Salam kawan-kawan!
Okey! Okey!
I tahu dah lama entri imunisasi tu berada di 'carta teratas' dalam blog kerana tuan penulis entrinya jadi malas. Jangan tak tahu, tuan punya entri cuma malas mengupdate blog aje tapi lately ni rajin membaca tau ^_^
Tak kisahlah apa yang dibacanya, janji keluar sikit dari kebiasaan. Nampak gaya novel-novel yang dah berhabuk lama dan majalah-majalah yang jarang disentuh sudah kembali 'berkilat' ^_^ Barulah ada warna-warni pelangi dalam kehidupan nih ~_^ Kalau tidak, rutin aje memanjang....
Aha, you all nak pandai tak?
Kalau nak, kenalah rajin menuntut ilmu ~_^
Mari sini dengar ahkak nak berceloteh tapi ini pun bukan hasil nukilan tangan ahkak sepenuhnya! I baca, makanya I kongsikanlah ilmu yang tak banyak mana ni...
Sumbernya dari sini ...
Mari kita senaraikan 10 habits yang paling berkesan untuk meningkatkan kebijaksanaan akal fikiran katanya ~_^
1. Memerhati
Kita kenalah rajin observe perkara yang berlaku di sekeliling kita sambil menganalisa perkara tersebut. Bukan stalking, bukan peeping okey! Observe betul-betul barulah kita akan tersedar adakalanya kita terlepas pandang sesuatu perkara selama ini. Ada aje di situ tapi dek kerana kita ni tak memerhati betul-betul, kita tak perasan!
Macam I ni memang jaranglah nak observe sesuatu. Maklumlah style mak-mak memang nak cepat sesaja. Takda masa nak dok perhatikan sesuatu dan menganalisa katanya... Nak cepat ~_^
2. Belajar
Kalau nak pandai, kenalah rajin belajar. Kena rajin menuntut ilmu. Ilmu ni bukan pernah habis dan tak mengenal usia. Tak bermakna bila kita dah berusia, ilmu di dada dah penuh dan selengkap-lengkapnya dalam diri. Ada banyak lagi perkara yang kita tak tahu dan boleh belajar untuk menambah ilmu di dada ^_^
Contohnya, tak payahlah pergi jauh sangat! Macam ahkak ni umpamanya. Umur aje katanya nak masuk lubuk kertu, tapi bab menjahit, bab menanam, satu benda pun tak tahu. Ilmu zero habis! Infiniti zeronya tau. Makanya kenalah belajar selagi ada daya nak belajar. Esok lusa kalau dah alzheimer, jangan merengek pulak nak belajar jahit butang baju suami sebab tak pernah buat katanya...
3. Mendengar
Kena rajin 'mendengar' apa yang ada di sekeliling kita. Jangan asyik dengar gosip aje. Itu bukan sesuatu yang baik walaupun seronok untuk dilakukan hari-hari. Jangan juga pasang telinga mendengar cerita yang bukan-bukan! Dengarlah apa yang orang di sekitar kita katakan, dengan itu barulah kita belajar bagaimana untuk berfikir atau bagaimana orang lain berfikir tentang sesuatu perkara...
4. Bereksperimen
Jangan sesekali rasa puas hati berada di zon selesa. Sesekali kita kena beranikan diri untuk keluar dari zon selesa. Memanglah sesuatu yang menakutkan untuk mencuba perkara baru dalam hidup tapi kalau tak cuba, manalah kita tahu hasilnya!
Makanya, kalau tak pernah buat bubur putih, bubur merah, silalah belajar dengan MakJaws. Oopppssss!
Tarik balik itu statement nanti kena saman malu ^_^
5. Expand
Jangan mudah puas hati. Jangan mudah puas hati aje dengan ilmu yang kita ada. Belajar untuk mengembangkan lagi ilmu yang kita tahu.
6. Bercakap
Yang ni paling best ^_^ Bukannya suruh bercakap tak berhenti tapi sebaliknya, kita kenalah bercakap, berdiskus dengan orang lain tentang sesuatu informasi yang kita tahu. Sekurang-kurangnya kita boleh tambah ilmu bila berkongsi ilmu ^_^
7. Riadah
Yang ini bukan riadah fizikal sebenarnya. Kita kena 'exercise'kan otak kita juga. Minda dan badan tu macam satu unit. Kalau satu unit tak berfungsi dengan sepatutnya, tak ummphlah nanti! Maka kita kena jaga kesihatan badan dan juga minda kita supaya sentiasa terbuka untuk menerima idea dan ilmu baru ~_^
8. Meditasi
Bila kita bermeditasi, barulah minda kita akan jadi more relax dan barulah kita dapat absorb lebih banyak ilmu.
