Terjun tiruk

Salam 3 Muharram kawan-kawan!

Macamana dengan cuti tiga hari yang baru berlalu? Seronok?

I balik ke kampung ya ~_^ Aha, tetiba I teringat pada kampung halaman yang dah lama ditinggalkan gitu ^_^

Cerita di kampung, tak tahulah boleh up entri ke tidak. Tengoklah ya macamana, tapi yang pasti gambar takda katanya. Balik kali ni kerja makan-makan aje tapi tak terambil gambar katanya. Ada sekali tu keluar makan, boleh pulak tertinggal handphone di rumah. Memang sedihlah ya sebab pergi ke 'tempat baru' tapi takda gambar pun ^_^

Semalam sebaik sampai dari kampung, teruslah mesin pakaian kotor dan jemur. Walaupun hari-hari basuh pakaian selama 3 hari di rumah Chik, tetap jugalah ada satu beg pakaian kotor katanya. Entahlah dari mana...

Selesai cuci pakaian, terus ajak Ngah ke Jakel. Mencari pakaian tema katanya ... ~_^

Dah lewat petang barulah sampai di rumah kembali. Barulah teringat lapar ^_^ Tapi malamnya takdalah nak keluar lagi. HD pun penat. Jadi I buat nasi goreng aje dengan saki-baki apa adanya dalam peti sejuk tu. Anak-anak laju aje nak ikut Ngah pergi makan di luar. So dinner berdua-duaan ajelah dengan HD. 

Nak kata lewat tidur semalam, takdalah juga. Dalam pukul 12 tengah malam I tidur. Entah kenapa pagi ni, satu bunyi alarm pun tak kedengaran. Nak kata enak sangat dibuai mimpi, tak juga!

Bila tersedar pagi ni tengok cuaca dah terang-benderang. Sempat lagi fikir tu hari ni hari apa, hari kerja ke atau hujung minggu! Bila tersedar yang hari ini hari Selasa, apalagi...

Apabila Mommy dah terjun tiruk direct dari katil, maka anak-anak pun bertempiaranlah ke sekolah/tadika tanpa bawa bekal! Kasihan alahai anak-anak! I bekalkan RM5 kat Bubbly Abang katanya ada jual roti di sekolah. Kita letakkan bekal airnya di atas meja, boleh pulak tu dia masuk kereta tanpa bawa bekal airnya! Alahai, anak!

Si Bubbly Abang ni, lagi kita kata dah terlewat, hegeh-hegeh aje mandinya. Kita dahlah bergolot-golot (= tergesa-gesa), dia rileks aje mandi dalam bilik air. Kita suruh cepat, katanya baru nak gosok gigi. Lagi sekali kita suruh cepat, eh masih lagi 'baru nak gosok gigi' katanya!

Rasa macam nak masuk aje dalam bilik air tu dan mandikan si anak! 

Yalah, my anak-anak ni memang terbiasa bersiap awal dari sepatutnya. Maklumlah Mommy mereka memang agak punctual orangnya ^_^ Kalau kata cikgu kena sampai sekolah sebelum 7 pagi, memang sebelum 7 pagi kita dah terpacak depan pagar sekolah. Kalau kata kena berada di situ, sana, sini pukul 8 pagi, pukul 7.30 pagi kita dah ada di situ. Nak ke mana-mana pun, memang mereka bersiap dahulu, awal sebelum waktunya. Sebab itulah anak-anak ni tak biasa 'bergolot-golot' ^_^

Si Adik Cute pun sama tak berbekal ke sekolah. Katanya nak ajak Daddy singgah 7-11 nanti. Entah dapat ke tidak, tak tahulah. Daddy bukan gemar sangat melayan kerenah anak-anak di pagi hari ni...

Dan I sendiri, pukul 7.50 pagi baru keluar rumah! Sebelum gerak keluar, mesej siap-siap kat kawan pejabat kotnya hari ni terlewat sampai sebab 'lambat keluar rumah' ^_^ Boleh gitu alasan ya! Nasib baiklah dapat jenis bos yang tak berapa kisah!

