Emak

Salam kawan-kawan!

Semalam bercerita tentang emak tak banyak anak, hari ni pun kita bercerita sesuatu yang berkaitan dengan emak jugalah ya. Nak bercerita tentang kewangan, belum sampai seru dan tak cukup ilmu lagi. Nanti haru-biru pulak kewangan you all kalau ahkak yang jadi penasihat kewangan 😊 Setakat ni cuma mahir selok-belok online shopping ajelah 😊

Okay, pada yang tak faham apakah maksud tersirat tentang 'kewangan' tu sila abaikan ajelah ya! Takkanlah rajin pulak nak korek entri sebelum, sebelum ni 😊 Malaskan...

Let's go back to the topic di atas 😁

Dua, tiga hari ni dok baca kisah emak aje. Terkesima pulak jadinya tau...

Bila diri sendiri pun bergelar emak, akan lebih fahamlah ya betapa besarnya pengertian perkataan 'emak' itu. 

Mungkin ada yang dah terbaca kisah ni secara online (by the way, the latest Kamus Bahasa kata 'online' bermaksud 'dalam talian' ya bukannya 'atas talian'. Opppssss.... iklan BM sekejap 😉). Jadinya kalau terbaca sekali lagi di sini, bolehlah terus skip aje. I know, I know you all bukan rajin sangat membaca. Tak payah suruh baca fakta, baca bebelan pun malas. Memang nak kena babat tau!

Kita jadikan tiga cerita pendek yang dicedok dari berita online aje... (by the way, cerita ni I tak pasti baru ke lama, sebabnya I memang suka 'korek' sana-sini tetiba tadaaa.... ada aje news nak baca 😊)

Jangan bimbang, I tak suruh baca financial news. I won't share this kind of news dengan you all. I tau fikiran masing-masing dah kusut-masai dengan hal duniawi yang ada 😍


1.  Ada seorang ibu berusia 83 tahun di China yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) berusia 46 tahun. Sejak dua tahun sudah, kesihatan si ibu tak begitu baik. Kesihatan yang semakin merosot  dan usia yang tua menjadikan dia semakin lemah dan tidak berupaya untuk menjaga anaknya lagi. Jadi si ibu terlalu bimbang akan nasib anaknya jika dia pergi dulu. Siapalah yang sanggup menggalas tugas menjaga si anak yang OKU nanti!

Maka ibu ini pun mendapat satu 'idea' yang tidak munasabah kalau difikirkan secara logik. Nak tahu apa idea yang nak dibuatnya?

Nah.... bacalah terus!

Ibu ini telah memberi 60 biji pil tidur kepada anaknya, dijerutnya leher dan disumbat kapas ke hidung. Dalam erti kata yang lain - ibu ni mengambil keputusan untuk mencabut nyawa anaknya sendiri! Kemudian, dia sendiri menyerah diri ke balai polis.

Bila dibicarakan, ibu ini didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 3 tahun. Tapi menurut mahkamah, walaupun dia didapati bersalah, wanita tua ini layak diberikan pengampunan selepas mendengar kisahnya.

Si ibu berasa susah hati kerana memikirkan nasib anaknya yang OKU bila dia sudah tiada nanti. Walaupun dia mempunyai seorang lagi anak, si ibu tak mahu menyusahkan si anak untuk 'mengambil-alih' tugasnya menjaga adik yang OKU.

Katanya lagi.... (Oh, part ni yang buat ahkak sedih) dia tidak pernah berputus-asa dengan anaknya kerana itu darah-dagingnya sendiri. Dia menyalahkan diri kerana melahirkan anaknya yang tidak cukup bulan lalu mendapat kecacatan dan tidak mampu bercakap. Oleh kerana itu, si ibu merasakan dialah punca hidup anaknya merana! Justeru itu, dia lebih rela membunuh anaknya daripada memberinya kepada orang lain...

Kata si anak yang satu lagi, si ibu telah menjaga si adik sejak lahir dan terpaksa berhenti kerja untuk memberi sepenuh perhatian kepada anak yang OKU.

Mahkamah mengambil keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara selama 4 tahun lagi.

Mengapa ya?

Pada pendapat I lah, si ibu pun dah berusia 83 tahun dan kelihatan uzur. Entahkan sempat atau tidak si ibu menjalani hukuman setelah 4 tahun. Mungkin ini caranya untuk 'melepaskan' si ibu dari hukuman penjaranya!