Jom meditate, kawan-kawan!
Bagaimana caranya?
Lah, belajarlah! Pergi baca untuk tambah ilmu!
Kehkehkeh!
9. Analyze possibilities
Kita kena berusaha untuk berfikir di luar kotak. Fikirkan sebanyak mungkin possibilities yang ada tentang sesuatu persoalan.
Macam anak-anak kita sekarang ni, merekakan dilatih berKBATlah, itulah, inilah. Maka, untuk tidak ketinggalan, kita ni sebagai mak-mak yang vogue pun kenalah berKBAT juga.
Contohnyalah, kita masak kek dan kek kita rentung hitam, gelap, pekat gitu (*_*). Jangan asyik nak salahkan diri sendiri sebab tertidur kat sofa empuk. Mungkin juga memang oven kita tu dah uzur, tak berfungsi dengan baik. Mungkin juga telur yang kita gunakan tak elok. Mungkin juga kita dah ikut segala resepi yang diberi tetapi masa kita sibuk menguruskan anak kecil, anak yang besar pulak masuk dapur campur-aduk adunan kita tadi. Kan!
10. Play with your mind
Aha, yang ni ahkak suka tau! Katanya rajin-rajinlah 'mengembara' dalam minda. Pergi 'mengembara' ke unlikely places! Senang cerita, beranganlah tu ~_^
Kalau berangan mana kena bayar, so kita boleh bawa minda kita ni ke mana pun yang kita suka. Nak berangan pergi Paris, nak menari-nari di Iceland, sukahatilah! Bukan berbayar pun.
Tapi, kena ingat juga! Beranganlah perkara yang berfaedah. Kalau tak berfaedah, dah macam Mat Jenin nanti ^_^
Itu ajelah ahkak nak kongsi di petang hari yang indah ini.
Esok-esok bila rajin membaca lagi, kita kongsi cerita ya.
Amacam jiran?
Muak ke baca tentang menambah ilmu di dada bidangmu itu? Hahahah!
Jumpa lagi di lain entri ya ~_^

Wah MD harini bagi motivasi lah...dalam keseriusan pun ada lawak juga tu,part bubur tu yang tak menahan...hihiii.
ReplyDeleteYg paling best no 10 tu....part berangan tu okje,harap angan2 jadi realiti kelak.
Sesekali bermotivasi, Kak Saniah ~_^ Macamana? Boleh tak kalau saya nak jadi pakar motivasi? Ada tak yang akan datang attend seminar motivasi saya? Hahaha!
DeleteIni baru namanya jauh berangan! Bagus tau untuk menjadikan kita orang yang lebih ceria. Sebab bila kita asyik berangan perkara yang best-best, secara tak langsung kita jadi ceria ^_^
Motivasi pagi yang baik buat kakak ni MD
ReplyDeleteMaklumlah bila dah letih memang banyaknya minda asyik nak ingat katil aje.
Sesekali dapat beri motivasi walaupun bukan sepenuhnya idea sendiri, syok sendiri juga saya dibuatnya, Kakzakie ^_^
DeleteSeronok ni kalau orang suka baca. Lain kali saya jadi motivator lagi ya kak....
Mengembara tu best. ..haha....sebab pree je kannnnn....ekekeke....tang perati tu ai kurang la....cepat je nak conclude...tapi semenjak ada anak ni dah reti perati ja dri jauh apa dia buat....as long as rasa selamat I will let she do...hahaha....kdg kalau dia nak buat sesuatu dia akan pandang kite dulu....takut kite marah...hahaha
ReplyDeleteSebab freelah tu seronok berangan lebih-lebih. Asal jangan kerja berangan aje sudahlah. Tapikan, saya memang suka berangan tau. Adakalanya boleh buat novel dalam kepala sambil-sambil buat kerja. Nampak sangat tak concentrate bila buat kerja tak sepenuh hati nih ^_^
DeleteAdoiyaiiii....Tak kena tazkirah, kena lecture pulak hari ni nampaknya .....Nasib badan
ReplyDeleteOhhhh jadinya hilang beberapa hari tu, pergi menimba ilmu memenuhkan dadas lah ye. Alhamdulilah jiran mak dah insaf. Taklah asyik layan cite Korea je kerjanya.
Kak Ton....dalam banyak banyak fakta Kak Ton tu mak suka yg bab kena memerhati tu, mak rasa mak mmg suka memerhatilah. Memerhati diluar kotak. Contohnya kalau gambar objek tu Olivye, mak lebih suka memerhati yg tak berkaitan dengan objek contohnya alas meja. Cantiknya alas meja dia, atau ohhhh alas meja dia tu biasa biasa aje. Ha gitu....walaupun seakan tak menjawab soalan tapi benda tu interesting tau. Mak rasa mak dah salah masuk bidanglah Kak Ton, sepatutnya mak kena jadi seniman bukan bidang teknikal....
