Skil menjahit diduga lagi ~_^

Salam 17 Muharram kawan-kawan!

Bertemu lagi kita di arena membebel di pagi hari ~_^

Ish, susah juga rupanya nak jadi perempuan yang bersopan-santun tanpa buka mulut tak bersebab dan membebel yang bukan-bukan ^_^

Kita ke cerita selingan dahululah ya. Biasalah blog ni memang cerita selingan jadi topik utama manakala cerita yang berkaitan tajuk selalu di hujung-hujung perenggan nanti.

Ya, ya, I tahulah you all tak sabar nak tahu tentang skil menjahit I tu; kotnyalahkan makin bertambah maju skilnya walaupun aktiviti menjahit sangat jarang berlaku dalam my hidup. Kita biarkan cerita kemuncak itu di akhir-akhir rancangan ya! Kalau ya pun nak gelak, sabarlah banyak-banyak ^_^
------------------------------------------
Mari kita bercerita tentang Adik Cute dahulu ^_^

Sejak dua menjak ni si kecil tengah sibuk buat preparation untuk konsert di tadikanya. Oh, konsert akan berlangsung di sebuah hotel pada pertengahan November nanti. Makanya, teachers tengah sibuk mengajar budak-budak ni breakdance menari...

Hari pertama balik lepas belajar first step, dengan bangganya dia sibuk nak tunjuk step yang satu, dua langkah aje tu. Asyiklah ulang 24 jam sambil dok tanya samada Mommynya ni tahu tak menari ikut step yang teachernya ajar. Duh!

Hari-hari seterusnya, lebih banyak steps yang dipelajari. One, two, three, four, one, two, three, four, two, two, three, four, gitu ajelah kedengaran dia praktis di rumah! I tengok ajelah bila disuruh tengok. My anak bujang tercomel ni kan manja, kalau tak beri perhatian pada step tariannya, nanti I juga yang susah dok nak memujuk si kaki merajuk ni!

Selepas berkali-kali I tengok dia praktis di rumah, I pun sampailah ke conclusionnya ^_^  I pun dok gelak beritahu kat HD,

Dear, I rasa anak-anak kita ni dua-dua pun jenis 'kejung' jerk kalau menari!

Baik si Bubbly Abang mahu pun Adik Cute ^_^ 

Takda bakat semulajadi!

So kita skiplah nak masuk  Ceria Popstar ke, AF ke, The Voice ke, dan apa-apa entah lagi rancangan hiburan ^_^ 

Nantilah ya, bila sampai masanya Adik Cute berkonsert, I ambillah gambarnya di atas stage!

Buat masa ni biarlah dia praktis kasi lembut sikit pergerakan kaki dan tangan tu ~_^

Cuma satu ajelah yang I tengah fikir ni... kenapalah dia asyik humming dah macam bunyi lagu Hindustan jerk! Ish, scary pulak rasanya...lagu apa agaknya yang jadi lagu latar ketika menari di atas pentas nanti yerk....


------------------------------------------

Minggu lepas Bubbly Abang bawa balik kerjarumah yang so, so special ^_^

Ni dia...



Aduhai cikgu ni... macam tahu-tahu pulak kehebatan skil menjahit Mommy si Bubbly Abang ni! Asyik-asyik beri kerjatangan macam ni. Kejung my tangan jadinya tau! Baru tengok aje I dah garu kepala. Itu belum mula buat lagi!

Kenapa ya Mommy pulak yang susah hati anak dapat homework macam ni?

Sebabnya....

Eh, memang Mommylah yang kena tolong buat nanti atau buat sepenuhnya ~_^

Kata Bubbly Abang, cikgu beri seminggu untuk disiapkan. So, Mommy pun suruh simpan dulu. Nanti bila ada masa Mommy akan buat. Tapi kisahnya, dah Ahad malam barulah anak-beranak ni teringat ada kerja yang perlu diselesaikan. Bubbly Abang memang bagus, kalau kerja macam ni masa nak tidur nanti baru beritahu! Nasib baiklah cikgu suruh hantar hari ni, bukan semalam. Kalau tidak, memang tak cukup tidurlah Mommy mengerjakan homework si abang nih!

