Hari Isnin yang lesu...

Salam 16 Muharram kawan-kawan!

Apa khabar kawan-kawan?

Mesti teruja nak memulakan hari pertama dalam minggu barukan atau dah teruja nak ambil cuti sempena Deepavali nanti?


Buat I ni, alahai... 

Baru hari Isnin tapi mood dah ke laut dalam pulak!

Bukan setakat mood bekerja aje, mood mengupdate blog pun sama tersadai di laut dalam...

Rasa macam nak take a break pulak!

Bestnya kalau dapat lepaking di tepi pantai...

Oh, ya! Minggu ni minggu peperiksaan buat anakanda tersayang, Bubbly Abang. Semoga Bubbly Abang tenang menjawab segala soalan peperiksaannya.  Penat juga I menggalas tugas tutor sepanjang minggu lepas. Kalau dah namanya belajar dengan Mommy, memang lebih takut berbanding terujalah jawabnya. Maklumlah, I ni garang tau sebenarnya. Nak menjerit aje kalau buat silap. Mesti my anak rasa nak plaster-plaster aje mulut Mommynya ni supaya tak menjerit ~_^

Tapi yang kelakar, bak kata HD ketika I sedang mengajar subjek Matematik pada anak bujang...

Mommy mereka ni kalau nak mengajar, kena lengkap semua. Pen, pensil, pembaris, kertas conteng, buku-buku semua mesti ada depan mata. Bila jumpa soalan susah, habis semua gambarajah dan jalankerja dicontengnya penuh semuka. Tapi benda senang 1+1, dia boleh pulak terpinga-pinga beberapa minit nak menjawabnya ~_^

Oh, I memang macam tu...

Suami dan anak-anak memang pelik sikitlah dengan 'pengetahuan' yang I ada ~_^

Alkisahnya, HD tau kisahnya I beli 1kg taugeh masa zaman dulu-dulu ^_^

HD pun jadi pelik kenapa susah sangat I nak 'menganggar' sesuatu benda. It's true. Tak tipu. Kalau suruh I tunjukkan 1 meter tu jauh mana, I tak lepas. Suruh I anggar 1 kilo tu berat mana, pun tak lepas. Tapi bagilah soalan Matematik yang berkaitan isipadu, diameter, laju, luas dan entah apa-apa lagi soalan Matematik, boleh pulak tu I menconteng kertas selaju-lajunya dengan skema jawapan yang lengkap ^_^

Okeylah, malas nak celoteh katanya! Kita akhiri di sini. Kalau mood tak datang juga sepanjang minggu ni, you all tahulah I sibuk buat apakan!

Doakan my anak bujang tersado, Bubbly Abang berjaya menjawab soalan-soalan peperiksaan akhir tahunnya. Semua in Mandarin. Itu yang buat susah hati Mommynya ni. Tutorial semua dalam BM/Eng. Duhhhhh.....


Comments

  1. anak yang exam, Mak yang takde mood ye. Good luck Abang..nanti mesti Adik cute balik tadika citer dia pun exam jugak.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mak takda mood bukan kerana anak nak exam! Mak tetiba aje takda mood tau ^_^

      Tidak pulak kali ni, Sal. Dia tengah sibuk praktis untuk konsert sulungnya tu ^_^

      Delete
  2. SEMOGA BUBLY ABANG DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAANNYA DENGAN CEMERLANG.ANAK SAYA SI ADAM TU PUN PERIKSA JUGA TAPI SATU APAPUN DIA YAK STUDY, MAIN SAJA KERJANYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Harapnya begitulah. Penat dah Mommynya berusaha mengajar anak dalam bahasa berbeza ^_^

      Oh, abang adam di sana pun ada exam juga ya, AA! Memang musim examlah kotnya sekarang ni!

      Delete
  3. Dont worry dear. Kakak tahu Bubbly Abang mampu menggalas. Biasalah kita ni mak-mak memang macam itu bila anak duduk dlm exam. Anak kakak lagilah dua minggu kena cuti naik-naik final year exam. Bimbang juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, kak. Anak saya ni pun kuat main juga. Leka pun ya juga. Benda-benda mudah yang silap dibuatnya. Itu yang selalu naik angin. Kalau kata tak tahu tu, tak juga.

      Delete
  4. moga Bubbly Abang dpat menjawab soalan2 exam dengan baik.. terbaik sbb dpt tutor dgn mummy sendiri... alah MD, sy pun sama lah klu nak ngajar tu pesan dulu siap2 semua kena ada depan mata..pensel, pembaris pemadam smua.. tak mau pembelajarn terganggu lah konon nya.. haha... garang tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia takut kalau saya kata nak mengajar! Memang pengalaman ngerilah sebenarnya, Atie ^_^ Mommynyakan garang macam singa, dah tu tak bertempat pulak tu! Ada ke patut nak buat latihan Matematik, kena pastikan pensil tajam, tulisan tak buruk and etc. etc. etc! Hilang kisah belajar Matematiknya ^_^

      Delete
    2. si abang Pae, baru suruh reading dpn sy dah kecut...adoi! tak menahan kengkadang... haha..kes kt atas mcm nak belajar karangan BM lah pulak.siap nak tulisan cantik bagai.. hahaha

      Delete
    3. Hahaha! Gitulah kaedahnya. Tak kiralah nak belajar apa, semua benda kena kemas dan tersusun elok. Kalau sikap sikit, sebelum memulakan pelajaran dan kena 'sembur' ^_^

      Delete
  5. Good luck and all the best buat Abang.

    You can do it. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Kakcik. Harapnya dia betul-betullah boleh buat!