Baru realise haha ....
Eh! Kak Ton faham tak apa mak komen ni? Buat buat faham ajelah....
Ini belajar namanya, Mak! Apalah yang takut sangat kena tazkirah ke, kena lecture ke... Hahaha!
DeleteOh, begitulah kira-kiranya! Macam-macam ilmu Kak Ton timba tau ~_^
Hahaha! Mak ni macam-macam hal. Tapi rasa-rasanya Kak Ton tahu apa yang Mak suka perhatikan. Maklumlah, takda kerja katanya... Hahaha!
Kita letak Olivye, dia pi tengok mangkuk letak Olivye tu, sudu garpu atas meja, dinding rumah and etc.etc. Kak Ton tahu sangat perangai Mak ni tau ^_^
Entahlah ek macamana Mak boleh jadi orang teknikal ni? Tapi kalau kita 'observe' betul-betul sama aje kekdahnya Mak dengan Kak Ton ni. Kak Ton patut jadi akauntan tahu Mak tapi entahlah kenapa Kak Ton jadi observant burung hantu pulak ~_^
Terima kasih MD... byk dpt ilmu hari ni ;p
ReplyDeleteDah kenapa entry penuh ilmiah pulak ni?
macam salah rumah pulak rasanya..
betul ke blog MD ni???
MD demam ka? pi cepat2 ambil termometer check suhu...
Sampai hati akak lecturer cakap macam tu tau ^_^ Kita baru berangan nak tukar profesion jadi motivator pembakar semangat katanya dah si polan si polan tu famous sebab menipu PhDnya! Bagilah sokongan sikit, sikit aje ^_^
DeleteEh, I tak demam! Dedo badan pun tak eh!
Kalau macam ni punya sindiran nampak gaya kena kuatkan semangat nak jadi motivatorlah lepas ni ^_^
Nombor enam dengan sepuluh tu yang paling selalu buat. Hahaha ! Tapi nombor 10 lebih lebih lagi kot. Sepanjang masa nak berangan kekdahnya :p
ReplyDeleteTakpa, Nani. Asal ada yang kita buat dalam 1 sampai 10 tu. Sekurang-kurangnya barulah otak kita ni berfungsi dengan lebih baik. Barulah pandai lebih sikit katanya ^_^
Deletealhamdulillah...MD diberi kesedaran hari ini dengan mengongsikan motivasi yang buat saya ternganga dan terasa..haha...kena la hai batang hidung den...
ReplyDeleteAduhai, Mar! Tak tahulah saya nak terkedu ke atau gelak dengan statement ni ^_^
DeleteNi tengah semangat nak jadi pakar motivasi tau. Jomlah dengan motivasi dari saya lagi nanti ^_^ Sila jangan tekan butang 'X' di atas kerana ini memang blog saya ^_^
yg no 10 tu lbh kurang berimaginisasi la.. bukan berangan...kikiki
ReplyDeletenak kreatifkan imagination mmg kena perform lg 9 yg kat atas tu..
Ahah! Pandai pun! Inilah salah seorang pengomen yang meneliti setiap bacaan katanya! Lebih kuranglah tu berimaginasi mahu pun berangan. Imagine yang indah-indah, hasilnya menceriakan hati kita juga. Berangan yang indah-indah pun hasilnya sama juga. Terus jadi ceria rupa paras kita. Bertambahlah awet muda. Hahaha!
Deletebaru nak tanya meditasi tu macamana... cettt.. dah terkena.. haha
ReplyDeleteHahaha! Kenalah belajar sendiri sebab tuan punya entri pun tak tahu macamana! Dah artikel tak jelaskan panjang lebar macaman nak bermeditasi gitu. Jadinya, kenalah kita cari jalan untuk belajar. Tak gitu? Hahaha!
Deletehihihi motivasi khamis gitu kak...!no 1 & no 10 selalu je buat. No 7 krik krik hahahah...
ReplyDeleteKira okeylah tu ada juga buat. Nampak tak perbezaannya pada minda? Hahaha!
DeleteTerus bergabung fungsi-fungsi otak CH ni MD ..
ReplyDeleteBaca entri MD yg penuh dgn fakta..
CH pula suka bereksperimen didapur hahahha..
tu yg macam2 jadi..
sedap tak sedap tolak tepi..
Janji dah mencuba..
Kalau yg dicuba menjadi..
