak tahu! Dosa tanggung sendiri ^_^
Hari ni marilah kita berkisah tentang my superheroes @ anak-anak bujang ^_^ Kisah tentang anak-anak ni kalau hari-hari menulis pun masih lagi tak habis-habis. Kalau tak percaya, tanyalah pada emak-emak yang lain. Asyik cerita anak dia aje, takda cerita anak orang lain. Back to the basic - dah blog kita, kita tulis tentang anak-anak kita ajelahkan, tak akanlah nak sibuk bercerita tentang anak orang pulak!
Semalam sewaktu dalam kereta ke Aeonbig tiba-tiba dua beradik ni terdengar lagu favourite Bubbly Abang - Something Just Like This (The Chainsmokers & Coldplay). Tiba-tiba Adik Cute beritahu dia pun ada favourite song - Rockabye ^_^
I pun beritahulah yang I selalu dengar lagu Rockabye ni tapi tak tahu siapa penyanyinya. Lantas Bubbly Abang pun menyampuk...
Clean Bandit ft. Sean Paul & Anne Marie...
Amboi! Tahu saja!
Then, si Adik Cute pun katalah dulu dia suka lagu ni... (sambil-sambil nyanyi)
Superman at his desk.... (the lyricslah...)
Garu kepala juga lagu apa yang ada lirik macam ni...
Alaa.... yang ada 'call away' tu Mommy! Takkan Mommy tak tahu!
Abangnya menyampuk lagi...
Lagu Charlie Puth yang Mommy suka dulu tu, One Call Away! Dik, Charlie Puth ada lagu baru ya, tu lagu lama!
Hah! Tang mana ada lirik 'superman at his desk' ni, Adik oi!
Mommy, dengar tak lagu Ed Sheeran, Shape of You?
Mommy lagi suka lagu Treat You Better, Shawn Mendes...
Lama dah lagu tu, Mommy!
Sekarang ni memang boleh harapkan Bubbly Abanglah kalau bab-bab macam ni. Tak sangka pulak my anak bujang tersado dah besar rupa-rupanya. Dah ada lagu favourite, baju favourite, barang favourite. Tak lama lagi jangan-jangan Mommy terkeluar dari senarai favouritenya. Huhuhu...
Semalam dia bawa pulang trofi dari sekolah - dapat tempat pertama untuk pertandingan Scrabble. I pun ucap tahniah and jalankan routine kiss right cheek, left cheek, forehead, chin and cubit hidung tu ^_^ Bab-bab macam ni yang tak perlukan pergerakan fizikal keseluruhan, memang dia sukalah. Duduk main aje. Fikir guna akal. Kalau kena guna kekuatan badan, hah, mulalah sibuk nak mengelak. Macam baru-baru ni ada sukan tara, boleh pulak tanya okey tak kalau dia nak cuti aje! Tak mahu kena lari lompat pagar ^_^
Bila Bubbly Abang tunjuk trofi, mulalah Adik Cute cemburu lalu dia pun mula minta perhatian...
Mommy, nanti kalau Adik dah besar macam Abang, Adik bawa banyak benda macam ni untuk Mommy ya! Adik promise!
Adik nak masuk apa?
Adik nak masuk boxing!
Laaa... fikir boleh dapat ke? Fikir Mommy beri ke? Habis muka anak Mommy nanti kena tumbuk ^_^
Adik Cute ni memang berbeza dengan abangnya. Kalau Bubbly Abang suka duduk terperuk di rumah menghadap computer, Adik Cute pulak lagi suka melasak, melompat, melenjan dan bertumbuk sakan.
Tengoklah bila si Ironman ni beriadah...
Inilah kali pertama Ironman perlukan senapang 'patah'. Siap dibawa senapang sekali. Apa? Dia ingat boleh memburu kucing dan anjing di taman ke apa si kecil ni... Sampai di taman, dia sibuk selfie (jangkitan dari rumah sebelah ni rasanya...) dan senapang 'patah'nya itu terpaksa I angkut ke hulu ke hilir, entah macam apa I jadinya!
Kita pergi makan, dia tetap juga sibuk 'beriadah'...
Adik Cute memang 'jaga badan'. Dia kata dia kena diet sebab dia tak boleh gemuk ^_^ Tapi bila semua orang siap makan, barulah dia lapar sibuk nak makan pulak! Sekarang ni pun dia susah hati sebab I kata perutnya buncit sebab banyak cacing *_* Habis seluar semua tak boleh nak kancing dah ni!