      Delete
  6. Samalaah mood kelaut dalam lepas tu tak timbul timbul dah. Hahaha ! Dua minggu lebih on off je update blog, hari ni macam blur blur nak tulis pasal apa. Ehehehe. Goodluck Abang jawab exam, in sha allah cemerlang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sampai masa mood tu ke laut dalam, memang siksalah nak timbul balik, Nani...

      Berdasarkan pengalaman sendirilah. Hahaha!

      Delete
  7. Kalau dah mommynya mengambil berat bab pelajaran anak2 mestilah si Abang boleh dapat markah cemerlang ni...
    Ok, saya faham, kalau blog tak berupdate tu maknanya MD sibuk buat part-time jadi guru-tuition..., up sikit jadi tutor/lecturer kan? hahaha

    Good luck utk Abang! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga selalu. Biasanya kalau bukan masa exam, Mommy beri pelepasan penuh pada anak-anak untuk tidak mengulangkaji pelajaran. Buatlah apa suka asalkan jangan Mommy check tahap pembelajaran. Mahu jeritannya seluruh pelusuk KL boleh didengari!

      Oh, dah tak main jadi guru tuition, KB! Sekarang saya dah level tutor/lecturer aje ^_^

      Delete
  8. amin..
    smoga dilapangkan dada utk abg jwb exam sebaiknya..

    sek fsya awl bln 11 ni start final..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya.

      InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan Bubbly Abang menjawab soalan untuk final exam nih!

      Delete
  9. Semoga dipermudahkan bubbly abang menjawab soalan exam.. InshaAllah..

    Memang menuji kesabaran tu MD..
    Anak belajar dalam bahasa manderin..
    Mommmy ajar BI/BM..
    Macam mana nak hadam tu..
    Tapi tengok abang tu boleh jawab dgn mudah..
    Budak cerdik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang siksalah sikit CH kalau saya yang nak mengajar/memantau pelajaran anak-anak. Anak belajar Mandarin di sekolah, Mommy pulak mengajar dalam BM/Eng. Pening juga sebenarnya anak saya!

      Delete
  10. Insyaallah abang boleh buat MD...akak tau anak MD mesti pandai macam mummy dia.
    Cerita pasal ngajar anak belajar ni ,akak dulu lagi garang MD ,part jerit2 kalau anak tak faham2 tu dah biasa sangat...kadang sampai bergenang airmata dorang hadap mak dorang yang garang ni...Tapi itu anak2 yang lepas2 ,dah Iman ni akak dah takde power lagi...dah tua :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya ni leka sebenarnya, kak. Dia bukan jenis rajin mengulangkaji. Dia percaya sungguh kata-kata Daddynya yang lelaki berfikir pantas, cepat mengingat tak macam perempuan, yang kena rajin mengulangkaji! It u yang buat saya geram. Kadang tu boleh aje dia buat tapi sebab kurang mengulangkaji, boleh pulak buat silap yang kecil-kecil dan entah apa-apa!

      Delete
  11. susahnya bila mak jd cikgu sbb garangnya mmg over.. lg2 soklan matematik...hahhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, Husna. Mak-mak ni kalau dah over, memang susah hidup anak-anak. Hahaha!

      Delete
  12. Patutlah.....blog jadi patung, kejung jer haha....Rupanya anak pekse. Alah relax ar Kak Ton. Baru darjah 4 je pun...itu pun nak susah hati mengalahkan anak peksa SPM!

    Tu maknanya Kak Ton bukan teknikal punya orang. Elok jadi saintis ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, takda kena mengena dengan anak nak exam tau, Mak! Takdalah takut mana pun anak nak exam sebenarnya tapi yang geram setiap kali kita jadi 'cikgu' mesti dia buat hal. Agaknya dia terkedu bila Mommynya nak beri tunjuk ajar kot, itu yang entah apa-apa yang dibuatnya nak beri Mommy peluang menjerit!

      Delete
  13. wah, bahasa cina memang bagus, ada banyak kelebihan orang yang dapat menguasai banyak bahasa ni. good luck abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebabnya saya hantar dia ke sekolah Cina. Harapnya dia mahir berbahasa ini bila dah tamat belajar nanti. Sekarang pun alhamdulillah, dah boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Cina. Lega hati Mommylah, misi tercapai ^_^

      Delete
  14. Sabar sis, sklh cikna 2mggu lg baru nk pekse mggu ni bz ngan latihan sukan tahunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya dah dok tanya, lepas exam nanti nak buat apa lagi? Boleh tak kalau tak payah pergi sekolah? Amboi! Memang nak minta Mommynya sambung menjerit tau!

      Delete
  15. Wah bubbly abang dah exam ye..sekolah Aiman belum lagi..haritu br exam jawi dan arabic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahulah lepas ni nak buat apa pulak. Ada lagi sebulankan sekolah lepas tu. Mesti enjoylah si Bubbly Abang ni main game saja!

      Delete
  16. good luck semua anak2. samalah anak saya pun exam minggu ni. takpe MD lepas depa exam kita boleh berjimba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar rasanya nak tunggu sampai Khamis. Lepas tu boleh lepaskan jawatan sebagai 'pensyarah'. Hahaha!

      Delete
  17. good luck abg.
    mommy pon semangat ubah profesion ye..
    wah.. byk bahasa abg belajar. bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis exam minggu ni. Sejak habis exam Khamis lepas, dia mula kembali 'menjajah' laptop di rumah 24-7. Katanya tengah belajar coding. Entah ya entah tidak, malas pulak nak terjah check!

      Delete

Post a Comment