Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan!

Amboi, tajuk! Seram membacanya!

Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni?

Yang sebenarnya, tak tahulah hari ni nak berceloteh tentang apa! Padahal, kisah birthday my anak bujang tercomel@Adik Cute belum masuk blog pun! I kan adil dan saksama; dah birthday Bubbly Abang tak masuk blog sebab tak bersambut dek I kena diarrhea dan demam 5 hari berturut-turut masa raya Haji dulu,  tentulah kisah birthday Adik Cute pun tak masuk blog juga (tapi ada up post kat FB, kehkehkeh!)

Well, ada bagusnya juga tak tahu apa nak dibebelkan di hari Jumaat yang mulia ni! Kalau asyik aje membebel, tak pasti pulak bahu kiri ke atau kanan yang lagi berat di penghujung hari 😊

Apa-apa pun I sajalah memunculkan diri hari ni; manalah tahu ada yang menyimpan rindu dendam yang teramat. Kasihan pulak nanti, tak sampai hati menengoknya... Hahaha!

Esok ada majlis perkahwinan my anak saudara lagi. Kalau bulan September lalu si adik perempuan, kali ni pulak si kakak sulung. Mereka ni tiga beradik aje; dua perempuan dan satu lelaki di tengah. Anak-anak my sister nombor tiga, Teh yang tinggal di JB. Anak perempuan bongsu dulu buat di JB jadinya kali ini, untuk anak perempuan sulungnya, mereka sepakat buat majlis di KL aje. Mereka nilah sepupu sepapat kepada Wany Hasrita tu. I pulak tumpang sebau-bau bacang benyek aje dengan penyanyi tu sebab jauh dahlah nak mengaku sedara! Hahaha!

Oh, ya! Gambar majlis my anak saudara @ si anak bongsu Teh tu pun tak masuk blogkan dek kerana kemalasan menimpa! Lagi pun tak banyak gambar yang ada kerana I sibuk tak tahu buat apa masa tu. Sibuk bergambar kat pelamin oranglah rasa-rasanya...

Petang ni I akan mula menyibukkan diri di mana yang patutlah - nak buat inai ke, nak tumpang makan-makan ke, nak lepak kat homestay mereka ke, tengoklah gayanya nanti macamana. Yang pasti macam selalu, I tak akan menyingsing lengan sibuk menolong. Hahaha!

Majlis akad nikah esok pagi makanya tak bolehlah MD sekeluarga bangun lewat untuk brunch. Lepas Subuh memang tak tidurlah rasanya sebab macam-macam nak buat - nak kemas rumah, nak jemur pakaian, nak buat light breakfast (kecoh arr dia ni, nak bakar roti letak kaya pun consider susah...) , sediakan pakaian seisi keluarga dan macam-macam lagi sebelum keluar rumah sehari suntuk esok! Walaupun venue tak jauh dari rumah kami, kenalah datang awal. Takkan majlis dah bermula barulah mak saudara sekeluarga sampai. Memang nak minta kena hempuk dengan my kakak-kakak tau!

Paling best, tema untuk majlis esok. Orang lain semua ikut tema dan macam selalu, I selalu aje melarikan diri dari tema yang sebenar. I beli baju warna pale purple padahal temanya grey. Bila pakaian I sampai, tengok macam warna grey pulak! Okaylahkan, order pale purple tetiba jadi grey tetapi I tengah terfikir nak pakai warna soft pink pulak (kalaulah baju yang satu lagi sampai hari ni 😊) 

Atau pun, masa nikah pakai baju lain dan masa majlis bersanding pakai baju yang lain?

Eh, mengalahkan pengantin pulak nak tukar-tukar pakaian dah ni kekdahnya! Melampau weyh 😉

Tak kisahlah mak saudara sorang tak ikut tema. Nanti kalau ada kerja-kerja yang perlu dibuat oleh ahli keluarga, I bolehlah 'melarikan diri' selalu 😊 Nampak tak motifnya apa sebenarnya yang sampai tak nak ikut tema ni?

