Adik Banyak Cakap

Salam kawan-kawan!

Kalau dah berceloteh tentang emak, tentang anak bujang tersado @ Bubbly Abang, seharusnya hari ini kenalah bercerita tentang anak bujang terlajak laris yang keletah ni. Siapa lagi kalau bukan 'My name is Jeff' a.k.a Adik Cute a.k.a jiran sebelah Gumball, anak kepada Richard and Nicole serta abang kepada Anais 😊. Barulah adil dan saksamakan!

Nasib baik juga anak dua aje; dua-dua lelaki. Kalau ada 10 anak lelaki dan perempuan, mahu pengsan ahkak tahu nak bersikap 'adil dan saksama' ! Ke spital selalulah gamaknya dek tekanan darah tinggi! Hahaha!

By the way, tak perlulah mengharapkan selepas ini giliran bercerita tentang HD pulak. Ada pulak yang kena hantar resignation letter kat blogspot suh tutup blog nanti. Hahaha!

Eh, Eh! Ceria pulak bila dah hari Jumaat ni ek! Maklumlah esok hujung minggu dah. Seronok bangun lewat 😊

Adik Cute sekarang ni sedang menghitung hari menanti sepupu kesayangan @ makpak angkat  @ babysitter@ my bibik-bibikku kaki gosip (hahaha lagi), Kakak Sara and Abang Afiqnya balik hujung minggu ni. Hari-hari tanya bila depa nak balik. Kalau I kata sebulan lagi, dua minggu lagi, mesti dia akan jawab,

Adik tak faham berapa lama tu. Beritahu harilah, berapa hari lagi....

Okaylah, 30 hari lagi, 14 hari lagi dan pagi ni I kata,

Esok Mommy cuti dua hari, hari kedua Mommy cuti tu kakak pun baliklah!

Oh, Sunday ke?

Eh, eh, dia ni....

Oh, bukan suka-suka dia menunggu tu! I rasa ada banyak udang galah di perairan Lautan Pasifik rasa-rasanya...

Kita tunggu dan lihat ajelah nanti. Tapi yang pasti, memang setiap malamlah dia nak tidur rumah MakNgah. Dulu-dulu rajin juga tidur kat 'inapdesa' @ rumah MakNgah  tapi lately dah tak lagi. Bila MakNgah tanya,

Sebenarnya Adik suka tidur rumah MakNgah tapi Mommy kata kalau Adik tidur rumah MakNgah maknanya Adik dah tak sayang Mommy lagi...

Makanya no choicelah ya, kenalah tidur kat rumah dengan Mommy. Mommykan mudah rindu kalau anak takda depan mata. Kalau ada, kerja nak jadi bini Tarzan jerk! Kahkahkah....

1. Seminggu lalu kami breakfast bersama Mak dan Ngah. Tengok dia makan nasi lemak dan ayam goreng licin sepinggan. Bila kita tanya sedap ke, jawabnya sedap aje tapi....

Ada tapinya tau...

Mommy masak lagi sedap. Mommy masak 100% sedap. Kedai punya ni 6% aje... (Huhaaa....)

Habis tu MakNgah masak? tanya MakNgahnya...

MakNgah punya 66% !

Bila MakNgah merajuk sebab sikit sangat padahal bila makan di rumah MakNgah siap minta tambah lagi maka dia pun upkan ke 99%. Nak up 100% tak boleh sebab tak bolehlah melebihi Mommynya. Hahaha!

Kata Adik masakan Mommy yang paling dia suka spaghetti dan juga ayam goreng bersos cili 😊 Kalau tanya si abangnya sudah tentu nasi lemak dan sambal tumis 😊

Tapi yang tak syok tu, MakNgah masak semua sedap cuma tak suka pedas aje. Habis tu macamana Mommy dapat 100%, MakNgah dapat 99% aje ni?

Ni dah tentu-tentu saja nak ambil hati ler nih....

Bila tanya Daddynya pulak macamana, kata  Adik Daddy pun masak best juga. Dapatlah 60%. Hahaha!