Masa Adik Cute beriadah, Bubbly Abang buat apa?
Bubbly Abang riadah duduk dan berdiri aje...
Maklumlah, dah kenyang makan tak akanlah nak paksa beriadah pulakkan...
Tak macam adiknya yang aktif, bila kita nak beli barang dapur pun dia sibuk 'beriadah'...
Lantas membuatkan Bubbly Abang cemburu, jadi kenalah angkat berat juga untuk 'riadah' ^_^
Amboi, Abang! Berlipat-lipat dah segala ruang! Macamana ni? Agak-agak bulan puasa nanti boleh turun sekilo dua ke tidak ni?
Tapi takpalah, baju raya dah siap beli semuanya ^_^
Selain daripada beriadah, Adik Cute pun ada hobi juga tau...
Apalagi kalau bukan ini...
Kata Bubbly Abang kenalah bergambar di sini Daddy sebab ejaan 'prices'nya dah jadi 'rices' ! Very rare occasion ^_^ |
Celah mana dapat, semua disuruhnya kita ambil gambar ^_^ Ni dah teruja sangat sampai mulut pun tak sempat nak tutup ^_^ Dia bising sebab Daddynya suruh cepat! Depan MR DIY pun nak ambil gambar. Apalah kata Daddy... hehehe!
Eh, ada banyak lagi gambar my superheroes ni. Pergi mana pun nak ambil gambar waima depan toilet shopping mall sekali pun. Hahaha!
Lain kalilah kita tempek, penat I kena watermark pepagi hari gambar yang seciput ni aje tau!
Dengar juga lagu2 sekarang ni tapi langsung tak kenal dan tak tahu penyanyinya. Zaman kita dah lepas kan .. sekarang masa anak2 pulak.
ReplyDeleteTetiba terasa sangat tua pula kan .. hehe
Itulah, saya pun sama. Selalu dengar aje tapi tak tahu siapa penyanyinya. Nasib baik ada anak yang tahu ^_^
Deletemakin lain rupa dua beradik ni sejak besar...gamaknya berapa besar memory dalam enpon MD yer hahahaha. kita ni asyik kena backup je gambar2 yang ada. Bila belek2 gambar sendiri makin kurang dalam enpon sendiri berbanding dulu. Gambar produk je banyak.. blogger la sangta kan hahahaha
ReplyDeleteKalau ikut saiz badan, memang besar jugalah memory handphone tu, Suria. Hahaha!
DeleteBanyak gambar ada dalam handphone,belum sempat nak transfer lagi. Memang penuh gambar mereka aje sebab Mommy mereka low profile, down to earth, bukan suka sangat selpie-selpie ni semua ^_^
Tahniah abang...anak bijak ,menang scrabble.
ReplyDeleteTakpe sado,janji sehat kann...Anak2 akak yang cekeding pun kalau part sukan tara kalau boleh nak mengelak juga.
Adek semakin suka selfie ya MD...ok juga ,dia pun dah semakin membesar....semua tu kan jadi kenangan bila tengok semula.
Itu aje pun yang dia suka, Kak Saniah. Kalau suruh berlari, memang takut memanjang. Takut tertinggal belakang. Memang pun ^_^ Kalau si Adik Cute tu suruh berlari, anytime. Suruh bergasak pun anytime ^_^
DeleteMemang suka sangat. Itulah bahana dok mengata jiran sebelah. Asal ada peluang aje, memang dia minta ambil gambar. Siap check tu elok ke tidak. Dia suruh saya ambil lagi sekali sebab dia tak ready pun masa bergambar depan DIY tu tapi saya dah malas! Daddy mereka nak cepat gerak!
hebat anak2 sekarang ni serba tahu kan, acik ni pun tak tahu lagu2 dan penyanyi yang disebut tu tau.
ReplyDeleteTahniah bubbly Abang menang pertandingan scrable bagus sangat tu.
