Salam kawan-kawan!
Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊
Apa khabar semua?
Saya di sini khabar baik. Diharap saudara di sana pun sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...
Eh, eh! Dah kenapa pulak salah meroyan nih!
Kalau dah asyik keluar masuk gua bertapa, tak payahlah sungguh-sungguh bertanya khabar. Ya tak? Esok lusa masuk balik dalam gua. Buang tenet aje nak menjawab khabar 😊
Maaflah dengan 'tajuk yang tak seberapa' tu.
Maklumlah, I ni kalau nak paksa keluar gua mestilah sama ada a) jalan-jalan atau b) cari makan. Lain hal memang malas nak keluar dari gua menaip entri tau!
Semalam dalam hujan lebat, suamiku HD suruh mengikut ke area Sogo kerana dia ada urusan di kawasan berhampiran. Maka dalam hujan lebat itulah kami tiga beranak di tinggalkan di tangga Sogo, membawa haluan sendiri ...
I pun apalagi teruslah meninjau apa yang patut tapi dalam kotak fikiran sentiasa teringat pesan suami,
Jangan keluar sesen pun! Budak-budak tu dah makan di rumah tadi. Jangan kerja nak masuk keluar Mekdi, Kepci dan sanak-saudaranya!
Okaylah, kami tak makan di luar....
Ada lagi tu...
Dan jangan beli yang bukan-bukan. I tahu you ni bukan boleh kalau I takda sekali. Entah apa-apa dibazirkan nanti!
Hai, I nak beli baju keluangman kelawar kat luar Sogo tu pun tak boleh ke?
Hujan! Macamana you nak keluar ke situ?
Nasiblah Kak Ton... pergilah jalan-jalan 2,3 jam 'makan angin' dalam Sogo tu...
Tapi, ada baiknya hujan lebat tau sebab dalam Sogo tenang aje. Aman damai walaupun ada sale sana, sini, situ.
Kalaulah Kak Ton tahu jiran sederet Kak Ton @ Umi Alya ada di sekitar, tentu-tentu Kak Ton pakai topeng muka Catwoman tau! Tapi lepas fikir-fikir balik keadaan sekitar selamat dan kalau Kak Ton teruskan dengan usaha nak memakai topeng muka Catwoman berbaju kurung, entahlah berapa 'likes' Kak Ton dapat gamaknya 😉
Makanya Kak Ton pun memulakan langkah dengan masuk ke dalam lif dan terus ke Tingkat 4. Eh, tapi sebelum tu kita surveylah dulu apa ada di Tingkat G dulu 😊
UA, kalau 'terrorist' sangat jap CH, jap Kuantan, jap Sogo, Tingkat 4 ada apa?
I spent time dengan anak-anak di sini dekat sejam. Lepas tu tetiba ternampak tempat ni kosong, Adik Cute pun apalagi...
Biarlah gambar yang berbicara sepi...
Adik Cute aje ya 'kanak-kanak' di sini, makanya bebaslah dia merata di dalam tu bermain sendirian. Bubbly Abang tak ingin nak masuk waima untuk menemani adiknya bermain sekali pun. Lagi pun tetiba dia kata perut rasa tak sedap pulak. Berbaringlah sebesar-besar gajah kat kerusi di luar playground ni. Kejap perut sakit memulas, kejap rasa nak muntah. Janji dengan HD sampai pukul 7 lebih baru diambilnya. Abang pun berdoalah meminta pada Allah supaya hilang sakit perutnya sambil menyedut Vicks dan menyapu minyak kapak di perut...
Adik?
Dia apa kisah. Janji bila dapat berada dalam dunia playground sendirian, hebat dah sangat feelingnya!
Mommynya pulak buat apa?
Bak kata UA, mana mungkin MD akan meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan. Memanglah I jadi 'pengawas' terpacak kat situ, tolong jerit mana patut walaupun takda orang lain di situ kecuali my anak-anak!
Sempatlah berposing, sempatlah ukur tinggi budak-budak ni...
Eh, eh! Adik Cute dah 120 cm dan Bubbly Abang pulak dan 154 cm tingginya. Tak lama lagi, Mommy mereka bolehlah mencelah di antara mereka dua beradik!
