Tuesday, October 11, 2016

Scarlet Heart and Love in the Moonlight, (are) On the Way to the Airport ^_^

Salam 10 Muharram kawan-kawan!

Aha, maafkanlah ahkak ya semua! Hari ni ahkak nak bercerita tentang drama Korea ~_^

Kepada yang tak berapa suka, silalah jangan kecam ahkak ^_^ Ahkak memang macam ni perangai, walaupun usia kata dah tua, hati masih lagi terasa muda. Itulah hasilnya kalau suka sangat bergaul rapat dengan rakan-rakan yang lebih muda dan anak-anak saudara yang masih muda belia belaka. Alkisahnya, ahkak terlupa diri sebenar...

Apalah MD ni... dah tua tapi masih berlagak macam orang muda pulak!

Oh, ini jawapan ala-ala retis Malaysia ahkak ya ^_^

Eh, Dik Non! Sikap ahkak, baik buruk ahkak hanya Allah yang boleh judge! Kome, kome dan kome,  tak boleh sesuka hati nak jatuhkan hukum pada ahkak tau.... Jaga peribadi kome, kome, dan kome dulu. Menegur biar dengan cara yang betul, kasar-kasar mengungkit mengata ni not the type of nasihat yang boleh terus masuk ke telinga dan menusuk kalbu tau.... 

Oh ho... perasan retis sekejap ~_^

Tapi, betulkan katanya 'don't judge a book by its cover'? Kalau korang nampak perempuan tak bertudung, tak semestinya dia terus masuk neraka. Korang membebellah duplohlapankali kata dia ahli neraka, kalau Allah kata tidak, tidaklah! Kalau korang nampak perempuan bertudung, tak semestinya pulak dia takda chance nak masuk neraka ^_^ Ini perumpamaanlah ya, jangan pulak nak perpanjangkan cerita kata ahkak merapu entah apa-apa. Kalau tak setuju, okey takpa. Ahkak terima segala pendapat dengan hati terbuka tapi kena ingat, kalau kita mengutuk mengata tanpa bersebab, siapa yang dapat pahala?

Ah ha.... ~_^

Eh, lupakan hal yang itulah. Mari kita berborak merapu meraban lagi ya ^_^ Membaca my entry ni kena dengan hati penuh terbuka, tak boleh sensitif sangat. Lagi pun kan dah kata ahkak suka merapu meraban, yang nak sensitif tak memasal tu siapa suruh? Kehkehkeh....


--------------------------------------

Alamak, the only geng online yang suka menonton drama Korea ni tengah berpantang pulak... Kalau tidak, 'laju' juga discusssion ^_^ 

Pagi hari, sebaik boleh masuk ke pejabat, I dan rakan pejabat (yang jauh lagi muda) akan 'berdiskus' secara mendalam hal duniawi dulu, termasuklah diskusi secara mendalam kisah-kisah yang dipaparkan dalam drama Korea yang ditonton. Lepas tu barulah kita uruskan soal iman pulak ^_^

Nampak tak keseimbangannya di situ?

Habislah ko MD, nampak sangat nak minta kena kutuk tau!

Okey! Okey! Kita terus ke tajuklah senang cerita ^_^

Sekarang ni I tengah asyik menonton tiga drama seperti tajuk yang tertera di atas ^_^ Walaupun dua drama pertama tu layaknya ditonton oleh golongan muda belia aje (sepatutnya), I suka jugalah sebab I rasa I pun termasuk dalam golongan muda belia yang tak tua tua terutama cerita zaman-zaman sejarah ni. I like sungguh walaupun tak suka belajar Sejarah katanya ^_^

And, cerita yang satu lagi tu (On the Way to the Airport), yang itu memang layak ditonton oleh para cendekiawan penonton yang dah maturedlah sebab ia mengisahkan tentang pergolakan rumahtangga dua pihak - si hero dan heroin. Tapikan, sampailah ni I dok fikir apa motif cerita ni! Depa nak suruh kita support extramarital affairs ke apa ni?