Kalau tanya pada Daddy, senang aje jawapannya...

Kerja macam ni kalau gagal pun takpa, abang! Daddy tak marah! Lain kali cakap kat cikgu, saya tak nak buat kerja macam ni! Beri kerja yang more 'masculine'!

Eh, Eh, Eh! Boleh gitu! Ada ke gagal aje pun takpa! Mithali sungguh pengajaran si Daddy ~_^

Mujurlah semalam takda episod baru Scarlet Heart ^_^

Maka, I pun keluarkan peti kayu alatan menjahit yang dah berhabuk ^_^ 

Sedia maklumlah ya, I ni rabun dekat. Dahlah rabun, suka betul menjahit di malam hari di bawah cahaya bulan mengambang! Memang siksa teramatlah. Nak masukkan benang ke jarum pun tak lepas! I suruh HD tolong masukkan benang ke jarum. Dan inilah keluhan hatinya...

Dulu-dulu kena buat untuk Mami! Selalu sangat I buat untuk my mother. Sekarang ni tak sangka kena buat untuk isteri pulak! (Apalah nasib... I yang tambah sendiri ^_^)

Lepas tiga kali I minta tolong masukkan benang ke jarum, takut pulak nak suruh lagi ^_^ Makanya I pun carilah jarum dengan lubang yang paling besar. Senang sikit! Boleh masukkan sendiri.

Bila dapat masukkan sendiri benang ke jarum, rasa gembira teramat weyh! Makanya bersambunglah dengan aktiviti menjahit hujung lengan baju kurung yang tetas pulak. Ahah, itu tak payah masuk ceritalah, nanti lagi panjang entri ni jadinya!

Bila dah siap kerja menjahit, adalah pulak reben cikgu beri. Ni mesti cikgu suruh jahit juga ni kasi menarik sikit mitten yang ada ^_^ Tapi, awat pendek aje reben ni! Mana nak cukup! (Kan ahkak dah habaq semalam, bab menganggar ni ahkak gagal tersembam! Of courselah sebelum potong cikgu dah siap-siap ukur! Dah namanya cikgu Kemahiran Hidup tak akanlah sejengkal akalnya macam Mommy Bubbly Abang yang tak kreatif langsung nih!)

Ukur punya ukur, oi, cukuplah nak jahit di kedua-dua belah mitten ni ^_^ So, dengan terujanya nak habiskan 'homework', I pun bersemangat habis menjahit. Bukan sekali, tapi berkali-kali biar kasi mantap gitu jahitannya walaupun kalau ditengok dek pakar my jahitan ni memang hodoh tak tahu nak kata macamana ^_^

Bubbly Abang, dah lama lena tidur ya! Sebaik aje Mommy keluarkan peti harta karun menjahitnya, dia pun pura-pura mengantuk nak tidur dan terus tertidur sampai ke pagi. So, memang homework hakiki Mommylah untuk menyiapkan tugasan yang diberi cikgu ^_^

Sempatlah I suruh HD tengok sambil berkata,

Dear, tengoklah cun tak I buat mitten ni? Walaupun tak pandai, jadi juga rupa bentuk mitten tau!

Malas HD nak layan, lebih baik tidur lagi bagus ^_^

Pagi tadi bila nak ke sekolah, I pun pesan Bubbly Abang supaya tak lupa ambil kerja sekolahnya di atas meja belajar. Dia pun sempatlah tengok sambil tanya,

Mommy, betul ke Mommy buat ni? Memang macam ni?

I dengan penuh konfiden tanpa menoleh teruslah berkata,

Eh, sepanjang malam Mommy berjaga! Betullah tu! Nak buat angkat periuk, kuali panas cam tulah.... Cuba tengok kat dapur yang Mommy punya, kan macam tu! Cantik tak Mommy jahit reben tu?

Pun malas my anak nak memuji bila Mommynya dilanda perasan yang entah bukan-bukan!

Selesai sudah satu tugasan yang amat memeritkan. Hahaha!