Bila Adik Cute dah puas main dan doa Bubbly Abang dimakbulkan Tuhan, kami pun terus naik Tingkat 6 pulak. Kita lepak kat Texas Chicken walaupun suami kata JANGAN tadi...
Ishhh... memang tak dengar kata bini seorang ni tau!
Agak-agak dah jemu duduk di situ, kami pun turunlah ke Tingkat 5.
Baru aje nak buat tinjauan, tetiba HD telefon suruh get ready nak balik dah! Aduhai....
Masa HD ambil tulah kami terfikir why not kita pergi ke Ekspo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka? Kalau ramai orang, kita blah balik rumah. Terlanjur dah di area berdekatan, wajiblah menyinggahkan!
Okey, yang itu kita cerita kemudian! Kalau I tak menyelinap masuk gua, nanti kita uplah entri ya 😊
Selesai di ekspo, kami pun pulang ke rumah. Jam pun dah pukul sembilan lebih.
Tetiba pulak rasa nak makan. Makanya, jomlah kita ke KFC depan rumah 😊 Kita cuba produk terbaru KFC ya - Chizza nama diberi.
I kalau ke KFC memang suka beli ni...
Tau tak apa tu? It's Loaded Potato Bowl. My favorite selain daripada ayam goreng KFC. Muak dah makan ayam goreng ni. Masa bercinta makan seketul, lepas kahwin boleh makan dua ketul tapi sejak anak-anak dah besar ni, back to one ketul ajelah. Lepas tu muak dah!
Dah terlanjur di sini, kita cubalah order Chizza sekali...
A la carte berharga RM7.90 ya.
Rupanya begini lebih kurang...
Dan rasanya?
Well, you all janganlah expect it's a pizza ya. Ianya cuma filet ayam yang ditaburi cheese, sos, 'bawangan' dan nenas. Rasa macam makan isi Burger Zinger ajelah! Sama juga dengan isi ayam dalam Loaded Potato Bowl tu tadi. So ianya more to filet ayam yang menjadi base untuk pizza, bukannya pizza ya!
Tapi, okaylah! Kalau nak cuba makan, apa salahnya. But for me, macam tak mengenyangkan aje. Kalau my jiran sebelah yang berdarah KingKong ni makan, nescaya dia akan masuk ke beberapa restoran lagi dalam sehari tu dek kerana kurang kenyang. Hahaha!
Itu ajelah nak cerita.
Lain kali berjumpa lagi ya!
Yang tulus ikhlas mengharapkan kamu, kamu, kamu mengomen,
MD
😉
Alorrrr dah alang2 ke tingkat 4 (ada hadiah tak?), tak rembat ke 4-5 pasang baju casual 2 beradik tu? rugi woo... (pssttt: dah jawab soalankan??)
ReplyDeleteJika melangkah ke area ini, rugi jika balik dengan kosong, berhantu weyhhhh nak2 jika selepas dapat gaji atau bonus.
Wajib dapatkan persalinan pari2 bongsuku sebelum melangkah ke floor lain.. diapun sama, tak pandang daa baju kedai lain, SOGO juga pilihannya walaupun tau $$ si ibu kadang2 menipis.
Ishhhh anak mak betul budak ni..
Pandai pun, mak budak ni... Hahaha!
DeleteNak hadiah sesaja! Kalau terjumpa semalam, dapatlah agaknya makan free kat Texas Chicken ^_^. Eh, serius ke UA ada kat situ dalam waktu yang lebih kurang sama? Awat kita tak bertemu? Tiada jodoh antara kita nampak gayanya. Hahaha!
Nak buat macamana...kang somi nampak beg plastik Sogo kena sergah pulak dah. Itu pun dapatlah mencelah serba sedikit sumbat dalam handbag yang 'luas' barang sendiri ~_^ Pandai-pandailah nak hidup *_*
Kat 4F ni untuk adik adakalanya sesuailah tapi untuk Bubbly Abang memang payahlah, UA. Itu yang malas nak naik ke Tingkat untuk lelaki tu. Lagi pun bak kata UA, kalau ke Sogo rugi tak membeli 'barangan keperluan sendiri'! Hahaha!