Ye lah adik cute memang nampak muncit sikit perutnya tu hehehe, tapi baguslah nak bersenam tu haa,pandai dia jaga badan ye.
betul tu MD dalam enfon mak2 ni memang banyak gambar anak sajalah kan, apa je anak buat rasa nak simpan je dalam telefon. pastu simpan kat blog, blog mak2 ni memang banyaklah gambar anak2 kita sendiri, kalau dah banyak gambar anak orang susah pulakkan MD hahaha
Budak-budak sekarang memang macam ni. Semua pun mereka tahu. Thanks to internet. Habis semua mereka belajar dari situ, lagi efisien daripada belajar dengan cikgu ^_^
DeleteMemang pun perutnya buncit, AA. Selalu juga kena ejek lepas tu melalaklah. Itu yang dia sibuk nak 'diet' ^_^
Saya kena transfer cepat-cepat gambar semua yang ada dalam smartphone. Dah banyak sangat. Nanti jadi macam smartphone HD. Habis terdelete sebab memori dah penuh. Hilang tau gambar-gambar awal ambil kat Cameron Highland hari tu!
Haha, my blog byk citer ank orang lain sbb ai cikgu tadika, tapi kenalah citer yg baik2 saja, takut gak kalo parent dorang terbaca.
ReplyDeleteMmg berbeza watak dua beradik ni kan, sorang agak pendiam, sorang aktif dan lasak, yg kelakar tu dah pandai nak jaga penampilan, takmo perut muncit ye.
Anak2, macam2 cerita ank2 ni kan, semua jadi memori mak2 suatu hari nnt.
Teacher lainlah. Banyak modal nak cerita tentang anak-anak murid. Hari ni budak ni, esok budak tu, lusa budak lain pulak. Nak rotate pun payah. Hahaha!
DeleteJauh berbeza mereka dua beradik ni. Nampaklah satu ikut Mommy dan satu lagi ikut Daddy. Barulah adil dan saksama. Hehehe!
Wah, tahniah buat si abang..
ReplyDeleteJuara scrable kat sekolah :)
Amboi, semua lagu dan lirik dihafalnya...
Sampai aunty pun boleh tumpang sekaki..
Tertanya juga, siapa la penyanyi lagu Rockabye tu..
Lepas baca entry ni, dah dpt jawapan :)
Masa mula-mula join dulu, hari-hari ajak saya main Scrabble. Tak dapat yang real, main dalam smartphone. Letih pulak melayannya lagi-lagi kalau kita aje asyik menang. Hahaha!
DeleteErrr... Rockabye tu bestkan! Kalau baca lirik pun macam best!
Kak Ton, mak pun nampaknya dah kena sawan malas nak berblog ni. 2 hari dah tak keluar entry. Adoiyai...
ReplyDeleteTapi bila baca blog kengkawan seronok pulak.
Huii...anak dara bongsu mak peminat Shawnmendes tau. Mula mula dulu malu malu nak ngaku. Sebab maknya suka nyakat.
Tahniah utk abg. Tak sia sia tau aktiviti duduk setempat. Hihi....
Adik mmg geng dengan aunty kan! Nanti kita selpie dik!
Yalah. Kak Ton pun perasan. Dahlah reply komen malas, sekarang ni update blog pun malas ya, Mak...
DeleteSuara si budak Shawn tu sedaplah, Mak. Suka mendengarnya walaupun lagu-lagunya sama jerk! Bolehlah saya sep dengan TLBDkan!
Penat tau saya melayannya tiap malam lawan Scrabble. Tak cukup kaki tangan nak buat kerjarumah. Hahaha!
MD, I am so out of touch with the current songs. Tak macam zaman dulu@, selalu dengar radio and know all the top hits. Good also your boys, satu active, satu suka duduk. Or else you lagi pening hee..hee...
ReplyDeleteI pun sampai my Bubbly Abang asked me recently - Mommy, you don't have any new favourite song anymore?
DeleteHahaha!
Dulu lainkan, PH. I remember myself dok 'tape'(record) lagu yang keluar radio dalam radio cassette. Sambil buat homework, sambil tape lagu tau!
Satu duduk setempat, satu aktif pun dah buat I pitam selalu, PH...
Shopping apa tu kak? Hahah! Nani ni pun dah banyak kali tutup bukak tutup bukak website Zalora tu. Hahah! Wah macam macam lagu dia orang tahu. Heheh. Tahniah Abang dapat tempat pertama dalam scrable. Kemaina adik tu nak join boxing. Hahahah!
ReplyDeleteShopping apalagi, Nani... pra-Ramadhan. Hahaha!
DeleteBubbly Abang memang minat lagu tapi si kecil tu lately aje baru pandai minat juga lagu. Dia mana boleh kurang daripada abangnya. Apa abang suka, dia pun suka juga!
