Kisah ibu dan anak-anak...

Salam 11 Muharram kawan-kawan!

Yang sebenarnya, ini kisah dari artikel suratkhabar semalam. Nak menaip entri baru semalam macam malas pulak so kita carry forward ke hari inilah memandangkan sampai ke hari ini masih lagi tak bertransfer gambar-gambar yang ada.

I berceloteh tanpa gambar ajelah ya walaupun ramai memilih untuk tempek gambar tanpa kata hari ni katanya... ~_^

Ini buat tatapan kita semua terutama anak-anak yang masih ada emak...

Kalau dah terbaca artikel ni semalam, buat tak tahu ajelah ya. Silalah baca lagi sekali dah terlanjur singgah di sini!

---------------------------------------------

Kisahnya, di Pengzhou, China (kat China ni kes-kes memang 'unik' semuanya sampaikan tak tahu nak gelak ke atau nak serius apabila membaca) seorang ibu berusia 73 tahun menyaman empat orang anaknya kerana tidak mahu menjaga si ibu.

Wanita tua ini yang bernama Lin Xiu Zhi meminta anak-anaknya memberi 100 yuan (RM60) sebulan, membayar kos perubatannya, membenarkan dia tinggal dengan anak lelaki sulung dan bergilir-gilir menjaganya apabila dia sakit nanti.

Si Lin ni, selepas kematian suaminya pada tahun 2009, tinggal dengan keluarga anak lelaki keduanya. Malangnya, dek kerana tak 'sebulu' dengan menantu perempuan, dia pun ambil keputusan untuk tinggal di temple selama 6 tahun!

Bila Lin jatuh sakit, dia terpaksa tinggal semula di rumah anak lelaki keduanya tetapi si menantu perempuan ni pulak sudah ambil jalan mudah dengan menghantarnya untuk tinggal di rumah anak-anak perempuan Lin pula! 

Memandangkan  takda jalan lain untuk menyelesaikan masalah, maka Lin pun ambil keputusan untuk menyaman anak-anaknya....

---------------------------------------------

Alahai... kesian pulak pada wanita tua bernama Lin ni! Rasa-rasanya anak-anak bukan tak mahu menjaga sebab dia sakit tapi sejak kematian suami  dan dia masih sihat lagi pun anak-anak dah buat hal!

Kalau tengok pada permintaan Lin tu, memanglah tergamam. Bukannya dia minta dibelikan sebuah banglo, disediakan pembantu berbayar, wang ringgit berkepuk-kepuk masukkan dalam akaun bank setiap bulan dan lain-lain permintaan yang luar biasa untuk dipenuhi! Simple sangat rasanya apa yang diminta oleh Lin ni.

Maklumlah dah namanya pun emak, memanglah walaupun hati sakit dengan perbuatan anak-anak, tetap juga memikirkan keupayaan mereka untuk membantu! Sebagai emak, tak sampai hati rasanya nak menyusahkan anak-anak dengan meminta itu, ini, begitu, begini! 

Tapi dah namanya anak-anak, perkara biasalah tu.

Teringat pulak 'peringatan' dari Kakzakie sebelum ini ~_^ 

Yalahkan, bertukar-tukar kereta walau tak mampu pun dimampukan aje. Pejam mata, buat hutang bank sebab teringin sangat nak berkereta baru! Tapi kalau ada yang membabitkan keperluan ibubapa sendiri, mulalah berkira-kira mampu ke tidak nak menyumbang walaupun sekadar RM50 aje, sekali dalam sepuluh tahun!

---------------------------------------------------

Ini pulak kisah yang dibaca lama dulu tapi terlupa nak berkongsi cerita...

Pun di China juga ^_^

Seorang ibu tersangat marah bila mengetahui anak lelakinya mahu mengahwini seorang gadis yang lebih tua beberapa tahun. Tapi dah si anak berkenan, maka si ibu tak dapatlah nak menghalang.

Kemarahan si ibu memuncak apabila mendapat tahu si anak lelaki dan menantu perempuan sibuk berbincang untuk membeli rumah (Dalam hati mesti si ibu ni merasakan si menantu memaksa anak lelakinya untuk berpindah keluar dari rumahnya ~ ini I yang kata ya ^_^).

Maka si ibu pun mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh menantu perempuannya. Dibayarlah entah berapa yuan (lupa pulak) supaya si pembunuh upahan ni segera menjalankan tugas. Akhir cerita, matilah si menantu dek terkena tikaman si pembunuh upahan.

Of course, si ibu dan pembunuh upahan dapat ditangkap akhirnya dan bila ditanya sebab berlaku kejadian ini, puncanya hanya kerana rasa cemburu dengan menantu perempuannya!