Cerita tak habis di situ ya. Lepas siapkan kerja rumah, I sempat snap gambar (nak masuk dalam bloglah tu, nak tunjuk hasil kekreatifannya kat kawan-kawan blogger yang dah tentu lagi kreatif katanya...)

Jadi, bila sampai di pejabat, cerita duniawi pagi ni of courselah berkisar tentang 'kebolehan' I untuk menjahit mitten ni... 

I tunjuklah kat my colleague. Dia pun belek-belek gambar dalam my handphone. Lepas tu dia pun 'bomb' I dengan satu soalan...

Kak, yang ada reben ni tempat masukkan tanganlah ya!

Apa????

I tengok dia dan dia tengok I.....

Kami saling berpandangan dan lidah kelu untuk seketika!

Damn!

You know apa dah berlaku?

I pergi jahit sepenuh jiwa raga sekeliling mitten tu termasuklah tempat nak masukkan tangan! Bukan sekali, bahkan berkali-kali sebab nak kasi reben nampak cun kononnya terletak kat situ!

Tell me now, macamana nak masukkan tangan???

My colleague dah gelak tak sedar diri, mengetawakan diri ini...

Kami kalau mengata memang tak sayang mulut, direct depan muka jerk dan katanya,

Kak, nak kata macam benda 'bodoh' je macam tak patut pulak.. tapi akak tak fikir ke masa jahit benda alah ni? Hai, kalau mak masuk campur urusan homework anak, memang haru birulah. Kasihan Bubbly Abang!

Hooo hah! 

My another colleague (yang kreatif sakan dan pernah tolong I macamana nak buat paperbag yang dulu tu) joinedlah sekaki dok gelakkan I sambil berkata,

You memang tak kreatif langsunglah! 

Kasihannya my anak bujang! Ni kalau dia pergi submit hasil kerjanya pagi tadi, mesti cikgu kata,

Luth, nak masukkan tangan kat mana? Kenapa jahit semua? Siapa yang buat?

Anak I pulak tak pandai menipu dan tentu-tentu dia jawab,

Mommy saya yang buat, cikgu!

Aduhai, jatuhlah kredibiliti Mommy sebagai perempuan Melayu terakhir! Mana nak letak muka Melayu nih? 

Mujurlah cikgu tak kenal Mommy si Bubbly Abang ^_^ Lain kali kalau kena pergi sekolah, nak main hide and seek! Tak mahu terserempak dengan cikgu nih! Malu ler!

Sebenarnya masa menjahit tu I terfikir juga kenapalah cikgu beri dua bahagian dalam tu. Dalam kepala dok teringat pot holder aje. Itu yang kemain lagi jahit keliling tanpa fikir panjang. Lagi pun hari dah malam dan nak cepat siap! Padanlah muka!

Mana hasil kerja tangan kejung I?

Tu yang kat atas sekali tu, versi yang dah siaplah!

Cukup-cukuplah tu... 

Tak payahlah skrol balik ke atas dan ngengada nak enlargekan gambar pulak! Tengok gitu aje pun dah nampakkan betapa 'kreatif'nya Mommy si Bubbly Abang nih. Kome nak komplen apa lagi? *sambil singsing lengan*

Kalau pun skil I makin maju dan I makin kreatif, tak payahlah puji-puji selalu sambil mengekeh ketawa dok gelak. Puji dalam hati aje sudahlah... ~_^







Comments

  1. Sorry MD akak memang kena skroll balik sebab mula2 tengok memang dah cantek tu ,rupanya ada cerita disebaliknya....kesiannya mungkin MD menjahit masa mata dah mengantuk agaknya,gimana pulak tak perasaan terjahit terus tu...alahai cian bubbly abang kena jawap dgn cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Kak Saniah tengah tutup mulut dok gelakkan saya ke apa ni?

      Okay, saya tahulah saya ni memang kreatif sangat orangnya. Hahaha!

      Takdalah, kak! Saya tak mengantuk pun masa menjahit ni. Teruja pun ya juga. Walaupun tak nampak sangat, bukan main laju lagi menjahit main cucuk tarik jarum tau! Memang teruklah jahitannya kalau dilihat dekat-dekat ^_^

      Puas kak saya kena gelak pagi nih! Aduhai...