2. Hujung minggu sudah kami ke Ariani. Asal cerita nak pergi potong seluar HD dan Adik Cute tapi biasalahkan bila dah sampai area ni, haruslah jalan-jalan cuci mata juga. My sister Ngahlah yang nak pergi Ariani. I ikut aje. Sampai di sana, lama juga menunggu MakNgahnya tak habis-habis membelek. Sampaikan si kecil ni pun komplen,

MakNgah ni kalau masuk tempat ni.... Mommy apa nama tempat ni?

Ariani!

Ulang balik ayat, MakNgah ni kalau masuk Ariani tak ingat-ingat nak balik! Penatlah!

Kehkehkeh, MakNgah tak jumpa jalan pulang. Nasib baik Daddy ada, kalau Mommy yang bawa kereta dah tentu-tentu MakNgah ajak buang masa kat sini lama lagi!

Yang si Bubbly Abang lagilah penuh komplen aje. Katanya tempat ni sesuai untuk perempuan aje.

Apalah, harga tudung RM200! Tudung aje pun! Takda apa pun best!

Itulah uniknya jadi perempuan, Abang 😉

3. Sekarang ni Bubbly Abang suka tengok UPSR kat Astro Ceria kot tak silap. So selalu ajelah ada soalan-soalan objektif untuk dijawabkan. Si Adik ni tak tahu apa pun. Tapi bila tengok abangnya menjawab 'A' dia pun nanti nak bagi jawapan juga. Sukahatilah nak pilih A, B, C, atau D. Bila dia asyik kalah aje, mulalah nak merengek. So, dia pun buat deal...

Siapa yang kalah, dia menang kuiz upsr okey!

Aduhai... sebab jawapan dia asyik salah, makanya dia nak siapa banyak jawab salah, dialah yang menang! Ada ke patut...

Masa Bubbly Abang tengah sibuk exam tempohari, I pun kerja 'mengamuk' aje. Ada satu hari tu I tak benarkan mereka tengok TV. Si kecil ni pulak ada masa-masa dia nak conquer TV tu sebab kartun favoritenya bersiaran. Bila tak boleh main hp, tak boleh tengok TV makanya muka masamlah; protes dalam diam. Nak melawan, kalau berani silakan...

Esoknya bila balik kerja dan mood tengah baik, si kecil ni pun datang nak minta peluk...

Dia pun tanya soalan cepu emasnya for that day...

Mommy, Adik tak faham semalam masa Mommy marah kenapa Mommy tak kasi tengok TV? Bukan ke TV tu Daddy yang beli?

Amboi!

I pun jawab, Okay, boleh switch on TV tu tapi tak boleh tengok Astro sebab Astro Mommy yang bayar!

Ohhhhhh.... macam tu! Adik tak tahu pun!

Duh!

Bab TV ni memang satu hal. Bergaduh aje dengan si kecil ni. Kadang bila I nak tengok drama Korea, kena berlawan dengan kartunnya. Selalu I kata suruhlah tengok kat youtube. Adakan kartun tu kat youtube. Bila dia tak mahu kalah, dia pulak akan suruh,

Mommy tengoklah cerita Korea Mommy kat youtube aje. Kalau Adik bagi Mommy tengok sekarang, cerita Adik habis dah nanti!

Dia ni lupa tau Astro tu I yang bayar! I suruh bayar, katanya dia takda duit...

Kadang-kadang cerita yang dia tengok, I pun tak boleh hadam tau... Duda Pujaan Daralah (sebab ada budak kecil perempuan tu...), 1001 Nights lah, dan entah apa-apa lagi. Pernah sekali dia tak sabar nak tunjuk I iklan di Astro Ceria. Katanya dia minat sangat lelaki tu. I pun tengoklah bila dua, tiga kali kena paksa tengok muka lelaki tu...

Rupa-rupanya Fattah Amin!

Nak 'terpatah' hati I tau! Awatlah Adik ni.... dah takda pelakon kayu lain ke, Dik? Hahaha!

4. Adik ni memang suka 'multi-tasking'; sambil tengok kartun, sambil pasang lego (sekarang legonya dah jadi rumah 5 tingkat I tell you...dia kan nak jadi angkasawanlah, arkiteklah, bombalah, abe polislah, semua dia nak 'gondol' tau), sambil tengok youtube kat handphone. Entah tang mana yang dia betul-betul concentrate pun tak tahu. I rasa dia lagi concentrate dengan 'pembinaan' rumah bertingkat legonya!