Oh, kalau tak faham kenalah tonton sendiri. I malaslah nak mengarang sinopsis untuk ketiga-tiga drama ni. Pukul berapa pulak nak habis mengarang dan berapa jam pulak you all nak 'berumahtangga' di my blog ni? Ahah.... ~_^

Pada peminat Park Bo Gum,  Lee Joon Gi, Kang Ha Neul, bolehlah buang masa menonton drama Love in  the Moonlight and Scarlet Heart ni. Kisah raja-raja memang seronok untuk ditonton sebab kita bukan keturunan rajakan. Hahaha! Lagi-lagi bila raja ada 25 putera yang masing-masing ada agenda nak tengok who is the next putera yang akan naik takhta!




For me, I minat actress ni sebenarnya Kim Ha Neul, walaupun watak heroin yang dipegangnya dalam On the Way to the Airport tu lurus betul alahai. Macamana spesies perempuan macam ni boleh terbabit dalam cinta luar perkahwinan ni... I is confused a bit here and therelah, Kim ~_^



Oh, nak tahu tak atas dasar apa I suka tengok drama Korea?

Bergantung kepada ketinggian hero dan heroinnya! Kalau 5ft 9in. atau 6 kaki lonjong tingginya jer, memang I keraplah buang masa menonton drama Korea ni. I ada soft spot untuk ketinggian sebab sedar diri ni tak berapa nak tinggi pun ^_^

See you next time.

Ahkak janji lepas ni ahkak tak merapu hal duniawi sesaja...

Eh! Macam dah janji aje semalam ~_^




38 comments:

  1. Kadangkala teringin juga nak menonton drama bersiri, tapi bila menonton dengan En Suami, keinginan selalu terbantut mendengar soalannya 'cerita apa ni?'...Bila dia pegang remote, asyik tular saluran, baiklah kakcik duduk diam-diam...huhuhu...

    Rasanya drama Korea yang pernah kakcik tonton 'beriya', lamaaa dulu - Jewel In The Palace dan Coffee Prince. Itu je kot...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah. Sama macam HDlah. Kalau dengar radio, kejap-kejap tukar. Kejap-kejap tukar. Stress jadinya pendengar yang lain. Bila kita komplen, terus tutup radio! Habis cerita!

      Saya baru bermula semula ni. Dah cubalah tak nak tengok drama bersiri tetiba ada pulak yang menyakat suruh tengok. Bila dah tertengok, langsunglah tak lepas walau satu episod pun!

      Delete
  2. Haha.. siapa yang kata drama korea ni hanya orang tertentu je boleh tgk? Cer bagitahu namanya.. meh saya nk kasi sikit ceramah kat dia. Haha. Niat yang penting kan, nawaitu kita. Huhu ayat cam ustajah sikit kat situ. Kemain la, tapi bg saya minat tgk drama korea ni sebab isu dan idea dalam drama tu biasanya dikupas elok yang selalunya mengundang air mataku ni dialirkan tanpa dipaksa.. takpun idea yang tak atau jarang diketenaghkan dalam drama melayu atau drama english. Basicnya kisah cinta atau kisah keluarga, rebut harta atau rebut kekasih tu sama je mana-mana filem, tapi elemen lain yang ada tu, saya rasa penulis skrip korea ni pandai ketengahkan elemen yang saya suka tu. Haha. Apa aje la. Anyway, kisah cerekarama minggu lepas pun air mata saya ni mengalir xhenti.. MD tengok ,? Ketika daun berzikir kot tajuknya, maafkan saya kalau salah tajuk. Tp kisah zamrul hisham jadi anak hampir nk derhaka tu menyayat hati betul. Jadi orang dalam pantang ni sanggup la bersengkang mata tengok tv walaupun dah biasa sebelum tu malam je i tdo awl.

    Anyway, saya suka pelakon yang jadi Doh Woo tu. Kalau drama ada dia, biasanya saya tengok. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak takpalah, AN. Muda lagi. Anak pun baruuuuu 3 ^_^ Umur pun baru 30-an gitu. Cam 'aweks blogger' ni semua alahai, tak sedar diri lagi. Sayalah tu, orang lain tak tengok drama Korea!

      Saya dah berhenti mengikuti drama Korea tau tapi 'pukulan' pujuk rayu kengkawan tu tak tahanlah. Bila dah tertengok, kenalah tengok tanpa berkelip mata ^_^

      Alamak! Saya tengok trailer cerekarama tu tapi saya lupa hari apa. Tak tengoklah senang cerita!