      Delete
  2. Kehkehkeh... sah-sah kakak mestilah tergelak besar tak boleh senyum aje kalau itulah hasil buat Bubbly Abg submit kat ticer dia. Kesian mitten tak boleh masuk tangan:)

    Betul-betul adik kakak ni tak ada skill menjahit. Itulah kalau anak manja semua mak dan kakak yg buat dedulu, skrg dah jadi mommy inilah jadinya ye. Kesian Bubbly Abg:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, akak pergi enlargekan gambar ke? Argghhh... malulah saya!

      Kalau 10 orang enlarge gambar, kena deletelah hasil kerjatangan saya yang 'kreatif' ni. Memang tak dibuat oleh mak-mak yang lain rasanya!

      Puaslah pagi tadi kawan dok kutuk saya, tanya macamana nak guna mitten ni sambil-sambil garu kepala suruh saya cari jawapan!

      Aduh!

      Delete
  3. Semangat adik nak menari tu siap prektis dekat rumah. Hehehe. Mula mula je kejung lepas tu nanti hah mesti poweer. Hehehe ! Nani ni kalau bab bab menjahit pun keluat dalam. Ok lah tu kak boleh menjahit walaupun terjahit sekali bahagian untuk masukkan tangan. Hehe. Practice makes perfect. Gitchewww !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari-hari praktis. Akak takut bila sampai harinya kena perform atas stage, dia yang menangis dulu ^_^

      Akak memang tak bolehlah bab menjahit ni walaupun berlapang dada nak belajar menjahit katanya!

      Delete
  4. kah kah kah...dah tak tahan nak gelak dulu ni. Masa baca dipertengahan cerita pun saya rasa dah dapat agak tau MD...dah tersenyum2, rasa tersembul mulut nak ketawa!

    takpe takpe....lama-lama pandailah tu. biasalah mula2 mesti ada kesalahan, kan. saya masa sekolah dulu, buat kerjatangan, menjahit letak atas paha, terjahit sekali dengan baju yg dipakai. lagilah haru nak kena bukak balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, kuat ketawa nampak!

      Mengucap, KB! Mengucap! Jangan teruja sangat gelakkan saya ~_^

      Hahaha! Gelakkan dia juga! Ada ke pergi jahit sekali dengan baju yang dipakai. Kira memang terrorlah tu ^_^

      Hah! Puas hati dapat ketawakan orang ^_^

      Saya berdoa banyak-banyak lepas ni janganlah skil menjahit saya diduga lagi oleh cikgu sekolah Bubbly Abang! Tak lalu dah nak figure out macamana nak menjahit itu, ini!

      Delete
  5. kah kah kah... MD MD... Mitten design baru ek? Larikkk!

    Tapi semangat menjahit MD tu boleh puji..
    Saya kalau anak2 tunjuk homework jahit menjahit ni, terus pass baton kat abah... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi!

      Ha'ah! Ni mitten untuk dipakai pada 2020 nanti. Legacy Mommynya ^_^ Kreatifkan? Hahaha!

      Aduhai, sampai ke petang ni saya kena usik dek kawan-kawan tau. Anak saya pun dah redha aje bila kawan-kawan tanya kenapa mittennya tak boleh masukkan tangan!

      Arghhhh... Mommy dah stress ni! Tak mahu pegang jarum lagi!

      Delete
  6. Hahahaaha ketawa terbahak2 kknoor MD
    Ingtkan nk suruh jaitkan utk kaknoor sepasang
    Sajelah nk buat kenangan nak bukaoven time panas
    Teringtkan Md, tpi kalau tkdpt masuk tngan tk nak lah
    Hahahaaha
    Dah besarkan berkali2 gmbr tu MD tk kisahkan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, KakNoor! Janganlah suruh saya buatkan satu. Tak menjadi aktiviti baking KakNoor di dapur nanti tau, asyiklah terbakar kulit tangan dek mitten ^_^

      Alahai! Buat apa KakNoor susah-susah (hati) nak besarkan gambar tu? Ni mesti kes nak gelakkan saya je ni tau ^_^