Tiba-tiba tengok kat TV nampak animal terus dia start borak,

Mommy, Adik nak bela haiwan yang boleh bercakaplah.

Mana ada haiwan boleh bercakap?

Habis tu kat kartun TV tu semua boleh cakap?

Itu kartunkan. Mommy dah kata kartun tu tipu aje...

Habis kat youtube pun haiwan boleh bercakap?

In real life haiwan tak boleh bercakaplah, Dik. Apalah Adik ni buat joke... sampuk Bubbly Abang.

Kenapa ek, semua haiwan kat negara kita ni tak boleh cakap! Haiwan kat Amerika semua boleh cakap!

Aduh, tak faham-faham lagilah dia nih!

5. Masa cuaca panas sangat baru-baru ni, si kecil ni sibuk minum plain water. Siang malam buka tutup pintu peti sejuk cari air. Sampailah nak tidur malam, masih lagi tak sudah dok teguk air. I pun suruhlah berhenti, dah nak tidur dah ni. Dia pun pantas aje menjawab...

Adik tak boleh tidur kalau tak minum plain water, sambil meneguk air.

Barulah otak selesa gila sekarang!

Adik Cute ni sudah tak minum susu lagi tapi dok minum Milo dalam botol. I tanyalah bila nak berhenti. Tahun depan dah sekolah. Katanya tahun depan nanti dia berhentilah. Sekarang ni kena minum lagi.

Tiba-tiba semalam katanya, Mulai sekarang, Adik minum 5 kali sehari. Nanti dah sekolah 3 kali aje!

Selalunya bila dia menonton TV, penat main atau pun mata mengantuk dia akan minta sebotol Milo 'sejuk taknak, panas taknak, panas tak sejuk pun tak'!. Sambil minum  tu sambil melayan habit buruknya menggulung rambut dengan tangan. Bila siap minum, rambut pun elok aje bergulung macam bunga ros kekdahnya!

So, adalah satu hari ni dia minta Milo dalam botol tapi I suruh mandi petang dulu. Dia pun menjawablah,

Adik tak boleh mandi dulu. Kena minum Milo dulu.

Tak! Mandi dulu. Baru Mommy buat Milo.

Kalau Adik mandi, nanti rambut basah macamana Adik nak gulung-gulung rambut?

Hai, tak boleh tahanlah melayan ini budak!

Tak tahulah I terlebih makan apa masa mengandungkan si kecil ni dulu. Rasa-rasanya dari awal sampai cukup 9 bulan tekak tak boleh terima makanan! Makin hari makin menjadi-jadi mulutnya. Kalah tau kome-kome punya anak perempuan!

Itu belum masuk bab suka selfie dan perasan comel memanjang!

Tak tahulah ikut siapa dia ni...






Comments

  1. Hi kak MD!!!lama x menjengah sini membaca kisah anak2. Gelaran bubbly abang dah boleh transfer kat adik. Hehe. Mana dia dapat ayat 'otak selesa' tu? Macam bahasa komik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sal! Memang lama pun tak saling menjengah. Tapi baru balik jengah sana last week ^_^

      Entahlah dapat dari mana pun tak tahu. Kalau demam pun dia akan kata otak dia panas.

      Delete
  2. Alahai...memang cute la Adik Cute ni. Celotehnya boleh meluruhkan jantung ... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah penawar jantung di rumah, Kakcik. Kalau dulu memang abangnya pun kuat celoteh. Ni dah besar, dah kuat masa muka pulak. Turn Adiklah buat jenaka sesaja!

      Delete
  3. Replies
    1. Budak-budak sekarang ni memang kuat dan bijak menjawab, Kak Yan!

      Delete
  4. Ada je jawapan adik ye MD..kalau macam ni mak pun kena siap sedia dengan jawapan bila adik cute bertanya pulak.memang cute la adik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu tak terdugalah Acik dia nak menjawab begitu. Tapi kalau saya ni memang on the spot lah dia kena balik ^_^

      Delete
  5. panjang celotehnya.. semoga terus besar jadi anak yang bijak & soleh.. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak baya gini memang kuat celoteh. Ikut emaknya mungkin...