Oh, dia suka pukul orang! Yang jadi mangsa of course abangnya and kadang-kala Daddy sekali di'boxing'nya!
y aAllah kak..sejuk perut ko kak...pandai si abang... siap juara scrable lagi hah.... bagus le camtu kak.... tapi tang lirik lagu tu lawak...tu le kak budak2 skrang mmg lagi advance.... kite tak tau, ehh die tau dulu....dah makin meninggi abang kan kak....dah besar sgt nampaknye...tau2 jek dah remaja nanti....how time flies kan....phewwwww
ReplyDeleteok la tu kak..dieorg nka bergambar lagi...slalu budak2 ni mls dah nak bergambar2 mcm nie...so ade modal le laagi akak update blog ekekeekekekek
Kalau dia minat, dia buatlah sungguh-sungguh. Kalau tak minat, jerit-pekik macamana pun tak jalan juga, Lieya! Hahaha!
DeleteSi kecil tu biasalah, habis lirik lagu ditibainya. Pernah sikit hari dulu dia minat lagu Aiman Tino, apatah tajuknya. Akak sendiri pun tak tahu!
Yalah Lieya, masa pantas sangat berlalu. Anak-anak makin besar dan kita pulak makin TUA. Huhuhu...
hahhahah adeh la..terhibur baca kisah 2 beradik ensemlagi super sado nih
ReplyDeletenak boxing ye dik...bagus bagus
Suka bila anak-anak sepakat berkeletah tapi paling tak tahan bila mereka start bertikam lidah...
DeleteCH anak beranak apa lagu pun tak tahu..
ReplyDeleteTmbh skrg hampir sebulan TV rosak..
En suami kata..
Aman damainya rumah..
Hahaha..
Sunyi sepi..
Nabil dok membebel nak cuti sekolah ni..
Tak dpt tengok tv...
Bagus adik cute..
Memberi kerjasama untuk bergambar..
Bab lagu tu tak penting sangat CH. Lagi penting Quran dah khatam. Hahaha!
DeleteBoleh tahan ya CH tanpa TV. Tapi kita tak kisahlah, anak-anak tu mungkin tak tahan. Bila nak beli TV baru? Takkanlah nak tunggu esok, nak minta hadiah TV ke CH?
ha ha ha comel nyer adik cute, nak masok boxing yer.
ReplyDeletebagus tu MD. kena fit dari skang la kalu nak bwk balik piala mcm bubbly abang.
diy tu my asben's feveret place shopping.
'rices' nyer ok ok. kami ni bukan org byk duit, MD.
pe yg murah tu ler kami borong ha ha ha :)
Diakan memang takut gemuk tapi itulah perut pun dah buncit. Kita kata banyak cacing, tak percaya ^_^
DeleteSaya pun suka ajelah pergi MR DIY ni. Pendekata asal nama tempatnya untuk buang duit, saya suka aje. Daiso tu pun saya suka tau ^_^
cak!saya datang balik nak tengok Ironman..haha.Dah makin tinggi Abang, dah lebih dari mummy belum? Tak sangka sekarang sporting plak. Pesan Adik cute, nak diet kena 'kuasa' tau..
ReplyDeleteSikit lagi dah nak sama tinggi dengan Mommynya, Sal. Tapi, Mommynya pun bukanlah tinggi mana ^_^
DeleteOh, Adik Cute 'kuasa' kali ni. Biasanya setengah hari aje pun. Masalahnya, selalu juga dia 'kuasa' tapi tak niat atau salah niat ^_^
Amboih.. pandainya Abang. Up to date betul dengan industri muzik. Hehehe abang walaupun sado, tetap hensem! Adik cute of course lah memang cutekan... nak boxing yea adik? Oklah juga... boleh protect mummy kan...
ReplyDeleteDah pandai malu sekarang ni, Nora. Maklumlah dah besar ^_^ Janganlah buka aibnya... hahaha!
DeleteAdik Cute memang lasak. Tak mainlah aktiviti-aktiviti setempat aje. Dia nak aktiviti banyak tempat ^_^
Mr diy ni...kedai berhantu...hari tu bawak si yaya p sana...amboiii sakan dia kutip toys
ReplyDeleteBetul tu, Nini. Barang murah-murah, mata pun bukan main besar lagi melilau sana-sini. Tak perlu beli pun nak beli juga!
Delete