Malam ni pi lagi Sogo ya UA lepas tu teruslah terlajak sikit pi Dataran Merdeka tengok ekspo. Tapi jangan up entri dulu, I belum up lagi! Hahaha!
banyak tu pesanan penaja dari HD, tapi aci kerat jarilah kalau MD tak rembat apa2 kat situkan, eh mesti ada rembat sesuatu jugakkan, tengok tu pesan jangan makan pun tetap makan juga hehehe, tapi ye lah kan kalau pergi setakat tengok2 je nak buat apa jugakan, dah penat berjalan layan anak2 nak jugak duduk2 minum hilangkan penat hehehe
ReplyDeletetak sempat lagi nak makan kepci yang baru nih, tapi yang loaded potato tu saya pun suka juga. samalah saya ni MD dah usia nak menjengah 40 dalam sebulan dua je lagi ni selera makan ayam kepci ni pun tak berapa nak ada sangat dah, dapat seketul kecik tu jadilah buat rasa, nak makan banyak2 tak selera dah rasanya, tapi kalau coleslownya tu bolehlah bedal bayak2 dengan chezy wedgesnya hahaha
Pandai-pandailah nak hidup, AA. Hahaha!
DeleteKalau ikutkan, nak beli baju kelawar pun tak boleh tau!
Kalau berjalan dengan anak-anak ni mana boleh kalau tak makan, ya tak? Tak kisahlah kenyang ke lapar, bab nak minum air beli tu memanglah muncul. Tak kisah jugalah kalau kita dah siap-siap bawa botol air sekali!
Samalah kita, AA. Dulu lepas kahwin (jgn cerita yang sebelum kahwinlah ek) 2, 3 ketul pun mampu lagi lahap depan-depan suami. Tapi sekarang ni jemu betullah. Kalau saya bab mashed potato, cheezy wedges dan potato bowl ni memang masih ada 'nafsu' lagilah ^_^
Entah lah kenapa memang tak minat nak cuba
ReplyDeletedah masuk kfc
masa nak order tu tukar jadi lain
menu kfc ni semua sama je
tukar tukar sikit
tambah itu ini
Base nya sama saja
Lepas ni dia buat burger special gaya burger ramlee
balut telur pula agaknya
Dulu-dulu memang rajinlah lepak makan di sini tapi bila dah meningkat usia ni memang kurang sikitlah dengan KFC ni. Muak sungguh lebih-lebih lagi bila dapat ayam isi yang besar-besar tu. Tak larat nak mengunya ^_^
DeleteCH pun dah mengikut MD "meng gua" tau..
ReplyDeleteMcm best jer duduk gua tu..
Sejuk nyaman.. bersama kegelapan 😂😂
Tapi kesian pulak tengok blog tu..
Kata nak naikan balik semangat tapi tirun juga😆
Lama CH tak gi Sogo ni tau..
Kalau gi pun kat G tu jer..
Rembat baju yg sales tu..
Sedap ye KFC baru tu MD..
Tu hari mkn masa kat KLIA2 tu..
Masa nak ke Langkawi ..
Tu pun rembat bubur.. burger dan ayam goreng ..
Nanti nak cuba jugalah..
Jangan lupa memperbaharui lesen duduk dalam gua, CH ^_^
DeleteItulah pasal. Nak kata nak berhenti menulis blog, tak juga. Rasa sayang pulak sebab banyak dah kenangan tersimpan di blog. Tapi nak start membebel tu alahai, siksa rasanya tau kalau tak sungguh-sungguh nak buat comeback!
Saya pun jarang pergi Sogo. Setahun adalah 2,3,4,5 kali aje. Lainlah UA, memang tempat permainannya anak beranak ~_^
Entahlah CH. Nak kata tak sedap, filet ayam tu sedaplah. Tapi ia bukan pizza sebenarlah senang cerita.
Wah...your HD got give instructions pulak, ek? So you listen or not? hee..hee.. Anyway it was a nice outing for you and your two heroes. It's been a while since I had KFC. Itu pun it's because there is no KFC nearby or else you sure will see KFC in my post hah..hah..