      Delete
  7. ye la kak..dah hujung2 tahun ni musim budak2 buat konsert.... best je...tgk anak tegedik2 joget...kak sila amik gambar adik comel byk2 boleh2...baju ape laa di pakainye nanti...sure bling2 ekekekeek

    kak, lieya tegelak2 bace citer si abang plak...tang en husbend akak ckp gatal takpe, bagi homework yg maskulin tu lagi lawak haahahaha tapi mgm betul pun....ade kene buat mitten2 nie...tapi not bad gak hasil abg buat....ni dah mcm kerja mase lieya belajar ekonomi rumah tangga jek kak mase form 2 kot...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, tak tahulah akak macamana gayanya nanti! Akak takut dia terkejut tengok stage tu dan penonton yang ramai di bawah, terus bantai menangis! Si abangnya dulu masa konsert 5 tahun, lepas habis buat persembahan terus demam! Terkejut jugalah tu kena terkinja-kinja atas pentas berlatarkan lagu Michael Jackson!

      Suami akak memang macam tu. Kalau takda kena mengena dengan subjek utama, semua fail pun takpa katanya! Tapi bila anak tak perform, mulalah menyalahkan anak dan Mommynya ^_^ Stress!

      Lieya, mitten tu bukan si abang yang buat. Ni hah, emaknya yang buat! Dahlah si emak pun sama aje kaki bangku! Eh, tak pandai menjahit panggil kaki apa yerk? Kaki jarum ke? Hahaha!

      Delete
  8. "I pergi jahit sepenuh jiwa raga sekeliling mitten tu termasuklah tempat nak masukkan tangan!" -- part ni yang SB tak leh nak tahan,,kena jugak gelak sorang sorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya kalau dari kecil duduk goyang kaki aje semua orang 'suapkan' dalam mulut atau hantarkan depan mata! Teruk betul ada emak macam nikan, SB *_*

      Delete
  9. Kerja macam ni kalau gagal pun takpa, abang! Daddy tak marah! Lain kali cakap kat cikgu, saya tak nak buat kerja macam ni! Beri kerja yang more 'masculine'!

    Part ni memang saya tak tahan...saya gelak kuat-kuat!! haha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai! Malu pulak kat cikgu ^_^ Nasib baiklah cikgu bukan mengajar di sekolah anak saya. Kalau tidak, double malunya ~_^

      Daddy dia memang macam ni. Asal bukan subjek utama yang masuk exam, semua tak lulus pun takpa. Lagi-lagi bab RBT ke KH ke, selalu aje tanya apa motif belajar semua ni! Takkanlah untuk survival kena belajar menjahitlah, buat paperbaglah, bagilah yang lebih 'adventurous' lagi untuk kelangsungan hidup!

      Aduh! Pening terus!

      Delete
  10. hi kak! lama x berkunjung. blog kita pun sendu je. hahaha. kemalasannnnn melanda berganda2. arini baru le rajin nk hapdet, tu pun ntah bila dtg rajinnya lagi. kahkahkah.

    kak, at least akak reti dan rajin jugak nk menjahit. saya ni jgn kata nak menjahit pakai mesinnya, pakai tangan pun belum tentu menjadi. hahaha. nak jahit jelujur had koyak sikit2 tu pun sampai ke sudah x dijahitnya (melainkan kalau nak pakai urgent then barulah merajinkan diri :P)

    anyway, good try kak. cuma pelik gak acaner nak masukkan tangan tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Sue! Lama tak dengar berita ^_^ Sibuk main make up ya ^_^

      Mana ada pandainya, Sue. Mesin jahit pun tak pernah sentuh. Yang ini baru jahit tangan, itu pun dah terkial-kial macam apa entah!

      Oh, tak payahlah cari jalan nak masukkan tangan macamana! Memang takda jalan dah ~_^

      Delete
  11. ahahha... sorry lah MD, tergelak! siap jahit sekali tempat nak masuk tangan.. ate camno nak guna... hahaha..hebat juga home work abang tu ya..jahit menjahit lah pulak... klu sy kompom gagal...nak masukkan benang ke jarum pun dua tiga kali nak try..dah lama sangat rasanya sy tk menjahit ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah... pakar yang menjahitkan! Sesekali tersentuh benang dan jarum, terus lupa cara-cara menjahit. Hahaha!