      InsyaAllah. Aamiinnnn!

      Delete
  6. Hihihi.. Comel la adik cute..
    Ada je jawapan dia ye.
    Kalau da adik tu kan, mesti nk tiru apa yg abg or kakak buat kan?
    Aisyah pun da pandai tiru apa yg kakak buat. Ank no 2 ni, apa dia nak, mesti nak jugak kan.. X blh tahan jwpn dia.. Unexpected.. Haha.. Adik cute kene gulung rambut pakai sepit mcm kat saloon tu la nmpknya.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanjang ada aje nak ditanya dan dijawab. Memang gitulah kot Ira. Suka sangat copycat si abang. Tabiat anak nombor dua kot. Tapi yalah, dah dia nombor dua, memang kena copycat yang sulunglah ^_^

      Sepit gaya gitu taknaklah pulak. Sedap gulung rambut guna jari sambil-sambil hisap Milo. Kalau masa kecil dulu, dia gulung rambut saya masa dia nak tidur. Nasiblah hilang tabiat tu.

      Delete
  7. ada saja jawapan adik cute ni tau..eh kalau saya ni boleh bikin angin juga nih hahaha, ini rasanya memang peel anak kedualah agaknya. anak kedua saya yang seumur dengan adik cute ni peelnya pun macam tu.

    takut dia ya nanti mommynya mogok taknak masak terus cakap mommy masak 100% sedap walaupun yang sedapnya boleh dibilang dengan jari sajakan kalau nak dibandingkan dengan masakan makngah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh... mulut dia memang boleh tahan sekarang ni! Tak tahulah ikut siapa! Saya cakap kat HD mesti perangainya masa kecil macam ni sebab itulah anak mengikut! Saya memang tak akan mengaku perangai ni ikut saya. Hahaha!

      Dia memang pandai membodek, AA. Kalau dia takut kita terkecil hati, merajuk ke dsbnya, memang kaw-kaw dia bodek tau!

      Delete
  8. seronok layan kalau budak-budak banyak cakap ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sebaya ni memang bestkan melayan kerenah anak-anak!

      Delete
  9. Eh!! Tak komen lagi rupanya mak. Rasa mcm dah baca dan komen.... Ni mesti kes komen tak habis dah buat benda lain! Huh.... Betullah ckp Kak Ton, nasib anak Kak Ton 2 je, kalau 10 jenuh jugaklah kengkawan nak kena hadap kisah anak Kak Ton 10 kali. Pulak tu 1 kisah anak panjangnya sama sebuah novel ...aduh juling mata mak!

    Tak lama lagi bukan anak yg tanya macam macam kat kita Kak Ton...giliran kita pulak yang tanya mcm mcm kat diaorang. Sabar ke tidak anak anak kita melayan kita tak taulah nanti....Takut ek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam biasalah, Mak... nyanyuk dah! Hahaha!

      Hahaha! Nasib baik dua ajekan, kalau 10 mahu Maklah orang pertama yang menangis tersedu-sedu membaca. Tak baca nanti jiran merajuk hati pulak!

      Mungkinlah Mak, kalau umur panjang nanti kita pulak jadi perangai macam budak-budak. Tapi mungkinkah anak-anak kita akan rasa perangai kebudak-budakan kita itu sesuatu yang berharga dan menarik untuk diabadikan?

      Tak tahulahkan!

      Delete
  10. Assalamualaikum sis

    Adik ni ada kawan sebab tu banyak cakap

    Hehe

    Anak bongsu Maznee pun rajin bercakap

    Membodek pun pandai

    Salam khamis. Kejap je dah nak cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, Mazni!

      Memang saya dengan anak pertama dulu pun suka betul menyakat. Itulah sebab kot anak saya pun bukan main lagi boleh tahan mulut masing-masing. Tapi yang sulung tu kurang dah mulutnya sebab dah besar. Tak gentlemanlah lelaki banyak cakap. Hahaha!

      Delete
  11. Adik banyak cakap sebab ada ramai kawan kawan kan

    abang ada

    pakcik mak cik pun ramai layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Ramai yang melayannya terutama Mommynya ~_^

      Delete

Post a Comment