      Oh tinggi tau Lee Sang Yoon tu. 6ft 1 in tau ~_^ Dimple dia pun boleh tahan...

      Delete
  3. Akak pun kadang kala terjebak juga dengan drama korea ni...Walaupun katanya cerita org muda...padahal diri dah tua :-) malas dah nak ikuti sangat cerita2 bersiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik jangan terjebak. Kalau dah terjebak, memang nangis-nangislah meronta hati nak tahu episod seterusnya dan seterusnya dan seterusnya...

      Delete
  4. Ni i maghah ni. Tengah marah ni, marah ni. Siapa kata the only geng online yang suka layan drama korea adalah cik puan Aisy Nasiha je? I pun hokey. Tu pun baru je berkecimpung semula sejak tinggalkan lama dulu. I minat kim rae won hokey. Dgn Lee Min Ho. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppss! Manalah I tahu tetiba you decide nak online. Lama dah I tak nampak you berkeliaran di alam maya ni, Lyd. Maafkanlah I. Ni mesti start berkecimpung balik masa dalam pantang nih. I tau ler. I dulu masa dalam pantang tengok Bawang Putih, Bawang Merah aje tau. Dah habis pantang pun cerita tak habis lagi. Stress I jadinya.

      Hish, I tak sukalah Lee Min Ho. Budak-budak sangat ^_^ Kim Rae Won tu okeylah, rupa tiada tapi ketinggian ada. Apa yang penting - TINGGI!

      Delete
  5. fuhhhh... lama iols tak tgk Korea. dan tetiba lupa pasal drama korea sebab busy memanjang nak hujung tahun ni kennnn.. So, weekend ni blh la kita donlod drama drama Korea yang patut. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, baru berdua dah tak berkesempatan tengok drama Korea ke Aina? Nanti kalau dah bertiga, berempat, berlima and so on, and on, memang pencen teruslah tengok TV tau. Anak-anak dah panjang akal sikit barulah dapat ngap sekejap ^_^ Macam ahkak ler ...

      Scarlet Heart tu wajib donload tau, tau, tau!

      Delete
  6. Teruskan lah menonton MD..
    Selagi suka kan...
    MD dulu2 suka lah menonton cerita Korea tu..
    Mula2 tergoda dengan cerita Autum In My Heart tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errkkkk! Lain macam aje bunyinya ni CH ^_^

      Itu kes 10 tahun sudah tu CH. Sekarang CH sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak ya. Saya ni ada masa tak 'terliur' juga nak tengok depan TV tapi kalau dah terliur, memang susah betul nak berhenti. Nak salahkan syaitan menggoda, nampak sangatlah alasan ^_^

      Delete
  7. Laaa, sampai situ jer celoteh nya? Ingatkan panjang!

    Saya tak pernah tengok cerita korea lah MD. So, memang tak boleh nak komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini tak 'panjang sikit' ke, KB?

      Oh, ya! Selalunya panjang berjela-jela tapi kali ni cuma panjang sikit-sikit aje ^_^ Nantilah bila jumpa tajuk yang sesuai, saya berceloteh sampai tak larat nak membacanya lalu ditekan butang 'X' di atas ^_^

      Bagus juga kalau tak tengok tau. Kalau tengok, macam kena glue depan TV. Tak boleh bergerak langsung. Tekun alahai baca subtitles!

      Delete
  8. Wow peminat citer korea rupanya MD nie.. caya laa.. Ahkak masih belum lagik terjerumus dlm citer korea nie.. akan dtg tak tau le plak kan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dulu memang minat lepas tu stop sekejap sebab tak tahan nak meng-glue-kan diri depan TV. Sekarang ni entah macamana boleh terjebak balik. Salahkan TVlah, jangan salahkan diri sendiri ^_^

      Delete
  9. Akak pun sesekali layan juga drama korea. Sape kata drama korea utk org muda.kena gaya dn masa umo cam akak pun boleh masuk.dpt feel muda balik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama Korea ni ceritanya biasa-biasa aje. Selalu pun hal kekeluarga, cinta dan sebagainya. Tapi cara disampaikan oleh pelakon tu yang menarik. Kita yang tak faham satu apa bahasa yang diucapkan pun boleh bergelak gembira, menangis sedih bersama! Kalau layan drama Melayu yang ada sekarang ni, semua adaptasi novel. Okeylah tu. Tapi bila tengok tajuk aje dah nak muntah. Tengok jalan cerita, lagilah tak boleh tahan!