Sedih tau bila membaca kisah ni. Bukannya sebab dia tak sayang, bukan sebab dia rasa anak itu menyusahkan tetapi kerana kebimbangan tentang masa depan anak tanpanya menyebabkan si ibu ni bertindak di luar jangkaan. Tak boleh dibayangkan perasaannya ketika melakukan perbuatan tersebut. Kalau tak sayang lainlah, ini dia sayangkan anaknya. Nasi dah jadi bubur ayam McD, maka nak menyesal pun tiada guna dah!

2. Kalau tadi kita berada di China, sekarang mari kita ke Liverpool pulak...

Seorang ibu berusia 98 tahun berpindah masuk ke pusat jagaan untuk menjaga anak lelakinya yang berusia 80 tahun. Si anak ni ada masalah kesihatan maka terpaksalah duduk di pusat jagaan. Dek kerana itu, si ibu pun sanggup tinggal di tempat yang sama semata-mata 'nak tengok-tengokkan' anaknya yang tak sihat. Si ibu pun dulu bekas jururawat.

Menurut pusat penjagaan ni, mereka dua beranak amat rapat. Setiap pagi si ibu pergi ke bilik si anak untuk ucap selamat pagi dan begitulah juga setiap malamnya. Mereka gemar menghabiskan masa bersama sambil menonton rancagan televisyen kegemaran.

Walaupun anak lelakinya dah berusia 80 tahun, menurut kata si anak ni ibunya selalu aje menegurnya untuk menjaga adab 😊

Betullahkan kata orang. Anak ni walaupun dah besar panjang, dah tua, si emak tetap juga nak menjaga dan melindungi 'anak kecil' nya. Betapa sayangnya emak terhadap anak-anak. Anak-anak mampu ke buat macam tu? Jawablah sendiri, malas nak tolong jawabkan!

3. Okay, marilah kita terbang pulang ke negara sendiri....

Yang ini I  rasa ramai yang telah membacanya sebab baru jugalah kotnya  kisah ni....

Seorang anak pura-pura jatuh sakit semata-mata nak surprisekan si ibu pada hari ulangtahunnya. Anak ni  doklah telefon si ibu suruh datang bawakannya ke hospital sebab dia sakit. Mahu tak kalut si ibu bila mendengar anak sakitkan. Baru anak terbatuk gatal  tekak di tengah malam, kita emak-emak ni bukan main terkejut terjaga berlari tengok anak. Tersedak ke, apa ke sampai tak lena tidur ni. Gitulah kerisauannya. Apatahlagi bila dengar anak sakit dan merayu-rayu minta kita bawa pergi jumpa doktor!

Si ibu ni pun datang jengok anak. Anak lelaki yang dah besar panjang ni pun apalagi, mulalah nak mengada-ngada, nak bermanja-manja dengan ibunya. Peluk erat, tak mahu lepas-lepas, siap sempat batuk 'darah' lagi tu! Mahu tak 'kepanasan' si ibu dilanda resah tengok anak macam tu!

Dalam pada kalut tu tiba-tiba aje anak keluarkan hadiah untuk ibunya dan sebiji kek. Mak oi, apalagi, mendudu-dudulah si ibu menangis kesedihan ke kegembiraan ke tak tahulah. Yang pasti, si tukang tulis entri ni siap meleleh air mata weyh. Teremosi  tiba-tiba. Wallaweyh, so sweetnya anak buat surprise macam tu walaupun nak pecah dada rasanya bila tengok anak kesayangan jatuh sakit!

How sweet 😉

Sampai bab komen, lagilah  nak rasa kena kencing manis dibuatnya. Sweet, sweet komen semua. Tetiba semua teringatkan emak masing-masing. Yang takda emak, sedekah Al-fatihah ajelah!

Ada videonya tau. Kalau  tengok video, barulah datang feel segala emosi sebagai seorang emak/anak 😊 You all carilah sendiri cerita ni kat link tu. Kerja keras sikitlah ya, takkan semuanya nak bersuap. Bajet 2018 pun tak mampu nak suap semua ke mulut tau!