ReplyDeleteHe always like that, PH. But you know me, sometimes I myself bend the rules here and there ^_^
DeleteOnce awhile can go out with them, memanglah syok. Kalau boleh, every single days pun nak buat kerja macam ni but what to do, I'm a working mom ~_^
Oh, you like KFC too yeah! How about Texas, McD and all other fast food chains?
Kalau semua suka, mesti dah berkali-kali masuk blog, ya tak? Hahaha!
Well balik umh kena check Tak apa yg Ada dlm handbag tu? Haha..ayoooo, dah minta maaf ke blm sbb melanggar arahan tuan yg dipertua tu? Cepat pegi minta maaf, sebelum rahsia pecah terbarai..
ReplyDeleteTak minatlah kepsi2 dan yg sepesisnya tu, I is diet lah, chizza2 tu pun I pandang sebelah mata je. Tapi I suka plak pizza, kalo dpt pizza kolestrol pun den pandang sepi je, boleh gitew.
Takyah lah bertapa lelama dlm gua tempurung tu, nanti jadi hantu tempurung Kang, sape nak jawab.
Budak Comey tu seronok sungguh ek, mendominasi kawasan gitew. Tunggulah dia besar sikit lagi Kang, harus taknak dah enterprem kt blog mummy nya mcm si abangnya tu.
Handbag selalu takda spot check sebabnya penuh barang. HD pun rimaslah kalau nak mencari barang dalam handbag saya. Tapi saya ni walaupun adakalanya tak dengar kata, tak lama tau. Rasa bersalah tu buat saya mengaku aje kemudiannya kat suami. Hahaha!
DeleteOh, suka pizza rupanya. Ingatkan tak suka semua fast food yang ada. Saya ni fast food boleh lagilah tibai, maklumlah tak ingat diri dah tua ^_^
Itulah tengah fikir juga ni. Kalau anak-anak dah besar, muka siapa yang harus ditempek dalam blog? Kena masuk gua selalulah kalau dah macam tu....
Assalamua'alaikum..
ReplyDeletehollaaaa....
rindu weiiiii.... nyiggah jap lepaskan rindu...
dah besor2/tinggi anak u ek...
i blum try test cuba lagi chizza tu..tapiiiii mcm tak tingin plak nak mencuba...
kalo KFC me mmg old skool skit.. tetap nak oder ayam walopun seketul je makan hehehehe..
ok ok dah lepas rindu, dah tinggal jejak..
taking cares muah muah..
Wa alaikum salam!
DeleteHolla! Holla! Awat bila kita terjah sana tak boleh masuk ni, sis? What's happening???
I pun sekarang jap timbul, jap tenggelam. Tapi takdalah pulak berniat nak tenggelam lama-lama. Bertapa sekali-sekala menimba ilmu. Hahaha!
Betul tu. Kalau masuk KFC, memang selalunya ayam goreng jadi pilihan walaupun ada set menu baru. Chizza ni okaylah aje pada I ni. Takdalah setiap kali masuk KFC, rindu kat Chizza macam rindu kat you ^_^
Ni mesti suami dah faham beno perangai bini dia sebab tu pesan banyak2.Berat juga dugaan melawan nafsu membeli ni kan.
ReplyDeleteSeronok adek dapat main ya.Yalah bila dah besar abang xde minat nak layan playground lagi.
KFC akak waktu2 tertentu je membeli sebab membayangkan menambah2 kolestrol yg sedia bertimbun dlm badan ni.
Takdalah, kak. Sekurang-kurangnya kalau untuk empat orang makan, empat setlah saya belikan. HD tak suka begitu. Kalau boleh 'sharing is caring' katanya! Pada saya pulak, bab-bab makanan ni memang tak mahu sharing, caring-caring! Hahaha!
DeleteSaya pun dah jaranglah masuk KFC. Muak juga. HD lagi tak suka fastfood ni kecuali kalau desakan kuat sangat dari isteri, bukan anak-anak ^_^
Da lama tak berkunjung ke sogo..
ReplyDeleteSejak hari jumaat kami rehat sejam je, mmg tak je la sogo dgn kwn2 opis.
Kalau ke sogo dgn en suami, biasanya jika ira kene kerja hujung minggu.