Hai, alahai! Kalaulah you all ada peluang menjadi ibu tua yang tak berkeupayaan lagi/ibu mertua suatu hari nanti,  sikap yang bagaimanakah agaknya yang akan diamalkan terhadap anak-anak dan menantu?

I tengah fikir ni sekarang, tak tahulah I akan jadi 'ibu mertua' yang macamana!

Tapi yang paling utama, sempat ke jadi ibu mertua? Anak-anak masih kecil lagi ni! Hehehe!








Comments

  1. aish..macam-macam ragam. Doa jelah kita dapat jadi anak dan menantu yang baik.Kita buat buruk kat orang lain, takut nanti berbalik pada kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Itulah! Kalau kita buat jahat, nanti dibalas jahat juga. Tak mainlah tunggu-tunggu balasan Tuhan di akhirat kelak. Dan-dan tu nanti kena!

      Delete
  2. wanita cina yang anak tak nak jaga tu..kesian...moga anak-anak kita lebih memahami nanti,,
    yang kisah no2 tu pula..emm..mental ke..takut anaknya beralih kasih sayang..kadang2 memang ada orang tua ni fikir bukan2..si isteri minta bukan-bukanlah..sedangkan kadang-kadang tu,,si isteri punya duit sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak rasanya mak-mak yang takut anak-anak beralih kasih- sayang terutama anak lelaki. Tapi, minta dijauhkan daripada hati kita ni terkena penyakit yang sama! Kasihan kat anak. Kasihan kat emak. Kasihan kat menantu.

      Tapi yang biasa kita dengar kat Malaysia ni, mak mertua yang over-overkan. Itu tak tahulah nak jatuh hukum macamana pulak...

      Delete
  3. Memang macam2 kes kat china tu. Kekadang rasa nak gelak. Tapi kes ibu yg anak tak nak jaga tu kesian sangat. Smoga anak2 kita tak macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah namanya cerita dari China, memang macam-macam kerenah jadinya. Kadang tu baca tajuk aje dah nak gelak. Dah macam baca tajuk drama Melayu. Ehhh...silap perumpamaanlah pulak!

      Delete
  4. macam2kan...
    Akak pun x boleh bayangkan mcmmana perangai esok2 bila jadi mak mertua...harap2 jadi mertua yg disayangi dan menyayangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, saya pun tak terbayang kalau berpeluang jadi mak mertua, macamanalah gayanya ya. Dah tentu tua kerepot masa tu, siapalah agaknya yang akan mendengar kata - kita ke atau anak menantu!

      Delete
  5. Wuiiii.... apasal cite bab bab gini ni? Mak seram tau baca kisah anak menantu dengan mertua ni..... Meremang bulu roma den tau, tak turun turun hahaha...Taulah tak lama lagi mami nak datang haha....

    Memang patut pun rasanya anak anak dia tu kena saman sebab kalau tak disaman mmg tak tau nak menjaga emak agaknya. Nak senang aje memasing! Sebenarnya dalam bab menjaga ibu bapa ni kena ada kerjasama dengan adik beradik barulah hidup aman damai tak porak peranda....

    Mak kan kak Ton nak jadi mak mertua yang memahami gitu. Kalau boleh nak menerima menantu seadanya. Tapi yelah...kadang kadang budak budak muda ni, mentang mentang kita memahami dia pijak kepala pulak. Tu yg bikin mak mertua naik hantu tu agaknya hihi.....

    Malaslah nak pikir Kak Ton.... redho ajelah dengan nasib masa depan. Harap harapnya dapatlah menantu yg solehah gitu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sajalah nak bagi Mak seram-sejuk sikit memikirkan tiga anak. Tapi Mak takpa, kalau menantu perempuan buat dajjal, mak masih ada anak-anak perempuan. Kalau Kak Ton ni, lagi haru. Tetiba nak menyanyi lagu P. Ramlee 'Di manakan ku cari ganti...' Eh, apanya yang nak digantikan ek?

      Kasih sayanglah kot ^_^

      Delete
  6. hmmm, untungnya org yg terlibat dlm kes ini bukan muslim yg tak tahu hukum-hakam dan tentunya tak beriman. Jika iman tebal di dada, emak tak akan menzalimi anak/menantu sendiri w/pun hakikat sebenarnya ada juga yg buat!

    saya kan MD, nak jadi mama dan mama mertua yg baik seperti emak sayalah. tak pernah pun herdik2 anak w/pun kpd menantunya. tak tahulah boleh ke tidak jadi begitu...^_^.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan takdanya KB orang Muslim yang 'lupa daratan' macam ni... Ada ajekan!