      Bukan tak patriotik, tapi tengoklah sendiri kalau tak percaya. Betul tak, Kak Yon?

      Delete
  10. Jangan fikir diri tu dah tua kalau nak sentiasa merasa jiwa muda. Falsafahnya gituh lah, hehe. Sedangkan saya yg kununnya muda nih pun tak layan sangat tau cerita Korean melainkan ada kawan nak sponsor download utk saya. Hehe. Saya minat Lee Joon Gi tau, lepas tengok drama Arang & The Magistrate (kawan sayalah bagi sedut dari laptop dia, kalau tak.. hampehlah saya nak download sendiri.. hihihi..) dan drama Joseon Gunman, rasa macam nak mintak kawan saya download pulak cerita nih.

    Aci tak?
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, saya tak pernah rasa diri tua.... Bahkan saya sentiasa muda macam Gee tau. Sebab itulah boleh geng. Kalau ikut umur sebenar, kena panggil ahkak-ahkak dah. Silap haribulan kena panggil makcik. Hahaha!

      Hai, download free pun kena sponsor ke? Ni mesti takda masa sebab melayan babykan, kan, kan ^_^ Kalau saya suruh HD downloadkan cerita Korea ni, mahulah kena hempuk duplohlapankali. HD suruh saya rajin-rajin baca AlQuran instead of terglue depan TV macam apa ntah katanya ^_^

      Sadis tak?

      Delete
    2. Kena mencontohi MD nih, sebab walaupun saya nih muda kadang-kadang saya rasa diri saya nih dah tua sangat. Tambah lagi bila balik ke rumah keluarga suami, automatik jadi Kak Long dengan 7 adik ipar tau. Hahaha.

      Sponsorlah kekdahnya sebab pakai bandwidth broadband dia kan, dia bayar bulanan saya pandai sedut cerita aje. ^_^ Alhamdulillah, HD menegur tuh sebab dia yang akan dipertanggungjawabkan ke atas segala amal & perbuatan isteri dia. Beruntung MD, HD is caring tau.. Aicewah.. ^_^

      Delete
    3. Ada baik, ada buruknya juga Gee...

      Biasalah semua perkara pun macam tu jugakan. Saya ni masih merasa berkelakuan tak sesuai dengan umur kadang-kalanya. Mungkin juga disebabkan saya ni adik perempuan bongsu dalam 7 adik beradik perempuan yang ada. Kakak saya yang pertama dah 60 tahun, jadi saya dengan kakak saya memang 'manja-manja' macam anak sulung aje kekdahnya. Itulah sebab saya tak mengenali usia saya sebenar ^_^

      By the way, hati aje muda. Rupa paras takdalah muda lagi. Duh!

      HD memang macam tu. Selalu kutuk saya. Katanya daripada membazir masa tengok cerita Korea romantik sana-sini, lebih baik baca AlQuran. Satu jam tu banyak juz dapat ^_^ Hehehe ....

      Delete
  11. wah samalah kita MD dok layan citer ni. Moonlight tu saya rasa dah bosan sikit, puitis sangat. yang scarlet heart boleh darah tinggi jugak rasanya sebab sama2 adik beradik nak berbunuh semata2 nak jadi raja. hahah. tapi saya suka yang on the way to airport tu. selain citer oh my ghost. komedi ringan. hari tu layan jewel in the palace, history story citer lama tayanng balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moonlight tu saya suka tengok sebab suka tengok Bo Gum ketawa. Cantik gigi ^_^ Mulanya saya tak tengok tau Scarlet Heart ni. Alah, citer budak-budak saya memang tak berapa suka sebenarnya lagi-lagi kalau banyak sangat pretty boys. Kawan pejabat saya bukan main galak suruh tengok. Bila balik kampung baru ni, saya terglue depan TV tengok dari episod 1 sampai 7! Habis Astro kakak saya, saya yang conquered. Bengang aje depa ^_^

      Airport tu bestkan walaupun melodramatik sesangat! Saya suka Kim Ha Neul sebab cantiklah tapi si Gentleman of Sydney tu rasa macam nak lempang aje setiap kali keluar TV.