Okaylah, malas membebel banyak. Kita jumpa lagi dalam entri seterusnya yang tak tahu bila akan digarap. Kalau rajin, petang-petang ni pun boleh buat entri. Kalau tak rajin, memang tunggulah sepurnama lagi!

Bye!


Comments

  1. Amboiiii awak MD, orang lain kawin, awak pula melaram sakan..

    Sesuailah dengan tajuk entri kali ni, kihkihkih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha!

      Memang dari muda macam ni sampai ke tua tak berubah dengan syok sendirinya, perasannya, overnya ^_^

      Delete
  2. MD,tajuk bukan main ,ingat kan siapalah nak kawen lagi.
    Oh patutlah tak nak ikut tema,rupanya ada muslihat ya...mengelat lah tu.
    Mengalahkan yang nak pengantin fikirkan pasal baju ya MD...ni kalau jadi mak pengantin lagi lah parah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha!

      Tajuk mengundang kontroversi. Kalau artislah, kalau blogger suam-suam Milo ni, takda siapa peduli. Apa-apa pun, minta dijauhkan!

      Biasalah tu, kak. Nak mengelat memanjang. Macamlah kalau pakai pakaian tak ikut tema keluarga, orang tak kenal muka ^_^

      Ni pun kira okay tau, kak. Dulu masa anak sulung Ngah kahwin, saya lagi over tau! Agaknya faktor umur kot. Kehkehkeh!

      Delete
  3. minta FB pless... lama tak menyinggah. Busy sikit sekarang ni nak BW. perjalanan jadi jauh nak sampai ke blog ni hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta FB please... Hahaha! Nantilah ya kita update FB kat sini. Buat masa ni FB pun hidup segan terkujat-kujat aje gamaknya!

      Sekarang ni memang semua orang busy, Suria. Akak pun sama juga sibuk memanjang. Apa yang sibuk, masih tak dapat dipastikan!

      Delete
  4. Baru mak yg adil gitew ek, kalo ni hapdet, dua2 kena, kalo Tak,dua2 tk payah, mmg make yg wajar diteladani nih.

    Kalo den jadi mak mentua, yg ngelat2 camnilah den panggil basuh pinggan ko, kopek bawang ko, buang sampah ko, haa..jangan asyik nak melaram je, so...silalah bersedia ssiapa yg berhajat nak jadi menantu den..hahah..tunggu 10 tahun lagi, jangan Kan nk berjalan pun Tak larat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I memang mak yang adil lagi saksama lagi berdacing gitu... Hahaha!

      Nasib baiklah mak mentua den tak macam ni, asyik nak aim menantu perempuan aje. Ni memang kena pangkah, jangan sampai anak-anak lelaki den terpikat kat anak-anak mak mentua macam ni. Huhaaa!

      Delete
  5. Baca tajuk je dah menakutkan benar
    Hehe

    Mujur tak jadi kenyataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Tajuk aje dah gempak. Nasiblah isi tak segempak tajuknya. Kalau tidak, kalah kelab KRT ^_^

      Delete
  6. Ingatkan HD nak kawen lagi hoho...mau ada yg kena hempuk ni!

    Tunjuk ah bajunya nak tengok. Mcm mana pale pepel ngan pink ni! Beli onlinelah tu! Fit cantik ek kat badan!

    Kiranya anak Kak Teh jugaklah ni yg kawen ek. Nasib depa tak tumpang tido rumah kak Ton. Kalau tak mmg menyesal seumur hidup sebab tuan rumah tido lepas subuh haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, mulut! Memang nak kena cili padi tau!

      Malaslah nak tunjuk. Tapi baju yang sampai hari Jumaat tu, memanglah 'disaster' Mak oi. Bukan salah baju tapi salah badan Kak Ton. Hahaha!

      Kalau tumpang, memang Kak Ton tumpangkan tidur aje. Makan cari sendiri! Hahaha!