Nasib baik jugalah berjaya sampai ke pejabat pukul 8.24 pagi. Jalanraya pagi ni pun takdalah jem teruk sangat dari rumah ke pejabat. Itu pun lewat sebab traffic light rosak di bulatan Kg Pandan dan bila sampai depan pejabat, nak tunggu gate buka satu demi satu aje dah makan 5 minit! Jadi, dapat punch card pukul 8.29 pagi! 

Phewww! Lega!

Kalau tidak, mahu punch cardku berwarna merah ~_^

Okey, tengoklah ya apa kisah dapat taip selepas ni. Kalau tidak, kita jumpa esok ajelah. Kalau tak esok, esok-esok pun masih ada lagi untuk menaip entri katanya. InsyaAllah ^_^






Comments

  1. Teringat kaletah anak sulong Sue macam tu juga. Dah lewat nak ke sekolah tapi dia boleh buat relaks je mandi. adoila anak...

    salam perkenalan dari sue :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dahlah cuak sebab lambat tapi boleh lagi dia main-main mandi dalam bilik air. Yang kena tulis nama nanti, dia bukan emaknya. Hahaha!

      Salam kenal, Sue. Terima kasih sudi singgah ke sini. Nanti saya terjah ya ^_^

      Delete
  2. macam-macam ragam anak kita ni ye.... sedang membesar tu pengalaman yg best!
    BW kt sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Time ni memang best melayan kerenah anak-anak walaupun ada masanya jadi bingung sekejap dibuatnya, tak cukup nafas pun ya juga ^_^

      Delete
  3. Tak cukup cuti lagi tu MD....sebab tu kena terjun tiruk pagi2 ni kan :-).
    Kesian budak2 tu tak bawa bekal ya MD....takpelah kejadian yang sesekali kena hadapi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Cuti tu cukup dah kak tiga hari. Dapat balik kampung berubah angin kota ke desa katanya, memang seronok. Tapi itulah, entah kenapa langsung tak sedar pagi tadi. Mimpi cari 'loceng berbunyi dalam gua' pun takda, kak...

      Delete
  4. kat rumah kita... kalau kita x bangun, semua x bangun lah..
    encik tuan pun, dia sedar pun..dia tak akan bangun punya..selagi tak dengar orang berleter..myb dia pun dah konfius kot mna bunyi jam, mana bunyi ornag berleter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah satu kes, sepusat sepusing kesnya, PB. Semua nak mengharapkan alarm kita tau. Kalau kita tak sedar, semua pun tak sedarlah. Pagi tadi siap kena marah HD lagi dengan kata-kata ' lain kali kalau tak tahu set alarm, suruhlah orang lain buat!'

      Ada ke...

      Kita pagi tadikan memang takda kes cari bunyi jam dalam gua pun PB. Itu yang terus tak sedar. Bangun lompat katil je terus membebel 'macamana ni'! ' macamana ni!' sebab dah lewat!

      Delete
  5. Bangun lewat sebab badan dah penat agaknya. Siangnya berjalan, malam jam 12 baru tidur, kalau pada saya..penatlah, MD.

    Anak2 saya pun, suka berangan2 dalam bilik air. Kalau dijerit ada saja jawapannya, gosok gigilah, beraklah..setiap hari kena jerit baru nak keluar.

    Beli pakaian tema tu, ada kenduri kendara ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata penat sangat pun tidaklah juga, KB. Tapi tak tahulah kenapa langsung tak dengar bunyi alarm handphone. Dalam mimpi pun tak muncul bunyi alarm tu tapi, mimpi pun tidak semalam! Hahaha!

      Depa dua beradik ni dah terbiasa bersiap awal. Itu yang tak faham-faham bila kita kata cepat sikit, dah lewat ni. Masih lagi nak gosok gigi sopan-sopan, nak sabun badan, nak syampu rambut. Aduhai, sesak nafas rasanya sebab takut mereka lagi lambat!