Kesimpulannya, jadi seorang emak ni memang banyak pengorbanan tetapi kalau diri ini diingati, disayangi dan dikasihi, segala pengorbanan itu terasa seperti setitis hujan yang jatuh membasahi seluruh muka bumi tau!

Tak percaya?

Jadilah emak dulu kalau nak tahu betul ke tidak 😊

Ini sekadar iklan di penghujung entri nan panjang - apalagi kalau bukan conversation tiga beranak di rumah 😊

Adik Cute kata, Mommy, nanti Adik kena pergi tadika semula ke tahun depan?

Mommy kata, Mana ada! Takda tadika, tadika lagi. Tahun depan pergi sekolah abang selama 6 tahun. Sekolahlah kat situ sampai besar macam abang!

Adik kata, Okeylah! Adik belajar sampai umur 20 tahun aje ya...

Abang kata, Kalau Adik 20 tahun, Abang dah 25 tahun. Mommy berapa eh?

Mommy kata, Mommy dah tualah. Entah ada, entah tidak. Jangan-jangan takda dah!

Abang kata, Mommy, janganlah cakap macam tu. Mommy fikir positif ajelah, baru panjang umur. Apa kata Mommy doakan aje kita berdua jadi anak yang soleh. Kalau Mommy doa mesti Allah makbulkan. Bolehlah kita berdua jaga Mommy!

Aduh! Mommy dah kembang-kuncup hidung menahan sebak di dada.....

Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah anak-anakku anak-anak yang soleh! 😭





Comments

  1. Mak2 ni kalau hal anak2 memang sensitif.... Semoga kita dikurniakan anak2 yang soleh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul sangat. Asal sebut aje 'anak', emak-emaklah champion tahu. Err... eh cakap apa ni yerk? Hahaha!

      Delete
  2. Aamiin...semoga jadi anak2 yang soleh..cerita2 yang MD kongsikan ni acik dah baca..ada lagi yang acik baca..banyak kan cerita2 mak dan anak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau membaca kisah emak dan anak ni, Acik memanglah cepat emosi. Maklumlah bila dah jadi emak, cepat sungguh perasaan sensitif tu datangkan...

      Delete
  3. tetiba airmata pun berlinangan baca entri MD dipetang hari ni,moga anak2 MD jadi anak yang soleh, bagus kata2 bubbly abang tu..tersentuh hati ni tau.

    ye yang buat surprise dekat maknya tu pun saya baca juga, macam tu lah perasaan bila dah jadi mak ni kan cepat je tersentuh hati kalau bab anak2 ni tak kiralah anak sendiri ke anak orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh/solehah. Jauhkanlah hendaknya sifat derhaka terhadap ibubapa tu!

      Mungkin emak-emak memang begitu kot sikapnya. Baca tentang emak dan anak orang lain pun kita boleh terasa sedih.

      Delete
  4. AllahhuAkbar... semua kisah membuatkan kakcik sebak. Sangat2 sebak...

    Betapa kasih ibu tiada galang gantinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihkan, Kakcik. Emak yang buang/abai anak tu satu hal. Tapi kalau kisah yang begini, memang meruntun hati bila membacanya. Kita boleh faham sebab kita sendiri pun emak juga!

      Delete
  5. Semalam baru tengok video tu Kak Ton....bergenang jugaklah air mata mak. Tengok video tu mcm sayang betul dia dengan emak dia ek... Seronok weyh kalau dpt surprise mcm tu. Tp kalau tgk gaya anak anak mak mcm nan hado je hihi...

    Tak perlah seadanya sudah le. Nak surprise buat je sendiri haha...

    Tapikan kak Ton, rasanya sayang anak dgn emak tak akan sama macam mana sayang mak dengan anak.
    Samalah mcm mak mak kat kampung dia anggap mcm kita ni masih kecik lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihkan, Mak. Nampak sangat betapa eratnya hubungan emak dan anak lelakinya. Bukan main peluk cium manja sayang semuanya timbul. Itu yang buat hati tersentuh...

      Nasiblahkan kita, mungkin sekarang tak nampak. Mana tahu bila kita makin tua, anak makin besar mereka akan jadi lebih baik dari sekarang. Harapnyalahkan...