      Delete
  7. Dah nakncuti sekolah no mmg berdeeet dah jemputan kenduri kahwimh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni memang time untuk orang buat majlis kahwinkan, Mamapp!Memang kenyanglah makan- makan di kerja kahwin!

      Delete
  8. Singgah sini pepagi cari ruangan followr

    ReplyDelete
  9. Tetiba ni musykil .. sapa nak kawin lagi ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Anak saudara saya yang nak kahwin tapi itu pun bukan dia nak kahwin lagi ~_^

      Delete
  10. hahaha bole ja selagi mampu tuan blog..rezeki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppps! Tak boleh. Saya perempuan. Suami tak boleh 4, Etuza ~_^

      Delete
  11. Bila baca tajuk entry ni, da agak da ni mesti ank sedara MD nk kawen ni. Hehe..
    Biasa la kan, kalau kenduri kendara sedara terdekat ni.. Kene la dtg awal kan, menyibukkan diri apa yg patut. Betul tu, kalau pakai baju ikut tema, nnt kene suruh itu ini.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah bila mak saudara yang ini yang nak menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya. Kecoh tu memang pasti, Ira ^_^

      Delete
  12. MD, your post title mengancam lah! hah..hah.. Going for wedding can be a headache - what baju to wear, nak matching dengan kasut and handbag. In the end the last wedding I went, I hentam selipar Jepun aje wahahahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengancamkan! Takut membacanya sekali lalu... Hahaha!

      For me senanglah, pakai aje baju kurung. Selamat sudah, PH!

      Dulu-dulu memang fikir tu semua tapi dah meningkat usia ni tak kisahlah apa pun boleh jadi ikut majlis.

      Delete
  13. Banyaak beli bajuu online tu kak! Eh? Hahah! Selalunyaa kalau kenduri macam ni, memang suka lah melaram lebih lebih sikit. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua pasang aje, Nani. Masa inilah kononnya membeli sebab nak menghadiri majlis kahwin. Kalau tidak, susah nak beri alasan ^_^

      Delete
  14. mengelat MD nih..ehhh tapi idea tu boleh ditiru jugaklah nanti hahaha baguslah MD bagi idea untuk saya sebab saya pun malas jugak ni kalau tolong lipat2 tisu tu oklah jugak bab menyinsing lengan baju ni kadang2 malas berganda2... nak buat alasan ada anak kecik mustahil pulak hehehe

    haaa nanti juara lagu mesti MD dok depan tv sokong wani hasrita tu kan, dah saudara bau bacang katanya kan mestilah sokong, yapi budak wani tu comellah suaranya pun sedap lagunya pun boleh tahan sedap didengar..haaa tak pasal2 saya pun kenal si wani hasrita tu tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan mengelat tapi itulah selalu aje terkeluar dari tema tau. Bukan suka-suka. Hahaha! Silalah jangan tiru, nanti saya yang dipersalahkan pulak *_*

      Saya tak tengok pun Juara Lagu. Lagipun bak katanya saudara bau-bau bacang benyek, tak pasti lagilah nak sokong sapa!

      Budak tu memang nampak down to earth sangatlah, diajak bergambar pun senyum aje!

      Delete
  15. Ingatkan siapa lah nak kahwin lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk aje gempak dan kontroversi. Isinya biasa-biasa sahaja ^_^

      Delete
  16. anak saya asyik tanya "mama bila nak kawin?" erk tak reti nak jawab cemana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak bongsu saya pulak tak puas hati kerana dia takda masa MommyDaddy berkahwin! Hahaha!

      Delete
  17. Part kenduri kahwin ni, ai suka kalau yang MUA + Andaman tu mySIL.. sebab dapat merasa jad pengantin pakai make up bagai.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh...bestnya kalau sanak-saudara MUA nya. Memang dengan kita-kita sekali menadah muka untuk dicontengkan.

      Delete

Post a Comment