      Saya memang tak pandai menjahit. Kalau terpaksa aje baru keluarkan peti harta karun alatan menjahit tu. Salahkan hari dah malam, bukan salah saya terjahit habis semua mitten tu ^_^

      Delete
  12. Sory ye memang scroll semula ke atas nk tgokhasil jahitam mommy tapi hampa takde rebennya.hahaha...

    So cmna apa kata cikgu bubbly abang selepas melihat hasil kerja tangan mitten mommynya.hehehe

    Ini memang lawak..takpelah kita faham.awak kan bijak..benda2 simple camni bukan kepakaran awak.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, yang secoet tu rebenlah, PK! Itulah dah katanya pakar yang menjahit, reben pun orang tak nampak! Hahaha!

      Kawan sekelas yang kutip dan hantar ke bilik guru. Jadinya tak tahulah apa cikgu akan kata. Tapi hari ni, memang ada kelas RBT tu, tunggu ajelah apa komen cikgu. Tentu kecoh kalau cikgu komen ^_^

      Tau takpa! Bab-bab remeh macam ni bukan kepakaran kita tau. Kepakaran kita yang bab susah-payah sikit. Hahaha!

      Delete
  13. Teringat masa anak anak kecik dulu. Sebijik perangai macam Adik Cute. Kalau terer sesuatu tu, itulah yg diulang ulang... you will missed that moment....Ohhhh tetiba makan cheese pulak weyh!

    Emmmm kira dah pandai sangatlah tu menjahit ek.... Sampai terjahit dua dua belah hahaha..... Ni yg best mak nak gelakkan tau Kak Ton. Mak mmg menunggu saat saat ini....Huahaha....

    Ehem...ehem... serious!! Biasalah Kak Ton, sebelum nak jadi Tukan jahit professional macam mak, kena melalui perkara perkara macam tu dulu...Silalah frame buat kenangan kihkihkih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah, orang first time nak 'berdansa' katanya, tentulah terujakan!

      Kita tengoklah nanti bila dah naik atas stage, apa yang akan berlaku! Teruja lagi ke tidak, nanti Kak Ton habaqlah!

      Amboi, Mak ni! Kalau bab gelak, memang tak ingat nak tutup mulut. Bukan main besar nampaknya gelak tu, sampai ke sini terdengar tau!

      Nantilah bila Kak Ton jadi tukang jahit professional, masa tu jangan terhegeh-hegeh datang kat Kak Ton minta jahitkan pakaian sebab tailor lain dah tak mahu ambil tempahan tau! Tau! Tau! Tau!

      Delete
  14. bubbly abg balik ckp ape kt mommy.
    sorry lah mmg kene scroll balik. nkt juge nengok
    kurang2 nya mommy dh buat yg terbaik. dah nama pon mommy rabun dekat, buat plak di malam hari. itu lah hasilnya.. ingt nnti ade homework mcm tu buag di siang hari oke. tadelah terlena smasa mnjhit.. hihihi

    ppppssttt;: mommy ni mcm tau tau aje ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrol balik takpa, enlarge aje tak boleh ^_^ Malulah!

      Kawannya yang collect hasil kerja ni pun dok tanya kat dia, macamana nak masukkan tangan macam ni! Aduhai, budak lelaki 10 tahun pun tahu dah buat silap. Manalah nak letak muka vogue macam ni! Hahaha....

      Ni memang bukan kes terlena, termengantuk ke apa, Ciksu. Ni memang kes tak prolah senang cerita!

      Delete
  15. hahahahahaha MD..tak tahan nak gelak nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa! Takpa! Gelaklah puas-puas.

      Eh, walaupun terjahit semua sampai tak leh guna pakai mitten tu, tapi tetap dapat 80 markah tau ^_^

      Ni mesti cikgu kesian sangat kat anak murid sebab dapat emak tak reti menjahit ^_^

      Delete

Post a Comment