      Emak saya pun contoh terbaik juga. Anak menantu anggap macam emak sendiri. Tak pernahlah meninggi suara pada menantu. Menantu-menantu sayang emak macam emak mereka sendiri!

      Delete
  7. hahaha. kita sama.pernah terfikir aku ni kalau jadi mak mertua mcm manalah agaknya. menantu suka ke tak? hahaha. jauh tol angan-angan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Padahal anak-anak baligh pun tak lagi ^_^ Sibuk alahai berangan jauh sampai ke bulan bintang nun. Tapi yalah, anak kita pun tak ramaikan, mahunya kita tak takut. Itu pun kalau panjang umur boleh tengok anak menantu dan cucu kononnya. Kalau pendek umur, nasiblah menantu tak merasa kebaikan/kejahatan mak mertua. Hahaha!

      Delete
  8. Sebenarnya anak yg ditumpangi org tua beruntung (kalau agama kitalah) sebab doa mereka pasti tempias pada kita. Apa lagi mak doanya tak ada hijab. Tapi yelah anak kaya dah senang merasa tak perlu doa mak itu yg jadi gitu (kalau org kitalah). Jadikan iktibar. Kalau jadi mak pun jgnlah demand yg tidak-tidak buat anak pun sudah. Last nanti dua-dua dpt dosa. Kat dunia tak gembira. Rugi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak dapat merasa 'diuntung' tu kak. Maklumlah, dah tak bergantung pada ibubapa sendiri. Dah pandai berdikari. Makanya doa ibu pun takdalah macam mengharap sangat. Kononnya boleh berjaya sendiri sebab kita memang bijak menguruskan segala aspek kehidupan. Tapi kita terlupa yang dulu-dulu, masa kita kecil, itulah insan yang kita letak seluruh hidup kita kepadanya!

      Saya memanglah tak mahu jadi emak yang demand terlampau sangat. Asal anak-anak ingat dan sayang kita ni sebagai emak, cukuplah!

      Delete
  9. Macam-macam hal...

    Bagi kakcik biarlah kakcik susah diam-diam, dari bising-bising menyusahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati orang tua ni mudah terusikkan, Kakcik. Saya yang masih belum tersangat tua ni, bila anak-anak yang kecil tu buat sesuatu yang mengguris hati, berderaian juga air mata tau. Automatik! Bukan dibuat-buat!

      Inikan pulak kalau diperlakukan begini oleh anak-anak. Sampai saman menyaman! Alahai...

      Delete
  10. selamat petang MD
    sedihkan kalau ada orang macam ni dlm masyarakat kita
    apa lagi buat mak macam tu donya donya macm2 ragam manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak sedih, KakNoor. Cubalah kita berada di tempat si ibu ni, mahu berderaian air mata, tepuk-tepuk dada lagi sedih yang amat!

      Delete
  11. Sebenarnya cerita2 tu pengajaran pada kita semua .Semoga kita dapat jadi mertua yang terbaik dan peroleh menantu yang baik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya pun begitulah, kak. Jangan demand sangat bila jadi emak/emak mertua. Dan anak-anak pun, tolonglah! Ingat-ingatlah hidup masa lalu ketika terlalu memerlukan bimbingan dan pelukan si emak!

      Delete
  12. Nauzubillahminzalik, moga kita dijauhkan dari ujian yg macam nih kan MD. Baik sebagai menantu mahupun mentua. Tentulah kita mengharap yg terbaik dari anak dan emak mentua kita. Saya baru ada seorang anak perempuan pun terasa seriau memikirkan masa depan kami bersama.

    Saya rasa ada satu kes di Malaysia beberapa tahun lepas berkenaan seorang bapa menyaman anak lelakinya (anaknya bekerja dlm industri oil & gas) sebab mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak & meletakkan anak dia pula dalam jagaan bapanya. Tak pasti apa perkembangan kes itu sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Mak-mak macam kita ni anak-anak tu kecil lagi, akil baligh pun tidak tapi dah jauh kita berfikirkan. Tau pun sayang kat anak! Dulu-dulu masa jadi anak sahaja (tanpa ada status yang lain) bukan main lagi nak merajuk sesaja kalau kena tegur dengan emak/ayah bila tak setuju dengan kita ^_^

      Harapnya kita tak jadi begitu dan tak diperlakukan begitu oleh anak-anak. Biarlah anak-anak tanamkan sifat sayang pada ibuayah selagi hayat dikandung badan!