      Nampak tak kepekaannya dengan watak? Hahaha!

      Oh, ni nak beri tahu saya tengok Winter Sonata 3 kali tapi Jewel in the Palace tu tak pernah pun habis tengok semua episod!

      Delete
  12. haha..sebab kenapa menonton drama Korea tu sangatlah kelakar. boleh plak tengok ketinggian. Dalam TV bukan semua orang nampak tinggi ke?hehe. Saya tak minat sebab malas nak follow je. Bukan anti ke apa tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius! Betul! Akak memang ada soft spot sikit tang ketinggian ni tau. Kalau akak tengok dalam cerita nampak tinggi lain macam, akak terus google. Selalu memang tinggi lebih 6ft lah. Teruslah akak meng-gam-kan diri depan TV sebab teruja tengok hero/heroin tinggi. Herolah yang sebenarnya *_*

      Delete
  13. Dah lama pencen dari nengok citer korea. Dulu minat lah jugak. Tapi ramai kata dedua cite ni best. Harus kena nengok balik nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya 'bersara' sekejap aje lepas tu 'kerja' balik! Kerja tengok drama Korea ^_^ Entahlah apa yang best sangat drama Korea ni tapi memang boleh feeling habislah kalau menonton!

      Delete
  14. Ohhh nilah kisahnya kat WA tadi ek. Pasal drama Korea rupanya....
    Mak mmg tak layan langsung drama Korea ni ...lagi lagi kalau drama ala ala purba sejarah tu lagilah.... Tak sukalah depa depa pakai kostum macam jubah tu...

    Alah.....apa salahnya manusia purba tengok kisah remaja hihi.... OK apa hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah keluar Maharani, Maharaja, putera raja tu semua memang penangan cerita Korealah Mak. Hanya AN yang memahami ^_^

      Kat Malaysia kita main Sultan, Sultanah, Tengku Mahkota aje. Nak saya sebutkan Tengku Mahkota yang mana? Hahaha!

      Delete
  15. ai tetap remaja purba.. ekekeke..
    scarlet heart tu, anak ai suka tengok, boleh kawan dengan u MD.. eeemm.. ai tak boleh layan, sebab kalau layan nanti non stop.. cukup2lah zaman muda dulu.. sekarang dah remaja purba ni rentak pun berubah skit.. ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang malu nak mengaku dan berterus-terang. Umur bukan makin muda, tapi perangai menjadi-jadi mudanya. Hahaha!

      Drama bersiri ni memang tak boleh mula tonton. Kalau dah mula, memang ralatnya nak lepaskan setiap episod. Asyik nak duduk depan TV.

      Saya pun mulanya tak tengok Scarlet Heart ni bila tengok pelakonnya semua budak hingusan gitu ^_^ Entah macamana boleh terjebak akhirnya. Boleh tengok back to back tau 7 episod tanpa henti!

      Delete
  16. sesekali kena jugak merapu hal2 duniawi ni MD.. hahaha.. hati muda maa.. sy pun dok layan gak kenkadang citer Korea ni..klu dah layan, mmg melekat lah jawabnya... dr gaya penceritaan mcm best ja Scarlet Heart and Love in the Moonlight, (are) On the Way to the Airport ni.. boleh carik kot nti... layann.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak muda, memang kena selalu perasan muda ^_^ Hahaha...

      Bila dah mula melayan Korea, memang seronoklah buang masa. Kalau ikutkan, HD tu tak suka saya buang masa melayan Korea tapi dah minat katanya, biarkan ajelah sampai sedar yang diri tu tak muda mana lagi dah ^_^

      Delete
  17. dah lama x layan korea...tak nak terjebak lg..kalo tak..parahhhhh.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah melayan, memang tak berhentilah nak tahu lagi dan lagi. Dok aje depan TV menanti episod seterusnya. Banyak buang masa tapi kalau dah tersuka, buang masa pun takpa!

      Delete
  18. al kita tak leh geng lah. saya tak tgk langsung last tgk winter sonata dgn autumn in my heart. hahaha berkurun dah..ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah berhenti menonton lepas tu boleh pulak sambung balik tengok drama Korea. Punyalah hati muda tak ingat diri dah tuakan, kan, kan! Hahaha!

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...