      Hehehe...adalah! Adalah tu... lama lagi punya cerita KB ^_^

      Delete
  6. kalau tak jemmed, kejap je sampai ye..
    tajuk tak mengagak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak jem, 10 minit aje dah sampai pejabat, Mar. Silalah jangan jealous kerana ofisku berdekatan dengan rumahku syurgaku ^_^

      Ni kes kalau jem, memang boleh buat punch card merah tau!

      Eh, terjun tiruk tu ada bawa maksud lain ke?

      Saya dah confused tahap gaban ni tau!

      Delete
  7. first time dengar perkataan bergolot golot...
    pelajaran baru untuk hari ni..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! At least dapat jugalah belajar perkataan barukan, kan, kan. Kalau tak belajar apa-apa dari blog ni, lagilah haru Wahida ^_^

      Lepas ni cuba praktis guna 'bergolot-golot' tu ya ^_^

      Delete
  8. macam2 ragam anak2 ya. jemput join giveaway saya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam itulah, Raihanah. Tapi yang sebenarnya, yang buat ragam di pagi hari Mommy mereka. Boleh pulak tak sedar. Nak kata mimpi drama Korea, tak pulak! Hahaha!

      InsyaAllah ya! Nanti saya jenguk apa cerita!

      Delete
  9. kalau dah 3 hari tu cuti, bangun pun rasa mcm nak rebah balik atas tilam..hihii..kes terlajak tido ni biasa sangat, MD. Silap2 mandi pon sabun gosok 3-4 saja..Jimat masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuti lama lepas tu kena kerja, bukan makin bersemangat, makin longlai adalah ^_^ Maklumlah dah syok bercutikan!

      Saya ni lately selalu tak dengar bunyi alarm handphone tau. Tak tahulah kenapa. Tidur cukup pun sama kejadian, tidur tak cukup tu mungkinlahkan!

      Delete
  10. hahahahah kak, makin suruh cepat makin berlengah heee. Tp kak nasib baik jalan tak jammed. ok lagi tu smpai sebelum 8.30 pg. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah! Geram betul. Kita ni bertungkus-lumus supaya tak lagi terlambat tapi dia mandi-manda pulak macam biasa! Yalah, biasa main air sampai 30 minit tapi kena suruh mandi dalam masa 3 minit, memanglah tak reti!

      Nasib baik tahu sebelum 8.30 pagi. Kalau selepas tu, meranalah I punch card merah ^_^

      Delete
  11. terjun tiruk ya MD, kadang2 saya juga macam tu..heehehe haaa kan dah lupa nak komen apa baca pukul 1 tadi, pukul 6 baru nak komen..huhuhu busy kalah pak menteri sekarang saya nih hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bukan rare ocassion pun tapi kali ni memang terlambat betullah. Kasihan Bubbly Abang kena marah dengan GPK.

      Hahaha! Mana tak busynya AA dengan kerja pejabat lagi, dengan business side income lagikan.. Takpalah! TQ sebab dalam pada sibuk tu datang juga dua kali ke sini ya ~_^

      Delete
  12. Balik kampung ek? Kat mana dan apalah yg dimakan kat tempat baru sangatlah agaknya tu sampai hp pun tertinggal.

    Sama jer Kak Ton, mak pun pelik asal balik dari kg jer baju mesti banyak nak kena dobi. Penat tau!

    Apalah aktiviti malam sebelum tu agaknya sampai esoknya terterjun tiruk cenggitu sekali kekdahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mak! Kita balik kampung sebab Ngah ajak ~_^ Kalau nak tunggu kita terniat nak balik kampung, mahu lagi setahun baru muncul niat tu ^_^

      Handphone tertinggal kat rumah Chik sebab tengah caj. Tak sangka pulak boleh keluar rumah dari pagi bawa ke awal petang. Rugilah takda gambar langsung!

      Pelik tau. Ingatkan dah basuh pakaian hari-hari, takdalah kena basuh banyak lagi pakaian bila sampai KL.Rupa-rupanya sama aje kekdahnya, dua bakul lagi pakaian kena basuh! Stress!