      Delete
  13. Teruk sangat kalau kita ikut perangai mcm tu..
    Tapi mcm MD kata ada juga org muslim yg buat mak nya mcm tu kan..

    CH pun nak jadi mcm arwah mak dan arwah Mil..
    Mrk amat baik dgn menantu..
    Tu lah adik saya ckp ..
    Mak kita mulut baik..
    Tak lah jahat..
    Abg ipar saya smpi turun ke liang lahad..
    Untuk sama kebumikan mak..
    Dia kata mak sama mcm mak nya.
    Tambahan abg ipar CH emaknya meninggal sewaktu umurnya 6 tahun..
    Dah lah ayahnya tak berkahwin lain..
    Jadi dpt mertua mcm ni..
    Dia rasa syukur sgt..

    Tu lah bak kata mak hainom tu..
    Moga kita pun jadi mertua dan menantu yg baik..
    Utk masa depan kita rheda je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap macam ni bukan mengenali bangsa dan agamakan, CH. Harap-harapnya janganlah kita jadi sekejam itu atau diperlakukan begitu oleh anak-anak pada masa hadapan. Hancur rasa hati kalau jadi begitu akhirnyakan, CH. Sekarang ni baru terasa sangat-sangat bagaimana perasaan mak kita dulu membesarkan kita. Sedih pulak...

      Mak saya memang baguslah sebagai emak mertua. Tak pernah campur tangan urusan rumahtangga anak-anak. Anak dan menantu layanannya sama sahaja, takda pilih kasih.

      Moga jodoh anak-anak kita pun yang baik-baik belaka dan sudi menerima kita seadanya dalam hidup mereka...

      Delete
  14. Kalau saya tentulah nak jadi mertua yang baik buat menantu,apatah lagi nanti kalau umur panjang sempat bermenantu saya akan ada 2 menantu perempuan..inshaAllah cuba jadi mertua yang baik tak membeza2kan menantu..ecewahhh berangan sangat nihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penting AA berangan tentang masa depan yang ini. Yalah, nasib kita di masa hadapan bergantung pada anak-anak. Kalau anak-anak tak layan kita yang dah berdaya lagi sebaiknya, meranalah kita menghabiskan sisa-sisa hidup yang tinggal.

      Moga kalau ditakdirkan kita berpeluang merasai bermenantu, biarlah jodoh anak-anak tu yang baik-baik belaka!

      Delete
  15. moga Allah beri saya peluang jadi anak yang terbaik untuk kedua abah dan mak saya. amin ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ada ibubapa, kita layanlah mereka sebaik mungkin, termampu kita. Bila dah takda nanti, tidaklah kita rasa menyesal tak sudah bila mengenang kisah lalu!

      Delete
  16. semoga saya jadi mak mertua yang baik. dan dapat menantu pun yang baik, ini paling penting. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Raihanah! Semoga anak kita mendapat jodoh yang baik. Kalau jodohnya baik, tempias baiknya tu dapat kat kita jugakan ^_^

      Delete
  17. alahai anak2... mcm2 ragam kan MD..kadang takut lah..seriau..kita nti mcm manalah anak2 kita bila kita tua nti...ya Allah, moga anak2 kita dpt berbakti.. kesian plak wanita bernama Lin ni.. tapi siap bunuh menantu tu dah masuk bab lain plak.. huhu...
    *moga2 kita dapat menantu yg baik2.. kita pun jadilah mertua yg memahami...hihi..insyaAllah kan MD.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya anak-anak kita berterusan jadi anak-anak yang baik dari kecil sehinggalah dewasa. Janganlah terfikir nak buat macam ni kat kita. Tersedu-sedu menangis dalam diam nanti...

      Delete
  18. setuju tu MD...
    itulah ragam2 ..masa kecil ibubapa bergolak gadai mencari duit membesarkan kita..

    n3 ni peringatan jugak utk lya agr x lupa t/jwb sbg seorg ank & menantu..in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita lihat ke masa lalu, memang banyak tak terhingga pengorbanan ibubapa terhadap kita. Harapnya kita tak terleka bila dah mampu berdikari sehingga melupakan kebajikan ibubapa sendiri.

      Dan harapnya, anak-anak kita pun tak akan pernah lupakan kita!

      Delete
  19. nak jd mak mertua yg baik baik aje. tak mo cerewet2, jeles2 ni.
    asalkan ank anak sentiasa ingat kite dan doakan utk kite sudah lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, Ciksu. Yang penting anak-anak kita sendiri sentiasa mengingati dan menghormati kita sebagai ibubapa. Lepas tu barulah kita berdoa semoga dikurniakan menantu yang baik pulak ^_^

      Delete

Post a Comment