Punya lah hepi.. hihi
Lepas bergabung tu ke mana perginya langkah kaki? Ni mesti ke dapurlah tu, gian nak mencuba resepi baru. Hahaha!
DeleteMasing-masing ada citarasa, kesukaan apa yang nak dipelajari. Takpalah, kita belajar apa yang kita suka dan belum pernah belajar. Nanti-nanti saya belajar menjahit ler...
Aduh macam terkena je sebijik
ReplyDeleteBila baca semua yg MD tulis ni
Mana tak nya selalu berada di zon selesa
Malas nak belajar nk memerhati mendengar expand segala tu aduhh
Memang skrg ni kita semua wajib jadi seperti anak2 sekolah jugak, jgn jadi mak2 yg malas kan MD
Tqvm perkongsian yg bijak
Tak kira berapa usia kita, yang penting kena terus belajar, KakNoor ^_^ Chewah, bila motivator beri ceramah sekerat jalan! Hahaha!
DeleteSince anak-anak sekarang pengetahuan mereka luar biasa berbanding dengan kita dulu-dulu, maka kita memanglah kena selalu mengupgradekan diri, KakNoor ^_^
Jomlah kita belajar yerk!
Bagusnya MD, kalau setiap hari bagi motivasi, bagus juga erkkkk.. maklum le bab2 mencari bahan ni, akak ke belakang sikit... :)
ReplyDeleteJarang terlebih rajin, UA. Ni nasib baiklah dia nak berkongsi ilmu, kalau tidak, merapu aje kerjanya ^_^
Deletebagus juga entri MD ni..apa-apa yang dibaca tu bolehlah dikongsi-kongsi. Maklumlah, saya ni kadang2 bab membaca selalu ketinggalan sebab sibuk katanya. Padahal, apa yg disibukkan pun entahlah!
ReplyDeletePoint yg paling disukai no.10..asyik berkhayal ajer kerjanya. Nak itu, nak ini..Dan point yg tak berapa minat no.6..saya ni berat mulut! Tak suka bercakap.
Saya suka membaca tapi sejak pandai membaca online aje ni, habis semua bahan bacaan yang berilmu lebih sikit diketepikan...
DeleteNantilahkan, kalau ada masa lagi dan rajin mengorek ilmu kita akan kongsikan bersama ^_^
terima kasih mummy atas tips dan perkongsiann :D
ReplyDeleteSama-sama ^_^ Ni kira terlebih rajinlah sebab berkongsi ilmu. Selalunya berceloteh merapu meraban aje kerjanya saya ni tau!
DeleteHurmmm bab kek tu sy mmg angin klu x jadik lelaju campak klu x semenggah
ReplyDeleteEh, tukang buat kek kenalah penyabar orangnya, LM! Kalau tidak, berapa kali nak kena campak baling aje? Hahaha!
DeleteTerima kasih MD share ilmu yg bermanfaat ni.. betul apa yg dikata, kalau kita x riadahkan minda kita, lama2 blh jd pelupa kan.. mcm ira ni, makin bertambah umur, makin kurang/malas belajar..padahal bnyk je sumber ilmu skg ni kan..
ReplyDeleteSekarang ni pun rasa macam dah tua sangat sebab banyak perkara yang pernah belajar dulu dah terlupa! Punyalah terukkan. Tak kiralah umur kita muda atau tua, tapi bab belajar ni kena berterusan kekdahnyakan ^_^
DeleteMembuat pemerhatian tu bagus...jangan tenung lama-lama sampai org tak selesa dah lah hehe
ReplyDeleteKan! Bagus sebenarnya kalau kita rajin memerhati dan meneliti sesuatu. Tapi janganlah terlampau sangat dan tak kena pada tempat. Tak pasal-pasal nanti boleh jadi bahan bergaduh pulak!
Deleteboleh praktikkan sepuluh perkara ini dalam kehidupan kita. berangan itu perlu supaya kita ada tindakan. kalau tanpa tindakan itulah jadi mat jenin
ReplyDeleteBetul tu, Raihanah. Pada pandangan saya pun, memang kita perlu berangan untuk memberi lebih motivasi untuk lebih berjaya dalam hidup. Jangan berangan aje tapi tak berusaha, itu memang apa pun tak jadi!
DeleteUdah2 lah kak ton mengeram..
ReplyDeleteDah masuk november ni..
😂😂😆😆
CH ni kan... orang nak bertapa pun tak senang duduk dibuatnya tau! Asyik-asyik kena keluar tengok cahaya di luar gua katanya ~_^
Deletedapat motivasi hari ini MD, terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSama-sama kasih, AA. Sesekali nak beri motivasi. Selalunya merapu aje yang lebih ^_^
Delete