      Amboi! Sampai ke aktiviti tengah malam ditanyanya! Memang tak sayang mulut jiran ni.... ~_^

      Delete
  13. Laaa tadi dah key in...
    Pastu dah hilang...
    Huhuhu..
    Dah malas pulak nak komen..
    Nanti CH komen balik lah ye...

    Dapat ayat baru..
    Bergolot-golot
    Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haish! Kasihannya CH ni...

      Takkan aktiviti seram tak habis lagi sampaikan 'terkibai-kibai' menaip komen sampai hilang? Hehehe....

      Hah tulah! Mesti sebab bergolot-golot membaca, itu yang jadi macam ni... ~_^

      Delete
  14. haha, mummy, alasan tak boleh blah!! nasib baik lah bos baik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut logik akal, boleh ke guna perkataan tu? Saya pesan kat anak kalau guru disiplin tanya kenapa lewat, kata ajelah 'saya terlewat bangun!' tapi anak kata cikgu dah pesan terlewat bangun bukan alasan!

      Hehehe!

      Delete
  15. Punctual sebegitulah yg bagus MD. Didik anak-anak supaya mereka menghormati masa. Elok pengurusan masa, maka eloklah orangnya. Pengurusan masa ni sangat penting untuk berjaya dlm hidup kita ni, betul tak MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak suka buat orang menunggu sebab saya sendiri tak suka menunggu. Jadi saya faham sangat apa perasaannya bila kita lewat. Memang tak best. Orang lewat pun kita tak sukakan!

      Delete
  16. Sama la MD kalau balik kg, da siap cuci semua baju, mesti akan ada 1 beg baju kotor.. hehe..
    Kalau ira tdo kul 12 tu kira da lewat la tu.. mmg ada masa nya tdo x sedar alarm da bunyi bnyk kali.. tu yg terlajak tu..

    Sib baik sempat ye. Ira ni kene tggl ngan ktm, sempat la drop komen kat sini.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelikkan! Kalau tak cuci langsung tu satu hal. Ini dah siap bercuci pakaian untuk tiga hari tapi tetap jugalah balik bawa pakaian kotor sebakul dua katanya! Ish, pelik! Pelik!

      Saya memang biasanya tidur pukul 12 malam. Kalau awal tu dalam pukul 10 malam. Kalau lewat tu lepas pukul 12 malam. Yang selalu terjun tiruk ni bila tidur 2,3 pagi. Itu yang tak sedar alarm berbunyi!

      Hahaha! Untung juga tertinggal ktm ni ya. Dapat saya satu komen di sini. Kahkahkah!

      Delete
  17. Salam MD. Hahaha... cuti kalau setakat 2 -3 hari. Memang xde makna nya buat KA MD... Bab dtg lambat tu biasalah, kalau tak pukul 9.30 idaklah KA sampai ke office he3 kecuali bila mood tu swing ckit 8.00 pg KA dah tercongok depang laptop ni he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak best aje duduk rumah sekadar 2-3 harikan, KA. Kalau seminggu tu lainlah. Kalau terus duduk kat rumah pun tak best juga. Hahaha!

      Saya memang dah biasa sampai awal. Dah namanya 'driver' hantar anak pergi sekolah awal pagi, memang awallah sampai pejabat. Kiranya sekolah ajar anak berdisiplin dengan saya sekali terdisiplin ^_^

      Delete
  18. bab relax tu leh kata kan sama dgn ayah rania. kita dh kelam kabut, die blh je dok buat relax.mcm xda ape. kdg tu kite yg tgk ni naik rimas.

    tak dpt bygkan.. kalau lah md punye pc warna merah.. ohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki selalu macam tu. Kita ni dah tak tentu hala dok risau itu, ini. Mereka rileks aje. Kalau kita membebel kata takut itu, ini, kita yang dipersalahkan takut tak tentu pasal!

      Oh, tahun ni rasanya sekali aje bertukar warna merah tau ^_^

      Delete

Post a Comment