      Itu memang betul, Mak. Sayang anak pada emak tak akan pernah sama dengan sayang emak pada anak. Mak saya yang dah tua dan nyanyuk tu pun kakak saya kata selalu sebut nama saya sebab 'dia sayangkan kaulah tu!' . Tetiba sedih pulak rasanya!

      Delete
  6. Sedih Tau Kali ni, buatkan den terkenang arwah mak, huaaaaa...sayunya rasa hati ni, bulan safar ni genap 6 tahun dia pergi, tapi rasa macam baru sangat dia pergi..

    Tak nafikan kasih sayang seorg mak tu, den ni mmg garang dgn anak2, Tak garang Tak jadi, disuruh buat Tak tau jer.

    Tq utk sharing yg menyentuh hati ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham, KakG. Sorrylah buat KakG sedih teringatkan ibu sendiri. Yang sebenarnya, bukan mudah melepaskan orang yang kita sayangi. Macam saya ni, dah dua dekad abah saya pergi meninggalkan kami tapi saya masih terasa macam baru semalam arwah abah pergi. Huhuhu... kan dah emosi balik!

      Delete
  7. Kalau dah jadi ibu ni memang akan sanggup buat apa saja untuk anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Kalau belum jadi ibu, kita masih lagi tak boleh nak memahami sepenuhnya. Bila dah jadi ibu, memang anak tu terletak di tangga yang teratas. Suami pun kalah!

      Delete
  8. 2 minggu lepas anak sulung tiba2 hantar gambar tudung bawal, suh pilih yang mana berkenan, esoknya terus di hantar ke pintu pagar.

    Alahaiiiii anak, walaupun ditepis, bagi juga.. bukan nak apapun, yang penting anak2 sihat, selamat, lepas untuk diri masing2pn alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So sweet anak UA buat macam tu. Anak kena tau, walaupun mak berkali-kali kata tak nak tapi dalam hatinya berbunga mekar setaman bila anak hadiahkan sesuatu; tak kiralah murah ke mahal.

      Delete
  9. Morning, MD! Mothers will be mothers. They love us unconditionally and I bet you are the same with your kids. Bubbly Abang is so sweet, kan? Hope that your two boys will be true to their mommy forever unlike the Scottish saying "Your son is your son till he has a wife, your daughter is your daughter all your life".

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's true. No matter how old you are, they still think of you as their small baby ^_^ I do hope both my sons will be filial sons. I don't expect anything in return for my sacrifices, just their loves ^_^

      Oh, I like the saying!

      Delete
  10. kisah pertama tu, ambik pengajaran. elakkan komplikasi semasa mengandung, makan dengan sihat dan betul. kesiankan anak kalau lahir dengan penyakit dan tak mampu urus diri. like crying now

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesal kemudian tiada berguna...

      Tapi yalah, dah nak jadi begitu. Cumanya kasihanlah bila membaca kisah pertama tu. Bimbangkan anak bila dia dah takda... aduhai, sedihnya perasaan seorang ibu membacanya!

      Delete
  11. Betul ckp bubbly abang tu MD..
    Doa yg baik2..
    Fikir yg positif..
    Ini pun ditujukan utk CH 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan sakitkan CH, tak tahulah berapa lama boleh tahan. Itu yang terkedu bila anak nasihat macam tu. Makanya, kenalah think positive selalu kita ni ya, CH ~_^

      Delete
  12. Kisah yang first tu sedihnya. Cuba paksa diri sekarang ni jadi anak terbaik walaupun selalu menghampakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihankan. Tengok mak yang dah tua macam tu, memang menusuk kalbu betullah kisahnya. Sedih bila membacanya. Nak buat macamana, dah takda jalan lain yang boleh difikirkan oleh ibu tua tu...

      Selagi ada makpak, berbuat baiklah dengan mereka, Sal. Peluang tak datang berkali-kali.

      Delete
  13. Walaupun dah baca berkali,tapi tetap sedih...hati mak2 kan.Dah tentu anak2 lahir dari rahimnya ,tentunya saja sayang tiada tandingan nya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain perasaan kasih-sayang ibubapa kepada anak-anak berbanding dengan kasih-sayang anak-anak pada ibubapakan, kak :(

      Delete
  14. Selagi ada mak ayah selagi tu ada doa yang makbul dari mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ibu Zaid. Kalau mereka dah tiada, hilanglah satu pintu pahala kita...

      Delete

Post a Comment