Macam menarik je expo negaraku tu, up la entrynya.. Hihi..
Ira pun kurang da makan kepsi. Tapi kalau chezzy wedges tu kegemaran kami sekeluarga.. Ayam goreng kalau part bnyk isi tu mmg muak.
Saya pun rehat sejam aje tau. Bosan sangat sebab KLCC yang dekat tu pun tak dapat nak ronda-ronda sesuka hati macam company tu kita punya! Itu yang sesekali ter'overtime' kat KLCC time lunch break. Kahkahkahkah!
DeleteBy the time, saya membalas komen Ira ni, ekspo tu dah pun berakhir... Harapnya dapatlah Ira sekeluarga pergi menjenguk ya!
sudah2 lah bertapa tu MD, tu jiran sebelah dah keluar dari gua, MD bila nak keluar ni hehehe
ReplyDeleteBertapa itu satu keseronokan tau, AA! Hahaha!
DeleteMalas punya pasallah ni. Bukan salah saya tak update entry tau ~_^
Tak sangka toat begitu sekali, memang isteri mithali sunggguh ni. Weyh, Kak Ton.... mak pun rasa mcm nak beli baju kelawolah. Banyak stok 10 tahun lepas dah koyak rabak ni weyh...heeee
ReplyDeleteBolehlah try KFC hari ni. Kebetulan anak anak nak keluar berme time dengan geng diaorang. Mak sorang sorang bolehlah balun pizza chiken. Tak de sapa nak kacau.
Mak, kelawo tu dah macam pakaian tradisional di rumah! Hahaha! Senangkan kalau pakai kelawo ni, kerja rumah semua beres! Eh, apa kaitan baju kelawo dengan house chores! Tak faham pulak!
DeleteMak, dah trykan Chizza ni. Amacam? Cukup ke makan satu set aje? Ke ada add on menu lain-lain sebab tak cukup kenyang? Wahahaha...
Tak pernah pula order loaded potato bowl ni .. yg cizza tu pula setakat ni blum tergoda nak order sbb cam isi ayam biasa jek kan 😅
ReplyDeleteSaya peminat kentang sejati. Makanya, loaded potato bowl ni memang menjadi favorite selain daripada ayam goreng di KFC. Lupakan sementara bab-bab kolesterol etc... ^_^
DeleteAwat berzaman sudah berkurung dalam gua, takut gelap erkkkkkk? Sesekali keluarlah MD..
ReplyDeleteNikmat 'bergua', UA! Hahaha!
DeleteTengoklah! Kamus bahasa pun dah ada penambahan perkataan baru dek kerana bertapa lama. Hahaha!
Ish, nak keluarlah ni! Nak keluar ni! Satgi...
Ibu dah berjaya menahan diri dari makan hidangan terbaru ni
ReplyDeletesebab katanya biasa saja
Kalau lagi banyak reviews dibaca, memang IZ tak akan pergi merasa chizza ni. Biasa-biasa sahaja, bukan luar biasa! Hehehe!
DeleteUii.... senyap je, cukup cukuplah meronggeng sesorang tu.
ReplyDeleteIsh, Mak ni! Macam tau-tau aje Kak Ton tengah meronggeng! Orang tak cakap pun pandai aje dia serkap jarang tau ^_^
Deletesmlm pun makan kfc tapi lupa nak order. tp memang menu kfc ni sebnarnya lebih kurang je
ReplyDeleteKalau dah masuk KFC ni memang aim kat ayam goreng ajekan. Menu-menu lain tu selalu terlupa ^_^
DeleteTak cuba pun takpa. Biasa aje rasanya, Raihanah. Lagi best order Zinger Burger ^_^
Sogo? Dah lama nau ai tak masuk sana.
ReplyDeleteKFC? Chizza tu.. eemm.. pada tekak ai dan anak2 biasa je. Biasalah, takkan kita nak expect macam makan Pizza Hut pulak kan.. so terima seadanya tapi sekali itu jelah belinya.
Sekali makan ya udah. Cukuplah buat merasa katanya. At least bila orang tanya dah try? Dahlah juga jawabnya. Nak makan pizza, pergilah resto pizza yang original. Hehehe!
Delete